About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

14 October 2022

Selamat Tinggal, kawanku.

 Assalamualaikum.


Lama sungguh tak update apa-apa kt sini. Ada je sebenarnya tapi masih tersimpan dalam draft. Banyak hal yang nak diceritakan kat sini tapi... entahlah, macam tak ada mood. Kadang tu nak menulis tapi ada saja halangan. Jadi cerita tu pun dibiarkan pergi dengan sepi.

Apapun, aku harap korang sihat selalu. Sekarang ni kite bukan sahaja hidup dengan dunia kita tapi kita hidup bersana-sama dengan penyakit. Sebutkan je apa jenis penyakit, semuanya ada. Jadi korang kena selalu jaga diri dan jangan pernah tinggal vitamin, sekurang-kurangnya boleh menguatkan antibodi korang.

So, what news? Aku agak busy sikit nak settlekan cerpen-cerpen yang masih tergantung sepi. For the latest is Tak Ingin Usai, well korang pun pernah dengar tajuk lagu tu kan, jadi aku plan nak buat cerpen menggunakan tajuk lagu tersebut. Bait-bait lagu tu sebijik dengan apa yang tengah aku hadap sekarang ni.

Can I share something?

Korang pun tahu aku suka layan game. Dulu, aku ramai gile kawan dalam game. Tapi sekarang hanya tinggal beberapa orang sahaja. Dan yang paling setia dr dulu sampai sekarang hanyalah Bell dan Assasin (nama dalam game) sahaja. Tak kiralah apa-apa game yang kitorang main, make sure mesti complete bertiga. Cuma kadang-kadang bila Assasin busy dengan jadual foodpanda dia, dia tak dapatlah nak join. Aku dan Bell pun faham situasi Assasin so kitorang pun main jela berdua. Sebulan, dua bulan, tiga bulan dan seterusnya semuanya berjalan dengan penuh indah dan bahagia. Bergelak tawa, bahan membahan even kami bertiga je yang tinggal. Sehinggalah... suatu hari Assasin berkenalan dengan seorang wanita. Aku memang sedia maklum yang Assasin pernah cuba nak berkenalan rapat dengan seorang gadis namun gadis itu tiba-tiba menyepikan diri, seakan memberi isyarat bahawa dia menolak perkenalan Assasin. Kini, Assasin dah pun bertemu wanita lain, yang menurutnya memang pilihan terakhir dia...

Apa yang buatkan aku terkilan sampai sekarang... Sejak dia kenal dengan wanita tersebut, dia sendiri beritahu pada aku yang dia cuba menjaga jarak antara kami agar tak melukakan hati wanita pilihan hati dia. Dia semakin menjauhkan diri dari aku dan Bell. Aku faham, mungkin dia takut wanita tu cemburu. Aku faham tapi aku cuma terkilan apabila dia sedikit demi sedikit lupakan persahabatan kita. 

Baru-baru ni, Assasin ada share sebuah posting berkenaan hal perkahwinan. Bermakna dia benar-benar serius untuk melamar wanita itu. Itu bermaksud, selepas ni kami takkan bersama-sama lagi macam dulu. Aku sedih gila sebab hanya dia satu-satunya kawan lelaki yang aku paling rapat dalam hidup aku. Korang faham tak macam mana rasanya kehilangan kawan yang korang sayang? Aku tahu aku masih ada Bell, but its different. Bell is a girl and Assasin is a boy. Aku kenal Bell dalam 5 tahun, dan dengan Assasin almost 10 years kot. Aku sayangkan kedua-duanya.

Tapi, kalau memang itu keputusan Assasin... Aku cuba untuk terima kenyataan ni. Cuma aku mintak, tolong jangan hadir kembali disaat aku benar-benar move on dari kau. Mungkin kita masih boleh berkawan cuma perasaan tu takkan sama macam dulu lagi. 

Thanks Assasin for being a part of my life even its not for forever. 

(Tak Ingin Usai by Keisya Levronka)

Berdiri

Ku memutar waktu

Teringat

Kamu yang dulu

Ada di sampingku setiap hari

Jadi sandaran ternyaman

Saat ku lemah saat ku lelah

Ho wo wo


Tersadar

Ku tinggal sendiri

Merenungi

Semua yang tak mungkin

Bisa ku putarkan kembali s'perti dulu

Ku bahagia tapi semuanya hilang tanpa sebab

Kau hentikan semuanya

Ho oh oh


Terluka dan menangis tapi ku terima

Semua keputusan yang telah kau buat

Satu yang harus kau tahu

Ku menanti kau tuk kembali


Jujur ku tak ingin engkau pergi

Tinggalkan semua usai di sini

Tak tertahan air mata ini

Mengingat semua yang t'lah terjadi


Ku tahu kau pun sama s'perti aku

Tak ingin cinta usai di sini

Tapi mungkin inilah jalannya

Harus berpisah ho oh ho


Terluka dan menangis tapi ku terima

Semua keputusan yang telah kau buat

Satu yang harus kau tahu

Ku menanti kau tuk kembali

Ho ho wo oh

Tinggalkan semua usai di sini


Ku tahu kau pun sama s'perti aku

Tak ingin cinta usai di sini

Tapi mungkin inilah jalannya

Harus berpisah ho oh


Berharap suatu saat nanti

Kau dan aku kan bertemu lagi

S'perti yang kau ucapkan

S'belum kau tinggalkan aku

Wasalam.

Leenz

14 October 2022 - 14:25pm