About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

13 October 2015

I'll be back soon...

12/10/2015 - 16:34pm
Selasa - Hujan

Hai!

Assalamualaikum.

Well...aku jadi blur tiba-tiba. Apa aku tulis ni? Maybe sebab dah lama gila kot aku tak update blog ni. Hmmm...

Lately, aku sibuk gile dengan kehidupan harian aku. It's not about love, but LIFE. Umur aku pun dah tak muda lagi. So, aku tak rasa dengan umur aku yg sekarang ni aku asyik lebihkan hiburan daripada matlamat hidup. (Perghhh, skemanya ayat aku?!) Jadi untuk waktu sekarang aku kenalah berusaha keras untuk memantapkan lagi kehidupan aku ni, kannnnn? Sampai bila nak hidup dan menyusahkan orang tua? One day, kita tetap kena hidup sendiri kan? Tapi, janganlah sampai lupa pada orang tua yang dah susah payah membesarkan kita, kan.

So, aku nak cerita sedikit perjalanan hidup aku sekarang. (Walaupun tak ada siapa yang tanya)

Aku still menulis cerpen (walaupun kadang tak pernah ada ending...), tapi dah jarang sebab masa yg aku ada, aku gunakan untuk cari duit lebih demi sesuap nasi. Dari pagi sampai petang, aku kerja kat office macam biasa, then lepas office hour aku buat part time dengan kerja as runner to deliver some order to customers. Itupun sebab member yang tawarkan. Ala, tolong-tolong member je. Berbaloilah jugak. Habis kerja part time pun tak tentu masa. Kadang balik awal kadang paling lewat pun pukul 11 malam. Not bad. At least masa yang terluang tu tak membazir dengan tidur, tengok video, termenung, berangan bagailah.

Cinta? Salah satu sebab aku suka menyibukkan diri dengan kerja sekarang ni sebab aku malas nak fikir pasal cinta. What if bercinta selepas kahwin? So, buat masa sekarang aku malas nak fikir dengan siapa aku patut bercinta. Aku sekarang rasa lebih bebas, lebih lega, lebih bahagia tanpa berfikir tentang cinta. Cinta tu kan akan datang sendiri walau tak dicari. Aku harap lepas ni tak adalah mulut-mulut kepoh yang sibuk asyik tanya bila aku nak kahwin? Bila nak ada calon? Nak carikan tak? Well, aku belum cukup terdesak untuk berbuat sedemikian...

Okay, times up!  Waktunya untuk aku sambung kerja part time pulak. Nanti kalau aku free, aku akan post cerpen2 baru /  update blog ni sekerap yang mungkin.

Btw, this is my favourite month - October. Wish me on 25 October soon okay! Hahaha...

Okay, chaw chaw!

Wassalam.

Yang sewel,
Leenz

No comments:

Post a Comment