About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

13 December 2015

Review: Chicken Chop & Western food!

13/12/2015 - 8:45pm
Sabtu - Mendung

Hai!

Assalamualaikum.

Seharian mereput di rumah sehingga mempengaruhi diri aku untuk terus berblogging. Haha skema gila ayat guaaa.

Kali ni aku nak review serba sedikit tentang tempat2 makanan western yang aku pernah pergi dan korang pun patut cuba. Jom review!

1. YusBe Chicken Chop & Western Food

Sumber: Google.com
Address:
11-01, Jalan Nusaria 11/4,
Taman Nusantara, 81550
Gelang Patah, Johor,
Malaysia.
Tel: +6013-7323241 / +6019-7227652

Operating hour:
Monday to Sunday
5:00pm until 2:00am
(Closed on Tuesday)

Facebook page: YusBe Chicken Chop

Aku sebagai pencinta grill chicken chop ni, mestilah akan mengorder menu yang sama. Dan inilah grill chicken chop yang telah siap di hidang dengan harga RM8 sahaja. Kalau korang suka makan yang ada cheese, korang boleh order grill chicken chop with cheese hanya dengan harga RM9 sahaja. Murah kan?


Kalau korang malas / segan nak makan kat sana Korang boleh order bungkus untuk dibawa pulang. Lagi senang kan? Rasa dia sama je. Harga pun tak berubah. Cuma bila kat rumah nanti, korang kenalah salut ayam yang dah digrill tu sendirian berhad. Don't worry, sos semua dia dah bungkuskan sekali.

P/S: Air tu tidak disponser sama sekali. Kalau korang nak, beli la sendiri di 7E berdekatan. Haha.

Selain chicken chop, kat sini juga ada burger special, french fries, roti oblong, fish n chip, grilled lamb chop, dan macam2 lagilah makanan western yang korang mesti cuba!

Masuk ni je dah dekat 5 kali aku makan kat sini tau. Itu pun sebab tempat ni paling dekat dengan tempat tinggal aku. Hahaha.

Next!

2. Restoran Angah D&C 

Sumber: Google.com
Address:
24, Jalan Padi 2, 
Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru, 
Johor, Malaysia.
Tel: +607-2328017

Operation hour:
Monday to Sunday
4.00pm until 1.00am
(Closed on Tuesday)

Facebook page: Angah D&C

Grilled chicken chop tetap menjadi pilihan aku sebab aku pernah cuba chicken chop biasa, tapi aku makan tak habis. Mungkin sebab dia bergoreng jadi aku kurang selera sikit. Tapi not bad. Rasa dia semua sedap! 

Selain grilled chicken chop, korang boleh cuba menu yang lain jugak. Malas pulak aku nak menaip nama-nama menu dia. Risau jugak kalau perut aku ni cari pasal nak melahap grilled chicken chop malam ni.

Untuk setakat ni, dah banyak kali jugaklah aku selalu datang makan kat sini. Memang menepati selera aku. Tempat dia ok jugaklah walaupun selalu penuh. Kalau korang taknak menunggu lama atau takut makanan habis, cepat2lah datang makan kat sini. Selalunya yang cepat habis chicken choplah. You guys must try okay!

Sumber: Google.com
Haaaa jangan terliur pulak bila baca menu-menu ni. Aku yang post ni pun dah menjejer air liur. Huishhhhh kenapalah time diet ni aku nak review pasal makanan? Kenapa? kenapa?

Next!










3. Full Tank Kitchen - Western & local food

Address (Taman Perling):
210, Jalan Layang 16, 
Taman Perling, 
81200 Johor Bahru, 
Johor, Malaysia
Phone:+60 18-775 5935

And the another side (Kilang Bateri):
No 83 Jalan Tampoi,
81200 Johor Bahru,
Malaysia.

Operation hour:
6:00pm until 2:00am

Instagram: Full Tank Kitchen
Facebook page (Taman Perling): Full Tank
Facebook page (Kilang Bateri): Full Tank


Macam biasa, grilled chicken chop masih menjadi pilihan. Tapi untuk grill chicken chop yang kat sini punya rasa dia sedikit tawar dan dagingnya agak kurang masak sikit. But not bad. Janji perut kenyang! *Lol*

P/S: Gambar-gambar yang aku share ni Full Tank yang ada di Kilang Bateri. Before / after korang melantak kat sini, korang jugak jangan lupa tinjau2 dulu kedai2 yang ada di dalam Kilang Bateri ni sebelum korang balik. Accessories phone, pakaian, barang2 antik, buku2, kasut / sandal, dan banyak lagi yang ada kat dalam tu.




Buat korang yang tak tahu dimana letaknya Full Tank Kitchen di Kilang Bateri, korang boleh view kat bulatan merah tu. Dari situ korang kena menapak naik tangga ke aras dua dan di situlah terletaknya tempat yang korang nak makan pelbagai jenis makanan western yang ada kat situ seperti Burger, Spaghetti, Satay, Chicken Chop, Fish n Chip and etc. 

And the last one!

4. Adam's Cafe Johor Bahru

Address:
65, Jalan Besi, Taman Sri Putri,
Skudai, Johor, Malaysia
Tel: 012-7619717

Operation hour:
4:00pm until 1:00am

Facebook page: Adam's Cafe Johor Bahru

Buat korang yang masih tertanya ada apa di Adam's cafe nih, meh tengok apa empunya cafe ni tulis di papan tersebut. Di situ juga ada ditulis beberapa perisa untuk korang ber-shisha.

And another menu...

Alamak...kurang jelas pulak tulisan tersebut. Haa kalau korang nak tahu, saje je aku biarkan gambar ni sedikit blur, sebab aku nak korang try sendiri semua menu kat cafe ni. Hahaha. Kalau soal harga, aku boleh katakan sangat berpatutan dengan makanan dia yang super sedap! Berbaloilah duit korang kalau makan western kat sini.

Buat korang yang suka ber-shisha, haa apalagi mai la kesini. Satu shisha akan dicas RM10 sahaja. Makan dapat, shisha pun dapat.

Dan inilah menu yang kami order, aku memilih grilled chicken chop (RM10) dan Alfie pula mengorder Volcano Burger (RM9). Yummy!
Untuk jarak penglihatan yang lebih dekat, ini dia minuman kami, jus tembikai dan jus orange. Sangat fresh! Kalau tak silap aku, untuk harga minuman macam yang kami order ni dalam RM3.50 sahaja. Untuk minuman special seperti soda drinks / soft drink, around RM6.50 kalau tak salah.

Btw, kalau korang ada kat Skudai tu, jangan lupa singgah dulu di Adam's Cafe ni okay. Fyi, cafe ni baru je dibuka sebulan yang lepas. Jadi jomlah sama-sama kita support diorang!

Dan sekian sahaja review aku kali ni. Btw, harap maaflah sebab semua review makanan kebanyakannya hanya gambar grilled chicken chop sahaja yang aku publish. Sengaja je sebenarnya sebab aku nak korang pergi dan cuba sendiri. 

So, hope korang puas hati dengan entry kali ni.

Goodnight guys!

Yang sewel,
Leenz

Isha's engagement day

13/12/2015 - 1:24pm
Ahad - Hujan

Hai!

Asssalamualaikum.

Sekarang ni tengah musim tengkujuh ke? Sebab hari-hari hari hujan. Tak kisahlah, hujan pun bagus jugak. Cuma yang tak bestnya, bila aku dah basuh kereta, hujan pun turun dengan lebatnya. *Sobsobsob* :(

Hmm..,yang dah lepas biarlah lepas. Tapi sebenarnya bukan pasal hujan yang aku nak cerita. Aku nak story pasal hari pertunangan sahabat baik aku, Isha Antasha yang berlangsung pada hari Sabtu (12 Dec 2015).

Mengikut jemputan dia, around pukul 8pm majlis dia baru mula. Tapi yang aku pelik, kenapa dekat pukul 10pm baru pihak lelaki nak datang bertandang? Malam dah larut kot! Hmm...Tak kisahlah, yang penting kawan aku dah selamat bertunang dengan lelaki pilihan dia. Tahniah Isha dan Rahmat! Majlis dia bertemakan warna hijau daun pisang. Jom terjah beberapa gambar yang sempat aku snap!

First sampai, mestilah akan nampak khemah dulu kan. So, inilah khemahnya. Khemah transparent dan di tengah-tengahnya ada lampu kelip-kelip. Kreatif!

Next!


Dan ini pulak pelamin untuk si pengantin. Simple tapi cantik! Kalau dulu orang sarung cincin dalam bilik je tapi zaman sekarang siap atas pelamin tempat cincin pertunangan akan disarungkan oleh si bakal ibu mertua. Hehe. Tak kisahlah, yang penting niat. Cewahh!

Dalam majlis mestilah ada makan-makan kan. So, inilah makanan yang telah disediakan untuk menjamu tetamu. Menu-menunya adalah Nasi Tomato, ayam masak merah, sayur acar, puding kelapa, roti jalan dan minuman air tembikai and another hot water. (Tea / Coffee?) Alhamdulillah sedap! 


So, around pukul 9pm barulah wakil dari pihak lelaki datang bertandang membawa 6 buah dulang untuk pihak perempuan dan dibalas 9 buah dulang dari pihak lelaki. 


Inilah dia tuan punya majlis yang dah dimekap dan disiapkan dengan sangattttt cantik! Masa ni orang ramai berpusu-pusu nak ambik gambar si pengantin. Ala-ala artis gitu. Tapi kesian pulak tengok member aku ni terpaksa cover senyum setiap kali diminta untuk bergambar. Penat tak? Hahahaha.

Dan waktu nilah jantung aku pulak yang dupdapdupdap! Orang lain yang bertunang, aku pulak yang lebih. Saat-saat jari disarungkan cincin oleh ibu kepada pihak lelaki. Jengjengjeng... dan akhirnya selamat sudah kawan aku ni bertunang. Aku pulak bile lagi? Coming soon lah! Insyallah...

Sebelum balik, mestilah ada goodies bag bagai kan. Inilah goodies yang aku dapat. Sebuah botol berisi marshmellow / kacang-kacangan. Okaylah tu buat kunyah-kunyah sambil update blog ni kan.













So, cukup ini dululah yang aku rasa nak update. Eh, selfie? Haruslah ada. Meh intip sikit gambar-gambar selfie yang sempat aku & Alfie snap bersama si pengantin.






Amboi Alfie....berangan nampak? Menyempat lagi kau posing dengan barang hantaran Isha eh!

Okaylah, cukup setakat ini yang dapat aku update untuk cerita mengenai hari pertunangan kawan baik aku, Isha Antasha. Ahaaa sebelum terlupa, nak promote sikit bridal yang Isha ambik untuk majlis dia. Siapa lagi kalau bukan MOLLY BRIDAL lah pilihan dia.

Facebook: Molly Bridal
Instagram: Molly Bridal
Catering: Dapur Opah @ Isha's family

Hari hujan, dapat makan makanan western pun sedap kan? See you at the next entry!

Have a nice day guys!

Yang sewel,
Leenz

3 December 2015

Cerpen: Menghapus Yang Terukir

Menghapus yang terukir.

     “Awak betul-betul nak pergi ke?” tanya Erleenz, berat hatinya untuk melepaskan Haniff yang ingin menyambung pelajarannya di luar negara. “Saya buat semua ni demi masa depan kita. Saya tak nak sia-siakan peluang yang ada. Bukan semua orang dapat tawaran belajar kat sana. Saya harap awak dapat tunggu saya.” Erleenz hanya terdiam. Hatinya benar-benar tidak merelakan untuk berjauhan dengan sang kekasih. “Ye, saya akan tunggu awak.”

     “Hoi, termenung jauh nampak?” sergah Izkandar apabila melihat Erleenz sedang mengelamun jauh. “Awak ni boleh tak kalau tak sergah saya macam tu? Kalau saya mati kena sakit jantung, awak nak tanggung jawab?” Izkandar hanya tersengih mendengar omelan Erleenz. “Kalau awak sakit jantung nanti, jadi dudalah saya.” Erleenz membulatkan mata. “Saya cakap KALAU.” Izkandar langsung mencelah sebelum Erleenz mengomel lebih panjang. “Dah, tak payah nak membebel lagi. Kejap lagi dah nak masuk Zuhur ni. Saya nak pergi cari surau kejap.” ujar Izkandar sambil menutup buku rujukan yang sedang dibaca tadi.
     “Haa…kat sini pun korang. Korang berdua ni, dah macam belangkas tau tak. Tiap masa asyik nak berkepit je.” sapa Iesya yang tiba-tiba muncul sebaik sahaja Izkandar beredar mencari surau untuk menunaikan solat Zuhur. “Kenapa kau cari aku? Rindu aku eh?” Iesya mencebik dengan usikan Erleenz.

     “Pleaselah, membazir aku tabur rindu aku pada kau. Weh, ada kawan aku nak kenal dengan kau.” Fokus Erleenz pada bacaannya tadi tiba-tiba beralih pada Iesya. “SIapa dia?” lesya tertawa kecil apabila berjaya mengganggu pembelajaran Erleenz. “Nama dia Nazriel. Dia dah lama usha kau sebenarnya. Tapi kau tu asyik nak berkepit dengan Iz je sepanjang hari sampai dia tak ada peluang untuk tegur kau.” Erleenz tersengih. Memang benar kata Iesya, dia dan Izkandar ibarat belangkas. Kemana-mana pasti bersama mengalahkan pasangan yang sedang hangat bercinta. “Alahai, tegur jelah aku kalau rasa nak tegur. Tak ada siapa pun nak marah.” ujar Erleenz sambil mengemas buku-buku yang berada di meja Izkandar sebelum lelaki itu kembali ke mejanya. “Iz tak kisah ke?” tanya Iesya. Pergerakan Erleenz terhenti. “Alah, kitorang bukan bercinta pun.” Jawab Erleenz, selamba. Tanpa dia sedari, Izkandar sempat mendengar percakapan Erleenz dan Iesya. “Thanks kemaskan meja saya.” Erleenz menjadi sedikit gelabah apabila Izkandar tiba-tiba muncul di belakangnya. Iesya pula menjadi pendiam dengan tiba-tiba.

     “Assalamualaikum.” Erleenz langsung mengangkat muka sebaik sahaja mendengar suara seorang lelaki memberi salam. “Waalaikumussalam. Awak cari siapa?” Erleenz sedikit terpinga-pinga melihat sosok tubuh lelaki di hadapan mejanya itu. “Saya cari awaklah. Awak Erleenz, kan? Kawan Iesya.” Erleenz mengiyakan. “Saya Nazriel.” Ingatan Erleenz langsung kembali pada perbualan antara dia dengan Iesya beberapa hari yang lepas tentang seorang lelaki yang bernama Nazriel ingin berkenalan dengannya. “Oh, jadi awaklah lelaki yang bernama Nazriel tu.” Nazriel tersenyum sumbing. Dia sedia maklum bahawa Iesya telah memberitahu hasratnya pada Erleenz. “Awak sorang je hari ni?” Erleenz memandang sekeliling. “Awak ada nampak saya dengan siapa-siapa ke dari tadi?” Nazriel tertawa kecil, menyedari kesilapannya. “Taklah, selalunya kan awak dengan lelaki tu…” Erleenz langsung mencelah. “Izkandar. Nama dia Izkandar. Hari ni dia tak datang. Jadi saya sorang jelah kat sini.” Nazriel menggangguk faham. “Boleh saya duduk semeja dengan awak?” tanya Nazriel sambil sebelah tangannya membawa beberapa buah buku rujukan. “Duduk jelah. Lagipun tempat ni bukan untuk saya sorang je.” ujar Erleenz sambil matanya tidak lepas pandang pada buku yang sedang dibaca. “Terima kasih.” Sepanjang Nazriel di situ, dia asyik memerhatikan Erleenz. Erleenz menyedari pandangan Nazriel padanya. Dia mulai merasa tidak selesa. “Sorry, I got a go now.” ujar Erleenz sambil mengemas mejanya dan ingin cepat pergi dari situ. “Tunggu kejap.” Langkah Erleenz terhenti. “At least, awak tinggalkanlah nombor telefon awak.” Erleenz terdiam. Dia menjadi rimas dengan sikap Nazriel yang terlihat sangat tidak menghormati privacy-nya. Tanpa membalas permintaan Nazriel, Erleenz langsung berlalu tanpa menoleh sedikit pun kearah Nazriel.

     Iesya terpinga-pinga sewaktu Erleenz menarik tangannya. “Kau ni dah kenapa tarik tangan aku. Kalau rindu aku, cakap jelah.” usik Iesya. “Sya, kau cakap dengan kawan kau tu, aku tak berminat nak kenal dengan dia. Saiko semacam je dia tu.” Iesya bingung. “Saiko? Siapa yang kau maksudkan ni?” Erleenz mengeluh. “Siapa lagi kalau bukan kawan kau bernama Nazriel tu. Tadi masa aku tengah study kat library, dia datang kat meja aku. Aku ingatkan dia nak study jugak, tapi sepanjang dia kat situ, dia asyik tenung aku. Aku rimaslah. Lepas tu, masa aku dah nak blah, dia terus minta nombor phone aku. Tak saiko ke namanya tu?” Iesya sempat tergelak kecil mendengar ocehan Erleenz. “Kan aku dah cakap dengan kau yang dia nak berkenalan dengan kau. Lagipun semalam kan Iz tak datang. Itu jelah peluang yang dia ada untuk mendekati kau. Kalau tak, 24 jam kau berkepit dengan si Iz. At least, kau bagilah dia peluang untuk kenal dengan kau.” ujar Iesya. Erleenz menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Tapi aku…” Erleenz mengeluh kecil. “Atau sebenarnya kau ada hati dengan Iz?” pertanyaan Iesya membuatkan Erleenz terbungkam.

     ‘Aku dah jatuh hati dengan Iz ke?’ Erleenz bingung dengan kata hatinya. Selama ni Izkandar selalu melayan Erleenz dengan baik. Lelaki itu selalu menjaga dirinya. Lelaki itu juga selalu ada untuknya ketika dia suka mahupun duka. Segala masalah yang dia hadapi, pada lelaki itulah dia meluahkan segalanya. Tidak pernah sedikit pun Izkandar melayaninya dengan kekasaran.

     “Awak ni bercuti dah macam pergi honeymoon pulak. Saya sunyi tau masa awak tak ada.” Erleenz pura-pura merajuk. Izkandar tersengih. Salahnya juga kerana seminggu bercuti tanpa pengetahuan Erleenz. “Rasa sunyi ke atau awak rindu kat saya?” usik Izkandar. “Dua-dua” Erleenz menyedari bahawa mulutnya terlepas cakap, Erleenz langsung mengubah topik. “Ni tugasan yang pensyarah beri pada kita untuk disiapkan dalam masa dua minggu. Penat tau saya cari bahan sorang-sorang. Sekarang giliran awak pula bertungkus lumus cari bahan.” Izkandar mengusap lembut kepala Erleenz. “Kesian dia kena buat tugasan sorang-sorang. Sekarang saya dah kembali kan. Dah, jom kita buat kerja sama-sama.” Erleenz kembali tersenyum. Senang hatinya setiap kali Izkandar mengusap kepalanya. Terasa dirinya sangat disayangi.

     “Dia tak suka kaulah. Dah lah, baik kau pergi cari orang lain je.” ujar Iesya sewaktu Nazriel menemuinya yang masih tidak berputus asa untuk mengenali Erleenz dengan lebih rapat. “Aku tetap nak berkenalan dengan dia. Dari dulu lagi aku sukakan dia. Ingat senang-senang je aku nak lupakan dia macam tu? Aku akan buktikan pada kau yang aku akan dapat miliki hati dia suatu hari nanti.” ujar Nazriel dengan penuh semangat. “Aku tak jamin kalau suatu hari nanti hati kau hancur berkeping-keping. Masa tu jangan cakap aku tak beri amaran pada kau.” ujar Iesya, tegas.

     Erleenz menyedari perubahan sikap Izkandar yang terlihat semakin menjauhi dirinya. Dia cuba mencari jawapan namun Izkandar sering memberi alasan sibuk dengan tugasannya yang banyak bertangguh. Nazriel yang selalu memerhatikan Erleenz cuba mengambil kesempatan untuk mendekati Erleenz apabila Erleenz terlihat sering berseorangan. “Hai…termenung jauh nampak?” Erleenz langsung berpaling. Sangkaannya bahawa Izkandar yang menyapa namun hatinya mengeluh apabila melihat wajah Nazriel. “Awak nak apa?” tanya Erleenz dengan nada malas. “Saya nak awaklah.” Erleenz langsung menjeling tajam. “Maaf, saya bergurau je. Saya ganggu awak ke ni?” pertanyaan Nazriel tidak mendapat respon darI Erleenz yang pura-pura sibuk. “Mana kawan yang selalu ada sama-sama dengan awak tu?” tanya Nazriel sambil berpura-pura melihat di sekeliling. “Pagi tadi saya nampak kawan awak tu berjumpa dengan seorang perempuan. Saya tak tahulah apa hubungan antara diorang berdua tapi diorang terlihat mesra.” sengaja Nazriel menekankan perkataan ‘mesra’ itu di hadapan Erleenz. Erleenz hanya terdiam. Namun hatinya seakan mendidih. Panas mendengar kata-kata Nazriel yang terlihat cuba mengapi-apikan dirinya. “Excuse me. Awak ni memang jenis lelaki yang suka busy body ke? Kalau awak rasa awak nak bergosip, bukan kat sini. Sini tempat untuk study je.” ujar Erleenz dengan penuh sindirian. Nazriel terdiam. Bukannya dia sengaja ingin mereka cerita. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa Izkandar ada menemui seorang perempuan dan mereka kelihatan saling mengenali antara satu sama lain. Erleenz hilang fokus apabila teringat kembali cerita Nazriel tentang Izkandar. ‘Siapa perempuan yang bersama dengan Iz tu?’

     Panggilan telefon dari kampung membuatkan Erleenz segera pulang ke kampungnya. Sebaik sahaja dia sampai di kampung, kelihatan ramai orang bertandang di rumah orang tuanya itu. “Mak, ada apa ramai-ramai ni?” tanya Erleenz yang hairan melihat tetamu-tetamu yang hadir. “Ada orang meminang kamu. Dan mak dengan abah pun dah setuju.” Hati Erleenz bagai dicarik-carik apabila mendengar jawapan dari emaknya. “Kenapa tak bincang dengan Leenz dulu, mak? At least, minta pendapat Leenz dulu ke sama ada Leenz nak terima atau tak.” ujar Erleenz, sedikit meninggi suara. “Kalau mak minta pendapat kamu, belum tentu kamu nak terima.” Erleenz hanya mampu menangis di dalam hati apabila mengenangkan keputusan orang tuanya. “Sampai hati diorang buat aku macam ni…”

     Izkandar sering mengelakkan diri apabila Erleenz cuba mendapatkannya. “Iz, kenapa dengan awak ni? Apa salah saya sampai awak nak menjauhkan diri dari saya? Selama ni kita baik-baik je. Kita tak pernah gaduh. Kenapa awak jadi macam ni? Awak dah tak nak kawan dengan saya ke? Awak bencikan saya ke?” ujar Erleenz sambil menahan air mata yang telah bertakung di kelopak matanya. Dia sangat perlukan Izkandar disisinya saat itu. Untuk meluahkan segala kekusutan yang sedang melanda fikirannya semenjak akhir-akhir ini.

     “Aku tengok sekarang Erleenz dan Izkandar dah tak serapat dulu. Diorang tak pernah berenggang. Aku nak tanya kau, kau ke puncanya?” Nazriel mengerutkan dahi. Hairan dengan pertanyaan Iesya. “Aku tak ada kena mengena dalam hal diorang. Dan aku tak tahu pun diorang dah tak serapat dulu.” Iesya mulai bercekak pinggang. “Kau jangan pura-pura tak tahu apa-apalah pasal diorang. Kalau aku dapat tahu, hubungan diorang jadi renggang sebab kau, siaplah!” Iesya mulai syak bahawa Nazriel punca di sebalik hubungan Erleenz dan Izkandar dah tak serapat dulu. Kerana lelaki itu pernah bernekad untuk melakukan apa sahaja demi mendapatkan hati Erleenz.

     Iesya pergi menemui Izkandar yang sedang khusyuk membuat tugasan di café. “Iz, kenapa kau study kat sini? Bukan ke selalunya kau study dengan Erleenz kat library?” tanya Iesya yang berniat ingin mencari tahu punca di sebalik masalah antara Izkandar dan Erleenz. “Nak study tak semestinya di library sahaja kan? Lagipun sekarang aku dah tak sama group dengan Erleenz, sebab tulah aku tak study dengan dia. Tugasan kitorang lain-lain.” Iesya menggangguk faham. “Tapi, tak salahkan kalau korang study satu meja?” Iesya masih berusaha mengorek rahsia. “Memang tak salah. Tapi aku tak naklah ganggu orang bercinta.” Iesya terdiam. Dia hampir mendapat jawapan. “Bercinta? Siapa yang bercinta?” tanya Iesya. “Buat-buat tak tahu pulak kau ni. Siapa lagi kalau bukan Erleenz dengan balak baru dia tu.” Iesya tertanya-tanya ‘balak’ baru yang dimaksudkan oleh Izkandar. “Eh, aku tak tahu pun Erleenz dah ada boyfriend. Siapa boyfriend dia? Dia tak pernah cerita kat aku pun.” Muka Izkandar mulai masam mencuka. “Siapa lagi, si Nazriel, budak kelas perniagaan tu.” Bulat mata Iesya mendengar nama Nazriel yang dipetik. “Macam mana kau tau diorang tu bercinta? Aku tak rasa Erleenz boleh terima Nazriel sebagai boyfriend dia. Sebab Erleenz pernah beritahu aku yang dia tak suka dengan Nazriel tu.” Fokus Izkandar pada tugasannya kini beralih pada Iesya yang cuba memperbaiki hubungan dia dan Erleenz. “Hati orang boleh berubah. Dulu kata tak suka, sekarang jadi suka. Siapa tahu kan. Nazriel sendiri jumpa dengan aku dan dia minta aku supaya jangan rapat sangat dengan Erleenz sebab Erleenz dah jadi milik dia. Aku tak nak Erleenz dengan Nazriel bergaduh, jadi aku mengalah. Aku cuba menjauhkan diri dari Erleenz supaya tak ada hati yang akan terluka kemudian hari. Aku hormati hubungan diorang.” jelas Izkandar. Iesya menggeleng kepala memikirkan tindakan nekad Nazriel yang berniat ingin menjauhkan Erleenz dan Izkandar supaya dia boleh mengambil alih tempat Izkandar di hati Erleenz. “Erleenz dah cukup terluka bila kau cuba menjauhkan diri dari dia. Erleenz tak tahu apa-apa pasal ni. Nazriel yang sengaja mereka cerita yang dia bercinta dengan Erleenz padahal Erleenz tak pernah beri peluang pada dia pun untuk berkenalan. Pasal Nazriel tu, biar aku yang settlekan. Aku nak kau pergi cari Erleenz sekarang sebab aku rasa dia sedang memerlukan kau.” ujar Iesya. Izkandar langsung mengemas buku-bukunya dan dimasukkan ke dalam beg galasnya. “Aku rasa dia masih ada di library. Pergilah pujuk hati dia.” pesan Iesya sebelum Izkandar melangkah pergi dari café.

     Sebaik sahaja sampai di library, Erleenz tiada di sana. Puas Izkandar mencari di semua bilik kuliah termasuk bilik tayangan. Namun tidak satupun Erleenz meninggalkan jejaknya. “Fariz, kau ada nampak Erleenz tak?” tanya Izkandar pada Fariz, teman sekuliah Erleenz. “Tadi aku nampak dia pergi ke tasik. Aku tak tahulah dia nak buat apa kat sana. Jangan dia bunuh diri sudahlah. Aku tak nak tempat ni berhantu pulak karang.” Izkandar sempat menumbuk bahu Fariz yang terkenal dengan mulut celuparnya. Izkandar segera ke tasik yang dikatakan oleh Fariz.
     “Erleenz, jangan terjun dulu!” jerit Izkandar sebaik sahaja melihat sosok tubuh Erleenz yang sedang berdiri di pinggir tasik. “Erleenz, maafkan saya. Saya tahu saya tak sepatutnya jauhkan diri dari awak. Saya mohon, tolong jangan terjun. Jangan tinggalkan saya.” Erleenz memandang Izkandar dengan penuh hairan. “Awak ni lupa makan ubat ke?” ujar Erleenz sambil meletakkan tangannya ke dahi Izkandar. “Tak panas pun.” Izkandar terpinga-pinga. “Awak buat apa ni?” tanya Izkandar, hairan melihat gerak geri Erleenz. “Nak checklah sama ada awak demam ke tak. Yelah, manalah tahu awak kena demam panas sampai jadi tak siuman macam ni.” ujar Erleenz sampai tersengih. “Awak nak cakap saya gila?” Erleenz menggangguk. “What? Hei….saya belum gila lagilah.” ujar Izkandar, menyedari Erleenz sedang mengenakannya. “Ha, tak lama lagi gilalah tu. Tadi pun dah ada tanda-tanda yang awak bakal…” belum sempat Erleenz menyambung ayatnya, Izkandar langsung menggeletek pinggang Erleenz. “Ohh berani awak kenakan saya ye. Sampai hati awak kan doakan saya jadi gila.” Erleenz ketawa besar apabila niatnya untuk mengenakan Izkandar berjaya. “Memang awak gila pun. Ada ke patut awak fikir saya nak terjun dalam tasik ni. Lagipun tasik ni kan cetek je, kalau saya terjun pun bukannya boleh lemas. Lainlah awak tu, tak pandai berenang.” ujar Erleenz sambil menjelirkan lidah tanda mengejek. “Amboi...sedapnya mengutuk kita.” Erleenz segera menjauhkan diri dari Izkandar yang sudah bersedia ingin menggeletek pinggangnya lagi.

     “Saya minta maaf sebab menjauhkan diri dari awak. Saya ingat awak dah tak perlukan saya lagi. Saya silap. Mudah sangat percaya dengan cakap orang lain tanpa bertanya pada awak dulu. Maafkan saya ye sayang.” Erleenz tergamam apabila Izkandar memanggil dirinya ‘sayang’. Izkandar terdiam. Menyedari kesilapannya. “Eh, tengok burung-burung tu. Kalau dah ramai-ramai macam tu, ibarat pelajar sekolah yang ingin pulang kerumah masing-masing, kan. Teringat masa dulu-dulu, saya balik sekolah dengan kawan-kawan saya. Riuh rendah sepanjang perjalanan balik dari sekolah tu. Sampai kadang tu kena marah dengan penghuni rumah sebab buat huru-hara depan rumah diorang.” Erleenz tergelak kecil mendengar cerita Izkandar. “Burung pun tahu balik rumah, awak ni tak nak balik ke? Kejap lagi dah nak senja.” ujar Erleenz. “Ya Allah, saya tak sedar pulak dah nak masuk waktu Maghrib. Dah jomlah kita balik rumah masing-masing. Nanti terlepas waktu Maghrib pulak.” ujar Izkandar sambil berjalan beriringan dengan Erleenz.

     “Aku dah pernah warning kau. Dan kali ni kau betul-betul dah melampau. Aku nak kau jauhkan diri dari Erleenz. Aku tak nak kau rosakkan hubungan Erleenz dengan Izkandar lagi. Lagipun Izkandar lebih layak miliki hati Erleenz, bukan kau. Kau tu ibarat perampas kebahagiaan diorang. Sudahlah Nazriel, lupakan Erleenz. Carilah perempuan yang boleh terima kau seadanya.” Nazriel menunduk kesal kerana tidak berjaya memiliki hati Erleenz, perempuan yang dia minati sejak dari dulu.

     “Iz, apa pendapat Iz tentang jodoh pilihan ibu bapa?” Izkandar tersentak mendengar soalan Erleenz. “Kenapa awak tiba-tiba tanya pasal tu?” Izkandar mulai gelabah. “Saja tanya. Misal katalah, ada sepasang sahabat ni, diorang saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa disedari, salah seorang dari diorang telah jatuh cinta. Dan orang yang dia cintai itu adalah sahabatnya sendiri. Tapi sayangnya, jodoh dia telah ditentukan oleh keluarga dia. Kalau awak ada di tempat dia, apa yang awak akan buat? Awak akan terus mencintai sahabat awak tu atau awak lebih menerima pilihan orang tua awak?” pertanyaan Erleenz serta merta membuatkan Izkandar terdiam kerana dia sendiri sedang berada di dalam situasi yang sedang dipertanyakan oleh Erleenz itu. Izkandar memandang Erleenz dengan penuh hampa. Hampa kerana tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Begitu juga dengan Erleenz.

     Erleenz pergi menemui lelaki yang bergelar tunangannya itu. Dia cuba menjelaskan keadaan sebenar diri dia yang tidak mencintai lelaki itu. “Saya tak cintakan awak dan saya tak boleh mencintai awak. Tolong jangan paksa hati saya. Saya mohon, batalkan pertunangan kita. Saya harap awak faham.” ujar Erleenz sambil berlalu meninggalkan lelaki tersebut tanpa memberinya peluang untuk membantah.

     Sebaik sahaja keluarga Erleenz mengetahui bahawa pertunangan anaknya di batalkan, Erleenz diomel dengan teruk. Setelah Erleenz menjelaskan duduk perkara sebenar, akhirnya keluarga Erleenz akur dengan keputusan Erleenz dan bekas tunangnya. Erleenz merasa sedikit lega kerana akhirnya dia bebas dari ikatan yang tidak dia relakan.

     Sewaktu Erleenz ingin menemui Izkandar untuk meluahkan perasaannya pada lelaki itu, tiba-tiba dia melihat Izkandar sedang berduaan dengan seorang perempuan yang tidak dia kenali. “You, I tak boleh buat apa-apa. Semua keputusan terletak di tangan keluarga I. Lagipun bukan I yang minta semua ni. Daripada kita berkeras hati untuk membantah keputusan diorang, tak salah kalau you belajar mencintai I, tunang you sendiri…sebab I pun dah mula menyayangi you. ” Hati Erleenz bagai di panah petir apabila mendengar status hubungan Izkandar dan perempuan yang berada di sebelah Izkandar itu. Erleenz menjadi sebak. Dia teringat kembali soalan yang pernah dia tujukan pada Izkandar tempoh hari soal jodoh pilihan orang tua. Dia tidak menyangka bahawa Izkandar juga terjebak dengan situasi tersebut. Bezanya, Erleenz kini bebas dari sebarang ikatan manakala Izkandar masih bergelar tunangan orang. Erleenz mulai menjauhi Izkandar. Menyedari batas-batas pergaulan antara dia dengan Izkandar kini tidak boleh serapat dulu.

     Izkandar menelefon Erleenz berkali-kali. Dia hairan apabila Erleenz tidak menjawab panggilannya. Pesanan ringkas yang dihantar pun tidak dijawab. Izkandar menghubungi Iesya dan ingin mencari tahu khabar Erleenz dari gadis itu. “Erleenz ada jumpa dengan aku. Katanya dia nak tenangkan fikiran dia. Aku pelik juga tengok muka dia muram je sepanjang hari. Sepatah aku tanya, sepatah juga yang dia jawab. Aku ingat korang tengah berperang. So, aku taknak lah ganggu dia buat sementara ni.” jelas Iesya yang menyedari perubahan sikap Erleenz semenjak akhir-akhir ini.

     Sewaktu Erleenz ingin ke café, dia melihat Izkandar dan Iesya berada di sana. Dia cuba mencuri dengar perbualan antara mereka berdua. “Jujur, dari dulu aku memang dah jatuh cinta dengan Erleenz. Tapi aku hormatkan hubungan persahabatan kitorang ni, aku takut nak luahkan perasaan aku pada dia. Aku takut kehilangan Erleenz dari hidup aku. Aku lebih rela jadi sahabat Erleenz selamanya daripada aku terpaksa berenggang dengan dia apabila kami tidak bersefahaman nanti kalau aku ditakdirkan bercinta dengan dia. “ Air mata Erleenz tiba-tiba tumpah apabila mendengar kata-kata Izkandar. Iesya menyedari kehadiran Erleenz yang berada tidak jauh dari tempat duduk mereka. Iesya meminta izin pada Izkandar untuk ke tandas.

     “Erleenz, aku tau kau dah dengar semuanya.” Iesya langsung mendapatkan Erleenz yang cuba mengelak dari bertemu dengan Iesya. “Sya, kenapa takdir begitu kejam pada aku. Kami saling mencintai tapi kami tidak ditakdirkan untuk hidup bersama. Kalaulah aku tak jatuh cinta dengan dia, semua ni takkan buat aku sedih…” ujar Erleenz yang akhirnya mengalah dengan perasaan sedihnya di hadapan Iesya. “Aku faham perasaan kau. Kadang-kadang yang terbaik tu bukan milik kita.” ujar Iesya yang rela membiarkan bajunya basah dek dipenuhi dengan air mata Erleenz.

     “Hai sayang. I miss you so much!” kepulangan Haniff selepas tamat belajar di luar negara membuatkan Erleenz terkejut. Dia tidak menyangka lelaki itu masih mengganggap dia adalah kekasihnya. Selepas 3 tahun menyepi tanpa khabar, dia berfikir bahawa lelaki itu telah melupakan dirinya. “Awak tak rindu kat saya ke?” tanya Haniff apabila melihat Erleenz diam seribu bahasa. “Awak masih anggap saya kekasih awak ke?” pertanyaan Erleenz membuatkan Haniff sedikit bengang. “Eh mestilah. Kan awak dah janjii nak tunggu saya pulang.” Erleenz cuba mengingati kembali namun hampa. Ingatannya terhadap kenangan sewaktu dia bersama Haniff dulu semakin pudar. Bukan senang dia ingin mengubati luka yang ditinggalkan oleh Haniff sewaktu lelaki itu semakin tiada khabar dari luar negara. Selepas dia ditawarkan untuk sambung belajar, dia berkenalan dengan Izkandar sehingga lelaki itu menjadi kawan baiknya. Dia tak menyangka bahawa dia akan jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri namun dia hanya mampu pendamkan perasaan itu sehingga dia benar-benar yakin lelaki itu juga mencintainya. Kerana takdir, dia mulai pasrah seandainya Izkandar bukan jodohnya. Dengan perlahan, dia cuba mencintai kekasih 3 tahun lepasnya itu kembali. Kerana dia juga telah berjanji untuk menunggu sehingga lelaki itu pulang ke tanah air.

     Izkandar tidak sanggup menyimpan rahsianya daripada Erleenz. Dia membuatkan keputusan untuk berjumpa dengan Erleenz. Erleenz yang ditemani oleh Iesya pura-pura berlagak tenang dihadapan Izkandar. “Saya ada benda nak beritahu awak.” Erleenz tersenyum. Dia dapat mengagak apa yang bakal dikatakan oleh Izkandar. “Erleenz, saya akan berkahwin tak lama lagi.” Disangkakan bahawa Izkandar akan memberitahu status dirinya yang kini adalah tunangan orang, kini Erleenz lebih terkejut apabila Izkandar memberitahu berita yang membuatkan dia hampir menitis air mata di hadapan lelaki itu. Dia cuba berlagak tenang namun dia kalah dengan perasaan. Erleenz berlari meninggalkan Izkandar yang menunduk sedih dan Iesya yang hanya mampu terdiam melihat situasi kedua sahabatnya itu. “Aku rasa lebih baik kau tak payah beritahu Erleenz. Cukuplah dengan luka yang kau beri pada dia dulu. Sekeras-keras hati Erleenz, suatu hari dia akan rapuh juga.” Izkandar terpinga-pinga dengan kata-kata Iesya. Dahulu, Erleenz pernah berjanji untuk menutup pintu hatinya selepas dia dikecewakan oleh Haniff yang langsung tidak memberi sebarang khabar sepanjang lelaki itu belajar di luar negara. Erleenz membuat keputusan untuk tidak membuka hatinya pada mana-mana lelaki kerana dia tidak mahu hatinya terluka untuk kesekian kalinya. Tapi kedekatan dia dengan Erleenz, sedikit demi sedikit membuahkan perasaan cinta pada sahabatnya itu namun dia pendamkan sahaja demi menjaga hati dan perasaan Erleenz. “Dia cintakan kau.” Iesya terlepas cakap apabila melihat Izkandar yang seakan tidak memahami dengan apa yang dikatakan oleh Iesya tadi. Izkandar terkesima.

     Erleenz hilang tanpa khabar. Puas Izkandar menghubungi telefon bimbitnya namun tidak satupun mendapat respon dari Erleenz. Iesya sudah menceritakan semua pada Izkandar termasuk Erleenz rela memutuskan pertunangan antara dia dan lelaki pilihan orang tuanya itu demi ingin memiliki hati Izkandar tetapi setelah dia mengetahui bahawa Izkandar hanya mampu mengganggap dia sebagai sahabat dan mengetahui bahawa Izkandar telah menjadi tunangan orang, hatinya benar-benar terluka. Izkandar menyesal kerana tidak meluahkan perasaannya pada Erleenz dengan lebih awal.
     
     Majlis pernikahan dan perkahwinan Izkandar dan pasangan akhirnya berjaya dilangsungkan setelah beberapa kali ditangguhkan oleh Izkandar sendiri kerana ingin mencari keberadaan Erleenz namun hampa. Erleenz benar-benar menghilangkan diri. Sepanjang majlis, tiada sekelumit senyuman pun yang terukir di wajah Izkandar. Dia sangat berharap Erleenz berada di hadapannya untuk membuat dia tersenyum seperti dulu.
     
     “Baiklah, kita persilakan adik manis sorang ni untuk menyanyikan sebuah lagu yang berasal dari negeri seberang, Indonesia. Terimalah, Menghapus Yang Terukir dari Erleenz Armani.” Izkandar tersentak sebaik sahaja mendengar nama Erleenz disebut. Dia segera berlari ke tempat karaoke yang di khaskan untuk tetamu yang hadir di situ bernyanyi.

Tak mudah tuk melepas bayangmu
Kau yang pertama mengisi relung hatiku ooh
Tak mudah tuk melepas rasa ini
Tapi ku sadari diriku lebih berarti

Berlari dan terus ku berlari
Hingga rasa ini pergi

Apa yang harus ku lakukan untuk melepaskanmu
Sampai mati kan ku coba, aku tak bisa
Apa yang harus ku lakukan untuk menghapuskanmu
Yang terukir di hatiku

Pernah ku berpikir semua salahku
Kau berpaling pada cinta yang lain
Namun akhirnya aku mengerti
Yang kau miliki bukan cinta sejati
Berlari dan terus ku berlari
Hingga rasa ini pergi

Apa yang harus ku lakukan untuk melepaskanmu
Sampai mati kan ku coba, aku tak bisa
Apa yang harus ku lakukan untuk menghapuskanmu
Yang terukir di hatiku

Ku kira kita kan berdua selamanya
Tak ku duga kau kan mendua
Tapi buat apa ku bersama dia
Yang tak mencintaiku

Apa yang harus ku lakukan untuk melepaskanmu
Sampai mati kan ku coba, aku tak bisa
Apa yang harus ku lakukan untuk menghapuskanmu
Yang terukir di hatiku

Kau yang terukir dalam hatiku
Tak mungkin ku hapuskan

     Sebaik sahaja lagu habis di nyanyikan, Izkandar segera mendapatkan Erleenz. Erleenz tersenyum manis memandang Izkandar sambil bibirnya laju sahaja mengucapkan tahniah kepada Izkandar kerana telah bergelar suami orang. Izkandar turut mengukir senyuman apabila melihat Erleenz tersenyum bahagia. “Sedap suara.” Erleenz tergelak kecil. “Mendalam lirik lagu tu.” ujar Izkandar. Erleenz sempat berbisik di dalam hatinya bahawa lagu yang baru sahaja dia nyanyikan itu memang ingin ditujukan pada Izkandar, namun kerana tidak mahu merosakkan suasana majlis perkahwinan Izkandar, dia pendamkan sahaja. Dia mahu lelaki itu mengerti sendiri maksud di sebalik lagu tersebut. “Erleenz! Akhirnya kau datang jugak. Mana kau menghilang selama ni. Puas kitorang cari kau tau.” celah Iesya yang tiba-tiba muncul sebaik sahaja mengetahui keberadaan Erleenz di situ. “Aku tak menghilang kemana pun. Aku pergi cari kebahagiaan aku sendiri.” Izkandar terdiam. “Taraaa…” ujar Erleenz sambil menunjukkan sebentuk cincin di jari manisnya. Iesya mulai terlopong. Antara ingin tersenyum mahupun teruja. “Oh my God, who’s the lucky guys?” tanya Iesya yang akhirnya tidak dapat menahan keterujaannya terhadap cincin yang terletak indah di jari manis sahabatnya itu. “Sayalah lelaki bertuah tersebut.” celah seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah tunangan Erleenz iaitu Hanif Asyraf. Izkandar akhirnya redha bahawa sememangnya Erleenz tidak ditakdir untuk dirinya. “Tahniah.” ujar Izkandar dan Erleenz dengan serentak. Akhirnya mereka tertawa apabila menyedari ucapan tahniah itu ditujukan untuk kebahagiaan masing-masing. Iesya turut merasa bahagia melihat hubungan persahabatan antara Izkandar dan Erleenz kini telah terjalin kembali. 

     “Semua dah ada pasangan, habis tu aku dengan siapa?” omel Iesya sendirian. “Dengan aku.” Iesya langsung mengangkat muka apabila pertanyaannya tiba-tiba dijawab oleh seorang lelaki. “Nazriel???” dia seakan tidak percaya bahawa lelaki terlebut adalah Nazriel, lelaki yang pernah dia omelin kerana pernah merosakkan hubungan baik Erleenz dengan Izkandar. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu juga pernah memendam perasaan padanya. Menyedari bahawa Nazriel kini benar-benar berubah, akhirnnya dia cuba menerima lelaki itu dengan hati terbuka. “Bolehlah daripada tak ada…” bisik hati kecilnya sambil tersenyum nakal memandang Nazriel.

-TAMAT-

Hasil Nukilan: Leenz Armani

P/S: Thinking alot make my health getting worst! I haven't slept almost 40 hours. Btw, bukan tu yang aku nak tuliskan kat sini. Okay, cerpen aku kali ni is based on my true story tapi tak semua dalam cerita ni sebijik macam yang berlaku dalam kehidupan aku sekarang. Terlukanya hati bila dapat tahu ada seseorang yang korang pernah suka tu menyukai korang cuma korang lambat menyedari. Dan yang lebih menyakitkan lagi apabila korang mendekati semula orang yang pernah korang suka tu namun dia dah dimiliki orang lain. Cinta selalu datang terlambat, kan? Saling mencintai namun tidak dapat memiliki. Sakit. Pedih. :'( Btw, korang pernah dengar lagu Menghapus Yang Terukir? Kalau belum, jom layannnnnnn. Have a nice day! *kesat air mata*

Menghapus Yang Terukir - Mytha Lestari

Okay, chaw chaw!

Yang sewel,
Leenz

[SAMBUNGAN: Menghapus Yang Terukir 2]