About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

13 September 2017

Hari yang malang?

Assalamualaikum.

Pheww...semoga nasib malang ni segera pergi dari hidupku.

Aku tak tahulah kenapa nasib aku hari ni malang sangat. Aku pun tak tahu sama ada nasib aku yang memang malang atau......hmm.

Nak dipendekkan cerita, masa keluar rehat tadi, aku teman my mommy pergi bank. Masa otw tu, aku berhenti kat lampu isyarat. Bila lampu isyarat dah bertukar hijau, turn akulah yang jalan tapi entah kenapa kenderaan yang bertentangan arah tu tak nak berhenti. Maksudnya, dia pun jalan main laju je. Mujur mommy aku beritahu yang kereta tu nekad jalan. Jadi aku pun terpaksalah brek mengejut. Kalau ikut kepala aku, aku memang jalan je buat bodoh sebab memang turn aku jalan. Cuma maut tak maut jela lepas tu kan. So, nasib baik aku sempat brek, kalau tak memang berlanggarlah kitorang. Ishh...tak berani nak imagine. Dan nasib baik juga orang belakang aku jauh sikit dari kereta aku, kalau tak dah satu hal langgar belakang pulak. Syukurlah Allah masih beri peluang untuk hidup.

Lepas pergi bank, aku menyinggah ke Mydin Nusajaya kejap untuk beli barang2 dapur sikit. Yelah, alang2 dah keluar office tu, singgah jelah terus kan. Jalan punya jalan, pusing punya pusing. Bile turn nak bayar, aku rasa something tak best. Damn. Mana wallet guaaaa??? Aku dah cemas! Aku patah balik ke kereta, kot-kot tertinggal dalam kereta kan. Tapi aku yakin gile babeng yang aku ada bawak skali. Aku rasa tadi aku selit kt celah ketiak kalau tak silap. Cek ketiak, TAK ADA. Adududu...dah satu hal dok tawaf satu Mydin tu. Kat mana tempat aku singgah tadi, aku cari betul-betul. Tapi tak ada langsung. Aku dah give up. Aku sendiri pun tak ingat kot terjatuh kat memane ke atau aku yang tertinggalkan kat salah satu tempat yang aku singgah tadi ke. Atau orang ambik, aku yang tak perasan ke. Serabut gile sampai dah tak boleh nak fikir apapun. Aku cakap dengan mommy aku, kalau tak jumpa jugak, redha jela. Bagi aku, duit dalam tu tak penting sangat pun kalau orang nak ambik, but atleast pulangkan semula i/c, kad bank, lesen memandu, kad klinik dan sebagainya yang ada dalam tu. Semuanya penting sebab kalau hilang, banyak kerja nak dibuat. Fuhh. Aku tanya pada salah satu pekerja Mydin tu sama ada ternampak wallet aku tak? Then, dia suggest supaya pergi ke kaunter pertanyaan / aduan. Aku nampak harapan sedikit cerah di situ. Sesampainya aku ke kaunter tersebut, terdapat seorang lelaki muda. Dan guess what, aku nampak wallet aku ada kt situ! Hilang semua serabut yang ada dalam kepala aku tadi. Ya Allah...nasib baiklah ada salah seorang pekerja kat situ yang hantar dompet aku ke kaunter pertanyaan / aduan tersebut. Syukur alhamdulillah, tak ada benda yang hilang dan dompet aku selamat ditemukan. Menurut Encik Sahmi, pekerja yang menjumpai dompet aku tu kata dia jumpa di salah sebuah tempat yang aku singgah tadi. Syukurlah sebab orang yang jumpa tu jujur dan pulangkan semula pada aku. Kalaulah semua ni hilang, aku tak tau apa akan jadi pada aku lepas ni. Hmm.

P/S: Jangan lalai / leka seperti aku. Lalala.

Dah tu je. Bye!

Wassalam.
- Leenz

13 Sept 2017 - 16:33pm

12 September 2017

Cerbung: Fobia Cinta (Part 3)

Fobia Cinta (Part 3)

   "Tolonglah, Reen dah besar. Reen juga berhak memilih." tempik Ayreen sewaktu berbincang mengenai hal perjodohan yang telah ditentukan oleh kedua orang tua Ayreen. "Kami cuma inginkan yang terbaik buat kamu. Tak kenal tak apa, bercinta selepas kahwin kan lebih indah." pujuk ibu Ayreen. Ayreen mendengus geram. Baginya, fikiran orang tua dikatakan kolot. Sebolehnya dia mahu membantah tetapi apakan daya, dia juga tidak mahu melawan mahupun menyakiti hati orang tuanya. Sebaiknya dia berdiam diri daripada dia terlanjur mengeluarkan kata-kata yang kasar. Ayreen bengang kemudian dia langsung masuk ke biliknya untuk menenangkan diri. Dia cuba menghubungi Izran seperti biasa namun lelaki itu telah menyepikan diri selama beberapa hari ini.

   Amrizal termenung sendirian sementara menunggu waktu untuk bertugas. "Hai sayang." sapa Huuda yang muncul di belakang Amrizal dan memeluk leher lelaki itu dengan tiba-tiba. "Apa awak buat ni? Tak malu ke kalau orang lain nampak?" marah Amrizal sambil cuba melepaskan pelukan Huuda. "Tak. Sebab semua orang tahu yang awak milik saya." ujar Huuda dengan selamba. Amrizal malas berlama disitu. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan langsung mencapai kunci motosikal untuk pulang. "Am, boleh saya ikut awak?" tanya Huuda. Sudah menjadi kebiasaan, Amrizal akan menghantar Huuda pulang tetapi di pertengahan jalan, Huuda akan mencari alasan demi alasan untuk mengikut pulang ke rumah sewa milik Amrizal yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Kerana sudah terbiasa tinggal sebumbung tanpa ikatan yang sah, Amrizal dan Huuda tidak peduli akan dosa yang mereka lakukan.

   "Fiera, semalam akak nampak Huuda dengan Am balik sama. Akak syak Huuda masih tinggal dengan Am dalam satu bumbung." ujar Hashima. Afiera membuat muka malas. "Sudahlah kak. Fiera dah malas nak ambil tahu pasal hal diorang berdua. Lagipun, Fiera dah tak ada kena mengena lagi dengan si Am tu. Dia pun bukan siapa-siapa bagi Fiera." ujar Afiera. "Akak faham. Akak pun kalau boleh malas nak sibuk hal diorang berdua tu tapi isteri Am asyik cari akak untuk bertanyakan mengenai surat tuntut cerai yang dia beri pada Am tempoh hari. Am seakan-akan tak peduli pun pasal masalah dia dan isteri dia tu. Jadi, pada akaklah dia cuba mencari tahu dan secara automatik, akak dah terjebak dalam masalah diorang berdua." luah Hashima sambil mengeluh. Afiera termenung seketika.

   "Saya sukakan awak." ujar Amrizal sewaktu dia keluar makan berdua dengan Afiera suatu ketika dulu. Afiera tergamam mendengar pengakuan dari Amrizal. Baginya, tidakkah terlalu awal untuk mereka menjalin hubungan ke tahap yang lebih serius walhal mereka kenal tidak sampai 3 bulan. "Am, awak dah habis makan? Saya rasa kita patut balik ke pejabat semula, tiba-tiba saya rasa ada kerja yang saya lupa nak buat. Jom kita balik ke pejabat sekarang." ujar Afiera. Amrizal tahu Afiera cuba mengubah topik. "Be mine?" tanya Amrizal sambil memandang tepat ke dalam mata Afiera. Afiera cuba mengalih pandangan tetapi dia seakan didesak oleh Amrizal. "Okay, listen me. Kita baru je kenal. Saya rasa keputusan awak untuk bawa hubungan kita ke arah yang lebih serius... Sorry Am, I'm not ready yet." ujar Afiera. Amrizal sedikit hampa mendengar jawapan Afiera.

   "Fiera...? Amboi termenung jauh pulak budak ni." ujar Hashima. Afiera tersengih malu. "Maaf. Kak, Fiera ada banyak kerja ni. Nanti kita borak lagi ye." ujar Afiera sambil meminta diri untuk kembali kemejanya semula. 'Kau kata kau sukakan aku, kau beri harapan pada aku, tapi dalam satu masa, kau berhubungan dengan perempuan lain disaat kau masih bergelar suami orang. Lelaki hipokrit. Kau kejam Am. Kau lelaki yang tak berhati perut!' gumam hati kecil Afiera.

* * *

   "Mana awak menghilang selama ni? Saya mesej, awak tak reply. Saya call awak tak dapat." tanya Ayreen sewaktu dia berjumpa dengan lelaki itu. "Saya ada masalah keluarga sikit." ujar Izran tanpa rasa bersalah. Sekejap matanya memandang ke arah telefon pintarnya. "Iz, ada something yang saya nak beritahu pada awak." ujar Ayreen sambil menarik nafas panjang. Dia nekad untuk memberitahu lelaki itu tentang perasaannya selama ini. "Saya pun ada benda nak cakap dengan awak." sahut Izran. Ayreen tersenyum lebar. Seakan tahu apa yang Izran ingin katakan padanya. "Kalau macam tu, awak cakap dulu." Ayreen memberi peluang pada Izran dahulu. Di hati kecilnya sudah bersorak keriangan. Sangkaan Ayreen, Izran akan meluahkan perasaan padanya kerana selama dia mengenali lelaki itu, dia seakan tahu bahawa Izran juga mempunyai perasaan yang sama seperti yang dia rasai. Izran melepaskan keluhan berat. "Reen, saya..." Izran memejamkan matanya. Berat hatinya untuk melukakan perasaan sahabat baiknya itu. "Tak apalah. Awak cakaplah apa yang awak nak cakapkan tadi." Izran cuba mengalih perbicaraan. Ayreen merasa sedikit hampa. Ayreen menarik nafas panjang. "Izran, sebenarnya saya... Saya dah lama sukakan awak. Saya nak kahwin dengan awak!" ujar Ayreen sambil menunduk malu. Izran tersenyum tawar mendengar pengakuan berani mati Ayreen itu. Hatinya merasa senang apabila mengetahui isi hati sahabat baiknya. "Reen, saya pun sukakan awak tapi..." ujar Izran. Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Ayreen langsung bersorak keriangan tanpa mempedulikan orang-orang sekeliling yang memandang perlakuan Ayreen itu. Melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Ayreen, Izran melupakan apa yang ingin dikatakan tadi.

   Amrizaldan Huuda datang bersama ke tempat kerja, Afiera yang kebetulan baru juga sampai langsung menjeling kearah mereka berdua. Jelik melihat Huuda yang tiba-tiba sahaja memaut lengan Amrizal. Amrizal terus melepaskan pautan Huuda apabila melihat kelibat Afiera. Sebolehnya dia tidak mahu gadis itu mengetahui hubungannya dengan Huuda.

   "Wawa, kau nampak tak betapa mesranya Kak Huuda dengan Am pagi tadi?" ujar Hanna sambil menjeling kearah Afiera yang baru sahaja masuk ke pejabat. "Mestilah. Sweet betul diorang tu. Kalaulah Wawa dapat Am tu, ishhh memang tak cari lain dah." sahut Najwa sambil berangan. "Berani ke kongsi laki dengan Kak Huuda tu? Perempuan tu pun terang-terang kena warning dengan Kak Huuda, inikan pulak kau?" ujar Hanna sambil menyindir Afiera. Sewaktu Afiera membuka rahsia besar Huuda di hadapan rakan sepejabatnya di mana Afiera memberitahu status diri Huuda yang merupakan isteri orang tempoh hari, Huuda langsung menjelaskan kepada Hanna dengan memutar belitkan cerita sebenar di mana dia mengatakan bahawa dia sebenarnya sudah lama bercerai. Hanna percaya bulat-bulat dengan cerita Huuda.

* * *

   Terlihat seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk di bangku yang terletak di sebuah taman permainan. Wajahnya menunduk sedih. Di tangannya mempunyai sekeping gambar. Lama dia menatap gambar tersebut. "Mama..." ujar kanak-kanak lelaki itu sambil menangis teresak-esak. "Laa...kat sini rupanya dia. Kenapa Asyraf keluar tak beritahu nenek? Puas Papa dengan nenek cari Asyraf kat rumah tadi, tau-tau je Asyraf dah ke sini. Please Asyraf, tolong jangan buat macam ni lagi. Risau Papa." omel ayah kepada kanak-kanak lelaki yang dipanggil Asyraf tadi. Gambar yang pegangnya langsung dia sembunyikan dari pandangan papanya. Risau akan dimarahi sekiranya dia ketahuan menyimpan gambar mamanya. 

To be continued...

Hasil Nukilan: Leenz Armani

P/S: Ha dah abes baca? Btw, aku nak minta maaf sesangat sebab dah lama tak sambung cerbung ni. Busy sangat sangat sangat. Tambah pulak dengan masalah-masalah yg sedang melanda hidup aku. Jadi harap maklum dan sekali lagi maaf. Terima kasih kerana setia menunggu. Have fun guys!

Wassalam.
- Leenz