“Berehatlah
Mama. Semoga Mama tenang disana.” ucap Ryana Emirza, seorang anak
usahawan yang mewarisi harta kekayaan dari ibunya. Ayah Ryana, Dato
Ezzra mengajak Ryana tinggal bersama-sama dengannya dan ibu tirinya
namun ditolak mentah oleh Ryana. “Ryana bukan budak kecil lagi,
Pa.” ujar Ryana sambil menuju ke keretanya. “Sudahlah tu sayang.
Betul kata Ryana tu, dia bukan budak-budak lagi. Biarlah dia buat
keputusan sendiri.” pujuk Safira, ibu tiri Ryana. Dato Ezzra
mengalah. Walaupun Ryana sering menyalahkan dirinya atas kematian ibu
kandungnya yang merupakan isteri pertama Dato Ezzra iaitu Datin
Raihana. Datin Raihana meninggal dunia atas sebab tekanan perasaan
yang dialaminya semenjak mengetahui suaminya, mempunyai isteri kedua
tanpa pengetahuannya. Sikap murung yang dialami Datin Raihana
akhirnya memudaratkan kesihatan dirinya sehingga akhirnnya dia
disahkan meninggal dunia ketika sedang tidur.
“Cik
Ryana, are you okay?” tegur Armand, selaku pembantu peribadi Ryana.
“Ha?” Ryana terpinga-pinga melihat sekeliling. “Oh, sorry, kita
bincang pasal apa tadi?” tanya Ryana, blur. “Cik Ryana, kalau Cik
Ryana tak sihat, better kita cancel meeting hari ni.” bisik Armand.
Ryana menggangguk sambil mengeluh kecil. Fokusnya pada kerja hilang
serta merta. Kenangan dia bersama mamanya sering bermain di kotak
fikirannya. “Bersurai.” ujar Armand seperti yang diarahkan oleh
majikannya. “Cik Ryana, lebih baik Cik Ryana pulang dan berehat
saja di rumah. Urusan kerja, biar saya yang uruskan.” pujuk Armand
supaya Ryana dapat berehat dengan tenang. “Thanks Armand.” Ryana
sempat memberi senyuman pada Armand yang selalu memahaminya. Armand
merasa seperti berada diawangan apabila senyumannya dibalas oleh
Ryana.
“Armand,
mana Ryana?” tanya Alifa, selaku kawan dan rakan kongsi Ryana,
sebaik sahaja memasuki pejabat Ryana dan mendapati Ryana tidak berada
di pejabatnya. “Maaf Cik Alifa. Cik Ryana emergency leave. Dia tak
berapa sihat hari ni, jadi saya dah suruh dia balik berehat di
rumah.” Jawab Armand. “Poor her. By the way, you dah lunch? Kalau
belum, jom lunch dengan I. I ingat tadi I nak ajak Ryana lunch tapi
dia tak ada pulak. So, apakata you yang temankan I?” ajak Alifa.
Armand berfikir sejenak. “Jomlah. You tak kesian ke tengok I lunch
seorang diri?” Armand tersengih mendengar rajuk Alifa. “Okaylah.
Tapi saya tak boleh lama sebab saya kena take over kerja Cik Ryana
hari ni.” Alifa tersenyum. “Untung Ryana dapat P.A yang rajin
macam you ni. Apakata you kerja dengan I je? Senang I nak ponteng
kerja everytime nanti.” Armand bercekak pingang dengan gurauan
Alifa. “Memang taklah saya nak kerja dengan awak kalau awak dah
berniat macam tu awal-awal lagi.” Armand tertawa kecil. Begitu juga
dengan Alifa yang gemar menyakat lelaki bertubuh sasa dan berkarisma
itu. “You looks handsome today.” bisik Alifa sambil mengenyitkan
mata ke arah Armand. Armand terpana.
~~~~~~~~~~
Pagi-pagi
lagi Ryana sudah menerima pesanan ringkas dari ayahnya yang meminta
dia datang kerumah kerana ada hal yang perlu dibincangkan. Ryana
segera bersiap dan memandu menuju ke rumah di mana ayah dan ibu
tirinya tinggal bersama. Sebaik sahaja sampai, Ryana disambut dengan
layanan yang dingin oleh ibu tirinya. “Bik, tolong sediakan minuman
untuk tetamu kami.” Ryana sedikit hairan apabila Safira, ibu
tirinya mengganggap dirinya sebagai tetamu bukan anak kepada tuan
rumah tersebut. “Apa khabar anak papa? Macam mana dengan kerja?”
tanya Dato Ezzra sebaik sahaja turun ke ruang tamu. “Baik Pa. Kerja
pun okay. By the way, kenapa Papa minta Ryana datang kesini?” Ryana
segera bertanya tujuan asal ayahnya menyuruh dia datang ke rumah awal
pagi. “Ryana makan tengahhari di sini ya?” Ryana menggeleng,
menolak dengan baik. “Banyak kerja yang perlu Ryana selesaikan di
pejabat tu Pa.” Ryana memberi alasan. “Okaylah, sebenarnya tujuan
Papa suruh kamu datang ni sebab Papa nak bincang sesuatu dengan
kamu.” ujar Dato Ezzra. Ryana mendengar dengan penuh fokus. “Papa
mahu kamu berkahwin sebelum umur kamu berganjak ke angka 30.” Ryana
terkedu mendengar permintaan papanya. “Papa suruh Ryana datang ke
sini semata-mata nak bincang pasal ni? Tak masuk akal, Pa.” Ryana
mulai rimas apabila bercakap soal jodoh. “Ryana, sampai bila kamu
nak hidup membujang. Sejak mama meninggal, kamu lebih memilih tinggal
sendirian. But, since when? You need someone to manage your life.”
Ryana terdiam. “Pa, Ryana dah besar. Ryana dah boleh uruskan diri
sendiri. Lagipun, masih banyak lagi hal yang perlu Ryana fikirkan
sebelum berkahwin. Getting married it’s not in my list. Ryana belum
bersedia nak beri komitmen pada mana-mana lelaki.” Dato Ezzra
mengeluh. Kecewa dengan keputusan anak perempuan tunggalnya itu.
Seperti permintaan arwah isterinya, Datin Raihana mahu anaknya, Ryana
berkahwin dengan lelaki yang boleh membimbing hidupnya sebelum
usianya meningkat 30 tahun kerana salah satu syarat supaya Ryana
dapat mewarisi harta warisan keluarganya adalah dengan meminta Ryana
berkahwin dengan mana-mana lelaki sebelum dia berusia 30 tahun.
Apabila Ryana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, maka segala
harta tersebut akan dibekukan serta merta. Lebih menyedihkan lagi,
Ryana tidak mengetahui tentang hal itu.
Ryana
langsung ke pejabat walaupun moodnya tidak berapa baik hari itu.
Permintaan ayahnya masih terngiang-ngiang di fikirannya. “Please
Ryana, ini juga merupakan permintaan mama kamu.” Ryana sedikit
terkedu apabila ayahnya melibatkan arwah mamanya untuk memenuhi
permintaannya. “Pagi babe!” sapa Alifa sebaik sahaja melihat
kelibat Ryana di pejabat. “Perli aku ke apa ni? Matahari dah
terpacak tegak atas kepala, pagi apanya?” ujar Ryana, tegas.
“Ishhh…garangnya bos kita hari ni.” ejek Alifa. Ryana
menjeling. “Ha, kau ni apehal tiba-tiba datang pejabat aku? Ada
urusan apa?” Alifa terdiam. Hairan melihat sikap kawannya yang
tiba-tiba menjadi tegas. “Tak ada apalah. Saja nak ajak kau lunch
sama macam biasa. Semalam aku datang sini, kau tak ada. Nak tak nak,
terpaksalah aku pinjam asisten kau buat teman aku lunch.” Ryana
menjeling ke arah Armand yang sedang khusyuk memandang skrin
komputernya. “Kau suka dia ke?” tanya Ryana kepada Alifa apabila
menyedari bahawa Alifa sejak tadi memerhatikan Armand. “Perempuan
mana yang tak suka kalau nampak lelaki segak bergaya macam dia.”
Ryana tersengih. “Akulah orangnya. Di mata aku, Armand tu hanya
lelaki biasa.” Alifa mendengar dengan penuh hairan. Armand yang
sejak tadi kelihatan khusyuk bekerja tiba-tiba jarinya berhenti
menaip apabila terdengar perbicaraan Ryana yang mengatakan bahawa dia
hanyalah lelaki biasa di mata Ryana. Hatinya luluh apabila mendengar
Ryana mengganggap dia sedemikian padahal setiap hari dia berusaha
untuk mencuri perhatian Ryana.
“Alifa,
aku ada masalahlah.” ujar Ryana sewaktu makan tengahhari bersama
Alifa. “Orang macam kau pun boleh ada masalah ke?” Alifa tertawa
kecil. Ryana memandang Alifa dengan serius. “Aku pun manusia biasa
macam orang lain jugak.” Alifa kembali serius. “Kejap, biar aku
teka. Aku tengok hidup kau ni dah cukup sempurna tau. Kau cantik,
kaya, ada kerjaya sendiri, boleh dikatakan ciri-ciri perempuan idaman
malaya yang lelaki cari semua ada pada kau cuma satu je masalah kau.
Hati.” Ryana menjungkit kening apabila Alifa dapat meneka jawapan
disebalik kegelisahannya. “Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau
tu. Kau nak membujang sampai ke tua ke? Kau tak nak ada pewaris?”
Ryana terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Alifa. Bukannya dia tidak
mahu mendirikan rumah tangga tetapi dia tidak mahu menerima nasib
yang sama seperti mana yang terjadi pada orang tuanya. Dia takut
untuk menghadapi kegagalan dalam perkahwinan. “Aku…aku belum
cukup bersedia untuk berfikir sejauh tu.” Alifa berusaha
menenangkan hati Ryana.
~~~~~~~~~~
“Armand,
mungkin hari ni saya tak masuk office. Saya ada temujanji dengan
client sampai petang. Lepas tu, saya nak ke rumah papa saya kejap.
Kamu tolong tengokkan kerja saya di pejabat ya. Kalau ada call yang
urgent untuk saya, suruh mereka hubungi terus telefon bimbit saya.”
Armand menggangguk faham. “Tapi Cik Ryana, macam mana kalau Cik
Alifa datang…” belum sempat Armand menghabiskan kata-katanya,
Ryana langsung memotong. “Beritahu pada dia, saya sibuk hari ni.
Kalau tak pun, kamu jelah yang layan dia.” Ryana sempat tersenyum
pada Armand. Armand menggaru kepala apabila Ryana meminta dia untuk
melayan Alifa, gadis kecil molek yang lantang bersuara itu.
“Rya…na…”
Alifa sedikit terkilan apabila melihat Ryana tidak berada dipejabat.
Armand menghampiri Alifa yang kelihatan sedang mencari kelibat
seseorang. “Cik Alifa cari Cik Ryana ke?” Alifa sedikit terkejut
apabila Armand tiba-tiba muncul dibelakangnya. “Ishh terkejut I.
Haa, mana Ryana?” ujar Alifa sambil mengelus dada. “Nampaknya
hari ni Cik Ryana tak masuk pejabat. Dia ada appointment dengan
client di luar.” Alifa mengeluh kecil. “Ala bosanlah kalau macam
tu.” Alifa menunduk sedih, kemudian dia memandang Armand sambil
tersengih. “Kenapa Cik Alifa pandang saya macam tu?” Armand
kehairanan. “Apakata you teman I shopping hari ni?” Armand
termangu. “Tapi, saya sedang bekerja ni Cik Alifa.” Alifa
mendesak. “Jomlah. Lagipun Ryana bukannya masuk office pun hari ni.
Please Armand…” rayu Alifa. Akhirnya Armand mengalah dan terpaksa
menemani Alifa membeli belah tanpa pengetahuan Ryana.
Ryana
hairan melihat Alifa sejak tadi tersenyum-senyum sendiri. “Aku
tengok dari tadi kau asyik tersengih macam kerang busuk ni dah
kenapa?” tegur Ryana. “Aku bahagia dapat jalan-jalan dengan
Armand, asisten kau yang segak bergaya tu.” Kunyahan Ryana terhenti
sebaik sahaja mendengar nama Armand disebut. “Maksud kau?” tanya
Ryana, mencari kepastian. “Alangkah bahagianya aku semalam dapat
culik asisten kau buat teman aku pergi shopping semalam.” jelas
Alifa sambil tersenyum sendiri. “Ohhh patutlah semalam aku call
office, diorang kata Armand keluar. Rupanya kau yang ajak dia
mengular!” marah Ryana. Alifa langsung menutup mulut. Menyedari
bahawa dia telah terlepas cakap. “Kau tau tak sikap kau tu dah
mengganggu pekerja aku. Kalaupun kau nak keluar dengan Armand, at
least keluarlah masa waktu lunch ke, atau waktu habis kerja ke.
Kenapa kau ajak dia keluar pada waktu bekerja? Kau ingat dia tak ada
kerja lain ke selain melayan karenah kau?” marah Ryana dengan
tegas. Alifa mulai menunduk sedih kerana dimarahi kawannya sendiri.
Ryana
kembali ke pejabat dengan wajah masam mencuka. “Armand, lepas ni
saya tak nak awak keluar pada waktu bekerja tanpa pengetahuan saya
lagi. Kali ni saya maafkan awak.” tegas Ryana tanpa menjelaskan
sebab disebalik amarannya itu. Armand memahami apa yang dimaksudkan
oleh Ryana. “Maafkan saya Cik Ryana, sebenarnya saya dah menolak
permintaan Cik Alifa semalam tapi…” Ryana lantas memotong. “Saya
tau. Dah, pergi sambung kerja awak.” Armand berlalu dengan langkah
lemah. Luluh hatinya apabila dimarahi oleh majikan kesayangannya itu.
~~~~~~~~~~
Ryana
menetap di rumah ayahnya selama beberapa hari kerana dia mendapat
khabar bahawa ayahnya mengalami demam panas. “Ingatkan dah lupa
pada ayah sendiri.” Ryana menjeling ke arah ibu tirinya apabila
disindir sewaktu berselisih dengannya. “Atleast aku belum terniat
nak menghasut papa aku supaya tinggalkan kau sehelai sepinggang.
Bersyukurlah sikit.” Ryana membalas sindiran Safira tanpa
mempedulikan keadaan sekeliling. Sejak dari dulu lagi dia tidak sudi
menerima kehadiran Safira sebagai ibu tirinya kerana bagi dia,
Safiralah punca ibu kandungnya meninggal akibat tekanan perasaan.
“Dasar anak orang gila.” langkah Ryana terhenti apabila Safira
menggelar dirinya sebagai anak orang gila. Ryana menolak Safira
dengan kasar. “Ini last warning. Sekali lagi aku dengar kau kutuk
arwah mama aku, aku tak kan teragak-agak untuk halau kau keluar dari
rumah ni!” Safira kelihatan terkejut melihat Ryana menjadi berang
dengan tiba-tiba. Dia sendiri tidak menyangka bahawa anak tirinya itu
nekad membalas perbuatannya.
Kerana
bengang dengan sikap Safira, Ryana langsung pulang kerumahnya sendiri
tanpa pengetahuan ayahnya. “Aku takkan maafkan sesiapa yang mencaci
mama aku!” omel Ryana sewaktu berada di sebuah taman yang terdapat
sebuah tasik buatan disitu. Omelannya didengari oleh seseorang. “Tak
ada anak yang rela bila ibunya dicaci, dihina.” Ryana sedikit
terkejut apabila ada seseorang datang menyampuk. “Saya faham
perasaan awak.” Ryana terdiam. “Hai, saya Rafael Mikhael.”
Ryana memandang pelik lelaki di hadapannya itu. Tanpa memperkenalkan
dirinya, Ryana langsung melangkah pergi dari lelaki pelik itu. “Hei,
tunggu. Awak belum kenalkan diri awak lagi.” ujar lelaki bernama
Rafael itu. “Saya tak ada cakap pun nak kenalkan diri saya. Dan
saya tak sudi nak kenalkan diri saya pada awak.” jawab Ryana,
angkuh. “Sombongnya awak ni.” Ryana sengaja meninggikan hidung.
“I’m married and I’m not interested with you. Sorry.” ujar
Ryana sambil menunjukkan sebentuk cincin di jari manisnya kepada
lelaki itu. Walhal cincin yang dipakainya itu adalah pemberian dari
arwah mamanya. Rafael terdiam dan berhenti mengejar Ryana kerana
menyangka bahawa Ryana telahpun berkahwin.
Ryana
kelihatan sedang termenung jauh memikirkan kata-kata ayahnya tentang
soal jodoh. “Betul ke mama suruh aku berkahwin? Tapi kenapa mama
tak pernah beritahu aku soal tu? Peliklah. Hmm tapi ada betulnya juga
apa yang Alifa cakapkan tempoh hari. Sampai bila aku nak membujang?
Aku pun nak ada keluarga macam orang lain. Ada suami, ada anak. Tapi
ada ke lelaki yang sudi terima aku?” omel Ryana sendirian. “Maaf
Cik Ryana. Ini schedule kerja Cik Ryana pada hari ni.” celah Armand
dengan tiba-tiba. “Terima kasih.” Ryana langsung menyemak jadual
kerja yang telah diberi oleh Armand sebentar tadi. Baru sahaja Armand
ingin melangkah keluar dari pejabat, Ryana memanggilnya dengan
lembut. “Armand, selama ni saya percayakan awak. Awak tak pernah
kecewakan saya dengan kerja-kerja awak. Boleh tak kalau saya nak
minta tolong dengan awak satu hal?” Armand terkebil-kebil.
“Everything for you…” Ryana terdiam mendengarnya. “Err…maksud
saya, saya boleh tolong setakat mana yang saya mampu. By the way, apa
yang Cik Ryana nak saya tolong tadi?” ujar Armand, sedikit malu
dengan kata-katanya tadi. “Boleh tak…awak tolong carikan calon
suami yang terbaik untuk saya?” ujar Ryana dengan wajahnya yang
mulai memerah, malu dengan permintaan dia kali ini. Armand terkesima
mendengar permintaan Ryana. “Err…kalau boleh saya tau, ciri-ciri
apa yang perlu ada pada calon suami Cik Ryana?” Ryana berfikir
sejenak. Armand bersedia untuk mencatit apa yang akan disebut oleh
Ryana.
~~~~~~~~~~
“Cik
Ryana kenalkan, ini kawan saya. Namanya Azreef. Azreef ni seorang
lelaki yang berkarisma, tegas, berdisiplin dan seorang yang kuat
bekerja macam Cik Ryana.” ujar Armand sambil memperkenalkan
kawannya pada Ryana. “Hai, nama I Azreef. I tau you dah lama suka
pada I, sebab tu you nak jumpa dengan I hari ni, kan? Sila isi borang
ni dulu sebab ramai lagi perempuan yang tengah beratur nak jadi
girlfriend I. Manalah tahu kot-kot you terpilih suatu hari nanti.”
ujar Azreef sambil tersengih memandang Ryana. “Pergi berambuslah!
Kau ingat muka kau tu hensem sangat ke sampai nak kena isi borang ni
semua untuk jadi girlfriend kau? Sikit pun aku tak berminat!”
tempik Ryana sambil meninggi suara. Armand terkejut mendengar
teriakan dari pejabat Ryana. Kelihatan Azreef tergopoh-gapah keluar
dari pejabat Ryana. “Perempuan jenis apa kau kenalkan kat aku ni?
Bengis macam singa. Lelaki pun takut nak dekat kalau macam ni punya
perempuan.” ujar Azreef sebelum berlari keluar dari pejabat itu.
Armand sedikit hairan apabila mendengar aduan dari kawannya, Azreef.
Tetapi dia berasa sedikit lega kerana Azreef telah mengangkat bendera
putih sebelum berjuang.
Armand
masuk ke pejabat Ryana dengan membawa seorang lelaki berpakaian kemas
dan berkaca mata sedikit tebal. “Ha…hai…nama saya Mok…Mokhtar.
Sa…saya se…seorang bakal u…usahawan…” belum sempat lelaki
yang bernama Mokhtar itu meneruskan kata-katanya, Ryana langsung
menolak tanpa mengenal hati budi lelaki itu. “Armand, takkan lah
lelaki macam tu awak nak saya jadikan calon suami? Nanti masa akad
nikah, belum tentu cukup satu hari dia nak lafaz akad nikah tu.”
Armand tersengih mendengar rungutan Ryana.
Seorang
demi seorang lelaki yang dibawa oleh Armand ditolak mentah-mentah
oleh Ryana kerana ciri-ciri yang dicari tidak seperti yang dia
mahukan. Alifa sedikit hairan melihat pelbagai jenis lelaki masuk
kemudian keluar dari pejabat Ryana dengan wajah suram. “Psst…Armand,
siapa dan kenapa dengan diorang tu nampak muram je bila keluar dari
pejabat Ryana.” Armand menceritakan hal sebenar kepada Alifa supaya
gadis itu tidak banyak bertanya. Alifa sedikit terkejut mendengar
bahawa Ryana nekad mencari calon suami. “Ryana…..! Betul ke apa
yang aku dengar ni?” ujar Alifa sebaik sahaja masuk ke pejabat
Ryana. “Kalau ye pun kau nak masuk, boleh ketuk pintu dulu tak? Ini
tak, main terjah masuk je. Ha, apahal kau datang sini? Nak kacau
akulah tu, kan?” Alifa tersengih. “Armand cakap kau tengah cari
calon suami, betul ke?” Ryana mengeluh kecil. Dia sudah menduga,
pasti Armand yang memberitahu Alifa. “Aku ada calon untuk kau dan
aku yakin kau mesti takkan tolak. Sebab lelaki ni ada ciri-ciri yang
kau cari tu.” Ryana menjadi penasaran dengan lelaki yang dikatakan
oleh Alifa.
Alifa
mengajak Ryana berjumpa di sebuah taman yang menjadi kesukakan
pasangan bercinta selalu melepak bersama. “Mana orangnya, Alifa?”
Dan kerana takut ditinggal sendirian, Alifa meminta Ryana membawa
Armand bersama untuk dijadikan peneman dirinnya apabila Ryana sedang
berduaan dengan lelaki yang bakal dikenalkan oleh Alifa nanti.
“Sabarlah. Kejap lagi dia sampailah tu.” ujar Alifa sambil
tangannya ligat membalas pesanan ringkas dari seseorang. “Haaa…itupun
dia!” Ryana dan Armand sama-sama mencari kelibat yang dimaksudkan
oleh Alifa tadi. “Hai Mika. Kenalkan, inilah Ryana. Perempuan yang
Lifa ceritakan tu.” Ryana sedikit kaku apabila melihat wajah lelaki
dihadapannya itu. “Rafael Mikhael ni ke yang kau maksudkan tu,
Alifa?” Alifa terkejut apabila mengetahui bahawa Ryana telah
mengenali lelaki yang dia ingin kenalkan pada Ryana itu. “Lifa kata
nak kenalkan abang pada perempuan single. Kenapa perempuan dah
berkahwin ni yang Lifa nak kenalkan?” Ryana membulatkan matanya
apabila dirinya disangka sudah berkahwin. “Siapa cakap kawan Lifa
ni dah kahwin?” Alifa kehairanan. “Dialah. Dia yang mengaku dia
dah berkahwin.” Alifa menjeling ke arah Ryana. Ryana tersengih.
“Sebenarnya korang dah saling kenal ke?” Alifa menggaru kepala.
Bingung. “Tak” ujar Ryana dan Rafael serentak. “Haa…apa
tunggu lagi? Kenalkan lah diri masing-masing.” Ryana mulai berpeluk
tubuh. Rafael juga ikut berpeluk tubuh. Bengang apabila mengetahui
bahawa wanita yang pernah mengaku sudah berkahwin itu ternyata belum.
“Mika, ini kawan Lifa. Nama dia Ryana Emirza. Dia masih single dan
sedang mencari calon suami.” Ryana membesarkan matanya, bengang
apabila Alifa memberitahu tujuan sebenarnya. Rafael tertawa kecil.
“Ryana, ni kawan aku. Nama dia Rafael Mikhael. Dia pun masih single
dan sedang mencari pasangan hidup macam kau.” Ryana merasa geram
dengan sikap lepas cakap Alifa itu.”So, tunggu apalagi? Korang
kenal-kenallah dulu ya. Jom Armand, kita jalan pergi tempat lain.”
ujar Alifa sambil menarik tangan Armand. Armand sekadar menurut. Jauh
di sudut hatinya, dia merasa sedikit cemburu melihat kedekatan Ryana
dan Rafael.
~~~~~~~~~~
“Sayang,
I tak peduli. You kena pastikan Ryana berkahwin sebelum usia dia
mencecah 30 tahun. You nak ke tengok harta isteri pertama you tu
dibekukan macam tu je? Apa guna usaha kita selama ni kalau kita tak
dapat 1 sen pun harta dari dia?” ujar Safira sambil memujuk Dato
Ezzra supaya meminta anak perempuan tunggalnya itu bernikah dalam
waktu terdekat. “Makin cepat dia kahwin, makin cepatlah kita dapat
harta tu.” hasut Safira.”I akan jodohkan dia dengan anak Dato
Fakhroul dalam waktu terdekat ni.” ujar Dato Ezzra sambil mendail
nombor telefon Dato Fakhroul untuk melaksanakan rancangannya.
Hubungan
Ryana dan Rafael kelihatan semakin baik walaupun pada awalnya mereka
sering bertegang urat dan bertengkar. Rafael yang terkenal dengan
sikap panas baran akhirnya berjaya ditangani oleh Ryana yang juga
mempunyai sikap keras kepala. Armand semakin menjauh hati apabila
mengetahui hubungan rapat antara majikannya dan Rafael. “Cik Ryana,
ini schedule kerja untuk hari ini.” Ryana khusyuk menatap skrin
telefon pintarnya sambil tersenyum dan membalas setiap pesanan di
aplikasi whatsapp yang datang dari Rafael. “Cik Ryana ada temu
janji dengan client jam 3 petang nanti kemudian Cik Ryana ada
appointment dengan Tuan Ikram untuk projek di Seremban tu. Selapas
tu, Cik Ryana perlu berjumpa dengan Cik Anne untuk produk yang Cik
Ryana suggestkan pada Cik Anne tu.” Armand menyedari bahawa Ryana
tidak sedikit pun mendengar jadual kerja yang dibaca oleh Armand.
“Cik Ryana kalau nak main-main, lebih baik Cik Ryana balik rumah
je!” tempik Armand. Ryana terkejut apabila melihat Armand sudah
berani meninggikan suara dengannya. “Apa masalah awak ni? Tak boleh
cakap baik-baik ke?” marah Ryana. “Cik Ryana sikitpun tak beri
perhatian pada apa yang saya bacakan tadi. Kalau Cik Ryana tak boleh
beri komitmen pada kerja, lebih baik Cik Ryana tak payah datang
kerja.” Kemarahan Ryana semakin memuncak apabila mendengar
kata-kata Armand yang berani memperlekehkan kerjanya. “Ok fine.
Batalkan semua appointment saya hari ni!” Armand terdiam mendengar
arahan dari majikannya. “Dan ingat, aku yang bayar gaji kau. Jangan
nak pijak kepala sangat!” marah Ryana sebelum keluar dari
pejabatnya. Armand menangkup muka. Menyesal dengan sikapnya terhadap
Ryana sebentar tadi.
Ryana
pulang kerumah ayahnya dengan perasaan marah yang meluap-luap. “Ryana
tak kerja ke hari ni?” tanya Dato Ezzra. “Tak ada mood-lah papa.”
jawab Ryana sambil menghempaskan tubuhnya di sofa yang empuk itu.
“Kesian anak papa. Oh ya, alang-alang kamu dah ada di sini, papa
nak cakap sesuatu.” Ryana memandang ayahnya. Dia tahu kalau ayahnya
berkata sedemikian, pasti ayahnya ada merancang sesuatu.
“Memandangkan kamu tak nak cari calon suami sendiri, papa dah
jodohkan kamu dengan anak Dato Fakhroul.” Ryana langsung bangun
selepas mendengar kata-kata ayahnya. “Are you crazy, Pa?” Dato
Ezzra sudah bersiap sedia untuk mendengar omelan anaknya. Dia tidak
peduli walaupun anaknya menentang keras rancangannya. Dia harus
meneruskan niatnya untuk menjodohkan Ryana dengan anak lelaki Dato
Fakhroul. “It’s not affair, Pa! You should discuss with me before
you made any decision.” marah Ryana, tidak berpuas hati dengan
tindakan ayahnya yang tidak mahu berbincang dengannya dahulu. “Why
should I? You almost 29 years and next year you ages become 30 years.
You should get married, my dear daughter. Papa dah tua. Papa teringin
nak tengok anak papa bahagia, papa nak tengok anak papa ada keluarga
yang bahagia. Sampai bila Ryana nak hidup macam ni?” pujuk Dato
Ezzra. “Sampai perempuan tu keluar dari keluarga kita.” ujar
Ryana sambil menjeling ke arah Safira yang sedang memerhatikan anak
beranak itu dari jauh. Dato Ezzra terdiam mendengar kata-kata Ryana.
~~~~~~~~~~
“What?
Papa kau nak jodohkan kau dengan anak Dato Fakhroul?” jerit Alifa
selepas mendengar cerita Ryana. “Habis tu kau terima?” tanya
Alifa. Ryana menggeleng. “Aku rasa baik kau terima jelah.” Ryana
memandang hairan wajah Alifa yang turut menyokong rancangan ayahnya.
“Papa aku bagi kau makan apa sampai kau pun ikut setuju dengan
cadangan dia?” Alifa tersengih. “Rafael. Apa dia akan cakap nanti
kalau dia tau aku akan dijodohkan dengan orang lain? Kan kau sendiri
yang kenalkan aku dengan Rafael tu, then tiba-tiba kau suruh aku
kahwin dengan orang yang aku sendiri tak kenal. Kau dah gila ke?”
omel Ryana. Alifa terdiam. Dia mahukan yang terbaik untuk kawan
baiknya tapi dari sudut lain, dia rasa serba salah dengan mengenalkan
Ryana pada Rafael. Ryana semakin serabut. “Aku rasa korang semua ni
dah gila lah!” marah Ryana sambil menghempas pintu pejabatnya.
“Nana,
mana Armand? Dah pukul berapa ni tak sampai office lagi. Nak kerja ke
tak nak dia ni!” tanya Ryana yang sejak tadi mencari-cari kelibat
Armand, selaku pembantu peribadinya. “Cik…Cik Ryana, tadi Armand
dah sampai tapi dia dah pergi. Dia cuma suruh sampaikan surat ni pada
Cik Ryana.” ujar Nana dengan terketar-ketar. “Surat apa pulak si
Armand ni bagi. Dah pandai bersurat pulak dia.” rungut Ryana sambil
membuka isi surat tersebut. “Surat Perletakan Jawatan?” Ryana
terkejut apabila mengetahui bahawa Armand ingin meletak jawatan dan
berhenti kerja. Kepalanya semakin serabut. Badannya mulai lemah, dan
kemudian Ryana jatuh pengsan akibat banyak berfikir. Dia dihantar ke
hospital berdekatan dengan segera.
Sebaik
sahaja Ryana membuka mata, kelihatan Alifa dan Rafael sedang berada
disisinya. “Syukurlah kau dah sedar. Risau aku bila tengok kau
tiba-tiba pengsan dekat office tadi.” ujar Alifa sambil menggenggam
erat tangan Ryana. “Aku dah cakap kau jangan stress sangat, tengok
apa dah jadi pada kau sekarang.” bebel Alifa, risau akan kesihatan
kawan baiknya itu. “Alifa, Armand mana?” Rafael terkejut apabila
Ryana mencari kelibat Armand bukan dirinya. “Err…sebenarnya aku
pun tak tau mana Armand menghilang. Aku dah call dia banyak kali,
tapi dia tak jawab. Kau tak payah fikirkan dia sangatlah. Kau berehat
secukupnya.” ujar Alifa sambil mengusap rambut Ryana. Rafael merasa
sedikit kecil hati kerana Ryana tidak menyedari kehadiran dia di
situ.
~~~~~~~~~~
Semenjak
Armand berhenti kerja sebagai pembantu peribadi Ryana, Ryana
kelihatan sedikit kelam kabut ketika menguruskan kerjanya. Bukannya
dia tidak mahu mengambil pembantu peribadi yang baru tetapi baginya
tiada orang boleh menggantikan tempat Armand. Hanya Armand yang
memahami kerjanya, lelaki itu jugalah yang dulu sering menasihati
dirinya dan memberi semangat padanya. Tetapi selepas insiden
pergaduhan dia dan Armand tempoh hari akhirnya Armand membuat
keputusan untuk menjauhkan diri darinya. Alifa yang mulai jatuh hati
pada Armand akhirnya menemukan jalan kekecewaan apabila Armand
menolak cinta Alifa dengan alasan ada wanita lain yang telah
bertakhta di hatinya selama ini. Hubungan Ryana dan Rafael berjalan
seperti biasa walaupun kadang kala Ryana jarang memberi perhatian
pada Rafael akibat kekangan kerja yang perlu dia uruskan sendirian.
Ayah
Ryana menyuruh Ryana pulang kerumah pada hari minggu dengan alasan
ada orang ingin meminangnya. Ryana membantah keras tetapi setelah
dipujuk berkali-kali barulah dia mahu pulang. “Ini anak Dato yang
namanya Ryana Emirza?” tanya Dato Fakhroul. Ryana sekadar
menggangguk. Hatinya langsung tidak berada di majlis itu. Fikirannya
menerawang jauh memikirkan perasaan Rafael apabila dia tahu soal
peminangan ini. “Alhamdulillah kalau inilah orangnya. Bukan apa,
sebenarnya anak saya dah lama menyimpan hasrat untuk meminang kamu.”
Ryana menyumpah seranah gerangan yang berkeras ingin meminang dirinya
walaupun sudah berkali-kali dia menolak. “Wait a minute. Boleh saya
tahu siapa nama anak Dato Fakhroul tu?” tanya Ryana dengan berani.
Dato Ezzra sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa Ryana tidak
mengenali dengan anak Dato Fakhroul. “Saya ingatkan kamu dah tahu
siapa namanya.” Tetamu yang hadir waktu mulai mentertawakannya.
“Namanya Fadzley Armand.” Ryana ternganga-nganga mendengar nama
anak Dato Fakhroul. Dia tidak menyangka bahawa selama ini pembantu
peribadinya yang bernama Armand itu ternyata seorang anak Dato. Lebih
mengejutkan, ternyata selama ini Armand menyimpan perasaan padanya.
“Maaf Pa. Ryana tak boleh teruskan peminangan ni. Ryana tak boleh
terima Armand sebagai tunang mahupun calon suami Ryana. Ryana
taknak.” Ryana membantah keras akan peminangan itu. Dia sedia
maklum bahawa kawan baiknya, Alifa menyukai Armand. Sebolehnya dia
tidak mahu melukakan hati kawan baiknya itu. Seandainya Alifa
mengetahui tentang hal itu, pasti dia akan berkecil hati dengan
Ryana. “Saya mohon, hentikan semua kerja gila ni.” ujar Ryana
dengan tegas. Dato Ezzra terkejut melihat tindakan Ryana yang
sekaligus merosakkan nama baiknya di hadapan tetamu yang hadir. “You
are too much!” marah Dato Ezzra sambil menghayunkan tangannya ingin
menampar Ryana. “Dato, stop it!” jerit seseorang sekaligus
menghentikan tindakan Dato Ezzra yang berniat ingin menampar Ryana
kerana telah memalukannya. “Kalau dia tak sudi terima, sudahlah.
Daddy, kan Armand pernah cakap, jangan memaksa kehendak seseorang.”
Ryana langsung berpaling apabila mendengar nama Armand. “Armand…”
Armand memandang wajah Ryana. “Hentikan perjodohan ni.” ujar
Armand. Dato Ezzra dan Dato Fakhroul terdiam mendengar arahan Armand.
“Kemana
awak menghilang selama ni, Armand?” tanya Ryana sewaktu berpeluang
berjumpa dengan Armand. “Saya pulang ke pangkuan keluarga saya.”
jawab Armand tanpa memandang Ryana. “Awak marah dengan saya, kan?
Armand, saya minta maaf sebab saya berkasar dengan awak. Saya tahu
saya salah. Saya leka dengan dunia saya. Saya tak sepatutnya tengking
awak dan cakap yang bukan-bukan pada awak. Maafkan saya.” rayu
Ryana. Armand tersenyum. “Saya dah lama maafkan awak. Saya tak
pernah ambil hati pun dengan apa yang awak pernah cakapkan. Dan
sebenarnya sayalah yang sepatutnya minta maaf dengan awak. Sebab saya
yang minta ayah saya untuk pinang awak walaupun saya tahu harapan tu
sangat tipis. Tapi, tak salah kan kalau saya mencuba?” ujar Armand
sambil tersenyum. “Kenapa awak tak terus terang dari dulu?” tanya
Ryana, mulai serba salah dengan perasaan Armand. “Sebab saya sedar
kedudukan saya sebagai P.A. awak sahaja.” jawab Armand, ringkas.
“Armand, jujur saya katakan. Dulu saya pernah sukakan awak tapi
awak macam buat tak endah dengan perasaan saya pada awak. Sehinggalah
saya dikenalkan dengan lelaki bernama Rafael, saya mulai serasi
dengannya dan saya dapat tahu kawan baik saya, Alifa menyimpan
perasaan pada awak juga. Jadi saya berusaha buang perasaan saya
terhadap awak jauh-jauh sebab saya nak tengok kawan baik saya juga
ikut bahagia. Tapi, tak sangka awak tolak dia mentah-mentah.” jelas
Ryana sambil cuba menyembunyikan rasa sendunya. “Maafkan saya sebab
saya tak dapat nak balas perasaan awak pada saya. Awak pun tahu kan
yang sekarang saya dah ada Rafael. Saya harap awak dapat buka hati
awak pada orang yang lebih layak berbanding diri saya. Saya minta
maaf sebab lukakan perasaan awak. Terima kasih kerana awak jaga
dengan baik saya selama ni.” ujar Ryana, akhirnya air matanya
tumpah di hadapan lelaki bernama Armand itu. “Don’t cry Ryana. I
always beside you when you need me everytime and everywhere.” ujar
Armand sambil mengesatkan air mata Ryana.
~~~~~~~~~~
“Bosan
betul hidup dengan orang kaya tapi tak terniat sedikit pun dia nak
kasi harta dia pada aku. Tak guna punya orang tua! Bilalah dia nak
mati macam bini tua dia tu!” ujar Safira sewaktu sedang
berfoya-foya dengan seorang lelaki tua. “Eh Ryana, itu bukannya ibu
tiri kau ke?” tanya Alifa sewaktu keluar dengan Ryana. “Correction.
Perempuan murahan yang suka menggoda ayah aku.” Alifa tergelak
kecil. “Dasar perempuan tak sedar diri. Aku akan pastikan kau
berambus dari kehidupan papa aku. You wait and see. Aku tahu apa nak
buat dengan kau, perempuan murahan!” ujar Ryana sambil mengeluarkan
telefon bimbit dan mengambil gambar sebagai bukti kecurangannya.
Sesampainya
Ryana di pejabat, berduyun-duyun file sedang menunggunya. Fikirannya
mulai serabut. Sekejap telefon pejabatnya berbunyi, sekejap telefon
bimbitnya pula yang berdering. “Stressnya!” jerit Ryana apabila
dia mulai tertekan dengan suasana yang penuh dengan tekanan. “You
need help, Miss?” kedatangan seseorang di pejabatnya menghentikan
segala tekanan yang dia alami sebentar tadi. “Apa awak buat kat
sini?” tanya Ryana. “Buat apalagi? Buat kerjalah. Saya kan P.A.
Cik Ryana. Dulu, kini dan selamanya. Let me help you, Cik Ryana.”
Ryana tersenyum lebar melihat kedatangan Armand ke pejabatnya
sebagai pembantu peribadinya lagi. “Terima kasih Armand!”
~~~~~~~~~~
“Alifa!”
jerit Ryana sebaik sahaja berjumpa dengan kawan baiknya itu. “You
know what?” tanya Ryana. Alifa bingung dengan pertanyaan Ryana.
“What?” Ryana mulai tersengih-sengih. “He propose me!” Ryana
melonjak gembira. Alifa ternganga-nganga. Tidak pernah dia melihat
sahabatnya sebahagia itu. “Bila dia nak hantar rombongan meminang?”
Tanya Alifa. Ryana terdiam. Alifa ikut terdiam. Hairan apabila
senyuman bahagia Ryana tiba-tiba berubah menjadi wajah serius. “Aku
ada misi yang belum selesai. Sorry, I gotta go.” ujar Ryana
langsung meninggalkan Alifa sendirian. Ryana sempat menghantar
pesanan ringkas kepada Armand supaya menemani Alifa supaya kawan
baiknya itu tidak ditinggal sendirian.
“Papa,
I have something to discuss with you.” ujar Ryana, serius. “I'm
ready to getting married.” Dato Ezzra mulai tersenyum lebar.
Harapannya untuk memiliki harta milik arwah isterinya semakin dekat.
“Tapi Ryana pernah cakap, semua tu akan terjadi kalau perempuan tu
keluar dari keluarga kita, keluar dari kehidupan papa.” Senyuman
Dato Ezzra langsung hilang. Mana mungkin dia akan tinggalkan isteri
mudanya itu kerana itu semua rancangan Safira yang berniat ingin
membolot harta yang ditinggalkan oleh Datin Raihana, isteri pertama
Dato Ezzra. “Walaupun Ryana tak suka dengannya, dia tetap isteri
papa. Ibu tiri Ryana.” tegas Dato Ezzra. Ryana mencapai telefon
bimbitnya. “Ryana tak fahamlah dengan papa ni. Apa istimewanya
perempuan tu di mata papa? Sehingga papa sanggup lukakan hati mama
dulu. Papa tau tak perempuan tu perempuan keji. Depan papa dia tunjuk
baik, belakang papa, dia tikam papa. Ryana tak yakin yang dia boleh
jadi sebaik mama. You know why? You look at this.” ujar Ryana
sambil menunjukkan bukti rakaman kemesraan Safira sewaktu
berfoya-foya dengan lelaki lain. Dato Ezzra kelihatan terkejut
setelah melihat rakaman tersebut. “Ryana dah lama tahu pasal ni,
Pa. Ryana cuma tunggu waktu yang tepat je untuk minta Papa tinggalkan
perempuan murahan macam tu.” ujar Ryana sambil tersenyum puas.
Kebetulan Safira yang baru sahaja pulang dari membeli belah langsung
di tarik tangannya oleh Dato Ezzra. “Aku ceraikan kau dengan talak
tiga!” Safira terpinga-pinga. “Sayang, apa semua ni?” Dato
Ezzra langsung menampar Safira tanpa teragak-agak. “Keluar kau dari
rumah ni. Pergi dari kehidupan aku. Kau jangan pernah lagi tunjuk
muka kau depan aku mahupun anak aku. Dasar perempuan murahan!
Berambus!” tengking Dato Ezzra. Ryana sempat menghayun-hayunkan
telefon bimbitnya yang terpapar video kemesraan Safira bersama lelaki
lain. Safira kelihatan terkejut dan geram dengan tindakan nekad
Ryana. Dia berusaha untuk mendapatkan kemaafkan dari Dato Ezzra namun
gagal. Rayuannya tidak dilayan sama sekali. Akhirnya Safira pasrah
dan mengangkat kaki keluar dari rumah itu.
~~~~~~~~~
“I’m
glad to have you in my life, my daughter. Maafkan papa selama ni papa
tak jaga Ryana dan mama dengan baik. Papa terlalu mengejar harta
sampaikan papa buta menilai yang mana baik yang mana buruk. Maafkan
papa.” ujar Dato Ezzra sambil memeluk anak perempuannya.
“Assalamualaikum Dato.” Kehadiran tetamu yang ditunggu akhirnya
sampai. “Silakan masuk Tengku. Alhamdulillah, sampai jugak ke sini
ye.” Ryana mulai berdebar apabila mendengar suara para tamu yang
hadir untuk meraikan hari pertunangannya dengan Rafael Mikhael.
“Ryana, tahniahhhhh!” Alifa langsung menerpa ke arah Ryana yang
sedang bersiap di biliknya. “Belum mula lagilah Alifa.” Alifa
tersengih. “Sorry, aku pulak yang terlebih excited.” Ryana
menggeleng kepala melihat perangai sahabatnya yang selalu over drama.
“Kau datang dengan siapa?” tanya Ryana. “Buah hati pengarang
jantung akulah, siapa lagi.” Ryana terkejut mendengar pengakuan
Alifa. “Kau dah ada boyfriend baru ke?” Alifa sekadar tersenyum.
Sengaja ingin merahsiakan gerangan yang dimaksudkan oleh Alifa dari
kawan baiknya itu.
“Tahniah
Ryana, akhirnya kau dah jadi tunang Mika.” Ryana tertanya-tanya
kenapa Alifa sering memanggil Rafael dengan nama Mika. “Tahniah
abang Mika. Finally dapat juga abang miliki hati Ryana. Lepas ni Lifa
dah tak payah jadi kawan baik Ryana lagi sebab Ryana akan jadi akak
ipar Lifa.” ujar Alifa sambil tersenyum lebar. “Akak ipar?”
Ryana terpinga-pinga. “Lifa tak pernah cerita hal sebenar pada
Ryana ke?” Alifa menggeleng sambil tersengih. “Ishhhh budak kecik
ni. Patutlah tunang saya sorang ni dari tadi blur semacam. Ryana,
kalau awak nak tahu Alifa ni sebenarnya adik kandung saya. Ingatkan
dia pernah cerita pada awak.” Ryana ternganga besar setelah
mengetahui bahawa Alifa merupakan adik kepada Rafael. “Alifaaaaaa!!!”
Ryana mengejar Alifa yang terlebih dahulu melarikan diri. “Babyyyyy,
help me!” Alifa berlari ke arah Armand. “Baby?” Alifa segera
menutup mulut. “Apa main kejar-kejar ni? Kalau jatuh nanti macam
mana?” Alifa sempat menyorok di belakang Armand untuk mengelakkan
dari di tangkap oleh Ryana. “Baby, tengok Ryana tu. Dia nak pukul
I…” Niat Ryana terhenti apabila mendengar Alifa memanggil Armand
dengan panggilan manja. “Ryana takkan pukul orang tanpa sebab. Ni
mesti sebab you nakal kan.” Ryana yang sejak tadi melihat drama
antara Alifa dan Armand mulai faham. “Haa betul cakap Armand tu,
aku pukul orang selalu bersebab. Aku nak pukul kau sebab kau tak
pernah beritahu aku yang Rafael tu abang kau dan lagi satu…”
Ryana mulai bercekak pingang. “Diam-diam kau dah declare dengan
Armand tanpa pengetahuan aku ye….!” ujar Ryana sambil berusaha
menangkap Alifa yang sejak tadi menyorok di belakang Armand.
“Mentang-mentang dia kecik, nak main sorok-sorok pulak ye.” Ryana
memberi isyarat kepada Armand supaya meninggalkan Alifa dalam diam.
“Haaaa dapat pun tangkap budak kecik ni!” Ryana menggeletek Alifa
sepuas hati. Alifa menjerit kerana akhirnya dia ditangkap oleh Ryana.
Semua tetamu yang hadir mulai mengekek melihat telatah mereka berdua.
HABIS
DAH…. :-P
Hasil nukilan: Leenz Armani
P/S: Nampaknya semenjak dua menjak ni jari jemari aku semakin rajin menulis cerpen. Itupun ikut pada mood. Kalau mood tengah down / sedih, jalan cerita yang aku buat pun sedih2 belaka. Kalau tengah happy, jalan cerita yang aku buat kadang terover sangat. Ada ketika, aku teringin jugak nak menulis cerita hantu, tapi...okay, aku belum cukup berani untuk berhalusinasi dengan masuk ke mood seram! By the way, semoga korang suka dengan cerpen aku kali ni. Do not hesitate to drop your comment at the below. Jumpa lagi di cerpen-cerpen aku yang lain. Have a nice day guys!
Okay, chaw chaw!
Yang sewel,
Leenz
No comments:
Post a Comment