About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

14 September 2016

Cerpen: Teman Serumah

Teman serumah.

Nama aku Amyrah. Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga aku. Sejak keluarga aku berpindah ke selatan tanah air sebab ayah aku ditukarkan kerja di sana, aku tinggal sendirian jelah kat utara ni. Hujung bulan je aku dapat balik kesana itupun kalau aku dapat cuti. Kerja macam aku ni manalah senang nak dapat cuti. Sejak aku tinggal sendirian ni, aku pun mulalah nak mencari rakan serumah supaya kurang sikit beban aku nak membayar duit sewa rumah tiap bulan yang hampir cecah sebulan gaji aku. Kalau sampai hujung bulan ni, masih tak ada orang nak duduk menyewa dengan aku, nampaknya aku kena kerja keras lagilah nak cari duit buat bayar sewa rumah, bil air dan api, makan minum aku, belum tambah dengan pengangkutan awam lagi. Nak cari duit sekarang bukan senang. Kiranya aku bersyukurlah dah ada kerja yang boleh menanggung segala beban aku tiap bulan.

Alhamdulillah, sebelum sampai hujung bulan akhirnya ada juga orang nak tinggal menyewa dengan aku. Kurang beban. Teman serumah aku ni namanya Arifa. Cantik orangnya, kulit dia putih melepak macam baru lepas kena siram tepung. Rambut dia panjang mengurai. Ini kalau dah malam, buatnya rumah blackout, silap hari bulan aku ingat dia ni pontianak. Huishhh...celupar mulut! “Okay, ini bilik awak. Sebelah ni bilik saya. Buatlah macam rumah sendiri.” ujar aku. Arifa hanya memandang tanpa sebarang expresi. Atleast, senyum ke, apa ke... Arifa ni sebenarnya dia seorang yang pendiam dan suka buat hal sendiri. Tapi tak apalah, bagus juga perangai dia macam tu. Tak adalah nanti dia sibuk jaga tepi kain aku. Oh ye, setahu aku, Arifa ni masih belajar dan kadang-kadang dia buat kerja part time. Gigih dia kan? Aku pernahlah ajak dia berborak tapi dia hanya menggangguk dan menggeleng bila perlu. Aku pun tak tahulah dia ni faham cerita aku ke tak? “Arifa, family awak tinggal kat mana sekarang?” tanya aku, sengaja nak mulakan perbualan. Dia tunjuk sekeping gambar pada aku. Gambar keluarga dia. Aku jadi terpinga-pinga. Apa motif dia tunjuk gambar tu pada aku? “Diorang semua dah meninggal.” jawab Arifa. Tersentak kejap aku dengar jawapan Arifa. Serba salah aku sebab tanya soalan yang buat dia tersinggung. “Sorry Arifa, saya tak tahu...” belum sempat aku teruskan percakapan aku, tiba-tiba Arifa bangkit dari tempat duduk dia dan terus masuk ke bilik. Hmm dia betul-betul tersinggung kot. Aduhai...

Hari ni hari minggu, itu bermakna aku cuti hari ni. Tapi berbeza dengan Arifa, walaupun dia tiada kelas tetapi dia gunakan masa terluang tu dengan kerja part time. Awal-awal pagi lagi Arifa dah keluar. Tinggal aku sorang jelah kat rumah ni. Sedang aku mengemas rumah, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku jawab panggilan tu. Kedengaran suara perempuan bertanyakan mengenai bilik untuk disewa. Aku pun beritahu pada dia yang bilik tu dah ada orang sewa. Perempuan tu merayu pada aku supaya bilik tu disewakan untuk dia. Katanya dia betul-betul perlukan tempat tinggal memandangkan dia baru berpindah kerja di daerah sini. “Baiklah, nanti saya bincang dengan rakan serumah saya sama ada dia setuju atau tak untuk berkongsi bilik dengan awak. Nanti saya akan hubungi awak semula.” jelasku. Serba salah aku jadinya.

Malam tu aku bincang dengan Arifa mengenai perkongsian bilik dengan perempuan yang hubungi aku pagi tadi. Arifa sekadar menggangguk tanda setuju. Alhamdulillah, beban aku sedikit berkurangan. Aku pun terus sahaja hubungi perempuan tersebut untuk memberi lampu hijau. Dalam beberapa hari lagi perempuan tu akan pindah masuk ke rumah sewa aku. Itu bermakna sewa rumah akan dikongsi kepada dari 2 orang menjadi 3.

“Lana, ini Arifa, rakan sebilik awak. Arifa, inilah Lana yang saya pernah cerita pada awak tu.” ujarku sambil mengenalkan kedua-dua rakan sebilik itu. Arifa tidak membalas kata-kataku, dia juga tidak menyambut salam perkenalan dari Lana. Lana terkesan dengan sikap Arifa. Sangkaannya Arifa seorang yang sombong. Sebelum Lana tinggal lebih lama dengan Arifa, aku sempat menceritakan sedikit sebanyak mengenai Arifa dan akhirnya Lana memahami mengapa Arifa berkelakuan sedemikian sewaktu pertama kali dia melihat aku dan Arifa yang seakan tidak bersefahaman.

Kehidupan kami berjalan seperti biasa. Aku sibuk dengan tugas kerjaku, Arifa pula sibuk menyiapkan assignment dan Lana pula memandangkan dia baru sahaja ditukarkan kerja disini, dia masih ada berada dalam mood bercuti. Jadi apabila salah seorang dari kami yang ada waktu terluang diharuskan untuk mengemas rumah. Sewaktu Lana sedang mengemas biliknya, tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu utama ditutup. Dia menjenguk sedikit ke arah pintu utama. Tiada orang. Dia meneruskan kembali kerjanya sambil mendengar lagu yang sedang bermain di telefon bimbitnya. Sedang enak dia menghayati lagu sambil menyapu habuk di bawah katil, tiba-tiba dia terpandang sepasang kaki di hujung katilnya. Dia langsung mendongak ke atas. Tiada sesiapa. Lana mulai menelan air liur. Dia cuba mententeramkan hatinya. “Arifa, kau dah balik ke? Myrah...kau ke tu? Korang janganlah main-main.” Lana langsung mencapai batang mop yang dia berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik sambil memegang erat batang mop tersebut. Risau jika rumah sewanya itu di masuki orang asing. Kedengaran bunyi gelas di ruang dapur, Lana langsung kesana. Sebaik sahaja sampai kedapur, alangkah terkejutnya dia, ternyata Arifa sedang menuang air mineral dari cerek ke dalam gelas. Lana menarik nafas lega. “Ya Allah...kau rupanya! Aku mati-mati ingat ada perompak masuk rumah kita ni tadi. Nasib baik aku tak terpukul kau.” omel Lana sambil membebel. Arifa terpinga-pinga. “Awal pulak kau balik hari ni? Alang-alang kau dah ada kat rumah, apakata kau tolong aku masak? Nanti kita boleh makan sama-sama, nak?” ujar Lana sambil mencari bahan untuk dimasak. Arifa hanya terdiam. Dia buat apa yang patut. Sepanjang mereka berdua di dapur, Lanalah yang lebih banyak bercakap dan bercerita, manakala Arifa sekadar mendengar.

“Rajinnya kau masak...” ujarku sebaik sahaja membuka tudung saji. “Alah...daripada aku lapar tunggu kau balik tapaukan makanan, lebih baik kitorang masak.” ujar Lana. “Kitorang?” tanyaku. Hairan, Lana maksudkan siapa? “Aku dengan Arifalah. Arifa balik awal tadi. Tu yang aku ajak dia masak sama-sama.” ujar Lana. Aku hanya mampu terdiam. Bukan ke tadi Arifa mesej aku beritahu yang dia tak dapat balik awal sebab dia terus buat part time? Biar betul Lana ni? “Mana Arifa?” tanyaku, mencari kepastian. “Kat bilik kot. Kau macam tak kenal pulak dengan kawan kita sorang tu. Dia mana nak luang waktu dengan kita memalam gini. Keluar dari bilik bila perlu je.” ujar Lana. Arifa tak jadi balik lewat kot. Mungkin benarlah yang bersama Lana itu adalah Arifa.

Awal pagi lagi Lana sudah keluar dengan tergesa-gesa. Mungkin ada kerja yang harus dia selesaikan pagi ini. Tinggallah aku berdua bersama si gadis pendiam. “Arifa tak ada kelas ke hari ni?” Arifa sekadar menggeleng. Susah betul nak suruh Arifa ni bersuara. Kadang-kadang aku tengok Arifa ni macam pelik sikit. Misteri sangat hidup dia. “Hari ni saya pulang kampung. Abang saya sakit.” ujar Arifa. “Okay, hati-hati dalam perjalanan nanti. Dah sampai, beritahu aku.” ujarku. Eh, kejap...bukankah Arifa pernah beritahu pada aku yang ahli keluarga dia semua dah meninggal? Mungkin abang angkat dia atau abang saudara dia kot. Biarlah...aku malas nak campur. Dia pun bukan nak cerita panjang-panjang. Yang penting dia selamat pergi dan selamat pulang. “Myrah hati-hati tinggal sorang kat rumah. Kalau ada apa-apa, call saya.” pesan Arifa.  Jarang sekali dia mengeluarkan kata-kata sepanjang itu. Selalunya nak dengar dia bercakap sepotong ayat pun sikit punya payah. Adakah Arifa ingin berubah?

Kini hanya tinggal aku dan Lana berdua sahaja di rumah. Walaupun Arifa tak selalu berkumpul dengan kami berdua tetapi malam itu aku tetap merasa sangat sunyi walhal Lana ada di rumah menemani aku. Namun, malam ini Lana juga tidak banyak bercakap. Dia juga seakan seperti Arifa yang lebih banyak memerapkan diri di dalam bilik. Ada masalah di tempat kerjakah dia? Tak apalah, aku pun taknak ganggu dia. Biarlah dia berehat secukupnya. Aku melayani komputer riba aku sambil menonton televisyen. Sekejap mataku memandang kearah televisyen, kemudian beralih ke komputer riba. Aku terbaca sebuah artikel mengenai pembunuhan seorang wanita yang tak dikenal pasti identiti dirinya. Lokasi kejadian berdekatan dengan kawasan perumahan aku. Ya Allah, gara-gara aku selalu sibuk dengan pekerjaan sampaikan aku tak pernah ambil tahu apa-apa kes yang terjadi di kawasan perumahan aku ni. Bergaul dengan jiran tetangga apatah lagi. Aku ni selalu cakap Arifa tu pendiam, jarang bergaul walhal aku pun sama juga. Sedang asyik aku baca artikel pembunuhan itu, tiba-tiba pintu rumahku diketuk. Siapa pula yang datang kerumah aku malam-malam buta ni? Takkanlah Arifa pula yang balik? Bukankah tadi dia ada beritahu aku yang dia dah sampai di kampung tadi? “Siapa tu...?” Ingin sahaja aku mengejutkan Lana dari tidurnya untuk menemani aku tapi tak sampai hati. Aku cuba beranikan diri untuk menjenguk gerangan di balik pintu. “Myrah, cepat buka pintu ni.” kedengaran suara Lana di luar pintu sambil mengetuk pintu dengan keras. Seketika aku tersentak. Kalau Lana yang berada di luar sekarang ni, siapa pulak ada dalam bilik tu...? Aku langsung buka pintu setelah didesak berkali-kali oleh Lana. “Tutup pintu cepat Myrah!” ujar Lana sambil termengah-mengah. Ini memang Lana! “Kau dari mana ni? Bila masa kau keluar?” tanyaku, mencari jawapan. “Masa aku balik kerja tadi, lepas turun dari bas, aku syak ada orang ikut aku dari belakang. Aku takut, aku terus lari. Aku tak tahu orang tu masih ikut aku ataupun dia dah pergi tempat lain.” jelas Lana sambil mencari nafas. Kejap... Kalau tadi Lana cakap dia baru balik kerja, habis tu siapa pula yang teman aku kat rumah dari tadi? Siapa yang sedang tidur dalam bilik Lana tu? “Apakata esok kita pergi buat repot polis. Tadi aku ada terbaca artikel mengenai pembunuhan dekat kawasan perumahan kita ni. Ishh...seram aku. Kau tunggu kejap, aku pergi dapur ambilkan air untuk kau.” Aku malas nak fikir bukan-bukan, aku langsung ke dapur dan ambilkan segelas air untuk Lana. Sebaik sahaja aku kembali membawa segelas air, tiba-tiba Lana tiada disitu. “Lana...kau dah masuk bilik ke?” Hairan, tadi Lana ada di ruang tamu sambil tercungap-cungap. Aku langsung ke bilik Lana, kelihatan Lana ada di katilnya sambil berselubung dengan selimut. “Lana, pergilah bersihkan diri dulu lepas tu baru tidur.” pesanku sambil meletakkan gelas berisi air yang aku bawa tadi di atas meja yang terletak bersebelahan katil Lana. Lana hanya diam membatukan diri di balik selimut. Mataku juga sudah mulai mengantuk, aku pun langsung masuk ke bilik dan tidur.

Sewaktu aku ingin mengejutkan Lana supaya dia tidak terlambat ke tempat kerja, aku lihat Lana sudah tiada di bilik. “Awalnya dia pergi kerja? Ada ke bas pagi-pagi buta ni? Bahaya betullah dia pergi waktu-waktu macam ni. Buatnya orang semalam ekori dia lagi... Aku baru je ingat nak ajak dia pergi balai polis untuk buat repot pasal semalam, alih-alih dia pulak dah menghilangkan diri pagi-pagi lagi.” omelku. Tiba-tiba aku mendapat pesanan ringkas dari Arifa. Rindu kat akulah tu. “Myrah okay?” tanya Arifa. Aku pun balas okay je. Rajin pula minah pendiam tu mesej aku pagi-pagi. Minah ni memang peliklah. Mesej aku tanya aku okay ke tidak? Lain kali tanyalah aku dah makan ke belum, aku sihat ke tidak.

Sejak peristiwa Lana diekori lelaki tak dikenali tu, aku tengok Lana lebih banyak mendiamkan diri berbanding sebelum-sebelum ni. Sakitkah dia? Kadang-kadang aku lihat dia seakan menunduk sedih. “Lana, kau okay tak ni?” aku cuba memujuk Lana, kalau-kalau dia ingin ceritakan masalah dia. Lana langsung menepis tanganku dan dia berlari masuk ke bilik. Makin risau aku tengok keadaan Lana. Aku cadang nak bawa dia klinik kalau keadaan dia bertambah buruk keesokan hari. Tiba-tiba aku mendengar suara perempuan menangis. Lana kah? “Lana, bukalah pintu ni. Kau okay tak?” aku cuba membuka pintu bilik Lana tetapi berkunci. Seandainya Arifa ada, pasti dia dapat bukakan pintu bilik itu memandangkan dia dan Lana tinggal sebilik. Tangisan itu semakin kuat. Seakan berada dekat denganku. Sewaktu aku sedang berusaha memujuk Lana agar membuka pintu biliknya, aku terasa seakan ada seseorang dibelakangku. Bulu romaku mulai tegak berdiri. Inginku toleh tetapi perasaan takutku melebihi segalanya. “Lana, tolong buka pintu ni cepat.” ujarku sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Lana. Ingin sahaja aku menangis di situ namun aku harus kuatkan diri tanpa menoleh kebelakang sedikitpun. “Lanaaaaa!” aku terpaksa menjerit kerana terlalu takut. “Hei Myrah.” panggil Lana sambil menepuk bahuku. Aku langsung menoleh kebelakang. Lembaga yang berada di belakang aku sejak dari tadi itu ternyata adalah Lana? Aku terkaku di situ. “Kau kenapa?” tanya Lana. Kenapa Lana boleh ada di belakang aku? Bukankah tadi dia berada di dalam bilik sambil menangis? “Myrah...myrahhh.” suara Lana menjadi sayup. Kakiku sudah tidak berdaya menahan tubuhku yang mulai lemah. Aku terjelupuk jatuh di hadapan bilik Lana. Sebelum aku rebah, aku sempat melihat sekepul asap berterbangan di atas kepalaku. Dalam samar-samar, wajah Arifa muncul sebelum aku memejamkan mata.

Keesokan paginya, sebaik sahaja aku membuka mata, Arifa berada di sebelahku. Seperti biasanya, Arifa tidak bersuara tetapi dia langsung menghulurkan segelas air minuman untukku. “Bila awak sampai?” tanyaku dengan penuh kebingungan.  Arifa tidak menjawab pertanyaanku. Dia langsung menghulurkan senaskah surat khabar. Aku terpinga-pinga dengan perlakuan Arifa. Penting sangat ke berita dalam surat khabar ni? Lebih hairan lagi surat khabar tersebut bertarikh 2 bulan yang lepas. Aku ingin bertanya motif Arifa memberi aku surat khabar lama ini tetapi aku tahu jika aku bertanya pasti Arifa tidak akan menjawab pertanyaanku, aku pura-pura membaca sambil membelek surat khabar tersebut. Entah kenapa tiba-tiba mata aku terhenti di sebuah artikel. Artikel pembunuhan yang aku baca di dalam internet tempoh hari. “Seorang wanita berusia 21 tahun diperkosa sebelum dibunuh. Mangsa, Lana Erina dipercayai telah dipukul dengan objek keras berikutan terdapat kesan kecederaan serius di muka dan di beberapa bahagian di badannya...” badanku mulai menggigil. Entah kerana berita itu atau aku sangat mengenali nama yang terpapar disitu. Aku memandang Arifa, mencari kepastian. Arifa melepaskan keluhan. Dia mengerti apa yang sedang aku fikirkan. Aku langsung mencapai telefon bimbitku. Aku ingin mencari wajah mangsa yang bernama Lana Erina itu. Adakah itu orang yang aku kenali atau orang lain. Tanganku menggigil apabila keputusan pencarianku benar-benar di luar jangkaan. Lana yang aku kenali dengan Lana Erina itu ternyata adalah orang yang sama! Teman serumahku. Kalau Lana Erina dah meninggal 2 bulan yang lepas, habis tu selama ni siapa yang jadi teman serumah aku?

Aku langsung menceritakan pada Arifa segala yang berlaku selama dia pulang ke kampung. Arifa kelihatan tenang mendengarnya. Kemudian dia pula menceritakan pengalaman yang dia alami selama menjadi 'teman sebilik' Lana. Ternyata bukan aku seorang yang di ganggu Lana, tapi Arifa juga. Menurut cerita Arifa, waktu pertama kali aku mengenalkan Lana padanya, Arifa mengatakan bahawa dia tidak melihat ada sesiapa waktu itu. Sangkaannya mungkin aku sedang stress atau overdose. Jadi aku seakan gila dan berkhayal. Sebab itulah dia jarang ingin bergaul denganku mahupun melayani setiap perbualanku. Dia mula rasa tak sedap hati semenjak aku memberi keizinan pada Lana untuk menjadi 'teman sebiliknya'. Kerana tidak mahu bermasam muka denganku, dia mengalah dan hanya akur dengan cadangan pelik aku itu. Patutlah selama ni aku tak pernah nampak Arifa dan Lana berbual, ternyata Arifa tidak melihat kehadiran Lana sebaliknya aku sahaja yang nampak. Arifa juga pernah diganggu sewaktu dia berada di bilik berseorangan. Dia terdengar ada suara berbisik padanya tetapi dia pura-pura tidak mendengar. Bahkan sewaktu dia ingin tidur, dia merasa seakan ada seseorang di katil sebelahnya tetapi dia tidak mahu terlalu melayani 'teman sebiliknya' itu lalu dia abaikan sahaja dan langsung tidur. Merasa dirinya sering diganggu, dia akhirnya membuat keputusan untuk bawa diri ke kampung dengan memberi alasan abangnya sakit walhal dia ingin mengelakkan diri dari diganggu tetapi seketika dia terlupa yang dia pernah memberitahu padaku bahawa kesemua ahli keluarganya sudah meninggal. Selama berada di kampung, dia juga ada membaca artikel mengenai pembunuhan tersebut. Nama Lana terpapar disitu. Dia mulai mensyaki ada yang tak kena dengan teman sebilik yang pernah dikenalkan oleh aku padanya. Kebetulan abang saudaranya merupakan seorang anggota polis yang sedang menyiasat kes ini. Dari situ Arifa mencari tahu mengenai mangsa pembunuhan bernama Lana itu. Sejurus Arifa tahu mengenai hal itu, dia langsung kembali ke rumahku untuk memberitahu aku mengenai Lana kerana pembunuhan itu berada berdekatan dengan kawasan perumahan itu.

Walaupun aku tak mengenali mangsa dengan lebih rapat, tetapi aku sangat berharap agar pelaku yang telah membunuh Lana mendapat hukuman yang setimpal. Semenjak mayat Lana telah ditemui dan dikebumikan dengan cara yang sepatutnya, dia tidak lagi mendatangi kami. Malah kami yang selalu menziarahi kuburnya. Kemudian aku berniat ingin tinggal dengan keluargaku di selatan tanah air tetapi kerana kasihankan Arifa yang masih tinggal di rumah sewaku itu, aku batalkan niat tersebut. Kini aku dan Arifa telah menjadi kawan baik. Ternyata Arifa bukanlah seorang gadis yang pendiam sangat pun. Kalau dah kenal lama dengan dia, baru tahu perangai sebenar dia macam mana. Gila-gila juga si pendiam ni.

TAMAT.

Hasil nukilan: Leenz Armani

P/S: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Adudu aku harap ini first time dan last time lah aku tulis cerita pelik macam ni sebab aku memang takde tokoh, takde bakat nak tulis cerita hantu/seram. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cuba sampaikan dalam cerita ni. Dah la, aku malu. Haha.

Wassalam.
- Leenz

14 Sept 2016 - 18:10pm

7 September 2016

Cerpen seram?

Assalamualaikum.

Sesiapa ada yang pernah atau suka baca cerpen / cerita seram? Aku yakin tak semua minat sebab ianya seram. Mungkin ada sesetengah orang memang suka dengan cerita-cerita seram. Apatah lagi yang berkaitan dengan hantu / mistik.

Well, aku ni pun nak kata suka pun tak sangat sebab aku ni boleh dikatakan seorang yang penakut jugaklah. (malu nak mengaku sebenarnya) Tapi aku suka tengok movie seram dan baca cerita-cerita seram asalkan bukan pada waktu malam. Gila kau layan movie / baca cerita seram waktu tengah malam buta? Feel dia lain macam beb! Apatah lagi masa tu kau sorang-sorang dalam bilik dengan cahaya lampu yang sangat limited edition. Perghhhh!

Ok, nak dijadikan cerita. Hari tu aku saja sakat si Alfie, penakut no.1 tu kalau aku cakap pasal hantu. Hahahahaha. Tuptup tengah sedap berborak dengan dia....tetiba pulak dia cabar aku untuk tulis cerita hantu. Kau rasa??? Seumur hidup aku dan sepanjang aku menulis cerpen, belum pernah aku terfikir nak menulis cerita / cerpen seram! Huishhh seram betul cabaran kau ni Alfie. Tapi takpa, cabaran yang sihat namanya tu. Aku pun sahutlah. Sesekali cari pengalaman baru. Before this, aku pernah jugaklah cuba nak tulis cerpen seram tapi separuh jalan je sebab feel seram tu tiba-tiba hilang. Yelah, time tu aku tulis pun waktu siang, matahari terpacak tegak. Manalah feel tu nak ada. Cuba kalau tulis cerita hantu tu malam-malam buta, suasana sunyi sepi, duduk pulak berseorangan dalam bilik dan hanya bertemankan cahaya laptop yang samar-samar tu. Confirm idea mencurah-curah! Tapi tak tahulah iman masih tegar atau tak masa tu. Buatnya aku tengah sedap-sedap menulis, tiba-tiba pulak ada orang berbisik kat telinga kau...takkan kau masih nak duduk diam pulak? Erghhhhhh...

Then, aku pun mencuba menulis cerpen seram lagi tapi tetap idea tu taknak datang. Memang nak kena cari feel tu malam-malam buta agaknya. So, Alfie...sorry to say. Kali ni aku mengalah. Aku memang tak ada bakat nak jadi penulis cerita seram. I am give up. *kibar bendera putih*

Dah lah, itu je yang aku nak cerita hari ni. Menulis cerita seram bukan minat aku tapi kalau ajak tengok cerita seram atau baca cerita seram, carilah aku. Hahahaha.

I gotta go. Bye.

Wassalam.
- Leenz

07 Sept 2016 - 17:07pm

6 September 2016

This is life

Assalamualaikum.


Hey,

You know, I'm always in trouble. Trouble never comes alone.

Yeah, sometimes we always own the option of having no opinion. There is never any need to get worked up or to trouble our soul about things we can't control. These things are not asking to be judged by us. Leave them alone.

Actually, it is easy to be happy. Happiness will come when we forgive ourselves, forgive others, and live with gratitude. There was never a selfish and ungrateful able to feel happy. Let alone make others happy. Life is giving, not asking.

Well, some stories don't have a clear beginning, middle, and end. Life is about not knowing the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next.

That's what we called life. Be grateful for what we have and who we have because we never know what happen next.

Me,
Leenz


(Quotes credit to Marcus Aurelius, TaufiqTroublemakerRhousing, GildaRadner. TQ)

1 September 2016

Terminate Policy Insurance

Assalamualaikum.

Anyone ada dapat panggilan dari mana-mana syarikat insurans yang menyatakan yang korang ada setuju dengan insurans dari syarikat diorang? Then, diorang call korang untuk dapatkan jawapan sama ada korang setuju atau tidak dengan polisi insurans syarikat diorang tu. Hmm...

Lets the story begin...

Nak diringkaskan cerita, pihak insurans tersebut call aku, dia baca nama, ic dan 4 nombor yang tertera di kad bank aku. Aku pulak masa tu tengah blur-blur (mood mengantuk), aku layankan jelah orang tu bercakap, padahal fikiran aku melayang entah kemana. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Macam sedang mendodoikan aku pulak dia punya bebel. Haha. So, katanya dia nak buat confirmation sama ada aku setuju atau tidak dengan penolakan RM170+ tu dari account bank aku? Katanya lagi insurans ni ditolak hanya setahun sekali sahaja. Ikutkan bulan 10 ni, insurans yang aku apply masa buat loan dengan Aeon dulu tu akan expired, kirenya diorang nak suruh aku renew untuk tahun akan datang punya, itu yang diorang tanya aku sama ada aku setuju tak untuk diorang potong duit sebanyak RM170+ tu dari account aku hujung bulan 9 ni? Kerana kelalaian aku, aku pun setujukan je. Hmm bodoh betul.

Sejak dari tu, policy insurance ni asyik bermain di fikiran aku. Betul ke aku ada apply apa-apa insurans dengan diorang? Bila masa? Aku rasa macam tak pernah. Macam mana diorang boleh dapat details-details aku? Arghh macam-macam lagilah bermain kat kepala otak aku ni. Then bila aku fikir-fikirkan semula, rasa macam menyesal pulak sebab dah setuju. So, aku pun decide untuk cancel semula policy insurans yang entah apa-apa tu. Serius, menyesal GILE. Hmm.

Aku dah malas nak fikir-fikir-fikir, aku pun call la syarikat insurans tu. Busy betul line diorang. Takpe, aku cuba lagi. Cuba, cuba, cuba and yessssssss! Panggilan dijawab. Aku pun bagitahu la yang aku nak cancel kan pasal insurans tu. Hmm...orang tu mintak no.ic aku untuk dia check. Then, lepas dia semak no.ic aku tu, dia pun bagi no.policy insurans atas nama aku. Lepas tu, diorang suruh aku email kat diorang untuk aku terminate polisi insurans tersebut. Hadoii...

So, untuk panduan korang macam mana nak hantar email pada diorang untuk cancel kan polisi insurans tersebut:-

Hi, 

I wish to cancel my insurance policy with (insurans company name). Here my details:

Name:
IC No.:
H/P No.:
Policy No.:

Thank you.


Lepas tu email kepada email yang diorang bagi tu. Contoh: customercare.my@chubb.com

Bila korang dah hantar email tu, dia akan automatic reply.


Lebih kurang macam nilah email yang aku terima dari syarikat insurans tu. Tak tahulah kalau korang punya lain-lain. Yang penting, lepas korang email tu korang kena call semula syarikat insurans tersebut untuk memastikan sama ada diorang dah terima atau belum email dari korang. Tapi selalunya jawapan diorang, ia akan mengambil masa 14 hari untuk process dan pihak kami akan hubungi anda dalam tempoh tersebut. Ahh jangan ikutkan sangat. Nak tunggu diorang call korang, berjanggutlah. Adalah lebih baik korang follow up sendiri dengan diorang. Takut diorang tak buat kerja. Oh ye, jangan lupa ambil nama orang yang melayani korang tu. In case, korang boleh petik semula nama tu kalau-kalau ada sebarang kekeliruan atau masalah lain. Take note!

Aku update benda ni pun untuk sekadar share dengan korang supaya tak lalai macam aku. Ahaa...masa aku blur-blur tu, aku sempat jugaklah google pasal kes macam ni. Seriously, banyak yang dah terkena, salah satunya CHEMPAKA MERAH. Baca penulisan dia tu dan baca sekali komen yang ada. Harap-harap urusan aku untuk membatalkan polisi tersebut tak serumit yang orang lain dah alami. Hmm.

Dah lah, hilang mood.

Wassalam.
- Leenz

01 Sept 2016 - 16:34pm