About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

26 December 2023

Cerpen: Langit Senja (Ep 2)

 

Langit Senja (EP: Berubah)


            Semenjak dua beradik mulai hidup baru, kawan-kawan Armani di tempat belajar mulai menjauhkan diri darinya. Bagi mereka, Armani bukan lagi dari kalangan keluarga yang bertaraf bangsawan.

                Armani terlihat bersendirian di kantin.

                "Hai..." tegur seorang gadis.

                Armani memandang kosong wajah gadis itu. Gadis yang terlihat biasa-biasa sahaja.

                "Err...boleh saya duduk sini? By the way, nama saya Mika Lana tapi awak boleh panggil saya Mika." ujar gadis yang senang dipanggil Mika itu.

                Armani masih terdiam dan memandang wajah Mika.

                "Awak okay ke tu?" tanya Mika.

                "Okay." ujar Armani.

                "Saya mengganggu awak ke?" tanya Mika lagi.

                "Tak." jawab Armani sepatah demi sepatah.

                Mika Lana turut terdiam. Entah apalagi dia mahu bualkan jika gadis dihadapannya itu hanya jawab bila perlu.

                "Kalau awak tak kisah, saya boleh je temankan awak kat sini. Yelah, saya tengok awak dari tadi sorang je. Mana kawan-kawan yang lain? Diorang cuti ke?" tanya Mika yang cuba untuk membuka topik perbualan.

                Armani memandang sayu akan pertanyaan Mika itu.

                "Maaf kalau awak tak selesa dengan pertanyaan saya. By the way, saya baru je masuk hari ni." ujar Mika.

                "Kenapa awak nak kawan dengan saya?" tanya Armani.

                Buntang mata Mika mendengar soalan Armani.

                "Sebab saya suka berkawan dengan semua orang. Tapi untuk hari pertama saya hari ni, awak orang pertama yang saya tegur." ujar Mika penuh ramah.

                Armani tersenyum sumbing. Fikirannya langsung mengingatkannya pada kenangan waktu pertama kali dia menjejakkan kaki di sini. Mulanya tiada seorang pun ingin menjadi kawannya. Namun keesokkan harinya apabila Armani memandu kenderaan sendiri, barulah kawan-kawan yang lain mulai mendekati. Kini apabila mereka mengetahui bahawa Armani tidak lagi setaraf, mereka mula menjauh.

                "Awak ikhlas ke nak jadi kawan saya?" tanya Armani.

                Mika hairan namun dia cuba mengukir senyuman agar gadis itu selesa berkawan dengannya.

                "Saya tak kisah pun awak ni siapa walaupun awak berasal dari keluarga Yakuza sekalipun." ujar Mika Lana.

                Armani terdiam sejenak.

                "Saya Armani Zarsha. Panggil je Amani. Nice to meet you Mika. Terima kasih sudi jadi kawan saya." ujar Armani.

                Mika Lana tersenyum lebar apabila Armani memberi respon positif untuk perkenalan pertamanya.

 

***        ***        ***

 

                Armani kerap tidak masuk kelas kerana sibuk bekerja di kedai kereta.

                Afrizal yang baru saja pulang dari outstation langsung menerpa ke arah tempat belajar adiknya namun salah seorang rakan sekelas Armani memberitahu bahawa gadis itu sudah lama tidak masuk. Afrizal cuba menghubungi adiknya namun tidak bersambung.

                "Err...tumpang tanya." tanya Afrizal kepada Mika Lana yang kebetulan  berselisih dengannya.

                "Ye saya."

                "Awak kenal dengan yang namanya Armani?" tanya Afrizal.

                "Oh Armani. Itu kawan saya tu. Kenapa ye tanya pasal dia?" ujar Mika Lana.

                "Saya ni abang dia. Saya datang sini nak ambil adik saya balik. Dia dah habis kelas kan?" tanya Afrizal sambil melihat jam tangannya.

                "Eh, rasanya hari ni Amani tak masuk kelas lagi." jawab Mika Lana.

                "Maksud awak lagi? Dia dah lama tak masuk kelas ke?" tanya Afrizal penuh tanda tanya.

                "Err...sepatutnya saya tak boleh beritahu tapi memandangkan awak ni abang kepada Amani, saya rasa awak perlu tahu pasal ni." ujar Mika Lana.   

                Mika memberitahu bahawa Armani telah lama tidak masuk mana-mana kelas sehinggalah surat amaran pertama telah dikeluarkan. Mika juga memberitahu yang Amani ada membuat kerja sampingan sehingga menyebabkan dia tidak boleh fokus pada pembelajaran.

 

                Armani pulang kerumah dengan wajah lesu.

                "Lewat pulang?" tanya Afrizal sebaik sahaja adiknya menerpa masuk ke rumah.

                "Ehh, bila abang balik dari outstation?" Armani sedikit terkejut melihat kehadiran abangnya di dalam rumah.

                "Tadi. Can I ask something?" tanya Afrizal, serius.

                Armani seakan dapat mengagak pertanyaan abangnya itu.

                "Sebelum abang tanya, biar adik explain. Okay, adik memang dah lama tak masuk kelas. Adik dah tak ada hati nak belajar. Sejak keluarga kita jadi macam ni, ramai kawan-kawan adik tinggalkan adik. Diorang cakap kita dah tak setaraf. Adik malu nak masuk kelas dan tunjuk muka depan diorang. Jadi, adik buat keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja cari duit." jelas Armani.

                Afrizal menangkup muka. Salahnya juga kerana mengabaikan adiknya selama ini kerana sibuk bekerja.

                "Kenapa adik buat macam ni? Abang nak tengok adik belajar tinggi dan berjaya. Kalau adik perlukan duit sekalipun, adik boleh je minta dengan abang. Walaupun tak banyak abang boleh kasi, abang cuba tunaikan." ujar Afrizal.

                "Tak apalah abang. Lagipun abang banyak benda nak kena bayar. Kalau adik tetap belajar pun, adik tak boleh dah nak fokus. Duit abang hantar adik belajar pun terbazir macam tu je." keluh Armani.

                Afrizal diam. Dia cuba memujuk hatinya untuk memahami situasi adiknya.

 

***        ***        ***

 

                Selama Afrizal sibuk bekerja di luar kawasan, Armani mulai bergaul dengan kawan-kawan yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Sekaligus rupa Armani berubah dari seorang gadis yang sopan kini lebih kepada gaya ala-ala gothic. Rambut berwarna, kuku yang dicat hitam, celak tebal, pakaiannya juga agak menonjol dan pelik. Dia juga telah mulai belajar merokok.

                Carl Zyen, lelaki yang kini sering ada bersama Armani. Namun hubungan mereka tak lebih dari seorang kawan.

                “Amani, aku nak kenalkan kau dengan adik aku.” ujar Carl.

                “Siapa…” belum sempat Armani bertanya, muncul seorang gadis yang amat dia kenali.

                “Mika… Mika Lana?”

                “Hi Amani.” Sapa Mika Lana.

                “Jadi Mika ni adik Carl?” tanya Armani.

                “Iye betul. Ini adik aku, Mika Lana. Aku rasa kau pun dah kenal dengan dia kan.” ujar Carl Zyen.

                “Bang, tadi kau bilang mau buat kerja side job?” ujar Mika Lana.

                “Ye, kejap lagi kita pergi.” balas Carl Zyen.

                “Wait. Kerja? Maksudnya kau dah tak belajar lagi ke Mika?” tanya Armani.

                “Erm…sebenarnya aku tak berminat pun nak belajar. Belajar tinggi mana pun, bukan boleh jadi kaya. Buat bazir duit abang aku je nak tanggung aku.” ujar Mika Lana.

                “Aku nak join boleh?” ujar Armani.

                Mika Lana dan Carl Zyen saling berpandangan.

                “Seriuslah?” tanya Mika Lana.

                “Aku pun nak cari duit lebih jugak.” Jawab Armani.

                Carl Zyen membiarkan sahaja Armani ikut bekerja.

 

               

                Dalam sibuk bekerja, Armani teringat akan seseorang yang sempat dia kenali sebelum dia benar-benar berubah. Nekozaki, seorang lelaki kacukan melayu jepun pernah hadir dalam hidup Armani suatu ketika dulu.

                “Ohayo gozaimasu.” ucap lelaki yang bertugas menjaga kaunter pembelian kedai makan tersebut.

                “Err…sorry?” Armani terpinga-pinga.

                “Selamat datang dan selamat pagi. Boleh saya ambil order?” ujar lelaki itu.

                “Bagi saya nasi goreng dan nescafe ais.” ujar Armani.

                Lelaki tersebut masih tak lekang memandang Armani.

                “Err….saya rasa tu je kot order saya.” ujar Armani yang mulai hairan apabila lelaki tersebut masih tak berganjak.

                “Are you sure?” tanya lelaki itu.

                “Yes. Why? Ada yang salah dengan order saya tu ke?” tanya Armani, hairan.

                “Of course. Ianya tak akan lengkap tanpa nama dan contact number awak.” ujar lelaki itu lagi.
                “Hah? Wajib ke?” Armani mulai curiga.

                “This is special request. Hai, nama saya Nekozaki. Saya dah lama perhatikan awak selalu datang ke sini dan order yang sama. Saya tertarik untuk mengenali awak. May I?” ujar lelaki itu dengan berterus terang.

                Armani ternganga. Pertama dia berjumpa dengan lelaki yang sangat berani seperti Nekozaki.

                Armani tersenyum sendiri. Dan kemudian mereka berdua bertukar nombor telefon.

               

                Semakin hari hubungan mereka semakin akrab. Perlahan-lahan Armani cuba buka hatinya untuk Nekozaki namun berbeza dengan Nekozaki. Lelaki itu tidak pernah meluahkan perasaannya mahupun melamar Armani lebih dari sekadar berkawan.

                “Neko, aku tengok kau dengan Amani tu bukan main rapat lagi. Kau tak nak declare apa-apa hubungan special ke dengan dia?” tanya Deena.

                “Hurmm… Jujur Neko cakap, Amani kawan yang sangat baik bagi Neko. Dia selalu ada untuk Neko tapi…” tiba-tiba Nekozaki terdiam.

                “Tapi apa? Kau tau tak perasaan Amani pada kau?” tanya Deena.

                “Tak. Tapi aku rasa dia pun anggap aku ni sebagai kawan dan tak lebih dari tu kot.” ujar Nekozaki.

                “Tapi dari pandangan aku, aku rasa Amani sukakan kau. Cuma dia tak berani nak luahkan sebab dia perempuan. Maybe dia nak kau yang propose dia dulu kot.” ujar Deena.

                “Sebenarnya… Neko dah tunang. Tapi tunang Neko dekat Jepun. Dia orang sana. Neko pun tak lama dah kat sini sebab Neko bakal berkahwin dengan dia.” ujar Nekozaki.

                “Laahh yeke? Apasal kau tak beritahu awal-awal. Amani tahu pasal ni tak?” tanya Deena.

                Nekozaki menggelengkan kepala.

                “Dia kena tahu pasal ni. Atau dia akan lebih kecewa kalau kau tiba-tiba menghilang dan beri khabar yang kau sudah berkahwin.” pesan Deena.

                Nekozaki terdiam. Ada benarnya kata-kata Deena itu.

                Namun tanpa sedar, Armani terlebih dahulu mendengar perbualan mereka berdua. Hati kecilnya meronta sedih.

 

                “Amani, ada benda saya nak beritahu.” ujar Nekozaki.

                Armani seakan dapat mengagak apa yang akan disampaikan oleh Nekozaki padanya.

                “Neko, Amani busy sikit ni. Lain kali je kita borak, boleh?” ujar Armani

                Nekozaki hairan melihat perubahan sikap Armani.

                “Amani… ini penting.” ujar Nekozaki sambil menahan perkara yang sedang dilakukan Armani waktu itu.

                Armani akur.

                “Neko akan pulang ke Jepun bulan depan. Maybe ini akan jadi bulan terakhir Neko berada disini.” ujar Nekozaki.

                “Neko takkan kembali ke sini?” tanya Armani.

                Nekozaki menggeleng.

                “Neko akan berkahwin dengan gadis pilihan Neko disana.” ujar Nekozaki. Pahit untuk dia berterus terang.

                Armani yang sudah mengetahui hal itu terlihat tenang mendengarnya.

                “Tahniah. Semoga bahagia disana nanti.” ujar Armani.

                Nekozaki merasa bersalah kerana tidak berterus terang dengan Armani sejak dulu lagi.

                “Amani dah lama tahu pasal ni. Jangan risau, Amani tak kecil hati pun.” ujar Armani.

                Nekozaki memandang Armani penuh tanda tanya.

                “Walaupun lepas ni kita dah berjauhan, Amani harap Neko tetap anggap Amani kawan Neko sampai bila-bila.” ujar Armani.

                “Amani… Arigato gozaimasu!” balas Nekozaki sambil menunduk sambil mengucapkan terima kasih kerana memahami situasinya.

 

                “Apalah agaknya khabar dia kat sana…” bisik hati kecil Armani.

                “Termenung jauh nampak?” tegur Carl Zyen.

                “Ishh mana ada.” balas Armani.

                “Aku ada dapat tawaran kerja kat tempat lain. Kau nak ikut aku tak?” ujar Carl Zyen sambil menunjukkan sebuah surat tawaran pekerjaan di salah sebuah tempat yang dipanggil Longkai.

                “Kerja tarik kereta?” tanya Armani.

                “Aku kenal dengan owner tempat ni. Dia yang tawarkan aku kerja sini. Katanya dia nak kriteria ganas-ganas macam kita ni. Dan aku rasa kau pun layak untuk kerja kat sini. Jum Amani.” ujar Carl Zyen.

                “Nantilah aku fikirkan dulu….” ujar Armani.

 

***        ***        ***

 

                Carl Zyen membawa Armani ke tempat kerja barunya, Longkai,

                “Bos, inilah orang yang saya cakapkan tu.” ujar Carl Zyen kepada seorang lelaki dihadapannya.

                “Wow.” First impression dari seorang lelaki bergelar bos.

                “Nama saya Naqi. Awak boleh panggil saya Bos Naqi. Saya owner longkai iaitu dimana ada kereta yang parking merata, disitu lori saya akan datang tarik kenderaan tersebut. Seperti trademark kita, apa dia Carl?” ujar Bos Naqi.

                “Kelalaian anda, rezeki kami.” sahut Carl Zyen.

                “Saya memang memerlukan pekerja yang ada ciri-ciri macam awk ni. Biarpun awk perempuan tapi gaya awak menepati kehendak kami.” ujar Bos Naqi.

                “Tapi saya tak jamin kalau saya mampu buat kerja ni atau tidak.” jawab Armani.

                “Jangan risau, geng longkai yang lain boleh bantu awak memandangkan awak seorang je perempuan di sini.” ujar Bos Naqi.

                “What? Saya sorang je perempuan?” tanya Armani.

                “Yes. Awak jangan risau, anggap je diorang ni semua abang-abang awak.” ujar Bos Naqi.

                “Kalau suatu hari jadi apa-apa pada saya, saya takkan maafkan semua orang. Korang tahulah akibatnya nanti!” ujar Armani dengan tegas.

                Bos Naqi tersenyum lebar mendengar kata-kata ugutan Armani. Memang wanita ini yang dia perlukan dalam organisasi longkai miliknya.

                Carl Zyen diberi tugas untuk mengajar serba sedikit kerja tentang Longkai pada Armani.

 

                “Amani… aku nak minta tolong.” ujar Mika Lana.

                “Apa dia?” tanya Armani.

                “Vokalis band aku sakit tekak. Last minute dia tarik diri dari mini konsert kitorang.” ujar Mika Lana.

                “Band? Mini konsert? Sejak bila pula kau jadi artis ni?” tanya Armani.

                “Ishh takdalah sampai tahap artis. Aku band underground je. Alahhh setakat nyanyi suka-suka je. Tapi kali ni dia orang ada sponsor pentas, jadi kitorang kena buat persembahan, cuma… vokalis aku tarik diri sebab kurang sihat.” jelas Mika Lana.

                “Dah tu apa kena mengena dengan aku?” tanya Armani.

                “Err…hari tu aku terdengar kau nyanyi sorang-sorang. Sedap suara kau. Jadi aku rasa….” ujar Mika Lana.

                “Kau jangan cakap nak suruh aku gantikan vokalis korang.” duga Armani.

                Mika Lana tersenyum lebar.

                “Please…” Mika Lana masih cuba memujuk.

                Armani mengeluh.

 

                Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Armani mahu tak mahu dia terpaksa menerima tawaran dari Mika Lana untuk menggantikan vokalis yang tarik diri tersebut.

                Berdirinya dia di atas pentas serta merta membuatkan Armani gementar. Belum pernah lagi seumur hidup dia berada di atas pentas dan ramai mata memandangnya.

                “Aku rasa aku tak boleh buat benda ni Mika. Aku takut. Ramai gila tengah pandang aku sekarang ni.” ujar Armani sambil nafasnya turun naik.

                “Relax. Kau anggap je kau tengah nyanyi dalam toilet.” pujuk Mika Lana.

                “Senanglah kau cakap. Bukan kau yang kena nyanyi.” ujar Armani.

                “Aku yakin kau boleh buat. Aku percayakan kau.” ujar Mika Lana.

                Armani pasrah. Dia memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu Afterlife dari A7x.

                Penonton yang hadir kesemua bersorak gembira meskipun vokalis asal tidak dapat membuat persembahan.

                Dalam Armani leka menyanyi, tanpa dia sedar ada sepasang mata sedang khusyuk memandangnya tanpa berpaling.

               

                “Fuhh lega aku semuanya dah tamat.” ujar Armani sambil membuka penutup botol air minumannya.

                “Thank you so muchhhhh Amani! Kaulah penyelamat aku!” ujar Mika Lana sambil memeluk sahabatnya itu.

                “Err…excuse me.” tegur seorang lelaki berwajah chinese melayu.

                “Ye kenapa tu?” jawab Armani.

                “Ini ke gadis yang menyanyi di atas pentas tadi?” tanya lelaki itu.

                “My name is Advern Atlas. Sorry to disturb you girls.” ujar lelaki bernama Advern Altas itu.

                “Eh tak adalah. Kitorang okay je. Ada apa tu?” tanya Mika Lana pula.

                “Actually, kawan saya ada nak kenal dengan gadis yang buat persembahan tadi.” ujar Advern.

                Armani dan Mika Lana saling berpandangan.

                “Itupun kalau korang tak kisah.” ujar Advern lagi.

                Armani sempat mengerling kearah lelaki disebelah Advern. Lelaki inilah yang membuatkan Armani sedikit hilang fokus sewaktu menyanyi tadi kerana mata mereka sempat bertentang.

                “By the way, saya Mika Lana dan yang nyanyi atas pentas tadi adalah kawan saya ni, nama dia Amani.” ujar Mika Lana.

                “Hello. Saya Advern dan disebelah saya ni kawan saya, nama dia Apiez.” ujar Advern.

                Apiez. Lelaki berperwatakan nakal dengan sedikit tattoo diwajahnya, rambutnya dibiar bersepah dan gayanya mirip dengan perwatakan Armani yang lebih kearah gothic emo.

                “So, Amani gadis yang nyanyi tadi tu kan?” tanya Advern.

                Armani menggangguk iya.

                “Okay, ini Apiez. Dia nak kenal dengan awak.” ujar Advern sambil menunjukkan kearah kawannya itu.

                “Oh, hai.” sapa Armani dengan penuh kekok.

                Sepanjang persembahan tadi, matanya tak lekang memandang lelaki ini. Entah kenapa jiwanya terasa berdebar setiap kali mata mereka bertentangan.

                Apiez terlihat diam sambil matanya tak lepas memandang Armani. Armani merasa kekok apabila ditenung sedemikian.

                “Ad, saya nak kena gerak dah ni. Next time kita borak lama sikit, boleh?” ujar Armani.

                “Eh kejap. Jadi Amani tak berminat ke nak berkawan dengan Apiez ni?” tanya Advern Atlas.

                “Saya tak cakap pun saya tak minat. Tapi saya betul-betul ada hal ni.” ujar Armani.

                “By the way, ni number phone saya. Anything, call me.” Sambung Armani sambil sempat menghulurkan nombor telefonnya.

               

***        ***        ***

 

                “Kita ada misi besar hari ni.” ujar Bos Naqi.

                “Barang-barang semua dah ready bos.” celah Carl Zyen.

                “Mantap. Jadi, malam ni kita semua dah boleh gerak kesanalah. Pastikan pihak polis tak tahu aktiviti kita malam ni.” ujar Bos Naqi.

                Armani yang baru sahaja sampai terdengar perbualan antara Bos Naqi dan anak buahnya.

                “Eh, Amani bila sampai?” tanya Carl Zyen yang terlihat kelibat Armani dihadapan pintu masuk.

                “Baru je. By the way, aktiviti apa yang bos nak buat malam ni? Ada job tarik kereta ke?” tanya Armani.

                “Err…tak. Ni kerja part time.” ujar Bos Naqi.

                Armani malas bertanya banyak. Dia mulakan kerja seperti biasa.

 

                Malam itu, Bos Naqi bersama anak-anak buahnya, Carl Zyen, Paduka John, Kococi memulakan aktiviti rompakan bank seperti yang dirancang. Malangnya, pihak polis dapat menghidu kegiatan mereka. Bertempiaran mereka melarikan diri.

                “Amani, tolong ambil kitorang berdekatan dengan bank besar sekarang.” ujar Carl Zyen yang berjaya melarikan diri jauh dari kawasan yang dikepung oleh pihak polis.

                Armani yang baru sahaja selesai menghantar lori longkai, bergegas mengambil Carl Zyen di lokasi yang diberi.

                “Apa yang korang buat sebenarnya ni? Terdesak sangat ke sampai perlu merompak?” marah Armani selepas berjaya membawa geng-geng longkai pulang ke markas.

                “Tak adalah terdesak mana pun, cuma kita perlukan duit untuk besarkan kawasan longkai ni.” ujar Kococi.

                “Ala minah ni, kecoh la. Kau tak tau apa-apa baik kau diam.” celah Paduka John yang sememangnya terkenal dengan mulut celuparnya.

                “Kau ulang lagi sekali apa yang kau cakap tadi?” ujar Armani sambil mengacukan kayu besbol Paduka John.

                Paduka John terdiam. Sangkaannya Armani hanya seorang gadis yang hanya tahu membebel dan merungut.

                “Sudah, jangan gaduh.” ujar Bos Naqi yang baru sahaja sampai ke markas.

                “Bos okay ke?” tanya Kococi, lelaki pendiam tapi berani.

                “Mestilah. By the way, ini hasil rompakan kita.” ujar Bos Naqi sambil meletakkan beg yang berisi duit.

                “Cayalah bos!” sorak geng-geng longkai.

 

                Terlihat Armani sedang menghidupkan rokok sambil menikmati angin malam.

                “Patutlah bibir hitam, suka isap rokok rupanya.” sapa Paduka John.

                Armani tidak melayan.

                “Sepatutnya perempuan macam kau ni, duduk rumah je. Buat apa nak sibuk-sibuk kerja macam kitorang ni. Tempat ni tak sesuai untuk kau.” sambung Paduka John.

                Armani mulai hilang sabar. Rokok yang berada di jarinya langsung dicampak, tangan sebelahnya lagi mengeluarkan senjata api dan langsung diacu tepat di kepala Paduka John.

                “Aku dah lama sabar dengan kau ni. Tapi malam ni, kesabaran aku dah hilang sebab mulut kau. Jangan sampai peluru ni masuk terus kedalam anak tekak kau.” ujar Armani dengan tegas.

                “Amani!” pekik Carl Zyen dari jauh.

                “Kak Long, sabar. Benda boleh bincang Kak.” ujar Kococi yang cuba meleraikan kedua-dua orang itu.

                “Dengan dia ni dah tak boleh nak bawa bincang. Bukan sekali ni dia cabar aku. Aku diam, dia memekak.” marah Armani.

                “Aku dah pernah pesan dengan kau kan Paduka. Jangan cari pasal dengan Amani. Memang dia perempuan tapi dia tak macam perempuan lain.” ujar Carl Zyen.

                “Apa maksud kau tak macam perempuan lain? Habis dia ni apa? Betina?” ujar Paduka John sambil tertawa kecil.

                Tanpa berlengah, Armani langsung mencapai pisau yang berada di atas meja berdekatanya itu dan langsung diacu ke muka Paduka John. Setitis demi setitis darah mengalir dari pipi Paduka John.

                “Ini akibat dari mulut celupar kau. Parut ni akan jadi pengajaran untuk kau.” ujar Armani.

                Kococi langsung mengambil peti cemas untuk menghentikan darah yang mengalir di pipi Paduka John.

                Carl Zyen hanya mampu terdiam. Bukannya dia tak pernah beri amaran pada Paduka John agar tidak mengganggu Armani sedemikian. Kini Paduka John telah menerima akibat dari kata-kata buruknya itu.

                “Sial punya perempuan!” tempik Paduka John.

 

***        ***        ***

 

                “Hello Amani, ada mana tu?” tanya Mika Lana dihujung talian.

                “Tempat kerja aku. Baru nak gerak balik ni.” ujar Armani.

                “Eh, meh lah lepak dengan aku kat sini.” ujar Mika Lana.

                “Okay, on the way.” ujar Armani sambil menghidupkan enjin motorsikal yang dipinjamkan oleh Carl Zyen.

 

                Sesampainya di lokasi yang dihantar oleh Mika Lana, terlihat dua orang lelaki berada disamping gadis itu.

                “Haa sampai pun kau.” ujar Mika Lana.

                Armani sempat mengerling kearah dua orang lelaki tersebut iaitu Advern Atlas dan Apiez.

                “Have a sit Amani.” ujar Advern Atlas.

                “Thank you.” balas Armani.

                “Eh wait… darah apa kat baju Amani tu? Are you got an excident?” tanya Advern Atlas.

                Mika Lana hanya terdiam. Dia tahu peristiwa yang berlaku pada Armani kelmarin malam selepas diceritakan oleh abangnya, Carl Zyen.

                “Eh, tak adalah. Ni bukan darah, ni cat. Tadi ada gotong royong cat dinding kat tempat kerja. Kebetulan guna cat warna merah, tak perasan pulak merecik kat baju.” ujar Armani.

                Mika Lana tersenyum mendengar alasan yang diberi oleh Armani.

                “Can we talk?” tanya Apiez.

                “Kita? Berdua?” tanya Armani.

                Apiez menggangguk.

                Armani mengerling kearah Mika, Mika memahami.

 

                “So, awak nak cakap apa?” tanya Armani.

                “Err…saya…” ujar Apiez, gagap.

                “Oh by the way, bukan ke saya dah beri contact number pada awak hari tu? Kenapa tak call or message ke?” tanya Armani.

                “Segan.” ujar Apiez sambil menunduk malu.

                Armani tergelak.

                “Come on. Muka awak sikit punya ganas siap bertattoo, tapi dengan saya pun nak segan?” ujar Armani sambil menahan tawanya.

                “Saya ni pemalu.” ujar Apiez.

                “Comelnya.” celah Armani.

                Mata mereka saling bertentang. Armani mula merasakan wajahnya memerah dan panas.

‘Ishhh dah kenapa aku pulak blushing bila dia tenung aku macam ni!’ bisik hati kecil Armani.

“Saya suka awak.” ujar Apiez dengan nada perlahan.

Namun bisikan Apiez tidak sampai ke telinga Armani yang sedang khusyuk melihat telefon pintarnya.

“Alamak…” jerit Armani dan kelam kabut bergegas pulang.

“Guys,I have to go back now!” ujar Armani.

                Mika Lana terpinga-pinga.

                “Abang aku on the way balik rumah!” jawab Armani, langsung menghidupkan enjin motosikal dan bergegas pulang.

                “Kau dah cakap ke dengan dia?” tanya Advern kepada Apiez.

                “Dah tapi dia macam tak dengar je.” ujar Apiez.

                “Aduh kau ni, slowlah. Jangan sampai nanti dia jatuh ke tangan lelaki lain, nyesal tak sudah karang.” omel Advern Atlas.

 

***        ***        ***

 

                “Abang tengok adik dah banyak berubah. Kenapa adik jadi macam ni? Adik dah tak macam dulu.” ujar Afrizal.

                “People changes. Semua orang akan berubah. Sampai bila nak kita nak hidup dibawah tapak kaki orang?” ujar Armani.

                “Abang dengar adik bergaul dengan geng-geng longkai sekarang. Adik tahu tak tempat tu tempat apa?” tanya Afrizal.

                Armani sedikit terkejut apabila abangnya tahu pekerjaan yang dia lakukan sekarang.

                “Macam mana abang tahu pasal ni?” tanya Armani.

                Afrizal terdiam.

                “Sebab aku yang ceritakan semuanya pada abang kau.” ujar Carl Zyen.

                Armani terkejut apabila melihat Carl Zyen tiba-tiba muncul di rumahnya.

                “Carl?”

                “Abang dah tahu semuanya. Dan Carl ni sebenarnya kawan abang. Abang amanahkan dia untuk jaga adik sepanjang abang bekerja diluar kawasan. Tapi tulah, tak sangka pulak dia hasut adik untuk jadi macam dia.” ujar Afrizal.

                “Sorry bro. Kalau aku tak buat macam ni, orang lain akan pijak adik kau dengan mudah.” ujar Carl Zyen.

                “Selama ni kau rahsiakan semua ni dari aku?” ujar Armani, tajam pandangannya.

                “Bukan niat aku nak rahsiakan dari kau tapi ni amanah dari abang kau.” Jawab Carl Zyen.

                “Abang rindu adik abang yang dulu. Tapi abang tahu adik abang sekarang dah besar, dah boleh jaga diri sendiri. Abang bangga. Maafkan abang sebab tak selalu ada dengan adik sebab sibuk bekerja.” ujar Afrizal.

                “Tak apalah bang. Terima kasih selama ni jaga adik dengan baik dan bersusah payah cari duit untuk sara adik.” ujar Armani.

                “Carl, terima kasih pada kau jugak sebab jagakan adik aku.” ujar Afrizal.

 

***        ***        ***

 

                Sewaktu Armani sedang melayani telefon pintarnya, tiba-tiba sahaja dia terfikirkan lelaki yang baru sahaja dia temui tempoh hari, Apiez. Lelaki pemalu tapi cuba beranikan diri untuk mengenali dirinya.

                “Comel pulak mamat ni.” ujar Armani sambil tersengih.

                Sedang asyik membelek gambar yang berada digaleri telefon, tiba-tiba matanya terpandang sekeping gambar dimana ada Apiez disitu. Hatinya tiba-tiba berdebar dan berdegup kencang. Laju.

                “Ishhh…perasaan apa ni.” dirinya menjadi tak tentu arah.

               

                Sepanjang waktu bekerja, hati Armani mula tak tenteram. Resah gelisah sejak pertemuan tempoh hari.

                “Kak Long okay ke tak ni?” tanya Kococi apabila melihat Armani serba salah tingkah.

                “I’m not okay.” ujar Armani.

                “Ceritalah kalau Kak Long tak kisah.” ujar Kococi.

                Armani memandang Kococi. Walaupun Kococi masih muda dari umurnya, dia tahu budak ini boleh dipercayai.

                “Apa tu jatuh cinta?” tanya Armani.

                Kococi tersenyum.

                “Jatuh cinta ni ada 3 fasa. Pertama, cinta itu hadir masa kita masih muda dan perasaan itulah kali pertama kita akan rasa berbunga-bunga sampaikan kita rasa yakin bahawa dialah yang akan jadi pasangan hidup kita. Yang kedua, akan ada fasa dimana kita sangat sayang dan cintakan seseorang tu meskipun kita sering disakiti sehinggalah kita sedar kalau selama ni kita bertahan pada orang yang tidak layak untuk dicintai dan akhirnya kita sendiri akan berhenti membuka hati dan kembali mencintai diri sendiri. Dan last, yang ketiga; akan ada satu hari dimana seseorang itu hadir pada saat kita tidak ingin pun rasa jatuh cinta lagi tapi dia buat kita rasa selesa dan mencintai kita dengan tulus. Dan di fasa ni, kita akan menemukan pasangan hidup yang sesungguhnya dan ingin selalu bersamanya.” jelas Kococi panjang lebar.

                “Adakah aku berada di fasa yang ketiga?” tanya Armani.

                Kococi menggangkat bahu, penuh tanda tanya.

                “Entahlah. Aku pun tak faham dan serik nak beri hati aku pada mana-mana lelaki. Semuanya menghampakan. Tapi…lelaki yang satu ni buat aku tak senang duduk.” ujar Armani.

                “Itu namanya Kak Long dah mula sukakan dia.” ujar Kococi.

                “Dia sukakan Kak Long tak?” sambung Kococi.

                “Entah. Yang aku tahu dia pemalu. Mana mungkin dia nak luahkan perasaan dia pada aku. Sampai bila-bila pun tak mungkin akan terluah. Melainkan aku yang kena mulakan.” jelas Armani.

                “Lelaki kena be gentlemen Kak. Kalau dia betul sukakan Kak Long, dia sendiri akan luahkan tanpa perlu disuruh pun. Tak pun macam ni, apakata Kak Long cabar dia untuk melamar. Kalau dia berani, he’s the only one.” ujar Kococi.

 

                Armani langsung menghubungi Apiez dan mengajak berjumpa pada keesokkan hari.

 

                Keduanya terlihat kekok.

                “Saya ganggu awak ke?” tanya Armani.

                Apiez menggeleng.

                “Okay. Saya nak jumpa awak ni pun sebab tempoh hari perbualan kita terhenti tengah jalan. So…” belum sempat Armani menghabiskan ayatnya, Apiez langsung menarik tangan Armani dan masuk ke dalam kereta.

                “Jum ikut saya.” ujar Apiez.

                Armani akur.

 

                Sesampainya disebuah pergunungan, Apiez membuka pintu kereta untuk Armani dan menghulurkan tangannya.

                Armani terpana akan layanan Apiez yang menurutnya sangat comel.

                “Wahhh…cantiknya!” Armani terpesona melihat langit senja yang sangat indah.

                “Secantik wanita disamping saya.” puji Apiez.

                Armani terdiam. Jarang sekali ada lelaki memuji dirinya.

                “Atas gunung ni tempat saya selalu healing. Kalau dulu, saya pergi sendirian tapi kini ada yang menemani.” ujar Apiez sambil tersenyum memandang Armani.

                Bersaksikan langit senja dan matahari yang separuh terbenam, Apiez mengeluarkan sekuntum bunga mawar merah dan menghulurkan kearah Armani. “Saya sukakan awak.”

                Armani terkesima. Mukanya mula memanas dan memerah. Hatinya berdebar dan jantungnya mula berdegup kencang. Inikah namanya jatuh cinta fasa 3 seperti yang diceritakan oleh Kococi tempoh hari?

                Namun mengingatkan pekerjaan dan sikap kasarnya, Armani cuba menolak rasa cinta itu agar Apiez tidak terluka dengan apa yang dia harapkan.

                “Tapi… saya tak seperti perempuan lain. Awak tak kenal saya.” ujar Armani.

                “Mika banyak cerita pasal awak. Termasuklah pasal awak acu senjata api dan cederakan rakan sekerja awak.” ujar Apiez.

                Armani terbungkam. Lidahnya kelu berkata-kata.

                “Saya dah tahu semua pasal awak. Tapi saya tak kisah pun semua tu.” Sambung Apiez.

                “Saya tak peduli siapapun awak dimasa lalu mahupun sekarang. Saya sukakan awak dari hari pertama lagi saya nampak awak. Saya yakin dengan kata hati saya, you are the only one yang saya cari selama ni.” ujar Apiez.

                Armani memandang kedalam mata Apiez. Mencari keikhlasan lelaki itu.

                “Mungkin terlalu awal untuk saya mengucapkan kata cinta pada awak tapi saya taknak terlambat untuk memiliki awak dalam hidup saya.” ujar Apiez.

                Apiez mula berlutut dan mengeluarkan sebentuk cincin. “Sudikah awak jadi peneman hidup saya untuk selamanya?”

                Sekali lagi Armani dikejutkan dengan lamaran Apiez. Kali ini Armani benar-benar tewas dengan perasaannya. Armani menggangguk setuju.

                Selepas Apiez menyarungkan cincin dijari manis Armani, dia langsung memaut pinggang gadis itu dan memeluknya dengan sangat erat.

                “Terima kasih.”

                Senja berlabuh, cahaya bulan mula menerangi pergunungan tersebut.

                Keduanya bertentang mata tanpa kata-kata. Nafas mereka mula turun naik. Tanpa disedari, bibir keduanya saling rapat dan satu kucupan hinggap dibibir.

                “I love you.”

                Pelukan keduanya semakin erat.

 

***        ***        ***

 

                “Carl, macam mana keadaan Bos Naqi?” tanya Armani sebaik sahaja sampai di perkarangan hospital.

                “Bos Naqi selamat. Cuma sekarang dia berada dalam keadaan koma.” ujar Carl Zyen.

                “Kereta yang Bos Naqi guna total lost. Aku dah suruh Paduka John pergi tarik kereta tu dan hantar ke besi buruk.” jelas Carl Zyen lagi.

                “Tak apalah janji Bos Naqi selamat.” ujar Armani penuh gelisah.

 

                Beberapa hari kemudian, Bos Naqi akhirnya sedar dari koma namun menurut kata doktor Bos Naqi mengalami amnesia. Ada suatu ketika Bos Naqi mula meracau dan menjerit.

                “Siapa korang ni? Apa korang nak dari aku?” marah Bos Naqi.

                “Kami ni anak buah Bos.” ujar Kococi.

                “Aku tak kenal korang. Berambus dari sini! Pergi. Pergiii!!!” teriak Bos Naqi.

 

                “Sebelum kejadian Bos Naqi exsiden tu, aku ada terdengar dia berbual dengan madam, ex-wife Bos Naqi. Bunyi macam gaduh tapi aku malas nak ambil port hal rumah tangga dia orang.” jelas Carl Zyen.

                “Mungkin bos stress sehingga hilang fokus pemanduan.” celah Kococi.

                Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba datang sebuah kereta mewah jenis Bentley masuk ke kawasan longkai.

                “Korang, siapa tu?” tanya Armani.

                Kelihatan seorang lelaki muda dan seorang perempuan berpakaian kemas dan membimbit sebuah beg berisi dokumen penting. Carl Zyen mendekati mereka berdua.

                “Hai, saya Miss Chrissy, wakil dari Encik Farid selaku pembeli tempat ini dan saya diberitahu tempat ini telah dijual atas nama Madam Zarra.” ujar perempuan tersebut.

                “Tempat ni dijual? Biar betol?!” ujar Kococi, terpinga-pinga.

                “Sejak bila pula tempat ni dijual?” tanya Carl Zyen.

                “Disini saya sertakan surat bukti jual beli tersebut.” ujar Miss Chrissy sambil menghulurkan sekeping surat perjanjian.

                Armani langsung menyemak surat tersebut. “Longkai Inchong dijual dengan harga… Ishh memang betullah tempat ni dah dijual! Ada tanda tangan madam Zarra sekali ni.” ujar Armani selepas menyemak surat tersebut dengan teliti.

                “Setahu aku, tempat ni memang ada nama Madam Zarra walaupun Bos Naqi dah bercerai dengan madam. Tapi tak sangka pula Madam nekad jual tempat ni.” ujar Carl Zyen.

                “Okay, macam nilah…bagi kami masa untuk kami check dulu dengan owner lama tempat ni. Kami tak tahu menahu pasal ni.” jelas Carl Zyen.

                “Baiklah. Kami bagi tempoh seminggu. Jika tiada respon dari pihak kalian, kami akan ambil alih tempat ni serta merta.” ujar Miss Chrissy.

 

***        ***        ***

 

                Geng Longkai semakin buntu. Madam Zarra hilang tanpa khabar. Bos Naqi pula masih dalam pemerhatian pihak hospital. Seminggu telah berlalu. Longkai tak dapat diselamatkan. Kococi mula beralih arah dan mencari pekerjaan lain. Paduka John pula dikhabarkan mula berjinak dalam bidang kepolisian dan Carl Zyen pula mula membuat side job seperti memotong kayu, membina bangunan untuk mencari duit menampung kehidupan seharian.

 

                “Amani nak kerja dengan aku tak?” tanya Mika Lana.

                “Kerja apa?” tanya Armani pula.

                “Hantar barang. Gaji lumayan.” ujar Mika Lana.

                “Tak kisahlah, janji dapat duit. Sejak longkai tutup ni, kitorang semua hilang arah.” ujar Armani.

                “Apakata kau ajak geng-geng longkai kau join aku?” ujar Mika Lana.

                “Serius la? Esok juga aku ajak diorang join!” ujar Armani dengan penuh teruja.

 

                Mika Lana mengajak Armani dan yang lain datang kerumahnya.

                “Welcome to our house.” ujar Mika Lana.

                “Our house? Kau tinggal dengan siapa?” tanya Armani.

                “Rumah ni akan jadi rumah kita semua. Aku nak kita semua tinggal dalam satu rumah sama-sama.” ujar Mika Lana.

                “Mana kau dapat duit untuk beli rumah sebesar ni Mika?” tanya Armani.

                “Aku nak kenalkan pada korang, ini Smoky. Smoky Tagaya, lelaki ni yang selalu tolong aku bila aku susah dan dia juga yang banyak tolong aku selama ni.” ujar Mika Lana sambil mengenalkan teman lelakinya.

                “Dan, tak lupa juga pada Apiez, share partner aku.” ujar Mika Lana.

                Armani langsung memandang kearah Apiez. Dia tidak tahu menahu soal ni.

                “Ye, sebenarnya inilah kerja saya selama ni. Saya bukan tak nak beritahu awak cuma saya takut awak tak boleh terima kerja saya yang hina ni.” ujar Apiez.

                “Siapa cakap saya tak boleh terima? Apa saja yang awak buat, saya tetap akan sokong dan support awak dari belakang. Tak kisahlah baik atau buruk.” ujar Armani.

                “Terima kasih sayang.” ucap Apiez.

 

                Tidak pernah sehari pun geng longkai tidak menjenguk Bos Naqi. Sehinggalah lelaki itu benar-benar pulih dari amnesia.

                “Seriuslah longkai dah dijual? Rumah saya pun?!” Bos Naqi terkejut apabila dikhabarkan kesemua hartanya telah dijual dan dia tinggal sehelai sepinggang. Bos Naqi terduduk disitu. Fikirannya buntu. Kesemua yang dia milik telah diambil oleh Zarra, bekas isterinya.

 

                “Macam nilah bos, apakata bos tinggal dengan kami. Kita mula hidup baru sama-sama dan mula perniagaan baru.” ujar Carl Zyen.

                “Saya bukan lagi bos korang, kenapa masih panggil saya bos?” tanya Bos Naqi.

                “Rasa hormat kami pada bos tak pernah pudar.” ujar Armani.

                “Tapi saya dah tak ada apa-apa lagi. Kenapa awak buat semua ni untuk saya? Saya tak mampu nak balas jasa korang.” ujar Bos Naqi.

                “Macam nilah bos, anggap jela kami ni keluarga baru bos. Kami sayang bos. Bos kutip kami disaat kami tak ada apa-apa. Sehinggalah kami mampu untuk buka kehidupan baru bersama-sama. Tinggallah bersama kami seperti sebuah keluarga.” ujar Armani yang disahut dengan Carl Zyen.

                “Terima kasih semua.” ujar Bos Naqi.

 

END PART 2.

Nukilan oleh: Leenz Armani

24 December 2023

Cerpen: Langit Senja (Ep 1)

 Langit senja. (EP: Keluarga)


    “Apa yang abang buat ni?” ujar Arifah.

    “Ini syarikat saya, suka hati sayalah nak buat apa pun dengan duit tu.” jawab Zaydeen.

    “Ye, memang abang ada hak. Tapi abang kena ingat, syarikat ni kita dirikan sama-sama. Abang dah lupa ke?” balas Arifah sambil memberi fail yang tersimpan segala maklumat kewangan.

    “Ahhh bisinglah awak ni!” tempik Zaydeen sambil menepis fail tersebut dan langsung berlalu pergi.

    “Abanggg!” jeritan Arifah tidak didengari.


“Mama, Ejal rasa Ejal nak cuba cari kerja.” ujar Afrizal, anak lelaki tunggal Arifah dan Zaydeen.

“Kenapa Ejal nak cari kerja kat tempat lain? Ejal tak nak kerja di company papa?” tanya Arifah.

“Err… tapi Ejal tak minat kerja bahagian bisnes macam syarikat papa tu. Bukan bidang Ejal.” jawab Afrizal.

“Syarikat tengah ada masalah, company perlukan orang macam Ejal.” pujuk Arifah.

“Kalau mama nak suruh Ejal ambil alih syarikat papa tu, sorry ma…Ejal belum ready lagi.” ujar Afrizal dengan tegas.

Arifah terpaksa mendiamkan masalah kewangan yang berlaku dalam syarikat yang dia bangunkan bersama suaminya suatu ketika dulu. Zaydeen pula sejak kebelakangan ini terlihat sangat boros dan menyalahgunakan duit syarikat demi kepentingan dirinya sendiri.


“Heyyyy, mana suami kau?” jerkah seorang lelaki berbadan besar dan bermuka bengis tiba-tiba sahaja mendatangi Arifah yang sedang bersiap-siap untuk keluar rumah.

“Encik ni siapa?” tegas Arifah.

“Aku tanya mana suami kau, Zaydeen tu?” ujar lelaki itu.

“Sua…suami saya tak ada kat rumah. Ada hal apa encik cari dia?” tanya Arifah.

“Kau dengar sini, suami kau banyak berhutang dengan aku. Dia janji nak bayar hari ni, mana dia?!” tempik lelaki bengis itu.

Arifah terbungkam. Zaydeen berhutang?

“Woiii, aku tanya mana laki kau, Zaydeen?!” ulang lelaki itu setelah Arifah tidak menjawab.

“Saya…saya tak tahu dia kemana. Dia pun dah lama tak balik rumah. Saya dah cuba hubungi dia dari kelmarin lagi tapi tak dapat, mungkin dia diluar kawasan. Tak pun, macam ni lah… Kalau dia balik nanti, saya akan beritahu dia yang encik ada cari dia dan saya akan suruh dia hubungi encik, boleh?” ujar Arifah.

“Aku tak tahulah kau ni boleh dipercayai ke tak. Tapi takpe, aku tunggu panggilan dia. Dalam waktu terdekat ni, kalau dia tak hubungi aku, kau tahu akibatnya nanti!” ujar lelaki itu sambil menggugut.

Sebaik sahaja lelaki berbadan besar itu pergi, Arifah langsung terduduk. Kakinya tak mampu 

berdiri kerana terlalu takut. “Mana abang pergi ni…”


*** *** ***


“Psst…weh, kau tengok lecturer tu. Hensemnya!” ujar Trisya sambil tersenyum.

“Ishh kau ni gatal eh. Dengan lecturer pun kau nak try.” ujar Armani sambil menjeling kearah sahabatnya, Trisya.

“Pagi tadi aku terserempak dengan lecturer tu kat traffic light depan tu. Kereta dia mahal kot!” ujar Trisya dengan penuh kagum.

“Dah kalau duduk rumah berdepan dengan pemandangan pantai sana tu, ofcourselah kereta dia pun mesti mahal-mahal.” ujar Dealara.

“Wehh, mana kau tahu dia duduk sana? Kau stalk dia ke?” tanya Trisya.

“Aku nak stalk dia? Buang masa je.” ujar Dealara.

“Laa, dah tu mana kau tau dia tinggal kat area pantai tu?” sambung Trisya.

“Rumah dia berdekatan je dengan kedai kereta pakcik aku. Selalu je aku terserempak dengan lecturer tu kalau aku ada nak ke kedai pakcik aku tu. Alah, lagipun lecturer tu memang regular customer pakcik aku.” ujar Dealara.

Trisya ternganga mendengar cerita Dealara. Armani pula terlihat tidak berminat untuk ambil tahu.

“Haa kau ni Armani, apsal diam je dari tadi? Kau tak teruja macam si Trisya ni ke?” tegur Dealara.

“Tak pun. Lagipun dia tu lecturer kita. Kita ni pelajar dia. Korang kena sedar tu.” ujar Armani sambil memerhatikan seorang lelaki dari jauh.

“Elehhh dia ni bukannya tak minat dengan lecturer yang kita tengah borakkan tu, tapi tu haaa mata dia tak lekang pandang si anak cina tu. Entah apa yang special sangat la dengan budak tu.” ujar Trisya.

“Ishh mana ada.” tepis Armani.

“Sudahlah. Kitorang tahulah kau suka dengan si Roy tu kan.” usik Dealara.

“Ehh korang ni. Asal main cakap je.” Armani cuba menyembunyikan perasaannya.

“Tapi satu bendalah aku nak cakap pasal Roy tu. Aku dengar-dengar dia ada rapat dengan sorang perempuan kat sini. Dan tak silap aku, dia suka perempuan tu, cuma perempuan tu je anggap dia tak lebih dari seorang kawan. So, aku rasa harapan kau untuk memenangi hati si Roy macam tipisss je.” ujar Dealara.

Armani tertunduk diam. Benar, dulu dia pernah menyukai Roy dalam diam. Namun dia hanya mampu memandang lelaki itu dari jauh sahaja kerana taraf kehidupan mereka yang berbeza. Roy, lelaki mualaf yang berkehidupan sederhana dan pendiam, manakala Armani pula sentiasa berada dalam kalangan anak-anak orang berada.


“Sampai sini je kelas kita hari ni. Class dismissed.” ujar lecturer Bukhori.

Trisya terlihat sedang tersengih-sengih sambil matanya tak lekang memandang lecturer kesayangannya itu.

“Weh, jum kita lepak kat café yang baru buka kat tengah bandar tu?” ujar Dealara.

“Aku tak join kot. Abang aku kejap lagi datang ambil aku.” ujar Armani.

“Alaa… cakap kat abang kau tak payah ambil kau, nanti aku boleh hantar kau balik.” pujuk Dealara.

“Ishhh, mana boleh. Kau pergi jelah dengan Trisya. Lagipun tadi lecturer ada kasi assignment nak kena buat.” ujar Armani mencari alasan.

“Hello girls, okay ke tu? Kenapa tak balik lagi ni?” tegur lecturer Bukhori.

Trisya terdiam apabila lecturer tersebut tiba-tiba menerpa di hadapan mereka.

“Err… ehh Sir buat apa kat sini? Kenapa tak balik lagi?” tanya Dealara.

“Soalan saya dijawab dengan soalan? Actually saya dah nak balik dah ni. Tiba-tiba ternampak you girls masih kat sini, so tak salah kot kalau saya nak tegur?” ujar lecturer tersebut.

“Ahaa memang tak salah pun Sir.” jawab Dealara sambil tersengih.

“By the way Sir… sebenarnya kawan saya ni…” belum sempat Dealara meneruskan kata-katanya, lecturer tersebut langsung mencelah.

“Sebenarnya saya nak jumpa dengan awak kejap, boleh?” ujar lecturer Bukhori sambil menunjukkan kearah Armani.

Trisya dan Dealara saling berpandangan, terkejut apabila lecturer tiba-tiba mencari Armani.

“Saya ke?” tanya Armani.

Lecturer Bukhori menggangguk dan mengajak Armani membuntutinya.

Trisya dan Dealara semakin hairan.

“Korang geraklah dulu. Apa-apa nanti aku text.” ujar Armani.


*** *** ***


Akibat kewangan syarikat semakin berkurang, ramai pekerja telah mengundurkan diri kerana tidak dibayar gaji mengikut waktu yang ditetapkan. Arifah semakin pusing memikirkan masa depan syarikat. Semenjak Zaydeen menghilangkan diri, Arifah satu-satunya waris syarikat yang bertanggungjawab menguruskan segala hutang piutang. Afrizal pula selaku anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam keluarga bertindak untuk tidak masuk campur hal syarikat. Apatah lagi sejak dia mendapat tahu bahawa ayahnya telah membuat onar.

“Maaf Ejal, bukan Ejal tak nak bantu mama uruskan syarikat, tapi dengan masalah yang ada ni, Ejal tak rasa Ejal mampu hadap semua ni. Lagipun papa dah cukup banyak menyusahkan kita. Sepatutnya dia yang kena ada dalam situasi ni. Tapi mana papa pergi? Hilang tanpa khabar.” ujar Afrizal.

“Mama pun tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Papa kamu menghilang dengan meninggalkan beban dalam keluarga kita. Berapa ramai lagi akan call mama untuk tuntut hutang lepas ni…” ujar Arifah.

“Ejal memang tak mampu nak bantu mama dalam menguruskan hal syarikat tapi Ejal cuba bantu dari segi kewangan. Selama ni Ejal ada simpan sedikit duit simpanan untuk tampung masa depan kita. Mama pakailah dulu duit tu.” ujar Afrizal sambil mengulurkan buku bank simpanannya.

“Maafkan mama. Mama tak mampu nak senangkan hidup anak-anak mama.” ujar Arifah.

“Mama jangan cakap macam tu. Mama adalah ibu terbaik untuk Ejal dan Armani. Kalau bukan sebab mama, Ejal takkan ada sampai tahap ni. Terima kasih mama yang selama ni bersusah payah besarkan kami dua beradik.” pujuk Afrizal.


Armani tak lekang memandang skrin telefon bimbitnya sambil berbalas whatsapp.

“Armani, sampai bila kau nak diamkan kitorang ni?” tanya Trisya.

Armani terpinga-pinga.

“Ehh, dia pura-pura tak tahu pulak ye. Kau ingat tak hari tu masa kita nak balik, lepas tu lecturer ada panggil kau. Dia nak apa?” tanya Trisya lagi.

“Ohhh pasal tu. Err… tak ada apalah.” jawab Armani acuh tak acuh.

“Aikkk…takkan tak ada apa? Macam pelik je…” balas Dealara.

“Err… korang pun tahu kan aku serabut pasal assignment. Haa maybe pasal tu kot lecturer panggil aku ke bilik dia. Korang jangan nak fikir bukan-bukan pulak.” ujar Armani.

Dealara mula mensyaki ada yang aneh antara Armani dan lecturer Bukhori.


“Kau rasa lecturer kita tu dah berpunya ke belum?” bisik Trisya kepada Dealara yang duduk disebelahnya.

“Kalau tengok dari cara dia melayan kita semua, aku rasa dia masih single. Yelah, kalau orang dah berpasangan ni, tak mungkin dia nak layan kita semesra ni.” ujar Dealara.

“Betul juga tu. Well, kalau dia ada girlfriend, dia takkan layan perempuan lain. Nak jaga hati dan perasan girlfriendlah katakan.” ujar Trisya, menyedapkan hati.

Armani sekadar menjeling kearah kedua sahabatnya yang seronok bergosip.

Lecturer Bukhori terlihat sedang memandang kearah 3 sahabat itu.

“Wehh kita borak kuat sangat ke?” tanya Dealara.

“Ishh mana ada.” ujar Trisya.

“Dah tu kenapa lecturer dari tadi tengok kearah kita je? Macam kita buat salah je.” ujar Dealara.

“Aku rasa dia pandang aku kot. Ishhh malunya aku.” ujar Trisya, tanpa sedar mukanya mula memerah.

“Perasanlah kau ni!” marah Dealara sambil berbisik keras.

Armani dalam diam membalas senyuman lecturer tersebut. Fikirannya mengenang kembali memori waktu pertama kali dia bertemu dengan Bukhori.


“Cik tunggu kejap ye, saya pergi ke dalam ambil brochure kereta yang cik mahukan.” ujar pekerja di kedai kereta F1 Auto.

“Okay baik, saya tunggu kat sini.” ujar Armani.

“Lawa kereta ni kan.” ujar Bukhori.

Armani terdiam disitu.

“Cik boleh suggest pada saya warna kereta yang sesuai untuk saya?” tanya Bukhori. 

“Saya bukan…” 

“Atau cik suggest pada saya kereta limited paling baru yang ada di sini?” tanya Bukhori lagi.

Armani mengeluh. Sangkaan lelaki itu, dia adalah pekerja di kedai kereta tersebut.

“Cik, kenapa diam je? Nak kerja ke tak ni?” tanya Bukhori.

“Maaf ye cik lama menunggu. Ini brochure yang cik minta tadi.” ujar pekerja yang sedang melayani Armani tadi.

“Eh, awak bukan pekerja kat sini?” tanya Bukhori sambil menunjukkan kearah Armani.

Armani menggeleng sambil menjeling.

“Maafkan saya. Saya ingat awak pekerja baru kat sini tapi rupanya…” ujar Bukhori sambil mentertawakan dirinya sendiri.

“Its not funny.” ujar Armani.

“I know. But I say sorry. Saya Bukhori.” ujar Bukhori sambil menghulurkan salam perkenalan.

Armani merenung tepat ke dalam mata lelaki itu.

“Oh, hi.” jawab Armani dengan dingin sekali.

Bukhori terasa tercabar dengan respon yang diberi oleh Armani. Namun hatinya memberontak ingin mengenali gadis itu dengan lebih dalam.


Beberapa bulan usaha Bukhori untuk mendapatkan hati Armani, akhirnya gadis itu cair juga.

“Saya ingt lagi masa first time saya cuba ngorat awak. Masa tu bukan main sombong lagi ye.” ujar Bukhori.

“Bukan sombong tapi geram. Ada ke patut kita punya segak macam tu pun dia anggap as cardealer staff? Helloooo….” balas Armani.

“Actually saya tahu awak bukan cardealer staff pun. Tu semua ayat nak memancing je. But now, I got that girl.” ujar Bukhori sambil senyum mengusik.

“By the way, tak lama lagi nak masuk semester baru dah. Lepas ni saya dah busy dengan assignment pula. Tak ada masa dah nak dating macam ni. Nanti rindulah…” ujar Armani.

Bukhori tersenyum.

“Kalau rindu kenalah selalu jumpa.” ujar Bukhori.

“Itupun kalau tak busy dengan assignment.” balas Armani.

“Lepas ni kita akan jumpa selalu, sebab…” 

Armani terpinga-pinga.

“Sebab saya akan jadi lecturer kat tempat awak belajar.” ujar Bukhori.

Mata Armani terkebil-kebil mendengar berita yang disampaikan Bukhori.

“Seriously?” tanya Armani.

“Yes I am.” Bukhori mengiyakan.

Armani tersenyum bahagia.


“Kenapa diam je hari ni?” tanya Bukhori.

“Kita rahsiakan hubungan kita ni, boleh?” ujar Armani.

“Nanti apa pula diorang cakap pasal kita ni. Pelajar bercinta dengan pensyarah? Lagipun kawan saya sukakan awak. Sebab awaklah, dia semangat nak pergi kelas. Jadi, saya taknak dia hilang semangat kalau dia tahu saya ada hubungan dengan awak.” sambung Armani.

Bukhori terdiam.

“Saya minta satu ni je. Please….” ujar Armani.

“Okay, saya setuju.” akur Bukhori.


*** *** ***


“Mama….” Afrizal tak tahu bagaimana ingin dia khabarkan tentang berita yang dia dengar tentang ayahnya.

“Kenapa ni Ejal?” tanya Arifah.

Afrizal mengeluh.

“Ejal jangan buat mama risau. Kenapa ni?” desak Arifah.

Arifah langsung mengambil keratan akhbar yang berada di tangan Afrizal.

‘Seorang lelaki dilaporkan telah mati dibunuh.’

“Ejal, ini papa kan?” tanya Arifah.

Afrizal terdiam. Matanya mulai berkaca.

“Papa….” Arifah jatuh terduduk apabila mengetahui suaminya yang lama menghilang kini dikhabarkan telah mati dibunuh dengan kejam.

Arifah yang ditemani Afrizal langsung segera ke hospital berdekatan untuk menuntut mayat suaminya.

Semenjak pemergian Zaydeen, Arifah mengalami kemurungan yang berat. Afrizal mengambil cuti bekerja demi menjaga ibunya begitu juga dengan adiknya, Armani.

“Mama…cepat sembuh. Armani taknak kehilangan mama.” ujar Armani.

Arifah hanya terbaring lesu di katil tanpa sebarang respon. Jiwanya benar-benar telah mati.

“Adik tak ada kelas ke?” tanya Afrizal.

“Adik tak nak pergi kelas. Adik nak jaga mama.” ujar Armani.

“Mama akan sembuh, adik jangan risau.” pujuk Afrizal.


Armani redha dan cuba kuat untuk ke kelas.

“Can we talk?” ujar Bukhori melalui pesanan singkat di telefon bimbit.


“Saya ada hal penting nak beritahu awak.” ujar Bukhori sewaktu mereka berdua bertentang mata.

“Apa dia?” jawab Armani, lesu.

“Firstly, salam takziah untuk awak atas pemergian ayah awak.” ujar Bukhori.

Armani sekadar menunduk sedih,

“And the second things… Maafkan saya, saya tak berniat nak menambah kesedihan awak tapi…” Bukhori menarik nafas tinggi.

Armani masih menunggu.

“My parents… diorang nak jodohkan saya dengan wanita pilihan mereka. And I have no choice. Kalau saya tak ikut kata diorang, saya akan kehilangan everything.” ujar Bukhori.

Armani terdiam.

“Maafkan saya. Saya tak berniat nak kecewakan awak. Saya betul-betul minta maaf.” ujar Bukhori.

“Awak takut kehilangan segalanya? Tapi awak tak takut kehilangan saya? Means, awak tak kisah pun kalau kehilangan saya.” ujar Armani, tertawa sambil menangis.

“Bukan macam tu tapi saya…” Bukhori cuba menjelaskan namun ditolak oleh Armani.

“Cukup. Awak tak perlu nak jelaskan apa-apa lagi. Saya faham situasi awak. Dan saya pun tak nak menambah sebab untuk saya terus bersedih. Cukup saya dah kehilangan ayah saya, kehidupan saya dan kini saya dah pun kehilangan orang yang sangat istimewa dalam hidup saya. Saya harap awak adalah sebab terakhir untuk saya bersedih. Mata saya dah penat menangis. Jiwa saya dah letih bersedih.” ujar Armani.

Bukhori tak mampu berkata apa-apa.

“Apa yang boleh saya cakap pada awak… Semoga awak bahagia dengan dia. Saya tak salahkan awak. Mungkin memang dah tertulis takdir kita macam ni. Cuma saya berharap, lepas ni kita masih boleh berkawan.” ujar Armani.

“Terima kasih Armani. Awak memang wanita paling terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya.” ujar Bukhori.


*** *** ***


Pagi itu, Armani ingin ke kelas seperti biasa. Dia sempat singgah ke bilik Arifah untuk melihat keadaan ibunya.

“Selamat pagi mama…” ujar Armani sambil mencapai tangan ibunya. Sejuk macam ais batu.

“Mama…?” Armani cuba menggerakkan tubuh ibunya. Kaku.

“Mama bangun mama.” Armani terlihat cemas apabila ibunya tidak memberi apa-apa respon.

“Abangggggg!” jerit Armani.

Afrizal menerpa masuk kebilik ibunya. Tanpa bertanya, Afrizal langsung meletakkan jari berdekatan dengan hidung ibunya untuk merasai nafas namun kosong. Beralih pula kearah nadi di pergelangan tangan. Tidak berdetak.

Afrizal memandang kearah adiknya. Entah bagaimana ingin dia sampaikan bahawa ibu mereka telah tiada.


Arifah dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur.

Afrizal cuba menenangkan adiknya agar tidak terus-terusan menangisi pemergian ibunda tercinta.

“Abang janji abang takkan tinggalkan adik dan akan selalu ada untuk adik.” ujar Afrizal.


Afrizal mengajak Armani berpindah ke tempat lain dengan hasrat dapat memulakan hidup baru dan melupakan segala kisah pahit yang terjadi dalam kehidupan mereka sebelum ini. Armani masih belajar di tempat yang sama. Namun dalam diam Armani cuba bekerja separuh masa di kedai kereta sebagai penjual kereta demi menampung kehidupan mereka dua beradik. Afrizal pula kini membuat pelbagai pekerjaan untuk membayar kembali segala hutang yang ditinggalkan oleh syarikat keluarganya dulu dengan niat agar arwah ibu dan ayahnya tenang di sana.


END PART 1

Nukilan oleh: Leenz Armani