About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

29 October 2012

rinduku sering bertamu
dikalbu ketika kau tiada disisi
walaupun dikau tidak mengerti
perasaan ku ini
tuhan tolong nyatakan padanya
tentang cinta yang tersemat rapi didalam hati ini
adakah diri ini masih
perlu untuk nya
walaupun kau selalu menjauh hatiku sering kali disakiti
tapi aku tetap menyintaimu
tuhan tunjukkan padanya
tentang apa yang aku fikirkan
tunjukkan betapa aku mencintai dia

tak pernah aku kesali dengan apa yang berlaku
aku tahu setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah nya
andai benar telah tertulis takdir untuk aku bertemu dengan dirimu
aku redha
aku hanya mampu berserah pada NYA
aku tahu dirimu yang terbaik untuk ku..

15 October 2012

rindu nya dekat sidia...

assalamulaikum semua...lama tak update blog ni..tiba tiba rasa rindu dekat dia lah..dia tu buka sesiapa pun tapi actually blog ni..almaklum lah sejak akhir akhir ni banyak sangat benda yang jadi dalam hidup ni....

  baru je lepas baca post yang dah lama leenz a.k.a my bestfriend..terharu sangat..leenz ko memang memahami aku..alhamdulilah walaupun apa yang jadi dekat aku masa ditempat kerja lama sikit pun aku tak rasa terkilan dengan apa yang jadi..kerna aku percaya apa yang jadi mesti ada hikmah nya..dan aku akan buktikan yang aku mampu untuk berjaya..

  walaupun ex manager aku cakap yang aku ni tak layak..aku akan buktikan apa yang dia cakap tu sebenarnya salah..jangan nak perlekehkan kebolehan orang lain..sepatutnya dia bagi semangat ini tidak..tak apalah tiap apa yang kita buat akan ada balasannya , tak kira baik atau buruk..

  dah 2 minggu aku kerja di tempat baru..suasana kerja nya ok..kawan kawan pun ok..tapi keadaan nya tak sama dengan kerja yang dulu..ye lah dulu aku kerja jumpa orang ramai..sekarang ni aku kerja tengok kek , roti , bukak invois , cek barang barang cafe , cek driver keluar..aku suka kerja macam ni..lagi pun aku masih banyak lagi nak belajar..

2 October 2012

Cerpen: Fall in love with you


Fallin in love with you…

Alahai cemburunya aku tengok pasangan tu sambut anniversary sama-sama. Apa makna anniversary bagi aku yang tak punya sesiapa dalam hati ni. Tak…sebenarnya memang ada tapi mungkin hanya aku seorang sahaja yang masih berharap pada seseorang yang tak mungkin akan kembali pada aku. Heryzal Azriey…lelaki yang pernah minta agar aku buang jauh-jauh perasaan aku terhadap dia. Tahukah dia bahawa terlalu sukar untuk aku lupakan dia dari hidup aku. Airmata…mengapa kau sering menemani aku…

            “Cuba teka hari ni hari apa?” lelaki di hadapanku terkebil-kebil memandangku. “Hari ni hari sabtu la. Kenapa dengan hari ni?” Dia sengaja buat-buat lupakah? Tapi wajah kebingungan dia nampak comel! “Awak ni… Anniversary kita pun awak boleh lupa.” sebaik sahaja aku menyebut tentang anniversary, wajah Heryzal serta-merta berubah. Kemudian keluhan berat dilepaskan Heryzal. “Rhaisya, maafkan saya. Bukan niat saya untuk merosakkan mood happy awak tapi…dah lama saya nak cakap tentang perkara ni. Saya rasa inilah saatnya untuk saya beritahu hal yang sebenar pada awak.” Kata-kata Heryzal menakutkan aku. Semoga tiada khabar buruk yang akan diperdengarkan pada aku. “Saya harap awak jangan pernah letak apa-apa harapan pada saya. No anniversary for us. Saya sukakan orang lain. Maafkan saya. Hubungan kita sampai sini sahaja.” Berderaian air mata aku di saat Heryzal memutuskan hubungan ini. Inikah yang harus aku terima selepas aku telah sedaya upaya menerima huluran cinta darinya dulu? Inikah balasan untuk aku selepas aku sanggup memutuskan persahabatan aku dengan Husnaa hanya kerana aku ingin bersama dengan lelaki bernama Heryzal ini…

                                    *                                  *                                  *

            “Hai…menung jauh nampak? Kau teringat pada dia lagi ke? Sudahlah tu Sya. Lepaskanlah dia dari hati kau. Ramai lagi lelaki yang lebih baik dari dia. Buang masa je kau ingat pada dia sampai setiap hari kau bergenang air mata. Mata kau tu dah macam panda aku tengok. Dia? Ada dia fikir pasal kau? Ada dia risaukan kau? Entah-entah dia seronok ketawakan kau sebab kau diperbodohkan oleh dia.” Aku memang layak ditertawakan. Benar kata Queshairy. Aku memang bodoh. Dan kerana kebodohan akulah, aku jatuh cinta pada lelaki yang salah. Cintanya bukan milik aku. “Thanks Ary. Nasihat kau memang kadang-kadang agak pedas tapi itulah yang terbaik untuk aku.” Meskipun Queshairy seorang lelaki yang berhati lembut, tetapi masih juga terselit sifat tegas dalam dirinya. “Ary, kau pernah bercinta tak?” Tiba-tiba Queshairy tertawa besar. Lawakkah pertanyaan aku itu? “Maaf. Over pulak aku. Soalan kau tu kelakar sangat. Kau rasa, lelaki macam aku ni layak ke bercinta?” Pada aku, Queshairy tetap seorang lelaki yang memerlukan cinta. Daripada apa yang aku lihat pada Queshairy, segalanya sempurna di mata aku. Wajahnya, penampilannya, disiplin dirinya…segalanya perfect! “Woi! Mengelamun lagi ke? Dah macam orang gila aku tengok kau sengih sorang-sorang.” Hensemnya kau Ary… Kan best kalau kau jadi boyfriend aku. Alahai… “Hoi Sha!!!” Astagfirullah….nasib baik jantung aku tak gugur. “Hoi! Apa main sergah-sergah ni…!” belum sempat aku membebel, aku lihat Queshairy sedang bercekak pinggang dengan wajah bengisnya. Alamak…kalau posing dia dah keluar macam tu, ni tak lain tak bukan kejap lagi mesti dia mula membebel. “Okay dah, aku nak blah dulu. Lepas ni kau ada temujanji dengan client kau, kan? So, aku tak nak ganggu masa kau. Bye!” ujarku sambil mencapai beg tanganku yang masih berada di atas meja Queshairy. “Sha, maaf kalau kau tak selesa dengan perangai aku. Aku harap lepas ni kau sudi lepak dengan aku lagi.” Betul ke apa yang aku dengar ni? Kalau boleh, hari-hari aku nak lepak dengan dia! Tapi memikirkan dia selalu sibuk dengan kerjayanya...sebolehnya aku tak mahu mengganggu dia bekerja. “Ary, aku tak janji sama ada lepas ni kita dapat lepak lagi atau tak. Tapi, kalau aku ada masa, aku akan datang lagi. Anyway, thanks Ary!” Queshairy tersenyum lebar. Alahai…cair aku…

                                    *                                  *                                  *

“Hus…Husnaa?” Sungguh. Aku sangat rindukan gadis yang sedang berada dihadapanku ini. Aku tak sangka yang aku akan bertemu kembali dengan Husnaa. Syukurlah… “How your life now?” aku tersenyum kelat dengan soalan Husnaa. Husnaa seakan dapat menghidu kesedihan yang sedang bertandang dalam hati aku ini. “I’m happy. Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh hidup berdikari.” Suasana menjadi sepi. Kosong. Inikah Husnaa yang aku kenal? Mengapa dia tidak seceria dulu? Adakah Husnaa sudah berubah? Atau masih berkecil hati dengan sikap aku dahulu? “Hus…kita kembali sama-sama macam dulu lagi nak tak?” aku cuba memujuk hati Husnaa. “Kau dah lupa? Our friendship is over!” Aku tak sangka Husnaa masih pegang kata-kata yang pernah aku lemparkan padanya sewaktu aku sanggup meninggalkan dia hanya kerana Heryzal dulu. “Hus…aku minta maaf. Aku tarik balik kata-kata aku dulu.” Husnaa tetap bersikap dingin denganku. Cara apalagi yang patut aku gunakan untuk aku menebus kenbali kesilapanku terhadap persahabatan aku dan Husnaa. “As your wish, Rhai. Lupakan persahabatan kita. Aku dah dapat apa yang aku nak sekarang. So, please leave me.” Apa maksud kata-kata Husnaa sebentar tadi? Aku sayangkan persahabatan ini…mana mungkin aku akan tinggalkan sahabat baik aku.
            “Hai sayang. Sorry late.” Tiba-tiba muncul suara lelaki yang sangat aku kenali. Heryzal…mengapa dia berada di sini... Panggilan ‘sayang’ itu dituju pada siapa? Tak mungkin aku melainkan…Husna? Persoalan yang sedang bermain difikiran aku akhirnya terjawab apabila Heryzal memaut pinggang Husnaa. “Hus…aku tak sangka kau dengan Heryzal…” tak sanggup untuk aku meneruskan lagi kata-kata. Air mata mulai bergenang disaat mereka sedang bermesra di hadapanku. Sungguh aku tak sangka bahawa Husnaalah perempuan yang Heryzal pilih dan sanggup memutuskan hubungan denganku. Mengapa mesti Husnaa…sahabatku sendiri… Aku rasa dikhianati…

                                    *                                  *                                  *

Aku menemui Queshairy seawal jam 9 pagi. Biarpun pada waktu itu, masih belum ada pekerja lain yang sampai. Aku tetap nekad berjumpa Queshairy yang sudahpun sampai lebih awal sebelum waktu kerjanya bermula. Kepada Queshairy, aku menceritakan tentang pertemuan aku dengan Husnaa serta Heryzal. Hanya dia satu-satunya yang aku percaya. “Berhentilah menangis. Minumlah dulu. Lepas tu tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan. Dikhianati memanglah menyakitkan. Semakin kita layankan, bertambah-tambah lagi sakitnya. Dengan tangisan, semua masalah tak akan hilang. Jangan bazir air mata pada orang yang tak pernah hargai kehadiran kau. Kau buktikan pada diorang yang kau boleh bangkit dari kesedihan. Semangatlah Rhaisya!” terharu aku melihat sikap Queshairy yang tak pernah penat melayan aku.
            “Ary, sudi tak kau jadi boyfriend olok-olok aku? Aku nak tunjuk pada diorang yang aku tak lemah.” Permintaanku dipandang sepi. Queshairy membatukan diri. “Olok-olok je.” Queshairy masih berdiam diri. Tanpa menunggu jawapan dari Queshairy, aku terus menariknya keluar untuk memulakan rancangan yang telah aku atur sebelum ini.
            Selepas aku berjaya menjejaki keberadaan Heryzal dan Husnaa, sengaja aku mengajak Queshairy duduk berdekatan dengan tempat duduk mereka. Husnaa dan Heryzal memandang tepat kearah kami. “Sayang nak makan apa?” sengaja aku kuatkan perkataan ‘sayang’ itu supaya mereka berdua mendengarnya.Kecewa hatiku apabila Queshairy tidak memberi respon terhadap lakonanku. Jelas sekali wajah Queshairy yang menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak selesa dengan keadaan itu. Heryzal dan Husnaa mulai curiga dengan sandiwara ini. “Cukup Rhaisya! Cukup! Aku tak nak berpura-pura lagi! Tolong jangan paksa aku.” Hampir seluruh restoran mendengar jerkahan Queshairy. Aku sempat berpaling kearah Heryzal. Heryzal tersenyum sinis memandang aku. Mungkin sedang enak mentertawakan kegagalan lakonan aku tadi. Aku memang bodoh! Bodoh kerana memaksa Queshairy pura-pura menjadi teman lelaki aku.
            “Rhaisya…aku tak pernah setuju untuk menjadi teman lelaki olok-olok kau.” Kata-kata Queshairy terlalu pedih untuk aku terima. Lebih-lebih lagi apabila Queshairy mengatakan semua itu dan Heryzal serta Husnaa menjadi pendengar setia. Queshairy…mengapa lakukan semua ini pada saya… Entah kenapa tiba-tiba Queshairy memagut daguku dan memandang tepat wajahku “Kau tau sebab apa? Sebab aku nak kau jadi yang teristimewa di hati aku. Dea Rhaisya, sudi tak kau jadi teman hidup pertama dan terakhir aku buat selama-lamanya?” ujar Queshairy sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadaku. Kelu lidah aku untuk memberi jawapan terhadap lamaran dari Queshairy sebentar tadi walaupun dalam hati aku terlebih dahulu mengiyakan segalanya. Sesungguhnya ini yang aku tunggu-tunggu dari Queshairy. Hanya dia kini yang bertakhta di hati aku. “Ivan Arryan Queshairy, aku sudi. Sangat-sangat sudi.”

Nukilan oleh: Leenz Armaniey

P/S: Alhamdulillah dapat jugak aku update cerpen kat blog ni lagi. Aku harap korang enjoy dengan penulisan aku kali ini. Okay, selamat membaca dan jangan lupa komen. Salam.

Wasalam.