Budak
Kampung VS Budak Bandar.
“Euwwww! Seriously, kau nak suruh aku mandi kat toilet
macam ni?” jerit Zara, seorang gadis bandar. “At least, you
should have bath up. Tak mungkin aku boleh mandi dengan keadaan
toilet yang macam ni. It’s suck!”
Kalaulah
diikutkan hati, mahu sahaja aku lempang minah saleh celup ni karang!
Cukup baik aku suruh dia mandi kat bilik air daripada aku suruh dia
pergi mandi kat sungai sana. Hishhhh mengada betullah dia ni!
“Erin,
please do something. Badan aku dah melekit ni. Aku tak tahulah macam
mana kau boleh hidup dalam rumah yang panas bahang macam ni.
Berpeluh-peluh badan aku tau. Euwww….”
Sabar
Rin, sabar. Kalau tak kerana bapak dia, Dato Zarif tu yang suruh dia
tinggal kat sini sementara waktu, tak adanya aku nak jaga dia.
Menyusahkan aku hari-hari adalah. Dan kalau tak kerana urusan
syarikat bapak dia yang dah nak muflis tu, dah lama aku halau minah
saleh celup ni dari rumah aku. Inilah akibatnya manjakan sangat
anak dia ni, sampaikan anak dia pakai kad kredit beribu riban pun dia
tak sedar. Akibatnya, tanggunglah hutang piutang dari bank.
“Erin, apakata kau bawa aku jalan-jalan pusing keliling kampung
ni?” Apalagilah karenah minah sorang ni. Jenuh aku nak melayan.
“Cepatlah
Erin. Lembab betullah kau ni.” Amboi, sedap mulut dia panggil aku
lembab. Karang aku taknak bawa baru kau tau.
“Apa
tunggu lagi? Jomlah.”
“Jalan
kaki?”
“Habis
tu, kau nak aku dukung kau?”
“You
don’t have a bike? Or motorcycle? At least, a car. Oh sorry, kau
tak mampu beli kereta.”
Tak
guna punya minah saleh celup! Apa dia ingat aku tak mampu nak pakai
kereta? Arwah bapak aku dulu pun ada keretalah. Itupun kereta saga
petak tapi dah dijual. At least, family aku mampu jugak pakai kereta.
“Kau
nak jalan-jalan ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku banyak lagi kerja
lain nak kena buat kat rumah tu daripada 24 jam kena melayan karenah
kau. Kau tu ingat sikit, kau hanya duduk menumpang je kat rumah aku.
Sini kampung aku, bukan tempat kau.” Zara akhirnya terdiam selepas
kena bebel oleh aku. Padan muka kau!
“Pewitttttt! Awek cun siot…!” jerit Mahadi, salah
seorang budak paling nakal yang terkenal di kampung.
“Rin,
kau taknak ke kenalkan kawan kau tu kat aku? Cun tu.”
“Mimpi
jelah kau Mahadi. Dia ni perempuan bertaraf high class. Kau mampu ke
nak tanggung dia nanti? Aku takut bapak kau punya harta habis dalam
satu hari je sebab nak menangkan hati minah ni.” Zara langsung
tidak mahu memandang ke arah Mahadi.
“Kalau
dah macam tu, apsal dia nak duduk kat kampung ni?” Zara menyenggol
lengan Erin kerana tidak mahu Erin membocorkan rahsia keluarganya.
“Kalau
kau nak tahu, kau tanyalah dia sendiri. Eh dah lah, aku blah dulu.”
Makin
lama aku layan si Mahadi ni, makin banyak pulak yang dia nak tahu
nanti. Si Zara ni pulak tak habis-habis main senggol tangan aku.
Ingat aku ni bodoh sangat ke nak cerita hal dia satu kampung. Hello,
dia artis ke?
Kedengaran deruman enjin kereta Aliff dari jauh. PIN!
PIN!
“Hai
Erin. Nak pergi mana ni?” tegur Aliff.
“Tak
ada pergi mana pun. Saja jalan-jalan.”
“Tak
penat ke jalan kaki ni?”
“Penat
sangat… Awak nak tumpangkan saya ke?” celah Zara.
“Eh
Zara, bukan ke tadi kau cakap nak jalan-jalan?”
“Yes,
I told you like that but now, aku dah penat. Badan aku dah
berpeluh-peluh. I need an aircond.”
Ishhh
dia ni. Aliff tak ada pun tawar suruh naik kereta dia. Tak malu
betul!
“Erin,
jomlah saya hantar awak balik. Kesian kawan awak dah penat.” tawar
Aliff.
Hah
nasib baiklah si Aliff ni baik hati nak bagi kau duduk dalam kereta
dia. Taubat aku bawa minah ni jalan keliling kampung. Bilalah urusan
Dato Zarif ni nak selesai? Aku dah penat layan karenah anak manja dia
ni.
Zara tiba-tiba sahaja mengambil tempat di sebelah Erin.
“Erin…”
Ni
tak lain tak bukan, adalah ni yang dia nak mengendeng. Apa pulak bala
yang aku dapat lepas ni?
“Siapa
mamat yang tumpangkan kita petang tadi tu?”
Aku
dah agak dah, mesti dia nak tau pasal Aliff. Kenapa mesti Aliff? Si
Mahadi yang berkenan dekat dia tu, tak nak pulak dia tanya.
“Erin,
kau dengar tak aku cakap apa tadi?”
Malas
betul aku nak melayan minah nilah! “Tak. Dah lah, jangan kacau aku
nak tengok drama ni.”
Tiba-tiba
Zara merampas remote control tv yang dipegang Erin.
“Hoi
apa main rampas-rampas ni. Aku kata jangan kacau, janganlah kacau.”
“Aku
nak tahu pasal mamat petang tadi tu.” tempik Zara.
“Mamat
mana kau maksudkan ni? Si Mahadi tu ke? Tadi bukan main kau jual
mahal dengan dia. Sekarang kau sibuk mengendeng kat aku sebab
nak tanya pasal dia.”
“Bila
masa aku jual mahal? Kan dia sendiri yang baik hati nak hantarkan
kita balik.”
“Kalau
kau nak tau pasal dia, kau pergi cari dan tanya kat dia sendiri. Aku
tak berminat nak bercakap dengan kau.” Lepas kau dah buat hidup aku
huru hara kat kampung ni, sekarang kau nak kacau lelaki idaman aku
pulak? Jangan haraplah!
Pagi-pagi lagi aku tak nampak kelibat si Zara kat rumah.
Mana dia pergi ni? Atau dia dah pulang ke tempat asal dia? Bila masa
pulak Dato Zarif datang sini jemput dia? Kenapa aku tak tau apa-apa
pasal ni? Ishhh mana pulak dia hilang ni… tak kanlah dia merajuk
pasal aku sebab aku tak nak cakap dengan dia semalam kot?
“Aduhhh…sakitnya…!”
jerit seorang kanak-kanak.
“Adik
tak apa-apa ke?” Zara segera mendapatkan seorang kanak-kanak yang
baru sahaja jatuh dari basikal yang dinaikinya.
“Sakit
kak…” rengek kanak-kanak tersebut.
“Macam
mana adik boleh jatuh ni. Mari sini kakak tengokkan.” Zara
meniup-niup luka di lutut kanak-kanak tersebut.
“Luka
ni perlu dibersihkan kalau tak kuman boleh masuk. Rumah adik jauh tak
kalau dari sini?” tanya Zara.
“Tak
kak. Depan tu je.” ujar kanak-kanak tersebut sambil menunjukkan
arah tempat tinggalnya.
“Mari
sini kakak dukung adik sampai depan rumah.” ujar Zara sambil
mendukung kanak-kanak itu di bahunya.
“Nama
adik siapa? Nama kakak, Zara Amanda Imani.
“Sedapnya
nama kakak. Nama saya Amira Aisyah.
Sebaik sahaja sampai di rumah Amira, Amira langsung
mendapatkan seorang wanita yang kelihatan sedikit berusia itu. Ibunya
kah?
“Terima
kasih nak sebab sudi hantarkan cucu makcik pulang ke rumah.”
“Oh,
ini cucu makcik rupanya. Maafkan saya, saya ingat makcik ni ibu
Amira.”
Wanita
berusia 40-an itu sekadar tersenyum.
“Amira
ni cucu angkat makcik. Anak lelaki makcik yang ambik Amira ni sebagai
anak angkat dia. Katanya buat peneman makcik kat
kampung ni kalau-kalau dia tak dapat pulang ke kampung sebab banyak
kerja.” Zara mendengar dengan penuh perhatian.
“Mari
sini saya bersihkan lukanya.” ujar Zara sambil mencapai kain basah
yang dipegang oleh ibu Amira dan membersihkan luka di lutut Amira.
Amira menjerit kesakitan.
“Sabar
ye dik. Sikit je ni. Tak lama lagi baiklah ni. Lepas ni main basikal
hati-hati ye.” ujar Zara sambil menampal luka tersebut dengan
pembalut luka.
“Terima
kasih ye nak, susah-susahkan kamu sahaja. Jemput minum. Ini je yang
makcik ada untuk dihidangkan.” ujar ibu Amira sambil membawa jug
berisi air serta sedikit kuih muih.
“Ishh
tak apalah makcik. Susah-susah makcik je hidangkan semua ni. Lagipun
saya ikhlas tolong adik Amira ni makcik.”
Manalah aku nak cari si Zara ni. Tak habis-habis
menyusahkan aku! Kalau aku jumpa dia, memang siap dia kena
bebel dengan aku. Eh…itu macam Zara. Apa pulak dia buat kat rumah
ibu Aliff tu? Takkanlah dia terus pergi jumpa ibu Aliff untuk tahu
pasal Aliff? Macam mana dia boleh tau tu rumah Aliff? Ishhh dah
melampau si Zara ni. Berani dia nak curi Aliff dari aku!
“Zara,
apa kau buat kat sini? Kau tau tak hampir satu kampung ni aku
keliling sebab nak cari kau sorang je tau. Kau ni boleh tak kalau
satu hari tak menyusahkan hidup aku?”
“Siapa
suruh kau cari aku? Aku keluar pergi kedai kejap je. Lagipun aku dah
hafal jalan-jalan kat kampung ni. I’ll make sure, aku takkan sesat
punya.”
Amboi,
berlagak pulak dia ye. Takkan sesat konon! Kata pergi kedai, habis tu
yang dia menyinggah kat rumah ibu Aliff tu buat apa pulak? Ingat aku
tak tau kau dari mana?
“Heh
Zara. Kau tu anak Dato. Kalau jadi apa-apa pada kau, apa aku nak
jawab dengan Dato Zarif, bapak kau tu nanti? Paling tidak, aku yang
dipersalahkan sebab tak jaga anak manja dia ni dengan baik.”
“I’m
not kids anymore, Erin. Aku tau aku dah banyak susahkan kau. Sebab tu
aku tak nak terlalu bergantung pada kau. Aku dah sedar, aku banyak
buat kesilapan. Aku tak pernah menghargai kebaikan orang-orang
disekeliling hidup aku selama ni. Aku minta maaf sebab buat kau
risau. Aku janji, lepas ni aku takkan susahkan kau, mahupun
orang-orang disekeliling aku.”
Bagai
mimpi aku dengar kata-kata si Zara ni. Betul ke dia ni? Ke dia saja
nak main-main? Tak pernah pulak dia serius macam ni sekali. Apa yang
buat dia tiba-tiba sedar diri ni? Pelik la si Zara ni kadang-kadang.
Tapi bagus jugak kalau dia dah cakap macam tu. Aman sikit hidup aku
lepas ni. “Dah, jom
balik tolong aku masak kat rumah.”
“Papa apa khabar? Zara rindu kat papa.”
Aikk…tak
pernah-pernah dia call cakap rindu kat bapak dia, baru hari ni aku
dengar dia cakap macam tu kat Dato. Takkanlah dia nak ngadu kat bapak
dia yang aku selalu membebel dengan dia? Tapi selalunya, kalau dia
call Dato mesti sebab nak minta duit lagilah tu. Untunglah jadi anak
Dato. Kerja menghabiskan duit je. Susah payah bapak dia cari duit
untuk dia.
“Tak
apa Pa. Dapat tinggal lama kat sini pun tak apa. Zara boleh temankan
Erin. Zara suka tinggal kat sini. Rasa tenang je. Tapi kalau kat KL,
penuh dengan bunyi kenderaan, jalan selalu sesak, Zara rimas. Papa,
kalau masalah Papa dah selesai, Zara ingat nanti Zara nak kerja kat
tempat Papa. Zara nak bantu Papa cari duit untuk kukuhkan kembali
masalah kewangan keluarga kita dan syarikat Papa. Zara minta maaf
sebab selama ni Zara selalu taknak dengar cakap Papa. Zara dah banyak
menyusahkan hidup Papa. Zara janji, Zara akan tolong Papa cari duit
untuk tanggung hidup kita anak beranak.”
“Erin, tolong ajarkan aku cara-cara nak buat kuih yang
kau buat hari tu boleh tak?”
Aku
mimpi ke ni? Tak pernah-pernah dia masuk dapur sebab nak belajar
masak. Ishh biar betul dia ni dah berubah? Kenapa tiba-tiba je dia
boleh berubah? Aku ingat budak degil macam dia ni takkan berubah.
Tapi baguslah kalau dia dah sedar diri. Sekurang-kurangnya tak adalah
asyik nak menyusahkan aku.
“Ni
resepi kuih hari tu. Kau buatlah macam yang aku dah tulis kat dalam
kertas ni. Kalau kau tak tahu, tanya aku. Tapi, boleh aku tau kenapa
tiba-tiba kau nak buat kuih bagai ni?”
“Aku
nak beri pada ibu Amira sikit. Makcik tu baik dengan aku tau.
Walaupun kitorang baru kenal. Tapi, tak salahkan kalau aku nak buat
baik dengan semua orang?”
“Salah
memanglah tak salah, tapi macam mana kau boleh kenal dengan makcik
tu?
“Hari
tu cucu dia, Amira jatuh basikal, lutut dia luka. Jadi aku bawalah
Amira tu balik rumah dan bersihkan luka dia. Sambil-sambil tu,
sempatlah aku borak dengan makcik tu. Dia cerita serba sedikit pasal
keluarga dia dan orang-orang kat kampung ni. Makcik tu cakap hidup
kat kampung ni bukan senang. Nak makan mewah-mewah pun belum tentu
selalu dapat. Itupun harapkan anak lelaki dia yang kerja kat bandar
tu balik kadang tak tentu masa. Suami makcik tu dah meninggal. Dia
bergantung hidup pada anak lelaki dia tu jelah. Nasib baik Amira,
cucu makcik tu ada buat peneman dia kat kampung ni.”
Oh,
budak kecil yang ada kat rumah ibu Aliff tu rupa-rupanya cucu dia.
Eh, takkanlah Aliff dah kahwin? Tak pernah pulak aku nampak isteri
Aliff.
“Eh
Zara, bukan ke selama ni kau tak pernah nak tegur orang-orang kat
kampung ni? Maklumlah, kau kan orang bandar. Mana setaraf hidup kau
dengan orang kat kampung ni.”
“Sebab
tu aku nak tebus balik kesalahan aku selama ni. Aku nak buat baik
dengan semua orang. Kalau kau tak keberatan, nanti kau tolong la ajar
aku cara-cara nak buat nasi lemak, mee goreng dan kuih-muih yang
lain. Aku ingat aku nak meniaga kecil-kecilan kat kampung ni. Ada
rezeki lebih, aku nak sedekah kat keluarga yang tak berkemampuan.”
Pelik.
Betul-betul pelik dia ni. Selama ni dia pandang hina orang-orang kat
kampung, sekarang tiba-tiba siap nak meniaga bagai kat kampung ni?
Dia berlakon baik ke apa sebenarnya ni? Aku syak dia mesti ada niat
lain.
“Terima kasih nak sudi bawakan kuih untuk makcik.
Susah-susahkan kamu je.”
“Tak
susahkan saya pun makcik. Lagipun ini percubaan pertama saya tau.
Nasib baik kawan saya, Erin tu ada untuk tengok-tengokkan masakan
saya ni. Maaflah kalau tak berapa sedap kuih yang saya buat tu
makcik. Maklumlah, first time buat.” ujar Zara sambil tersengih.
“Alhamdulillah,
sedap nak. Pandai Zara buat. Terima kasih ye nak.”
“Sama-sama
makcik. Oh ye, mana Amira, makcik?” tanya Zara sambil mencari-cari
kelibat kanak-kanak yang pernah dia tolong hari itu.
“Amira
ikut ayah dia ke pekan tadi. Nak beli barang dapur sikit katanya.”
“Ayah
Amira dah balik sini?”
“Iye,
dia ambil cuti beberapa hari ni. Rindu kat anak dia katanya. Zara
makan tengahhari kat sini ye.”
“Eh,
tak bolehlah makcik. Nanti apa kata Erin pulak sebab dia dah masak
untuk makan tengahhari kami. Mungkin lain kali kot saya makan
tengahhari kat rumah makcik. Maaf makcik.”
“Tak
apalah nak. Belum rezeki kamu untuk jumpa dengan anak lelaki makcik.”
“Kalau
macam tu, saya balik dululah ye makcik. Kesian Erin tinggal sorang
kat rumah tu.”
“Iyelah
nak. Terima kasih ye nak.”
“Aku tengok makin hari makin rajin kau pergi rumah
nenek Amira tu.”
“Aku
suka borak dengan makcik tu. Dia baik, penyayang. Aku dah anggap dia
macam mak aku sendiri. Kau pun tau kan, mama aku dah meninggal. Hanya
pada makcik tu jelah aku dapat menumpang kasih sayang dia.”
“Iyelah
tu. Jangan sampai kau ada hati dengan anak lelaki dia sudahlah.”
“Maksud
kau? Takkanlah aku boleh jatuh hati dengan orang yang kau
maksudkan tu. Kenal dia pun tidak, jumpa pun tak pernah. Kenapa? Kau
suka anak lelaki makcik tu ke?”
Takkanlah
Zara tak tau anak lelaki makcik tu sebenarnya Aliff? Ke dia sengaja
buat-buat tak tau.
Padahal
petang tadi aku nampak kereta Aliff ada, takkanlah Zara tak
terserempak dengan Aliff
tadi?
Hmm…
Sewaktu Zara ingin ke kedai membeli bahan masakan yang kurang,
tiba-tiba dia terserempak dengan Mahadi yang pernah menyimpan
perasaan pada Zara.
“Hai
Zara. Nak pergi mana tu? Sorang je?” tegur Mahadi.
“Nak
ke kedai kejap.” balas Zara.
“Nak
abang temankan tak?” ujar Mahadi, sengaja membahasakan dirinya
sebagai ‘abang’.
“Tak
apalah. Terima kasih je.”
Mahadi
tidak puas hati apabila pelawaannya ditolak. Dia mulai menyimpan niat
untuk memiliki Zara sepenuh hatinya.
“Makcik, saya bawakan nasi lemak untuk makcik dan Amira.”
“Zara,
buat susah-susah je kamu ni.”
“Untuk
ibu dengan Amira je? Untuk saya tak ada ke?”
Kedengaran
suara lelaki dari belakang. Sebaik sahaja Zara menoleh, ternyata
lelaki tersebut adalah Aliff, lelaki yang dulunya pernah menghantar
dia dan Erin pulang sehabis dari berjalan keliling kampung dengan
menaiki keretanya.
“Awak
ni…”
“Dialah
anak lelaki makcik, Aliff Aiman namanya.”
“Oh,
jadi nama awak Aliff.”
“Ye
saya Aliff. Nasi lemak untuk saya tak ada ke?”
“Hah?
Err…tak apalah, awak ambillah saya punya.”
“Hahaha,
saya bergurau jelah. Lagipun saya dah makan kat pekan tadi. Itu awak
punya kan? Awak makanlah. Saya saja je nak usik awak. Oh ye, awak
ni…kawan Erin kan?”
“Ha’ah
saya kawan serumah Erin.”
“Saya
tak pernah nampak awak pun sebelum ni. Setahu saya Erin tu tinggal
sorang-sorang je kat rumah tu kan?”
“Memang
betul. Sebab ibu Erin bekerja di rumah Papa saya. Sebab tulah ibu
Erin jarang pulang kesini. Dan saya pun baru je duduk situ. Itupun
untuk sementara waktu je. Nanti kalau Papa saya dah datang jemput
saya kat sini, tinggallah Erin sorang-sorang lagi.
“Setahu
saya, result Erin tu bagus. Dia salah seorang budak pandai kat
sekolah dulu. Tapi sayang, dia tak nak sambung belajar." Zara
mendengar penjelasan Aliff dengan khusyuk.
“Lama
betul kau lepak kat rumah makcik tu? Ke kau mengorat anak lelaki
makcik tu?”
“Kenapa
kau tak beritahu aku yang kau sebenarnya tahu makcik tu ibu Aliff?”
Kalau
aku beritahu kau, mesti kau akan ambil kesempatan dulu. Takkan
semudah tu kau nak merampas hati Aliff dari aku.
“Erin,
aku cakap dengan kau ni.”
“Aku
banyak kerja lain nak buat. Aku tak ada masa nak jawab soalan kau.”
“Hai
Zara. Kita belum berkenalan lagi kan.” tegur Mahadi sewaktu melihat
Zara jalan sendirian menuju ke pekan.
“Kenapa
kita harus berkenalan?” tanya Zara, dingin.
“Sebab
saya nak kenal dengan awak dengan lebih rapatlah.”
“Maaf,
saya tak berminatlah.” Zara menolak dengan baik.
“Apsal
awak ni sombong sangat?” ujar Mahadi sambil merentap tangan Zara.
“What’s
the problem with you, huh?” Zara mulai meninggi suara.
“Zara,
kenapa ni?” kedengaran suara Aliff yang tidak jauh dari tempat Zara
dan Mahadi berada.
“I
don’t know what problem with this boy. He’s hurting me.” ujar
Zara sambil menunjukkan pergelangan
tangannya yang sakit kerana
direntap oleh Mahadi tadi.
“You
don’t touch her!” Aliff memberi amaran pada Mahadi sebelum
membawa Zara ke keretanya.
“Thanks
Aliff sebab hantarkan saya sampai ke rumah.” ujar Zara selepas di
hantar pulang oleh Aliff.
Kelihatan Erin sedang memerhatikan mereka
berdua dari dalam rumah. Dia mulai mensyaki bahawa Zara ingin
merampas haknya.
“Oh,
sekarang dah pandai keluar dating senyap-senyap tanpa pengetahuan
aku?”
Kau
mengkhianati aku, Zara! Aku takkan maafkan kau sebab kau dah merampas
hati Aliff dari aku. Kau tak guna, Zara!
“Mana
ada aku dating dengan Aliff. Kebetulan tadi aku pergi pekan, terjumpa
dengan Aliff. Aliff yang tawarkan diri untuk hantar aku balik.
Takkanlah aku nak menolak tawaran baik dia tu.”
Kalau
dah namanya pengkhianat tetap pengkhianat! Tak payah berperangai
hipokrit sangat dengan aku. Ingat aku tak tau ke yang kau memang ada
hati dengan Aliff dari dulu!
“Apa-apalah.
Aku malas nak dengar dah.”
Kalau
tak kerana ibu aku bekerja dengan bapak kau, tak adanya aku nak
benarkan kau tinggal serumah dengan aku. Aku bersabar dengan kau
selama ni pun sebab fikirkan budi baik Dato pada ibu aku. Bilalah
Dato nak datang jemput anak dia kat sini. Makin lama dia ada kat
sini, makin banyak benda lain yang dia akan rampas dari aku termasuk
hati Aliff!
“Mahadi, aku tau kau suka pada Zara. Aku nak kau buat sesuatu untuk
aku supaya Zara takkan merampas hak milik aku.”
“Kau
nak aku buat apa?”
“Aku
nak kau culik Zara. Aku tak pedulilah kau nak culik dia dengan cara
macam mana pun. Aku tak nak selama dia ada kat sini, dia rampas hati
orang yang aku suka.”
“Orang
yang kau suka? Kau suka siapa? Kau suka Aliff ye?”
“Kau
jangan sibuklah. Kau buat je kerja kau.”
“Kau
ingat Aliff tu nak pandang perempuan macam kau ke? Terang-terang dia
suka kat si Zara tu. Zara tu tak ada yang kurang. Cantik, pandai, dan
semestinya dia tu anak orang kaya, dia kan anak Dato.”
“Mulut
kau tu jaga sikit. Aku akan pastikan Aliff jadi milik aku satu hari
nanti.”
Mahadi
ketawa tanpa henti apabila mendengar angan-angan Erin.
“Assalamualaikum.
Zara…?”
“Waalaikumussalam
Dato. Kenapa Dato datang tak beritahu dulu?”
“Saya
ada beritahu Zara yang saya nak datang, dia tak ada beritahu kamu
ke?”
“Err…tak
ada pulak Dato. Lagipun Zara…”
“Hai
sayang. Tak rindu kat ibu ke?”
Masak!
Kenapa ibu pun ikut Dato ke sini? Macam mana kalau diorang tahu kalau
Zara tak ada kat rumah. Aduhhh…kenapalah diorang datang waktu macam
ni. Rosaklah plan aku nanti.
“Erin,
kamu okay ke tak ni?”
“Err…Erin
okay bu.”
“Erin,
mana Zara?” tanya Dato Zarif.
“Err…itu…anu…Zara…
Sebenarnya Dato, Zara dah berapa hari ni tak pulang ke rumah. Saya
tak tahulah dia kemana. Kelmarin dia kata nak ke pekan kejap tapi
sampai ke hari dia tak pulang-pulang.”
Boleh
diterima ke alasan yang aku bagi ni? Harap-harap tak kantoi…
“Kenapa
kamu tak buat report polis?”
“Err…sebab
saya ingat dia menginap kat mana-mana tempat ke. Kalau Dato nak tahu,
perangai Zara sekarang makin
teruk, Dato. Dia selalu keluar malam, kadang tu balik sampai 2 hingga
3 pagi. Saya dah penat nasihatkan dia tapi dia tetap degil.” Dato
Zarif kelihatan terkejut.
"Tak
boleh jadi ni. Saya nak ke balai polis dulu untuk buat laporan
tentang kehilangan Zara.”
Polis?
Habislah kalau polis dapat tahu semua ni rancangan aku. Aku kena
pergi cari Mahadi untuk batalkan semua rancangan aku. Aku taknak
tanggung risiko kalau semua ni dah jadi kes polis!
“Ibu,
maafkan Erin. Erin nak keluar kejap. Erin nak pergi tanya kawan-kawan
Erin sama ada diorang ada nampak kelibat Zara kat kampung ni atau
tak.”
Selepas Dato Zarif pulang dengan membawa Zara, Erin menjadi
ketakutan. Dia takut sekiranya dia akan didakwa di balai polis kerana
merancang penculikan tersebut. Erin tidak banyak bercakap semenjak
Zara kembali ke rumahnya. Dato Zarif sempat menceritakan beberapa
berita baik pada Zara iaitu harta yang pernah disita dulu kini telah
dikembalikan pada Dato Zarif semula. Manakala syarikat milik Dato
Zarif yang dulunya bernama Zarif Enterprise kini telah bertukar nama
menjadi Zara Enterprise sempena nama anak kesayangannya, Zara Amanda
Imani.
“Zara, Papa ada satu lagi pengumuman nak beritahu pada Zara. Papa
harap Zara takkan kecewa dengan pilihan Papa.”
“Apa
dia Papa? Tell me now. I’m excited!”
“I
know you miss your mommy so much. But now, you need a mother. So,
that’s why I decided to get married with Erin’s mom. Papa harap
Zara dapat terima keputusan Papa.”
“Seriously
Pa?”
Erin
hanya terdiam.
“So,
that’s mean Zara dan Erin…akan jadi adik beradik?” Dato
menggangguk.
“I’m
so happy for both of you. Pa, Zara dah anggap Erin macam adik
Zara sendiri tau.”
“Erin,
bila kita dah tinggal kat KL nanti, Zara nak Erin sambung study kat
sana. Aliff pernah cakap yang result Erin kat sekolah dulu bagus.
Sayang kalau Erin tak sambung belajar. Pa, nanti kita carikan
universiti terbaik untuk Erin sambung belajar ye Papa.”
Kenapa
Zara masih baik dengan aku? Sedangkan aku dah terlalu jahat dengan
dia. Perlukah aku terima semua kebaikan dia pada aku? Aku tak layak
terima layanan baik dari Zara. Aku tak layak…
“Erin,
kenapa menangis ni? Zara ada salah cakap ke?”
“Erin,
Papa nak berterima kasih pada kamu sebab kamu dah buat Zara yang
dulunya nakal dan degil kini dah berubah menjadi seorang perempuan
matang. Terima kasih kerana menjaga Zara selama dia ada disini.”
“Ibu,
Zara, Dato… Erin tak layak dapatkan semua ni. Erin selalu jahat
dengan Zara. Erin selalu menyakiti Zara. Erin selalu cemburu dengan
kesempurnaan hidup Zara. Erin tak layak terima semua kebaikan dari
Zara dan Dato.”
“Erin,
tak mahulah cakap macam tu. Zara sikitpun tak pernah ambil hati
dengan apa yang Erin buat. Walau apapun yang Erin rancang dengan
Mahadi, Zara dah lupakan semua tu. Benda dah terjadi. Benda dah lepas
pun.”
Zara
tahu pasal rancangan aku dengan Mahadi? Tapi kenapa dia masih boleh
maafkan aku? Adakah dia sedang merancang untuk balas dendam pada aku?
Tapi…macam mana dia boleh tahu pasal rancangan aku tu?
“Sampai hati Erin suruh Mahadi culik Zara. Nasib baik masa Mahadi
tarik Zara tu, kebetulan Aliff berada tak jauh dari tempat Zara
berada. Aliff yang selamatkan Zara dari Mahadi. Mahadi dah ceritakan
semuanya. Dia menyesal sebab dengar cakap Erin. Sebolehnya, dia tak
nak terlibat dengan apa-apa kes jenayah walaupun dia nakal macam mana
pun. Dia tak nak masuk penjara. Dia pun dah janji takkan buat macam
tu lagi.
“Habis
tu, kenapa Zara tak balik rumah selama beberapa hari? Zara pergi
mana?”
“Zara
tak pergi mana-mana. Aliff yang tumpangkan Zara di rumah ibunya
selama ni. Zara saja nak uji Erin sejauh mana Erin stick to the
plan.”
“Kalau
Zara dah lepas dari Mahadi, kenapa Mahadi tak ada beritahu apa-apa
pada Erin?”
“Sebab
Zara yang minta Mahadi untuk merahsiakan semua tu dari Erin. Zara
yang suruh Mahadi pura-pura masih menculik Zara.”
“Zara…”
“Erin,
kenapa Erin sanggup buat macam ni pada Zara? Apa salah Zara pada
Erin? Apa yang Erin tak puas hati pada Zara selama ni?”
“Erin
minta maaf. Erin tahu Erin terlalu jahat. Erin buat semua ni sebab
Erin cemburu dengan Zara. Zara miliki segalanya yang Erin tak ada.
Maafkan Erin…”
“Tak.
Sebenarnya Erinlah paling bertuah. Erin ada bakat, Erin pandai masak,
Erin bijak, cantik, baik, penyayang. Walaupun Zara banyak menyusahkan
Erin, Erin tetap sabar dengan karenah Zara. Dan yang paling Erin
bertuah, Erin dicintai oleh lelaki yang Erin tunggu selama ni.”
“Maksud
Zara?”
“Aliff
mencintai Erin sejak dari zaman sekolah lagi. He knows everything
about you. He is your secret admirer. Selama ni dia mendekati Zara
sebab dia nak kenal Erin dengan lebih rapat. You’re so lucky,
Erin.”
Erin
tergamam.
“Welcome to my family adik iparku, Aliff Aiman. Tolong jaga Erina
Adriana kesayangan saya dengan baik. Kalau saya dapat tahu kamu
lukakan hati Erin, saya takkan teragak-agak untuk botakkan kepala
kamu.” ugut Zara dengan nada bergurau. Erin tertawa lepas. Begitu
juga dengan Aliff Aiman.
“Zara
Amanda Imani…” kedengaran suara yang sangat dia rindui.
“Tengku
Farish Rayyan…?” sosok tubuh yang sangat dia rindui kini telah
kembali.
“I
miss you a lot.” ujar Zara sambil berlari mendapatkan lelaki yang
pernah bertakhta di hatinya. Zara
terpaksa meninggalkan Tengku Farish Rayyan kerana menyedari lelaki
itu terlalu sempurna untuknya sedangkan pada waktu itu keluarganya
dihimpit dengan masalah kewangan dan hampir diisytihar muflis. Belum
sempat Zara ingin memeluk lelaki itu, tiba-tiba kedatangan Erin dan
Aliff merosakkan suasana romantik antara mereka berdua.
“Ehem-ehem,
dilarang berpelukan di tempat awam.” usik Erin.
“Sila
dapatkan keizinan yang sah dari orang tua kami untuk bermesraan.”
sambung Aliff.
Zara
mencebik. Geram dengan usikan dari Erin dan Aliff yang telah mendapat
kebebasan penuh sebaik sahaja bergelar suami isteri.
“I
don’t want lose you for a second time. So, please…would you be my
wife for forever?” ujar Tengku Farish Rayyan sambil melutut
menghulurkan sebentuk cincin kepada Zara. Zara tergamam.
“Yes,
I do.” Semua tetamu yang berada di situ bersorak keriangan sebaik
sahaja Zara menerima lamaran dari Tengku Farish Rayyan.
“Congratulations!”
-TAMAT-
Hasil
Nukilan: Leenz Armani
P/S:
Taraaaaaaaaaaa...! Finally cerpen yang saja2 aku reka akhirnya siap jugak dalam masa satu malam. Menulis ni seronok sebenarnya. Bila stress, aku akan lepaskan
stress aku pada penulisan. Tapi bila dah tak ada idea, bertambah lah
pulak stress aku. Hahaha. Btw, aku happy dengan hobi aku yang satu
ni dan apa pulak hobi korang? I hope you enjoy it. Have a nice day guys!
Okay,
chaw chaw!
Yang
sewel,
Leenz