Jumaat - Suam
Hai!
Assalamualaikum.
Hmm...almost 1am. But, why I still awake? Bcoz I'm not sleepy yet. Disebabkan penyakit insomnia aku datang lagi, aku nak membebel mengenai hal2 gembira yang berlaku pada aku semenjak dua menjak tiga menjak ni.
25 October 2015.
Sehari sebelum birthday aku, kakak aku nak ke Selangor untuk pickup adik lelaki aku yang belajar kat UPSI tu. Mungkin dia tengah cuti semester / dah habis semester kot. Tapi disebabkan diorang nak pinjam kereta aku, aku pun terpaksalah ikut. Bukan sebab tak percaya dengan pemanduan kakak / abang ipar aku tu tapi sebab aku memang nak ikut pun. *Lol* Kebetulan hari tu hari Sabtu. Aku kerja halfday. So, memang cerah lah peluang aku untuk ikut diorang kesana. Nak dipendekkan cerita, kitorang sampai sana dekat pukul 8 malam jugaklah. Sepatutnya petang tu dah boleh sampai tapi masa dekat highway tu, tiba-tiba jek hujan lebat sangat. Dan jalan pun berkabus, seriously...tak nampak apa-apa. Rasa macam ada kat dunia lain (over pulak). Nak tak nak, terpaksalah berhenti kat perhentian berdekatan sementara tunggu hujan dan kabus tersebut reda.
So, bila dah sampai rumah kakak aku yang 1st yang tinggal kat Selangor tu, dia terus ajak kitorang makan malam kat luar. Jam pun dah pukul 8 malam. Pukul berapa pulak nanti nak gerak balik ke Johor semula kan? Nak tak nak, terpaksalah pergi makan jugak. Nasib baik dapat rehat beberapa minit. Sempatlah bersihkan badan tu semua.
Sesampainya dekat sebuah restoran (aku tak ingat apa nama restoran tu), kebetulan ada busker (street performer) tengah buat persembahan. Mengikut cerita kakak aku yang 1st tu, dia cakap kalau selalu dia makan kat situ, takde pulak busker nak buat persembahan bagai. So, kire cantiklah bila kitorang datang sana, busker tu pun tengah nyanyi lagu Selimut Tetangga. Lepas order makanan, kakak aku datang bawak sebuah kotak kek. Aku tak expect pun yang kek tu untuk aku. Masa tu aku jadi terpinga-pinga sambil otak aku berfikir ligat, "kek tu siapa punya? Ada orang nak sambut birthday ke?" Yelah, masa tu kan masih 24 Oktober. Manelah tau kot-kot ada yang birthday 24 Oktober tu ke. Bila dah bukak dan keluarkan kek tu, orang sekeliling sempat jugaklah menjeling-jeling. Datang pulak seorang perempuan ni, mungkin pemilik restoran tu ataupun waitress kat tempat tu. Dia tanya nak busker tu nyanyikan lagu birthday tak? Aku masih terpinga-pinga. Aku diam je. Maybe diorang ada nak sambut birthday orang lain kot. Mungkin anak dia, atau suami dia atau dia sendiri. Who knows? Tapi entah apa yang kakak aku tu bisik kat perempuan tu, aku pun tak taulah. Lepas potong kek tu semua, tetiba aku dengar busker tu nak nyanyi lagu birthday. Aku buat rilek jelah. Maybe ada orang lain yang request. Tup-tup tetibe dia tanya nama birthday girl tersebut. Dan dengan tiba-tiba kakak aku sebut nama aku. Hambik kauuuu! Aku ingat diorang ni memain, rupa-rupanya diorang serius! Orang-orang sekeliling semua dah pandang kat aku. Masa busker tu nyanyi, orang yang ada kat restoran tu semua ikut nyanyi. Aku nak tak nak, aku bangun dan berdiri depan busker tu sambil rakam dia nyanyi sampailah habis. Orang-orang kat situ pun
29 October 2015.
Kemarin, aku ada job part time yang aku selalu buat tu. Kebetulan, salah seorang kawan kepada my Ex ni cuti. Aku kenalkan dia sebagai D. Daripada dia mereput kat rumah tu satu hari, ada baiknya aku culik dia sebagai peneman aku dalam perjalanan menghantar tempahan2 dari customer nanti. Perghhh nasib baik aku bawak si D tu tau. Jalan2 yang aku pergi tu gelap gila kot! Kalaulah aku pergi sorang-sorang masa tu, aku tak taulah kemana arah tuju aku lepas tu. Sebab aku takut gelap. Nasib baik aku tergerak hati nak ajak si D tu tau. Masa dalam kereta, kitorang berboraklah macam biasa. Aku pun cubelah tanya pasal member dia yang merupakan si Ex aku ni. Mencari kepastian dan kebenaran yang aku cari selama ni. Dan tiba-tiba si D dengan rela hati cerita serba sedikit mengenai kawan dia tu. D beritahu aku yang Ex aku ni pernah cerita pada dia yang aku ni ada masa silam yang teruk. Aku peliklah, apa yang teruk sangat? Aku rasa masa silam aku biasa2 je kot. Bukannya aku jahat / nakal pun dulu. Lepas dipaksa, baru si D nak cakap yang Ex aku ni cakap aku ni dulu kaki clubing. Perghhhhhh menyirap weh! Aku ni, clubbing pun tak tahu, apatah lagi nak jejak tempat2 macam tu kan. Ni dah dikira FITNAH! Seumur hidup aku, aku tak pernah jejak dan tak teringin pun nak jejak tempat2 syaitan tu. Mak ayah aku tak ajar aku untuk pergi ke tempat2 haram tu. Astagfirullah... Aku tak sangka orang yang pernah aku sanjung, aku puji, aku jaga hati dia, aku sayang gila kat dia, rupa-rupanya dalam diam tikam aku dari belakang. Banyak cerita yang dia dah putar belit. Belum lagi yang dia tipu aku. Mungkin dia nak tutup kesalahan yang dia buat pada aku. Hmm...mungkinlah. Tapi kenapa sampai macam tu sekali dia balas pada dia? Kalau dah tak suka, kenapa masih nak pura-pura baik depan aku? Seburuk-buruk perangai aku pun, aku tak pernah buat cerita bukan-bukan pasal dia, tak pernah terniat nak memfitnah dia. Nasib baik hati aku terniat nak ajak si D teman aku malam tu, kalau tak...sampai bila-bila si D tu pun akan fikir yang bebukan pasal aku.
Bila difikirkan balik, ada hikmahnya bila mama suruh aku carik orang lain dan tinggalkan si Ex aku ni. Dan aku dah jumpa hikmah disebalik semua tu. Aku bersyukur sebab masih belum terlambat untuk aku lupakan dia. Dulu, dia memang lelaki terbaik, lelaki idaman yang aku cari. Nak bencikan dia pun sikit punya susah sebab hati aku belum move on sepenuhnya. Tapi lepas aku dengar cerita bebukan dari kawan baik dia sendiri, aku dah dapat jalan lurus untuk move on dari dia sepenuh hati aku. I never looking back! Kalaupun aku masih pandang kebelakang, itu bermaksud aku cuba belajar dari sakit hati yang aku rasakan selama ni. Pengalaman mematangkan kita, kan? Selamat tinggal lelaki tak guna. Aku tak sedih. Betul, tak. Tapi cuma terkilan.
So, itu jelah.
Haaa korang tu, pergilah tidur. Cerita dah habis.
Goodnight guys!
Okay, chaw chaw!
Wassalam.
Yang sewel,
Leenz