Khamis - Cerah
Hai!
Assalamualaikum.
Korang pernah dengar apa tu rezeki terpijak? Adakah korang dapat rezeki lepas tu korang pijak-pijak? Hahaha. Kalau pada akulah, maksud rezeki terpijak mengikut pemikiran cetek aku ni, rezeki yang datang tiba-tiba / rezeki yang tak disangka. Rezeki yang kau sendiri tak plan. Ha paham? Tak paham sudah, biar aku sorang je yang paham.
So, nak dijadikan cerita...
Tadi aku tengah dok kemas bilik
Haaa...nilah namanya rezeki terpijak untuk aku hari ni. Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha aku mengemas bilik tadi. Dan lepas ni aku akan lebih rajin lagi untuk kemas bilik. Cehh. Padahal tujuan sebenar nak cari sampul duit yg berisi duit. Kot-kot ade orang terlupa nak ambik duit raya dia tahun lepas punya ke. Hahaha. Dah, tak payah berharap sangat sebab lepas ni tak ada orang akan suka-suka nak letak sepah2 duit raya yang diorang dah dapat. Lagi-lagi kalau jumlah dia besar. Paling tidak pun, diorang akan tinggalkan sampul duit raya tu je untuk direcycle supaya digunakan pada hari raya di tahun2 depan. Hahaha.
So, ini jelah yang aku nak share dengan korang hari ni. Kalau korang pun ada nasib dapat rezeki terpijak, jangan lupa ucaplah "Alhamdulillah". Sesungguhnya setiap rezeki itu datang daripada Allah S.W.T. Semoga dihalalkan. Amin.
P/S: Duit raya ni kepunyaan siapa? Kalau tak ada pemilik, mohon dihalalkan ye. *peace*
Okay, chaw chaw.!
Wassalam.
Yang sewel,
Leenz
No comments:
Post a Comment