Pernah tak korang rasa perasaan seolah-olah putus asa akan sesuatu hal? Dan korang jugak pernah tak rasa seperti tak dianggap? Apa yang korang rasa? Sakit? Pedih? Binasa? Undescribed.
Aku pernah hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia yang aku cipta penuh dengan kegelapan dan kesunyian. Namun aku sedar tak selamanya aku mampu hidup sedemikian. Aku perlukan hiburan dan kebahagiaan. Tapi aku takut. Aku takut untuk masuk ke dalam kehidupan yang baru itu. Kerana aku tahu, akan ada banyak rintangan dan cabaran untuk ke arah sebuah kebahagiaan. Aku berpatah kembali ke dalam duniaku. Sehinggalah aku mengenali apa itu persabahatan. Dari situ, aku cuba untuk masuk ke dunia mereka. Dunia yang penuh tawa riang dari orang-orang sekeliling aku. Bahagia. Walaupun hanya sementara.
Sejak dari itu, aku mula mengenali erti cinta yang orang-orang sering berkata ianya sangat indah. Ya, memang indah. Segalanya nampak indah. Sehingga aku menjadi buta hati untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Benarlah kata orang, apabila kita dilamun cinta, semua yang buruk akan menjadi indah. Dan sampai aku sendiri tak dapat membezakan yang mana kaca dan permata. Tapi siapalah aku untuk menolak takdir tuhan? Apa yang datang, aku jalani seperti biasa. Walaupun sering diakhiri dengan kesedihan. Mengapa begini? Seandainya aku tahu perasaan jatuh cinta itu akan berakhir dengan kesakitan, aku takkan pernah mahu jatuh cinta.
Aku pernah jatuh tersungkur sehingga aku merasa apalah gunanya hidup di dunia ini lagi. Hanya kerana kehilangan sosok tubuh seorang lelaki yang amat aku cintai. Tapi aku sedar apa yang aku buat itu akan jadi sia-sia kerana aku tahu, yang pergi takkan kembali. Kita tak mampu kawal perasaan seseorang dan kita tak boleh nak paksa seseorang itu menerima kita kembali. Dan aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.
Mendalam bukan lirik dia? Macam tulah yang aku rasakan sekarang. Masa memula kenal, semuanya tampak bahagia. Walaupun dia buat benda paling bodoh pun kita akan rasa itulah hal paling sweet, kan? Tak kisahlah sama ada lelaki mahupun perempuan. Mula-mula kenal, tak pernah nak berenggang. Tapi itu masa dalam proses kenal hati budi lah. Bila dah masuk fasa yang lebih serius, ianya takkan sama macam masa mula-mula kenal, dan masa tu korang akan rasa sedikit kehilangan. Kehilangan seseorang yang selalu ada untuk korang suatu ketika dulu. Korang juga berharap ianya akan kembali seperti dulu? Mungkin dia akan kembali dan mungkin juga tidak. Kerana apa? Kerana dia telah jumpa hal yang baru dalam hidup dia. Dan lebih menyakitkan, hal baru itu lebih membahagiakan dia berbanding diri korang. Sedarlah. Kebahagiaan takkan dapat dimiliki untuk selamanya. Biarpun ianya dijaga dengan baik, yang pergi tetap akan pergi. Kita hanya perlu belajar apa erti redha dan pasrah. Kerana kehilangan itu sangat menyakitkan.
Kepada seseorang yang pernah memiliki separuh dari hati dan jiwaku ini, tolonglah... kembalikan padaku semula. Kerana kau tidak lagi layak memiliki semua itu. Berhentilah menyakiti dan jangan pernah memberi rasa kecewa dihati ini lagi. Ianya sakit. Sangat sakit.
Dulu, kau pernah sangat kucintai dan kugilai,
Tapi kau hanya menutup diri.
Sekarang ketika kau inginkan hatiku lagi,
kukatakan aku sudah undur diri.
Maaf, kau terlambat kembali.
Dan jangan pernah kembali lagi.
Aku tidak sudi.
Thanks for all the memories...
Wasalam,
Leenz.
11 February 2019 - 4:21pm