Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Allah masih beri aku nafas untuk teruskan hidup di tahun yang baru ni. Apa khabar korang? Semoga sihat semuanya. Ikutkan hati, aku dah malas nak menulis blog, tapi semakin meningkat umur ni, semakin malas nak meluahkan pada orang-orang terdekat. Bukan semua orang yang nak mendengar cerita kite, kan? Jadi kat sini jelah tempat untuk kita melampiaskan segala kemarahan kesedihan dan kegembiraan.
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk seorang sahabat yang aku rasa dia pun dah tak fikirkan pasal aku pun. Demi seorang wanita yang baru dia kenal dan dia rasa itulah jodoh dia, dan sebabkan itulah, dia sanggup buang relation kami. Aku redha. Aku cuba belajar untuk menerima kenyataan ni. Yes, dia telah pun selamat bernikah dengan wanita itu. Itu bermaksud, aku akan kehilangan dia buat selama-lamanya. :')
12 tahun. Bukan waktu yang singkat untuk aku lupakan semua tu dengan mudah. Bertahun lamanya kita berkongsi gelak tawa sedih hiba... susah. Sumpah, aku belum siap kehilangan kau...
24 Disember 2022, tarikh bahagia bagi kau tapi tarikh keramat buat aku. Pedih, sebak, pilu, macam-macam perasaan hadir dalam jiwa aku saat itu. Tapi aku gigihkan diri untuk hadir ke majlis pernikahan kau. Sebab aku nak tahu wanita mana yang berjaya buat kau berpindah hati dari aku.
Dulu, aku pernah cakap pada dia... Pilihlah wanita yang boleh terima kawan-kawan kau. Tapi sayangnya, wanita tu tak boleh nak terima aku dan kawan-kawan kau yang lain. Kau lelaki paling baik yang pernah aku kenal. Dan sebolehnya aku nak kau kahwin dengan wanita yang baik yang boleh terima kawan-kawan kau sebagaimana kau boleh terima diri dia tapi sayangnya... kau lebih rela buang aku dari kamus hidup kau demi wanita itu. Tak apalah, dah namanya pun jodoh. Kau jagalah dia baik-baik. Aku tahu kau boleh jadi suami yang baik, yang tak dayus dan tak keterlaluan dalam sebuah hubungan. Aku dah tak boleh nak tanya khabar kau, kacau kau macam selalu sebab kau dah ada kehidupan baru kau. Aku hanya mampu doakan yang baik-baik je dari jauh. Semoga berbahagia hendaknya. Kini aku mengerti perasaan kau dulu tika kau hadir di hari bahagia aku. Bezanya aku tak pernah buang kau. :')
Selamat Tahun Baru aku ucapkan pada korang semua. Aku harap tahun ni sangatlah memberkati hidup aku. Dan aku pun berharap semoga azam aku tahun ni tercapai. Begitu juga dengan korang. Aku akan doakan korang selalu diberkati, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan. Amin.
Wasalam,
Leenz
05 January 2023 - 15:51 pm