Langit Senja (EP: Berubah)
Semenjak
dua beradik mulai hidup baru, kawan-kawan Armani di tempat belajar mulai
menjauhkan diri darinya. Bagi mereka, Armani bukan lagi dari kalangan keluarga
yang bertaraf bangsawan.
Armani
terlihat bersendirian di kantin.
"Hai..."
tegur seorang gadis.
Armani
memandang kosong wajah gadis itu. Gadis yang terlihat biasa-biasa sahaja.
"Err...boleh
saya duduk sini? By the way, nama saya Mika Lana tapi awak boleh panggil saya
Mika." ujar gadis yang senang dipanggil Mika itu.
Armani
masih terdiam dan memandang wajah Mika.
"Awak
okay ke tu?" tanya Mika.
"Okay."
ujar Armani.
"Saya
mengganggu awak ke?" tanya Mika lagi.
"Tak."
jawab Armani sepatah demi sepatah.
Mika
Lana turut terdiam. Entah apalagi dia mahu bualkan jika gadis dihadapannya itu
hanya jawab bila perlu.
"Kalau
awak tak kisah, saya boleh je temankan awak kat sini. Yelah, saya tengok awak
dari tadi sorang je. Mana kawan-kawan yang lain? Diorang cuti ke?" tanya
Mika yang cuba untuk membuka topik perbualan.
Armani
memandang sayu akan pertanyaan Mika itu.
"Maaf
kalau awak tak selesa dengan pertanyaan saya. By the way, saya baru je masuk
hari ni." ujar Mika.
"Kenapa
awak nak kawan dengan saya?" tanya Armani.
Buntang
mata Mika mendengar soalan Armani.
"Sebab
saya suka berkawan dengan semua orang. Tapi untuk hari pertama saya hari ni,
awak orang pertama yang saya tegur." ujar Mika penuh ramah.
Armani
tersenyum sumbing. Fikirannya langsung mengingatkannya pada kenangan waktu
pertama kali dia menjejakkan kaki di sini. Mulanya tiada seorang pun ingin
menjadi kawannya. Namun keesokkan harinya apabila Armani memandu kenderaan
sendiri, barulah kawan-kawan yang lain mulai mendekati. Kini apabila mereka
mengetahui bahawa Armani tidak lagi setaraf, mereka mula menjauh.
"Awak
ikhlas ke nak jadi kawan saya?" tanya Armani.
Mika
hairan namun dia cuba mengukir senyuman agar gadis itu selesa berkawan
dengannya.
"Saya
tak kisah pun awak ni siapa walaupun awak berasal dari keluarga Yakuza
sekalipun." ujar Mika Lana.
Armani
terdiam sejenak.
"Saya
Armani Zarsha. Panggil je Amani. Nice to meet you Mika. Terima kasih sudi jadi
kawan saya." ujar Armani.
Mika
Lana tersenyum lebar apabila Armani memberi respon positif untuk perkenalan
pertamanya.
*** *** ***
Armani
kerap tidak masuk kelas kerana sibuk bekerja di kedai kereta.
Afrizal
yang baru saja pulang dari outstation langsung menerpa ke arah tempat belajar
adiknya namun salah seorang rakan sekelas Armani memberitahu bahawa gadis itu
sudah lama tidak masuk. Afrizal cuba menghubungi adiknya namun tidak
bersambung.
"Err...tumpang
tanya." tanya Afrizal kepada Mika Lana yang kebetulan berselisih dengannya.
"Ye
saya."
"Awak
kenal dengan yang namanya Armani?" tanya Afrizal.
"Oh
Armani. Itu kawan saya tu. Kenapa ye tanya pasal dia?" ujar Mika Lana.
"Saya
ni abang dia. Saya datang sini nak ambil adik saya balik. Dia dah habis kelas
kan?" tanya Afrizal sambil melihat jam tangannya.
"Eh,
rasanya hari ni Amani tak masuk kelas lagi." jawab Mika Lana.
"Maksud
awak lagi? Dia dah lama tak masuk kelas ke?" tanya Afrizal penuh tanda
tanya.
"Err...sepatutnya
saya tak boleh beritahu tapi memandangkan awak ni abang kepada Amani, saya rasa
awak perlu tahu pasal ni." ujar Mika Lana.
Mika
memberitahu bahawa Armani telah lama tidak masuk mana-mana kelas sehinggalah
surat amaran pertama telah dikeluarkan. Mika juga memberitahu yang Amani ada
membuat kerja sampingan sehingga menyebabkan dia tidak boleh fokus pada
pembelajaran.
Armani
pulang kerumah dengan wajah lesu.
"Lewat
pulang?" tanya Afrizal sebaik sahaja adiknya menerpa masuk ke rumah.
"Ehh,
bila abang balik dari outstation?" Armani sedikit terkejut melihat
kehadiran abangnya di dalam rumah.
"Tadi.
Can I ask something?" tanya Afrizal, serius.
Armani
seakan dapat mengagak pertanyaan abangnya itu.
"Sebelum
abang tanya, biar adik explain. Okay, adik memang dah lama tak masuk kelas.
Adik dah tak ada hati nak belajar. Sejak keluarga kita jadi macam ni, ramai
kawan-kawan adik tinggalkan adik. Diorang cakap kita dah tak setaraf. Adik malu
nak masuk kelas dan tunjuk muka depan diorang. Jadi, adik buat keputusan untuk
berhenti belajar dan bekerja cari duit." jelas Armani.
Afrizal
menangkup muka. Salahnya juga kerana mengabaikan adiknya selama ini kerana
sibuk bekerja.
"Kenapa
adik buat macam ni? Abang nak tengok adik belajar tinggi dan berjaya. Kalau
adik perlukan duit sekalipun, adik boleh je minta dengan abang. Walaupun tak
banyak abang boleh kasi, abang cuba tunaikan." ujar Afrizal.
"Tak
apalah abang. Lagipun abang banyak benda nak kena bayar. Kalau adik tetap
belajar pun, adik tak boleh dah nak fokus. Duit abang hantar adik belajar pun
terbazir macam tu je." keluh Armani.
Afrizal
diam. Dia cuba memujuk hatinya untuk memahami situasi adiknya.
*** *** ***
Selama
Afrizal sibuk bekerja di luar kawasan, Armani mulai bergaul dengan kawan-kawan
yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Sekaligus rupa Armani berubah dari
seorang gadis yang sopan kini lebih kepada gaya ala-ala gothic. Rambut
berwarna, kuku yang dicat hitam, celak tebal, pakaiannya juga agak menonjol dan
pelik. Dia juga telah mulai belajar merokok.
Carl
Zyen, lelaki yang kini sering ada bersama Armani. Namun hubungan mereka tak
lebih dari seorang kawan.
“Amani,
aku nak kenalkan kau dengan adik aku.” ujar Carl.
“Siapa…”
belum sempat Armani bertanya, muncul seorang gadis yang amat dia kenali.
“Mika…
Mika Lana?”
“Hi
Amani.” Sapa Mika Lana.
“Jadi
Mika ni adik Carl?” tanya Armani.
“Iye
betul. Ini adik aku, Mika Lana. Aku rasa kau pun dah kenal dengan dia kan.”
ujar Carl Zyen.
“Bang,
tadi kau bilang mau buat kerja side job?” ujar Mika Lana.
“Ye,
kejap lagi kita pergi.” balas Carl Zyen.
“Wait.
Kerja? Maksudnya kau dah tak belajar lagi ke Mika?” tanya Armani.
“Erm…sebenarnya
aku tak berminat pun nak belajar. Belajar tinggi mana pun, bukan boleh jadi
kaya. Buat bazir duit abang aku je nak tanggung aku.” ujar Mika Lana.
“Aku
nak join boleh?” ujar Armani.
Mika
Lana dan Carl Zyen saling berpandangan.
“Seriuslah?”
tanya Mika Lana.
“Aku
pun nak cari duit lebih jugak.” Jawab Armani.
Carl
Zyen membiarkan sahaja Armani ikut bekerja.
Dalam
sibuk bekerja, Armani teringat akan seseorang yang sempat dia kenali sebelum
dia benar-benar berubah. Nekozaki, seorang lelaki kacukan melayu jepun pernah
hadir dalam hidup Armani suatu ketika dulu.
“Ohayo
gozaimasu.” ucap lelaki yang bertugas menjaga kaunter pembelian kedai makan
tersebut.
“Err…sorry?”
Armani terpinga-pinga.
“Selamat
datang dan selamat pagi. Boleh saya ambil order?” ujar lelaki itu.
“Bagi
saya nasi goreng dan nescafe ais.” ujar Armani.
Lelaki
tersebut masih tak lekang memandang Armani.
“Err….saya
rasa tu je kot order saya.” ujar Armani yang mulai hairan apabila lelaki
tersebut masih tak berganjak.
“Are
you sure?” tanya lelaki itu.
“Yes.
Why? Ada yang salah dengan order saya tu ke?” tanya Armani, hairan.
“Of
course. Ianya tak akan lengkap tanpa nama dan contact number awak.” ujar lelaki
itu lagi.
“Hah? Wajib ke?” Armani
mulai curiga.
“This
is special request. Hai, nama saya Nekozaki. Saya dah lama perhatikan awak
selalu datang ke sini dan order yang sama. Saya tertarik untuk mengenali awak.
May I?” ujar lelaki itu dengan berterus terang.
Armani
ternganga. Pertama dia berjumpa dengan lelaki yang sangat berani seperti
Nekozaki.
Armani
tersenyum sendiri. Dan kemudian mereka berdua bertukar nombor telefon.
Semakin
hari hubungan mereka semakin akrab. Perlahan-lahan Armani cuba buka hatinya
untuk Nekozaki namun berbeza dengan Nekozaki. Lelaki itu tidak pernah meluahkan
perasaannya mahupun melamar Armani lebih dari sekadar berkawan.
“Neko,
aku tengok kau dengan Amani tu bukan main rapat lagi. Kau tak nak declare
apa-apa hubungan special ke dengan dia?” tanya Deena.
“Hurmm…
Jujur Neko cakap, Amani kawan yang sangat baik bagi Neko. Dia selalu ada untuk
Neko tapi…” tiba-tiba Nekozaki terdiam.
“Tapi
apa? Kau tau tak perasaan Amani pada kau?” tanya Deena.
“Tak.
Tapi aku rasa dia pun anggap aku ni sebagai kawan dan tak lebih dari tu kot.”
ujar Nekozaki.
“Tapi
dari pandangan aku, aku rasa Amani sukakan kau. Cuma dia tak berani nak luahkan
sebab dia perempuan. Maybe dia nak kau yang propose dia dulu kot.” ujar Deena.
“Sebenarnya…
Neko dah tunang. Tapi tunang Neko dekat Jepun. Dia orang sana. Neko pun tak
lama dah kat sini sebab Neko bakal berkahwin dengan dia.” ujar Nekozaki.
“Laahh
yeke? Apasal kau tak beritahu awal-awal. Amani tahu pasal ni tak?” tanya Deena.
Nekozaki
menggelengkan kepala.
“Dia
kena tahu pasal ni. Atau dia akan lebih kecewa kalau kau tiba-tiba menghilang
dan beri khabar yang kau sudah berkahwin.” pesan Deena.
Nekozaki
terdiam. Ada benarnya kata-kata Deena itu.
Namun
tanpa sedar, Armani terlebih dahulu mendengar perbualan mereka berdua. Hati
kecilnya meronta sedih.
“Amani,
ada benda saya nak beritahu.” ujar Nekozaki.
Armani
seakan dapat mengagak apa yang akan disampaikan oleh Nekozaki padanya.
“Neko,
Amani busy sikit ni. Lain kali je kita borak, boleh?” ujar Armani
Nekozaki
hairan melihat perubahan sikap Armani.
“Amani…
ini penting.” ujar Nekozaki sambil menahan perkara yang sedang dilakukan Armani
waktu itu.
Armani
akur.
“Neko
akan pulang ke Jepun bulan depan. Maybe ini akan jadi bulan terakhir Neko
berada disini.” ujar Nekozaki.
“Neko
takkan kembali ke sini?” tanya Armani.
Nekozaki
menggeleng.
“Neko
akan berkahwin dengan gadis pilihan Neko disana.” ujar Nekozaki. Pahit untuk
dia berterus terang.
Armani
yang sudah mengetahui hal itu terlihat tenang mendengarnya.
“Tahniah.
Semoga bahagia disana nanti.” ujar Armani.
Nekozaki
merasa bersalah kerana tidak berterus terang dengan Armani sejak dulu lagi.
“Amani
dah lama tahu pasal ni. Jangan risau, Amani tak kecil hati pun.” ujar Armani.
Nekozaki
memandang Armani penuh tanda tanya.
“Walaupun
lepas ni kita dah berjauhan, Amani harap Neko tetap anggap Amani kawan Neko
sampai bila-bila.” ujar Armani.
“Amani…
Arigato gozaimasu!” balas Nekozaki sambil menunduk sambil mengucapkan terima
kasih kerana memahami situasinya.
“Apalah
agaknya khabar dia kat sana…” bisik hati kecil Armani.
“Termenung
jauh nampak?” tegur Carl Zyen.
“Ishh
mana ada.” balas Armani.
“Aku
ada dapat tawaran kerja kat tempat lain. Kau nak ikut aku tak?” ujar Carl Zyen
sambil menunjukkan sebuah surat tawaran pekerjaan di salah sebuah tempat yang
dipanggil Longkai.
“Kerja
tarik kereta?” tanya Armani.
“Aku
kenal dengan owner tempat ni. Dia yang tawarkan aku kerja sini. Katanya dia nak
kriteria ganas-ganas macam kita ni. Dan aku rasa kau pun layak untuk kerja kat
sini. Jum Amani.” ujar Carl Zyen.
“Nantilah
aku fikirkan dulu….” ujar Armani.
*** *** ***
Carl
Zyen membawa Armani ke tempat kerja barunya, Longkai,
“Bos,
inilah orang yang saya cakapkan tu.” ujar Carl Zyen kepada seorang lelaki
dihadapannya.
“Wow.”
First impression dari seorang lelaki bergelar bos.
“Nama
saya Naqi. Awak boleh panggil saya Bos Naqi. Saya owner longkai iaitu dimana
ada kereta yang parking merata, disitu lori saya akan datang tarik kenderaan
tersebut. Seperti trademark kita, apa dia Carl?” ujar Bos Naqi.
“Kelalaian
anda, rezeki kami.” sahut Carl Zyen.
“Saya
memang memerlukan pekerja yang ada ciri-ciri macam awk ni. Biarpun awk
perempuan tapi gaya awak menepati kehendak kami.” ujar Bos Naqi.
“Tapi
saya tak jamin kalau saya mampu buat kerja ni atau tidak.” jawab Armani.
“Jangan
risau, geng longkai yang lain boleh bantu awak memandangkan awak seorang je
perempuan di sini.” ujar Bos Naqi.
“What?
Saya sorang je perempuan?” tanya Armani.
“Yes.
Awak jangan risau, anggap je diorang ni semua abang-abang awak.” ujar Bos Naqi.
“Kalau
suatu hari jadi apa-apa pada saya, saya takkan maafkan semua orang. Korang
tahulah akibatnya nanti!” ujar Armani dengan tegas.
Bos
Naqi tersenyum lebar mendengar kata-kata ugutan Armani. Memang wanita ini yang
dia perlukan dalam organisasi longkai miliknya.
Carl
Zyen diberi tugas untuk mengajar serba sedikit kerja tentang Longkai pada
Armani.
“Amani…
aku nak minta tolong.” ujar Mika Lana.
“Apa
dia?” tanya Armani.
“Vokalis
band aku sakit tekak. Last minute dia tarik diri dari mini konsert kitorang.”
ujar Mika Lana.
“Band?
Mini konsert? Sejak bila pula kau jadi artis ni?” tanya Armani.
“Ishh
takdalah sampai tahap artis. Aku band underground je. Alahhh setakat nyanyi
suka-suka je. Tapi kali ni dia orang ada sponsor pentas, jadi kitorang kena
buat persembahan, cuma… vokalis aku tarik diri sebab kurang sihat.” jelas Mika
Lana.
“Dah
tu apa kena mengena dengan aku?” tanya Armani.
“Err…hari
tu aku terdengar kau nyanyi sorang-sorang. Sedap suara kau. Jadi aku rasa….”
ujar Mika Lana.
“Kau
jangan cakap nak suruh aku gantikan vokalis korang.” duga Armani.
Mika
Lana tersenyum lebar.
“Please…”
Mika Lana masih cuba memujuk.
Armani
mengeluh.
Hari
yang ditunggu akhirnya tiba. Armani mahu tak mahu dia terpaksa menerima tawaran
dari Mika Lana untuk menggantikan vokalis yang tarik diri tersebut.
Berdirinya
dia di atas pentas serta merta membuatkan Armani gementar. Belum pernah lagi
seumur hidup dia berada di atas pentas dan ramai mata memandangnya.
“Aku
rasa aku tak boleh buat benda ni Mika. Aku takut. Ramai gila tengah pandang aku
sekarang ni.” ujar Armani sambil nafasnya turun naik.
“Relax.
Kau anggap je kau tengah nyanyi dalam toilet.” pujuk Mika Lana.
“Senanglah
kau cakap. Bukan kau yang kena nyanyi.” ujar Armani.
“Aku
yakin kau boleh buat. Aku percayakan kau.” ujar Mika Lana.
Armani
pasrah. Dia memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu Afterlife dari A7x.
Penonton
yang hadir kesemua bersorak gembira meskipun vokalis asal tidak dapat membuat
persembahan.
Dalam
Armani leka menyanyi, tanpa dia sedar ada sepasang mata sedang khusyuk
memandangnya tanpa berpaling.
“Fuhh
lega aku semuanya dah tamat.” ujar Armani sambil membuka penutup botol air
minumannya.
“Thank
you so muchhhhh Amani! Kaulah penyelamat aku!” ujar Mika Lana sambil memeluk
sahabatnya itu.
“Err…excuse
me.” tegur seorang lelaki berwajah chinese melayu.
“Ye
kenapa tu?” jawab Armani.
“Ini
ke gadis yang menyanyi di atas pentas tadi?” tanya lelaki itu.
“My
name is Advern Atlas. Sorry to disturb you girls.” ujar lelaki bernama Advern
Altas itu.
“Eh
tak adalah. Kitorang okay je. Ada apa tu?” tanya Mika Lana pula.
“Actually,
kawan saya ada nak kenal dengan gadis yang buat persembahan tadi.” ujar Advern.
Armani
dan Mika Lana saling berpandangan.
“Itupun
kalau korang tak kisah.” ujar Advern lagi.
Armani
sempat mengerling kearah lelaki disebelah Advern. Lelaki inilah yang membuatkan
Armani sedikit hilang fokus sewaktu menyanyi tadi kerana mata mereka sempat
bertentang.
“By
the way, saya Mika Lana dan yang nyanyi atas pentas tadi adalah kawan saya ni,
nama dia Amani.” ujar Mika Lana.
“Hello.
Saya Advern dan disebelah saya ni kawan saya, nama dia Apiez.” ujar Advern.
Apiez.
Lelaki berperwatakan nakal dengan sedikit tattoo diwajahnya, rambutnya dibiar
bersepah dan gayanya mirip dengan perwatakan Armani yang lebih kearah gothic
emo.
“So,
Amani gadis yang nyanyi tadi tu kan?” tanya Advern.
Armani
menggangguk iya.
“Okay,
ini Apiez. Dia nak kenal dengan awak.” ujar Advern sambil menunjukkan kearah
kawannya itu.
“Oh,
hai.” sapa Armani dengan penuh kekok.
Sepanjang
persembahan tadi, matanya tak lekang memandang lelaki ini. Entah kenapa jiwanya
terasa berdebar setiap kali mata mereka bertentangan.
Apiez
terlihat diam sambil matanya tak lepas memandang Armani. Armani merasa kekok
apabila ditenung sedemikian.
“Ad,
saya nak kena gerak dah ni. Next time kita borak lama sikit, boleh?” ujar Armani.
“Eh
kejap. Jadi Amani tak berminat ke nak berkawan dengan Apiez ni?” tanya Advern
Atlas.
“Saya
tak cakap pun saya tak minat. Tapi saya betul-betul ada hal ni.” ujar Armani.
“By
the way, ni number phone saya. Anything, call me.” Sambung Armani sambil sempat
menghulurkan nombor telefonnya.
*** *** ***
“Kita
ada misi besar hari ni.” ujar Bos Naqi.
“Barang-barang
semua dah ready bos.” celah Carl Zyen.
“Mantap.
Jadi, malam ni kita semua dah boleh gerak kesanalah. Pastikan pihak polis tak
tahu aktiviti kita malam ni.” ujar Bos Naqi.
Armani
yang baru sahaja sampai terdengar perbualan antara Bos Naqi dan anak buahnya.
“Eh,
Amani bila sampai?” tanya Carl Zyen yang terlihat kelibat Armani dihadapan
pintu masuk.
“Baru
je. By the way, aktiviti apa yang bos nak buat malam ni? Ada job tarik kereta
ke?” tanya Armani.
“Err…tak.
Ni kerja part time.” ujar Bos Naqi.
Armani
malas bertanya banyak. Dia mulakan kerja seperti biasa.
Malam
itu, Bos Naqi bersama anak-anak buahnya, Carl Zyen, Paduka John, Kococi
memulakan aktiviti rompakan bank seperti yang dirancang. Malangnya, pihak polis
dapat menghidu kegiatan mereka. Bertempiaran mereka melarikan diri.
“Amani,
tolong ambil kitorang berdekatan dengan bank besar sekarang.” ujar Carl Zyen
yang berjaya melarikan diri jauh dari kawasan yang dikepung oleh pihak polis.
Armani
yang baru sahaja selesai menghantar lori longkai, bergegas mengambil Carl Zyen
di lokasi yang diberi.
“Apa
yang korang buat sebenarnya ni? Terdesak sangat ke sampai perlu merompak?”
marah Armani selepas berjaya membawa geng-geng longkai pulang ke markas.
“Tak
adalah terdesak mana pun, cuma kita perlukan duit untuk besarkan kawasan
longkai ni.” ujar Kococi.
“Ala
minah ni, kecoh la. Kau tak tau apa-apa baik kau diam.” celah Paduka John yang
sememangnya terkenal dengan mulut celuparnya.
“Kau
ulang lagi sekali apa yang kau cakap tadi?” ujar Armani sambil mengacukan kayu
besbol Paduka John.
Paduka John terdiam. Sangkaannya
Armani hanya seorang gadis yang hanya tahu membebel dan merungut.
“Sudah,
jangan gaduh.” ujar Bos Naqi yang baru sahaja sampai ke markas.
“Bos
okay ke?” tanya Kococi, lelaki pendiam tapi berani.
“Mestilah.
By the way, ini hasil rompakan kita.” ujar Bos Naqi sambil meletakkan beg yang
berisi duit.
“Cayalah
bos!” sorak geng-geng longkai.
Terlihat
Armani sedang menghidupkan rokok sambil menikmati angin malam.
“Patutlah
bibir hitam, suka isap rokok rupanya.” sapa Paduka John.
Armani
tidak melayan.
“Sepatutnya
perempuan macam kau ni, duduk rumah je. Buat apa nak sibuk-sibuk kerja macam
kitorang ni. Tempat ni tak sesuai untuk kau.” sambung Paduka John.
Armani
mulai hilang sabar. Rokok yang berada di jarinya langsung dicampak, tangan
sebelahnya lagi mengeluarkan senjata api dan langsung diacu tepat di kepala
Paduka John.
“Aku
dah lama sabar dengan kau ni. Tapi malam ni, kesabaran aku dah hilang sebab
mulut kau. Jangan sampai peluru ni masuk terus kedalam anak tekak kau.” ujar
Armani dengan tegas.
“Amani!”
pekik Carl Zyen dari jauh.
“Kak
Long, sabar. Benda boleh bincang Kak.” ujar Kococi yang cuba meleraikan
kedua-dua orang itu.
“Dengan
dia ni dah tak boleh nak bawa bincang. Bukan sekali ni dia cabar aku. Aku diam,
dia memekak.” marah Armani.
“Aku
dah pernah pesan dengan kau kan Paduka. Jangan cari pasal dengan Amani. Memang
dia perempuan tapi dia tak macam perempuan lain.” ujar Carl Zyen.
“Apa
maksud kau tak macam perempuan lain? Habis dia ni apa? Betina?” ujar Paduka John
sambil tertawa kecil.
Tanpa
berlengah, Armani langsung mencapai pisau yang berada di atas meja berdekatanya
itu dan langsung diacu ke muka Paduka John. Setitis demi setitis darah mengalir
dari pipi Paduka John.
“Ini
akibat dari mulut celupar kau. Parut ni akan jadi pengajaran untuk kau.” ujar Armani.
Kococi
langsung mengambil peti cemas untuk menghentikan darah yang mengalir di pipi
Paduka John.
Carl
Zyen hanya mampu terdiam. Bukannya dia tak pernah beri amaran pada Paduka John
agar tidak mengganggu Armani sedemikian. Kini Paduka John telah menerima akibat
dari kata-kata buruknya itu.
“Sial
punya perempuan!” tempik Paduka John.
*** *** ***
“Hello
Amani, ada mana tu?” tanya Mika Lana dihujung talian.
“Tempat
kerja aku. Baru nak gerak balik ni.” ujar Armani.
“Eh,
meh lah lepak dengan aku kat sini.” ujar Mika Lana.
“Okay,
on the way.” ujar Armani sambil menghidupkan enjin motorsikal yang dipinjamkan
oleh Carl Zyen.
Sesampainya
di lokasi yang dihantar oleh Mika Lana, terlihat dua orang lelaki berada
disamping gadis itu.
“Haa
sampai pun kau.” ujar Mika Lana.
Armani
sempat mengerling kearah dua orang lelaki tersebut iaitu Advern Atlas dan
Apiez.
“Have
a sit Amani.” ujar Advern Atlas.
“Thank
you.” balas Armani.
“Eh
wait… darah apa kat baju Amani tu? Are you got an excident?” tanya Advern
Atlas.
Mika
Lana hanya terdiam. Dia tahu peristiwa yang berlaku pada Armani kelmarin malam
selepas diceritakan oleh abangnya, Carl Zyen.
“Eh,
tak adalah. Ni bukan darah, ni cat. Tadi ada gotong royong cat dinding kat
tempat kerja. Kebetulan guna cat warna merah, tak perasan pulak merecik kat
baju.” ujar Armani.
Mika
Lana tersenyum mendengar alasan yang diberi oleh Armani.
“Can
we talk?” tanya Apiez.
“Kita?
Berdua?” tanya Armani.
Apiez
menggangguk.
Armani
mengerling kearah Mika, Mika memahami.
“So,
awak nak cakap apa?” tanya Armani.
“Err…saya…”
ujar Apiez, gagap.
“Oh
by the way, bukan ke saya dah beri contact number pada awak hari tu? Kenapa tak
call or message ke?” tanya Armani.
“Segan.”
ujar Apiez sambil menunduk malu.
Armani
tergelak.
“Come
on. Muka awak sikit punya ganas siap bertattoo, tapi dengan saya pun nak
segan?” ujar Armani sambil menahan tawanya.
“Saya
ni pemalu.” ujar Apiez.
“Comelnya.”
celah Armani.
Mata
mereka saling bertentang. Armani mula merasakan wajahnya memerah dan panas.
‘Ishhh dah kenapa aku pulak
blushing bila dia tenung aku macam ni!’ bisik hati kecil Armani.
“Saya suka awak.” ujar Apiez
dengan nada perlahan.
Namun bisikan Apiez tidak
sampai ke telinga Armani yang sedang khusyuk melihat telefon pintarnya.
“Alamak…” jerit Armani dan
kelam kabut bergegas pulang.
“Guys,I have to go back now!”
ujar Armani.
Mika
Lana terpinga-pinga.
“Abang
aku on the way balik rumah!” jawab Armani, langsung menghidupkan enjin
motosikal dan bergegas pulang.
“Kau
dah cakap ke dengan dia?” tanya Advern kepada Apiez.
“Dah
tapi dia macam tak dengar je.” ujar Apiez.
“Aduh
kau ni, slowlah. Jangan sampai nanti dia jatuh ke tangan lelaki lain, nyesal
tak sudah karang.” omel Advern Atlas.
*** *** ***
“Abang
tengok adik dah banyak berubah. Kenapa adik jadi macam ni? Adik dah tak macam
dulu.” ujar Afrizal.
“People
changes. Semua orang akan berubah. Sampai bila nak kita nak hidup dibawah tapak
kaki orang?” ujar Armani.
“Abang
dengar adik bergaul dengan geng-geng longkai sekarang. Adik tahu tak tempat tu
tempat apa?” tanya Afrizal.
Armani sedikit terkejut apabila
abangnya tahu pekerjaan yang dia lakukan sekarang.
“Macam
mana abang tahu pasal ni?” tanya Armani.
Afrizal
terdiam.
“Sebab
aku yang ceritakan semuanya pada abang kau.” ujar Carl Zyen.
Armani
terkejut apabila melihat Carl Zyen tiba-tiba muncul di rumahnya.
“Carl?”
“Abang
dah tahu semuanya. Dan Carl ni sebenarnya kawan abang. Abang amanahkan dia
untuk jaga adik sepanjang abang bekerja diluar kawasan. Tapi tulah, tak sangka
pulak dia hasut adik untuk jadi macam dia.” ujar Afrizal.
“Sorry
bro. Kalau aku tak buat macam ni, orang lain akan pijak adik kau dengan mudah.”
ujar Carl Zyen.
“Selama
ni kau rahsiakan semua ni dari aku?” ujar Armani, tajam pandangannya.
“Bukan
niat aku nak rahsiakan dari kau tapi ni amanah dari abang kau.” Jawab Carl
Zyen.
“Abang
rindu adik abang yang dulu. Tapi abang tahu adik abang sekarang dah besar, dah
boleh jaga diri sendiri. Abang bangga. Maafkan abang sebab tak selalu ada
dengan adik sebab sibuk bekerja.” ujar Afrizal.
“Tak
apalah bang. Terima kasih selama ni jaga adik dengan baik dan bersusah payah
cari duit untuk sara adik.” ujar Armani.
“Carl,
terima kasih pada kau jugak sebab jagakan adik aku.” ujar Afrizal.
*** *** ***
Sewaktu
Armani sedang melayani telefon pintarnya, tiba-tiba sahaja dia terfikirkan
lelaki yang baru sahaja dia temui tempoh hari, Apiez. Lelaki pemalu tapi cuba
beranikan diri untuk mengenali dirinya.
“Comel
pulak mamat ni.” ujar Armani sambil tersengih.
Sedang
asyik membelek gambar yang berada digaleri telefon, tiba-tiba matanya
terpandang sekeping gambar dimana ada Apiez disitu. Hatinya tiba-tiba berdebar
dan berdegup kencang. Laju.
“Ishhh…perasaan
apa ni.” dirinya menjadi tak tentu arah.
Sepanjang
waktu bekerja, hati Armani mula tak tenteram. Resah gelisah sejak pertemuan
tempoh hari.
“Kak
Long okay ke tak ni?” tanya Kococi apabila melihat Armani serba salah tingkah.
“I’m
not okay.” ujar Armani.
“Ceritalah
kalau Kak Long tak kisah.” ujar Kococi.
Armani
memandang Kococi. Walaupun Kococi masih muda dari umurnya, dia tahu budak ini
boleh dipercayai.
“Apa
tu jatuh cinta?” tanya Armani.
Kococi
tersenyum.
“Jatuh
cinta ni ada 3 fasa. Pertama, cinta itu hadir masa kita masih muda dan perasaan
itulah kali pertama kita akan rasa berbunga-bunga sampaikan kita rasa yakin
bahawa dialah yang akan jadi pasangan hidup kita. Yang kedua, akan ada fasa
dimana kita sangat sayang dan cintakan seseorang tu meskipun kita sering
disakiti sehinggalah kita sedar kalau selama ni kita bertahan pada orang yang
tidak layak untuk dicintai dan akhirnya kita sendiri akan berhenti membuka hati
dan kembali mencintai diri sendiri. Dan last, yang ketiga; akan ada satu hari
dimana seseorang itu hadir pada saat kita tidak ingin pun rasa jatuh cinta lagi
tapi dia buat kita rasa selesa dan mencintai kita dengan tulus. Dan di fasa ni,
kita akan menemukan pasangan hidup yang sesungguhnya dan ingin selalu
bersamanya.” jelas Kococi panjang lebar.
“Adakah
aku berada di fasa yang ketiga?” tanya Armani.
Kococi
menggangkat bahu, penuh tanda tanya.
“Entahlah.
Aku pun tak faham dan serik nak beri hati aku pada mana-mana lelaki. Semuanya
menghampakan. Tapi…lelaki yang satu ni buat aku tak senang duduk.” ujar Armani.
“Itu
namanya Kak Long dah mula sukakan dia.” ujar Kococi.
“Dia
sukakan Kak Long tak?” sambung Kococi.
“Entah.
Yang aku tahu dia pemalu. Mana mungkin dia nak luahkan perasaan dia pada aku.
Sampai bila-bila pun tak mungkin akan terluah. Melainkan aku yang kena
mulakan.” jelas Armani.
“Lelaki
kena be gentlemen Kak. Kalau dia betul sukakan Kak Long, dia sendiri akan
luahkan tanpa perlu disuruh pun. Tak pun macam ni, apakata Kak Long cabar dia
untuk melamar. Kalau dia berani, he’s the only one.” ujar Kococi.
Armani
langsung menghubungi Apiez dan mengajak berjumpa pada keesokkan hari.
Keduanya
terlihat kekok.
“Saya
ganggu awak ke?” tanya Armani.
Apiez
menggeleng.
“Okay.
Saya nak jumpa awak ni pun sebab tempoh hari perbualan kita terhenti tengah
jalan. So…” belum sempat Armani menghabiskan ayatnya, Apiez langsung menarik
tangan Armani dan masuk ke dalam kereta.
“Jum
ikut saya.” ujar Apiez.
Armani
akur.
Sesampainya
disebuah pergunungan, Apiez membuka pintu kereta untuk Armani dan menghulurkan
tangannya.
Armani
terpana akan layanan Apiez yang menurutnya sangat comel.
“Wahhh…cantiknya!”
Armani terpesona melihat langit senja yang sangat indah.
“Secantik
wanita disamping saya.” puji Apiez.
Armani
terdiam. Jarang sekali ada lelaki memuji dirinya.
“Atas
gunung ni tempat saya selalu healing. Kalau dulu, saya pergi sendirian tapi
kini ada yang menemani.” ujar Apiez sambil tersenyum memandang Armani.
Bersaksikan
langit senja dan matahari yang separuh terbenam, Apiez mengeluarkan sekuntum
bunga mawar merah dan menghulurkan kearah Armani. “Saya sukakan awak.”
Armani
terkesima. Mukanya mula memanas dan memerah. Hatinya berdebar dan jantungnya
mula berdegup kencang. Inikah namanya jatuh cinta fasa 3 seperti yang
diceritakan oleh Kococi tempoh hari?
Namun
mengingatkan pekerjaan dan sikap kasarnya, Armani cuba menolak rasa cinta itu
agar Apiez tidak terluka dengan apa yang dia harapkan.
“Tapi…
saya tak seperti perempuan lain. Awak tak kenal saya.” ujar Armani.
“Mika
banyak cerita pasal awak. Termasuklah pasal awak acu senjata api dan cederakan
rakan sekerja awak.” ujar Apiez.
Armani
terbungkam. Lidahnya kelu berkata-kata.
“Saya
dah tahu semua pasal awak. Tapi saya tak kisah pun semua tu.” Sambung Apiez.
“Saya
tak peduli siapapun awak dimasa lalu mahupun sekarang. Saya sukakan awak dari
hari pertama lagi saya nampak awak. Saya yakin dengan kata hati saya, you are
the only one yang saya cari selama ni.” ujar Apiez.
Armani
memandang kedalam mata Apiez. Mencari keikhlasan lelaki itu.
“Mungkin
terlalu awal untuk saya mengucapkan kata cinta pada awak tapi saya taknak
terlambat untuk memiliki awak dalam hidup saya.” ujar Apiez.
Apiez
mula berlutut dan mengeluarkan sebentuk cincin. “Sudikah awak jadi peneman
hidup saya untuk selamanya?”
Sekali
lagi Armani dikejutkan dengan lamaran Apiez. Kali ini Armani benar-benar tewas
dengan perasaannya. Armani menggangguk setuju.
Selepas
Apiez menyarungkan cincin dijari manis Armani, dia langsung memaut pinggang
gadis itu dan memeluknya dengan sangat erat.
“Terima
kasih.”
Senja
berlabuh, cahaya bulan mula menerangi pergunungan tersebut.
Keduanya
bertentang mata tanpa kata-kata. Nafas mereka mula turun naik. Tanpa disedari,
bibir keduanya saling rapat dan satu kucupan hinggap dibibir.
“I
love you.”
Pelukan
keduanya semakin erat.
*** *** ***
“Carl,
macam mana keadaan Bos Naqi?” tanya Armani sebaik sahaja sampai di perkarangan
hospital.
“Bos
Naqi selamat. Cuma sekarang dia berada dalam keadaan koma.” ujar Carl Zyen.
“Kereta
yang Bos Naqi guna total lost. Aku dah suruh Paduka John pergi tarik kereta tu
dan hantar ke besi buruk.” jelas Carl Zyen lagi.
“Tak
apalah janji Bos Naqi selamat.” ujar Armani penuh gelisah.
Beberapa
hari kemudian, Bos Naqi akhirnya sedar dari koma namun menurut kata doktor Bos
Naqi mengalami amnesia. Ada suatu ketika Bos Naqi mula meracau dan menjerit.
“Siapa
korang ni? Apa korang nak dari aku?” marah Bos Naqi.
“Kami
ni anak buah Bos.” ujar Kococi.
“Aku
tak kenal korang. Berambus dari sini! Pergi. Pergiii!!!” teriak Bos Naqi.
“Sebelum
kejadian Bos Naqi exsiden tu, aku ada terdengar dia berbual dengan madam,
ex-wife Bos Naqi. Bunyi macam gaduh tapi aku malas nak ambil port hal rumah
tangga dia orang.” jelas Carl Zyen.
“Mungkin
bos stress sehingga hilang fokus pemanduan.” celah Kococi.
Sedang
asyik mereka berbual, tiba-tiba datang sebuah kereta mewah jenis Bentley masuk
ke kawasan longkai.
“Korang,
siapa tu?” tanya Armani.
Kelihatan
seorang lelaki muda dan seorang perempuan berpakaian kemas dan membimbit sebuah
beg berisi dokumen penting. Carl Zyen mendekati mereka berdua.
“Hai,
saya Miss Chrissy, wakil dari Encik Farid selaku pembeli tempat ini dan saya
diberitahu tempat ini telah dijual atas nama Madam Zarra.” ujar perempuan
tersebut.
“Tempat
ni dijual? Biar betol?!” ujar Kococi, terpinga-pinga.
“Sejak
bila pula tempat ni dijual?” tanya Carl Zyen.
“Disini
saya sertakan surat bukti jual beli tersebut.” ujar Miss Chrissy sambil
menghulurkan sekeping surat perjanjian.
Armani
langsung menyemak surat tersebut. “Longkai Inchong dijual dengan harga… Ishh
memang betullah tempat ni dah dijual! Ada tanda tangan madam Zarra sekali ni.” ujar
Armani selepas menyemak surat tersebut dengan teliti.
“Setahu
aku, tempat ni memang ada nama Madam Zarra walaupun Bos Naqi dah bercerai
dengan madam. Tapi tak sangka pula Madam nekad jual tempat ni.” ujar Carl Zyen.
“Okay,
macam nilah…bagi kami masa untuk kami check dulu dengan owner lama tempat ni.
Kami tak tahu menahu pasal ni.” jelas Carl Zyen.
“Baiklah.
Kami bagi tempoh seminggu. Jika tiada respon dari pihak kalian, kami akan ambil
alih tempat ni serta merta.” ujar Miss Chrissy.
*** *** ***
Geng
Longkai semakin buntu. Madam Zarra hilang tanpa khabar. Bos Naqi pula masih
dalam pemerhatian pihak hospital. Seminggu telah berlalu. Longkai tak dapat
diselamatkan. Kococi mula beralih arah dan mencari pekerjaan lain. Paduka John
pula dikhabarkan mula berjinak dalam bidang kepolisian dan Carl Zyen pula mula
membuat side job seperti memotong kayu, membina bangunan untuk mencari duit
menampung kehidupan seharian.
“Amani
nak kerja dengan aku tak?” tanya Mika Lana.
“Kerja
apa?” tanya Armani pula.
“Hantar
barang. Gaji lumayan.” ujar Mika Lana.
“Tak
kisahlah, janji dapat duit. Sejak longkai tutup ni, kitorang semua hilang arah.”
ujar Armani.
“Apakata
kau ajak geng-geng longkai kau join aku?” ujar Mika Lana.
“Serius
la? Esok juga aku ajak diorang join!” ujar Armani dengan penuh teruja.
Mika
Lana mengajak Armani dan yang lain datang kerumahnya.
“Welcome
to our house.” ujar Mika Lana.
“Our
house? Kau tinggal dengan siapa?” tanya Armani.
“Rumah
ni akan jadi rumah kita semua. Aku nak kita semua tinggal dalam satu rumah
sama-sama.” ujar Mika Lana.
“Mana
kau dapat duit untuk beli rumah sebesar ni Mika?” tanya Armani.
“Aku
nak kenalkan pada korang, ini Smoky. Smoky Tagaya, lelaki ni yang selalu tolong
aku bila aku susah dan dia juga yang banyak tolong aku selama ni.” ujar Mika
Lana sambil mengenalkan teman lelakinya.
“Dan,
tak lupa juga pada Apiez, share partner aku.” ujar Mika Lana.
Armani
langsung memandang kearah Apiez. Dia tidak tahu menahu soal ni.
“Ye,
sebenarnya inilah kerja saya selama ni. Saya bukan tak nak beritahu awak cuma
saya takut awak tak boleh terima kerja saya yang hina ni.” ujar Apiez.
“Siapa
cakap saya tak boleh terima? Apa saja yang awak buat, saya tetap akan sokong
dan support awak dari belakang. Tak kisahlah baik atau buruk.” ujar Armani.
“Terima
kasih sayang.” ucap Apiez.
Tidak
pernah sehari pun geng longkai tidak menjenguk Bos Naqi. Sehinggalah lelaki itu
benar-benar pulih dari amnesia.
“Seriuslah
longkai dah dijual? Rumah saya pun?!” Bos Naqi terkejut apabila dikhabarkan
kesemua hartanya telah dijual dan dia tinggal sehelai sepinggang. Bos Naqi terduduk
disitu. Fikirannya buntu. Kesemua yang dia milik telah diambil oleh Zarra,
bekas isterinya.
“Macam
nilah bos, apakata bos tinggal dengan kami. Kita mula hidup baru sama-sama dan
mula perniagaan baru.” ujar Carl Zyen.
“Saya
bukan lagi bos korang, kenapa masih panggil saya bos?” tanya Bos Naqi.
“Rasa
hormat kami pada bos tak pernah pudar.” ujar Armani.
“Tapi
saya dah tak ada apa-apa lagi. Kenapa awak buat semua ni untuk saya? Saya tak
mampu nak balas jasa korang.” ujar Bos Naqi.
“Macam
nilah bos, anggap jela kami ni keluarga baru bos. Kami sayang bos. Bos kutip
kami disaat kami tak ada apa-apa. Sehinggalah kami mampu untuk buka kehidupan
baru bersama-sama. Tinggallah bersama kami seperti sebuah keluarga.” ujar
Armani yang disahut dengan Carl Zyen.
“Terima
kasih semua.” ujar Bos Naqi.
END PART 2.
Nukilan oleh: Leenz Armani