About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

30 December 2020

Pindah?

 Assalamualaikum!


Hi korang. Lama rasanya tak membebel kat sini, kan? So, how are you guys? I'm really sorry because I'm soooo busy with my personal life. Macam-macam hal buruk jadi dalam hidup aku dua tiga menjak ni, tapi aku percaya akan adanya hikmah disebalik semua tu. 

Well, aku ada berita gembira nak share dengan korang. Sebenarnya aku dah pindah rumah. No, I means aku akan berpindah keluar dari rumah neraka tu. Sepatutnya rumahku syurgaku, tapi bagi aku, rumah yang aku duduk ibarat rumah neraka. I decided to move out from there. So yeah, I did it. Aku diam-diam apply permohonan rumah sewa sementara yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru. Sebenarnya 3/4 tahun yang lepas, aku pernah apply tapi mungkin masa tu belum ada kekosongan untuk aku. Tapi aku tak give up. Aku try hantar borang permohonan tu lagi and yeah, finally i got it. Even sekadar rumah sewa yang sangat kecil, tapi aku dah cukup bahagia tinggal kat situ. Start aku bayar deposit rumah dan ambil kunci rumah tu, aku pindahkan sikit-sikit barang dari rumah neraka tu ke rumah sewa yang aku dapat tu dengan menggunakan kereta aku. Aku bukan tak nak sewa lori / van untuk pindahkan barang2 dalam rumah tu, tapi aku cuma tak nak si jiran mulut neraka tu kecoh dan beritahu pada mama aku. Aku sebolehnya tak nak diorang tahu. Belum masanya untuk aku reveal semua ni. For sure, diorang akan marah besar + kecil hati dengan tindakan aku untuk keluar dari rumah tu. 

Apa yang aku suka dengan rumah sewa aku ni, even dia betul2 berupa rumah low cost, tapi kawasan tu ada security yang jaga 24 hours. Hanya kereta yang ada pas masuk sahaja boleh masuk ke dalam kawasan perumahan tu. Lebih menariknya lagi, ada orang yang akan jaga kebersihan kawasan perumahan tu. Every morning bila aku nak pergi kerja, aku akan nampak orang bersihkan longkang dan menyapu sampah. Oh ye, selain tu, rumah tu juga disediakan ampaian dan tong sampah setiap 1 rumah, setiap pagi akan ada orang kutip sampah. Ahaaa jangan tak tahu, kawasan sini pun ada surau dan taska. Cuma yang tak bestnya, dalam kawasan perumahan tu tak dibenarkan membawa / membela binatang peliharaan seperti kucing & anjing. Maybe diorang tak nak ada najis binatang bersepah. Paling utama, tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu jiran yang lain sebab rumah tu betul2 rapat. Jadi sebagai jejiran, kenalah saling menghormati sesama jiran. Ye dak?

Ini contoh kawasan perumahan tu. Nampak kan, betapa rapatnya rumah2 disitu. Jadi faham2 lah kenapa aku cakap tak boleh buat bising. Peraturan di kawasan rumah ni memang banyak ye, tapi kite sebagai penyewa, nak tak nak kenalah akur. Dapat menyewa kat sini pun dah cukup bersyukur.

(Gambar google)

Alhamdulillah, kawasan sekeliling perumahan ni dipenuhi dengan pelbagai kedai makan. Apatah lagi, keluar je dari kawasan sini, ada KFC. Depannya pula ada mall, dan sangat dekat dengan Bandaraya. Bila bosan ke, cuti ke, aku boleh kesana sini weh. Heaven gila!

Hari pertama aku tidur rumah tu, dan bila bangun paginya aku rasa aku dah tak perlu nak set jam kot sebab akan kedengaran bunyi alarm dari rumah jiran2 aku. Bukan 1 tapi 2,3,4 dan seterusnya. Persoalannya, tidur mati ke diorang ni? Alarm berdering setiap sejam tanpa henti, OMG. Masalahnya aku yang terbangun sebab dengar bunyi alarm diorang sedangkan diorang boleh lena diulit mimpi. Huh! Tapi, itulah risiko tinggal menyewa kat sini. Aku ni boleh dikatakan penyabar jugaklah. Kalau aku jenis tak boleh sabar, aku dah ketuk pintu rumah jiran2 aku ni untuk suruh diorang off alarm tu dari terus berbunyi. 

Part paling best, pergi kerja dan balik kerja sekarang aku dah tak ambil masa 1-1 setengah jam tapi cuma 15 minit dari rumah ke tempat kerja. Best kot!

Beberapa hari kemudian....

Aku reveal pasal pindah rumah dengan diorang. Dan respon yang diorang beri seperti yang aku jangkakan. Of course diorang marah. But I don't care anymore. This is my choice. Diorang siap cakap pada aku, kalau rumah neraka tu disewakan pada orang lain, dah boleh dapat lebih dari yang aku bayar bulanan pada diorang. Well, money is everything... siapa kita nak menafikan? Diorang marah aku sebab tak beritahu awal-awal. Sebenarnya bukan aku nak sorok atau tak nak beritahu, cuma aku belum pindah sepenuhnya pun. Barang-barang aku yang lain masih banyak lagi yang aku belum pindahkan. Ada je lagi kat rumah neraka tu. Dan aku pun akan selalu balik sana even tak kerap. Diorang anggap aku seolah-olah nak berambus dari keluarga ni. Tapi kalau tu je pilihan aku ada, what can I do? Manusia memang serakah. Diorang tuduh aku pinjam duit along sampai nak larikan diri macam ni sekali, what the hell weh? Sekurang-kurangnya aku nak belajar berdikari. Sampai bila nak harapkan diorang sebab diorang sejenis suka mengungkit benda yang diorang dah pernah beri dan tolong. Aku benci perangai tu.

So, sampai sini jelah dulu yang aku nak borakkan. Dah waktunya aku balik kerja dah ni. Lepas ni mungkin aku akan menjadi lebih sibuk dari sekarang. Bila ada masa free nanti, aku update lagi. Take care korang.

Wassalam.
- Leenz

30/12/2020 - 16:56pm 


 

21 November 2020

Pencopek!

 Assalamualaikum!


Heyyy whatsupp guys? Happy weekend to everyone! Okay, aku malas nak meleweh sangat, lets straightttt to the point; 

Hari minggu yang lepas, me and my mom as usual pergi ke Pasar Tani yang berdekatan untuk beli barang dapurlah kan macam sayur, ikan, ayam, etc, etc la. So, kat Pasar Tani ni juga ada jual tudung, baju, and barangan keperluan yang lain. My mom pergi cari barang dapur, manakala aku pulak pergi survey tudung. Kekonon nak beli la sehelai dua, tapi hmm... masa aku tengah belek-belek tudung bawal yang tergantung kat situ, nampak menarik. Tapi aku letak balik sebab kononnya nak tengok yang lain dululah. Lepas je aku letak tudung yang aku ambil tadi, tibe-tibe datang seorang lagi pelanggan kedai tu terus ambil tudung yang aku dah mark tadi. Walhal aku dah simpan niat nak beli tudung tu. Tapi takpelah, mungkin bukan rezeki aku. Then, aku survey lagi tudung lain. Masa aku tengah membelek tu, aku terasa macam ada someone yang berdiri dekat sangat dengan aku. Kirenye macam dia betul2 rapat sehingga aku bole rasa tubuh badan someone tu. Fyi, dia perempuan bukan lelaki. Sebab apa aku cakap dia perempuan, sebab aku nampak tudung and baju yang dipakai confirm2 perempuan. Memula aku buat tak endah jelah, maybe perempuan tu pun nak tengok tudung yang ada kt situ. Cuma yang aku pelik, kenapa rapat gile? Oh ye, masa dia rapat2 dengan aku tu, aku dapat rasa tangan dia merayap ke punggung aku dimana aku ada letak handphone aku di poket belakang. Memula aku tak suspek apa-apa. Maybe dia tersentuh. Tapi bila aku teringat pasal handphone aku yang berada di poket belakang tu, aku terus beralih tempat. Bila aku beralih, barulah perempuan tu pun beralih tempat lain. Perasan something tak? Nampak sangat dia nak capai handphone aku masa tu! Mujur baju yang aku pakai masa tu agak labuh dan sedikit ketat. Maksudnya menutupi bahagian punggung aku. Jadi jika betol la dia nak ambil handphone aku, dia kena angkat sikit baju aku tu. Tapi mungkin dia tak sempat sebab aku dah perasan something. Aku malas nak besarkan isu tu, takut dia tak ngaku kan, dah tak pasal jatuh fitnah. Lagipun tak ramai saksi kat situ. Lepas aku sedar tu, aku terus blah dari kedai tu tanpa beli apa-apa. Seram kot kalau handphone aku betul-betul kena curik! 

Aku tak sangka pulak pencopek ni ada dari kalangan orang perempuan. Yelah, selalunya lelaki je mahir kerja-kerja macam ni. Tak semua tapi adalah sesetengah. Pengajaran aku dapat hari ni, aku kena lebih berhati-hati bila kunjung sebuah tempat yang agak sesak. Dan paling penting, jangan letak barangan berharga di poket belakang. Sebab kadang-kadang kita tak sedar bila barang kita tu kena ambil. Tau-tau je hilang. Menangis tak sudahhhh...

So, korang pun kenalah sentiasa berwaspada. Kita tak boleh terlalu percaya pada seseorang tu dengan mudah. Adakalahnya diorang yang bermuka suci pun boleh bertopengkan syaitannnn. Apatah lagi bila dunia kita dilanda wabak covid19, dimana ramai orang kehilangan pekerjaan dan ketiadaan duit belanja. Macam-macam diorang boleh buat untuk dapatkan duit untuk meneruskan kehidupan. Carilah duit tu dengan cara apa sekalipun asalkan dari sumber yang halal. Janganlah mencuri, dosa!

Wassalam.

Leenz


21/11/2020 - 3.52pm

15 October 2020

Itu 'gula-gula' ke?

 Assalamualaikum.


Hey, i'm back here again! Korang sihat? Semoga sihat sejahtera hendaknya. So, nak cerita apa hari ni? Kita cerita hal-hal seram sikitlah. Jom!

Cerita ni jadi dalam 2-3 hari yang lepas. Masa aku dan encik boyfriend on the way go back home, aku macam biasalah, merenung ke luar jendela sambil melihat pemandangan di waktu senja. Yes, masa otw balik tu hari dah senja ya guys. Around 6.45pm gitu. Then, tengah sedap pandang bahagian kiri, mata aku tiba-tiba tertumpu pada sebuah rumah. Rumah tu terletak betul-betul kat tepi bahu jalan. Apa yang menariknya dengan rumah tu, aku ternampak seorang lelaki berpakaian serba putih seakan-akan nak ke masjid, tapi yang menghairankan adalah lelaki tu sangatlah kurus dan berdiri tegak di hadapan pintu rumah (sliding door) tersebut. Kiranya badan dia tak penuh 1 pintu tu pun. Just mcm sebatang tiang berada di tengah2 pintu. Dan muka pakcik tu aku tak berapa jelas sebab kereta pun tengah bergerak laju masa tu. Yang aku nampak wajah dia nampak gelap, mungkin pakcik tu berkulit gelap? Even pakcik tu pakai baju serba putih tapi putih dia seakan-akan putih yg suram. Faham tak? Okay, pastu aku pun cakap la dengan encik boyfriend pasal pakcik tu nak pergi masjid pun pakai serba putih. Then you know what he response? Waktu senja macam ni entah-entah tu bukan pakcik nak pergi masjid tapi natang "gula-gula" tu. Oh damn. Aku terus terdiam. Seriously, aku tak terfikir langsung pasal benda gula-gula tu. Dah lah masa tu tengah waktu senja, boleh pulak aku tengok benda-benda macam tu. Lalu pun kat jalan yang sunyi. Sepanjang perjalanan tu, aku terus takde mood nak cakap apa-apa. Kaku diam membisu sebab masa tu otak aku cuma terfikir adakah benda tu akan ikut aku balik sebab aku dah tercakap pasal tu? Minta dijauhkanlah.

Then, aku ada update pasal si gula-gula tu kt whatsapp status. Ada jgk member yang whatsapp personal aku untuk bertanyakan soal itu. Aku pun ceritalah dari awal. Member aku tanya lokasi benda tu. Bila aku cakap pasal tempat tu, member aku pun bagitahu aku yang dia pernah hantar barang dekat-dekat situ, dan setahu dia, rumah tu memang dah lama tak ada orang (penghuni). Dangggggg! Sekali lagi aku terdiam. Habis siapa pakcik kt muka pintu tu? 

Selang beberapa hari lepas peristiwa tu. Aku pun malas nak fikir sangat, takut nanti hilang keberanian aku. Ok then, semalam masa aku on the way balik kerja, aku melalui jalan yang sama. Sambil aku drive, sambil aku jengah ke arah rumah tempoh hari. Kalau waktu siang, boleh nampaklah rumah tu kosong sebab pintu rumah tu menggunakan pintu kaca, jadi bila ada cahaya, kita akan nampak isi dalam rumah tu. Yes, pintu kaca tu takde langsir pun, sebab tu bole nampak dalam rumah walaupun samar-samar. Mungkin betullah member aku cakap, rumah tu memang tak ada orang pun. Okay, sambung cerita tadi. Bila aku dah melepasi rumah tu, aku drive macam biasa. Then, tak jauh dari situ, aku ternampak ada seorang lelaki ni dia sedang melintasi jalan. Masalahnya kat sini, masa lelaki tu melintas, kereta sedang lalu lalang dan laju. Aku hairan, kenapa lelaki tu nekad melintas masa kereta tengah banyak? Takkan dia tak boleh nak tunggu jalan lengang? Kalau kena langgar nanti, sia-sia je hidup, Aku bertambah hairan bila dia dah melintas, dia hilang entah kemana? Means, dia tak ada kat pinggir jalan pun. Dia hilang gitu je. Takkanlah dia terjatuh dalam longkang pulak? Okay, kalaupun dia nekad nak lintas jalan, mesti kenderaan yang tengah lalu lalang tu akan bunyikan hon menandakan amaran. Tapi takde satu pun yang tekan hon. Oh ye lupa nak beritahu. Lelaki tu aku tengok dia tak macam the real human. Dia seakan-akan bayang-bayang yang samar. Walhal masa tu baru je pukul 5 lebih petang. Takkanlah benda-benda halus ni dah keluar? Entahlah, kenapalah dengan mata aku ni sekarang asyik nak ternampak benda yang aku tak nak nampak pun.

Andai saja apa yang aku lihat baru-baru ni bukanlah manusia, akan tetapi mereka juga adalah makhluk ciptaan yang maha kuasa. Selagi dia tak kacau kita, kenapa kita perlu takut? Kita ni je kena jaga iman dengan baik. Apapun aku nak kita semua sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T. Amin.

Okaylah, tu je kot yang aku nak cerita hari ni. Esok lusa tulat kalau aku rajin, aku update lagi! Jom sambung kerja pulak.

P/S: Fyi, aku otw balik dari Johor ke Pontian. Dan Pontian memang terkenal dengan pelbagai kisah seram. Korang google jelah. Have fun!

Wassalam, 

Leenz.


15/10/2020 - 11:56pm

10 October 2020

Happy newlyweds, Alfie!

 Assalamualaikum.



Kadang-kadang aku rasa macam aku yang sedang bermimpi. Walaupun aku tahu bukan aku yang merasakan perasaan tu. So, seperti yang korang nampak gambar di atas ni bertulis 'Selamat Pengantin Baru', kan? Tapi ucapan ni bukanlah untuk aku tapi untuk kawan baik aku, Alfie. Wow! Macam tak percaya kan akhirnya wanita hati batu ni bakal menamatkan zaman bujang dia in a few days! Seriously, aku pun terkejut dengar berita baik ni. Well, Alfie sememangnya terkenal dengan sifat hati batu dia dan lagi satu sejenis yang susah nak rapat dengan mana-mana lelaki sebab dah berkali kali kaum adam ni mengecewakan dia. Setakat putus sambung putus sambung tu okay lagi tapi ni lebih dari tu. Hello, ni lebih worst daripada drama tv3 jam 7 ptg tu okay. Lets we start some story about her...

Alfie atau nama sebenar Nurafiqah ni seorang yang tak mudah jatuh cinta dan menerima cinta seseorang. But once she fall in love, she really meant it. Kalau orang yang betul-betul kenal dengan Alfie ni, dia sebenarnya takdelah garang mana pun. Hati dia lembut dan mudah rapuh. Itulah Alfie. Tapi setelah berkali-kali dikecewakan, dia buat keputusan untuk malas nak kenal dengan mana-mana lelaki walaupun jauh disudut hati dia, dia nak sangat rasai apa itu erti 'cinta', tapi dia takut. Takut terluka dan tak mampu diubati. Kebanyakan lelaki mengenali dia sekadar untuk persinggahan. Sehingga akhirnya Alfie redha dengan ketentuan takdir dia. Di usia dia yang sekarang ni, bertambahlah beban dalam hidup dia untuk memikirkan soal jodoh. Takkan nak membujang sampai ke tua? Bila usia semakin bertambah, sifat kita akan berubah menjadi lebih kepada pemikiran matang. Jadi, Alfie yang aku nampak sekarang ni adalah Alfie yang lebih matang dari sebelum ni. Dia menjalani kehidupan dia seperti biasa. Apatah lagi selepas arwah ibunya meninggal dunia. Dia menggalas tanggungjawab yang lebih berat iaitu menggantikan tempat ibunya untuk menjaga ayahnya. Dari situ, dia dah malas fikir soal jodoh; jika ada, adalah.

Sehinggalah suatu hari, ayahnya sendiri bercadang untuk memperkenalkan Alfie kepada anak kawannya, biar aku kenalkan dia sebagai Mr A. Mulanya semua berjalan dengan lancar namun lama kelamaan, si A ni nampaknya semakin menjauhkan diri (mengabaikan). Satu benda aku takut bila Alfie mula kenal dengan lelaki baru. Aku takut dia dah tak mampu nak buka hati dia pada mana-mana lelaki lagi jika perkenalan dia dengan lelaki baru ni benar-benar mengecewakan dia. Mungkin air mata dia tak kan mengalir untuk kaum adam lagi, tapi hati dia? Once broken it will never be the same again because it always have some cracks in there. Dan satu lagi perkara yang aku takut jadi pada Alfie, bila dia dah kenal dgn seseorang tu, dia akan beri sepenuh hati dia. Tapi kebanyakan lelaki zaman sekarang yang aku taulah kan, masa mula-mula nakkan seorang perempuan tu, layanan bak puteri beb, tapi bila dah dapat perempuan yang dia kejar tu, dia akan mula mengabaikan. Mula-mula je nampak macam beria. Lama-kelamaan... hmm ada yang kadang menghilangkan diri, dan tiba-tiba muncul bile perlu, ada pulak tu terus menghilang selamanya, tuptup dah kahwin dengan orang lain. Macam-macam lagilah jenis lelaki yang ada kat muka bumi ni. Okay, kembali ke cerita Alfie tadi. Aku rasa lelaki yang ayah Alfie ni kenalkan pada dia ni sejenis yang macam aku cakap tadi. Memula je beria. Lepas tu, senyap terus. Kemana? Entahlah... pendapat aku, mungkin dia tak boleh 'masuk' dengan perangai Alfie kot. Dan kembalilah Alfie menjalani kehidupan tanpa orang istimewa dalam hidup dia, maksud aku kembali hidup seperti biasa. Rasanya dia pun dah terbiasa dengan situasi tu kot, sebab tulah dia macam tak kisah pun. Tapi tak siapa tahu apa yang dia rasakan dalam hati dia.

Tak lama lepas perkenalan Alfie dengan si A ni, dalam diam rupa-rupanya ada seorang lelaki dah lama perhatikan si Alfie ni. Itupun aku tahu dari Alfie sendiri. Perkenalan antara Alfie dengan lelaki ni agak kurang sweetlah sebab diorang ada bergaduh mulut sikit pada awalnya. Biasalah, siapa yang boleh menang dengan mulut pedas si Alfie ni. Dia kalau tembak orang, bukan sedas tapi berdas-das peluru dia keluarkan. Jadi sejak dari tu, si lelaki ni mula tertarik dengan perwatakan Alfie yang menurut dia; she is the one and only! Lama-kelamaan tumbuhlah bibit-bibit cinta antara si anjing dengan kucing ni. Eh, maksud aku Alfie dan lelaki tulah. Let me call him Mr Q. Perkenalan diorang tak lama mana pun. Tapi Alfie cuba untuk terima si Q ni masuk dalam kehidupan dia. Ohhh, jangan lupa pasal si A tadi, masih tergantung lagi ya. Semakin hari, hubungan Alfie dan Q semakinlah rapat. Dan masa ni lah mulanya cinta tiga segi. Eh yeke? Aku sebagai kawan baik Alfie, aku tak nak Alfie nampak macam 'playgirl', jadi aku minta Alfie terus terang dengan mamat yang berhuruf A ni tentang hubungan dia dan Q. For sure, ayah Alfie kena tahu dengan siapa anaknya berkawan sekarang dan dia kenalah menamatkan kisah tergantung tadi dengan segera. Yelah, takut jugak Alfie kena tuduh permainkan perasaan orang kan. Walhal si A tu yang buat masalah dulu. Kalau dia tak menghilangkan diri, mungkin sekarang Alfie boleh terima si A ni masuk dalam kehidupan dia kot. Tapi apakan daya... Alfie pun tak naklah hidup dengan orang yang sejenis macam 'chipsmore.'

And the final part... Akhirnya Alfie memilih orang yang lebih layak jadi pasangan hidup dia dimana orang tersebut selalu ada dengannya walau senang mahupun susah. The best part is, Alfie akan menamatkan zaman bujangnya dalam beberapa hari je lagi. Tiktoktiktok counting days, maybe? Rasanya semua dah tahu siapa yang Alfie pilih untuk menjadi pendamping hidup dia. Well, siapa sangka perkenalan singkat diorang ni akhirnya membawa ke mahligai bahagia. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar. Benda baik, mestilah Allah permudahkan. 

Jadi, aku dan Isha sebagai kawan baik kau nak ucapakan Selamat Pengantin Baru buat kau, Alfie. Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak describe perasaan gembira aku ni bila dapat tahu kawan baik aku yang selama ni tercari-cari calon imam dia akhirnya menemukan pintu kebahagiaan. Aku harap lelaki yang kau pilih ni betul-betul boleh dipercayai dan boleh jaga kau dengan baik. Aku tak nak rasa sangsi dengan pilihan kau. Apapun pilihan kau, kitorang tetap sokong dari jauh dan sentiasa doakan kebahagiaan kau sekeluarga. Semoga kau selalu kuat, penuh sabar, bertolak ansur, kurang-kurangkanlah sifat bengis tu, selalu tabahkan diri, lembutkan hati tu, dan paling penting, menggoda selalu. Hehehe.

Aku pun dah tak tahu nak taip apa lagi kat sini, next time kita sambung dalam whatsapp! Our prayers are always with you, Alfie! May you love happily ever after. Bye!

P/S: Bila kita nak triple honeymoon ni? Aummm

Wassalam.


With love,

Me, and Isha.

10/10/2020 - 15:16





13 September 2020

Cerpen: Fobia Cinta

 [Sambungan dari Cerbung: Fobia Cinta]

Cerbung: Fobia Cinta (Part 1)

Cerbung: Fobia Cinta (Part 2)

Cerbung: Fobia Cinta (Part 3)

Cerbung: Fobia Cinta (Part 4)

Let's get started! Happy reading!

Cerpen: Fobia Cinta 

“Ibu, cepat sembuh. Fiera nak tengok ibu ceria macam dulu. Bukannya terbaring atas katil hospital ni dengan wayar berselirat begini. Ibu kena kuat. Ibu kena sihat.” ujar Afiera sewaktu menemani ibunya yang masih koma. Kelmarin, ibunya kelihatan sangat ceria seperti biasa akan tetapi dengan tiba-tiba ibunya rebah. Lantas Afiera menghubungi ayahnya agar dapat menghantar ibunya ke hospital. Sesampainya di hospital, ibunya langsung ditolak ke bilik kecemasan. Setelah beberapa jam, doktor keluar dan memberitahu bahawa barah hati yang dihidapi oleh ibunya telah sampai ke tahap 4 iaitu tahap paling serius. Afiera terduduk disitu setelah mendengar penjelasan dari doktor yang merawat ibunya. Air mata langsung mengalir tanpa sedar. Adakah ini petanda buruk? Ibuuu…

“Afiera…” ibu Afiera akhirnya telah sedar dari koma. Afiera yang seharian menemani ibunya terlelap disisi ibunya. “Fiera, bangun nak…” Afiera langsung tersedar dari lenanya apabila dia mendengar suara sayup-sayup yang memanggil namanya. “Ibu…! Ibu dah sedar. Ibu tunggu kejap, Fiera nak beritahu pada doktor yang ibu dah sedar.”  Belum sempat Afiera melangkah pergi, lantas ibunya menghalang tujuan Afiera. “Afiera…terima kasih teman dan jaga ibu kat sini.” ujar ibu Afiera sambil tercungap-cungap mengambil nafas. “Kenapa selama ni ibu sorok penyakit ibu? Kenapa ibu tak pernah beritahu Fiera, adik dan ayah pasal ni?” tanya Afiera sambil menahan air mata yang sedang bertakung dikelopak matanya. “Ibu tak nak susahkan siapa-siapa.” Afiera menahan tangisannya. “Ibu kena sihat. Ibu kena kuat. Lepas ibu dapat balik nanti, Fiera bawa ibu pergi berubat ye. Fiera tak nak kehilangan ibu. Fiera sayang ibu.”ujar Afiera lantas air matanya langsung jatuh berguguran. “Ibu pun sayang Afiera. Afiera jaga diri baik-baik. Ibu akan selalu doakan yang terbaik buat anak ibu sorang ni.” ujar ibu Afiera sambil menyeka air mata anaknya. “Ibu rasa mengantuklah. Ibu lelap kejap ye.” ujar ibu Afiera. Afiera sekadar mengiyakan. Mungkin ibunya lelah dengan ubat yang mengalir masuk ke dalam tubuhnya melalui tiub yang disambungkan dari pergelangan tangan ibunya itu. Lama dia menatap wajah ibunya. Tangannya menggenggam erat jari jemari ibunya kerana dia benar-benar tidak mahu ibunya pergi meninggalkan dirinya. Baru sahaja ibunya lelap, tiba-tiba mesin yang menunjukkan denyutan jantung ibunya berbunyi menandakan bahawa ada sesuatu terjadi pada ibunya. Afiera lantas memanggil doktor untuk melihat keadaan ibunya. Doktor bersama-sama jururawat berlari-lari anak ke arah Afiera. Afiera diminta untuk tunggu diluar sementara doktor memeriksa keadaan ibunya. Afiera kelihatan sungguh gelisah memikirkan apa yang sedang berlaku. Badannya menggigil takut. Takut untuk menerima kenyataan pahit.

Setelah beberapa minit doktor memeriksa, akhirnya beliau keluar bersama-sama dengan jururawat. “Doktor, macam mana keadaan ibu saya? Dia tak apa-apa ke?” tanya Afiera. Doktor kemudian menunduk sedih. “Ibu cik dah tak ada. Maafkan kami.” ujar jururawat yang berada di sebelah doktor. “Tak…tak mungkin doktor. Baru je tadi ibu saya sedar dan kami sempat berbual. Tak mungkin ibu pergi secepat ni.” ujar Afiera yang cuba menafikan apa yang baru dia dengari tadi. “Tolong doktor, tolong selamatkan ibu saya. Saya mohon doktor, tolonglah…” rayu Afiera. Air mata sudah membasahi wajahnya. Dia tidak peduli, asalkan ibunya selamat. “Maafkan kami, kami tak dapat buat apa-apa.” ujar doktor sambil berlalu pergi. Sebak rasanya melihat seorang anak telah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Afiera terduduk di hadapan bilik ibunya sambil meraung. “Dik, sabar dik. Adik kena redha.” ujar salah seorang pelawat disitu. Afiera mengumpul kembali kekuatan. Dia mencapai telefon bimbit dan menghubungi ayahnya yang sedang bekerja begitu juga dengan adik lelakinya untuk memaklumkan mengenai keadaan ibunya. Dalam esakkan, dia gagahkan diri untuk menerima kenyataan sebenar. “Ibu dah tak ada. Ibu dah meninggal dunia…” kedengaran tangisan kecil dari ayahnya di hujung talian.

***

“Takziah Fiera. Akak tahu Fiera kuat.” ujar Hashima sewaktu menghadiri pengebumian ibu kepada Afiera yang meninggal kerana barah hati. Bengkak mata Afiera kerana menangis sejak dari semalam. Ibu Afiera telah lama menderita penyakit barah hati sehingga telah mencapai tahap 4 dan semalam jugalah ibu Afiera akhirnya pergi mengadap Illahi tepat di hadapan Afiera. Awalnya Afiera susah untuk terima kenyataan bahawa ibunya telah tiada namun setelah dipujuk oleh Hashima, barulah dia ada sedikit kekuatan untuk menguruskan jenazah ibunya. “Fiera dah tak ada ibu, kak.” Air mata Hashima ikut mengalir sama seperti Afiera. Dia agak terkesan melihat keadaan Afiera sedemikian. “Fiera kena kuat.” ujar Hashima sambil mengusap lembut belakang Afiera.

Afiera menatap sayu bingkai gambar yang terpapar gambar milik arwah ibunya sambil ditemani siaran radio. “Selamat malam buat pendengar radio sekalian. Bagaimana dengan khabar kalian? Harapnya sihat sejahtera. Baiklah, kita teruskan hiburan malam ini dengan lagu seterusnya daripada Andmesh Kamaleng dengan judul lagunya Hanya Rindu, khas buat pendengar-pendengar radio malam ini.

Saatku sendiri, kulihat foto dan video

Bersamamu yang telah lama kusimpan

Hancur hati ini melihat semua gambar diri

Yang tak bisa, kuulang kembali.

 

Kuingin saat ini, engkau ada disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

 

Segala cara telah kucoba

Agar aku bisa tanpa dirimu

Namun semua berbeda

Sulitku menghapus kenangan bersamamu

 

Kuingin saat ini engkau ada disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, tuhan tolong kabulkanlah

Bukan diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

Hanya rindu…

 

Kuingin saat ini engkau ada disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, tuhan tolong kabulkanlah


Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

Hati ini hanya rindu

Kurindu senyummu, Ibu…

Sebaik sahaja lagu Hanya Rindu habis dimainkan, serta merta air mata Afiera mengalir deras. “Ibuu… Fiera rindu… Rindu ibu sangat-sangat.” Bingkai gambar yang dipegang Afiera dipeluk dengan erat. Seerat perasaan rindunya terhadap arwah si ibu. Afiera seakan hilang tempat mengadu dan tempat bermanja. Selepas ini, Afiera perlu belajar berdikari dan mengambil alih tempat si ibu untuk menguruskan makan minum ayahnya memandangkan hanya dia sahaja yang tinggal dengan ayahnya manakala adik lelakinya yang sudah berkahwin telah berhijrah mengikut isterinya. Hampir seminggu Afiera tidak masuk kerja dan dia rela gajinya dipotong kerana ingin menguruskan hal arwah ibunya serta menenangkan diri dan mencari kembali semangat yang sempat hilang.

Setelah beberapa minggu, Afiera kembali bekerja dengan semangat yang baru. “Selamat pagi!” ujar Afiera dengan penuh ceria. Hashima memandang Afiera dengan senyuman lebar. Lega hatinya melihat Afiera kembali semangat. “Selamat pagi wahai intan payung. Happy akak tengok Afiera ceria macam ni. Semangat inilah yang akak nak tengok. Dah, jom kita start kerja. Banyak kerja nak kena siapkan ni sepanjang Afiera bercuti. Be strong.” ujar Hashima sambil menunjukkan kearah kertas kerja yang sedang bertimbun. Afiera ternganga. “Kak, Fiera nak tanya… Selama Fiera cuti ni, budak dua orang tu buat apa? Diorang cuti sekali ke sampai bertimbun kerja.” Hashima melepaskan keluhan berat. “Sorry, akak lupa nak bagitahu. Budak dua orang tu dah kena transfer kat cawangan lain sebab diorang suka buat masalah. Selain bergosip non-stop, diorang asyik buat silap je. Jadi bos dah hantar diorang bekerja kat cawangan lagi satu. Well, bagus juga bila diorang tak ada. Aman sikit hidup Afiera lepas ni.” ujar Hashima. Afiera mengeluh kecil. Selepas ini bebannya akan bertambah dengan ketiadaan dua orang rakan sekerjanya itu. “Fiera janganlah mengeluh, akak kan ada. Akak boleh tolong Afiera. Afiera tersenyum kecil mendengar ucapan Hashima.

***

Tiga bulan selepas pemergian arwah ibu Afiera, ayahnya sudah mula membuat perancangan ingin mencarikan jodoh buat anak perempuan satu-satunya itu.  “Ayah berniat nak kenalkan anak kawan ayah ni dengan Fiera. Ayah harap Fiera tak menolak permintaan ayah kali ni.” Afiera tergamam seketika. Dia tidak sangka bahawa ayahnya senekad ini walhal dia pernah beritahu bahawa dia tidak mahu kenal dengan mana-mana lelaki selepas beberapa kali dikecewakan oleh kaum adam. “Ayah bukan apa, ayah ni makin hari makin tua. Mana tahu lepas ni giliran ayah pula ikut ibu, jadi ayah tak naklah Fiera hidup sorang-sorang. Sekurang-kurangnya, ada juga yang boleh jaga Afiera bila dah kahwin nanti.” Afiera ternganga mendengar kata-kata ayahnya. “Boleh tak ayah jangan cakap yang bukan-bukan? Afiera tak suka.” marah Afiera. “Ayah dah beri nombor telefon Fiera pada anak kawan ayah tu. Nanti dia akan contact Fiera dalam waktu terdekat.” ujar ayahnya sambil berlalu pergi. Afiera melepaskan keluhan. Ayahnya memang sukar dibantah. “Adakah ini yang terbaik buat aku?” Afiera bermonolog.

“Assalamualaikum, Afiera ke ni?” kedengaran suara lelaki dihujung talian. Afiera yakin lelaki inilah yang dimaksudkan oleh ayahnya tempoh hari. Afiera menarik nafas panjang. Setelah sekian lama dia tidak bercakap dengan mana-mana lelaki melainkan ayahnya, dia merasa sangat gementar. Apatah lagi dengan lelaki yang belum dia kenali itu. “Waalaikumussalam. Ye saya.” jawab Afiera dengan acuh tak acuh. “Saya Amirul. Anak kepada kawan ayah awak.” perkenalan itu di balas dengan keluhan Afiera. “Hmm tau.” Afiera seakan tidak berminat untuk berkenalan dengan lelaki itu. “Maaflah kalau saya ganggu awak malam-malam ni. Saya bukan apa, ayah awak yang suruh saya call awak ni. Jadi alang-alang awak pun dah jawab call saya, apa salahnya kalau kita berborak kejap?” ujar lelaki bernama Amirul itu. ‘Sebab ayah yang suruh call? Kalau tak, kau pun memang tak nak call aku kan. Nampak sangat macam kau paksa diri kau untuk buat semua tu.’ dengus Afiera di dalam hati. “Sorrylah, kita borak lain kali boleh? Saya dah mengantuk. Esok ada banyak kerja nak kena hadap kat office tu.” ujar Afiera sambil buat-buat menguap. Bukan dia tidak mahu meladeni lelaki itu tetapi kata-kata lelaki itu membuatkan niatnya untuk berkenalan terhenti.

***

“Dah berjaya ke?” tanya Naza sambil menyenggol lengan Nashrin yang baru sahaja sampai ke tempat kerja. “Berjaya apa?” tanya Nashrin sambil terpinga-pinga. “Aduhh…masih nak tanya lagi? Pasal perempuan tulah, dah berjaya ke tawan hati dia?” tanya Naza sambil mengetuk kepala Nashrin. “Ohh, Afiera? Belum lagi. Aku dengar ibu dia baru meninggal, jadi aku tak naklah tambah masalah dalam hidup dia lagi.” ujar Nashrin. “Dah tiga bulan berlalu. Kau nak tunggu sampai bila? Sampai dia dah jadi milik orang lain?” omel Naza. Nashrin berfikir sejenak. Ada benarnya juga kata-kata Naza. Memanglah hati Afiera tu orang cakap hati batu, tapi jika ada lelaki berjaya usha dia, melepas tak sudah pula nanti. “Aku tak ada idea nak mulakan.” ujar Nashrin. “Kau ni, muka je jambu tapi otak kosong. Mari sini aku ajar kau. Itupun susah ke.” ujar Naza sambil membebel

“Boleh saya tahu siapa yang buat invois ni?” tanya Nashrin kepada Hashima. “Oh, ni Afiera yang buat. Kejap ye, saya panggil dia.” ujar Hashima. Nashrin mencari-cari kelibat Afiera. Sebaik sahaja Afiera menongol keluar. Jantungnya mulai berdegup kencang. Baru kali ini dia berdepan dengan gadis itu. “Ye bang, ada masalah apa dengan invois ni?” tanya Afiera sambil membelek semula invois yang diambil dari tangan Nashrin. “Abang? Hello, saya ni muda lagi.” ujar Nashrin. Afiera terdiam sekejap sambil memandang lelaki itu atas bawah. “Oh yeke, sorry saya tak tahu.” ujar Afiera. “Saya dah check invois ni, rasanya tak apa-apa masalah. Kenapa ye dik?” Buntang mata Nashrin mendengar Afiera memanggilnya ‘dik’. “Tak ada apalah. Maybe diorang salah pandang kot. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu.” ujar Nashrin dengan tergesa-gesa pergi. Afiera merasa hairan melihat pelakuan Nashrin yang bekerja sebagai pemandu lori di tempat kerjanya tiba-tiba datang ke pejabat semata-mata untuk bertanyakan mengenai invois barangan yang dikeluarkan olehnya. Nashrin tak menyangka dia sendiri boleh menjadi kaku apabila berdepan dengan gadis itu. Walhal dia sudah bersedia untuk mengenali Afiera dengan lebih dalam, tetapi entah kenapa dia merasa amat sukar untuk memenangi hatinya.

Telefon bimbit Afiera bordering. Nama Amirul terpapar di skrin telefon. ‘Nak apalagi mamat sorang ni.’ rungut hati kecil Afiera. “Assalamualaikum.” ujar Amirul di hujung talian. Afiera menjawab salam itu. “Awak balik jam berapa hari ni? Saya nak jumpa dengan awak, boleh?” ujar Amirul. Afiera menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung untuk menjawab permintaan lelaki itu. Haruskah dia bertemu dengan lelaki itu? Sedangkan hatinya tidak menginginkan untuk kenal dengan mana-mana lelaki, tetapi amanah ayahnya harus diterima. “Jam 5. Ambil saya kat tempat kerja.” ujar Afiera sambil menjawab dengan nada dingin. Marahnya pada lelaki itu belum reda lagi.

Tepat jam 5 petang, Amirul sudah menunggu Afiera di tempat yang dijanjikan. Dari jauh Afiera sudah nampak kelibat kereta yang dipandu oleh Amirul walaupun ini pertama kalinya dia berjumpa dengan lelaki itu. Sebaik sahaja masuk kedalam kereta dengan selamba, Afiera lebih banyak mendiamkan diri. Amirul berusaha mencari topik perbualan. Pelbagai soalan yang ditanya oleh Amirul, namun hanya sepatah yang dijawab oleh Afiera. “Awak tak suka kawan dengan saya ke?” tanya Amirul. Afiera melepaskan keluhan. “Awak juga pernah cakap awak buat semua ni sebab ayah saya yang suruh. Jadi saya pun terimalah perkenalan awak sebab ayah saya yang suruh. Adilkan?” ujar Afiera. Amirul mendengus kecil. Geram dengan jawapan yang diberikan. Benar, memang pada mulanya Amirul seakan tidak mahu setuju dengan cadangan ayah Afiera tetapi setelah dia berjumpa dan berdepan dengan Afiera, dia seakan tertarik untuk mengenali gadis itu. “Saya suka berkawan dengan awak. Mungkin cara perkenalan kita tak sesuai waktu, jadi apa salahnya kita mula dari awal semula?” ujar Amirul. Afiera cuba merendahkan egonya. “Jadi lepas ni, jangan guna nama ayah saya lagi untuk awak jadikan alasan untuk kenal dengan saya.” ujar Afiera. Amirul tersenyum kecil. “Okay tuan puteri. Sekarang, kita nak kemana?” Amirul mulai selesa dengan Afiera apabila gadis itu sudah mulai berbicara. “Kita pergi makan, saya laparlah.” ujar Afiera.

***

Selepas pertemuan Afiera dengan Amirul tempoh hari, lelaki itu mulai menyepikan diri kembali. Afiera mulai pasrah dengan takdir hidupnya. “Kalau kau rasa nak jadi macam biskut chipsmore tu, kejap ada kejap tak ada, baik tak payah berkenalan dengan aku. Buang masa aku je!” rungut Afiera sendirian.

“Amboii…membebel sorang-sorang nampak?” ujar Hashima. Afiera terkejut apabila Hashima tiba-tiba muncul dibelakangnya. “Ishh mana ada.” Afiera cuba menafikan. “Fiera, akak nak cakap sikit ni. Akak tahu akak tak patut sibuk urus hal peribadi Fiera tapi akak rasa dah tiba masanya Fiera kena buka hati Fiera untuk lelaki lain kenal dengan Fiera. Yang lepas tu, biarlah lepas. Fiera kena fikirkan masa depan Fiera juga. Sampai bila Fiera nak hidup membujang? Fiera tak nak ada keluarga sendiri ke?” ujar Hashima. Afiera terdiam mendengar pertanyaan Hashima. Kemudian dia mengeluh kecil. Dia juga tidak minta hidupnya diatur sedemikian. Walau bagaimanapun, dia harus cuba melawan rasa takutnya terhadap cinta.

Sewaktu Afiera melangkah kearah kereta ayahnya, tiba-tiba matanya terbungkam melihat sebuah motorsikal berada dihadapan kereta ayahnya. Terlihat dari jauh, ayahnya keluar dari kereta dan sedang berbincang sesuatu dengan lelaki yang menaiki motosikal itu. Afiera melajukan langkahnya agar dia dapat tahu apa yang sedang berlaku antara ayahnya dan juga pemilik motosikal itu. “Ayah, kenapa ni?” tanya Afiera. “Tak ada apalah. Orang ni terlanggar kereta ayah. Nasib baik tak ada apa-apa yang rosak.” ujar ayah Afiera. “Maafkan saya pakcik, saya betul-betul tak sengaja.” ujar lelaki itu yang memakai topi keledar itu. “Encik, lepas ni tolong berhati-hati sikit. Kalau jadi apa-apa tadi, tak pasal-pasal masuk hospital.” omel Afiera. “Ishh budak ni. Apa cakap macam tu, tak baik tahu.” marah ayahnya. “Eh, betul juga cakap anak pakcik ni. Nasib baik saya tak cedera, kalau tak memang dah ke hospital jawabnya ni.” ujar lelaki itu, menangkan Afiera. Afiera memandang wajah lelaki itu seakan mengenali wajahnya. “Eh tunggu kejap. Kalau tak silap saya, awak ni lelaki yang datang ke pejabat saya tempoh hari tu kan?” ujar Afiera. “Ye, sayalah tu.” lelaki itu mengiyakan. “Kawan pejabat Fiera ke ni?” tanya ayah Afiera. “Ye, eh tak. Maksud saya, ye saya bekerja di tempat yang sama cuma lain-lain bahagian.” jawab lelaki itu. “Maaf, saya lupa nak kenalkan diri. Nama saya Iqbal Nashrin. Boleh panggil saya Iqbal atau Nash.” ujar lelaki itu, tak semena-mena kenalkan dirinya sambil bersalaman dengan ayah Afiera. “Iyelah Nash. Pakcik kena gerak sekarang ni, kejap lagi pakcik nak kena masuk kerja pula. Singgah sini pun sebab nak ambil anak pakcik ni haa, si Afiera ni.” ujar ayah Afiera sambil meminta diri untuk bergerak pulang. “Ohhh, baiklah pakcik. Hati-hati memandu.” ujar lelaki bernama Iqbal Nashrin itu. Afiera memandang hairan melihat Nashrin yang tiba-tiba ramah dengan ayahnya.

***

“Macam mana dengan Amirul? Fiera layan dia baik-baik tak?” tanya ayah Afiera sewaktu dua beranak itu sedang makan malam bersama. “Okay je.” jawab Afiera acuh tak acuh. “Okay je? Ada apa-apa masalah ke ni?” tanya ayah Afiera. “Tak adalah.” jawab Afiera sepatah demi sepatah. “Cuba beritahu ada masalah apa. Jangan nak bohong.” tegas lelaki berumur 50an itu. “Dia memang suka tiba-tiba hilang lepas tu tiba-tiba timbul macam tak ada apa-apa salah ke? Ingat Fiera ni perempuan jenis apa? Cari bila bosan, gitu?” marah Afiera apabila mengenangkan sifat Amirul yang sukar dijangka. “Fiera jangan anggap Amirul macam tu. Mungkin dia sibuk dengan kerja. Sudahlah, jangan fikir yang bukan-bukan. Dia bukan sengaja nak buat macam tu. Berbaik-baiklah dengan dia.” ujar ayahnya. Afiera kelihatan tidak puas hati.

Malam itu, Amirul langsung menghantar pesanan ringkas, itupun kerana ayah Afiera sudah memaklumkan bahawa Afiera tidak suka diabaikan. Afiera memandang sepi pesanan ringkas yang dihantar oleh Amirul. Dia tidak berniat pun untuk membalasnya. “Biar dia rasa apa yang aku rasa!”

Awal-awal pagi lagi Nashrin telah muncul dihadapan pejabat Afiera. “Awak lagi? Ada apa awak datang ke pejabat saya pagi-pagi ni? Awak nak jumpa Kak Hashima ke?” tanya Afiera. Nashrin sekadar tersengih. “Saya nak jumpa awaklah.” Afiera terkesima. “Tebiat apa tetiba nak jumpa saya? Hello dik, akak ni tak ada apa-apa hutang dengan awak ye.” Nashrin membuat muka apabila Afiera menggelar dirinya ‘adik’. “Aduhh apa panggil saya adik ni…” rungut Nashrin. “Eh dia ni, hari tu panggil abang, sibuk cakap muda lagilah, apalah. Ni bila panggil adik, tak bole terima kenyataan pulak. Apa masalah awak ni?” omel Afiera sambil bercekak pinggang. “Masalah saya, saya nak berkenalan dengan awak tapi saya tak ada nombor telefon awak.” ujar Nashrin sambil tersengih-sengih. Afiera langsung berlalu pergi, malas nak melayan lelaki seperti Nashrin. “Tunggu kejap.” Nashrin cuba menghalang langkah Afiera. “Salah ke saya nak kenal dengan awak?” tanya Nashrin. “Saya banyak kerja nak kena buat, tolonglah jangan kacau saya.” tegas Afiera. “Memang tujuan saya datang sini nak kacau awak.” seloroh Nashrin. Afiera mengigit bibir. Geram melihat tingkah Nashrin. “Selagi saya tak dapat nombor telefon awak, selagi itulah saya akan kacau masa awak.” usik Nashrin lagi. Afiera menggumam geram. Akhirnya dia mengalah dan memberi nombor telefonnya seperti yang diminta dengan hasrat lelaki itu tidak mengganggu waktu kerjanya lagi. “Dah, pergilah buat kerja awak sana!” tegas Afiera sambil menolak lelaki itu keluar dari pejabatnya. “Okay, okay saya pergi. Tapi boleh saya kacau awak malam nanti?” tanya Nashrin sebelum dia berlalu keluar. Afiera tidak menjawab, dia hanya mampu melepaskan keluhan berat kerana mengenangkan hari-hari yang mendatang, hidupnya akan menjadi huru-hara kerana lelaki bernama Iqbal Nashrin itu.

***

Semakin hari semakin lebar senyuman Afiera semenjak dia berkenalan dengan Nashrin. Ada sahaja gelagat Nashrin yang membuatkan Afiera tersenyum. “Seronok akak tengok Fiera tersenyum memanjang, ada apa-apa yang Fiera nak share dengan akak ke?” tanya Hashima yang penuh rasa ingin tahu. Afiera sekadar menggeleng. Sebolehnya dia tidak mahu sesiapa pun tahu mengenai hubungan dia dan Nashrin kerana mereka berdua masih dalam fasa berkenalan. “Kalau Fiera dah bersedia nak share dengan akak, anytime je. Akak selalu ada dengan Fiera.” ujar Hashima. Afiera menggangguk faham.

Amirul tiba-tiba mencari Afiera kembali. “Saya nak bawa awak jumpa dengan mak ayah saya, boleh?” tanya Amirul. Afiera terkejut mendengar permintaan Amirul. “Saya belum bersedia. Lagipun kita hanya berkawan, tak lebih dari tu.” ujar Afiera. “Apa maksud awak? Selama ni awak anggap saya ni hanya sekadar kawan awak?” Amirul terlihat sedang menahan amarah. “Habis tu awak nak saya anggap awak apa? Awak pun selama ni bukannya kisah sangat pasal saya pun. Kejap ada, kejap menghilang. Ingat saya tak ada perasaan ke awak buat saya macam tu?” marah Afiera. Amirul terdiam. “Macam nilah, apakata awak cakap dengan ayah saya, yang awak dah tak nak teruskan niat untuk berkawan dengan saya. Saya tak kisah. Saya pun tak paksa awak untuk ikut segala arahan ayah saya. Awak ada hak untuk tentukan pilihan hati awak sendiri. Jangan paksa jika tak cinta.” ujar Afiera dengan tegas. Amirul mati kata. Dia dah berusaha untuk cuba rapat dengan Afiera namun gadis itu menutup rapat hatinya. Ada kalanya dia tidak tahu harus bagaimana dia mengambil hati gadis itu.

“Maafkan saya pakcik. Saya tak dapat tunaikan permintaan pakcik untuk menjadi teman rapat kepada anak pakcik. Lagipun saya dah ada pilihan hati saya sendiri. Saya harap pakcik dapat jumpa yang lebih baik dari saya. Saya betul-betul minta maaf.” ujar Amirul sewaktu dia berjumpa dengan ayah Afiera. “Tak apalah Amirul. Pakcik faham. Kamu pun berhak tentukan jalan hidup kamu sendiri. Maafkan pakcik sebab terlalu memaksa kamu. Maafkan juga anak pakcik sebab layan kamu sedemikian.” ujar ayah Afiera. Amirul akhirnya berasa lega kerana dapat melepaskan segala beban di hatinya. Dia kalah dalam memenangi hati gadis yang bernama Afiera.

***

Nashrin tidak lepas memandang wajah Afiera. “Apa pandang-pandang?” tegur Afiera. Dia merasa kekok apabila ditenung Nashrin sedemikian. “Pandang pun tak boleh ke? Bukan kena bayar pun…” jawab Nashrin. “Hello, siapa cakap tak kena bayar? Kalau saya cakap berapa nilainya pun, awak sanggup ke bayar?” ujar Afiera dengan angkuh.  “Elehhhh, awak nampak je saya pakai motor cabuk macam tu, tapi dalam poket ni berkepuk-kepuk tau.” ujar Nashrin yang tak mahu kalah. Afiera mencebik. “This is for you.” ujar Nashrin sambil mengeluarkan sejambak bunga mawar mewar kepada Afiera. Afiera ternganga melihat mawar merah kesukaannya. Ini pertama kalinya dia mendapat sejambak bunga dari kaum adam. Hatinya kelihatan berbunga-bunga, gembira tak terkata. “Boleh tak kalau saya nak jumpa ayah awak? Saya nak minta kebenaran dari dia untuk bawa awak jumpa dengan parents saya di kampung.” ujar Nashrin. Afiera terdiam. Baru sahaja beberapa minggu yang lepas dia menolak permintaan Amirul untuk membawa Afiera berjumpa dengan ibu bapanya, kali ini giliran Nashrin pula menyampaikan hasratnya. Namun dia tidak tahu sama ada dia harus setuju atau tidak dengan permintaan Nashrin itu. Lelaki itu telah banyak mengubah dirinya. “Awak betul-betul serius ke?” tanya Afiera. “Kalau saya tak serius, saya tak berniat macam ni. Saya sukakan awak, Fiera.” ujar Nashrin dengan nada serius. Matanya tak lepas memandang ke dalam mata Afiera. “Maafkan saya… Saya tak berani nak janjikan apa-apa dengan awak. Saya ada masa lalu yang sangat pahit untuk saya kenangkan. Saya tak nak benda yang sama jadi buat kesekian kalinya. Kalau awak betul-betul serius, tolong berusaha lebih untuk memenangi hati saya.” ujar Afiera. Nashrin menggangguk setuju. “Saya janji saya takkan sia-siakan awak.” ujar Nashrin.

***

Setelah pertemuan antara dua keluarga selesai, akhirnya Afiera bergelar tunangan kepada Nashrin. “Terima kasih sebab awak sudi terima saya dalam hidup awak.” ujar Nashrin. “Saya yang patut berterima kasih pada awak kerana sudi buka pintu hati saya.” balas Afiera. Afiera tak menyangka bahawa Nashrin bukanlah lelaki yang biasa-biasa. Dia berusaha menyembunyikan identiti dirinya. Pertama kali Afiera menjejakkan kaki ke rumah orang tua Nashrin, Afiera terkesima melihat sebuah banglo mewah dan mempunyai halaman rumah yang sangat luas. Pada mulanya Afiera ingin membatalkan hasrat untuk bertemu dengan ibu dan ayah Nashrin kerana segan namun setelah dipujuk oleh Nashrin, akhirnya Afiera akur. Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam rumah itu, orang tua Nashrin menyambut baik kedatangan Afiera. Mereka menyenangi kehadiran Afiera di dalam hidup anak lelaki mereka itu. Afiera merasa sangat bahagia apabila dipertemukan orang-orang yang sangat baik dengan dirinya. Hati Afiera mulai terbuka untuk mengenali Nashrin dengan lebih rapat apabila lelaki itu sangat berani menemui ayahnya dan menyampaikan hasrat untuk meminang. Ayah Afiera dengan senang hati menerima hajat Nashrin.

“Jauh menung anak ayah ni. Dah jadi tunangan orang pun masih nak termenung?” ujar ayah Afiera. “Fiera tak sangka akhirnya ada juga orang sudi terima baik buruk diri Fiera.” ujar Afiera sambil senyuman tak lekang dari wajahnya. “Alhamdulillah. Laku juga anak ayah sorang ni. Jangan nak seronok sangat, kamu kena ingat, majlis kamu tak lama je lagi. Jangan buat perangai sudah. Dah nak jadi bini orang ni, degil tu kurangkan sikit.” omel ayah Afiera dengan niat menasihat anak gadisnya.

“Amboi, ada orang tu sekarang hati sudah ada bungalah.” sindir Naza. Nashrin hanya sekadar tersengih. “Akhirnya berjaya juga kau perjuangkan cinta kau. Lama betul kau usha dia dulu, kan?” ujar Naza. “Usaha tangga kejayaan. Aku pun tak sangka dapat cairkan hati batu dia tu. Aku bersyukur sebab aku belum terlambat nak dapatkan dia.” ujar Nashrin. “Haa baguslah. Lepas ni jaga dia baik-baik. Jangan buat macam apa yang lelaki-lelaki yang dia kenal tu buat. Perempuan ni banyak ragam dia. Kau kena banyak sabar dan layankan karenah dia je.” nasihat Naza. “Itulah, perempuan ni memang makhluk pelik, manja dan menggemaskan!” seloroh Nashrin. “Aku sebagai kawan kau, aku akan selalu doakan yang terbaik untuk bakal pengantin ni!” ujar Naza sebelum memulakan perjalanannya untuk pulang kerumah. Nashrin tersenyum sendiri. Bahagia menyelimuti hidupnya kini. 

Tamat.

Hasil Nukilan: Leenz Armani

Hanya Rindu by Andmesh Kamaleng


P/S: Enough. Tak minta banyak, harapnya yang baca ni selalu jumpa happy endings dalam hidupnya. Amin. Have a nice day!

22 August 2020

Second chances (Cerpen)

Second chances...


Sebuah bingkai gambar dipeluk erat oleh Bella dengan wajahnya dibasahi dengan air mata. Seorang lelaki yang sedang memegang sekuntum bunga mawar merah kesukakan Bella sambil tersenyum lebar berada di dalam gambar tersebut. Jauh lamunan Bella sehingga akhirnya dia terlelap sendiri.

“Hi awak, kenapa lambat?” tanya Bella kepada teman lelakinya, Qalish. 

“Sorry, traffic jammed. By the way, you look so beautiful today.” jawab Qalish sambil melemparkan senyuman lebar buat wanita yang dia cintai itu. 

Bella tersenyum malu. 

Tanpa basa basi, dia langsung masuk ke dalam kereta Nissan Almera E 1.5 keluaran 2019 milik Qalish kerana tidak mahu terlewat ke tempat penggambarannya pagi ini. Bella atau nama penuhnya Nabella Ayrana merupakan seorang model sampingan yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia modelling, oleh itu dia tidak mahu prestasinya buruk gara-gara sering terlewat ke lokasi penggambaran.

“Tamat shooting nanti saya ambil awak, boleh?” tanya Qalish. 

Bella menggelengkan kepala.

“Tak payahlah. Awak kan ada kerja. Saya tak nak ganggu kerja awak. Saya boleh ambil grab pulang nanti.” ujar Bella. Wajah Qalish kelihatan muram. Bella faham benar dengan sikap teman lelakinya itu jika tidak dapat sesuatu yang dia inginkan. “Please, saya tak nak awak kena buang kerja gara-gara saya. Awak dah janji nak kumpul duit untuk minang saya suatu hari nanti kan, jadi awak kenalah rajin kerja. Okay, Qalish Fadzley?” pujuk Bella. Setelah itu barulah Qalish mulai tersenyum lagi.

“Okay. I love you.”

***** 

“Hari ni saya free. So, kita nak kemana je?” tanya Bella yang berada di sebelah Qalish yang sedang khusyuk memandu kereta. “Qalish? Awak dengar tak saya cakap tadi?” ulang Bella.  Qalish hanya terdiam sendiri. Bella mengeluh kecil kerana soalannya dibiarkan sepi.

“Siapa lelaki yang hantar awak semalam?” tanya Qalish memecahkan kesunyian. Mukanya kelihatan serius.

Bella mengingat kembali peristiwa kelmarin sebaik sahaja dia habis penggambaran, dan dia dipelawa oleh Hakeem untuk dihantar pulang memandangkan hari sudah larut petang. Tanpa pengetahuan Bella, Qalish datang ke lokasi penggambaran itu. Hatinya terluka apabila teman wanitanya kelihatan sangat mesra dengan lelaki itu.

“Hakeem. Model senior yang sama-sama buat penggambaran dengan saya hari tu. Ikutkan hati, saya nak panggil grab tapi memandangkan hari dah lewat petang, Hakeem tawarkan saya untuk dia hantar pulang, jadi apa salahnya?” jawab Bella.

Qalish mendengus kecil. Bella tahu Qalish tidak senang dengan jawapannya.

Sepanjang perjalanan Qalish menghantar Bella, Qalish lebih banyak mendiamkan diri berbanding Bella yang hanya mampu melihat pemandangan di luar tingkap. Serba salah dia untuk memulakan perbicaraan. Dia tahu Qalish masih marah. Sebaik sahaja sampai ke rumah Bella, Qalish masih tetap mendiamkan diri.

“Maafkan saya. Saya tak berniat nak buat awak terluka. I’m not perfect.” Bella mengungkapkan rasa bersalahnya. Qalish memandang Bella dengan penuh sayu.

“Awak sempurna di mata saya. Maafkan saya sebab bersangka buruk dengan awak.” ujar Qalish sambil menyeka air mata yang mulai mengalir di pipi Bella. Bella menunduk sedih dan dalam satu masa dia merasa terharu kerana Qalish masih mengganggap sedemikian meskipun dia sering membuat lelaki itu terluka dengan perlakuannya.

*****

Qalish memegang sebuah kotak berisi sebentuk cincin dengan hasrat ingin melamar wanita yang dia cintai, Nabella Ayrana hari ini. “She will say YES!” ujar Qalish sambil tersenyum sendirian. Dia lantas menghidupkan enjin kereta kerana dia sudah tidak sabar ingin menemui wanita itu.

Bella terlihat sangat bahagia kerana baru sahaja mendapat berita baik dimana dia akan diangkat sebagai model utama dan bukan lagi model sampingan seperti biasanya. Dia juga tidak sabar ingin memberitahu pada Qalish. Pasti lelaki itu akan bangga dengan prestasi kerjanya selama ini.

Sebaik sahaja Qalish sampai, Bella dari jauh sudah tersenyum memandangnya. Qalish terlihat sangat bahagia melihat senyuman Bella. Adakah dia tahu soal lamaran ini?

“Saya ada berita baik nak share dengan awak!” ujar Bella dengan penuh teruja. 

Sangkaan Qalish soal lamaran adalah salah. Sebelumnya dia telah memegang erat kotak itu, namun dia memasukkan kembali kotak berisi cincin itu ke dalam poket seluarnya. “What a good news?” tanya Qalish. 

Bella menunjukkan sebuah surat yang mengatakan bahawa dia ditawarkan untuk menjadi model sepenuh masa dan akan terbang jauh ke luar negara untuk menjayakan penggambaran disana selama beberapa tahun. “I’m soooo happy!” Hati Qalish semakin sakit melihat senyuman bahagia Bella. Bukan kerana dia tidak gembira dengan berita yang baru sahaja disampaikan oleh Bella, tetapi jika Bella menerima tawaran itu, pasti Bella akan semakin jauh dengan Qalish. “Congratulation sweetheart. You did well.” ujar Qalish untuk menutupi rasa sedihnya.

***** 

Sebaik sahaja Qalish menghantar Bella ke lapangan terbang, hatinya seakan kosong. Bella menyedari perubahan diri Qalish namun dia tidak mampu menolak keinginannya demi mencapai impian yang dia nantikan selama ini.

“Saya pergi sekejap je. Awak tunggu saya ye?” ujar Bella untuk memujuk hati Qalish. Qalish cuba mengukir senyuman meskipun hatinya berat untuk melepaskan Bella pergi mencapai cita-citanya. “Please take care and love me always.” ujar Qalish sambil matanya mengekori langkah Bella sehingga bayang wanita itu benar-benar hilang dari pandangannya.

Qalish melangkah lemah keluar dari lapangan terbang itu. Dia memandu tanpa arah tujuan. Hatinya kosong. Jiwanya dibawa pergi jauh. Entah kenapa dia merasakan bahawa dia akan benar-benar jauh dari teman wanitanya itu. Dia mengeluarkan kembali kotak berisi cincin yang ingin dia beri pada Bella dengan niat untuk melamar wanita itu. Dia memandang kosong kearah cincin tersebut. Dia berhenti di persimpangan jalan sambil menulis sesuatu di atas kertas…

Maaf aku terluka

Hilang kata bermakna

Hilang didepan mata

Hilang begitu sahaja.


Bintang sudah ku ukir

Janji sudah kau mungkir

Walau didalam luka kau ajar ku berjuang.


Sayang takkan terbuang

Adakah ini peluang

Maaf rindu dalam halaman hati bila kau hilang

Selagi akan terang 

Cahaya sinar bintang…

Qalish menyelitkan potongan kertas yang bertulis itu di dalam kotak berisi cincin tersebut dan dia memulakan kembali pemanduannya. Tanpa dia sedar, sebuah lori meluncur laju dari belakang keretanya sehingga akhirnya melanggar kereta Qalish yang baru sahaja keluar dari simpang. Kemalangan ngeri itu akhirnya meragut nyawa pemandu lori yang terbalik kerana hilang kawalan manakala kereta milik Qalish remuk teruk akibat pelanggaran itu. Qalish juga didapati meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah.

Bella tersentak. Dia mulai rasa tidak sedap hati. Sementara dia menunggu penerbangannya, dia cuba menghubungi Qalish kerana sebelum mereka berpisah di lapangan terbang, Qalish tidak banyak bercakap. Beberapa kali dia cuba hubungi namun tiada jawapan. Bella mulai cemas. Tiba-tiba Bella mendapat panggilan dari telefon bimbit Qalish. Bella langsung menjawab panggilan itu. 

“Awak okay ke tu? Kenapa saya call awak banyak kali, awak tak jawab? Awak marah dengan saya ke?” soal Bella bertalu-talu. Bella tergamam apabila mendengar suara orang lain dari telefon bimbit Qalish. “Hello, awak kenal dengan pemilik telefon ni?” Bella terdiam. “Siapa ni?” tanya Bella.

“Maaf, saya nak beritahu pada cik, pemilik telefon bimbit ni mengalami kemalangan dan dia disahkan telah meninggal dunia. Saya saksi kejadian. Cik ada dimana? Barang-barang yang dapat diselamatkan ada pada saya. Nanti saya akan hantar lokasi tempat kemalangan terjadi.”ujar orang yang berada di hujung talian.

Badan Bella mulai menggigil. Telefon bimbit yang berada di dalam pegangannya langsung jatuh ke lantai. Tubuhnya lemah longlai apabila mendapat tahu berita itu. Bella pengsan.

“Bella….kenapa ni?” tanya pengurus Bella.

***** 

Bella akhirnya berhenti dari dunia modelling dan dia lebih banyak memerapkan diri di dalam bilik. Pemergian Qalish benar-bener memberi tamparan hebat dalam hidupnya. Gara-gara dia ingin mencapai impiannya sebagai seorang model, dia akhirnya kehilangan orang yang paling dia cintai buat selama-lamanya. Bella meneliti satu persatu barangan yang ditinggalkan oleh Qalish. Dia melihat sebuah kotak yang tertutup rapi. Sebaik sahaja dia membuka kotak itu, terkepil sepotong kertas dan dia membaca bait-bait tulisan milik Qalish. Air matanya mengalir deras melihat sebentuk cincin berada di dalam kotak itu. Penyesalan yang tidak berpenghujung. Jika dia tidak memilih jalan itu, pasti dia tidak akan kehilangan Qalish Fadzley. “I miss you…”

Tamat.


Peluang Kedua by Nabila Razali ft MK K-Clique


P/S: Second chances doesn't always mean a happy ending. Sometimes, it's just another shot to end things right.


(Jalan cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun meninggal dunia. Semua ini hanya rekaan semata-mata. Terima kasih sudi membaca!)

Nukilan - Leenz Armani

10 June 2020

Biar kupendam perasaan ini (Cerpen)

Assalamualaikum

                 Pernah tak korang memendam perasaan terhadap seseorang dalam tempoh yang sangat lama? Pernah tak korang rasa penantian itu sesuatu hal yang tidak berbaloi? Pernah tak korang putus asa dengan apa yang korang nantikan itu? Tak semua orang mampu bertahan seperti mana yang aku lakukan pada hidup aku saat ini. Well, inilah cerita aku. Cerita di mana aku sanggup mengorbankan masa depan aku hanya semata-mata untuk menantikan sesuatu yang bukan milik aku. Pasrah? Redha? Menyerah? Entahlah…

***

                “Weh Leen, itu Ash kan?” tanya Alesya sambil menunding jari tepat kearah lelaki yang aku minati itu. Ash atau nama penuhnya Hashrul Harish. Ya, dialah lelaki pertama yang berjaya membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama. Meskipun aku tidak pernah bertegur sapa dengan dia, cukuplah untuk aku memerhatikannya dari jauh. Aku sedar diri bahawa aku bukanlah siapa-siapa dengannya jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan perempuan dia yang lain. Aku tak cantik, aku tak bergaya, aku malu nak bertegur sapa dengannya. Hashrul merupakan seorang pelajar kelas atas di mana taraf pendidikannya lebih tinggi berbanding aku yang berada di kelas bawahan. “Sampai bila kau nak pendam perasaan kau terhadap dia? Dia kena tahu yang kau sukakan dia.” ujar Alesya. Aku mengetap bibir mendengar nasihat Alesya. “Masalahnya….aku tak naklah digelar ‘perigi cari timba.’ Malu aku nanti. Kau tengok jelah kawan-kawan perempuan dia tu, semuanya bergaya, cantik, ada rupa, aku ni? Hmm…” ujarku. Alesya mengeluh kecil. Alesya merupakan kawan baik aku. Dialah yang sering menemani aku walau kemana sahaja aku pergi meskipun kami berada di kelas yang berbeza. Oh, jangan tak tahu, Alesya ni pernah berada satu kelas dengan Hashrul. Aku mengenali Hashrul pun dari Alesya. Suatu ketika dahulu, aku pernah berkunjung ke kelas Alesya untuk meminjam buku rujukannya, tiba-tiba Hashrul melintasi kami berdua, dari situ mata aku dan Hashrul saling bertentang dan DUP DAP DUP DAP! Jantung aku berdegup kencang masa tu! Pandangan mata dia menusuk ke dalam hati aku sampai saat ini. Aku menceritakan segalanya kepada Alesya. Alesya sedikit terkejut apabila aku mengatakan bahawa aku menyukai Hashrul. “Itulah aku dah cakap dulu, jangan berharap sangat dengan si Hashrul ni, dia tu terang-terang lelaki pujaan ramai. Harapan kau nak dapatkan dia tu susah. Memang susah. Tapi kalau kau nak kawan Hashrul si Bulat tu, aku boleh tolong dapatkan.” ujar Alesya sambil mengusik. Si Bulat tu yang dia kenalkan? Jauh ‘panggang dari api’. Terang-terang si Bulat tu berbadan besar dan tinggi, mana sesuai dengan aku yang kurus dan pendek ni. Maunya leper kalau kena lenyek dengan dia.

                Aku berjaya dapatkan nombor telefon Hashrul, itupun berkat bantuan Alesya. Tapi…aku takut nak hubungi dia. Apa aku nak cakap nanti? Dia nak ke layan aku? Kenal pun tidak, macam mana nak berborak? “Weh, kau tunggu apalagi? Cepatlah call.” desak Alesya. “Aku nervouslah. Macam mana kalau dia tak nak layan aku?” Aku termangu sendiri. Betul ke apa yang aku buat ni? Tanpa buang masa, aku langsung mendail nombor yang tertera. Panggilan disambungkan. “Hello, siapa ni?” Aku terkaku sebaik sahaja panggilan tersebut dijawab oleh seorang lelaki. Lidah aku kelu dengan tiba-tiba. “Hello?” TAPPP! Aku langsung meletakkan panggilan kerana aku buntu untuk berkata-kata. “Kenapa kau letak? Tak ada orang jawab ke?” tanya Alesya. “A…ada. Lelaki. Aku takutlah Sya.” ujarku. Alesya menepuk dahi. “Ya Allah… habis tu kenapa kau letak? Inilah masanya untuk kau kenalkan diri kau pada dia. Kalau tak, sampai bila-bila pun dia takkan tahu kewujudan kau.” ujar Alesya sambil memberi semangat pada aku. Aku mendail kembali nombor tersebut. Dengan sedikit keberanian, akhirnya aku bersuara. Untuk pertama kalinya aku akan berbual dengan dia. “Ye saya Hashrul, awak siapa ye?” tanya Hashrul di hujung talian. “Saya… saya sukakan awak.” Ya Allah, apa yang aku cakapkan ni? Aku bercakap tanpa sedar. Betapa malunya aku saat itu. Aku langsung mematikan panggilan. Aku terlepas cakap. Tidak sepatutnya aku meluahkan perasaan aku terhadap dia tanpa mengenalkan diri terlebih dahulu. Aku lihat Alesya sudah ternganga besar mendengar pengakuan aku terhadap Hashrul sebentar tadi. “Weh, seriuslah kau cakap macam tu tadi?” Alesya masih terkejut. “Aku…aku tak sengaja. Aku tersalah cakap. Aku nervous, aku takut. Sya, aku malu dengan pengakuan aku tadi.” ujarku sambil memeluk Alesya. “Kejap, tadi kau ada kenalkan diri kau tak?” tanya Alesya. Aku sekadar menggeleng. “Haa baguslah tu. Sekurang-kurangnya dia tak tahu siapa perempuan gila yang tiba-tiba meluahkan perasaan pada dia tadi.” seloroh Alesya. Ada benar juga kata-kata Alesya itu. Sekurang-kurangnya aku tidak akan berasa malu apabila berhadapan dengan Hashrul nanti. Apapun yang terjadi hari ini membuatkan aku merasa sedikit lega kerana dapat meluahkan perasaan terhadap dia meskipun dia tidak mengenali aku.

                5 tahun berlalu. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir dengan jayanya. “Fuhhh akhirnya tamat juga perjuangan kita hari ni.” ujarku sambil menggeliat dan merenggangkan badan setelah berhempas pulas menjawab kertas peperiksaan. “So, apa plan kau lepas habis sekolah ni?” tanya Alesya. “Aku nak duduk rumah, habiskan beras mak aku. Hahaha.” ujarku dengan selamba. “Amboi jawapan kau, bernas sungguh. Apa kata kita cari kerja separuh masa, nak?” ujar Alesya. Aku menggangguk setuju. Selepas tamat persekolahan kami, aku dan Alesya membuat kerja separuh masa di sebuah restoran makanan segera dengan tujuan untuk mencari duit simpanan dan sedikit pengalaman. “Tapi…lepas ni aku dah tak dapat nak tengok muka dia. Aku mesti akan rindu sangat dengan dia.” ujarku sambil mengenangkan cinta aku terhadap Hashrul yang tidak kesampaian. “Tak apalah, perlahan-lahan kau lupakan dia. Kau akan dapat pengganti yang lebih baik.” pujuk Alesya.

                Hari ini aku bertugas menjaga kaunter dan mengambil pesanan pelanggan. Tiba pada seorang pelanggan, aku menjadi tidak tentu arah. Hashrul! Hashrul mengunjungi tempat kami bekerja! Yang membuatkan aku menjadi semakin gementar apabila Hashrul benar-benar berada di hadapan aku. Dia memandang aku dengan mata redupnya. Pandangan yang sangat aku rindui. Wajahnya tidak pernah berubah dari dulu lagi. Aku terhanyut dalam pandangan matanya. Alesya langsung mengejutkanku. “Hey, kau Hashrul kan?” ujar Alesya yang tiba-tiba sahaja bertegur sapa dengan lelaki di hadapanku ini. “Kau kerja kat sini rupanya, Sya.” ujar Hashrul. “A’ah, tapi aku buat part-time je kat sini. Eh, kau nak order apa? Kawan aku ni belanja.” ujar Alesya. Aku sedikit terkejut apabila Alesya tak semena-mena berkata sedemikian. “Seriuslah?” Hashrul tersenyum girang memandang aku. Kurang asam punya Alesya! Habislah nanti gaji aku kena potong. Aku menjeling tajam kearah Alesya. Alesya sekadar mengenyitkan mata tanda berjaya mengenakan aku. Selepas  Hashrul membuat pesanan, aku meminta dia menunggu sementara makanannya sedang disediakan. “Terima kasih banyak tau sebab belanja saya. Err...boleh saya tahu nama awak?” tanya Hashrul. “Leenda. Panggil saya Leen je.” Hashrul menggangguk faham. “Terima kasih Leen. Nice to meet you!” Ya Allah, betapa girangnya hati aku saat itu. Meskipun gaji aku bakal dipotong tapi ini sudah cukup membuatkan aku bahagia. Ternyata Alesya mengenakan aku dengan niat untuk menolong aku. Hashrul sudah mendapat pesanannya. Dia juga sempat melambai kearah aku dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku menoleh kebelakang dan aku melihat Alesya tersenyum lebar melihat aku. “Terima kasih Alesya!”

***

                10 tahun masa berlalu. Kini aku tidak lagi bekerja di restoran makanan segera tersebut. Selepas mendapat keputusan SPM, aku menyambung pengajian di sebuah kolej namun ianya hanyalah sementara kerana hati aku lebih berminat terhadap bidang pekerjaan berbanding belajar. Aku beruntung kerana memiliki keluarga yang sangat memahami apa yang aku kehendaki. Orang tuaku mengizinkan aku untuk berhenti belajar dan memulai pekerjaan di sebuah syarikat swasta. Sedikit demi sedikit aku cuba melupakan hal di masa silamku. Aku cuba membuang perasaan aku terhadap Hashrul jauh dari hidupku namun aku masih gagal. Apa khabar dengannya? Sudah berpunyakah dia? Sudah berkahwinkah dia? Siapalah wanita bertuah itu… “Hoii…termenung jauh nampak?” sapa Ayu, selaku rakan sekerjaku. “Ishhh kau ni, kacau je aku nak berangan sikitpun tak boleh.” rungutku. “Kau berangan apa? Kau berangan tunggu anak raja datang lamar kau ye?” usik Ayu sambil menguis-nguis sikunya. “Kalau ye pun, kenapa? Tak boleh ke?” jawabku sambil mencebik. “Haa tu putera raja kau dah sampai.” ujar Ayu sambil menunjuk kearah Syarif, lelaki paling menyebalkan. “Haiii sayang…” ujar Syarif sambil memandang aku dengan pandangan miang. “Apa sayang-sayang? Geli tau tak! Ingat sikit anak bini kat rumah tu.” ujarku sambil melemparkan sepatah dua kata. Syarif langsung terdiam apabila nama anak bininya dipetik. “Awak kena ingat, perempuan tak boleh membujang sampai ke tua, tak pasal-pasal orang panggil ‘andartu’ karang. Lagipun, jual mahal-mahal sangat ni takut nanti tak laku pulak.” Syarif memulangkan ‘paku buah keras’. Menusuk tepat ke jantung aku. “Saya lebih rela hidup sebagai andartu daripada kena kahwin paksa dengan laki orang yang tak sedar diri macam awak, Encik Syarif!” jerkahku. Syarif langsung terdiam. Keadaan di pejabat sewaktu itu menjadi sunyi sepi. Masing-masing tidak mahu masuk campur perbalahan kami berdua. Ada bagusnya juga mereka tidak masuk campur. Sekurang-kurangnya tiada pihak akan menyokong jantan miang ni.

***

                Meskipun aku telah membuat haluan sendiri, namun hubungan aku dan Alesya tetap berjalan seperti dulu. Kami sering berhubung antara satu sama lain kerana dialah satu-satunya kawan baik aku. Aku mengajak Alesya berjumpa. Sungguh, Alesya banyak berubah! Dia sangat bergaya dan sangat menjaga penampilan diri. “Amboi, sejak-sejak pegang jawatan besar ni…bukan main bergaya lagi ye.” ujarku sambil mengusik. “Eh, tak adalah. Biasa je kot. Aku masih sama macam dulu. Cuma kena upgrade sikit je, bak kata bos aku penampilan kita kena setaraf dengan jawatan yang kita pegang, baru orang boleh respect.” ujar Alesya sambil menyelitkan sedikit nasihat. “Betul juga tu. Aku sokong!” sambil menunggu pesanan makanan yang dipesan tadi, aku sempat memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba pandanganku terhenti melihat sebuah pasangan. Wajah yang sangat aku kenali! “Sya…cuba kau tengok sana tu?” ujarku sambil menunding jari kearah pasangan yang aku maksudkan. “Yang mana? Yang ada budak kecil 2 orang tu?” tanya Alesya. Aku menggangguk iya. “Aku rasa aku kenal lelaki tu…” ujarku sambil mataku tak lepas memandang wajah lelaki yang sedang melihat telefon bimbit. “Siapa?” tanya Alesya. “Hashrul.” Aku sangat yakin, lelaki itu adalah Hashrul. Meskipun penampilan dia sedikit berubah, wajahnya penuh dengan jambang, namun mata redup itu yang membuatkan aku cam akan wajahnya. “Kalau betullah itu Hashrul, habis tu yang 2 orang budak kecil tu, takkanlah anak-anak dia?” tanya Alesya. Aku pun kurang pasti. Hampir 10 tahun lebih aku tidak bertemu dengan lelaki itu. Entah bagaimana khabarnya juga aku tidak tahu. Seandainya benar Hashrul sudah berkahwin dan mempunyai anak, aku redha. Aku rela melepaskan dia dari ingatanku. Sudah tiada gunanya lagi untuk aku menanti cintanya. Meskipun tidak berbalas namun aku puas. Puas kerana memendam perasaan ini. Dengan tiba-tiba Alesya menarik tanganku. “Kau nak bawak aku kemana ni?” Aku melihat Alesya semakin mendekati meja di mana Hashrul berada. “Hai Ash! Ingat aku lagi tak?” sapa Alesya. Hashrul memandang dengan penuh hairan. “Alesya ke ni?” tanya Hashrul. “Ye, aku Alesya. Kau ni, tahulah kita ni dah tua, tapi janganlah tunjuk sangat pelupa tu.” ujar Alesya sambil bergurau kasar. “Kurang asam. Aku bukan lupa cuma aku tak berapa nak cam muka kau tadi. Fuhh makin bergaya kau sekarang. Kau masih kerja kat tempat sama ke?” ujar Hashrul. Aku hanya diam membatu. Sekejap aku bermain-main dengan 2 orang anak kecil itu. “Setia betul kau dengan tempat kerja kau ye. Eh, kejap. Kalau tak silap aku, ni kawan kau yang belanja aku dulu tu kan?” ujar Hashrul sambil memandang aku. Ya Allah, aku rindukan pandangan itu! “Ye, dia nilah yang belanja kau dulu tu. Leen nama dia. Jangan cakap kau dah lupa dia.” ujar Alesya sambil mencucuk jarum. “Ishhh mana boleh lupa, jasa orang kita kena kenang. Eh alang-alang korang dah ada kat sini, aku nak kenalkan ni bini aku, Siti dan dua orang budak kenit ni, anak-anak kitorang, Adam dan Arisya.” ujar Hashrul sambil menarik anak kecil itu dan duduk di pangkuannya. “Comelnya diorang ni.” ujarku sambil mengusik kedua anak kecil itu. “Mestilah comel, tengoklah bapak dia siapa.” ujar Hashrul, membangga diri. Alesya mencebik. “Hello, diorang comel sebab ikut muka mak dia.” jawab Alesya. Kitorang tertawa bersama. “Korang apa cerita? Takkan nak membujang sampai ke tua? Meh la, cari geng untuk anak-anak aku.” ujar Hashrul. “Eh, copppp! Sorry ye, aku mungkin takkan membujang sampai ke tua sebab aku dah ada calon, cuma si Leen ni je yang masih menunggu seseorang yang takkan jadi milik dia lagi.” ujar Alesya sambil berseloroh. Aku cepat-cepat mengajak Alesya beransur pergi. “Maaflah kitorang mengganggu korang sekeluarga. Just nak tanya khabar je tadi, maklumlah takut salah orang.” ujar Alesya sambil menyalami isteri Hashrul. “Eh, tak ada hal lah. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku ni masih popular di kalangan perempuan meskipun sekarang aku dah bergelar suami orang.” ujar Hashrul sambil memandang kami berdua. Senyuman itu…akan jadi senyuman terakhir untuk aku simpan. Ya, aku harus belajar untuk redha dan pasrah melepaskan semua ini. Berakhirlah kini penantian aku. Aku tidak meminta lebih, aku cuma ingin melihat dia bahagia bersama insan yang dia kasihi selama hidupnya. Biarlah aku cari kebahagiaan aku sendiri. Meskipun perih yang kutelan, aku terima dengan sepenuh hati. Asalkan kau bahagia…

TAMAT.


Bukan Aku by Tasha Manshahar

Tak mudah aku jalani, hidupku tanpamu di sisi
Hari-hari kutangisi, segala memori janji kumungkiri

Aku lepas semua pergi, bukan kerna aku benci
Tapi kernaku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku, nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu, bukan aku

Engkau masih aku rindu, walau tak pernah engkau tahu
Hanya satu harapanku, moga kau selalu maafkan diriku

Aku lepas semua pergi, bukan kerna aku benci
Tapi kernaku terlalu mencintai

Percayalah oh sayangku, nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu, bukan aku

Usah bimbang sayangku, nikmati dulu usiamu
Nanti kau temu cintamu, bukan aku.

P/S: Based on real story of my life.

Wasalam,
- Leenz

10 June 2020 - 3:31pm