About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 November 2015

Cerpen: Budak Kampung VS Budak Bandar

Budak Kampung VS Budak Bandar.

     “Euwwww! Seriously, kau nak suruh aku mandi kat toilet macam ni?” jerit Zara, seorang gadis bandar. “At least, you should have bath up. Tak mungkin aku boleh mandi dengan keadaan toilet yang macam ni. It’s suck!”
     Kalaulah diikutkan hati, mahu sahaja aku lempang minah saleh celup ni karang! Cukup baik aku suruh dia mandi kat bilik air daripada aku suruh dia pergi mandi kat sungai sana. Hishhhh mengada betullah dia ni!
     “Erin, please do something. Badan aku dah melekit ni. Aku tak tahulah macam mana kau boleh hidup dalam rumah yang panas bahang macam ni. Berpeluh-peluh badan aku tau. Euwww….”
     Sabar Rin, sabar. Kalau tak kerana bapak dia, Dato Zarif tu yang suruh dia tinggal kat sini sementara waktu, tak adanya aku nak jaga dia. Menyusahkan aku hari-hari adalah. Dan kalau tak kerana urusan syarikat bapak dia yang dah nak muflis tu, dah lama aku halau minah saleh celup ni dari rumah aku.  Inilah akibatnya manjakan sangat anak dia ni, sampaikan anak dia pakai kad kredit beribu riban pun dia tak sedar. Akibatnya, tanggunglah hutang piutang dari bank.

      “Erin, apakata kau bawa aku jalan-jalan pusing keliling kampung ni?” Apalagilah karenah minah sorang ni. Jenuh aku nak melayan.
     “Cepatlah Erin. Lembab betullah kau ni.” Amboi, sedap mulut dia panggil aku lembab. Karang aku taknak bawa baru kau tau.
     “Apa tunggu lagi? Jomlah.”
     “Jalan kaki?”
     “Habis tu, kau nak aku dukung kau?”
     “You don’t have a bike? Or motorcycle? At least, a car. Oh sorry, kau tak mampu beli kereta.”
     Tak guna punya minah saleh celup! Apa dia ingat aku tak mampu nak pakai kereta? Arwah bapak aku dulu pun ada keretalah. Itupun kereta saga petak tapi dah dijual. At least, family aku mampu jugak pakai kereta.
     “Kau nak jalan-jalan ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku banyak lagi kerja lain nak kena buat kat rumah tu daripada 24 jam kena melayan karenah kau. Kau tu ingat sikit, kau hanya duduk menumpang je kat rumah aku. Sini kampung aku, bukan tempat kau.” Zara akhirnya terdiam selepas kena bebel oleh aku. Padan muka kau!

      “Pewitttttt! Awek cun siot…!” jerit Mahadi, salah seorang budak paling nakal yang terkenal di kampung.
     “Rin, kau taknak ke kenalkan kawan kau tu kat aku? Cun tu.”
     “Mimpi jelah kau Mahadi. Dia ni perempuan bertaraf high class. Kau mampu ke nak tanggung dia nanti? Aku takut bapak kau punya harta habis dalam satu hari je sebab nak menangkan hati minah ni.” Zara langsung tidak mahu memandang ke arah Mahadi.
     “Kalau dah macam tu, apsal dia nak duduk kat kampung ni?” Zara menyenggol lengan Erin kerana tidak mahu Erin membocorkan rahsia keluarganya.
     “Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia sendiri. Eh dah lah, aku blah dulu.”
Makin lama aku layan si Mahadi ni, makin banyak pulak yang dia nak tahu nanti. Si Zara ni pulak tak habis-habis main senggol tangan aku. Ingat aku ni bodoh sangat ke nak cerita hal dia satu kampung. Hello, dia artis ke?

      Kedengaran deruman enjin kereta Aliff dari jauh. PIN! PIN!
     “Hai Erin. Nak pergi mana ni?” tegur Aliff.
     “Tak ada pergi mana pun. Saja jalan-jalan.”
     “Tak penat ke jalan kaki ni?”
     “Penat sangat… Awak nak tumpangkan saya ke?” celah Zara.
     “Eh Zara, bukan ke tadi kau cakap nak jalan-jalan?”
     “Yes, I told you like that but now, aku dah penat. Badan aku dah berpeluh-peluh. I need an aircond.”
     Ishhh dia ni. Aliff tak ada pun tawar suruh naik kereta dia. Tak malu betul!
     “Erin, jomlah saya hantar awak balik. Kesian kawan awak dah penat.” tawar Aliff.
     Hah nasib baiklah si Aliff ni baik hati nak bagi kau duduk dalam kereta dia. Taubat aku bawa minah ni jalan keliling kampung. Bilalah urusan Dato Zarif ni nak selesai? Aku dah penat layan karenah anak manja dia ni.

      Zara tiba-tiba sahaja mengambil tempat di sebelah Erin. “Erin…”
     Ni tak lain tak bukan, adalah ni yang dia nak mengendeng. Apa pulak bala yang aku dapat lepas ni?
     “Siapa mamat yang tumpangkan kita petang tadi tu?”
     Aku dah agak dah, mesti dia nak tau pasal Aliff. Kenapa mesti Aliff? Si Mahadi yang berkenan dekat dia tu, tak nak pulak dia tanya.
     “Erin, kau dengar tak aku cakap apa tadi?”
     Malas betul aku nak melayan minah nilah! “Tak. Dah lah, jangan kacau aku nak tengok drama ni.”
     Tiba-tiba Zara merampas remote control tv yang dipegang Erin.
     “Hoi apa main rampas-rampas ni. Aku kata jangan kacau, janganlah kacau.”
     “Aku nak tahu pasal mamat petang tadi tu.” tempik Zara.
     “Mamat mana kau maksudkan ni? Si Mahadi tu ke? Tadi bukan main kau jual mahal dengan dia.   Sekarang kau sibuk mengendeng kat aku sebab nak tanya pasal dia.”
     “Bila masa aku jual mahal? Kan dia sendiri yang baik hati nak hantarkan kita balik.”
     “Kalau kau nak tau pasal dia, kau pergi cari dan tanya kat dia sendiri. Aku tak berminat nak bercakap dengan kau.” Lepas kau dah buat hidup aku huru hara kat kampung ni, sekarang kau nak kacau lelaki idaman aku pulak? Jangan haraplah!

      Pagi-pagi lagi aku tak nampak kelibat si Zara kat rumah. Mana dia pergi ni? Atau dia dah pulang ke tempat asal dia? Bila masa pulak Dato Zarif datang sini jemput dia? Kenapa aku tak tau apa-apa pasal ni? Ishhh mana pulak dia hilang ni… tak kanlah dia merajuk pasal aku sebab aku tak nak cakap dengan dia semalam kot?

     “Aduhhh…sakitnya…!” jerit seorang kanak-kanak.
     “Adik tak apa-apa ke?” Zara segera mendapatkan seorang kanak-kanak yang baru sahaja jatuh dari basikal yang dinaikinya.
     “Sakit kak…” rengek kanak-kanak tersebut.
     “Macam mana adik boleh jatuh ni. Mari sini kakak tengokkan.” Zara meniup-niup luka di lutut kanak-kanak tersebut.
     “Luka ni perlu dibersihkan kalau tak kuman boleh masuk. Rumah adik jauh tak kalau dari sini?” tanya Zara.
     “Tak kak. Depan tu je.” ujar kanak-kanak tersebut sambil menunjukkan arah tempat tinggalnya.
     “Mari sini kakak dukung adik sampai depan rumah.” ujar Zara sambil mendukung kanak-kanak itu di bahunya.
     “Nama adik siapa? Nama kakak, Zara Amanda Imani.
     “Sedapnya nama kakak. Nama saya Amira Aisyah.

     Sebaik sahaja sampai di rumah Amira, Amira langsung mendapatkan seorang wanita yang kelihatan sedikit berusia itu. Ibunya kah?
     “Terima kasih nak sebab sudi hantarkan cucu makcik pulang ke rumah.”
     “Oh, ini cucu makcik rupanya. Maafkan saya, saya ingat makcik ni ibu Amira.”
     Wanita berusia 40-an itu sekadar tersenyum.
     “Amira ni cucu angkat makcik. Anak lelaki makcik yang ambik Amira ni sebagai anak angkat dia.      Katanya buat peneman makcik kat kampung ni kalau-kalau dia tak dapat pulang ke kampung sebab banyak kerja.” Zara mendengar dengan penuh perhatian.
     “Mari sini saya bersihkan lukanya.” ujar Zara sambil mencapai kain basah yang dipegang oleh ibu Amira dan membersihkan luka di lutut Amira. Amira menjerit kesakitan.
     “Sabar ye dik. Sikit je ni. Tak lama lagi baiklah ni. Lepas ni main basikal hati-hati ye.” ujar Zara sambil menampal luka tersebut dengan pembalut luka.
     “Terima kasih ye nak, susah-susahkan kamu sahaja. Jemput minum. Ini je yang makcik ada untuk dihidangkan.” ujar ibu Amira sambil membawa jug berisi air serta sedikit kuih muih.
     “Ishh tak apalah makcik. Susah-susah makcik je hidangkan semua ni. Lagipun saya ikhlas tolong adik Amira ni makcik.”

      Manalah aku nak cari si Zara ni. Tak habis-habis menyusahkan aku! Kalau aku jumpa dia,  memang siap dia kena bebel dengan aku. Eh…itu macam Zara. Apa pulak dia buat kat rumah ibu Aliff tu? Takkanlah dia terus pergi jumpa ibu Aliff untuk tahu pasal Aliff? Macam mana dia boleh tau tu rumah Aliff? Ishhh dah melampau si Zara ni. Berani dia nak curi Aliff dari aku!
     “Zara, apa kau buat kat sini? Kau tau tak hampir satu kampung ni aku keliling sebab nak cari kau sorang je tau. Kau ni boleh tak kalau satu hari tak menyusahkan hidup aku?”
     “Siapa suruh kau cari aku? Aku keluar pergi kedai kejap je. Lagipun aku dah hafal jalan-jalan kat kampung ni. I’ll make sure, aku takkan sesat punya.”
     Amboi, berlagak pulak dia ye. Takkan sesat konon! Kata pergi kedai, habis tu yang dia menyinggah kat rumah ibu Aliff tu buat apa pulak? Ingat aku tak tau kau dari mana?
     “Heh Zara. Kau tu anak Dato. Kalau jadi apa-apa pada kau, apa aku nak jawab dengan Dato Zarif, bapak kau tu nanti? Paling tidak, aku yang dipersalahkan sebab tak jaga anak manja dia ni dengan baik.”
     “I’m not kids anymore, Erin. Aku tau aku dah banyak susahkan kau. Sebab tu aku tak nak terlalu bergantung pada kau. Aku dah sedar, aku banyak buat kesilapan. Aku tak pernah menghargai kebaikan orang-orang disekeliling hidup aku selama ni. Aku minta maaf sebab buat kau risau. Aku janji, lepas ni aku takkan susahkan kau, mahupun orang-orang disekeliling aku.”
     Bagai mimpi aku dengar kata-kata si Zara ni. Betul ke dia ni? Ke dia saja nak main-main? Tak pernah pulak dia serius macam ni sekali. Apa yang buat dia tiba-tiba sedar diri ni? Pelik la si Zara ni kadang-kadang. Tapi bagus jugak kalau dia dah cakap macam tu. Aman sikit hidup aku lepas ni.              “Dah, jom balik tolong aku masak kat rumah.”

     “Papa apa khabar? Zara rindu kat papa.”
     Aikk…tak pernah-pernah dia call cakap rindu kat bapak dia, baru hari ni aku dengar dia cakap macam tu kat Dato. Takkanlah dia nak ngadu kat bapak dia yang aku selalu membebel dengan dia? Tapi selalunya, kalau dia call Dato mesti sebab nak minta duit lagilah tu. Untunglah jadi anak Dato. Kerja menghabiskan duit je. Susah payah bapak dia cari duit untuk dia.
     “Tak apa Pa. Dapat tinggal lama kat sini pun tak apa. Zara boleh temankan Erin. Zara suka tinggal kat sini. Rasa tenang je. Tapi kalau kat KL, penuh dengan bunyi kenderaan, jalan selalu sesak, Zara rimas. Papa, kalau masalah Papa dah selesai, Zara ingat nanti Zara nak kerja kat tempat Papa. Zara nak bantu Papa cari duit untuk kukuhkan kembali masalah kewangan keluarga kita dan syarikat Papa. Zara minta maaf sebab selama ni Zara selalu taknak dengar cakap Papa. Zara dah banyak menyusahkan hidup Papa. Zara janji, Zara akan tolong Papa cari duit untuk tanggung hidup kita anak beranak.”

     “Erin, tolong ajarkan aku cara-cara nak buat kuih yang kau buat hari tu boleh tak?”
Aku mimpi ke ni? Tak pernah-pernah dia masuk dapur sebab nak belajar masak. Ishh biar betul dia ni dah berubah? Kenapa tiba-tiba je dia boleh berubah? Aku ingat budak degil macam dia ni takkan berubah. Tapi baguslah kalau dia dah sedar diri. Sekurang-kurangnya tak adalah asyik nak menyusahkan aku.
     “Ni resepi kuih hari tu. Kau buatlah macam yang aku dah tulis kat dalam kertas ni. Kalau kau tak tahu, tanya aku. Tapi, boleh aku tau kenapa tiba-tiba kau nak buat kuih bagai ni?”
     “Aku nak beri pada ibu Amira sikit. Makcik tu baik dengan aku tau. Walaupun kitorang baru kenal. Tapi, tak salahkan kalau aku nak buat baik dengan semua orang?”
     “Salah memanglah tak salah, tapi macam mana kau boleh kenal dengan makcik tu?
     “Hari tu cucu dia, Amira jatuh basikal, lutut dia luka. Jadi aku bawalah Amira tu balik rumah dan bersihkan luka dia. Sambil-sambil tu, sempatlah aku borak dengan makcik tu. Dia cerita serba sedikit pasal keluarga dia dan orang-orang kat kampung ni. Makcik tu cakap hidup kat kampung ni bukan senang. Nak makan mewah-mewah pun belum tentu selalu dapat. Itupun harapkan anak lelaki dia yang kerja kat bandar tu balik kadang tak tentu masa. Suami makcik tu dah meninggal. Dia bergantung hidup pada anak lelaki dia tu jelah. Nasib baik Amira, cucu makcik tu ada buat peneman dia kat kampung ni.”
     Oh, budak kecil yang ada kat rumah ibu Aliff tu rupa-rupanya cucu dia. Eh, takkanlah Aliff dah kahwin? Tak pernah pulak aku nampak isteri Aliff.
     “Eh Zara, bukan ke selama ni kau tak pernah nak tegur orang-orang kat kampung ni? Maklumlah, kau kan orang bandar. Mana setaraf hidup kau dengan orang kat kampung ni.”
     “Sebab tu aku nak tebus balik kesalahan aku selama ni. Aku nak buat baik dengan semua orang. Kalau kau tak keberatan, nanti kau tolong la ajar aku cara-cara nak buat nasi lemak, mee goreng dan kuih-muih yang lain. Aku ingat aku nak meniaga kecil-kecilan kat kampung ni. Ada rezeki lebih, aku nak sedekah kat keluarga yang tak berkemampuan.”
     Pelik. Betul-betul pelik dia ni. Selama ni dia pandang hina orang-orang kat kampung, sekarang tiba-tiba siap nak meniaga bagai kat kampung ni? Dia berlakon baik ke apa sebenarnya ni? Aku syak dia mesti ada niat lain.

     “Terima kasih nak sudi bawakan kuih untuk makcik. Susah-susahkan kamu je.”
     “Tak susahkan saya pun makcik. Lagipun ini percubaan pertama saya tau. Nasib baik kawan saya, Erin tu ada untuk tengok-tengokkan masakan saya ni. Maaflah kalau tak berapa sedap kuih yang saya buat tu makcik. Maklumlah, first time buat.” ujar Zara sambil tersengih.
     “Alhamdulillah, sedap nak. Pandai Zara buat. Terima kasih ye nak.”
     “Sama-sama makcik. Oh ye, mana Amira, makcik?” tanya Zara sambil mencari-cari kelibat kanak-kanak yang pernah dia tolong hari itu.
     “Amira ikut ayah dia ke pekan tadi. Nak beli barang dapur sikit katanya.”
     “Ayah Amira dah balik sini?”
     “Iye, dia ambil cuti beberapa hari ni. Rindu kat anak dia katanya. Zara makan tengahhari kat sini ye.”
     “Eh, tak bolehlah makcik. Nanti apa kata Erin pulak sebab dia dah masak untuk makan tengahhari kami. Mungkin lain kali kot saya makan tengahhari kat rumah makcik. Maaf makcik.”
     “Tak apalah nak. Belum rezeki kamu untuk jumpa dengan anak lelaki makcik.”
     “Kalau macam tu, saya balik dululah ye makcik. Kesian Erin tinggal sorang kat rumah tu.”
     “Iyelah nak. Terima kasih ye nak.”

     “Aku tengok makin hari makin rajin kau pergi rumah nenek Amira tu.”
     “Aku suka borak dengan makcik tu. Dia baik, penyayang. Aku dah anggap dia macam mak aku sendiri. Kau pun tau kan, mama aku dah meninggal. Hanya pada makcik tu jelah aku dapat menumpang kasih sayang dia.”
     “Iyelah tu. Jangan sampai kau ada hati dengan anak lelaki dia sudahlah.”
     “Maksud kau?  Takkanlah aku boleh jatuh hati dengan orang yang kau maksudkan tu. Kenal dia pun tidak, jumpa pun tak pernah. Kenapa? Kau suka anak lelaki makcik tu ke?”
     Takkanlah Zara tak tau anak lelaki makcik tu sebenarnya Aliff? Ke dia sengaja buat-buat tak tau.
Padahal petang tadi aku nampak kereta Aliff ada, takkanlah Zara tak terserempak dengan Aliff
tadi? Hmm…

     Sewaktu Zara ingin ke kedai membeli bahan masakan yang kurang, tiba-tiba dia terserempak dengan Mahadi yang pernah menyimpan perasaan pada Zara.
    “Hai Zara. Nak pergi mana tu? Sorang je?” tegur Mahadi.
    “Nak ke kedai kejap.” balas Zara.
    “Nak abang temankan tak?” ujar Mahadi, sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘abang’.
    “Tak apalah. Terima kasih je.”
    Mahadi tidak puas hati apabila pelawaannya ditolak. Dia mulai menyimpan niat untuk memiliki Zara sepenuh hatinya.

     “Makcik, saya bawakan nasi lemak untuk makcik dan Amira.”
    “Zara, buat susah-susah je kamu ni.”
    “Untuk ibu dengan Amira je? Untuk saya tak ada ke?”
Kedengaran suara lelaki dari belakang. Sebaik sahaja Zara menoleh, ternyata lelaki tersebut adalah Aliff, lelaki yang dulunya pernah menghantar dia dan Erin pulang sehabis dari berjalan keliling kampung dengan menaiki keretanya.
     “Awak ni…”
     “Dialah anak lelaki makcik, Aliff Aiman namanya.”
     “Oh, jadi nama awak Aliff.”
     “Ye saya Aliff. Nasi lemak untuk saya tak ada ke?”
     “Hah? Err…tak apalah, awak ambillah saya punya.”
    “Hahaha, saya bergurau jelah. Lagipun saya dah makan kat pekan tadi. Itu awak punya kan? Awak makanlah. Saya saja je nak usik awak. Oh ye, awak ni…kawan Erin kan?”
    “Ha’ah saya kawan serumah Erin.”
    “Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Setahu saya Erin tu tinggal sorang-sorang je kat rumah tu kan?”
    “Memang betul. Sebab ibu Erin bekerja di rumah Papa saya. Sebab tulah ibu Erin jarang pulang kesini. Dan saya pun baru je duduk situ. Itupun untuk sementara waktu je. Nanti kalau Papa saya dah datang jemput saya kat sini, tinggallah Erin sorang-sorang lagi.
    “Setahu saya, result Erin tu bagus. Dia salah seorang budak pandai kat sekolah dulu. Tapi sayang, dia tak nak sambung belajar." Zara mendengar penjelasan Aliff dengan khusyuk.

     “Lama betul kau lepak kat rumah makcik tu? Ke kau mengorat anak lelaki makcik tu?”
    “Kenapa kau tak beritahu aku yang kau sebenarnya tahu makcik tu ibu Aliff?”
    Kalau aku beritahu kau, mesti kau akan ambil kesempatan dulu. Takkan semudah tu kau nak merampas hati Aliff dari aku.
    “Erin, aku cakap dengan kau ni.”
    “Aku banyak kerja lain nak buat. Aku tak ada masa nak jawab soalan kau.”

    “Hai Zara. Kita belum berkenalan lagi kan.” tegur Mahadi sewaktu melihat Zara jalan sendirian menuju ke pekan.
   “Kenapa kita harus berkenalan?” tanya Zara, dingin.
   “Sebab saya nak kenal dengan awak dengan lebih rapatlah.”
   “Maaf, saya tak berminatlah.” Zara menolak dengan baik.
   “Apsal awak ni sombong sangat?” ujar Mahadi sambil merentap tangan Zara.
   “What’s the problem with you, huh?” Zara mulai meninggi suara.
   “Zara, kenapa ni?” kedengaran suara Aliff yang tidak jauh dari tempat Zara dan Mahadi berada.
   “I don’t know what problem with this boy. He’s hurting me.” ujar Zara sambil menunjukkan pergelangan
tangannya yang sakit kerana direntap oleh Mahadi tadi.
   “You don’t touch her!” Aliff memberi amaran pada Mahadi sebelum membawa Zara ke keretanya.
   “Thanks Aliff sebab hantarkan saya sampai ke rumah.” ujar Zara selepas di hantar pulang oleh Aliff.
    Kelihatan Erin sedang memerhatikan mereka berdua dari dalam rumah. Dia mulai mensyaki bahawa Zara ingin merampas haknya.
    “Oh, sekarang dah pandai keluar dating senyap-senyap tanpa pengetahuan aku?”
    Kau mengkhianati aku, Zara! Aku takkan maafkan kau sebab kau dah merampas hati Aliff dari aku. Kau tak guna, Zara!
   “Mana ada aku dating dengan Aliff. Kebetulan tadi aku pergi pekan, terjumpa dengan Aliff. Aliff yang tawarkan diri untuk hantar aku balik. Takkanlah aku nak menolak tawaran baik dia tu.”
Kalau dah namanya pengkhianat tetap pengkhianat! Tak payah berperangai hipokrit sangat dengan aku. Ingat aku tak tau ke yang kau memang ada hati dengan Aliff dari dulu!
   “Apa-apalah. Aku malas nak dengar dah.”
Kalau tak kerana ibu aku bekerja dengan bapak kau, tak adanya aku nak benarkan kau tinggal serumah dengan aku. Aku bersabar dengan kau selama ni pun sebab fikirkan budi baik Dato pada ibu aku. Bilalah Dato nak datang jemput anak dia kat sini. Makin lama dia ada kat sini, makin banyak benda lain yang dia akan rampas dari aku termasuk hati Aliff!

    “Mahadi, aku tau kau suka pada Zara. Aku nak kau buat sesuatu untuk aku supaya Zara takkan merampas hak milik aku.”
   “Kau nak aku buat apa?”
   “Aku nak kau culik Zara. Aku tak pedulilah kau nak culik dia dengan cara macam mana pun. Aku tak nak selama dia ada kat sini, dia rampas hati orang yang aku suka.”
   “Orang yang kau suka? Kau suka siapa? Kau suka Aliff ye?”
   “Kau jangan sibuklah. Kau buat je kerja kau.”
   “Kau ingat Aliff tu nak pandang perempuan macam kau ke? Terang-terang dia suka kat si Zara tu. Zara tu tak ada yang kurang. Cantik, pandai, dan semestinya dia tu anak orang kaya, dia kan anak Dato.”
   “Mulut kau tu jaga sikit. Aku akan pastikan Aliff jadi milik aku satu hari nanti.”
Mahadi ketawa tanpa henti apabila mendengar angan-angan Erin.

    “Assalamualaikum. Zara…?”
   “Waalaikumussalam Dato. Kenapa Dato datang tak beritahu dulu?”
   “Saya ada beritahu Zara yang saya nak datang, dia tak ada beritahu kamu ke?”
   “Err…tak ada pulak Dato. Lagipun Zara…”
   “Hai sayang. Tak rindu kat ibu ke?”
    Masak! Kenapa ibu pun ikut Dato ke sini? Macam mana kalau diorang tahu kalau Zara tak ada kat rumah. Aduhhh…kenapalah diorang datang waktu macam ni. Rosaklah plan aku nanti.
   “Erin, kamu okay ke tak ni?”
   “Err…Erin okay bu.”
   “Erin, mana Zara?” tanya Dato Zarif.
   “Err…itu…anu…Zara… Sebenarnya Dato, Zara dah berapa hari ni tak pulang ke rumah. Saya tak tahulah dia kemana. Kelmarin dia kata nak ke pekan kejap tapi sampai ke hari dia tak pulang-pulang.”
Boleh diterima ke alasan yang aku bagi ni? Harap-harap tak kantoi…
   “Kenapa kamu tak buat report polis?”
   “Err…sebab saya ingat dia menginap kat mana-mana tempat ke. Kalau Dato nak tahu, perangai           Zara sekarang makin teruk, Dato. Dia selalu keluar malam, kadang tu balik sampai 2 hingga 3 pagi. Saya dah penat nasihatkan dia tapi dia tetap degil.” Dato Zarif kelihatan terkejut.
   "Tak boleh jadi ni. Saya nak ke balai polis dulu untuk buat laporan tentang kehilangan Zara.”
    Polis? Habislah kalau polis dapat tahu semua ni rancangan aku. Aku kena pergi cari Mahadi untuk batalkan semua rancangan aku. Aku taknak tanggung risiko kalau semua ni dah jadi kes polis!
    “Ibu, maafkan Erin. Erin nak keluar kejap. Erin nak pergi tanya kawan-kawan Erin sama ada diorang ada nampak kelibat Zara kat kampung ni atau tak.”

     Selepas Dato Zarif pulang dengan membawa Zara, Erin menjadi ketakutan. Dia takut sekiranya dia akan didakwa di balai polis kerana merancang penculikan tersebut. Erin tidak banyak bercakap semenjak Zara kembali ke rumahnya. Dato Zarif sempat menceritakan beberapa berita baik pada Zara iaitu harta yang pernah disita dulu kini telah dikembalikan pada Dato Zarif semula. Manakala syarikat milik Dato Zarif yang dulunya bernama Zarif Enterprise kini telah bertukar nama menjadi Zara Enterprise sempena nama anak kesayangannya, Zara Amanda Imani.

     “Zara, Papa ada satu lagi pengumuman nak beritahu pada Zara. Papa harap Zara takkan kecewa dengan pilihan Papa.”
    “Apa dia Papa? Tell me now. I’m excited!”
    “I know you miss your mommy so much. But now, you need a mother. So, that’s why I decided to get married with Erin’s mom. Papa harap Zara dapat terima keputusan Papa.”
    “Seriously Pa?”
   Erin hanya terdiam.
     So, that’s mean Zara dan Erin…akan jadi adik beradik?” Dato menggangguk.
    “I’m so happy for both of you.  Pa, Zara dah anggap Erin macam adik Zara sendiri tau.”
    “Erin, bila kita dah tinggal kat KL nanti, Zara nak Erin sambung study kat sana. Aliff pernah cakap yang result Erin kat sekolah dulu bagus. Sayang kalau Erin tak sambung belajar. Pa, nanti kita carikan universiti terbaik untuk Erin sambung belajar ye Papa.”
Kenapa Zara masih baik dengan aku? Sedangkan aku dah terlalu jahat dengan dia. Perlukah aku terima semua kebaikan dia pada aku? Aku tak layak terima layanan baik dari Zara. Aku tak layak…
    “Erin, kenapa menangis ni? Zara ada salah cakap ke?”
    “Erin, Papa nak berterima kasih pada kamu sebab kamu dah buat Zara yang dulunya nakal dan degil kini dah berubah menjadi seorang perempuan matang. Terima kasih kerana menjaga Zara selama dia ada disini.”
    “Ibu, Zara, Dato… Erin tak layak dapatkan semua ni. Erin selalu jahat dengan Zara. Erin selalu menyakiti Zara. Erin selalu cemburu dengan kesempurnaan hidup Zara. Erin tak layak terima semua kebaikan dari Zara dan Dato.”
    “Erin, tak mahulah cakap macam tu. Zara sikitpun tak pernah ambil hati dengan apa yang Erin buat. Walau apapun yang Erin rancang dengan Mahadi, Zara dah lupakan semua tu. Benda dah terjadi. Benda dah lepas pun.”
     Zara tahu pasal rancangan aku dengan Mahadi? Tapi kenapa dia masih boleh maafkan aku? Adakah dia sedang merancang untuk balas dendam pada aku? Tapi…macam mana dia boleh tahu pasal rancangan aku tu?

     “Sampai hati Erin suruh Mahadi culik Zara. Nasib baik masa Mahadi tarik Zara tu, kebetulan Aliff berada tak jauh dari tempat Zara berada. Aliff yang selamatkan Zara dari Mahadi. Mahadi dah ceritakan semuanya. Dia menyesal sebab dengar cakap Erin. Sebolehnya, dia tak nak terlibat dengan apa-apa kes jenayah walaupun dia nakal macam mana pun. Dia tak nak masuk penjara. Dia pun dah janji takkan buat macam tu lagi.
     “Habis tu, kenapa Zara tak balik rumah selama beberapa hari? Zara pergi mana?”
     “Zara tak pergi mana-mana. Aliff yang tumpangkan Zara di rumah ibunya selama ni. Zara saja nak uji Erin sejauh mana Erin stick to the plan.”
     “Kalau Zara dah lepas dari Mahadi, kenapa Mahadi tak ada beritahu apa-apa pada Erin?”
     “Sebab Zara yang minta Mahadi untuk merahsiakan semua tu dari Erin. Zara yang suruh Mahadi pura-pura masih menculik Zara.”
     “Zara…”
    “Erin, kenapa Erin sanggup buat macam ni pada Zara? Apa salah Zara pada Erin? Apa yang Erin tak puas hati pada Zara selama ni?”
    “Erin minta maaf. Erin tahu Erin terlalu jahat. Erin buat semua ni sebab Erin cemburu dengan Zara. Zara miliki segalanya yang Erin tak ada. Maafkan Erin…”
    “Tak. Sebenarnya Erinlah paling bertuah. Erin ada bakat, Erin pandai masak, Erin bijak, cantik, baik, penyayang. Walaupun Zara banyak menyusahkan Erin, Erin tetap sabar dengan karenah Zara. Dan yang paling Erin bertuah, Erin dicintai oleh lelaki yang Erin tunggu selama ni.”
    “Maksud Zara?”
    “Aliff mencintai Erin sejak dari zaman sekolah lagi. He knows everything about you. He is your secret admirer. Selama ni dia mendekati Zara sebab dia nak kenal Erin dengan lebih rapat. You’re so lucky, Erin.”
    Erin tergamam.

    “Welcome to my family adik iparku, Aliff Aiman. Tolong jaga Erina Adriana kesayangan saya dengan baik. Kalau saya dapat tahu kamu lukakan hati Erin, saya takkan teragak-agak untuk botakkan kepala kamu.” ugut Zara dengan nada bergurau. Erin tertawa lepas. Begitu juga dengan Aliff Aiman.
    “Zara Amanda Imani…” kedengaran suara yang sangat dia rindui.
    “Tengku Farish Rayyan…?” sosok tubuh yang sangat dia rindui kini telah kembali.
    “I miss you a lot.” ujar Zara sambil berlari mendapatkan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya.         Zara terpaksa meninggalkan Tengku Farish Rayyan kerana menyedari lelaki itu terlalu sempurna untuknya sedangkan pada waktu itu keluarganya dihimpit dengan masalah kewangan dan hampir diisytihar muflis. Belum sempat Zara ingin memeluk lelaki itu, tiba-tiba kedatangan Erin dan Aliff merosakkan suasana romantik antara mereka berdua.
    “Ehem-ehem, dilarang berpelukan di tempat awam.” usik Erin.
    “Sila dapatkan keizinan yang sah dari orang tua kami untuk bermesraan.” sambung Aliff.
Zara mencebik. Geram dengan usikan dari Erin dan Aliff yang telah mendapat kebebasan penuh sebaik sahaja bergelar suami isteri.
    “I don’t want lose you for a second time. So, please…would you be my wife for forever?” ujar Tengku Farish Rayyan sambil melutut menghulurkan sebentuk cincin kepada Zara. Zara tergamam.
    “Yes, I do.” Semua tetamu yang berada di situ bersorak keriangan sebaik sahaja Zara menerima lamaran dari Tengku Farish Rayyan.
    “Congratulations!”

-TAMAT-


Hasil Nukilan: Leenz Armani

P/S: Taraaaaaaaaaaa...! Finally cerpen yang saja2 aku reka akhirnya siap jugak dalam masa satu malam. Menulis ni seronok sebenarnya. Bila stress, aku akan lepaskan stress aku pada penulisan. Tapi bila dah tak ada idea, bertambah lah pulak stress aku. Hahaha. Btw, aku happy dengan hobi aku yang satu ni dan apa pulak hobi korang? I hope you enjoy it. Have a nice day guys!

Okay, chaw chaw!

Yang sewel,
Leenz


12 November 2015

Cerpen: Cinta Ryana

Cinta Ryana

“Berehatlah Mama. Semoga Mama tenang disana.” ucap Ryana Emirza, seorang anak usahawan yang mewarisi harta kekayaan dari ibunya. Ayah Ryana, Dato Ezzra mengajak Ryana tinggal bersama-sama dengannya dan ibu tirinya namun ditolak mentah oleh Ryana. “Ryana bukan budak kecil lagi, Pa.” ujar Ryana sambil menuju ke keretanya. “Sudahlah tu sayang. Betul kata Ryana tu, dia bukan budak-budak lagi. Biarlah dia buat keputusan sendiri.” pujuk Safira, ibu tiri Ryana. Dato Ezzra mengalah. Walaupun Ryana sering menyalahkan dirinya atas kematian ibu kandungnya yang merupakan isteri pertama Dato Ezzra iaitu Datin Raihana. Datin Raihana meninggal dunia atas sebab tekanan perasaan yang dialaminya semenjak mengetahui suaminya, mempunyai isteri kedua tanpa pengetahuannya. Sikap murung yang dialami Datin Raihana akhirnya memudaratkan kesihatan dirinya sehingga akhirnnya dia disahkan meninggal dunia ketika sedang tidur.

     “Cik Ryana, are you okay?” tegur Armand, selaku pembantu peribadi Ryana. “Ha?” Ryana terpinga-pinga melihat sekeliling. “Oh, sorry, kita bincang pasal apa tadi?” tanya Ryana, blur. “Cik Ryana, kalau Cik Ryana tak sihat, better kita cancel meeting hari ni.” bisik Armand. Ryana menggangguk sambil mengeluh kecil. Fokusnya pada kerja hilang serta merta. Kenangan dia bersama mamanya sering bermain di kotak fikirannya. “Bersurai.” ujar Armand seperti yang diarahkan oleh majikannya. “Cik Ryana, lebih baik Cik Ryana pulang dan berehat saja di rumah. Urusan kerja, biar saya yang uruskan.” pujuk Armand supaya Ryana dapat berehat dengan tenang. “Thanks Armand.” Ryana sempat memberi senyuman pada Armand yang selalu memahaminya. Armand merasa seperti berada diawangan apabila senyumannya dibalas oleh Ryana.

     “Armand, mana Ryana?” tanya Alifa, selaku kawan dan rakan kongsi Ryana, sebaik sahaja memasuki pejabat Ryana dan mendapati Ryana tidak berada di pejabatnya. “Maaf Cik Alifa. Cik Ryana emergency leave. Dia tak berapa sihat hari ni, jadi saya dah suruh dia balik berehat di rumah.” Jawab Armand. “Poor her. By the way, you dah lunch? Kalau belum, jom lunch dengan I. I ingat tadi I nak ajak Ryana lunch tapi dia tak ada pulak. So, apakata you yang temankan I?” ajak Alifa. Armand berfikir sejenak. “Jomlah. You tak kesian ke tengok I lunch seorang diri?” Armand tersengih mendengar rajuk Alifa. “Okaylah. Tapi saya tak boleh lama sebab saya kena take over kerja Cik Ryana hari ni.” Alifa tersenyum. “Untung Ryana dapat P.A yang rajin macam you ni. Apakata you kerja dengan I je? Senang I nak ponteng kerja everytime nanti.” Armand bercekak pingang dengan gurauan Alifa. “Memang taklah saya nak kerja dengan awak kalau awak dah berniat macam tu awal-awal lagi.” Armand tertawa kecil. Begitu juga dengan Alifa yang gemar menyakat lelaki bertubuh sasa dan berkarisma itu. “You looks handsome today.” bisik Alifa sambil mengenyitkan mata ke arah Armand. Armand terpana.

~~~~~~~~~~

     Pagi-pagi lagi Ryana sudah menerima pesanan ringkas dari ayahnya yang meminta dia datang kerumah kerana ada hal yang perlu dibincangkan. Ryana segera bersiap dan memandu menuju ke rumah di mana ayah dan ibu tirinya tinggal bersama. Sebaik sahaja sampai, Ryana disambut dengan layanan yang dingin oleh ibu tirinya. “Bik, tolong sediakan minuman untuk tetamu kami.” Ryana sedikit hairan apabila Safira, ibu tirinya mengganggap dirinya sebagai tetamu bukan anak kepada tuan rumah tersebut. “Apa khabar anak papa? Macam mana dengan kerja?” tanya Dato Ezzra sebaik sahaja turun ke ruang tamu. “Baik Pa. Kerja pun okay. By the way, kenapa Papa minta Ryana datang kesini?” Ryana segera bertanya tujuan asal ayahnya menyuruh dia datang ke rumah awal pagi. “Ryana makan tengahhari di sini ya?” Ryana menggeleng, menolak dengan baik. “Banyak kerja yang perlu Ryana selesaikan di pejabat tu Pa.” Ryana memberi alasan. “Okaylah, sebenarnya tujuan Papa suruh kamu datang ni sebab Papa nak bincang sesuatu dengan kamu.” ujar Dato Ezzra. Ryana mendengar dengan penuh fokus. “Papa mahu kamu berkahwin sebelum umur kamu berganjak ke angka 30.” Ryana terkedu mendengar permintaan papanya. “Papa suruh Ryana datang ke sini semata-mata nak bincang pasal ni? Tak masuk akal, Pa.” Ryana mulai rimas apabila bercakap soal jodoh. “Ryana, sampai bila kamu nak hidup membujang. Sejak mama meninggal, kamu lebih memilih tinggal sendirian. But, since when? You need someone to manage your life.” Ryana terdiam. “Pa, Ryana dah besar. Ryana dah boleh uruskan diri sendiri. Lagipun, masih banyak lagi hal yang perlu Ryana fikirkan sebelum berkahwin. Getting married it’s not in my list. Ryana belum bersedia nak beri komitmen pada mana-mana lelaki.” Dato Ezzra mengeluh. Kecewa dengan keputusan anak perempuan tunggalnya itu. Seperti permintaan arwah isterinya, Datin Raihana mahu anaknya, Ryana berkahwin dengan lelaki yang boleh membimbing hidupnya sebelum usianya meningkat 30 tahun kerana salah satu syarat supaya Ryana dapat mewarisi harta warisan keluarganya adalah dengan meminta Ryana berkahwin dengan mana-mana lelaki sebelum dia berusia 30 tahun. Apabila Ryana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, maka segala harta tersebut akan dibekukan serta merta. Lebih menyedihkan lagi, Ryana tidak mengetahui tentang hal itu.

     Ryana langsung ke pejabat walaupun moodnya tidak berapa baik hari itu. Permintaan ayahnya masih terngiang-ngiang di fikirannya. “Please Ryana, ini juga merupakan permintaan mama kamu.” Ryana sedikit terkedu apabila ayahnya melibatkan arwah mamanya untuk memenuhi permintaannya. “Pagi babe!” sapa Alifa sebaik sahaja melihat kelibat Ryana di pejabat. “Perli aku ke apa ni? Matahari dah terpacak tegak atas kepala, pagi apanya?” ujar Ryana, tegas. “Ishhh…garangnya bos kita hari ni.” ejek Alifa. Ryana menjeling. “Ha, kau ni apehal tiba-tiba datang pejabat aku? Ada urusan apa?” Alifa terdiam. Hairan melihat sikap kawannya yang tiba-tiba menjadi tegas. “Tak ada apalah. Saja nak ajak kau lunch sama macam biasa. Semalam aku datang sini, kau tak ada. Nak tak nak, terpaksalah aku pinjam asisten kau buat teman aku lunch.” Ryana menjeling ke arah Armand yang sedang khusyuk memandang skrin komputernya. “Kau suka dia ke?” tanya Ryana kepada Alifa apabila menyedari bahawa Alifa sejak tadi memerhatikan Armand. “Perempuan mana yang tak suka kalau nampak lelaki segak bergaya macam dia.” Ryana tersengih. “Akulah orangnya. Di mata aku, Armand tu hanya lelaki biasa.” Alifa mendengar dengan penuh hairan. Armand yang sejak tadi kelihatan khusyuk bekerja tiba-tiba jarinya berhenti menaip apabila terdengar perbicaraan Ryana yang mengatakan bahawa dia hanyalah lelaki biasa di mata Ryana. Hatinya luluh apabila mendengar Ryana mengganggap dia sedemikian padahal setiap hari dia berusaha untuk mencuri perhatian Ryana.

     “Alifa, aku ada masalahlah.” ujar Ryana sewaktu makan tengahhari bersama Alifa. “Orang macam kau pun boleh ada masalah ke?” Alifa tertawa kecil. Ryana memandang Alifa dengan serius. “Aku pun manusia biasa macam orang lain jugak.” Alifa kembali serius. “Kejap, biar aku teka. Aku tengok hidup kau ni dah cukup sempurna tau. Kau cantik, kaya, ada kerjaya sendiri, boleh dikatakan ciri-ciri perempuan idaman malaya yang lelaki cari semua ada pada kau cuma satu je masalah kau. Hati.” Ryana menjungkit kening apabila Alifa dapat meneka jawapan disebalik kegelisahannya. “Sampai bila kau nak tutup pintu hati kau tu. Kau nak membujang sampai ke tua ke? Kau tak nak ada pewaris?” Ryana terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Alifa. Bukannya dia tidak mahu mendirikan rumah tangga tetapi dia tidak mahu menerima nasib yang sama seperti mana yang terjadi pada orang tuanya. Dia takut untuk menghadapi kegagalan dalam perkahwinan. “Aku…aku belum cukup bersedia untuk berfikir sejauh tu.” Alifa berusaha menenangkan hati Ryana.

~~~~~~~~~~

     “Armand, mungkin hari ni saya tak masuk office. Saya ada temujanji dengan client sampai petang. Lepas tu, saya nak ke rumah papa saya kejap. Kamu tolong tengokkan kerja saya di pejabat ya. Kalau ada call yang urgent untuk saya, suruh mereka hubungi terus telefon bimbit saya.” Armand menggangguk faham. “Tapi Cik Ryana, macam mana kalau Cik Alifa datang…” belum sempat Armand menghabiskan kata-katanya, Ryana langsung memotong. “Beritahu pada dia, saya sibuk hari ni. Kalau tak pun, kamu jelah yang layan dia.” Ryana sempat tersenyum pada Armand. Armand menggaru kepala apabila Ryana meminta dia untuk melayan Alifa, gadis kecil molek yang lantang bersuara itu.

     “Rya…na…” Alifa sedikit terkilan apabila melihat Ryana tidak berada dipejabat. Armand menghampiri Alifa yang kelihatan sedang mencari kelibat seseorang. “Cik Alifa cari Cik Ryana ke?” Alifa sedikit terkejut apabila Armand tiba-tiba muncul dibelakangnya. “Ishh terkejut I. Haa, mana Ryana?” ujar Alifa sambil mengelus dada. “Nampaknya hari ni Cik Ryana tak masuk pejabat. Dia ada appointment dengan client di luar.” Alifa mengeluh kecil. “Ala bosanlah kalau macam tu.” Alifa menunduk sedih, kemudian dia memandang Armand sambil tersengih. “Kenapa Cik Alifa pandang saya macam tu?” Armand kehairanan. “Apakata you teman I shopping hari ni?” Armand termangu. “Tapi, saya sedang bekerja ni Cik Alifa.” Alifa mendesak. “Jomlah. Lagipun Ryana bukannya masuk office pun hari ni. Please Armand…” rayu Alifa. Akhirnya Armand mengalah dan terpaksa menemani Alifa membeli belah tanpa pengetahuan Ryana.

     Ryana hairan melihat Alifa sejak tadi tersenyum-senyum sendiri. “Aku tengok dari tadi kau asyik tersengih macam kerang busuk ni dah kenapa?” tegur Ryana. “Aku bahagia dapat jalan-jalan dengan Armand, asisten kau yang segak bergaya tu.” Kunyahan Ryana terhenti sebaik sahaja mendengar nama Armand disebut. “Maksud kau?” tanya Ryana, mencari kepastian. “Alangkah bahagianya aku semalam dapat culik asisten kau buat teman aku pergi shopping semalam.” jelas Alifa sambil tersenyum sendiri. “Ohhh patutlah semalam aku call office, diorang kata Armand keluar. Rupanya kau yang ajak dia mengular!” marah Ryana. Alifa langsung menutup mulut. Menyedari bahawa dia telah terlepas cakap. “Kau tau tak sikap kau tu dah mengganggu pekerja aku. Kalaupun kau nak keluar dengan Armand, at least keluarlah masa waktu lunch ke, atau waktu habis kerja ke. Kenapa kau ajak dia keluar pada waktu bekerja? Kau ingat dia tak ada kerja lain ke selain melayan karenah kau?” marah Ryana dengan tegas. Alifa mulai menunduk sedih kerana dimarahi kawannya sendiri.

     Ryana kembali ke pejabat dengan wajah masam mencuka. “Armand, lepas ni saya tak nak awak keluar pada waktu bekerja tanpa pengetahuan saya lagi. Kali ni saya maafkan awak.” tegas Ryana tanpa menjelaskan sebab disebalik amarannya itu. Armand memahami apa yang dimaksudkan oleh Ryana. “Maafkan saya Cik Ryana, sebenarnya saya dah menolak permintaan Cik Alifa semalam tapi…” Ryana lantas memotong. “Saya tau. Dah, pergi sambung kerja awak.” Armand berlalu dengan langkah lemah. Luluh hatinya apabila dimarahi oleh majikan kesayangannya itu.

~~~~~~~~~~

     Ryana menetap di rumah ayahnya selama beberapa hari kerana dia mendapat khabar bahawa ayahnya mengalami demam panas. “Ingatkan dah lupa pada ayah sendiri.” Ryana menjeling ke arah ibu tirinya apabila disindir sewaktu berselisih dengannya. “Atleast aku belum terniat nak menghasut papa aku supaya tinggalkan kau sehelai sepinggang. Bersyukurlah sikit.” Ryana membalas sindiran Safira tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Sejak dari dulu lagi dia tidak sudi menerima kehadiran Safira sebagai ibu tirinya kerana bagi dia, Safiralah punca ibu kandungnya meninggal akibat tekanan perasaan. “Dasar anak orang gila.” langkah Ryana terhenti apabila Safira menggelar dirinya sebagai anak orang gila. Ryana menolak Safira dengan kasar. “Ini last warning. Sekali lagi aku dengar kau kutuk arwah mama aku, aku tak kan teragak-agak untuk halau kau keluar dari rumah ni!” Safira kelihatan terkejut melihat Ryana menjadi berang dengan tiba-tiba. Dia sendiri tidak menyangka bahawa anak tirinya itu nekad membalas perbuatannya.

     Kerana bengang dengan sikap Safira, Ryana langsung pulang kerumahnya sendiri tanpa pengetahuan ayahnya. “Aku takkan maafkan sesiapa yang mencaci mama aku!” omel Ryana sewaktu berada di sebuah taman yang terdapat sebuah tasik buatan disitu. Omelannya didengari oleh seseorang. “Tak ada anak yang rela bila ibunya dicaci, dihina.” Ryana sedikit terkejut apabila ada seseorang datang menyampuk. “Saya faham perasaan awak.” Ryana terdiam. “Hai, saya Rafael Mikhael.” Ryana memandang pelik lelaki di hadapannya itu. Tanpa memperkenalkan dirinya, Ryana langsung melangkah pergi dari lelaki pelik itu. “Hei, tunggu. Awak belum kenalkan diri awak lagi.” ujar lelaki bernama Rafael itu. “Saya tak ada cakap pun nak kenalkan diri saya. Dan saya tak sudi nak kenalkan diri saya pada awak.” jawab Ryana, angkuh. “Sombongnya awak ni.” Ryana sengaja meninggikan hidung. “I’m married and I’m not interested with you. Sorry.” ujar Ryana sambil menunjukkan sebentuk cincin di jari manisnya kepada lelaki itu. Walhal cincin yang dipakainya itu adalah pemberian dari arwah mamanya. Rafael terdiam dan berhenti mengejar Ryana kerana menyangka bahawa Ryana telahpun berkahwin.

     Ryana kelihatan sedang termenung jauh memikirkan kata-kata ayahnya tentang soal jodoh. “Betul ke mama suruh aku berkahwin? Tapi kenapa mama tak pernah beritahu aku soal tu? Peliklah. Hmm tapi ada betulnya juga apa yang Alifa cakapkan tempoh hari. Sampai bila aku nak membujang? Aku pun nak ada keluarga macam orang lain. Ada suami, ada anak. Tapi ada ke lelaki yang sudi terima aku?” omel Ryana sendirian. “Maaf Cik Ryana. Ini schedule kerja Cik Ryana pada hari ni.” celah Armand dengan tiba-tiba. “Terima kasih.” Ryana langsung menyemak jadual kerja yang telah diberi oleh Armand sebentar tadi. Baru sahaja Armand ingin melangkah keluar dari pejabat, Ryana memanggilnya dengan lembut. “Armand, selama ni saya percayakan awak. Awak tak pernah kecewakan saya dengan kerja-kerja awak. Boleh tak kalau saya nak minta tolong dengan awak satu hal?” Armand terkebil-kebil. “Everything for you…” Ryana terdiam mendengarnya. “Err…maksud saya, saya boleh tolong setakat mana yang saya mampu. By the way, apa yang Cik Ryana nak saya tolong tadi?” ujar Armand, sedikit malu dengan kata-katanya tadi. “Boleh tak…awak tolong carikan calon suami yang terbaik untuk saya?” ujar Ryana dengan wajahnya yang mulai memerah, malu dengan permintaan dia kali ini. Armand terkesima mendengar permintaan Ryana. “Err…kalau boleh saya tau, ciri-ciri apa yang perlu ada pada calon suami Cik Ryana?” Ryana berfikir sejenak. Armand bersedia untuk mencatit apa yang akan disebut oleh Ryana.

~~~~~~~~~~

     “Cik Ryana kenalkan, ini kawan saya. Namanya Azreef. Azreef ni seorang lelaki yang berkarisma, tegas, berdisiplin dan seorang yang kuat bekerja macam Cik Ryana.” ujar Armand sambil memperkenalkan kawannya pada Ryana. “Hai, nama I Azreef. I tau you dah lama suka pada I, sebab tu you nak jumpa dengan I hari ni, kan? Sila isi borang ni dulu sebab ramai lagi perempuan yang tengah beratur nak jadi girlfriend I. Manalah tahu kot-kot you terpilih suatu hari nanti.” ujar Azreef sambil tersengih memandang Ryana. “Pergi berambuslah! Kau ingat muka kau tu hensem sangat ke sampai nak kena isi borang ni semua untuk jadi girlfriend kau? Sikit pun aku tak berminat!” tempik Ryana sambil meninggi suara. Armand terkejut mendengar teriakan dari pejabat Ryana. Kelihatan Azreef tergopoh-gapah keluar dari pejabat Ryana. “Perempuan jenis apa kau kenalkan kat aku ni? Bengis macam singa. Lelaki pun takut nak dekat kalau macam ni punya perempuan.” ujar Azreef sebelum berlari keluar dari pejabat itu. Armand sedikit hairan apabila mendengar aduan dari kawannya, Azreef. Tetapi dia berasa sedikit lega kerana Azreef telah mengangkat bendera putih sebelum berjuang.

     Armand masuk ke pejabat Ryana dengan membawa seorang lelaki berpakaian kemas dan berkaca mata sedikit tebal. “Ha…hai…nama saya Mok…Mokhtar. Sa…saya se…seorang bakal u…usahawan…” belum sempat lelaki yang bernama Mokhtar itu meneruskan kata-katanya, Ryana langsung menolak tanpa mengenal hati budi lelaki itu. “Armand, takkan lah lelaki macam tu awak nak saya jadikan calon suami? Nanti masa akad nikah, belum tentu cukup satu hari dia nak lafaz akad nikah tu.” Armand tersengih mendengar rungutan Ryana.

     Seorang demi seorang lelaki yang dibawa oleh Armand ditolak mentah-mentah oleh Ryana kerana ciri-ciri yang dicari tidak seperti yang dia mahukan. Alifa sedikit hairan melihat pelbagai jenis lelaki masuk kemudian keluar dari pejabat Ryana dengan wajah suram. “Psst…Armand, siapa dan kenapa dengan diorang tu nampak muram je bila keluar dari pejabat Ryana.” Armand menceritakan hal sebenar kepada Alifa supaya gadis itu tidak banyak bertanya. Alifa sedikit terkejut mendengar bahawa Ryana nekad mencari calon suami. “Ryana…..! Betul ke apa yang aku dengar ni?” ujar Alifa sebaik sahaja masuk ke pejabat Ryana. “Kalau ye pun kau nak masuk, boleh ketuk pintu dulu tak? Ini tak, main terjah masuk je. Ha, apahal kau datang sini? Nak kacau akulah tu, kan?” Alifa tersengih. “Armand cakap kau tengah cari calon suami, betul ke?” Ryana mengeluh kecil. Dia sudah menduga, pasti Armand yang memberitahu Alifa. “Aku ada calon untuk kau dan aku yakin kau mesti takkan tolak. Sebab lelaki ni ada ciri-ciri yang kau cari tu.” Ryana menjadi penasaran dengan lelaki yang dikatakan oleh Alifa.

     Alifa mengajak Ryana berjumpa di sebuah taman yang menjadi kesukakan pasangan bercinta selalu melepak bersama. “Mana orangnya, Alifa?” Dan kerana takut ditinggal sendirian, Alifa meminta Ryana membawa Armand bersama untuk dijadikan peneman dirinnya apabila Ryana sedang berduaan dengan lelaki yang bakal dikenalkan oleh Alifa nanti. “Sabarlah. Kejap lagi dia sampailah tu.” ujar Alifa sambil tangannya ligat membalas pesanan ringkas dari seseorang. “Haaa…itupun dia!” Ryana dan Armand sama-sama mencari kelibat yang dimaksudkan oleh Alifa tadi. “Hai Mika. Kenalkan, inilah Ryana. Perempuan yang Lifa ceritakan tu.” Ryana sedikit kaku apabila melihat wajah lelaki dihadapannya itu. “Rafael Mikhael ni ke yang kau maksudkan tu, Alifa?” Alifa terkejut apabila mengetahui bahawa Ryana telah mengenali lelaki yang dia ingin kenalkan pada Ryana itu. “Lifa kata nak kenalkan abang pada perempuan single. Kenapa perempuan dah berkahwin ni yang Lifa nak kenalkan?” Ryana membulatkan matanya apabila dirinya disangka sudah berkahwin. “Siapa cakap kawan Lifa ni dah kahwin?” Alifa kehairanan. “Dialah. Dia yang mengaku dia dah berkahwin.” Alifa menjeling ke arah Ryana. Ryana tersengih. “Sebenarnya korang dah saling kenal ke?” Alifa menggaru kepala. Bingung. “Tak” ujar Ryana dan Rafael serentak. “Haa…apa tunggu lagi? Kenalkan lah diri masing-masing.” Ryana mulai berpeluk tubuh. Rafael juga ikut berpeluk tubuh. Bengang apabila mengetahui bahawa wanita yang pernah mengaku sudah berkahwin itu ternyata belum. “Mika, ini kawan Lifa. Nama dia Ryana Emirza. Dia masih single dan sedang mencari calon suami.” Ryana membesarkan matanya, bengang apabila Alifa memberitahu tujuan sebenarnya. Rafael tertawa kecil. “Ryana, ni kawan aku. Nama dia Rafael Mikhael. Dia pun masih single dan sedang mencari pasangan hidup macam kau.” Ryana merasa geram dengan sikap lepas cakap Alifa itu.”So, tunggu apalagi? Korang kenal-kenallah dulu ya. Jom Armand, kita jalan pergi tempat lain.” ujar Alifa sambil menarik tangan Armand. Armand sekadar menurut. Jauh di sudut hatinya, dia merasa sedikit cemburu melihat kedekatan Ryana dan Rafael.

~~~~~~~~~~

     “Sayang, I tak peduli. You kena pastikan Ryana berkahwin sebelum usia dia mencecah 30 tahun. You nak ke tengok harta isteri pertama you tu dibekukan macam tu je? Apa guna usaha kita selama ni kalau kita tak dapat 1 sen pun harta dari dia?” ujar Safira sambil memujuk Dato Ezzra supaya meminta anak perempuan tunggalnya itu bernikah dalam waktu terdekat. “Makin cepat dia kahwin, makin cepatlah kita dapat harta tu.” hasut Safira.”I akan jodohkan dia dengan anak Dato Fakhroul dalam waktu terdekat ni.” ujar Dato Ezzra sambil mendail nombor telefon Dato Fakhroul untuk melaksanakan rancangannya.

     Hubungan Ryana dan Rafael kelihatan semakin baik walaupun pada awalnya mereka sering bertegang urat dan bertengkar. Rafael yang terkenal dengan sikap panas baran akhirnya berjaya ditangani oleh Ryana yang juga mempunyai sikap keras kepala. Armand semakin menjauh hati apabila mengetahui hubungan rapat antara majikannya dan Rafael. “Cik Ryana, ini schedule kerja untuk hari ini.” Ryana khusyuk menatap skrin telefon pintarnya sambil tersenyum dan membalas setiap pesanan di aplikasi whatsapp yang datang dari Rafael. “Cik Ryana ada temu janji dengan client jam 3 petang nanti kemudian Cik Ryana ada appointment dengan Tuan Ikram untuk projek di Seremban tu. Selapas tu, Cik Ryana perlu berjumpa dengan Cik Anne untuk produk yang Cik Ryana suggestkan pada Cik Anne tu.” Armand menyedari bahawa Ryana tidak sedikit pun mendengar jadual kerja yang dibaca oleh Armand. “Cik Ryana kalau nak main-main, lebih baik Cik Ryana balik rumah je!” tempik Armand. Ryana terkejut apabila melihat Armand sudah berani meninggikan suara dengannya. “Apa masalah awak ni? Tak boleh cakap baik-baik ke?” marah Ryana. “Cik Ryana sikitpun tak beri perhatian pada apa yang saya bacakan tadi. Kalau Cik Ryana tak boleh beri komitmen pada kerja, lebih baik Cik Ryana tak payah datang kerja.” Kemarahan Ryana semakin memuncak apabila mendengar kata-kata Armand yang berani memperlekehkan kerjanya. “Ok fine. Batalkan semua appointment saya hari ni!” Armand terdiam mendengar arahan dari majikannya. “Dan ingat, aku yang bayar gaji kau. Jangan nak pijak kepala sangat!” marah Ryana sebelum keluar dari pejabatnya. Armand menangkup muka. Menyesal dengan sikapnya terhadap Ryana sebentar tadi.

     Ryana pulang kerumah ayahnya dengan perasaan marah yang meluap-luap. “Ryana tak kerja ke hari ni?” tanya Dato Ezzra. “Tak ada mood-lah papa.” jawab Ryana sambil menghempaskan tubuhnya di sofa yang empuk itu. “Kesian anak papa. Oh ya, alang-alang kamu dah ada di sini, papa nak cakap sesuatu.” Ryana memandang ayahnya. Dia tahu kalau ayahnya berkata sedemikian, pasti ayahnya ada merancang sesuatu. “Memandangkan kamu tak nak cari calon suami sendiri, papa dah jodohkan kamu dengan anak Dato Fakhroul.” Ryana langsung bangun selepas mendengar kata-kata ayahnya. “Are you crazy, Pa?” Dato Ezzra sudah bersiap sedia untuk mendengar omelan anaknya. Dia tidak peduli walaupun anaknya menentang keras rancangannya. Dia harus meneruskan niatnya untuk menjodohkan Ryana dengan anak lelaki Dato Fakhroul. “It’s not affair, Pa! You should discuss with me before you made any decision.” marah Ryana, tidak berpuas hati dengan tindakan ayahnya yang tidak mahu berbincang dengannya dahulu. “Why should I? You almost 29 years and next year you ages become 30 years. You should get married, my dear daughter. Papa dah tua. Papa teringin nak tengok anak papa bahagia, papa nak tengok anak papa ada keluarga yang bahagia. Sampai bila Ryana nak hidup macam ni?” pujuk Dato Ezzra. “Sampai perempuan tu keluar dari keluarga kita.” ujar Ryana sambil menjeling ke arah Safira yang sedang memerhatikan anak beranak itu dari jauh. Dato Ezzra terdiam mendengar kata-kata Ryana.

~~~~~~~~~~

     “What? Papa kau nak jodohkan kau dengan anak Dato Fakhroul?” jerit Alifa selepas mendengar cerita Ryana. “Habis tu kau terima?” tanya Alifa. Ryana menggeleng. “Aku rasa baik kau terima jelah.” Ryana memandang hairan wajah Alifa yang turut menyokong rancangan ayahnya. “Papa aku bagi kau makan apa sampai kau pun ikut setuju dengan cadangan dia?” Alifa tersengih. “Rafael. Apa dia akan cakap nanti kalau dia tau aku akan dijodohkan dengan orang lain? Kan kau sendiri yang kenalkan aku dengan Rafael tu, then tiba-tiba kau suruh aku kahwin dengan orang yang aku sendiri tak kenal. Kau dah gila ke?” omel Ryana. Alifa terdiam. Dia mahukan yang terbaik untuk kawan baiknya tapi dari sudut lain, dia rasa serba salah dengan mengenalkan Ryana pada Rafael. Ryana semakin serabut. “Aku rasa korang semua ni dah gila lah!” marah Ryana sambil menghempas pintu pejabatnya.

     “Nana, mana Armand? Dah pukul berapa ni tak sampai office lagi. Nak kerja ke tak nak dia ni!” tanya Ryana yang sejak tadi mencari-cari kelibat Armand, selaku pembantu peribadinya. “Cik…Cik Ryana, tadi Armand dah sampai tapi dia dah pergi. Dia cuma suruh sampaikan surat ni pada Cik Ryana.” ujar Nana dengan terketar-ketar. “Surat apa pulak si Armand ni bagi. Dah pandai bersurat pulak dia.” rungut Ryana sambil membuka isi surat tersebut. “Surat Perletakan Jawatan?” Ryana terkejut apabila mengetahui bahawa Armand ingin meletak jawatan dan berhenti kerja. Kepalanya semakin serabut. Badannya mulai lemah, dan kemudian Ryana jatuh pengsan akibat banyak berfikir. Dia dihantar ke hospital berdekatan dengan segera.

     Sebaik sahaja Ryana membuka mata, kelihatan Alifa dan Rafael sedang berada disisinya. “Syukurlah kau dah sedar. Risau aku bila tengok kau tiba-tiba pengsan dekat office tadi.” ujar Alifa sambil menggenggam erat tangan Ryana. “Aku dah cakap kau jangan stress sangat, tengok apa dah jadi pada kau sekarang.” bebel Alifa, risau akan kesihatan kawan baiknya itu. “Alifa, Armand mana?” Rafael terkejut apabila Ryana mencari kelibat Armand bukan dirinya. “Err…sebenarnya aku pun tak tau mana Armand menghilang. Aku dah call dia banyak kali, tapi dia tak jawab. Kau tak payah fikirkan dia sangatlah. Kau berehat secukupnya.” ujar Alifa sambil mengusap rambut Ryana. Rafael merasa sedikit kecil hati kerana Ryana tidak menyedari kehadiran dia di situ.

~~~~~~~~~~

     Semenjak Armand berhenti kerja sebagai pembantu peribadi Ryana, Ryana kelihatan sedikit kelam kabut ketika menguruskan kerjanya. Bukannya dia tidak mahu mengambil pembantu peribadi yang baru tetapi baginya tiada orang boleh menggantikan tempat Armand. Hanya Armand yang memahami kerjanya, lelaki itu jugalah yang dulu sering menasihati dirinya dan memberi semangat padanya. Tetapi selepas insiden pergaduhan dia dan Armand tempoh hari akhirnya Armand membuat keputusan untuk menjauhkan diri darinya. Alifa yang mulai jatuh hati pada Armand akhirnya menemukan jalan kekecewaan apabila Armand menolak cinta Alifa dengan alasan ada wanita lain yang telah bertakhta di hatinya selama ini. Hubungan Ryana dan Rafael berjalan seperti biasa walaupun kadang kala Ryana jarang memberi perhatian pada Rafael akibat kekangan kerja yang perlu dia uruskan sendirian.

     Ayah Ryana menyuruh Ryana pulang kerumah pada hari minggu dengan alasan ada orang ingin meminangnya. Ryana membantah keras tetapi setelah dipujuk berkali-kali barulah dia mahu pulang. “Ini anak Dato yang namanya Ryana Emirza?” tanya Dato Fakhroul. Ryana sekadar menggangguk. Hatinya langsung tidak berada di majlis itu. Fikirannya menerawang jauh memikirkan perasaan Rafael apabila dia tahu soal peminangan ini. “Alhamdulillah kalau inilah orangnya. Bukan apa, sebenarnya anak saya dah lama menyimpan hasrat untuk meminang kamu.” Ryana menyumpah seranah gerangan yang berkeras ingin meminang dirinya walaupun sudah berkali-kali dia menolak. “Wait a minute. Boleh saya tahu siapa nama anak Dato Fakhroul tu?” tanya Ryana dengan berani. Dato Ezzra sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa Ryana tidak mengenali dengan anak Dato Fakhroul. “Saya ingatkan kamu dah tahu siapa namanya.” Tetamu yang hadir waktu mulai mentertawakannya. “Namanya Fadzley Armand.” Ryana ternganga-nganga mendengar nama anak Dato Fakhroul. Dia tidak menyangka bahawa selama ini pembantu peribadinya yang bernama Armand itu ternyata seorang anak Dato. Lebih mengejutkan, ternyata selama ini Armand menyimpan perasaan padanya. “Maaf Pa. Ryana tak boleh teruskan peminangan ni. Ryana tak boleh terima Armand sebagai tunang mahupun calon suami Ryana. Ryana taknak.” Ryana membantah keras akan peminangan itu. Dia sedia maklum bahawa kawan baiknya, Alifa menyukai Armand. Sebolehnya dia tidak mahu melukakan hati kawan baiknya itu. Seandainya Alifa mengetahui tentang hal itu, pasti dia akan berkecil hati dengan Ryana. “Saya mohon, hentikan semua kerja gila ni.” ujar Ryana dengan tegas. Dato Ezzra terkejut melihat tindakan Ryana yang sekaligus merosakkan nama baiknya di hadapan tetamu yang hadir. “You are too much!” marah Dato Ezzra sambil menghayunkan tangannya ingin menampar Ryana. “Dato, stop it!” jerit seseorang sekaligus menghentikan tindakan Dato Ezzra yang berniat ingin menampar Ryana kerana telah memalukannya. “Kalau dia tak sudi terima, sudahlah. Daddy, kan Armand pernah cakap, jangan memaksa kehendak seseorang.” Ryana langsung berpaling apabila mendengar nama Armand. “Armand…” Armand memandang wajah Ryana. “Hentikan perjodohan ni.” ujar Armand. Dato Ezzra dan Dato Fakhroul terdiam mendengar arahan Armand.

     “Kemana awak menghilang selama ni, Armand?” tanya Ryana sewaktu berpeluang berjumpa dengan Armand. “Saya pulang ke pangkuan keluarga saya.” jawab Armand tanpa memandang Ryana. “Awak marah dengan saya, kan? Armand, saya minta maaf sebab saya berkasar dengan awak. Saya tahu saya salah. Saya leka dengan dunia saya. Saya tak sepatutnya tengking awak dan cakap yang bukan-bukan pada awak. Maafkan saya.” rayu Ryana. Armand tersenyum. “Saya dah lama maafkan awak. Saya tak pernah ambil hati pun dengan apa yang awak pernah cakapkan. Dan sebenarnya sayalah yang sepatutnya minta maaf dengan awak. Sebab saya yang minta ayah saya untuk pinang awak walaupun saya tahu harapan tu sangat tipis. Tapi, tak salah kan kalau saya mencuba?” ujar Armand sambil tersenyum. “Kenapa awak tak terus terang dari dulu?” tanya Ryana, mulai serba salah dengan perasaan Armand. “Sebab saya sedar kedudukan saya sebagai P.A. awak sahaja.” jawab Armand, ringkas. “Armand, jujur saya katakan. Dulu saya pernah sukakan awak tapi awak macam buat tak endah dengan perasaan saya pada awak. Sehinggalah saya dikenalkan dengan lelaki bernama Rafael, saya mulai serasi dengannya dan saya dapat tahu kawan baik saya, Alifa menyimpan perasaan pada awak juga. Jadi saya berusaha buang perasaan saya terhadap awak jauh-jauh sebab saya nak tengok kawan baik saya juga ikut bahagia. Tapi, tak sangka awak tolak dia mentah-mentah.” jelas Ryana sambil cuba menyembunyikan rasa sendunya. “Maafkan saya sebab saya tak dapat nak balas perasaan awak pada saya. Awak pun tahu kan yang sekarang saya dah ada Rafael. Saya harap awak dapat buka hati awak pada orang yang lebih layak berbanding diri saya. Saya minta maaf sebab lukakan perasaan awak. Terima kasih kerana awak jaga dengan baik saya selama ni.” ujar Ryana, akhirnya air matanya tumpah di hadapan lelaki bernama Armand itu. “Don’t cry Ryana. I always beside you when you need me everytime and everywhere.” ujar Armand sambil mengesatkan air mata Ryana.

~~~~~~~~~~

     “Bosan betul hidup dengan orang kaya tapi tak terniat sedikit pun dia nak kasi harta dia pada aku. Tak guna punya orang tua! Bilalah dia nak mati macam bini tua dia tu!” ujar Safira sewaktu sedang berfoya-foya dengan seorang lelaki tua. “Eh Ryana, itu bukannya ibu tiri kau ke?” tanya Alifa sewaktu keluar dengan Ryana. “Correction. Perempuan murahan yang suka menggoda ayah aku.” Alifa tergelak kecil. “Dasar perempuan tak sedar diri. Aku akan pastikan kau berambus dari kehidupan papa aku. You wait and see. Aku tahu apa nak buat dengan kau, perempuan murahan!” ujar Ryana sambil mengeluarkan telefon bimbit dan mengambil gambar sebagai bukti kecurangannya.

     Sesampainya Ryana di pejabat, berduyun-duyun file sedang menunggunya. Fikirannya mulai serabut. Sekejap telefon pejabatnya berbunyi, sekejap telefon bimbitnya pula yang berdering. “Stressnya!” jerit Ryana apabila dia mulai tertekan dengan suasana yang penuh dengan tekanan. “You need help, Miss?” kedatangan seseorang di pejabatnya menghentikan segala tekanan yang dia alami sebentar tadi. “Apa awak buat kat sini?” tanya Ryana. “Buat apalagi? Buat kerjalah. Saya kan P.A. Cik Ryana. Dulu, kini dan selamanya. Let me help you, Cik Ryana.” Ryana tersenyum lebar melihat kedatangan Armand ke pejabatnya sebagai pembantu peribadinya lagi. “Terima kasih Armand!”

~~~~~~~~~~

     “Alifa!” jerit Ryana sebaik sahaja berjumpa dengan kawan baiknya itu. “You know what?” tanya Ryana. Alifa bingung dengan pertanyaan Ryana. “What?” Ryana mulai tersengih-sengih. “He propose me!” Ryana melonjak gembira. Alifa ternganga-nganga. Tidak pernah dia melihat sahabatnya sebahagia itu. “Bila dia nak hantar rombongan meminang?” Tanya Alifa. Ryana terdiam. Alifa ikut terdiam. Hairan apabila senyuman bahagia Ryana tiba-tiba berubah menjadi wajah serius. “Aku ada misi yang belum selesai. Sorry, I gotta go.” ujar Ryana langsung meninggalkan Alifa sendirian. Ryana sempat menghantar pesanan ringkas kepada Armand supaya menemani Alifa supaya kawan baiknya itu tidak ditinggal sendirian.

     “Papa, I have something to discuss with you.” ujar Ryana, serius. “I'm ready to getting married.” Dato Ezzra mulai tersenyum lebar. Harapannya untuk memiliki harta milik arwah isterinya semakin dekat. “Tapi Ryana pernah cakap, semua tu akan terjadi kalau perempuan tu keluar dari keluarga kita, keluar dari kehidupan papa.” Senyuman Dato Ezzra langsung hilang. Mana mungkin dia akan tinggalkan isteri mudanya itu kerana itu semua rancangan Safira yang berniat ingin membolot harta yang ditinggalkan oleh Datin Raihana, isteri pertama Dato Ezzra. “Walaupun Ryana tak suka dengannya, dia tetap isteri papa. Ibu tiri Ryana.” tegas Dato Ezzra. Ryana mencapai telefon bimbitnya. “Ryana tak fahamlah dengan papa ni. Apa istimewanya perempuan tu di mata papa? Sehingga papa sanggup lukakan hati mama dulu. Papa tau tak perempuan tu perempuan keji. Depan papa dia tunjuk baik, belakang papa, dia tikam papa. Ryana tak yakin yang dia boleh jadi sebaik mama. You know why? You look at this.” ujar Ryana sambil menunjukkan bukti rakaman kemesraan Safira sewaktu berfoya-foya dengan lelaki lain. Dato Ezzra kelihatan terkejut setelah melihat rakaman tersebut. “Ryana dah lama tahu pasal ni, Pa. Ryana cuma tunggu waktu yang tepat je untuk minta Papa tinggalkan perempuan murahan macam tu.” ujar Ryana sambil tersenyum puas. Kebetulan Safira yang baru sahaja pulang dari membeli belah langsung di tarik tangannya oleh Dato Ezzra. “Aku ceraikan kau dengan talak tiga!” Safira terpinga-pinga. “Sayang, apa semua ni?” Dato Ezzra langsung menampar Safira tanpa teragak-agak. “Keluar kau dari rumah ni. Pergi dari kehidupan aku. Kau jangan pernah lagi tunjuk muka kau depan aku mahupun anak aku. Dasar perempuan murahan! Berambus!” tengking Dato Ezzra. Ryana sempat menghayun-hayunkan telefon bimbitnya yang terpapar video kemesraan Safira bersama lelaki lain. Safira kelihatan terkejut dan geram dengan tindakan nekad Ryana. Dia berusaha untuk mendapatkan kemaafkan dari Dato Ezzra namun gagal. Rayuannya tidak dilayan sama sekali. Akhirnya Safira pasrah dan mengangkat kaki keluar dari rumah itu.

~~~~~~~~~

     “I’m glad to have you in my life, my daughter. Maafkan papa selama ni papa tak jaga Ryana dan mama dengan baik. Papa terlalu mengejar harta sampaikan papa buta menilai yang mana baik yang mana buruk. Maafkan papa.” ujar Dato Ezzra sambil memeluk anak perempuannya. “Assalamualaikum Dato.” Kehadiran tetamu yang ditunggu akhirnya sampai. “Silakan masuk Tengku. Alhamdulillah, sampai jugak ke sini ye.” Ryana mulai berdebar apabila mendengar suara para tamu yang hadir untuk meraikan hari pertunangannya dengan Rafael Mikhael. “Ryana, tahniahhhhh!” Alifa langsung menerpa ke arah Ryana yang sedang bersiap di biliknya. “Belum mula lagilah Alifa.” Alifa tersengih. “Sorry, aku pulak yang terlebih excited.” Ryana menggeleng kepala melihat perangai sahabatnya yang selalu over drama. “Kau datang dengan siapa?” tanya Ryana. “Buah hati pengarang jantung akulah, siapa lagi.” Ryana terkejut mendengar pengakuan Alifa. “Kau dah ada boyfriend baru ke?” Alifa sekadar tersenyum. Sengaja ingin merahsiakan gerangan yang dimaksudkan oleh Alifa dari kawan baiknya itu.

     “Tahniah Ryana, akhirnya kau dah jadi tunang Mika.” Ryana tertanya-tanya kenapa Alifa sering memanggil Rafael dengan nama Mika. “Tahniah abang Mika. Finally dapat juga abang miliki hati Ryana. Lepas ni Lifa dah tak payah jadi kawan baik Ryana lagi sebab Ryana akan jadi akak ipar Lifa.” ujar Alifa sambil tersenyum lebar. “Akak ipar?” Ryana terpinga-pinga. “Lifa tak pernah cerita hal sebenar pada Ryana ke?” Alifa menggeleng sambil tersengih. “Ishhhh budak kecik ni. Patutlah tunang saya sorang ni dari tadi blur semacam. Ryana, kalau awak nak tahu Alifa ni sebenarnya adik kandung saya. Ingatkan dia pernah cerita pada awak.” Ryana ternganga besar setelah mengetahui bahawa Alifa merupakan adik kepada Rafael. “Alifaaaaaa!!!” Ryana mengejar Alifa yang terlebih dahulu melarikan diri. “Babyyyyy, help me!” Alifa berlari ke arah Armand. “Baby?” Alifa segera menutup mulut. “Apa main kejar-kejar ni? Kalau jatuh nanti macam mana?” Alifa sempat menyorok di belakang Armand untuk mengelakkan dari di tangkap oleh Ryana. “Baby, tengok Ryana tu. Dia nak pukul I…” Niat Ryana terhenti apabila mendengar Alifa memanggil Armand dengan panggilan manja. “Ryana takkan pukul orang tanpa sebab. Ni mesti sebab you nakal kan.” Ryana yang sejak tadi melihat drama antara Alifa dan Armand mulai faham. “Haa betul cakap Armand tu, aku pukul orang selalu bersebab. Aku nak pukul kau sebab kau tak pernah beritahu aku yang Rafael tu abang kau dan lagi satu…” Ryana mulai bercekak pingang. “Diam-diam kau dah declare dengan Armand tanpa pengetahuan aku ye….!” ujar Ryana sambil berusaha menangkap Alifa yang sejak tadi menyorok di belakang Armand. “Mentang-mentang dia kecik, nak main sorok-sorok pulak ye.” Ryana memberi isyarat kepada Armand supaya meninggalkan Alifa dalam diam. “Haaaa dapat pun tangkap budak kecik ni!” Ryana menggeletek Alifa sepuas hati. Alifa menjerit kerana akhirnya dia ditangkap oleh Ryana. Semua tetamu yang hadir mulai mengekek melihat telatah mereka berdua.


HABIS DAH…. :-P

Hasil nukilan: Leenz Armani

P/S: Nampaknya semenjak dua menjak ni jari jemari aku semakin rajin menulis cerpen. Itupun ikut pada mood. Kalau mood tengah down / sedih, jalan cerita yang aku buat pun sedih2 belaka. Kalau tengah happy, jalan cerita yang aku buat kadang terover sangat. Ada ketika, aku teringin jugak nak menulis cerita hantu, tapi...okay, aku belum cukup berani untuk berhalusinasi dengan masuk ke mood seram! By the way, semoga korang suka dengan cerpen aku kali ni. Do not hesitate to drop your comment at the below. Jumpa lagi di cerpen-cerpen aku yang lain. Have a nice day guys!

Okay, chaw chaw!

Yang sewel,
Leenz