About us
- Leenz Armani
- "Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."
28 December 2019
Takziah Alfie...
Assalamualaikum.
Aku taktau macam mana nak mulakan. Pagi ni aku rasa cuaca sangat muram disertai dengan berita yang aku baru dengar dari kawan baik aku, Alfie. Sungguh, aku resah dan tak tentu arah bila dapat panggilan dari Alfie jam 10 pagi tadi. Hampir beberapa bulan jugak aku tak contact Alfie, fikiran aku mungkin dia sedang busy dengan tugasan kerjanya dan tugasan harian dia. Tapi setiap hari aku rasa gelisah semacam. Entah apa yang akan berlaku dalam waktu terdekat ni. Kenapa fikiran aku tak henti memikirkan Alfie. Jadi hari tu aku cuba untuk hubungi Alfie tapi kekangan masa membuatkan aku membatalkan hasrat aku untuk menghubungi Alfie. Sorry Alfie.
Berbalik kepada pagi tadi. Alfie tiba-tiba menghubungi aku dengan nada suara yang sangat sebak. Ya, dia menangis teresak-esak. Aku cuba menangkap apa yang dia cuba sampaikan. "Mak aku dah tak ada, Lin." Sama ada aku sedang mengelamun atau bermimpi. Aku suruh Alfie ulang semula apa yang dia cakapkan. Mulanya aku fikir dia sedang bergurau tetapi selepas mendengar nada suara Alfie yang sebak tu, aku sedikit demi sedikit cuba hadamkan apa yang dia sampaikan. "Mak aku dah tak ada kat dunia." Masa tu semangat aku langsung luluh, jatuh merundum. Bammmm. Seolah-olah seperti aku sedang berada di dalam situasi Alfie. Badan aku jadi menggigil selepas mendengar berita tersebut. Puan Azizah, ibu Alfie yang aku kenali seorang yang sangat ceria dan peramah. Puan Azizah dah tak ada. Allahuakbar. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku meminta penjelasan dari Alfie walaupun aku tahu masa tu emosi dia tengah tak stabil. Mengikut penjelasan Alfie, ibunya menghidap penyakit kanser hati. Pada mulanya, arwah tidak mengetahui pun tentang penyakit tersebut. Selepas membuat scan badan di sebuah hospital, barulah doktor mengesan penyakit kanser hati yang dihidapi oleh ibunya kini di tahap terakhir yang membuatkan kanser itu telah memakan sepenuh tubuh ibunya. Wallahualam.
Pagi Sabtu, 28/12/2019 iaitu pagi ni, Alfie sempat berborak dengan ibunya. Dengan tiba-tiba ibunya sesak nafas. Dia langsung memanggil doktor untuk memeriksa keadaan ibunya. Selepas doktor yang merawat memeriksa, tiba-tiba doktor tersebut mengatakan... "Dik, adik ibu dah tak ada." Allahuakbar. Aku yang mendengar ni langsung merembes air mata aku. Aku tak dapat bayangkan andai aku ada ditempat Alfie. Ya Allah...
Aku sebagai kawan Alfie, aku rasa aku bukanlah kawan yang baik untuk dia. Aku tak ada dengan Alfie masa dia perlukan sokongan. Aku minta maaf, Alfie... Aku minta maaf. Selama aku mengenali Alfie, aku sangat gembira bila berkunjung kerumah Alfie sebab ibunya yang sangat peramah dan rajin melayani aku dan Isha. Rumah Alfie seakan rumah kedua bagi aku kerana keluarganya sangat mesra. Bila aku dapat tahu ibu dia meninggal dunia, aku pun seakan terasa kehilangannya.
Last day masa aku lepak rumah Alfie beberapa bulan yang lalu, aku sempat berborak dengan ibunya. Meriah. Tapi tak sangka hari tu merupakan perbualan terakhir kami.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ibu Alfie tenang di alam sana. Semoga amal ibadahnya diterima disisi-Nya. Kau kena kuat, Alfie. Kau kena kuatkan semangat walau apa cara sekalipun. Kau tunggak utama dalam keluarga kau. Kau tak boleh tunjuk kau lemah. Aku dan Isha akan selalu ada untuk kau meskipun aku tak mampu hadir disisi kau. Maafkan kami.
Salam takziah, Alfie.
Wassalam.
- Leenz
28 December 2019 - 1:00pm
12 December 2019
Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
Assalamualaikum.
Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau dalam bahasa melayunya, penyakit kompulsif dimana ia adalah sejenis penyakit mental dan mempunyai dua kompenen iaitu obsesif dari segi pemikiran dan kompulsif pula dari segi tindakan.
Ramai orang menyimpul orang yang terlalu mementingkan kesempurnaan atau dipanggil perfectionist ini merupakan salah seorang dari kategori OCD. Namun sebenarnya OCD ini membawa maksud yang berbeza. Jom kita semak ciri-ciri personaliti seseorang yang mempunya OCD ni:-
Personaliti OCD:-
- Ianya sejenis kecelaruan personaliti seorang individu yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan, dan keinginan untuk mengawal persekitaran serta dalam perhubungan. Biasanya ia bermula dari peringkat awal dewasa dan lebih banyak dialami oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita. Jangan terkejut kerana selama ini kita selalu berfikir bahawa kaum wanitalah yang lebih mementingkan ketelitian dan kesempurnaan, anda silap.
Macam mana kita nak tahu sama ada kita mempunyai sifat OCD atau tidak?
Jika anda adalah seorang yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mencapai kesempurnaan dan cenderung mengawal persekitaran dan hubungan dengan orang lain secara berterusan, jawapannya YA, anda mempunyai sifat OCD tersebut.
Ok, jika anda mempunyai sifat yang disenaraikan ini, bermakna anda cenderung kepada OCD:-
- Terlalu fokus pada perincian dan ketelitian sesuatu objektif utama dalam sebuah aktiviti.
- Terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga kadang kala terlambat menyiapkan tugasan.
- Terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehingga mengabaikan masa untuk diri sendiri serta keluarga mahupun kawan-kawan.
- Sukar membahagikan kerja / tugas kepada orang lain kerana bimbang bahawa orang lain itu tidak mampu mencapai tahap yang diingini.
- Sukar untuk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungkin berguna suatu hari nanti.
- Sukar untuk belanjakan duit untuk diri sendiri atau orang lain kerana bimbang duit tersebut mungkin diperlukan untuk masa hadapan.
Obesesif (Pemikiran)
- Pemikiran yang tidak rasional dan imej atau idea yang berulang.
- Pemikiran ini juga adalah sangat mengganggu sehingga adakalanya individu tersebut melakukan tindakan kompulsif sebagai langkah untuk mengalihkan perhatian dari pemikiran tersebut.
Kompulsif (Tindakan)
- Kompulsif secara ringkasnya adalah desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsesif.
- Contoh perlakuan kompulsif adalah:-
- Mencuci tangan berulang kali untuk memastikan bahawa ia benar-benar sudah bersih.
- Memeriksa pintu berulang kali bagi memastikan bahawa ianya berada dalam keadaan terkunci.
- Mengira sesuatu nombor berulang kali untuk memastikan bahawa kiraan yang dikehendaki
adalah tepat.
- Berulang alik ke dapur untuk memastikan bahawa gas telah ditutup.
Penyakit obsesif kompulsif ini boleh menjejaskan kehidupan seharian kerana individu tersebut didominasi oleh pemikiran atau obsesi yang mengganggu diikuti perbuatan kompulsif secara berulang-ulang untuk mengurangkan keresahan yang dialami. Seandainya individu yang mempunyai OCD ini tidak mendapatkan rawatan, ia akan mudah berasa penat dan lelah kerana mengulangi perbuatan yang sama.
Punca seorang individu mempunyai ciri-ciri OCD ini:-
- Genetik atau keturunan.
- Keabnormalan pada struktur otak serta fungsi otak atau jangkitan pada bahagian otak tertentu boleh mencetuskan gejala penyakit ini.
- Trauma. Pengalaman trauma pada masa lampau seperti penderaan fizikal atau seksual.
- Konflik atau tekanan.
Jika kalian merasa kalian mempunyai penyakit ini, segeralah dapatkan rawatan di hospital yang menawarkan perkhidmatan psikitari. Rawatan dan penyesanan awal dapat membantu merawat penyakit ini dengan lebih baik.
P/S: Beberapa ciri di atas juga sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran dan tindakanku. Adakah aku juga salah seorang dari OCD?
Have a nice day!
Wasalam.
- Leenz
12 Dec 2019 - 2:41pm

I have a mental disorder? (OCD)
Tanda-tanda OCD
Have a nice day!
Wasalam.
- Leenz
12 Dec 2019 - 2:41pm
Subscribe to:
Posts (Atom)