About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

15 October 2020

Itu 'gula-gula' ke?

 Assalamualaikum.


Hey, i'm back here again! Korang sihat? Semoga sihat sejahtera hendaknya. So, nak cerita apa hari ni? Kita cerita hal-hal seram sikitlah. Jom!

Cerita ni jadi dalam 2-3 hari yang lepas. Masa aku dan encik boyfriend on the way go back home, aku macam biasalah, merenung ke luar jendela sambil melihat pemandangan di waktu senja. Yes, masa otw balik tu hari dah senja ya guys. Around 6.45pm gitu. Then, tengah sedap pandang bahagian kiri, mata aku tiba-tiba tertumpu pada sebuah rumah. Rumah tu terletak betul-betul kat tepi bahu jalan. Apa yang menariknya dengan rumah tu, aku ternampak seorang lelaki berpakaian serba putih seakan-akan nak ke masjid, tapi yang menghairankan adalah lelaki tu sangatlah kurus dan berdiri tegak di hadapan pintu rumah (sliding door) tersebut. Kiranya badan dia tak penuh 1 pintu tu pun. Just mcm sebatang tiang berada di tengah2 pintu. Dan muka pakcik tu aku tak berapa jelas sebab kereta pun tengah bergerak laju masa tu. Yang aku nampak wajah dia nampak gelap, mungkin pakcik tu berkulit gelap? Even pakcik tu pakai baju serba putih tapi putih dia seakan-akan putih yg suram. Faham tak? Okay, pastu aku pun cakap la dengan encik boyfriend pasal pakcik tu nak pergi masjid pun pakai serba putih. Then you know what he response? Waktu senja macam ni entah-entah tu bukan pakcik nak pergi masjid tapi natang "gula-gula" tu. Oh damn. Aku terus terdiam. Seriously, aku tak terfikir langsung pasal benda gula-gula tu. Dah lah masa tu tengah waktu senja, boleh pulak aku tengok benda-benda macam tu. Lalu pun kat jalan yang sunyi. Sepanjang perjalanan tu, aku terus takde mood nak cakap apa-apa. Kaku diam membisu sebab masa tu otak aku cuma terfikir adakah benda tu akan ikut aku balik sebab aku dah tercakap pasal tu? Minta dijauhkanlah.

Then, aku ada update pasal si gula-gula tu kt whatsapp status. Ada jgk member yang whatsapp personal aku untuk bertanyakan soal itu. Aku pun ceritalah dari awal. Member aku tanya lokasi benda tu. Bila aku cakap pasal tempat tu, member aku pun bagitahu aku yang dia pernah hantar barang dekat-dekat situ, dan setahu dia, rumah tu memang dah lama tak ada orang (penghuni). Dangggggg! Sekali lagi aku terdiam. Habis siapa pakcik kt muka pintu tu? 

Selang beberapa hari lepas peristiwa tu. Aku pun malas nak fikir sangat, takut nanti hilang keberanian aku. Ok then, semalam masa aku on the way balik kerja, aku melalui jalan yang sama. Sambil aku drive, sambil aku jengah ke arah rumah tempoh hari. Kalau waktu siang, boleh nampaklah rumah tu kosong sebab pintu rumah tu menggunakan pintu kaca, jadi bila ada cahaya, kita akan nampak isi dalam rumah tu. Yes, pintu kaca tu takde langsir pun, sebab tu bole nampak dalam rumah walaupun samar-samar. Mungkin betullah member aku cakap, rumah tu memang tak ada orang pun. Okay, sambung cerita tadi. Bila aku dah melepasi rumah tu, aku drive macam biasa. Then, tak jauh dari situ, aku ternampak ada seorang lelaki ni dia sedang melintasi jalan. Masalahnya kat sini, masa lelaki tu melintas, kereta sedang lalu lalang dan laju. Aku hairan, kenapa lelaki tu nekad melintas masa kereta tengah banyak? Takkan dia tak boleh nak tunggu jalan lengang? Kalau kena langgar nanti, sia-sia je hidup, Aku bertambah hairan bila dia dah melintas, dia hilang entah kemana? Means, dia tak ada kat pinggir jalan pun. Dia hilang gitu je. Takkanlah dia terjatuh dalam longkang pulak? Okay, kalaupun dia nekad nak lintas jalan, mesti kenderaan yang tengah lalu lalang tu akan bunyikan hon menandakan amaran. Tapi takde satu pun yang tekan hon. Oh ye lupa nak beritahu. Lelaki tu aku tengok dia tak macam the real human. Dia seakan-akan bayang-bayang yang samar. Walhal masa tu baru je pukul 5 lebih petang. Takkanlah benda-benda halus ni dah keluar? Entahlah, kenapalah dengan mata aku ni sekarang asyik nak ternampak benda yang aku tak nak nampak pun.

Andai saja apa yang aku lihat baru-baru ni bukanlah manusia, akan tetapi mereka juga adalah makhluk ciptaan yang maha kuasa. Selagi dia tak kacau kita, kenapa kita perlu takut? Kita ni je kena jaga iman dengan baik. Apapun aku nak kita semua sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T. Amin.

Okaylah, tu je kot yang aku nak cerita hari ni. Esok lusa tulat kalau aku rajin, aku update lagi! Jom sambung kerja pulak.

P/S: Fyi, aku otw balik dari Johor ke Pontian. Dan Pontian memang terkenal dengan pelbagai kisah seram. Korang google jelah. Have fun!

Wassalam, 

Leenz.


15/10/2020 - 11:56pm

10 October 2020

Happy newlyweds, Alfie!

 Assalamualaikum.



Kadang-kadang aku rasa macam aku yang sedang bermimpi. Walaupun aku tahu bukan aku yang merasakan perasaan tu. So, seperti yang korang nampak gambar di atas ni bertulis 'Selamat Pengantin Baru', kan? Tapi ucapan ni bukanlah untuk aku tapi untuk kawan baik aku, Alfie. Wow! Macam tak percaya kan akhirnya wanita hati batu ni bakal menamatkan zaman bujang dia in a few days! Seriously, aku pun terkejut dengar berita baik ni. Well, Alfie sememangnya terkenal dengan sifat hati batu dia dan lagi satu sejenis yang susah nak rapat dengan mana-mana lelaki sebab dah berkali kali kaum adam ni mengecewakan dia. Setakat putus sambung putus sambung tu okay lagi tapi ni lebih dari tu. Hello, ni lebih worst daripada drama tv3 jam 7 ptg tu okay. Lets we start some story about her...

Alfie atau nama sebenar Nurafiqah ni seorang yang tak mudah jatuh cinta dan menerima cinta seseorang. But once she fall in love, she really meant it. Kalau orang yang betul-betul kenal dengan Alfie ni, dia sebenarnya takdelah garang mana pun. Hati dia lembut dan mudah rapuh. Itulah Alfie. Tapi setelah berkali-kali dikecewakan, dia buat keputusan untuk malas nak kenal dengan mana-mana lelaki walaupun jauh disudut hati dia, dia nak sangat rasai apa itu erti 'cinta', tapi dia takut. Takut terluka dan tak mampu diubati. Kebanyakan lelaki mengenali dia sekadar untuk persinggahan. Sehingga akhirnya Alfie redha dengan ketentuan takdir dia. Di usia dia yang sekarang ni, bertambahlah beban dalam hidup dia untuk memikirkan soal jodoh. Takkan nak membujang sampai ke tua? Bila usia semakin bertambah, sifat kita akan berubah menjadi lebih kepada pemikiran matang. Jadi, Alfie yang aku nampak sekarang ni adalah Alfie yang lebih matang dari sebelum ni. Dia menjalani kehidupan dia seperti biasa. Apatah lagi selepas arwah ibunya meninggal dunia. Dia menggalas tanggungjawab yang lebih berat iaitu menggantikan tempat ibunya untuk menjaga ayahnya. Dari situ, dia dah malas fikir soal jodoh; jika ada, adalah.

Sehinggalah suatu hari, ayahnya sendiri bercadang untuk memperkenalkan Alfie kepada anak kawannya, biar aku kenalkan dia sebagai Mr A. Mulanya semua berjalan dengan lancar namun lama kelamaan, si A ni nampaknya semakin menjauhkan diri (mengabaikan). Satu benda aku takut bila Alfie mula kenal dengan lelaki baru. Aku takut dia dah tak mampu nak buka hati dia pada mana-mana lelaki lagi jika perkenalan dia dengan lelaki baru ni benar-benar mengecewakan dia. Mungkin air mata dia tak kan mengalir untuk kaum adam lagi, tapi hati dia? Once broken it will never be the same again because it always have some cracks in there. Dan satu lagi perkara yang aku takut jadi pada Alfie, bila dia dah kenal dgn seseorang tu, dia akan beri sepenuh hati dia. Tapi kebanyakan lelaki zaman sekarang yang aku taulah kan, masa mula-mula nakkan seorang perempuan tu, layanan bak puteri beb, tapi bila dah dapat perempuan yang dia kejar tu, dia akan mula mengabaikan. Mula-mula je nampak macam beria. Lama-kelamaan... hmm ada yang kadang menghilangkan diri, dan tiba-tiba muncul bile perlu, ada pulak tu terus menghilang selamanya, tuptup dah kahwin dengan orang lain. Macam-macam lagilah jenis lelaki yang ada kat muka bumi ni. Okay, kembali ke cerita Alfie tadi. Aku rasa lelaki yang ayah Alfie ni kenalkan pada dia ni sejenis yang macam aku cakap tadi. Memula je beria. Lepas tu, senyap terus. Kemana? Entahlah... pendapat aku, mungkin dia tak boleh 'masuk' dengan perangai Alfie kot. Dan kembalilah Alfie menjalani kehidupan tanpa orang istimewa dalam hidup dia, maksud aku kembali hidup seperti biasa. Rasanya dia pun dah terbiasa dengan situasi tu kot, sebab tulah dia macam tak kisah pun. Tapi tak siapa tahu apa yang dia rasakan dalam hati dia.

Tak lama lepas perkenalan Alfie dengan si A ni, dalam diam rupa-rupanya ada seorang lelaki dah lama perhatikan si Alfie ni. Itupun aku tahu dari Alfie sendiri. Perkenalan antara Alfie dengan lelaki ni agak kurang sweetlah sebab diorang ada bergaduh mulut sikit pada awalnya. Biasalah, siapa yang boleh menang dengan mulut pedas si Alfie ni. Dia kalau tembak orang, bukan sedas tapi berdas-das peluru dia keluarkan. Jadi sejak dari tu, si lelaki ni mula tertarik dengan perwatakan Alfie yang menurut dia; she is the one and only! Lama-kelamaan tumbuhlah bibit-bibit cinta antara si anjing dengan kucing ni. Eh, maksud aku Alfie dan lelaki tulah. Let me call him Mr Q. Perkenalan diorang tak lama mana pun. Tapi Alfie cuba untuk terima si Q ni masuk dalam kehidupan dia. Ohhh, jangan lupa pasal si A tadi, masih tergantung lagi ya. Semakin hari, hubungan Alfie dan Q semakinlah rapat. Dan masa ni lah mulanya cinta tiga segi. Eh yeke? Aku sebagai kawan baik Alfie, aku tak nak Alfie nampak macam 'playgirl', jadi aku minta Alfie terus terang dengan mamat yang berhuruf A ni tentang hubungan dia dan Q. For sure, ayah Alfie kena tahu dengan siapa anaknya berkawan sekarang dan dia kenalah menamatkan kisah tergantung tadi dengan segera. Yelah, takut jugak Alfie kena tuduh permainkan perasaan orang kan. Walhal si A tu yang buat masalah dulu. Kalau dia tak menghilangkan diri, mungkin sekarang Alfie boleh terima si A ni masuk dalam kehidupan dia kot. Tapi apakan daya... Alfie pun tak naklah hidup dengan orang yang sejenis macam 'chipsmore.'

And the final part... Akhirnya Alfie memilih orang yang lebih layak jadi pasangan hidup dia dimana orang tersebut selalu ada dengannya walau senang mahupun susah. The best part is, Alfie akan menamatkan zaman bujangnya dalam beberapa hari je lagi. Tiktoktiktok counting days, maybe? Rasanya semua dah tahu siapa yang Alfie pilih untuk menjadi pendamping hidup dia. Well, siapa sangka perkenalan singkat diorang ni akhirnya membawa ke mahligai bahagia. Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar. Benda baik, mestilah Allah permudahkan. 

Jadi, aku dan Isha sebagai kawan baik kau nak ucapakan Selamat Pengantin Baru buat kau, Alfie. Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak describe perasaan gembira aku ni bila dapat tahu kawan baik aku yang selama ni tercari-cari calon imam dia akhirnya menemukan pintu kebahagiaan. Aku harap lelaki yang kau pilih ni betul-betul boleh dipercayai dan boleh jaga kau dengan baik. Aku tak nak rasa sangsi dengan pilihan kau. Apapun pilihan kau, kitorang tetap sokong dari jauh dan sentiasa doakan kebahagiaan kau sekeluarga. Semoga kau selalu kuat, penuh sabar, bertolak ansur, kurang-kurangkanlah sifat bengis tu, selalu tabahkan diri, lembutkan hati tu, dan paling penting, menggoda selalu. Hehehe.

Aku pun dah tak tahu nak taip apa lagi kat sini, next time kita sambung dalam whatsapp! Our prayers are always with you, Alfie! May you love happily ever after. Bye!

P/S: Bila kita nak triple honeymoon ni? Aummm

Wassalam.


With love,

Me, and Isha.

10/10/2020 - 15:16





13 September 2020

Cerpen: Fobia Cinta

 [Sambungan dari Cerbung: Fobia Cinta]

Cerbung: Fobia Cinta (Part 1)

Cerbung: Fobia Cinta (Part 2)

Cerbung: Fobia Cinta (Part 3)

Cerbung: Fobia Cinta (Part 4)

Let's get started! Happy reading!

Cerpen: Fobia Cinta 

“Ibu, cepat sembuh. Fiera nak tengok ibu ceria macam dulu. Bukannya terbaring atas katil hospital ni dengan wayar berselirat begini. Ibu kena kuat. Ibu kena sihat.” ujar Afiera sewaktu menemani ibunya yang masih koma. Kelmarin, ibunya kelihatan sangat ceria seperti biasa akan tetapi dengan tiba-tiba ibunya rebah. Lantas Afiera menghubungi ayahnya agar dapat menghantar ibunya ke hospital. Sesampainya di hospital, ibunya langsung ditolak ke bilik kecemasan. Setelah beberapa jam, doktor keluar dan memberitahu bahawa barah hati yang dihidapi oleh ibunya telah sampai ke tahap 4 iaitu tahap paling serius. Afiera terduduk disitu setelah mendengar penjelasan dari doktor yang merawat ibunya. Air mata langsung mengalir tanpa sedar. Adakah ini petanda buruk? Ibuuu…

“Afiera…” ibu Afiera akhirnya telah sedar dari koma. Afiera yang seharian menemani ibunya terlelap disisi ibunya. “Fiera, bangun nak…” Afiera langsung tersedar dari lenanya apabila dia mendengar suara sayup-sayup yang memanggil namanya. “Ibu…! Ibu dah sedar. Ibu tunggu kejap, Fiera nak beritahu pada doktor yang ibu dah sedar.”  Belum sempat Afiera melangkah pergi, lantas ibunya menghalang tujuan Afiera. “Afiera…terima kasih teman dan jaga ibu kat sini.” ujar ibu Afiera sambil tercungap-cungap mengambil nafas. “Kenapa selama ni ibu sorok penyakit ibu? Kenapa ibu tak pernah beritahu Fiera, adik dan ayah pasal ni?” tanya Afiera sambil menahan air mata yang sedang bertakung dikelopak matanya. “Ibu tak nak susahkan siapa-siapa.” Afiera menahan tangisannya. “Ibu kena sihat. Ibu kena kuat. Lepas ibu dapat balik nanti, Fiera bawa ibu pergi berubat ye. Fiera tak nak kehilangan ibu. Fiera sayang ibu.”ujar Afiera lantas air matanya langsung jatuh berguguran. “Ibu pun sayang Afiera. Afiera jaga diri baik-baik. Ibu akan selalu doakan yang terbaik buat anak ibu sorang ni.” ujar ibu Afiera sambil menyeka air mata anaknya. “Ibu rasa mengantuklah. Ibu lelap kejap ye.” ujar ibu Afiera. Afiera sekadar mengiyakan. Mungkin ibunya lelah dengan ubat yang mengalir masuk ke dalam tubuhnya melalui tiub yang disambungkan dari pergelangan tangan ibunya itu. Lama dia menatap wajah ibunya. Tangannya menggenggam erat jari jemari ibunya kerana dia benar-benar tidak mahu ibunya pergi meninggalkan dirinya. Baru sahaja ibunya lelap, tiba-tiba mesin yang menunjukkan denyutan jantung ibunya berbunyi menandakan bahawa ada sesuatu terjadi pada ibunya. Afiera lantas memanggil doktor untuk melihat keadaan ibunya. Doktor bersama-sama jururawat berlari-lari anak ke arah Afiera. Afiera diminta untuk tunggu diluar sementara doktor memeriksa keadaan ibunya. Afiera kelihatan sungguh gelisah memikirkan apa yang sedang berlaku. Badannya menggigil takut. Takut untuk menerima kenyataan pahit.

Setelah beberapa minit doktor memeriksa, akhirnya beliau keluar bersama-sama dengan jururawat. “Doktor, macam mana keadaan ibu saya? Dia tak apa-apa ke?” tanya Afiera. Doktor kemudian menunduk sedih. “Ibu cik dah tak ada. Maafkan kami.” ujar jururawat yang berada di sebelah doktor. “Tak…tak mungkin doktor. Baru je tadi ibu saya sedar dan kami sempat berbual. Tak mungkin ibu pergi secepat ni.” ujar Afiera yang cuba menafikan apa yang baru dia dengari tadi. “Tolong doktor, tolong selamatkan ibu saya. Saya mohon doktor, tolonglah…” rayu Afiera. Air mata sudah membasahi wajahnya. Dia tidak peduli, asalkan ibunya selamat. “Maafkan kami, kami tak dapat buat apa-apa.” ujar doktor sambil berlalu pergi. Sebak rasanya melihat seorang anak telah kehilangan kasih sayang seorang ibu. Afiera terduduk di hadapan bilik ibunya sambil meraung. “Dik, sabar dik. Adik kena redha.” ujar salah seorang pelawat disitu. Afiera mengumpul kembali kekuatan. Dia mencapai telefon bimbit dan menghubungi ayahnya yang sedang bekerja begitu juga dengan adik lelakinya untuk memaklumkan mengenai keadaan ibunya. Dalam esakkan, dia gagahkan diri untuk menerima kenyataan sebenar. “Ibu dah tak ada. Ibu dah meninggal dunia…” kedengaran tangisan kecil dari ayahnya di hujung talian.

***

“Takziah Fiera. Akak tahu Fiera kuat.” ujar Hashima sewaktu menghadiri pengebumian ibu kepada Afiera yang meninggal kerana barah hati. Bengkak mata Afiera kerana menangis sejak dari semalam. Ibu Afiera telah lama menderita penyakit barah hati sehingga telah mencapai tahap 4 dan semalam jugalah ibu Afiera akhirnya pergi mengadap Illahi tepat di hadapan Afiera. Awalnya Afiera susah untuk terima kenyataan bahawa ibunya telah tiada namun setelah dipujuk oleh Hashima, barulah dia ada sedikit kekuatan untuk menguruskan jenazah ibunya. “Fiera dah tak ada ibu, kak.” Air mata Hashima ikut mengalir sama seperti Afiera. Dia agak terkesan melihat keadaan Afiera sedemikian. “Fiera kena kuat.” ujar Hashima sambil mengusap lembut belakang Afiera.

Afiera menatap sayu bingkai gambar yang terpapar gambar milik arwah ibunya sambil ditemani siaran radio. “Selamat malam buat pendengar radio sekalian. Bagaimana dengan khabar kalian? Harapnya sihat sejahtera. Baiklah, kita teruskan hiburan malam ini dengan lagu seterusnya daripada Andmesh Kamaleng dengan judul lagunya Hanya Rindu, khas buat pendengar-pendengar radio malam ini.

Saatku sendiri, kulihat foto dan video

Bersamamu yang telah lama kusimpan

Hancur hati ini melihat semua gambar diri

Yang tak bisa, kuulang kembali.

 

Kuingin saat ini, engkau ada disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

 

Segala cara telah kucoba

Agar aku bisa tanpa dirimu

Namun semua berbeda

Sulitku menghapus kenangan bersamamu

 

Kuingin saat ini engkau ada disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, tuhan tolong kabulkanlah

Bukan diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

Hanya rindu…

 

Kuingin saat ini engkau ada disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar, tuhan tolong kabulkanlah


Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Bukannya diri ini tak terima kenyataan

Hati ini hanya rindu

Hati ini hanya rindu

Kurindu senyummu, Ibu…

Sebaik sahaja lagu Hanya Rindu habis dimainkan, serta merta air mata Afiera mengalir deras. “Ibuu… Fiera rindu… Rindu ibu sangat-sangat.” Bingkai gambar yang dipegang Afiera dipeluk dengan erat. Seerat perasaan rindunya terhadap arwah si ibu. Afiera seakan hilang tempat mengadu dan tempat bermanja. Selepas ini, Afiera perlu belajar berdikari dan mengambil alih tempat si ibu untuk menguruskan makan minum ayahnya memandangkan hanya dia sahaja yang tinggal dengan ayahnya manakala adik lelakinya yang sudah berkahwin telah berhijrah mengikut isterinya. Hampir seminggu Afiera tidak masuk kerja dan dia rela gajinya dipotong kerana ingin menguruskan hal arwah ibunya serta menenangkan diri dan mencari kembali semangat yang sempat hilang.

Setelah beberapa minggu, Afiera kembali bekerja dengan semangat yang baru. “Selamat pagi!” ujar Afiera dengan penuh ceria. Hashima memandang Afiera dengan senyuman lebar. Lega hatinya melihat Afiera kembali semangat. “Selamat pagi wahai intan payung. Happy akak tengok Afiera ceria macam ni. Semangat inilah yang akak nak tengok. Dah, jom kita start kerja. Banyak kerja nak kena siapkan ni sepanjang Afiera bercuti. Be strong.” ujar Hashima sambil menunjukkan kearah kertas kerja yang sedang bertimbun. Afiera ternganga. “Kak, Fiera nak tanya… Selama Fiera cuti ni, budak dua orang tu buat apa? Diorang cuti sekali ke sampai bertimbun kerja.” Hashima melepaskan keluhan berat. “Sorry, akak lupa nak bagitahu. Budak dua orang tu dah kena transfer kat cawangan lain sebab diorang suka buat masalah. Selain bergosip non-stop, diorang asyik buat silap je. Jadi bos dah hantar diorang bekerja kat cawangan lagi satu. Well, bagus juga bila diorang tak ada. Aman sikit hidup Afiera lepas ni.” ujar Hashima. Afiera mengeluh kecil. Selepas ini bebannya akan bertambah dengan ketiadaan dua orang rakan sekerjanya itu. “Fiera janganlah mengeluh, akak kan ada. Akak boleh tolong Afiera. Afiera tersenyum kecil mendengar ucapan Hashima.

***

Tiga bulan selepas pemergian arwah ibu Afiera, ayahnya sudah mula membuat perancangan ingin mencarikan jodoh buat anak perempuan satu-satunya itu.  “Ayah berniat nak kenalkan anak kawan ayah ni dengan Fiera. Ayah harap Fiera tak menolak permintaan ayah kali ni.” Afiera tergamam seketika. Dia tidak sangka bahawa ayahnya senekad ini walhal dia pernah beritahu bahawa dia tidak mahu kenal dengan mana-mana lelaki selepas beberapa kali dikecewakan oleh kaum adam. “Ayah bukan apa, ayah ni makin hari makin tua. Mana tahu lepas ni giliran ayah pula ikut ibu, jadi ayah tak naklah Fiera hidup sorang-sorang. Sekurang-kurangnya, ada juga yang boleh jaga Afiera bila dah kahwin nanti.” Afiera ternganga mendengar kata-kata ayahnya. “Boleh tak ayah jangan cakap yang bukan-bukan? Afiera tak suka.” marah Afiera. “Ayah dah beri nombor telefon Fiera pada anak kawan ayah tu. Nanti dia akan contact Fiera dalam waktu terdekat.” ujar ayahnya sambil berlalu pergi. Afiera melepaskan keluhan. Ayahnya memang sukar dibantah. “Adakah ini yang terbaik buat aku?” Afiera bermonolog.

“Assalamualaikum, Afiera ke ni?” kedengaran suara lelaki dihujung talian. Afiera yakin lelaki inilah yang dimaksudkan oleh ayahnya tempoh hari. Afiera menarik nafas panjang. Setelah sekian lama dia tidak bercakap dengan mana-mana lelaki melainkan ayahnya, dia merasa sangat gementar. Apatah lagi dengan lelaki yang belum dia kenali itu. “Waalaikumussalam. Ye saya.” jawab Afiera dengan acuh tak acuh. “Saya Amirul. Anak kepada kawan ayah awak.” perkenalan itu di balas dengan keluhan Afiera. “Hmm tau.” Afiera seakan tidak berminat untuk berkenalan dengan lelaki itu. “Maaflah kalau saya ganggu awak malam-malam ni. Saya bukan apa, ayah awak yang suruh saya call awak ni. Jadi alang-alang awak pun dah jawab call saya, apa salahnya kalau kita berborak kejap?” ujar lelaki bernama Amirul itu. ‘Sebab ayah yang suruh call? Kalau tak, kau pun memang tak nak call aku kan. Nampak sangat macam kau paksa diri kau untuk buat semua tu.’ dengus Afiera di dalam hati. “Sorrylah, kita borak lain kali boleh? Saya dah mengantuk. Esok ada banyak kerja nak kena hadap kat office tu.” ujar Afiera sambil buat-buat menguap. Bukan dia tidak mahu meladeni lelaki itu tetapi kata-kata lelaki itu membuatkan niatnya untuk berkenalan terhenti.

***

“Dah berjaya ke?” tanya Naza sambil menyenggol lengan Nashrin yang baru sahaja sampai ke tempat kerja. “Berjaya apa?” tanya Nashrin sambil terpinga-pinga. “Aduhh…masih nak tanya lagi? Pasal perempuan tulah, dah berjaya ke tawan hati dia?” tanya Naza sambil mengetuk kepala Nashrin. “Ohh, Afiera? Belum lagi. Aku dengar ibu dia baru meninggal, jadi aku tak naklah tambah masalah dalam hidup dia lagi.” ujar Nashrin. “Dah tiga bulan berlalu. Kau nak tunggu sampai bila? Sampai dia dah jadi milik orang lain?” omel Naza. Nashrin berfikir sejenak. Ada benarnya juga kata-kata Naza. Memanglah hati Afiera tu orang cakap hati batu, tapi jika ada lelaki berjaya usha dia, melepas tak sudah pula nanti. “Aku tak ada idea nak mulakan.” ujar Nashrin. “Kau ni, muka je jambu tapi otak kosong. Mari sini aku ajar kau. Itupun susah ke.” ujar Naza sambil membebel

“Boleh saya tahu siapa yang buat invois ni?” tanya Nashrin kepada Hashima. “Oh, ni Afiera yang buat. Kejap ye, saya panggil dia.” ujar Hashima. Nashrin mencari-cari kelibat Afiera. Sebaik sahaja Afiera menongol keluar. Jantungnya mulai berdegup kencang. Baru kali ini dia berdepan dengan gadis itu. “Ye bang, ada masalah apa dengan invois ni?” tanya Afiera sambil membelek semula invois yang diambil dari tangan Nashrin. “Abang? Hello, saya ni muda lagi.” ujar Nashrin. Afiera terdiam sekejap sambil memandang lelaki itu atas bawah. “Oh yeke, sorry saya tak tahu.” ujar Afiera. “Saya dah check invois ni, rasanya tak apa-apa masalah. Kenapa ye dik?” Buntang mata Nashrin mendengar Afiera memanggilnya ‘dik’. “Tak ada apalah. Maybe diorang salah pandang kot. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu.” ujar Nashrin dengan tergesa-gesa pergi. Afiera merasa hairan melihat pelakuan Nashrin yang bekerja sebagai pemandu lori di tempat kerjanya tiba-tiba datang ke pejabat semata-mata untuk bertanyakan mengenai invois barangan yang dikeluarkan olehnya. Nashrin tak menyangka dia sendiri boleh menjadi kaku apabila berdepan dengan gadis itu. Walhal dia sudah bersedia untuk mengenali Afiera dengan lebih dalam, tetapi entah kenapa dia merasa amat sukar untuk memenangi hatinya.

Telefon bimbit Afiera bordering. Nama Amirul terpapar di skrin telefon. ‘Nak apalagi mamat sorang ni.’ rungut hati kecil Afiera. “Assalamualaikum.” ujar Amirul di hujung talian. Afiera menjawab salam itu. “Awak balik jam berapa hari ni? Saya nak jumpa dengan awak, boleh?” ujar Amirul. Afiera menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bingung untuk menjawab permintaan lelaki itu. Haruskah dia bertemu dengan lelaki itu? Sedangkan hatinya tidak menginginkan untuk kenal dengan mana-mana lelaki, tetapi amanah ayahnya harus diterima. “Jam 5. Ambil saya kat tempat kerja.” ujar Afiera sambil menjawab dengan nada dingin. Marahnya pada lelaki itu belum reda lagi.

Tepat jam 5 petang, Amirul sudah menunggu Afiera di tempat yang dijanjikan. Dari jauh Afiera sudah nampak kelibat kereta yang dipandu oleh Amirul walaupun ini pertama kalinya dia berjumpa dengan lelaki itu. Sebaik sahaja masuk kedalam kereta dengan selamba, Afiera lebih banyak mendiamkan diri. Amirul berusaha mencari topik perbualan. Pelbagai soalan yang ditanya oleh Amirul, namun hanya sepatah yang dijawab oleh Afiera. “Awak tak suka kawan dengan saya ke?” tanya Amirul. Afiera melepaskan keluhan. “Awak juga pernah cakap awak buat semua ni sebab ayah saya yang suruh. Jadi saya pun terimalah perkenalan awak sebab ayah saya yang suruh. Adilkan?” ujar Afiera. Amirul mendengus kecil. Geram dengan jawapan yang diberikan. Benar, memang pada mulanya Amirul seakan tidak mahu setuju dengan cadangan ayah Afiera tetapi setelah dia berjumpa dan berdepan dengan Afiera, dia seakan tertarik untuk mengenali gadis itu. “Saya suka berkawan dengan awak. Mungkin cara perkenalan kita tak sesuai waktu, jadi apa salahnya kita mula dari awal semula?” ujar Amirul. Afiera cuba merendahkan egonya. “Jadi lepas ni, jangan guna nama ayah saya lagi untuk awak jadikan alasan untuk kenal dengan saya.” ujar Afiera. Amirul tersenyum kecil. “Okay tuan puteri. Sekarang, kita nak kemana?” Amirul mulai selesa dengan Afiera apabila gadis itu sudah mulai berbicara. “Kita pergi makan, saya laparlah.” ujar Afiera.

***

Selepas pertemuan Afiera dengan Amirul tempoh hari, lelaki itu mulai menyepikan diri kembali. Afiera mulai pasrah dengan takdir hidupnya. “Kalau kau rasa nak jadi macam biskut chipsmore tu, kejap ada kejap tak ada, baik tak payah berkenalan dengan aku. Buang masa aku je!” rungut Afiera sendirian.

“Amboii…membebel sorang-sorang nampak?” ujar Hashima. Afiera terkejut apabila Hashima tiba-tiba muncul dibelakangnya. “Ishh mana ada.” Afiera cuba menafikan. “Fiera, akak nak cakap sikit ni. Akak tahu akak tak patut sibuk urus hal peribadi Fiera tapi akak rasa dah tiba masanya Fiera kena buka hati Fiera untuk lelaki lain kenal dengan Fiera. Yang lepas tu, biarlah lepas. Fiera kena fikirkan masa depan Fiera juga. Sampai bila Fiera nak hidup membujang? Fiera tak nak ada keluarga sendiri ke?” ujar Hashima. Afiera terdiam mendengar pertanyaan Hashima. Kemudian dia mengeluh kecil. Dia juga tidak minta hidupnya diatur sedemikian. Walau bagaimanapun, dia harus cuba melawan rasa takutnya terhadap cinta.

Sewaktu Afiera melangkah kearah kereta ayahnya, tiba-tiba matanya terbungkam melihat sebuah motorsikal berada dihadapan kereta ayahnya. Terlihat dari jauh, ayahnya keluar dari kereta dan sedang berbincang sesuatu dengan lelaki yang menaiki motosikal itu. Afiera melajukan langkahnya agar dia dapat tahu apa yang sedang berlaku antara ayahnya dan juga pemilik motosikal itu. “Ayah, kenapa ni?” tanya Afiera. “Tak ada apalah. Orang ni terlanggar kereta ayah. Nasib baik tak ada apa-apa yang rosak.” ujar ayah Afiera. “Maafkan saya pakcik, saya betul-betul tak sengaja.” ujar lelaki itu yang memakai topi keledar itu. “Encik, lepas ni tolong berhati-hati sikit. Kalau jadi apa-apa tadi, tak pasal-pasal masuk hospital.” omel Afiera. “Ishh budak ni. Apa cakap macam tu, tak baik tahu.” marah ayahnya. “Eh, betul juga cakap anak pakcik ni. Nasib baik saya tak cedera, kalau tak memang dah ke hospital jawabnya ni.” ujar lelaki itu, menangkan Afiera. Afiera memandang wajah lelaki itu seakan mengenali wajahnya. “Eh tunggu kejap. Kalau tak silap saya, awak ni lelaki yang datang ke pejabat saya tempoh hari tu kan?” ujar Afiera. “Ye, sayalah tu.” lelaki itu mengiyakan. “Kawan pejabat Fiera ke ni?” tanya ayah Afiera. “Ye, eh tak. Maksud saya, ye saya bekerja di tempat yang sama cuma lain-lain bahagian.” jawab lelaki itu. “Maaf, saya lupa nak kenalkan diri. Nama saya Iqbal Nashrin. Boleh panggil saya Iqbal atau Nash.” ujar lelaki itu, tak semena-mena kenalkan dirinya sambil bersalaman dengan ayah Afiera. “Iyelah Nash. Pakcik kena gerak sekarang ni, kejap lagi pakcik nak kena masuk kerja pula. Singgah sini pun sebab nak ambil anak pakcik ni haa, si Afiera ni.” ujar ayah Afiera sambil meminta diri untuk bergerak pulang. “Ohhh, baiklah pakcik. Hati-hati memandu.” ujar lelaki bernama Iqbal Nashrin itu. Afiera memandang hairan melihat Nashrin yang tiba-tiba ramah dengan ayahnya.

***

“Macam mana dengan Amirul? Fiera layan dia baik-baik tak?” tanya ayah Afiera sewaktu dua beranak itu sedang makan malam bersama. “Okay je.” jawab Afiera acuh tak acuh. “Okay je? Ada apa-apa masalah ke ni?” tanya ayah Afiera. “Tak adalah.” jawab Afiera sepatah demi sepatah. “Cuba beritahu ada masalah apa. Jangan nak bohong.” tegas lelaki berumur 50an itu. “Dia memang suka tiba-tiba hilang lepas tu tiba-tiba timbul macam tak ada apa-apa salah ke? Ingat Fiera ni perempuan jenis apa? Cari bila bosan, gitu?” marah Afiera apabila mengenangkan sifat Amirul yang sukar dijangka. “Fiera jangan anggap Amirul macam tu. Mungkin dia sibuk dengan kerja. Sudahlah, jangan fikir yang bukan-bukan. Dia bukan sengaja nak buat macam tu. Berbaik-baiklah dengan dia.” ujar ayahnya. Afiera kelihatan tidak puas hati.

Malam itu, Amirul langsung menghantar pesanan ringkas, itupun kerana ayah Afiera sudah memaklumkan bahawa Afiera tidak suka diabaikan. Afiera memandang sepi pesanan ringkas yang dihantar oleh Amirul. Dia tidak berniat pun untuk membalasnya. “Biar dia rasa apa yang aku rasa!”

Awal-awal pagi lagi Nashrin telah muncul dihadapan pejabat Afiera. “Awak lagi? Ada apa awak datang ke pejabat saya pagi-pagi ni? Awak nak jumpa Kak Hashima ke?” tanya Afiera. Nashrin sekadar tersengih. “Saya nak jumpa awaklah.” Afiera terkesima. “Tebiat apa tetiba nak jumpa saya? Hello dik, akak ni tak ada apa-apa hutang dengan awak ye.” Nashrin membuat muka apabila Afiera menggelar dirinya ‘adik’. “Aduhh apa panggil saya adik ni…” rungut Nashrin. “Eh dia ni, hari tu panggil abang, sibuk cakap muda lagilah, apalah. Ni bila panggil adik, tak bole terima kenyataan pulak. Apa masalah awak ni?” omel Afiera sambil bercekak pinggang. “Masalah saya, saya nak berkenalan dengan awak tapi saya tak ada nombor telefon awak.” ujar Nashrin sambil tersengih-sengih. Afiera langsung berlalu pergi, malas nak melayan lelaki seperti Nashrin. “Tunggu kejap.” Nashrin cuba menghalang langkah Afiera. “Salah ke saya nak kenal dengan awak?” tanya Nashrin. “Saya banyak kerja nak kena buat, tolonglah jangan kacau saya.” tegas Afiera. “Memang tujuan saya datang sini nak kacau awak.” seloroh Nashrin. Afiera mengigit bibir. Geram melihat tingkah Nashrin. “Selagi saya tak dapat nombor telefon awak, selagi itulah saya akan kacau masa awak.” usik Nashrin lagi. Afiera menggumam geram. Akhirnya dia mengalah dan memberi nombor telefonnya seperti yang diminta dengan hasrat lelaki itu tidak mengganggu waktu kerjanya lagi. “Dah, pergilah buat kerja awak sana!” tegas Afiera sambil menolak lelaki itu keluar dari pejabatnya. “Okay, okay saya pergi. Tapi boleh saya kacau awak malam nanti?” tanya Nashrin sebelum dia berlalu keluar. Afiera tidak menjawab, dia hanya mampu melepaskan keluhan berat kerana mengenangkan hari-hari yang mendatang, hidupnya akan menjadi huru-hara kerana lelaki bernama Iqbal Nashrin itu.

***

Semakin hari semakin lebar senyuman Afiera semenjak dia berkenalan dengan Nashrin. Ada sahaja gelagat Nashrin yang membuatkan Afiera tersenyum. “Seronok akak tengok Fiera tersenyum memanjang, ada apa-apa yang Fiera nak share dengan akak ke?” tanya Hashima yang penuh rasa ingin tahu. Afiera sekadar menggeleng. Sebolehnya dia tidak mahu sesiapa pun tahu mengenai hubungan dia dan Nashrin kerana mereka berdua masih dalam fasa berkenalan. “Kalau Fiera dah bersedia nak share dengan akak, anytime je. Akak selalu ada dengan Fiera.” ujar Hashima. Afiera menggangguk faham.

Amirul tiba-tiba mencari Afiera kembali. “Saya nak bawa awak jumpa dengan mak ayah saya, boleh?” tanya Amirul. Afiera terkejut mendengar permintaan Amirul. “Saya belum bersedia. Lagipun kita hanya berkawan, tak lebih dari tu.” ujar Afiera. “Apa maksud awak? Selama ni awak anggap saya ni hanya sekadar kawan awak?” Amirul terlihat sedang menahan amarah. “Habis tu awak nak saya anggap awak apa? Awak pun selama ni bukannya kisah sangat pasal saya pun. Kejap ada, kejap menghilang. Ingat saya tak ada perasaan ke awak buat saya macam tu?” marah Afiera. Amirul terdiam. “Macam nilah, apakata awak cakap dengan ayah saya, yang awak dah tak nak teruskan niat untuk berkawan dengan saya. Saya tak kisah. Saya pun tak paksa awak untuk ikut segala arahan ayah saya. Awak ada hak untuk tentukan pilihan hati awak sendiri. Jangan paksa jika tak cinta.” ujar Afiera dengan tegas. Amirul mati kata. Dia dah berusaha untuk cuba rapat dengan Afiera namun gadis itu menutup rapat hatinya. Ada kalanya dia tidak tahu harus bagaimana dia mengambil hati gadis itu.

“Maafkan saya pakcik. Saya tak dapat tunaikan permintaan pakcik untuk menjadi teman rapat kepada anak pakcik. Lagipun saya dah ada pilihan hati saya sendiri. Saya harap pakcik dapat jumpa yang lebih baik dari saya. Saya betul-betul minta maaf.” ujar Amirul sewaktu dia berjumpa dengan ayah Afiera. “Tak apalah Amirul. Pakcik faham. Kamu pun berhak tentukan jalan hidup kamu sendiri. Maafkan pakcik sebab terlalu memaksa kamu. Maafkan juga anak pakcik sebab layan kamu sedemikian.” ujar ayah Afiera. Amirul akhirnya berasa lega kerana dapat melepaskan segala beban di hatinya. Dia kalah dalam memenangi hati gadis yang bernama Afiera.

***

Nashrin tidak lepas memandang wajah Afiera. “Apa pandang-pandang?” tegur Afiera. Dia merasa kekok apabila ditenung Nashrin sedemikian. “Pandang pun tak boleh ke? Bukan kena bayar pun…” jawab Nashrin. “Hello, siapa cakap tak kena bayar? Kalau saya cakap berapa nilainya pun, awak sanggup ke bayar?” ujar Afiera dengan angkuh.  “Elehhhh, awak nampak je saya pakai motor cabuk macam tu, tapi dalam poket ni berkepuk-kepuk tau.” ujar Nashrin yang tak mahu kalah. Afiera mencebik. “This is for you.” ujar Nashrin sambil mengeluarkan sejambak bunga mawar mewar kepada Afiera. Afiera ternganga melihat mawar merah kesukaannya. Ini pertama kalinya dia mendapat sejambak bunga dari kaum adam. Hatinya kelihatan berbunga-bunga, gembira tak terkata. “Boleh tak kalau saya nak jumpa ayah awak? Saya nak minta kebenaran dari dia untuk bawa awak jumpa dengan parents saya di kampung.” ujar Nashrin. Afiera terdiam. Baru sahaja beberapa minggu yang lepas dia menolak permintaan Amirul untuk membawa Afiera berjumpa dengan ibu bapanya, kali ini giliran Nashrin pula menyampaikan hasratnya. Namun dia tidak tahu sama ada dia harus setuju atau tidak dengan permintaan Nashrin itu. Lelaki itu telah banyak mengubah dirinya. “Awak betul-betul serius ke?” tanya Afiera. “Kalau saya tak serius, saya tak berniat macam ni. Saya sukakan awak, Fiera.” ujar Nashrin dengan nada serius. Matanya tak lepas memandang ke dalam mata Afiera. “Maafkan saya… Saya tak berani nak janjikan apa-apa dengan awak. Saya ada masa lalu yang sangat pahit untuk saya kenangkan. Saya tak nak benda yang sama jadi buat kesekian kalinya. Kalau awak betul-betul serius, tolong berusaha lebih untuk memenangi hati saya.” ujar Afiera. Nashrin menggangguk setuju. “Saya janji saya takkan sia-siakan awak.” ujar Nashrin.

***

Setelah pertemuan antara dua keluarga selesai, akhirnya Afiera bergelar tunangan kepada Nashrin. “Terima kasih sebab awak sudi terima saya dalam hidup awak.” ujar Nashrin. “Saya yang patut berterima kasih pada awak kerana sudi buka pintu hati saya.” balas Afiera. Afiera tak menyangka bahawa Nashrin bukanlah lelaki yang biasa-biasa. Dia berusaha menyembunyikan identiti dirinya. Pertama kali Afiera menjejakkan kaki ke rumah orang tua Nashrin, Afiera terkesima melihat sebuah banglo mewah dan mempunyai halaman rumah yang sangat luas. Pada mulanya Afiera ingin membatalkan hasrat untuk bertemu dengan ibu dan ayah Nashrin kerana segan namun setelah dipujuk oleh Nashrin, akhirnya Afiera akur. Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam rumah itu, orang tua Nashrin menyambut baik kedatangan Afiera. Mereka menyenangi kehadiran Afiera di dalam hidup anak lelaki mereka itu. Afiera merasa sangat bahagia apabila dipertemukan orang-orang yang sangat baik dengan dirinya. Hati Afiera mulai terbuka untuk mengenali Nashrin dengan lebih rapat apabila lelaki itu sangat berani menemui ayahnya dan menyampaikan hasrat untuk meminang. Ayah Afiera dengan senang hati menerima hajat Nashrin.

“Jauh menung anak ayah ni. Dah jadi tunangan orang pun masih nak termenung?” ujar ayah Afiera. “Fiera tak sangka akhirnya ada juga orang sudi terima baik buruk diri Fiera.” ujar Afiera sambil senyuman tak lekang dari wajahnya. “Alhamdulillah. Laku juga anak ayah sorang ni. Jangan nak seronok sangat, kamu kena ingat, majlis kamu tak lama je lagi. Jangan buat perangai sudah. Dah nak jadi bini orang ni, degil tu kurangkan sikit.” omel ayah Afiera dengan niat menasihat anak gadisnya.

“Amboi, ada orang tu sekarang hati sudah ada bungalah.” sindir Naza. Nashrin hanya sekadar tersengih. “Akhirnya berjaya juga kau perjuangkan cinta kau. Lama betul kau usha dia dulu, kan?” ujar Naza. “Usaha tangga kejayaan. Aku pun tak sangka dapat cairkan hati batu dia tu. Aku bersyukur sebab aku belum terlambat nak dapatkan dia.” ujar Nashrin. “Haa baguslah. Lepas ni jaga dia baik-baik. Jangan buat macam apa yang lelaki-lelaki yang dia kenal tu buat. Perempuan ni banyak ragam dia. Kau kena banyak sabar dan layankan karenah dia je.” nasihat Naza. “Itulah, perempuan ni memang makhluk pelik, manja dan menggemaskan!” seloroh Nashrin. “Aku sebagai kawan kau, aku akan selalu doakan yang terbaik untuk bakal pengantin ni!” ujar Naza sebelum memulakan perjalanannya untuk pulang kerumah. Nashrin tersenyum sendiri. Bahagia menyelimuti hidupnya kini. 

Tamat.

Hasil Nukilan: Leenz Armani

Hanya Rindu by Andmesh Kamaleng


P/S: Enough. Tak minta banyak, harapnya yang baca ni selalu jumpa happy endings dalam hidupnya. Amin. Have a nice day!