About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

4 August 2022

Cerpen: Jatuh Cinta 3

Sambungan dari Cerpen Jatuh Cinta 1 & Cerpen Jatuh Cinta 2

“Afeeya, jangan lari jauh-jauh, nanti jatuh, luka.” ujar Alfie kepada Afeeya Mikaela, anak sulungnya bersama Fadzley.

“Alolo comelnya budak ni.” sahut Isha sambil mencapai sepotong kek brownies.

“Eh sayang, berapa banyak awak nak makan ni. Awak kena control sikit, awak tu tengah pregnant, tak boleh makan manis banyak-banyak nanti boleh kena kencing manis.” ujar Ierwann sambil mencuri sedikit potongan kek brownies yang berada di tangan Isha.

Isha memuncungkan bibirnya tanda merajuk kerana Ierwann melarang dia untuk memakan makanan yang manis.

                “Saya bukan marah tapi saya larang sebab sayangkan awak dan baby kita.” sambung Ierwann.

                Setibanya Arleen dan Ieswann di hadapan pintu masuk beriringan dengan paluan kompang, Isha, Alfie, Fadzley dan Ierwann langsung bangun dari tempat duduk untuk melihat pasangan mempelai melangkah masuk ke dewan.

                “Cantiknya kawan kita ni. Berseri-seri muka dia.” ujar Alfie kepada Isha.

                “Rasa macam nak kahwin lagi je kan.” sahut Isha.

                Ierwann yang mendengar sempat berdehem. Isha sekadar tersengih.

                Dari jauh Arleen melihat meja dimana kawan-kawannya berada disitu sambil melambai kearahnya. Sedikit membuang rasa paniknya ketika berhadapan dengan ramai orang. Arleen tersenyum bahagia disamping insan tercintanya, Ieswann.

 

                Selepas selesai majlis bertandang yang berlangsung beberapa jam lepas, akhirnya Arleen dapat merehatkan tubuhnya di dalam bilik buat seketika.  

                “Ya allah, penatnya badan. Akhirnya habis juga kesemua majlis. Rasa macam nak pitam je lama-lama atas pelamin tadi.” rungut Arleen sambil membuka satu persatu perhiasan yang berada di tubuh badannya.  Dengan tiba-tiba pintu biliknya diketuk. TOK TOK TOK.

                “Arleen!” jerit Alfie dan Isha yang tiba-tiba sahaja meluru masuk tanpa disuruh.

                “Laa…korang rupanya. Kot ye pun nak masuk, tunggu la aku bukakan pintu. Buatnya tadi aku tengah buka baju, tak ke naya orang tengok aku bogel?” marah Arleen sambil menarik kedua tangan sahabatnya itu.

                “Elehhh, entah-entah dia tengah tunggu Ieszwan. Tapi rupa-rupanya kita yang masuk.” usik Isha.

                “Ishh, tak adalah. Ieszwan tadi ada beritahu aku yang dia nak lepak dengan Fadz dan Ierwann tadi. Eh Fie, mana si Afeeya, budak debab tu? Siapa jaga dia kalau kau kat sini?” tanya Arleen sambil mencari-cari kelibat Afeeya, anak Alfie dan Fadz.

                “Oh, si Afeeya ada dengan Fadz. Aku saja suruh Fadz jaga supaya aku boleh kacau kau.” balas Alfie.

                Arleen menjeling kearah Alfie.

                “Aku harap, persahabatan kita semua ni kekal sampai ke anak cucu.” ujar Isha dengan sayu.

                “Eh, mestilah. Haa ni katakanlah anak dalam perut kau tu lelaki, aku nak booking siap-siap jadi menantu aku. Dapatlah kita berbesan sampai ke tua nanti.” usik Alfie sambil mengusap kandungan Isha yang belum cukup besar.

                “Amboi, belum apa-apa lagi dah booking bagai. Habis anak aku nanti nak berbesan dengan siapa? Aku pun nak jugak.” celah Arleen.

                “Eh mana boleh, kau baru nak buat. Kau cari calon lain ye.” usik Alfie.

                Isha langsung tertawa besar, disahut oleh Alfie. Arleen juga ikut tertawa kerana karenah sahabat-sahabatnya yang tak pernah bosan menghiburkannya.

* * *

 

                “Sayang, saya ada benda nak beritahu ni.” ujar Ieszwan sambil menarik lembut tangan isterinya, Arleen.

                Arleen mendengar dengan penuh fokus.

                “Sebenarnya saya…” ujar Ieszwan, patah-patah.

                Arleen kelihatan cemas. Entah apa yang ingin diperkatakan oleh suaminya itu.

                “Saya…” ujar Ieswann.

                “Saya apa? Awak nak cakap apa sebenarnya ni?” marah Arleen yang jenuh menunggu.

                Ieszwan terdiam. Tak lama selepas itu, dia tersengih.

               Arleen seakan memahami bahawa dia sedang diusik. “Dah lah. Kalau awak tak ada benda nak cakap, baik tak payah cakap.” marah Arleen kerana dia tahu dia sedang dipermainkan.

 "Saya sayangkan awak." ujar Ieszwan sambil mengecup pipi Arleen, isterinya yang sah.

                  Arleen tersipu malu.

"Garang betul isteri saya ni. Sejak bila pandai jadi garang ni?" usik Ieszwan sambil menatap dalam mata Arleen.

 "Sejak awak suka menyakat saya." ujar Arleen sambil mencapai tuala untuk membersihkan tubuh badannya. Ieszwan tersengih kerana berjaya mengusik Arleen untuk kesekian kalinya.

                “Saya tunggu awak kat bawah, kita makan sama-sama dengan mama dan papa. Jangan lama-lama tau, nanti saya rindu."  ujar Ieszwan sambil mengenyitkan mata.

                      Arleen mencebik.

* * *

“Seperti yang telah kita bincangkan dalam meeting tadi, saya minta Ieszwan dan Fadzley mewakilkan saya untuk melihat sendiri tapak projek yang kita akan kendalikan nanti." ujar Ierwann selaku ketua syarikat.

Ieszwan menoleh kearah Ierwann. Hairan kerana pada awalnya Ierwann yang beria-ia ingin pergi kesana tetapi dengan tiba-tiba dia meminta Fadzley mewakilkannya.

                Ierwann memahami apa yang sedang bermain difikiran adiknya. "Sorry Iesz, aku tak dapat ikut. Kau pun tahu kan, Isha tengah pregnant, aku risau kalau jadi apa-apa pada dia bila aku tak ada nanti. Aku harap kau faham situasi aku." jelas Ierwann

                Ieszwan akhirnya memahami walau pada awalnya dia ingin membantah.

 

"Saya pergi tak lama, lepas je kerja saya kat sana selesai, saya akan balik semula ke pangkuan awak dengan kadar segera lepas tu kita pergi honeymoon, okay sayang?" pujuk Ieszwan selepas Arleen terlihat sedikit merajuk kerana Ieszwan terpaksa menangguhkan perancangan mereka untuk berbulan madu memandangkan mereka baru sahaja berkahwin.

"Awak janji pulang dengan cepat?" tanya Arleen.

"Selesai je kerja, saya terus balik." ujar Ieszwan.

 

"Daddy pergi tak lama tau Afeeya sayang. Feeya jaga mama baik-baik tau. Jangan nakal, jangan buli mama. Kesian mama nanti penat nak melayan karenah Afeeya yang banyak akal ni." ujar Fadzley kepada anak sulungnya yang sedang membesar.

"Kesian dengan Arleen. Baru je kahwin, tak sempat pergi honeymoon pun, dah kena outstation." ujar Alfie.

"Ikutkan abang Ierwann memang nak tangguhkan projek ni tapi bila dia cakap ramai yang tengah tunggu queue, itu yang abang Ier terus rebut. Nak buat macam mana, nama pun kerja sendiri. Tak ada projek, tak adalah duit." ujar Fadzley.

“Awak jaga diri baik-baik tau. Kalau awak bosan, awak ajaklah Arleen teman awak kat rumah. Dia pun mesti bosan sebab Ieszwan takde." pesan Fadzley.

Alfie menggangguk faham.

* * *

"Selamat pagi Encik Fadzley dan Encik Ierwann."

 "Ieszwan, saya Ieszwan. Ierwann tak dapat hadir kerana dia ada hal lain." celah Ieszwann.

"Oh, maafkan saya Encik Ieszwann. Okay, kenalkan nama saya Syamimi dan saya yang akan menemani Encik berdua di sini sepanjang projek ini berjalan seperti yang telah dibincangkan." ujar Syamimi dengan gaya yang sangat elegan sehingga membuatkan Fadzley tak lekang memandang Syamimi.

"Ingat sikit anak bini kat rumah tu." bisik Ieszwan apabila dia melihat Fadzley mulai terleka melihat Syamimi yang berpenampilan agak seksi pada hari itu.

 "Encik Fadz dan Encik Ieszwan tak nak keluar makan ke?" tanya Syamimi.

 "Erm...saya..." belum sempat Ieszwan membalas, Fadzley langsung mencelah.

 "Nak keluar la ni. You nak ikut sekali ke?" tanya Fadzley.

Syamimi tersenyum sipu. "Encik Fadz nak belanja ke?"

"Boleh, tak ada masalah. Jom." ajak Fadzley.

Ieszwan yang sedang meneliti telefon pintarnya sekadar mengikut dari belakang.

"Amboii, khusyuk betul pengantin baru ni melayan telefon. Ber-whatsapp dengan isteri tercinta ke tu?" usik Fadzley sambil menunggu makanan yang telah dipesan.

 Ieszwan sekadar menjeling kearah Fadzley.

 "Ahh, selamat pengantin baru Encik Ieszwan." ujar Syamimi.

"Terima kasih." jawab Ieszwan, dingin.

"I tak sangka pulak you suka makanan kampung macam ni." ujar Syamimi sewaktu makanan yang dipesan telah sampai. Fadzley memesan nasi putih berserta ulam-ulaman dan juga Patin Tempoyak. Manakala Ieszwan sekadar Nasi Goreng Tomyam. Syamimi pula memilih Nasi Ayam Spesial.

 "Of course I suka. I pun dulu pernah jugalah duduk di kampung sekejap, sebab tu I pandai makan makanan macam ni. You tak nak try?" ujar Fadzley.

"Me? Nasi putih, ulam dan sambal belacan ni? Err....I tak retilah." ujar Syamimi.

"Tak reti ke atau you takut tangan you berbau sambal belacan ni? Don't worry, I suapkan you." tawar Fadzley. Syamimi mulai tersenyum lebar.

 Ieszwan sempat menyenggol lengan Fadzley kerana dia merasakan yang Fadzley mulai keterlaluan melayani Syamimi sedemikian.

"It's okay Encik Fadz. I akan cuba sendiri nanti." ujar Syamimi yang merasa tak selesa dengan jelingan Ieszwan.

"Cepatlah makan, banyak kerja nak kena settle selepas ni. Lagi cepat kita settle, lagi cepat kita dapat balik." ujar Ieszwan yang mulai risau akan pandangan Fadzley terhadap Syamimi.

*
  *  *

Alfie mengajak Arleen bermalam di rumahnya untuk beberapa hari memandangkan suami masing-masing sedang outstation.

"Rindunya nak tinggal serumah macam dulu-dulu kan? Dapat makan sama-sama, tengok movie sama-sama, bergosip pun sama-sama." ujar Arleen sambil melayani Afeeya yang sedang bermain sendiri.

"Aku pun rasa yang sama, tapi apakan daya...masing-masing dah bersuami. Lepas tu masing-masing akan dapat anak, dan aku harap anak kita semua pun berkawan baik macam kita dan suami kita." ujar Alfie.

Arleen mulai tertunduk sedih. "Anak... Kau dah ada Afeeya, Isha pula bakal menimang seorang cahaya mata. Aku ni...tak tahulah nasib aku macam mana. Layak ke aku bergelar seorang ibu?" tanya Arleen yang mulai sebak.

Alfie langsung memeluk Arleen. Tahu benar apa yang sedang Arleen alami. Sejak dari zaman anak dara lagi Arleen mempunyai masalah kesihatan dan dalaman. Dia juga pernah membuang cyst yang berada di dalam perutnya dan itu yang membuatkan dia risau sama ada dia dapat memberi zuriat kepada Ieszwan atau mengganggap dirinya mandul.

"Kau tak boleh hukum diri kau macam ni Leen. Kau kena percaya pada takdir Allah. Banyakkan berdoa dan usaha, insyaallah nanti Allah akan hadirkan malaikat kecil dalam rahim kau." pujuk Alfie. Arleen mulai tersenyum lagi. 

*  *  *

"Ya Allah, penatnya badan hari ini." rungut Syamimi sambil melabuhkan tubuhnya di sebuah sofa yang berada di ruang tamu rumah bujangnya.

"Ala kesiannya arkitek sorang ni. Nah, aku buat milo panas untuk kau." ujar Eyriena yang merupakan rakan serumah Syamimi.

"Ya Allah baiknya kau buatkan air untuk aku. Terima kasih. Ini yang buat aku tambah sayaaaaaang kat kau." ujar Syamimi.

 "Alah, boringlah asyik kau je yang sayang aku. Aku pun nak juga merasa kasih sayang dari seorang lelaki." ujar Eyriena.

"Aikk, boyfriend kau sikit punya ramai pun masih tak cukup kasih sayang yang kau dapat?" perli Syamimi. Tahu benar dia dengan perangai Eyriena yang sering bergonta-ganti teman lelaki.

"Kau macam tak tahu je, diorang tu semua aku buat tempat melepas bosan je. Yang aku maksudkan tadi tu, aku nak lelaki yang betul-betul boleh buat aku jatuh cinta. Macam...." ujar Eyriena sambil mengenang kembali kenangan bersama Ieszwan.

"Macam apa? Haa ini yang aku tak gemar ni. Suka cerita separuh-separuh." marah Syamimi kerana Eyriena sempat mengelamun.

"Dulu, aku pernah jatuh cinta pada seorang lelaki. Lelaki yang buat aku rasa selesa dan selamat bila aku ada disisi dia. Dia juga yang pandai menghiburkan aku dan buat hati aku rasa tenang. Tapi, entah kenapa...susah sangat untuk aku masuk ke dalam hati dia." ujar Eyriena sambil melepaskan keluhan.

"Kejar dia Riena. Bukan senang nak dapat lelaki macam tu. Kalaupun dia dah ada pilihan hati sendiri, why not kau rebut dia semula? Buat dia sampai jadi milik kau. Sampai bila kau nak pendam je?" ujar Syamimi sambil tersenyum sinis.

  'Iesz, I'll make sure you will be mine as soon as possible!' getus hati kecil Eyriena yang mulai terhasut dengan kata-kata Syamimi.

*  *  *

  "Alhamdulillah, tak lama lagi settle kerja kita kat sini. Aku pun dapat balik awal dan teruskan plan honeymoon aku dengan Arleen." ujar Ieszwan.

"Hi Encik Ieszwan dan Encik Fadz. Sorry I'm late today. So, apa plan kita hari ini? Oh ye, semalam Encik Iesz cakap nak ke tapak projek kan? Jom." ujar Syamimi sambil membetulkan penampilannya.

"You looks beautiful like usual." bisik Fadzley tanpa pengetahuan Ieszwan. Syamimi tersipu malu mendengar pujian Fadzley.

“I tak sangka perempuan cantik macam you ni lebih memilih kerja sebagai  seorang arkitek. Rela berpanas hujan macam ni." ujar Fadzley.

"Well, nak buat macam mana kan, memang dari kecil lagi cita-cita I nak jadi seorang arkitek. What do you expect from me? Be a model? Hello...not in my list." ujar Syamimi.

"But even you choose to be an architecture, i respect dengan you sebab you tetap jaga penampilan you supaya tak nampak comot di mata lelaki." puji Fadzley lagi.

"My pleasure." Wajah Syamimi mulai memerah.

"Seronok berborak? Sampai aku panggil pun tak bersahut." tegur Ieszwan dengan tegas.

"Maafkan saya Encik Ieszwan." ujar Syamimi, terketar-ketar. Sejak dari hari pertama lagi dia sedikit gentar dengan sifat Ieszwan yang menurutnya seorang yang tegas dan dingin.

"Aku nak projek ni cepat settle. Aku nak balik. Nanti kalau semuanya dah selesai, korang nak berborak lama-lama pun tak apalah." marah Ieszwan.


"Riena, tolong aku boleh? Kereta aku tak nak hidup ni. Kau ambil aku dekat side boleh tak?" tanya Syamimi di hujung talian.

"Okay princess. Kebetulan aku tak jauh dari situ, 10 minit lagi aku sampai." ujar Eyriena.

Sewaktu Syamimi sedang menunggu Eyriena datang menjemputnya di tepi jalan, secara kebetulan Ieszwan dan Fadzley melalui jalan yang sama. Fadzley langsung menghentikan kenderaan apabila melihat Syamimi sendirian disitu.

"Hey, everything is okay?" tanya Fadzley.

"Erm... Well, macam yang you nampak, kereta I mogok. Puas I try start the engine but no response." jelas Syamimi.

"Oh, kalau macam tu kitorang boleh hantar you balik." ujar Fadzley. Ieszwan terkejut mendengar pelawaan Fadzley tanpa persetujuannya.

"Never mind, I tadi dah call my housemate to fetch me. Around 10 minit lagi dia akan sampai. Thank you so much for you care Encik Fadzley." ujar Syamimi menolak pelawaan Fadzley dengan baik.

"Okay, kalau macam tu I teman you tunggu kawan you tu. Tak baik duduk sini sorang-sorang, bahaya." ujar Fadzley.

10 minit berlalu, kelihatan sebuah kereta Honda City meluncur laju ke arah Syamimi.

PIN! PIN!

Eyriena keluar dari kereta dengan tergesa-gesa dan mendapatkan Syamimi yang sedang asyik berborak dengan Fadzley. "Mimi."

"Ahh itupun kawan I dah sampai. Jom I kenalkan dengan you." Syamimi langsung menarik tangan Fadzley dan ingin mengenalkan kepada Eyriena.

"Fadz, dia nilah housemate yang I maksudkan tadi, nama dia Eyriena." ujar Syamimi.

Eyriena kelihatan terkejut apabila lelaki yang menemani Syamimi itu adalah Fadzley.

"Riena...?" Fadzley agak terkesima. Kenal benar dia dengan gadis yang pernah membuat Arleen terluka suatu ketika dahulu.

"Korang dah kenal ke?" tanya Syamimi.

"Dia ni bos kau ke Mimi?" tanya Eyriena.

"Eh tak, Fadz ni rakan partner kerja aku. Fadz dengan Iesz. Iesz pulak ada dalam kereta tu. Orangnya agak garang sikit." ujar Syamimi.

"Ieszwan ada kat sini?" tanya Eyriena kepada Fadzley.

Fadzley menggangguk iya.

Eyriena tersenyum gembira. Dengan tidak semena-mena, Eyriena langsung melangkah masuk ke dalam kereta Ieszwan.

"Dah puas sidai aku lama-lama dalam kereta?" marah Ieszwan sambil matanya masih memandang telefon pintarnya.

"Do you miss me?" ujar Eyriena sambil tersenyum memandang Ieszwan.

Ieszwan langsung mengangkat muka apabila mendengar suara Eyriena.

"You buat apa kat sini?" tanya Ieszwan.

"Fetch my housemate. Then Fadz cakap you ada dalam kereta, so I teruslah masuk sebab nak jumpa you. I miss you so much, Iesz!" ujar Eyriena sambil memaut lengan Ieszwan.

"Lepaskan I. Apa you buat ni?!" jerkah Ieszwan.

"Iesz, I rasa I dah tak mampu nak selindung perasaan I. I dah lama sukakan you, I sayangkan you Iesz. Sejak dari dulu lagi, perasaan sayang I terhadap you tak pernah pudar." ujar Eyriena.

"Stop nonsense! I tak ada masa nak bergurau." ujar Ieszwan sambil melepaskan pelukan Eyriena.

"Please Iesz, sekali ni je you balas cinta I..." rayu Eyriena.

 "I'm married." ujar Ieszwan, langsung keluar dari kereta.

"Lets go back, Fadz!" jerit Ieszwan.

Fadzley langsung berlari masuk ke dalam kereta. Tahu benar dia bahawa Ieszwan baru sahaja memarahi Eyriena yang nekad ingin menawan hati Ieszwan.      

*  *  *

"Sayangggg, tolong I kejap." ujar Isha sambil berusaha menggangkat baldi berisi kain basah untuk dijemur.

"Ierr, awak kat mana? Tolonglah saya. Berat ni." ujar Isha namun tidak bersahut. Isha tetap mencuba untuk mengangkat dengan usahanya sendiri. Entah macam mana, kakinya tiba-tiba terkehel dan Isha jatuh tergelincir.

"Arghhh sakitnya...!" jerit Isha sambil memegang perutnya.

Ierwann yang baru selesai menjawab panggilan client langsung berlari kearah Isha yang sedang menjerit kesakitan.

"Ya Allahhh, apa dah jadi ni?!" Ierwann menjadi gelabah apabila melihat darah mengalir deras dari celah kaki Isha.

Isha mulai panik melihat darah yang keluar. Tahu benar bahawa dia akan keguguran. Tanpa buang masa, Ierwann langsung membawa Isha ke hospital terdekat.

 

"Maafkan kami, bayi Encik Ierwann tak dapat kami selamatkan. Tapi Encik jangan risau kerana isteri Encik berada dalam keadaan stabil cuma mungkin dia akan mengalami sedikit trauma apabila dia sedar nanti. Mohon pengertiannya." jelas doktor yang merawat Isha sebentar tadi.

Luluh hati Ierwann mendengar penjelasan dari doktor tentang keadaan Isha dan bayi yang dikandung Isha telah tiada. Harapannya untuk menjadi seorang ayah musnah sekaligus.

Perlahan-lahan Ierwann masuk ke bilik di mana Isha ditempatkan. "Kenapa jadi begini...?" tanya Ierwann kepada Isha yang masih belum sedar.

"Kenapa awak tak jaga bayi kita dengan baik. Saya dah pesan pada awak banyak kali dah, jaga dia baik-baik, awak tetap cuai. sekarang dia dah tak ada, dia dah pergi." sambung Ierwann yang tidak henti-henti menyalahkan Isha. Isha yang mendengar suara Ierwann langsung terbangun.

"Sayang, anak kita...?" tanya Isha.

"Dia dah tak ada. Anak kita dah tak ada." ujar Ierwann

Setitik demi setitik air mata Isha mengalir apabila mendapat tahu anak yang dikandung telah tiada.

"Awak cuai. Semuanya salah awak!" tempik Ierwann.

Isha tersentap mendengar tuduhan Ierwann. Semakin deras air mata yang mengalir. Dirinya terus menerus dipersalahkan.

Ierwann bangun dari tempat duduknya dan keluar meninggalkan Isha yang masih terpuruk.

 

Arleen dan Alfie langsung datang ke hospital melawat Isha selepas diberitahu oleh Ierwann.

"Isha, takziah ye. Aku tahu kau kuat. Sabar ye, insyallah nanti Allah akan gantikan dengan rezeki yang lain." ujar Alfie sambil mengusap lembut kepala Isha.

"Betul tu. Percayalah pada Qada' dan Qadar." celah Arleen.

"Terima kasih korang. Err..,korang ada nampak Ierwann tak? Dari semalam dia keluar dr bilik ni, sampai sekarang dia tak datang melawat aku pun." ujar Isha.

"Tak ada nampak pulak dia kat lobi tadi. Kitorang datang ni pun sebab Ierwann call beritahu pasal keguguran kau." jawab Arleen.

Isha tertunduk sedih. Tahu benar dia bahawa Ierwann masih menyalahkan dirinya akan keguguran bayi yang dikandung.

*
  *  *

"Kau nak pergi kerja dah ke?" tanya Eyriena.

"Haa yelah, nak pergi kerjalah ni. Kenapa tanya?" ujar Syamimi, hairan.

"Nak aku hantarkan? Lagipun kereta kau kan masih kat bengkel. Kebetulan aku on leave hari ni." ujar Eyriena.

"Sure ni kau nak hantar? Aku tak susahkan kau ke? Kalau tak, aku panggil grab je." ujar Syamimi.

"Tak ada susahnya pun. Jom cepat. Nanti bos garang kau tu marah pulak kalau kau lambat." ujar Eyriena.

 

Sesampainya di tapak projek, kelihatan Fadzley dan Ieszwan sedang bersarapan di cafe terdekat.

"Good morning. Can I join you guys?" ujar Eyriena.

"Kau seriuslah?" bisik Syamimi dengan penuh tanda tanya.

Fadzley terkesima dengan keberanian Eyriena.

Tak semena-mena Eyriena langsung mengambil tempat kosong di sebelah Ieszwan. Manakala Syamimi pula di sebelah Fadzley.

Ieszwan malas berdebat, dia membiarkan saja Eyriena yang terlihat cuba mendekatinya.

"Mimi, saya ada tugas untuk awak. Saya dan Fadz kena pulang, dan saya nak awak tolong handle projek yang ada kat sini, apa-apa hal kita berhubung melalui telefon. Kalau ada yang betul-betul urgent sahaja kami akan datang kesini lagi." ujar Ieszwan.

"...dan kemungkinan besar, Ierwann yang akan ambil alih semula kerja ni. Apa-apa hal awak akan berhubung dengan Fadz dan Ierwann." sambung Ieszwan.

"Baik Encik Ieszwan." ujar Syamimi dengan penuh pengertian.

"I'll make a call." ujar Ieszwan kepada Fadzley.

Eyriena yang melihat Ieszwan bangkit dari tempat duduk dan beransur pergi turut mengikuti Ieszwan dari belakang.

"I'll be back soon sayang. Tunggu saya balik ye. I miss you too." ujar Ieszwan di hujung talian.

 "I tak sangka you seromantik ni. Nampak je garang tapi hati you penuh dengan bunga. Sebab itu I sayangkan you, Iesz." ujar Eyriena yang mencuri dengar perbualan Ieszwan dengan isterinya di dalam telefon.

"Stop dreaming, Riena. I dah kahwin dan I takkan berpaling dari isteri I." ujar Ieszwan.

"Why not you terima I sebagai isteri kedua?" ujar Eyriena yang masih tak putus asa mengejar cinta Ieszwan.

"Nonsense!" tempik Ieszwan.

Eyriena tersenyum puas kerana berjaya membuat Ieszwan menjadi salah tingkah.

 

Ierwann terlihat semakin menjauhi Isha sejak keguguran tempoh hari. Ada sahaja hal yang tidak kena di mata Ierwann sehingga hal sekecil kuman pun membuatkan Ierwann marah.

"Saya tak fahamlah dengan awak ni. Awak terlalu menghukum saya, Ier." ujar Isha.

"Kerana semua ni memang salah awak!" tempik Ierwann.

"Ini semua aturan Allah. Kalau Allah kata bukan rezeki kita, siapa kita nak menidakkan semua itu?" ujar Isha.

Ierwann langsung terdiam.

*  *  *

Sebaik sahaja Ieszwan pulang dari outstation, dia langsung membawa Arleen pergi honeymoon seperti yang dijanjikan.

"Are you happy?" tanya Ieszwan.

"Of course. Thanks sayang bawa saya kesini." ujar Arleen.

"Lepas ni kalau awak nak pergi mana-mana, awak cakap je, saya boleh bawakan." ujar Ieszwan.

"Betul ni? Kalau saya cakap nak ke bulan, awak sanggup bawa?" tanya Arleen.

Ieszwan mengecilkan mata, bengang kerana dipermainkan isterinya.

"Saya dah agak dah, awak mesti tak boleh tunaikan." usik Arleen.

"Geramnya saya dengan awak ni. Balik nanti, siap awak." ujar Ieszwan sambil menjeling nakal.

Arleen menjelirkan lidahnya dan langsung berlari anak meninggalkan Ieszwan yang tidak jauh dari situ.

"Sayang, awak marah tak kalau saya cakap ada perempuan cuba mengurat saya?" ujar Ieszwan.

"Tak. Sebab saya kenal suami saya ni. Dah lah garang, suka marah-marah, kadang tu sampai saya tak boleh nak bezakan suami saya dengan harimau. Haa, mustahil ada perempuan lain berani dekat selain saya." ujar Arleen.

"Ada. Memang ada." ujar Ieszwan.

Arleen terdiam.

"Tak adalah. Saya bergurau je." ujar Ieszwan sambil tertawa kecil. Sengaja ingin menguji kesabaran isterinya.

Arleen kenal benar dengan sifat jujur Ieszwan. Jika dia mulai bercerita tentang sesuatu hal, pasti hal itu benar-benar terjadi padanya.                 

*  *  *

“Jadi, lelaki yang kau cerita pada aku hari tu, Ieszwan orangnya? Patutlah kau try hard sangat nak tarik perhatian dia." tanya Syamimi.

"Dulu dia okay je, dia rajin melayan aku, tapi....sejak berbini ni, berlagak sangat. Sikitpun tak nak pandang aku." keluh Eyriena.

"Kau pun janganlah nampak macam terdesak sangat. Slowly but surely. Tengok macam aku, sikit-sikit aku curi hati Fadz. Walaupun aku tahu dia tu suami orang." ujar Syamimi.

"Good luck untuk kau. Semoga berjaya menawan hati lelaki idaman kau tu. Don't worry about me, aku tak pernah gagal untuk mencapai apa yang aku inginkan dalam hidup aku, even dengan cara halus sekalipun aku akan gunakan." ujar Eyriena sambil tersenyum sinis.

'Kau akan jadi milik aku juga suatu hari nanti Iesz. Rela atau terpaksa, kau kena terima. Aku Eyriena, belum ada lelaki yang akan menolak cinta aku. Aku akan usaha dapatkan kau, Iesz. Get ready.' desis hati kecil Eyriena.

 

"Kau tak nak balik ke?" ujar Fadzley kepada Ierwann.

"Tak apalah, kau balik dulu. Aku nak siapkan paperwork sikit je lagi ni." ujar Ierwann.

"Ier, aku nak cakap sikit ni. Aku tengok sejak dua menjak ni kau kerap sangat tak balik rumah. Sepatutnya waktu-waktu macam ni Isha sangat perlukan sokongan kau." ujar Fadzley.

"Untuk sakitkan hati aku? Dia dah bunuh anak aku. Dia cuai." tempik Ierwann.

"Apa kau cakap macam ni? Isha tu isteri kau. Dia bukan bunuh dan dia tak cuai. Kau kena terima ketentuan takdir. Aku nak tanya, masa sebelum Isha mengalami keguguran, kau ada disisi dia?" tanya Fadzley, serius.

"Kau sendiri tak boleh nak jawab. Jadi, adil ke kalau kau asyik nak salahkan Isha atas semua yang dah jadi ni? Kau ego, Ier. Kau sedar tak dengan cara kau yang mudah sangat menghukum Isha macam ni, kau bukan sahaja kehilangan bayi kau tapi kau juga akan kehilangan Isha, isteri yang selama ini setia dengan kau." sambung Fadzley.

"Aku pun malaslah nak bebel panjang lebar. Kau pun dah besar, sepatutnya fikiran kau lebih waras dari aku dan Iesz, tapi aku kecewa dengan ego kau. Suka hati kaulah Ier. Aku balik dulu." ujar Fadzley sambil keluar dari pejabat Ierwann.

Ierwann termenung seketika. Ada benarnya dengan apa yang dikatakan oleh Fadzley tadi. Ierwann tidak berada disisi Isha sewaktu wanita itu rebah. Ierwann menangkup muka, timbul sedikit penyesalan di dalam dirinya.

            "Sayang, boleh tak kalau saya nak..." tanya Arleen, takut-takut.

"Apa dia?" tanya Ieszwan sambil menyiapkan proposal untuk projek terbaru.

"Sebenarnya saya bosanlah duduk rumah sepanjang hari. Boleh tak kalau... saya nak cari kerja?" tanya Arleen.

Ieszwan terdiam. Jari jemarinya yang tadi sedang asyik menaip langsung berhenti.

"Err...kalau tak boleh, tak apalah. Saya cuma tanya je." ujar Arleen, menunduk sedih. Tahu benar dia sifat Ieszwan yang tegas itu.

"Hmm...awak nak kerja apa?" tanya Ieszwan.

“Err...sebenarnya saya pernah hantar resume di salah sebuah syarikat penerbitan majalah melalui email, dan diorang dah accept permohonan saya." jelas Arleen.

Ieszwan melepaskan keluhan. "Dari dulu lagi saya dah cakap, kalau awak nak kerja, awak boleh je kerja di syarikat Ierwann. Apa saja position yang awak nak, saya boleh beri. Tapi kenapa awak susah-susah nak mohon kerja di syarikat lain?" bantah Ieszwan.

"Saya bukan taknak kerja dengan abang Ierwann cuma saya tak berminat dengan bisnes. Awak pun tahu yang saya ambil bidang sastera sewaktu belajar dulu. Dan sekarang saya dah jumpa syarikat yang ambil budak sastera macam saya ni untuk bekerja dengan diorang." ujar Arleen.

"Ye, saya faham. Baiklah, kalau itu yang awak nak, saya izinkan." luluh hati Ieszwan melihat wajah muram Arleen apabila dia membantah keras permintaan isterinya itu.

"Tapi, dengan satu syarat... Awak kena ingat yang awak tu isteri orang. Saya tak nak awak bergaul mesra dengan lelaki-lelaki yang ada di syarikat tu." pesan Ieszwan.

Arleen tersenyum gembira apabila Ieszwan akhirnya memberi keizinan untuk dia menunjukkan bakat di syarikat yang ingin mengambil dia bekerja. "Terima kasih sayang!"

 

“Fadz, busy sangat ke awak kat pejabat tu sampai kadang kala awak tak pulang kerumah? Sejak awak pulang dari outstation tempoh hari, saya tengok awak dah banyak berubah. Awak dah tak caring macam dulu. Ada apa-apa yang berlaku ke?" tanya Alfie.

"Eh, tak ada apalah. Awak je yang terlalu banyak fikiran. Saya rasa saya tetap seperti dulu. Alah, awak pun macam tak faham je kerja saya. Lagipun syarikat tengah berusaha kejar projek besar, sebab itulah saya busy sikit." jelas Fadzley.

"Sampaikan Afeeya demam panas pun awak tak ambil kisah pun. Kerja tu kerja juga, tapi takkan sampai kami terabai? Jangan sampai suatu hari nanti, Afeeya dah tak kenal siapa ayahnya." ujar Alfie dengan penuh kecewa.

Fadzley malas ambil mudah soal keluhan Alfie. Dia lebih asyik melayani telefon pintarnya dimana dia sedang berbalas whatsapp dengan Syamimi.

"I miss you."  balas Syamimi.

Fadzley tersenyum bahagia.

"Me too." balas Fadzley.

Jelas terpancar sinar bahagia di wajah Fadzley dan Syamimi. Masing-masing sedang dilamun cinta.

*  *  *

"Isha, awak nak kemana kemas beg pakaian ni semua?" tanya Ierwann sewaktu dia melihat Isha sedang mencapai pakaian yang berada di dalam almari kemudian dimasukkan ke dalam beg pakaian.

"Saya nak balik kampung. Saya perlukan ketenangan. Dan saya tak nak buat awak semakin bencikan saya. Jadi, lebih baik saya pergi dari pandangan awak buat sementara waktu." ujar Isha sambil menahan sebak.

"Sayang, saya minta maaf. Saya yang terlalu ego dan pentingkan diri sendiri. Maafkan saya. Tolong jangan tinggalkan saya." rayu Ierwann sambil menarik tangan Isha dan menatap wajah isterinya dalam-dalam.

Isha hanya mampu terdiam. Hatinya terlanjur terluka akan sikap Ierwann. Isha mengalihkan pandangan. Sebolehnya dia tidak mahu memandang wajah lelaki telah mengguris perasannya.

"Isha, please say something." pujuk Ierwann.

"Saya mohon, tolong izinkan saya pulang ke kampung dan tinggal di sana untuk sementara waktu." ujar Isha yang tetap nekad dengan pendiriannya.

Ierwann terkedu. Jarang sekali Isha senekad ini. Kebiasaannya wanita itu akan menurut kata Ierwann namun kali ini Isha benar-benar keras hati. "Baiklah, kalau macam tu saya akan ikut awak balik." ujar Ierwann.

"I begging you, Ier. Please." ujar Isha sambil menahan tangis.

Ierwann akhirnya pasrah. "Baiklah. Saya izinkan awak pergi, tapi tolong beri saya peluang untuk hantar awak pulang." ujar Ierwann.

Isha menggangguk sambil membelakangi Ierwann. Dia tidak mahu suaminya melihat air matanya mengalir deras.

 

"Tahniah, selamat bergabung di syarikat ini. Semoga awak selesa bekerja di sini." ujar Rafael, selaku pemilik syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada Arleen beberapa hari yang lalu.

"Terima kasih Encik Rafael. Saya janji saya akan buat yang terbaik untuk syarikat ini." balas Arleen.

Rafael memandang Arleen tanpa berkedip. Sejak dari pandangan pertama lagi, dia mulai menyukai wanita itu. Arleen menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan namun dia abaikan sahaja, menurutnya mungkin mereka sedang memerhati cara dia bekerja.

"Hai, saya Erma." tegur salah seorang pekerja disitu.

"Eh hai, saya Arleen. Nice to meet you, Erma." balas Arleen.

"Pekerja baru kan?" tanya Erma.

Arleen menggangguk iya.

"Nice to meet you too. Nanti kalau awak ada yang tak faham, awak boleh tanya saya ataupun Addie, abang sado yang duduk depan meja awak tu. Dia pun bahagian editor macam awak juga. Jangan segan-segan untuk bertanya." ujar Erma.

"Terima kasih semua." ujar Arleen.

Rafael tersenyum dari jauh melihat perwatakan Arleen.

*  *  *

"Fadz, Ier ada beritahu yang dia terpaksa ambil cuti emergency untuk dua, tiga hari ni. Jadi kita berdua jelah yang tinggal untuk uruskan hal syarikat." ujar Ieszwan, sedikit mengeluh. Bukan kerana dia terpaksa ambil alih tugas Ierwann, tetapi dia akan sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak akan ada masa untuk isteri tercintanya, Arleen.

"Fadz, kau dengar tak apa aku cakap tadi?" tanya Ieszwan yang sejak tadi memerhatikan Fadzley yang tidak lekang dari telefon pintarnya. Fadzley terlihat berbeza. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan berbalas whatsapp dengan seseorang dan adakalanya dia meminta izin untuk keluar ketika waktu bekerja.

"Ye, aku dengar. Tak apalah, kau pun macam tak biasa je ambil alih tugas Ier tu. Kau kan adik dia, syarikat ni pun syarikat keluarga kau juga, jadi tak ada masalah kot kalau kau ganti Ierwann untuk sementara." ujar Fadzley.

"Aku tengok kau ni dari kelmarin lagi kau asyik melayan telefon kau sambil tersengih-sengih." tegur Ieszwan yang mulai hairan dengan sikap Fadzley sejak mereka pulang dari outstation tempoh hari.

"Eh mana adalah. Perasaan kau je tu. Aku tengah tengok gambarnya anak aku, si Afeeya ni ha" ujar Fadzley.

Ieszwan sempat mencuri pandang gambar yang terpapar di skrin telefon pintar Fadzley. "Afeeya ke Syamimi?"

Fadzley terdiam apabila nama Syamimi dipetik.

"Jangan main gila Fadz. Alfie tu dah banyak berkorban untuk kau. Dia sanggup berhenti kerja semata-mata nak jadi suri rumah sepenuh masa, dan kau kena ingat dia juga ibu kepada anak-anak kau." ujar Ieszwan.

Fadzley hanya mampu terdiam.

*  *  *

"Suprise!" ujar Eyriena sebaik sahaja Ieszwan memasuki pejabatnya.

"Apa you buat kat sini?" tanya Ieszwan.

"Suprise-kan you. Kita kan dah lama tak jumpa, you tak rindu I ke?" ujar Eyriena sambil merapati Ieszwan.

"I tak ada masa nak layan karenah you, better you get out now. I banyak lagi kerja nak kena buat. Get out!" jerkah Ieszwan.

Eyriena pura-pura tidak mendengar. Telinganya bagai sudah lali dengan jerkahan Ieszwan. Eyriena langsung duduk di peha Ieszwan tanpa sempat Ieszwan menghalang.

"Kenapa you ni jual mahal sangat dengan I. I tahu you memang sukakan I. Sampai bila you nak pendam je perasaan you tu. Disebabkan you tak nak luahkan perasaan you, biar I je yang mulakan." ujar Eyriena sambil cuba merapatkan bibirnya ke bibir Ieszwan.

"Dasar perempuan gila!" marah Ieszwan sambil menolak kasar tubuh Eyriena. Eyriena jatuh terduduk.

"Kau dengar sini, aku hormat kau sebagai seorang perempuan, tapi kalau kau buat perangai macam ni, aku takkan berlembut lagi. Kau keluar sekarang!" ujar Ieszwan sambil menarik kasar tangan Eyriena dan menolak wanita itu keluar dari pejabatnya. Hampir kesemua staf yang berada di sekeliling pejabat Ieszwan melihat pertelingkahan itu. Eyriena sedikit malu kerana diperlakukan sedemikian.

'Kau akan menyesal Ieszwan!' marah hati kecil Eyriena.


"Lepas ni kita nak kemana?" tanya Fadzley .

"I rasa macam nak beli hadiah sikit untuk housemate I, next month birthday dia. Why not you suggestkan I patut beli apa." ujar Syamimi sambil bergandeng mesra.

"Housemate you, Eyriena tu kan? Mestilah boleh." ujar Fadzley.

Sebaik sahaja Syamimi memberitahu bahawa dia akan menemui Fadzley, Fadzley langsung meminta cuti pada Ieszwan dengan alasan untuk membawa anaknya ke klinik walhal dia ingin meluang masa bersama Syamimi.

Sewaktu Syamimi sedang asyik mencari hadiah untuk rakan serumahnya, tiba-tiba Fadzley terserempak dengan anak dan isterinya, Alfie dan Afeeya.

"Eh, awak buat apa kat sini? Tak kerja ke?" tanya Alfie.

"Tengah kerja lah ni. Tadi baru habis meeting dengan client. Jadi masa on the way nak balik, staf saya ni, dia nak singgah sini kejap, nak belikan hadiah untuk kawan dia katanya." ujar Fadzley, tergagap.

"Ya Allah comelnya dia. Siapa namanya ni?" ujar Syamimi sambil mengusik Afeeya.

Fadzley sedikit terkejut apabila Syamimi mendekati Alfie.

"Afeeya. Afeeya Mikaela." balas Alfie.

"Cantiknya nama. Eh maaf lupa nak kenalkan diri. Saya Syamimi, staf merangkup partner kerja Fadzley." ujar Syamimi sambil menghulurkan salam perkenalan.

"Saya Alfieqha, isteri Fadzley." ujar Alfie sambil menjeling tajam ke arah Fadzley.

“So, inilah isteri yang Encik Fadzley selalu cerita tu." ujar Syamimi.

Alfie sedikit hairan melihat sikap Syamimi terhadap Fadzley.

"Err...sayang nak saya temankan awak dan Afeeya ke?" tanya Fadzley kepada Alfie.

"Eh, tak payahlah. Awak kan tengah kerja. Nanti apa pulak staf awak cakap." ujar Alfie.

"Ikutkan hati, saya nak sangat teman awak dan Afeeya, tapi itulah... saya nak kena pergi side pula lepas ni." ujar Fadzley, pura-pura kusut.

"Tak apa, awak settlekan kerja awak dulu. Nanti kita jumpa kat rumah je, okay?" ujar Alfie.

"Okay sayang. Jaga diri baik-baik, jaga Afeeya juga. Thank you sayang for your understanding. See you at home. And I'm so sorry tak dapat teman." ujar Fadzley.

            Sebaik sahaja Alfie berlalu pergi, Syamimi langsung menghadiahkan cubitan manja pada Fadzley. "Amboi, bukan main lagi bersayang-sayang. I jealous tahu tak?" ujar Syamimi, pura-pura merajuk.

"Alaa, sorrylah. Kalau I tak buat macam tu, nanti isteri I curiga akan hubungan kita ni. Nasib baik tau dia tak minta temankan dia shopping tadi, kalau tak... you balik sendirilah jawabnya." ujar Fadzley sambil tertawa kecil.

"Kalau you berani biarkan I jalan sorang-sorang tadi, jangan harap lepas ni I nak jawab call you. Silap hari bulan, I blocked you terus." ugut Syamimi.

Fadzley masih tertawa, lucu melihat sikap cemburu Syamimi.


*  *  *

"Awak tak keluar makan ke?" tanya Rafael kepada pekerja barunya, Arleen.

"Tak, sebab saya dah biasa tak makan tengahhari. Lagipun saya tengah nak belajar macam mana nak jadi editor terbaik untuk syarikat ni." ujar Arleen.

Rafael tersenyum melihat kesungguhan Arleen. "Saya suka pekerja yang ada semangat macam awak."

"Terima kasih." ujar Arleen sambil matanya fokus memandang skrin komputernya.

Rafael cuba mencapai tangan Arleen. Arleen menyedari niat Rafael, sekaligus dia bangun dari kerusinya dan pura-pura ingin ke tandas. Rafael tersengih sendiri kerana tidak dapat menahan diri.           

*  *  *

Ieszwan masih gigih menyiapkan kertas kerja walaupun pejabat telah kosong kerana semua pekerja telah pulang mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan. Sedang asyik Ieszwan meneliti fail kerja, dengan tiba-tiba Eyriena menerobos masuk ke pejabat Ieszwan.

"You nak I temankan you?" ujar Eyriena.

Ieszwan sedikit terkejut melihat sosok Eyriena yang berani muncul di pejabatnya lagi.

"Apalagi you nak? I tengah banyak kerja ni, get out and stop disturbing me, Eyriena." ujar Ieszwan.

"Okay, I datang sini semula sebab I nak minta maaf. I tahu I tak patut kacau you. I just nak kita berbaik macam dulu. I sayangkan hubungan persahabatan kita." ujar Eyriena.

"What you means?" tanya Ieszwan.

"Kita kawan macam dulu-dulu, please? I janji I takkan buat you tak selesa. Lagipun sebelum ni, I saja je nak test you. You know me, Ieszwan." ujar Eyriena.

"Whatever. I banyak kerja, I tak nak ada orang ganggu fokus I. Kalau you dah habis cakap, you boleh keluar dari office I sekarang." ujar Ieszwan.

"Sebagai tanda minta maaf dan sebelum I keluar dari sini, I ada buatkan you kopi. I harap you sudi minum tanda you terima permohonan maaf I." ujar Eyriena.

Ieszwan teragak-agak untuk minum kopi buatan Eyriena. Eyriena masih setia berdiri di hadapan Ieszwan, menunggu lelaki itu menghirup kopi buatannya.

Kerana tidak mahu membuat Eyriena menunggu lama, Ieszwan mencapai cawan tersebut dan langsung meneguk kopi dengan laju. "I'm done. Puas?" ujar Ieszwan.

Eyriena tersenyum puas sambil keluar dari pejabat Ieszwan. 'See you later Iesz.'

 

"Encik, bangun encik." ujar seorang lelaki berkopiah.

Ieszwan berusaha membuka mata. Kepalanya terasa sangat berat. Kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada dihadapannya.

"Encik, kami dari jabatan agama. Encik ditangkap khalwat kerana bersedudukan di dalam pejabat." ujar salah seorang lelaki itu.

Ieszwan terpinga-pinga. Sejurus dia melihat Eyriena yang sedang terbaring lena di sebelahnya, dia tahu yang dia telah diperangkap oleh wanita itu.

"Ini semua tak betul Encik. Tolong dengar penjelasan saya. Saya tak tahu apa-apa." ujar Ieszwan.

Eyriena pura-pura terjaga. "Apa dah jadi ni Iesz. Apa awak dah buat kat saya?" tanya Eyriena sambil teresak-esak.

"Aku yang sepatutnya tanya pada kau, apa maksud kau buat semua ni pada aku?!" marah Ieszwan.

"Encik dan Cik sila bersiap dan ikut kami ke pejabat." ujar lelaki dari pejabat agama itu.

 

"Dah pukul berapa ni, lewat pula Iesz ni balik?" ujar Arleen, risau akan keberadaan suaminya.

Arleen cuba menghubungi telefon bimbit Ieszwan namun tidak diangkat. Dia mencuba lagi sehingga akhirnya Ieszwan menjawab panggilan itu.

"Sayang, awak kat mana ni? Dah lewat malam gini, awak kat pejabat lagi ke?" tanya Arleen dihujung talian.

"Saya...saya...." ujar Ieszwan tergagap-gagap. Tidak sanggup untuk menceritakan hal sebenar kerana tidak mahu isterinya terluka.

"Sayang kenapa ni? Everything is alright?" tanya Arleen, cemas.

"Saya minta maaf...." ujar Ieszwan di hujung talian.

"Hey, kenapa ni?" tanya Arleen.

Ieszwan menceritakan hal sebenar. Arleen langsung terduduk. Dia seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya ditangkap khalwat.

 

Sebaik sahaja Arleen sampai ke pejabat agama, Arleen langsung menampar Ieszwan.

"Ini balasan kerana awak menduakan saya." marah Arleen.

"Tak, saya tak pernah menduakan awak. Ini semua perangkap. Saya diperangkap oleh perempuan tu." ujar Ieszwan.

"No. You yang tarik I masuk ke pejabat you, sedangkan I dah nak balik. You paksa I, you buka pakaian I. I dah cuba sedarkan you tapi you tetap nekad." ujar Eyriena.

"Kau jangan nak fitnah aku macam ni, Eyriena. Permainan kau sangat jijik!" marah Ieszwan.

"Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi... Saya cuma berharap, awak akan jadi lelaki yang bertanggungjawab." ujar Arleen, tertunduk sedih.

Demi menjaga nama baik keluarga, Arleen meminta Ieszwan agar menikahi Eyriena. Ieszwan menentang keras keputusan Arleen namun Ieszwan malah dengan rayuan Arleen.

"Saya akan buktikan yang saya tak bersalah dalam hal ni, itu janji saya." ujar Ieszwan.

 Selepas selesai akad nikah antara Ieszwan dan Eyriena yang disaksikan oleh orang-orang dari pejabat agama, Arleen langsung berlalu pulang. Hatinya bagai dicarik-carik apabila lelaki yang dia sayangi telah menghancurkan kepercayaannya.

"Iesz..." Eyriena cuba memujuk Ieszwan.

"Don't ever call me! I hate you so much!" marah Ieszwan.

Ieszwan langsung berlari mengejar Arleen yang tidak jauh dari situ.

"Sayang, ini semua tak betul. Saya hanya sayangkan awak seorang je. Saya rela bersumpah yang saya diperangkap oleh dia. Please, trust me." ujar Ieszwan sambil menarik tangan Arleen.

"Cukup Ieszwan. Saya mohon... tolong lepaskan saya. Saya tak sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain." ujar Arleen.

Hati Ieszwan bagai dipanah petir apabila Arleen mengucapkan kata perpisahan. "No sayang. I will never let you go. I love you so much. Please, don't treat me like this." air mata lelakinya langsung jatuh.

"Leave me alone. I need space and time for myself. Please understand me." ujar Arleen.

Ieszwan terdiam. Jarang sekali dia melihat Arleen senekad itu. Akhirnya dia membiarkan Arleen sendirian seperti yang dipinta.

*
  *  *

Eyriena tersenyum bahagia apabila misinya berjaya. "Bila aku kata aku nak, aku akan dapat. Now, I've got you my love. After this, all your money is mine." ujar Eyriena sambil tertawa.

"Amboiii...pagi-pagi lagi dah gelak besar, apa cerita?" tanya Syamimi yang baru sahaja bersiap untuk ketempat kerja.

"Gelak bukan sebarang gelak. Ini gelak orang kaya namanya. Ho ho ho." ujar Eyriena.

"Orang kaya mana pulak kali ni kena kikis?" tanya Syamimi, selamba.

"Ini kikis bukan sebarang kikis. Lagipun, kikis harta suami sendiri, tak apa kot." ujar Eyriena.

Terbeliak mata Syamimi apabila perkataan suami keluar dari mulut Eyriena. "Ada apa-apa yang aku terlepas ke?"

"I'm VVIP's wife now." ujar Eyriena sambil menunjukkan sebentuk cincin dijarinya.

"Oh my God! Seriously kau buat semua yang kau rancang tu? Aku respect gila dengan kau. Aku betul-betul tak sangka kau senekad ni. Habis tu, bini dia tahu ke pasal ni?" tanya Syamimi, penuh teruja.

"Of course. For your information, bini dia sendiri yang setuju laki dia nikah dengan aku. Now, dia milik aku. Upsss... correction, harta dia milik aku." ujar Eyriena sambil tertawa besar. Diikuti dengan Syamimi yang turut senang melihat rakan serumahnya tersenyum bahagia.

 

Ierwann diminta kembali bekerja kerana situasi Ieszwan agak membimbangkan. Ieszwan terlihat sangat sugul dan tidak terurus.

"Kau ada dengar apa-apa cerita dari Alfie tak pasal diorang?" tanya Ierwann kepada Fadzley.

"Tak ada pulak. Lagipun jarang-jarang si Iesz ni senyap je. Yang aku dengar, dah dekat seminggu juga si Iesz tu stay dekat office." ujae Fadzley sambil mengintai di balik cermin pejabat Ieszwan.

"Aku tak bolehlah tengok dia macam tu." ujar Ierwann sambil menerobos masuk ke pejabat Ieszwan.

“Iesz, bangun sekarang. Dah berapa lama kau tak balik rumah? Kau biar Arleen sorang-sorang dekat rumah tu? Kau tak kesian kat isteri kau ke?" tanya Ierwann.

Ieszwan terlihat sangat tidak bermaya. Soalan Ierwann juga tidak diendahkan.

"Iesz, kau dengar tak aku cakap ni?" tanya Ierwann sambil menolak tubuh Ieszwan.

Tidak semena-mena Ieszwan langsung jatuh pengsan. Ierwann langsung memanggil Fadzley dan meminta Fadzley membawa Ieszwan ke hospital. Dalam perjalanan, Fadzley sempat menelefon Arleen tetapi tidak dapat dihubungi.

 

"Kami terpaksa menahan Encik Ieszwan buat sementara kerana kami perlu memantau kesihatannya. Untuk pengetahuan Encik Fadzley, Encik Ieszwan mengalami depresi kecil." ujar doktor yang merawat Ieszwan.

"Terima kasih doktor. Tolong tengok-tengokkan dia." ujar Fadzley. Sekali lagi Fadzley cuba menghubungi Arleen namun masih gagal.

 

Arleen meminta cuti kecemasan dari syarikat tempat bekerja. Rafael selaku majikannya langsung meluluskan tanpa banyak soal. Arleen pergi mencari ketenangan untuk hatinya yang telah remuk. Telefon pintarnya sengaja dimatikan agar tiada siapa akan mencarinya. Fikirannya tak henti-henti membayangkan bahawa Ieszwan sedang berbahagia bersama madunya. Setiap kali dia membayangkannya, setiap kali itu jugalah air matanya tidak henti-henti mengalir. "Inikah perakhiran cinta kita, Iesz?"

 

"Aku dengar dari Fadz, yang Ieszwan masuk hospital. Kau tak pergi melawat ke?" tanya Syamimi.

             Eyriena sedikit terkejut mendengar   cerita Syamimi.

"Fadz kata Iesz alami depresi kecil. Aku rasa dia frust sebab bini dia tinggalkan dialah. Apakata kau ambil peluang ni untuk jaga dia? Manalah tahu nanti timbul bibit-bibit cinta antara kau dengan dia. Masa tu kau minta apapun, dia mesti tunaikan." ujar Syamimi.

Eyriena tersenyum lebar. Ada benarnya kata-kata Syamimi ni! Dia langsung bersiap-siap untuk menemui suami yang baru dia perangkap itu.

 

Sebaik sahaja Eyriena sampai, kelihatan Ierwann sedang menjaga Ieszwan yang masih terbaring lemah.

"Err... Hai Ierwann." tegur Eyriena.

"Who are you?" tanya Ierwann.

"I am Eyriena." ujar Eyriena.

"Jadi, apa tujuan awak datang sini?" tanya Ierwann, tegas.

"Nak melawat suami, err...maksud saya, melawat Ieszwan. Saya dapat berita yang Ieszwan dimasukkan ke hospital. Jadi saya datang nak melawat dia." jawab Eyriena, tergagap-gagap.

Melihat ketegasan Ierwann, Eyriena tidak jadi untuk mengenalkan dirinya sebagai adik ipar sekaligus isteri kedua Ieszwan.

"Saya tak rasa Ieszwan menerima pelawat untuk sementara ni. Yang lebih layak ada kat sini adalah isterinya, Arleen. Jadi, saya harap Eyriena dapat memahami situasi kami." ujar Ierwann.

Eyriena menggangguk faham, dia berlalu keluar dari bilik yang menempatkan Ieszwan dengan penuh sumpah seranah. "Berlagak betul keluarga si Iesz ni! Takpe, takpe, diorang belum kenal siapa Eyriena yang sebenar!" gumam Eyriena, marah!

 

Isha pulang dengan semangat yang baru. Hatinya kini benar-benar pulih. Dia akhirnya dapat memaafkan dirinya dan juga Ierwann.

"Terima kasih sayang kerana sudi kembali ke pangkuan saya." ujar Ierwann.

"Maafkan saya ye sebab lama sangat tinggalkan awak." balas Isha.

"Saya janji saya takkan lukakan hati awak lagi." ujar Ierwann sambil mencium kedua belah tangan isterinya. Isha tersenyum bahagia.

"Saya dapat tahu Ieszwan masuk hospital, dan Arleen juga menghilangkan diri. Ada masalah apa sebenarnya ni?" tanya Isha.

"Saya pun tak tahu apa dah jadi antara mereka berdua. Ieszwan dah sedar tapi dia tak mahu ceritakan hal sebenar. Mungkin dia perlukan sedikit masa. Saya pun tak nak desak dia, nanti dia makin murung. Tapi saya pasti, mesti ada dalang di sebalik semua permasalahan ni." ujar Ierwann.

"Kesian diorang berdua tu. Diorang kan baru je kahwin, dah dilanda masalah macam ni. Arleen pun satu, manalah dia pergi ni. Tak kesian ke tengok keadaan Ieszwan tu." ujar Isha.

  Ierwann dan Isha sama-sama mengeluh kecil.

*  *  *

"Fadz...sampai bila you nak gantung hubungan kita macam ni?" tanya Syamimi.

"Gantung? Maksud you?" tanya Fadzley yang terpinga-pinga.

"You cakap you sayangkan I, tapi sampai bila you nak biar hubungan kita tanpa ikatan? I nak kita pergi ke arah yang lebih serius." tanya Syamim lagi.

Fadzley terkesima mendengar permintaan Syamimi. Sebelum ini, Fadzley sekadar suka-suka sahaja berhubungan dengan Syamimi. Belum pernah lagi dia berniat untuk memperisterikan Syamimi apatah lagi menjadikan dia madu kepada Alfie.

"You dengar tak apa I cakap ni?" rengek Syamimi.

"Err... you tahu kan I ni suami orang? Takkanlah you nak jadi isteri kedua I pula?" tanya Fadzley.

"Why not? Housemate I, Eyriena tu bahagia je I tengok even dia dah jadi isteri kedua Iesz." ujar Syamimi tanpa dia sedar yang dia telah terlepas cakap. Syamimi langsung menutup mulutnya.

"Wait...you cakap apa tadi? Eyriena isteri kedua Iesz?" tanya Fadzley.

Syamimi menggigit bibirnya. Dirinya telah terperangkap dengan kata-katanya.

"I tak pekak lagi tau. Kalau you sayang I, better you cerita pada I semuanya." ujar Fadzley, psiko.

Syamimi serba salah. Di sudut lain, dia cuba melindungi rakan serumahnya, namun di sudut lain juga, dia menyayangi Fadzley sepenuh hatinya.

Setelah puas dipujuk, akhirnya Syamimi menceritakan segala perancangan busuk Eyriena yang telah memerangkap Ieszwan sekaligus merosakkan rumah tangga Ieszwan dan Arleen. Fadzley merasa sedikit kesal kerana tidak sempat menyelamatkan Ieszwan dari diperangkap. Kalaulah dia tahu bahawa Eyriena telah merancang semua ini, pasti Fadzley akan menghalang dari hal itu berlaku namun segalanya telah terlambat.

"Dulu, hidup Ieszwan pernah terpuruk. Dia pernah bercinta dengan gadis Sweeden. Dia cinta mati dengan wanita itu. Namun harapannya untuk hidup bersama hancur kerana wanita itu lebih memilih pasangan yang seiman dengannya. Akibat dari putus cinta itu, Ieszwan menjadi seorang yang baran dan agak dingin. Pembelajarannya juga banyak yang gagal, disebabkan itu dia terpaksa mengulang semester. Selepas habis belajar, Ierwann suruh dia pulang ke Malaysia dengan hasrat dia jumpa harapan baru. Sehinggalah dia bertemu dengan Arleen..." ujar Fadzley.

Syamimi mendengar dengan penuh khusyuk dan sayu. Hatinya benar-benar serba salah kerana menyokong rancangan Eyriena. "Maafkan I... Kalaulah I tak sokong apa yang Eyriena buat, mesti semua ni tak sesulit sekarang." ujar Syamimi.

            

"Arleen... Ier, mana Arleen?" ujar Ieszwan dengan nada yang sangat lemah.

"Iesz, kau berehatlah. Jangan terlalu fikirkan sangat. Kitorang akan cari Arleen. Kau jangan risau." ujar Ierwann.

"Buat sementara ni, kau tinggal dengan kitorang dulu ye. Lagipun rumah mama papa ni tak ada orang nak duduk pun, mama papa pun belum tentu akan balik." ujar Isha sambil membantu Ierwann memapah Ieszwan masuk ke rumah. Ieszwan dibenarkan pulang kerumah selepas lelaki itu memberi respon positif yang meyakinkan doktor untuk dirawat di rumah sahaja.

"Arleen....aku nak Arleen." ujar Ieszwan sambil cuba melepaskan diri dan keluar dari biliknya.

"Iesz, kau kena bertenang. Dengan cara kau macam ni, belum tentu Arleen akan pulang." marah Ierwann.

Ieszwan tertunduk sedih.

 

'Arleen, pulanglah... Ieszwan tak bermaya. Dia perlukan kau.' - Isha

Arleen terdiam kaku apabila melihat betapa banyaknya panggilan yang terlepas di ruangan panggilan masuk. Kemudian dia menyemak ruangan mesej pula, ternyata abang iparnya, Ierwann berusaha mencarinya.

"Kenapa dia perlukan aku? Bukankah dia dah ada Eyriena. Itu yang dia nak selama ni kan? Aku setia dengan dia tapi dia pula berseronok dengan perempuan lain!" getus ego Arleen.

*  *  *

Ieszwan cuba bangkit dari kemurungan yang dia alami selama ini. Baginya, jika dia terus-terusan begitu, ia akan kehilangan Arleen untuk selamanya. Dia harus bangkit dengan penuh semangat untuk mencari keberadaan isterinya, Arleen.

Eyriena tiba-tiba muncul di hadapan pejabat Ieszwan. "Iesz..."

Ieszwan mulai berang. Dia menghampiri Eyriena dan menolak kasar wanita itu ke dinding pejabat. "Kenapa kau berani muncul di hadapan aku lagi!" jerkah Ieszwan.
"You dah lupa ke? I kan isteri you yang sah!" balas Eyriena.
"Not anymore! Aku ceraikan...." belum sempat Ieszwan melafazkan cerai, Eyriena langsung mengeluarkan sebuah alat ujian kehamilan di mana alat itu menunjukkan 2 garis merah.
"I'm pregnant." ujar Eyriena.
Ieszwan terdiam. Seingatnya dia tidak pernah menyentuh wanita itu, melainkan ketika dia tidak sedarkan diri selepas meminum kopi yang dibuat oleh Eyriena untuknya pada malam sebelum kejadian tersebut berlaku.
"No. It's not mine! You liar!" marah Ieszwan pula.
"I don't care. Apa yang you kena tahu, you adalah ayah kepada baby yang I kandung ni." ujar Eyriena.
"You get out from here. GET OUT!" tengking Ieszwan.
"Iesz, apa terjerit-jerit ni?" tanya Ierwann sewaktu dia menerobos masuk ke pejabat Ieszwan selepas mendengar jerkahan Ieszwan.
"And you, you Eyriena kan? You buat apa pada dia?" ujar Ierwann sewaktu melihat Eyriena berada di pejabat adiknya, Ieszwan.
"Salah ke I nak jumpa ayah kepada anak yang I kandung? He is my husband now." ujar Eyriena tanpa berselindung.
Ierwann terkejut besar mendengar kata-kata Eyriena. Isteri? Anak?
Apa semua ni Iesz? Ini ke punca Arleen menghilang?" tanya Ierwann yang penuh dengan kekeliruan.
"Perempuan jalang ni perangkap Iesz." ujar Ieszwan sambil meraup muka.
"Is it true?" tanya Ierwann kepada Eyriena. Terpancar kemarahan di mata Ierwann.
"I am pregnant dan dia adalah ayah kepada anak ni." ujar Eyriena, tidak mahu mengalah.
"You better get out before I call security." ujar Ierwann yang tidak mahu mengeruhkan keadaan. Staf-staf mulai memasang telinga untuk mencari tahu apa yang sedang terjadi.

"Awak ada sembunyikan apa-apa ke dari saya?" tanya Alfie kepada Fadzley.
"Maksud awak?" Fadzley terpinga-pinga.
"Apa hubungan awak dengan perempuan bernama Syamimi yang saya jumpa tempoh hari?" tanya Alfie, serius.
Fadzley mulai menelan air liur. Hubungan sulitnya bakal diketahui.
"Is that your girlfriend?" tanya Alfie bertalu-talu.
"Wait....what are you talking about? Me and Syamimi? Kitorang tak lebih dari sekadar rakan sekerja. Kenapa tiba-tiba awak tanya soalan macam tu?" tanya Fadzley, hairan.
"Apa semua ni? Masih nak berdalih lagi?" tanya Alfie sambil menunjukkan gambar mesra Fadzley dan Syamimi ketika berada di pusat beli belah tempoh hari.
"Err... itu..." Fadzley mati kata. Fikirannya buntu. Entah dari mana isterinya dapat gambar tersebut.
"Selama ni saya percayakan awak, tapi awak malah curang di belakang saya. Apa kurangnya saya di mata awak? Kenapa buat saya macam ni, Fadz?" ujar Alfie sambil  teresak-esak.
Fadzley cuba menenangkan isterinya namun tangannya ditepis oleh Alfie.
"Kalau awak rasa saya tak cukup baik di mata awak, awak tinggalkanlah saya. Awak pergilah pada perempuan yang awak suka tu. Saya tak layak ada disisi awak lagi." ujar Alfie.
"Sayang, kenapa cakap macam tu. Awak dah cukup sempurna bagi saya. Saya takkan tinggalkan awak sampai bila-bila." pujuk Fadzley.
"Okay, kalau macam tu awak pilih, saya dan Afeeya atau perempuan tu?" tanya Alfie.
"Of course saya pilih awak dan Afeeya, nyawa saya. Saya janji dengan awak, saya tak akan ada hubungan dengan mana-mana perempuan lain melainkan awak dan Afeeya. Itu janji saya." ujar Fadzley.
Alfie tertunduk sedih. Tak pernah terlintas difikirannya bahawa Fadzley berniat menduakannya.
Fadzley menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan agar wanita itu merasa sedikit tenang. "Maafkan saya ye sayang." Semakin deras air mata Alfie mengalir.

*  *  *

"Arleen, how are you?" tanya Rafael melalui email.
Arleen sedikit hairan kerana Rafael mencarinya melalui email. Dia langsung mendapatkan telefon awam untuk menelefon majikannya itu.
"Hello, Encik Rafael. Ini saya, Alreen." ujar Arleen dihujung talian.
"Oh, Arleen. How are you? Everything is okay?" tanya Rafael.
"Alhamdulillah, I feel better now." jawab Arleen.
Sebelum Arleen memohon cuti panjang, dia telah memaklumkan pada majikannya tentang permasalahan yang berlaku dalam rumah tangganya. Rafael memahami dan dia langsung meluluskan permohonan cuti Arleen.
"So, when you come back to work?" tanya Rafael, menahan rindu 
"Next week I will back. Saya minta maaf kerana baru je kerja tapi saya mohon cuti panjang. Encik Rafael berhak potong gaji saya." ujar Arleen.
"I understand you. Don't worry, I'm will not cut your salary. I just want you come back to work as soon as possible." ujar Rafael, manis.
"Thank you so much Encik Rafael!" ujar Arleen, tersenyum girang.
Sedikit sebanyak Arleen mulai tersenyum kembali. Walaupun rumah tangganya bersama Ieszwan sedang goyah kerana orang ketiga, dia harus bangkit dari terus terpuruk. Arleen telah siap menerima kenyataan biarpun takdir sangat menyakitkan.

"Maafkan I, I tak mampu nak tunaikan permintaan you yang satu ni." ujar Fadzley.
"Sampai hati you... I datang dari jauh semata-mata nak jumpa you dan I juga sanggup ponteng kerja kerana nak keluar dengan you, tapi you sikitpun tak pernah hargai I." ujar Syamimi, kecewa dengan sikap Fadzley.
"I kena utamakan keluarga I. I tak sanggup nak kehilangan anak dan isteri I, mereka yang selalu ada waktu I susah dulu." ujar Fadzley.
 "Selepas you buat I jatuh cinta dengan you, you nak buang I macam tu je? Fadz, I dah pernah cakap dengan you, I sanggup jadi isteri kedua you, asalkan you tak kan tinggalkan I." ujar Syamimi, tegas.
 "Tapi, I yang tak sanggup nak duakan isteri I. Dia dah banyak berkorban untuk I. Cukuplah, sampai sini je hubungan kita. I tak mampu nak teruskan. I betul-betul minta maaf." ujar Fadzley, memberi kata putus.
Syamimi menangis sepuas-puasnya di hadapan Fadzley yang tidak sedikitpun berniat untuk memujuk. Dia harus keraskan hatinya demi anak dan isteri yang selalu setia disisinya.
Dahulu, Syamimi menyukai Fadzley kerana harta namun semakin hari semakin dia tidak dapat menafikan perasaan cintanya terhadap suami orang itu. Hasratnya untuk membina mahligai bersama Fadzley akhirnya musnah. Namun, dia bukanlah wanita yang mudah putus asa...

"Aku sukakan kau." ujar Ieszwan.
"Really? Saya rasa awak cuba nak kenakan saya je kan?" ujar Arleen sambil mengejek.
"I really love you. Aku sanggup turunkan ego aku untuk jadi lelaki romantik, demi kau Arleen." ujar Ieszwan, mukanya mulai memerah tanda malu.
"Tapi awak kasar sangat. Saya tak suka lelaki kasar dan pemarah tau." ujar Arleen.
"Aku janji, aku takkan penah tinggikan suara dengan kau dan aku takkan pernah biarkan tubuh kau dipenuhi dengan bekas pukulan." janji Ieszwan.
Selama perhubungan Ieszwan dan Arleen yang bermula dari seorang kawan kepada pasangan kekasih, tidak sedikit pun Ieszwan mengingkar janjinya. Dan kerana itulah Arleen akhirnya terbuka hati menerima lamaran Ieszwan suatu ketika dulu.
"Sayang, saya rindu awak. Arleen... Arleennnn!" jerit Ieszwan sekaligus dia terjaga dari mimpi. Ieszwan memandang sebelah katilnya yang kosong. Isterinya tiada. Arleen telah lama menghilangkan diri sejak peristiwa dia terpaksa berkahwin dengan wanita jahat bernama Eyriena.
"Pulanglah sayang..." ujar Ieszwan sambil menangis teresak-esak.
             
"Lepas ni kita nak kemana? Banyak lagi ke barang hantaran yang kau belum beli?" ujar Isha kepada adiknya, Izzara yang akan bertunang dalam waktu terdekat.
"Ada tinggal beberapa je lagi." jawab Izzara.
Fokus Isha sedikit beralih ke arah sebuah cafe. "Izz, kau pergi cari barang yang belum cukup tu, aku nak jumpa kawan aku kat cafe tu kejap." ujar Isha.
Izzara menggangguk faham.
"Arleen?" tegur Isha.
Arleen yang sedang menikmati minumannnya langsung terhenti dan mendongak untuk melihat gerangan yang menegurnya itu.
"Ya Allah, Arleen....mana kau menghilang selama ni? Puas kitorang cuba hubungi telefon kau tapi tak dapat." ujar Isha.
Arleen terdiam kaku. Dia tidak menyangka  bahawa Isha akan bertemu dengannya disitu. Sangkaannya Isha masih berada di kampung kerana permasalahannya dengan Ierwann.
"Aku bukan nak sibuk dengan hal rumah tangga kau, tapi Iesz tu adik ipar aku dan kau biras aku. Takkan aku nak berdiam diri je tengok korang pisah-pisah macam ni. Kalau kau nak tahu, Ieszwan sempat mengalami depresi sebab kau tinggalkan dia. Keadaan dia agak teruk sehingga tahap dia hampir bunuh diri. Setiap hari dia sebut-sebut nama kau. Aku kesian sangat tengok keadaan dia." jelas Isha.
Arleen sedikit terkesan. Selama dia mengenali Ieszwan, tidak pernah lelaki itu menunjukkan kelemahan dirinya.
"Aku yakin yang Ieszwan diperangkap oleh perempuan tu. Aku sendiri nampak yang Ieszwan selalu maki hamun perempuan tu. Dia langsung tak menunjukkan ciri-ciri yang dia sukakan perempuan tu. Perempuan tu je yang terhegeh-hegeh." ujar Isha.
Arleen cuba berlagak tidak mahu mendengarkannya.
"Dengan cara kau menjauhkan diri kau dari Ieszwan, aku risau perempuan tu akan main peranan utama dalam hidup Iesz. Kau kena lawan, Arleen. Jangan mudah mengalah macam ni. Ieszwan milik kau." ujar Isha lagi.
Arleen memandang Isha dengan penuh harapan. Ada benarnya kata-kata Isha. Dia harus merebut kembali Ieszwan dari wanita jahat itu.
"Thanks Isha. Kau memang sahabat dunia akhirat aku." ujar Arleen.

*  *  *

"Alfieqha." 
Alfie yang sedang menemani Afeeya bermain di halaman rumah langsung fokus pada empunya suara.
"Ingat saya lagi? Saya Syamimi, partner kerja Fadzley." ujar Syamimi.
"Ye saya ingat. Awak cari Fadz ke? Dia tak ada di rumah, dia masih di pejabat." ujar Alfie, dingin.

"Eh tak, saya datang ni nak jumpa dengan Alfieqha." ujar Syamimi.

Alfie menjemput Syamimi masuk agar lebih selesa berbual di dalam rumah.

"Tujuan saya nak berjumpa dengan Alfieqha ni sebab..."

Belum sempat Syamimi menghabiskan kata-katanya, Alfie langsung memotong.

"Tunggu sekejap. Saya nak ke dapur sekejap." ujar Alfie.

Syamimi sekadar akur.

Selepas Alfie keluar dari dapur membawa sedulang minuman, Syamimi cuba menyambung niatnya tadi.

"Sebenarnya saya..." sekali lagi kata-kata Syamimi dipotong oleh Alfie.

"Sebenarnya awak ada hubungan dengan Fadzley, suami saya. Am I right?" ujar Alfie.

"Err... saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak hancurkan rumah tangga Alfieqha dan Fadzley tapi saya... Saya dah terlanjur jatuh cinta dengan dia." ujar Syamimi dengan penuh keberanian.

Alfie sedikit terkejut mendengar pengakuan Syamimi.

"Saya mengaku salah tapi saya betul-betul tak dapat kawal perasaan saya. Saya rasa sangat kecewa bila Fadz buang saya dari hidupnya. Dia cakap dengan saya yang dia lebih memilih isteri dan anaknya berbanding saya." ujar Syamimi, meminta simpati.

"Memang itu yang sepatutnya. Lagipun, awak perempuan bujang, takkan dalam dunia ni dah tak ada lelaki bujang lain yang nakkan awak? Kenapa mesti nak rampas kebahagiaan kaum wanita lain?" ujar Alfie, pedas.

"Saya dah banyak kali dikecewakan oleh lelaki bujang. Mungkin Fadzley memang ditakdirkan untuk saya juga. Saya rela berkongsi kasih dengan Alfieqha, asalkan Fadz tak tinggalkan saya." ujar Syamimi sekaligus membuatkan mata Alfie terbeliak.

"Itu awak bukan saya. Saya tak sudi berkongsi kasih dengan awak atau mana-mana perempuan." ujar Alfie sambil menahan sabar.

"For your information, segala harta yang Fadzley miliki, semuanya telah ditulis atas nama saya. Kalau awak masih nekad nak jadi madu saya, silakan. Saya tak rugi apa-apa kerana saya miliki segalanya sedangkan Fadzley, hanya tinggal sehelai sepinggang. Bila-bila masa je saya boleh halau dia keluar dari kehidupan saya." ujar Alfie.

Syamimi teragak-agak selepas mendengar penjelasan Alfieqha tentang kekayaan yang dimiliki oleh Fadzley selama ini.

"I'll make sure yang Fadzley menolak cinta awak demi saya, isn't?" tanya Alfie.

Syamimi terdiam.

"Awak tahu kenapa dia pilih saya berbanding awak? Jika dia tinggalkan saya, maka dia kehilangan segalanya. You get it?" ujar Alfie.

Kelihatan muka Syamimi masam mencuka. Selama ini dia tertipu dengan mulut manis Fadzley yang menjanjikan kemewahan untuknya.

Tanpa disedari, Fadzley yang sejak tadi sudah pulang mendengar perbualan dua wanita itu. Fadzley menahan diri di balik pintu masuk rumahnya.

"Sekarang saya nak tanya awak, adakah awak masih berani menyimpan hasrat untuk menjadi madu saya?" tanya Alfie.

Syamimi tertunduk pasrah.

"Saya janji, saya takkan cari Fadz lagi." ujar Syamimi sambil meminta diri untuk pulang.

 Alfie tersenyum puas.

Sewaktu Syamimi berlari keluar ke arah pintu utama, dia bertembung dengan Fadzley.

"Dasar lelaki miskin!" ujar Syamimi sambil menampar pipi Fadzley.

Fadzley terbungkam sambil mengusap pipinya.

Alfie menyedari kehadiran suaminya di pintu utama. Dia menyambut kepulangan suaminya dengan penuh senyuman lebar.

"Sakit, kan?" sindir Alfie.

"Pandai awak ye." ujar Fadzley.

"Itu je cara untuk ajar perempuan materialistik macam dia." ujar Alfie dengan puas hati.

"Everything that I have its yours." ujar Fadzley.

Alfie dapat menarik nafas lega apabila masalah perempuan yang cuba mengganggu rumah tangganya akhirnya mengundurkan diri.

 

Sesampainya Arleen ke rumah, dia langsung menyediakan sarapan pagi untuk Ieszwan yang masih lena di bilik. Selepas siap semuanya, Arleen langsung ke bilik untuk menyiapkan pakaian kerja Ieszwan. Selepas itu dia turun kembali dan mengemas ruang tamu yang agak bersepah sepanjang ketiadaannya sambil menunggu Ieszwan bangun.

Ieszwan akhirnya terjaga dari tidur dan bersiap-siap untuk ke pejabat seperti biasa, namun yang menghairankannya, dia melihat sehelai kemeja dan seluar telah tersedia rapi di pintu almari baju.

"Takkanlah bibik masuk bilik aku tadi?" tanya Ieszwan, berbisik sendirian. Selama ketiadaan Arleen, Ieszwan mengupah orang gaji sementara yang akan datang diwaktu pagi untuk menguruskan rumah. Namun dia tidak pernah memberi keizinan kepada orang gaji tersebut untuk menceroboh biliknya. Ieszwan langsung bersiap dan laju menuruni tangga kerana ingin memberi amaran kepada orang gaji tersebut.

"Bik, saya dah pernah pesan jangan sesekali pun masuk ke bilik saya ketika saya ada di dalam." ujar Ieszwan sambil tercari-cari kehadiran orang gaji tersebut namun hampa. Ieszwan langsung ke ruang makan untuk bersarapan.

"Selamat pagi sayang." ujar Arleen.

 Ieszwan terkaku disitu. Sangkaannya dia sedang berkhayal.

Arleen mendekati suaminya dan membetulkan tali leher yang sedikit senget.

Nafas Ieszwan turun naik. Sewaktu Arleen sedang mengomel sambil mengemaskan tali leher, Ieszwan langsung memeluk tubuh isterinya. Dia dapat menghidu jelas aroma bunga ros yang selalu dipakai oleh Arleen.

"I miss you. I miss you so much!" pelukan Ieszwan semakin erat. Dia tidak mahu isterinya itu hilang dari pandangan matanya lagi.

"Enough Iesz. You will be late to office." ujar Arleen sambil mencari nafas.

"I don't care. Saya tak nak awak hilang lagi." ujar Ieszwan sambil menahan sebak.

"Not anymore. I promise." ujar Arleen, meyakinkan Ieszwan.

Ieszwan kelihatan terharu. Dia akhirnya melepaskan pelukan dan mereka bersarapan bersama.

"Saya pulang untuk rebut kembali apa yang telah dirampas." ujar Arleen.

Ieszwan tersenyum bahagia. Akhirnya dia berjaya mengembalikan kepercayaan isterinya.


*  *  *

Arleen memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut Ieszwan ke pejabat setiap hari. Rafael sedikit kecewa apabila mengetahui bahawa Arleen telah menghantar notis berhenti.


TOK TOK TOK

"Encik Iesz, ada tetamu nak berjumpa dengan Encik Iesz." ujar Stella, setiausaha Ieszwan.

"Suruh dia masuk. Kejap ye sayang, saya ada tamu." ujar Ieszwan pada Arleen yang sedang asyik mencari lokasi percutian untuk mereka berbulan madu pada masa akan datang.

"Ieszwan Ieskandar, isn't?" ujar tetamu yang dimaksudkan oleh Stella tadi.

"Hey Rafael, Long time no see you! Apa khabar?" balas Ieszwan sambil bersalaman dengan lelaki bernama Rafael itu.

"Alhamdulillah. Aku masih macam dulu. Cuma sekarang aku dah buka syarikat sendiri." ujar Rafael.

"Seriously? Congrats bro! Impian kau nak ada syarikat sendiri akhirnya tercapai. So, what your next plan?" tanya Ieszwan.

"Getting married, maybe...?" seloroh Rafael.

"May I know who the lucky girl?" tanya Ieszwan.

"Tak ada lagi. Hahaha, aku bergurau je." usik Rafael.

"Come on, muka hensem macam ni takkanlah nak biar mereput sampai ke tua sorang-sorang je. Find someone." ujar Ieszwan.

"Ada, tapi... she's married. Takkanlah aku nak rampas bini orang pula. Aku tak sekejam tu." ujar Rafael.

Ieszwan tertawa kecil mendengar cerita Rafael.

"Beberapa bulan lepas, ada seorang perempuan ni baru masuk kerja di syarikat aku. I fall in love with her on the first sight. Tapi, bila aku baca profile dia, tertulis jelas disitu, married. But I'm not give up yet. Bila aku dengar dia tengah ada masalah rumah tangga, aku cuba masuk jarum tapi tak berjaya. Dia tetap sayangkan suami dia even suami dia ada perempuan lain." ujar Rafael.

Ieszwan mendengar dengan penuh khusyuk.

Arleen yang berada di meja kerja Ieszwan mencuri dengar perbualan suaminya.

"....baru-baru ni, dia hantar notis berhenti. Katanya nak tebus dosa sepanjang dia abaikan suami dia kerana terpengaruh dengan perasaan sakit hati. Sejak dari tu, aku dah tak dengar khabar dia lagi. Apapun, aku harap dia sedang berbahagia bersama suaminya." ujar Rafael, menamatkan cerita dengan penuh sebak.

Arleen sedikit terkesima apabila cerita tersebut sama seperti kisah hidupnya. Dia cuba  mencuri-curi tengok gerangan empunya cerita.  

"So, what about you?" tanya Rafael.

"Me? Well, macam yang kau nampak, aku kerja dengan abang Ierr dan kitorang uruskan syarikat keluarga. And one more things, I am married men now." ujar Ieszwan dengan penuh bangga.

"Really? Dengan perempuan UK ke?" tanya Rafael.

"Nope. My wife is pure Malaysian. Dialah satu-satunya perempuan yang berjaya tawan hati aku. Kejap, aku kenalkan dia pada kau." ujar Ieszwan sambil memanggil Arleen dengan panggilan mesra.

Sebaik sahaja Arleen mendekati suaminya, dia agak terkejut apabila mengetahui lelaki yang sejak tadi bercerita tentang kisah cinta terlarangnya itu adalah Rafael, bekas majikannya. Arleen juga terkejut apabila menyedari wanita yang dicintai majikannya itu adalah dia.

"Arleen Amanda?" tegur Rafael.

"You know my wife?" tanya Ieszwan.

"Of course. Dialah wanita yang aku maksudkan tadi." ujar Rafael tanpa sedar dia membuatkan Ieszwan terkejut.

"Ehh tak, kau jangan salah sangka. Aku cuma..." Rafael mulai rasa bersalah.

"Hahaha, its okay bro. Lagipun hal dah berlalu. Kau jangan risau, dia benar-benar bahagia di samping aku." ujar Ieszwan sambil menarik Arleen ke dalam pelukannya.

Rafael tersenyum tawar. Ternyata wanita yang dia cintai adalah isteri kepada kawannya sendiri.

*
  *  *

Ierwann akhirnya dapat menarik nafas lega apabila Arleen telah kembali disisi adiknya Ieszwan. Sebaik sahaja majlis pertunangan adik Isha selesai, Ierwann langsung mengajak isterinya bercuti memandangkan Ieszwan telah kembali bekerja seperti biasa.

"Saya harap percutian kali ini lebih panjang dari sebelum ni. Semoga Ieszwan dan Arleen menemui jalan penyelesaian agar Eyriena tidak akan menjadi punca masalah rumah tangga diorang lagi." ujar Ierwann

"Saya pun mendoakan yang sama. Arleen kawan baik saya. Saya tak nak dia sedih sebab saya pun akan rasa sedih." ujar Isha.

Sekarang kita buangkan segala masalah. Inilah masanya untuk kita refresh kembali hubungan kita. Rasanya dah tiba masa untuk kita tambah keturunan." ujar Ierwann.

Isha tersipu malu.

"Yelah, awak juga berebut nak bermenantukan Afeeya tu nanti bila diorang dah besar." perli Ierwann.

 

"I nak tuntut hak I." ujar Eyriena sewaktu dia mendatangi ke pejabat Ieszwan yang kebetulan Arleen juga ada disitu.

"Apa hak you? Tolong sedar diri sikit, you tu isteri kedua yang tak sah taraf. Jadi jangan mimpi nak tuntut hak." ujar Arleen.

 "By the way, kalau betul kau mengandungkan anak aku, tunjukkan bukti yang sahih." celah Ieszwan.

Eyriena agak terkejut apabila mengetahui bahawa Arleen telah kembali disisi Ieszwan. Eyriena mulai takut apabila Ieszwan meminta bukti yang sahih iaitu keputusan dari makmal yang mengatakan bahawa Eyriena mengandungkan anak Ieszwan.

 "Agreed. Kalau you dapat buktikan, bukan Iesz je yang kena terima kenyataan, tapi I pun dengan tangan terbuka menerima you sebagai madu I." ujar Arleen berbaur cabaran buat Eyriena.

Eyriena mati kutu. Dia mulai goyah untuk perjuangkan cintanya terhadap Ieszwan. Lagi pula Ieszwan sikitpun tak pernah membalas cintanya.

"Okay, I mengalah sekarang. I memang tak pregnant pun. I dah cukup penat kejar cinta you, Iesz. Tapi tak pernah sikitpun you balas cinta I." ujar Eyriena sambil teresak-esak.

 "Iesz... I nak jawapan jujur dari you. You pernah sukakan I?" tanya Eyriena.

Ieszwan sempat memandang Arleen. Arleen sekadar menggangguk faham akan situasi suaminya.

"Nope. I anggap you tak lebih dari kawan. Thats all." ujar Ieszwan dengan sepenuh hatinya.

Eyriena tertunduk sedih. Pahit untuk dia menerima kenyataan.

"See you in court tomorrow." ujar Eyriena sambil berlalu pergi.

 

"Enough Eyriena. Tamatkan semua sandiwara ni. Cukuplah..." pujuk Syamimi sebelum mereka masuk ke dalam mahkamah.

Kelihatan Ieszwan yang baru sampai ditemani oleh Arleen.

"Kenapa tak masuk lagi? Kejap lagi perbicaraan dah nak mula." ujar Ieszwan.

"Ada sesuatu yang korang kena tahu." ujar Syamimi.

              Eyriena hanya mampu menundukkan wajahnya kerana tidak berani menatap wajah bengis Ieszwan.

"Sebenarnya... perkahwinan korang hanya sandiwara. Waktu peristiwa korang ditangkap basah tu, semuanya memang plan Eyriena." ujar Syamimi.

Ieszwan mulai menahan marah.

 "Dan orang-orang yang kononnya dari pejabat agama itu semua telah dibayar untuk menyamar agar terlihat real." jelas Syamimi lagi.

Ieszwan telah mencekak pinggang.

"Perkahwinan korang tak sah disisi agama pun. Jadi takkan ada penceraian yang akan berlaku di mahkamah ni." ujar Syamimi.

"Kenapa Eyriena?! Kenapa kau buat aku macam ni?!!" tempik Ieszwan.

"Kau tahu tak betapa hopeless hidup aku sewaktu Arleen tinggalkan aku! Kau buat hidup aku merana selama ni! Kenapa hati kau busuk sangat!" sambung Ieszwan lagi.

Arleen cuba menenangkan Ieszwan.

"Sebab I sayangkan you. I minta maaf untuk segalanya. Maafkan I..." ujar Eyriena sambil ditemani air mata.

 "Eyriena... Semua orang buat salah, sebab tak semua orang sempurna. Tapi walau bagaimana pun, saya harap awak tak kan ulangi perbuatan yang sama." ujar Arleen dengan penuh sabar.

Ieszwan terdiam mendengar kata-kata isterinya.

"Tak apalah, benda dah pun terjadi. Tak guna pun nak disesalkan. Eyriena, saya bebesar hati untuk maafkan awak." ujar Arleen.

Eyriena mengangkat muka. Dia mengelap air mata yang membasahi wajahnya.

"Terima kasih. Terima kasih banyak." ujar Eyriena, sungguh-sungguh.

 

"Saya rasa Eyriena tu tak adalah teruk mana pun. Dia cuma terlalu obses dengan awak je." ujar Arleen.

"Kalaulah awak tak balik ke pangkuan saya, mesti saya akan fikir Eyriena tu benar-benar isteri kedua saya. Dan, itu bermaksud... saya boleh je buat apa-apa dengan dia, kan?" ujar Ieszwan sambil mengusik.

"Dasar buaya!" marah Arleen.

"Saya bergurau jelah. Tak ada wanita lain yang akan menggantikan tempat awak di hati saya." pujuk Ieszwan.

"Awak nak tahu tak, masa tu ikutkan saya lambat lagi nak balik, tapi disebabkan ada sesuatu hal yang perlu awak tahu, jadi saya putuskan untuk kembali disisi awak." ujar Arleen.

               "Maksud awak sesuautu?" tanya Ieszwan.

Arleen tersenyum. "Sebab saya rasa, budak dalam perut ni perlukan ayahnya." ujar Arleen.

Ieszwan terpinga-pinga.

Arleen masih tersenyum simpul.

"Seriously sayang?" tanya Ieszwan, mencari kepastian.

Arleen menggangguk sambil tersenyum.

Ieszwan langsung memeluk dan mencium  dahi isterinya tanda berterima kasih kerana menjaga amanah Allah dengan baik. “Alhamdulillah.”

Tamat.

P/S: Alhamdulillah, finally aku berjaya juga terbitkan Cerpen: Jatuh Cinta untuk yang ke-3 kali ni. Aku rasa cukuplah, dah tak nak ada sambungan lagi. Ini pun dah cukup panjang cerpen kali ni. Hope korang enjoy and thanks pada yang selalu support aku. Thank you so much!