Izinkan aku mengutip sekeping demi sekeping hatiku yg telah hancur ini. Betapa beratnya untuk aku hadap semua ini. Sedih, pedih, kecewa, terluka. Tak tergambarkan oleh kata-kata. Mengapa disaat aku cuba melangkah pergi, aku cuba melupakan semuanya, dan kini kau kembali menambah duka di hati ini? Mengapa?
Terima kasih untuk insan yang pernah bertakhta di hati ini. Tak, aku tidak pernah membenci kalian. Aku cuma terluka. Aku hanya perlu belajar untuk teruskan hidup tanpa kalian. Biarlah aku pergi bawa diri ini walau entah kemana arah tujuan... Asalkan ianya tidak lagi berpaling pada kenangan lalu. Aku takut. Aku serik.
Maaf, aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan kalian disamping insan yang berjaya menambat hati kalian. Maaf juga kerana aku tidak mampu membuat kalian bahagia selama aku mengenali kalian. Maaf untuk segalanya. Aku hanyalah insan biasa yang ingin merasa dikasihi.
Mungkin sudah saatnya untuk aku mencintai diri sendiri. Seperti dulu. Seperti sebelum aku mengenali kalian semua. Bersahabat dengan diri sendiri adalah jalan yang terbaik agar aku tidak akan merasa tersakiti lagi. Biarlah begini walaupun selamanya.
Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus merasakan erti kehidupan. Aku bersyukur kerana masih punya kawan-kawan yang setia mememani walaupun adakalanya aku lebih suka bersendirian. Terima kasih korang. Terima kasih untuk segalanya.
(Untuk Cinta by Hafiz ft Adira)
Wasalam,
Leenz.
26 March 2019 - 3:06pm