Don't
judge a book by it's cover-lah.
“Lepas
makan ni, kita balik teruslah ye?” ujar Eleenz sambil
tergesa-gesa.
“Eh,
takkan nak terus balik? Atleast, bagilah peluang untuk aku jumpa
kawan-kawan aku dulu. Bergambar dulu ke, borak dulu ke. Lama kot aku
tak jumpa diorang.” bantah Aliesya.
“Alah...”
Eleenz mati kata. Akhirnya dia akur sahaja permintaan kawan
serumahnya itu.
“El,
kau tunggu sini kejap. Aku pergi jumpa kawan aku yang baru sampai
tu.” ujar Aliesya tanpa sempat Eleenz menghalang.
Mulut
Eleenz terkumat kamit menghamburkan kata-kata ketidak-puas-hatinya
kerana ditinggalkan sendirian oleh Aliesya.
“Hei
bro! Apa khabar? Lama aku tak jumpa korang.” kedatangan Azfar dan
kawan-kawannya menggamatkan lagi suasana. Kelihatan seorang gadis
bertubuh langsing dan berpakaian sedikit menjolok mata sedang memeluk
erat lengan Azfar.
“Perghhh...kau
ni dari dulu tak pernah berubahlah Far. Tapi aku salute dengan kau
sebab semua perempuan yang kau bawak, semuanya cun. Bagilah kitorang
ilmu mengurat kau tu sikit.” usik Hazrif.
“See
the legs-lah. Ini Azfar. Siapapun yang aku nak, mesti akan dapat
punya.” ujar Azfar dengan angkuh.
“Sorry
El, aku tinggalkan kau sorang-sorang pulak kat sini” ujar Aliesya
sambil tersengih. Wajah Eleenz mulai masam mencuka.
“Takpelah,
aku faham. Kalau dah jumpa kawan lama, kawan baru selalu dilupakan.”
perli Eleenz.
“Alah...merajuk
pulak dia. Dah, jom kita balik.” ujar Aliesya sambil menarik tangan
Eleenz.
DBUKKK!
Tanpa
disedari, Eleenz terlanggar seorang lelaki yang sedang berbual dengan
kawan-kawannya.
“Apahal
pulak minah ni... Hoi, kau buta ke? Tak nampak ke aku ada kat sini?”
tengking lelaki itu.
Eleenz
diam terkedu. Memang benar salahnya kerana melanggar lelaki itu tanpa
sengaja tetapi seumur hidupnya, belum pernah ada lelaki yang
menengkingnya sedemikian.
“Azfar,
kitorang minta maaf. Kitorang tak sengaja.” ujar Aliesya.
“Yang
langgar aku tu kawan kau, apehal kau pulak yang minta maaf? Kawan kau
ni bisu ke apa?” hati Eleenz bagai disiat-siat apabila mendengar
kata-kata yang dihamburkan oleh lelaki bernama Azfar itu.
“Aku
minta maaf bagi pihak kawan aku. El, jom kita blah cepat.” ujar
Aliesya sambil menarik Eleenz pergi dari situ supaya mereka tidak
menjadi perhatian kawan- kawannya yang lain.
“Wei,
aku belum habis cakap lagilah!” jeritan Azfar tidak dipedulikan
oleh Aliesya dan Eleenz.
“Lancang
betul mulut mamat tadi.” ujar Eleenz.
“Nama
dia Azfar Redza. Mulut dia memang lancang. Kalau kau nak tau, dulu
dia popular tau kat sekolah. Kau tau sebab apa? Sebab masalah
disiplin.” jelas Aliesya sambil fokus pada pemanduannya.
“Tengok
orangnya pun dah boleh agak." ujar
Eleenz.
“Walaupun
Azfar tu budak yang selalu bermasalah, dia tu anak cikgu tau. Orang
tua dia baik. Tapi itulah yang aku tak faham kenapa perangai si Azfar
seteruk tu. Satu je aku tabik kat Azfar ni. Dia budak pandai.”
cerita Aliesya. Eleenz sedikit hairan mendengar Aliesya mengatakan
bahawa Azfar seorang budak pandai.
“Aku
tak tahu macam mana dia belajar. Kelas biasa pun punya payah nak
nampak batang hidung dia, inikan pulak kelas tambahan. Hmm...tapi
siapa tahukan kalau parents dia ada agenda lain. Yelah, nama pun anak
cikgu. Mungkin sebab tulah cikgu yang lain malas nak ambil port kalau
Azfar buat masalah. Sebab diorang tahu, walaupun dia buat masalah
tapi bila exam selalu skor.” tambah Aliesya.
“Harap-harap
aku takkan jumpa dengan lelaki macam tu lagi. Scary!”
Aliesya
tergelak mendengar doa Eleenz.
*** *** ***
“Semua
sekali RM5.50 dik.”
“Maaf
makcik, saya tak ada duit kecil.” ujar Eleenz sambil menghulurkan
not RM50.00 kepada makcik tersebut.
“Makcik
pun tak ada duit pecah ni dik. Jualan makcik hari ni baru laku sikit
je.” ujar makcik yang kelihatan sedikit berumur itu.
“Makcik,
kira sekali dengan saya punya ni.” celah seorang lelaki yang
tiba-tiba memotong barisan.
“Semuanya
berjumlah RM13.50 dik.”
“Bakinya
makcik simpan buat tabungan ye.” ujar lelaki itu sambil
menghulurkan not RM10.00 dan RM5.00.
“Encik...tunggu
kejap.” panggil Eleenz.
Lelaki
itu berhenti.
“Saya
tak ada...” belum sempat Eleenz meneruskan kata-kata, lantas lelaki
itu langsung mencelah.
“Anggap
je tadi tu saya belanja awak.” ujar lelaki itu sambil membelakangi
Eleenz.
Eleenz
mati kata. Sebelum lelaki itu berlalu pergi, Eleenz sempat
mengucapkan terima kasih.
'Kenapa
aku macam pernah nampak lelaki tu sebelum ni?'
*** *** ***
“Terima
kasih Eleenz sebab sudi temankan aku pergi kenduri kawan aku ni.”
ujar Aliesya sambil tersengih memandang Eleenz.
“Kalau
bukan aku yang temankan kau, kau nak harapkan sapa? Faris, boyfriend
kau tu? Memang mereputlah kau kat rumah jawabnya.” Erleenz sempat
memerli Aliesya.
“Eh,
hello... Kalau Faris ada kat Malaysia ni, aku dah lama ajak dia tau.”
Aliesya mulai mengomel.
“Dah
tu, suruhlah dia balik sini cepat. So, tak adalah berat badan aku
naik sebab asyik ikut kau pergi makan kenduri je.” ujar Eleenz
sambil mengejek Aliesya.
“Ohhh
kau berkira dengan aku ye!” ujar Aliesya sambil menggeletek Eleenz.
“Hai
Azfar, baru sampai ke? Jemputlah makan.”
Sebaik
sahaja Eleenz mendengar nama Azfar dipetik, hatinya bagai dipanah
petir. Lelaki yang tidak ingin dia temui!
“Sya,
jomlah kita cepat balik.” ujar Eleenz. Aliesya hairan melihat
Eleenz yang tiba-tiba menjadi gopoh.
“Eh,
kejaplah El. Aku nak pergi jumpa dengan mak pengantin dulu.” ujar
Aliesya sambil menggeledah beg tangannya untuk mencari sampul duit.
Eleenz
terpaksa menyembunyikan mukanya dari dilihat lelaki bernama Azfar
yang pernah menengkingnya suatu ketika dulu.
'Aku
tak nak bertembung dengan mamat tu lagi. Lelaki macam tu bukan kira
tempat dia nak mengamuk.' dengus hati kecil Eleenz.
*** *** ***
“Wei
kejap Muaz, kau scroll ke atas balik.” arah Azfar kepada kawannya,
Muaz sewaktu melayari laman sesawang facebook di komputer ribanya dan
dengan tidak sengaja dia ternampak gambar seorang perempuan. Muaz
sekadar mengikut kehendak Azfar.
“Kau
kenal siapa perempuan ni?” tanya Azfar.
“Entah.
Tapi yang aku tahu dia ni kawan kepada Aliesya, budak kelas sains tu.
Apasal?” Muaz bertanya kembali.
“Apa
nama facebook dia? Aku nak add dia.” ujar Azfar langsung membuka
laman sesawang facebook di telefon pintarnya.
“Eleenz
Amani.” Azfar tersenyum lebar.
'Azfar
Redza? Ni bukannya nama mamat bengis hari tu ke?' Eleenz hairan
melihat nama lelaki itu berada di dalam senarai ingin menjadi rakan
laman sesawang facebook-nya. Hatinya berbelah bahagi sama ada ingin
menerima atau menolak permintaan dari lelaki bernama Azfar itu.
'Kenapa
perempuan ni tak nak terima permintaan aku sebagai rakan dia? Hishhh
jual mahal lah minah ni.' rungut Azfar dalam hati. Terasa dirinya
diabaikan, dia langsung menghantar pesanan ringkas kepada gadis itu.
“Accept
me?” tanya Azfar.
“???”
balas Eleenz.
“Susah
sangat ke nak accept permintaan saya sebagai rakan facebook awak?”
marah Azfar.
“Siapa
awak?” tanya Eleenz.
“Saya
Azfar Redza. Accept jelah request saya tu.” Azfar
mulai mendesak.
“I
don't know who you are. Sorry.” balas
Eleenz dan terus menutup akaun facebook-nya.
“Perempuan
macam nilah yang aku suka.” ujar Azfar sambil tersenyum lebar.
*** *** ***
Sewaktu
Eleenz berada di lampu isyarat, dia terlihat kelibat Azfar yang
tiba-tiba memberhentikan keretanya di seberang jalan.
“Apa
kena dengan mamat ni tiba-tiba parking kereta kat situ?” ujar
Eleenz, sendirian.
Eleenz
sekadar memerhatikan pergerakan Azfar sambil menunggu lampu isyarat
bertukar hijau.
Kelihatan
seorang warga emas ingin melintasi jalan. Azfar langsung menghulurkan
bantuan dengan memimpin warga emas tersebut untuk melintas hingga ke
bahu jalan dengan selamat. Setelah itu dia kembali semula ke
keretanya.
Eleenz
sedikit kagum melihat kebaikan lelaki itu yang sanggup berhenti
semata-mata untuk menolong warga emas tersebut. Eleenz tersenyum
sepanjang perjalanan.
“Kau
ni dari tadi tersenyum-senyum, ada apa-apa ke?” tanya Aliesya yang
sejak tadi memerhatikan gelagat kawan serumahnya itu.
“Aku
senyum pun salah ke?” Eleenz mencebik.
“Tak
salah tapi kalau kau senyum tanpa sebab, kot-kot aku boleh daftarkan
kau kat rumah sakit jiwa ke? Aku dengar banyak lagi katil kosong kat
sana.” usik Aliesya.
Dengan
tiba-tiba bantal bersaiz segi empat sama yang dipeluk Eleenz tadi
meluru tepat di wajah Aliesya. Eleenz tergelak besar kerana berjaya
mengenakan Aliesya.
*** *** ***
Setelah
berbulan lamanya, barulah Eleenz terbuka hati untuk menerima
permintaan Azfar sebagai rakan laman sesawang facebook-nya itu.
“Terima
kasih.” ujar Azfar sebaik
sahaja Eleenz menerima permintaanya sebagai rakan.
“Jom
keluar?” belum sempat Eleenz
membalas, Azfar langsung mengajaknya keluar.
“Sorry,
busy.” jawab Eleenz.
Azfar
menggumam geram dengan sikap Eleenz yang sering mencari alasan untuk
mengelakkan diri darinya.
“010-8121XXX.
Ini number phone saya. Msg me when you free. I'm waiting.” ujar
Azfar sebelum menutup kembali akaun facebook-nya.
“Sya
kau pernah terfikir tak, seseorang yang kau pernah anggap bermasalah
tu sebenarnya dia seorang yang berhati mulia?” tanya Eleenz kepada
Aliesya.
Aliesya
sedikit bingung dengan pertanyaan Eleenz.
“Dah
namanya orang yang bermasalah, memang semua keburukan jelah orang
akan nampak. Kenapa kau tiba-tiba tanya soalan macam tu?” tanya
Aliesya kembali.
“Saja.”
jawab Eleenz.
*** *** ***
“Awak
sudi tak jadi kekasih saya?” pertanyaan Azfar membuatkan lidah
Eleenz kelu.
“Kenapa
awak tiba-tiba...” Eleenz mati kata.
“Saya
dah lama sukakan awak. “ ujar Azfar sambil menggenggam tangan
Eleenz.
“Wait
a minute. Awak baru je kenal dengan saya. Dan saya baru je nak kenal
diri awak. We don't know each other. Macam mana awak boleh tiba-tiba
sukakan saya dan kenapa tiba-tiba awak melamar saya?” Eleenz
kebingungan.
“Sejak saya nampak awak, saya dah mula sukakan awak. Awak buat saya tertarik untuk mengenali diri awak dengan lebih dekat.” ujar Azfar.
“Sejak saya nampak awak, saya dah mula sukakan awak. Awak buat saya tertarik untuk mengenali diri awak dengan lebih dekat.” ujar Azfar.
“Azfar...kalau
awak ikhlas dengan niat awak tu, boleh tak kita kenal sampai hubungan
kita jadi halal?” pertanyaan Eleenz membuatkan Azfar kelu. Dia
sangat kagum dengan pendirian teguh gadis ini yang tak mudah kalah
dengan rayuannya.
“I
promise I will.” ujar Azfar sambil tersenyum.
“What?
El, kau dah gila ke?” Aliesya terkejut mendengar cerita Eleenz
bahawa dia sedang rapat dengan lelaki yang bernama Azfar itu.
“Aku
masih waras.” jawab Eleenz.
“El,
kau tak kenal siapa Azfar sebenarnya. Dia lelaki bermasalah. Dia tu
playboy. Banyak perempuan yang dia dah permainkan. Aku tak nak kau
jadi salah seorang dari mangsa dia. Dia bukan lelaki yang baik untuk
kau.” ujar Aliesya sambil memujuk Eleenz supaya tidak
sewenang-wenangnya menerima rayuan Azfar dengan mudah.
Eleenz
terdiam. Dia tidak yakin apa yang Aliesya katakan itu adalah benar.
“Aku
tahu dia macam mana. Please, don't judge a book by it's cover.
You may miss out on a good story. Bak kata John Green dalam buku
penulisannya yang berjudul 'Paper Towns'; Just remember that
sometimes, the way you think about a person isn't the way they
actually are.” ujar Eleenz
sambil tersenyum.
Aliesya
menggelengkan kepala. Puas dia menasihati sahabatnya itu tapi tidak
mahu didengari oleh Eleenz. Menurutnya, Eleenz sudah terbuai dengan
perasaan.
*** *** ***
“Hai
makcik. Jangan risau, hari ni saya bawa duit kecil.” ujar Eleenz
sambil membayar harga makanan yang dia beli dari sebuah gerai kecil
yang dijaga oleh seorang makcik yang kelihatan agak berusia.
“Adik
sorang je hari ni?” tanya makcik itu. Eleenz terpinga-pinga.
“Saya
memang datang sini sorang je makcik.” jawab Eleenz.
“Lelaki
tempoh hari tu bukan dengan kamulah ye?” tanya makcik itu lagi.
“Lelaki
yang mana satu ni makcik?” tanya Eleenz.
“Yang
tempoh hari bayarkan sekali dengan makanan kamu tu.” balas makcik
tersebut.
Eleenz
mengingati kembali peristiwa di mana seorang lelaki telah memotong
barisannya dan tiba-tiba menawarkan diri untuk membayarkan makanan
yang dia beli kerana waktu itu dia tidak mempunyai duit kecil.
“Ohhh
bukan makcik. Saya tak kenal pun siapa lelaki tu. Makcik kenal ke
lelaki tu siapa?” tanya Eleenz, ingin tahu.
“Kenal
tu tak sangatlah tapi dia selalu jugak datang beli sarapan kat sini.
Makcik tengok, baik orangnya. Selalu tolong orang. Makcik pernah
nampak dia belikan makanan tengahhari untuk gelandangan yang ada kat
kaki lima ni. Murah rezeki dia tolong orang.” jelas makcik
tersebut.
“Alhamdulillah.
Tak sangka masih ada orang sebaik dia kat muka bumi ni. Sejuk perut
mak dia mengandungkan anak macam dia. Kalaulah saya dapat jumpa
dengan lelaki tu lagi, saya nak sangat balas budi baik dia pada saya
tempoh hari.” ujar Eleenz, senang mendengar cerita dari makcik itu.
*** *** ***
“Awak
serius ke ni nak bawa saya jumpa dengan parents awak? Saya
takutlah...” ujar Eleenz, seram sejuk dia sepanjang perjalanan
menuju kerumah orang tua Azfar.
“Parents
saya bukannya nak telan awak. Buat apa awak nak takut? Bertenanglah.”
pujuk Azfar.
“Kita
dah sampai. Jom masuk jumpa parents saya.” ujar Azfar sambil
membukakan pintu untuk Eleenz tanpa diminta berbuat demikian.
Eleenz
kelihatan pucat. Langkah kakinya seakan berat ingin memasuki kedalam
rumah orang tua Azfar.
“Masuklah
Leen.” kedengaran suara wanita sedikit berusia menjemputnya masuk.
“Assalamualaikum.
Apa khabar makcik, pakcik.” ujar Eleenz sambil bersalaman dengan
ibu dan ayah Azfar.
“Waalaikumussalam.
Kami baik-baik je. Orang tua Leen apa khabar?” tanya ibu Azfar.
“Baik,
alhamdulillah.” jawab Eleenz.
“Jadi,
inilah Eleenz yang Azfar selalu cerita pada kami tu ye?” tanya ibu
Azfar pada Azfar.
Azfar
menggangguk.
“Terima
kasih Leen.” ujar ibu Azfar. Eleenz terpinga-pinga.
“Untuk apa makcik?” tanya Eleenz, mencari jawapan.
“Terima
kasih sebab dah banyak mengubah hidup anak makcik menjadi lebih
baik.” Eleenz semakin terpinga-pinga.
“Parents
saya tak makan awak kan?” tanya Azfar sewaktu dalam perjalanan
menghantar Eleenz.
“Memanglah. Saya ingat parents awak bengis macam awak.” ujar Eleenz, selamba.
“Memanglah. Saya ingat parents awak bengis macam awak.” ujar Eleenz, selamba.
Azfar
menjeling.
“Eh,
maksud saya...saya ingat parents awak garang tapi rupanya diorang
baik. Tapi saya hairanlah.” Eleenz cuba mencari jawapan untuk
pertanyaannya kepada ibu Azfar tadi.
“Hairan
apa?” tanya Azfar.
“Kenapa
ibu awak cakap saya dah banyak ubah hidup awak jadi lebih baik? Saya
tak faham.” ujar Eleenz sambil menggaru kepala.
Azfar
hanya tersenyum.
*** *** ***
“Kau
yakin dengan keputusan kau ni?” tanya Aliesya sewaktu Eleenz
meminta pendapatnya tentang Azfar.
“Aku
yakin dia boleh bahagiakan aku.” jawab Eleenz sambil menyiapkan
diri.
“Sebenarnya
aku dah penat nasihatkan kau tapi kau tetap dengan keputusan kau.
Kalau jadi apa-apa lepas ni, jangan cakap aku tak pernah kasi amaran
pada kau. By the way, aku akan selalu ada untuk kau bila kau perlukan
aku.” ujar Aliesya. Eleenz menjadi terharu dengan kata-kata
Aliesya.
“Thanks
Sya. Kaulah kawan dunia akhirat aku.” ujar Eleenz sambil memeluk
sahabatnya.
“Tahniah
El. Sekejap je kau dah jadi tunangan orang. Aku harap kau bahagia
dengan pilihan kau.” ujar Aliesya sewaktu Eleenz selamat menjadi
tunangan kepada Azfar Redza.
“Aku
dah cukup bahagia mengenali lelaki sebaik Azfar.” ujar Eleenz,
tersenyum bahagia.
'Congrats
to you. Fyi, aku sedang mengandungkan anak kepada tunang kau, Azfar
Redza.'
Berderau
darah Eleenz membaca pesanan ringkas yang dia baru terima sebentar
tadi.
“El,
kenapa ni...?” Aliesya hairan melihat perubahan sikap Eleenz.
Aliesya
segera mengambil telefon bimbit Eleenz dan membaca pesanan ringkas
yang diterima.
“Ya
Allah...”
*** *** ***
Berulang
kali Azfar cuba menghubungi tunangnya, namun gagal. Dia langsung ke
rumah di mana Eleenz dan Aliesya tinggal.
“Kau
memang lelaki tak guna, Azfar! Sejak dari awal aku memang dah tahu
niat kau untuk permainkan perasaan kawan aku!” bentak Aliesya.
“Apa
maksud kau? Aku tak pernah terniat pun nak permainkan perasaan
Eleenz. Aku betul-betul sayangkan dia.” jelas Azfar.
“Sayang
konon. Sebab sayang kau yang terlalu murah tulah yang buatkan hati
dia terluka.” marah Aliesya.
“Aku
tak faham apa yang kau cuba sampaikan ni? Hati siapa yang terluka?
Mana Eleenz? Aku call handphone dia tak dapat. Mesej aku pun dia tak
reply.” tanya Azfar dengan penuh kebingungan.
“Kau
tak payah cari dia lagi. Cukup dengan luka yang kau beri pada dia.
Aku tak yakin yang dia dapat teruskan pertunangan korang.” ujar
Aliesya.
“Apa
yang kau cakapkan ni? Apa motif kau cakap yang Eleenz takkan teruskan
pertunangan ni?” tanya Azfar dengan nada keras.
“Kau
masih boleh pura-pura tak tahu apa-apa? Kau baca ni baik-baik. Kau
fikirlah di mana silap kau sekarang. Aku takkan izinkan kau berjumpa
dengan Eleenz lagi. Aku taknak kau tambah luka di hati sahabat aku.”
ujar Aliesya sambil menunjukkan pesanan ringkas yang diterima oleh
Eleenz di hari pertunangannya.
Azfar
terdiam.
Aliesya
mengambil kembali telefon bimbit yang diberi pada Azfar tadi dan
kemudian dia langsung menutup pintu tanpa menunggu kata-kata dari
lelaki itu.
*** *** ***
“Apalagi
yang you tak puas hati dengan I?” marah Azfar sewaktu berjumpa
dengan bekas kekasihnya, Farah.
“Memang
I tak puas hati dengan you. You sedar tak yang you tu kekasih I tapi
sampai hati you bertunang dengan perempuan lain.” ujar Farah.
“Correction.
Bekas kekasih.” ujar Azfar, sengaja dia tekankan perkataan 'bekas'
itu.
“Since
when? I masih sayang you, Azfar.”
“Since
you curang di belakang I. Jangan ingat I tak tahu apa yang you buat
di belakang I.” ujar Azfar sambil memandang sinis ke arah bekas
kekasihnya itu.
“What?
I tak pernah curang dengan you, sayang. You tu yang tiba-tiba
berpaling dari I dan bertunang dengan orang lain. Selama ni I setia
menunggu you tapi you anggap I ni apa?” ujar Farah sambil cuba
memeluk tubuh Azfar..
“Enough
Farah. You ni tak lebih dari perempuan murahan yang I pernah kenal.”
ujar Azfar sambil menolak pelukan Farah.
“Sampai
hati you cakap I perempuan murahan.” ujar Farah.
“Memang
you perempuan murahan! Ingat I tak nampak selama ni you bawa balik
lelaki lain kerumah you? Bila you disahkan mengandung, you nak tuduh
anak yang you kandungkan tu anak I? Please-lah, you tak sedar ke dah
berapa ramai lelaki dah pakai you? Shame on you!” ujar Azfar dan
langsung meninggalkan Farah tanpa menoleh ke arah bekas kekasihnya
itu.
*** *** ***
Azfar
puas memujuk Eleenz. Setelah dia menjelaskan segala salah faham yang
terjadi selama ini barulah Eleenz ingin menemui Azfar.
“Saya
mengaku memang dulu saya jahat, saya kaki perempuan. Tapi
sejahat-jahat saya, saya tak pernah meniduri mana-mana perempuan.
Sebab tu saya berani mengaku bahawa itu bukan anak saya. Iman saya
masih kuat. Saya masih berpegang teguh pada agama. Kalau awak nak
tahu, sejak saya kenal dengan awak, hidup saya dah banyak berubah.
Mulanya memang saya sekadar ingin berkenalan dengan awak tapi saya
tak sangka pendirian diri awak buatkan saya kagum dan dari situ hati
saya terbuka untuk berubah menjadi lebih baik. Terima kasih awak.”
jelas Azfar panjang lebar.
Eleenz
hanya mampu terdiam.
“Jom.”
Eleenz terpinga-pinga.
“Awak
ikut je.” ujar Azfar sambil menarik tangan Eleenz.
Azfar
sempat singgah di sebuah kedai makan dan membeli beberapa bungkus
nasi berlauk.
"Awak
beli banyak-banyak ni untuk apa?” Eleenz mencari tahu.
“Untuk
makanlah.” jawab Azfar, selamba.
“Itu
saya tahu tapi untuk siapa?” tanya Eleenz, geram dengan jawab
Azfar.
Azfar
sekadar tersenyum. Kemudian dia berhenti di kaki lima yang terdapat
beberapa orang gelandangan. Ada yang sedang tidur, ada juga yang
sedang meminta sedekah. Tak kurang juga dengan kanak-kanak yang asyik
bermain.
Eleenz
terkesima melihat perbuatan Azfar yang memberi nasi bungkus yang
dibelinya tadi kepada beberapa gelandangan disitu. Tiba-tiba dia
teringat akan cerita yang pernah diceritakan oleh makcik yang sering
menjual kuih muih di gerai kecil yang terletak di hujung jalan itu.
'Diakah
lelaki itu?'
“Awak
nak tahu tak setiap pagi sebelum saya pergi kerja, saya mesti akan
singgah kat gerai kecil ni untuk beli sarapan. Kuih muih yang makcik
tu jual sedap tau. Murah pulak tu. Makcik yang jual tu pun baik. Saya
suka berborak dengan dia bila saya datang nak beli sarapan.” ujar
Azfar sambil menunjukkan gerai kecil yang berada di hujung jalan.
Eleenz
tersentak mendengar cerita Azfar.
“Jadi
memang awaklah lelaki tu...” ujar Eleenz, sedikit berbisik.
“Apa
awak cakap?” tanya Azfar.
“Tak
ada apa-apa. Saya bangga dengan awak.” ujar Eleenz sambil
menghadiahi sebuah senyuman kepada tunangannya.
Kadang-kadang
orang yang jahat tu tak akan jahat selamanya. Jangan menilai
seseorang dari masa lalunya. Semua orang pasti akan berubah, kan?
Insyaallah.
“Every
single person has a story.
Don't
judge people before you truly know them.
The
truth might surprise you.”
-TAMAT-
Hasil Nukilan: Leenz Armaniey
P/S: Terasa macam nak menulis cerita pendek versi seram pulak. Agak-agak aku dah cukup berani ke? Hmmm.....
Happy reading!
Yang sewel,
Leenz
Happy reading!
Yang sewel,
Leenz