Aturan Cinta.
“Arryan tak setuju!” tempik
Arryan Harish apabila mengetahui bahawa kakak sulungnya cuba mengatur soal
jodoh hidupnya.
“Hari
tu, Doktor Amirah, Ryan tolak mentah-mentah, doktor kot! Kelmarin, Fasehah,
pensyarah university tinggi pun Ryan tolak tanpa alasan. Kakak pun tak tahu dah
perempuan macam mana lagi yang Ryan suka.” balas Ayyana Hanis, kakak sulung
Arryan yang bertanggungjawab menjaganya semenjak ibu dan ayah mereka berpisah.
“Kakak
tak payah sibuk-sibuk atur hidup Ryan. Ryan dah besar, dah boleh atur hidup
sendiri.” Jawab Arryan.
“Sebelum
mama dan papa tinggalkan kita, kakak pegang amanah mama untuk jaga Ryan. Kakak
tak nak hidup Ryan hancur kerana perempuan.” ujar Ayyana, sayu.
“Apa
bezanya dengan kakak sendiri? Kakak bahagia ke hidup dengan abang Fakhrull tu?
Dia yang kakak pilih,kan? Tapi kenapa hari-hari Ryan dengar kakak selalu
bergaduh dengan dia? Itu yang kakak nak dalam hidup kakak selama ni?” soal
Arryan sekaligus membuatkan Ayyana terdiam.
“Cukuplah.
Kakak uruslah dulu rumah tangga kakak tu. Jangan sibuk dengan hal peribadi
Ryan.” sambung Arryan sambil mencapai kunci kereta dan keluar meninggalkan
Ayyana yang terkaku disitu.
Suatu
ketika dahulu, Ayyana yang mabuk cinta dengan Fakhrull akhirnya memutuskan
untuk berkahwin dengan lelaki itu tanpa dia selidiki latar belakang Fakhrull
terlebih dahulu. Ternyata suaminya itu seorang kaki judi dan pemabuk. Tiap hari
hidup Ayyana berendam air mata mengenangkan nasib dirinya, namun dia juga tidak
mahu adiknya mengetahui hal tersebut. Arryan yang tinggal bersama kakaknya di
rumah agam milik ibu dan ayah mereka sering mendengar perbalahan yang terjadi
antara Ayyana dan Fakhrull, akan tetapi dia tidak mahu terlalu mencampuri
urusan mereka berdua.
“Apahal
monyok je kawan kita ni geng?” usik Darwish apabila melihat muncung sedepa
Arryan sejak dia sampai ke markas tempat mereka selalu melepak.
“Aku
pun perasan jugak dari tadi. Weh, apa kes bro? Gaduh dengan girlfriend ke?”
celah Monash, rakan Arryan yang berbangsa india.
“Aduh
Nash, sejak bila dia ni ada girlfriend? Lagipun berani ke dia nak ada kawan
perempuan kalau segala keperluan hidup dia diuruskan oleh kakak kesayangan dia
si Ayyana tu?” balas Darwish.
Monash
menepuk dahi sambil gelak besar. Diikut dengan Darwish dan Faizul, salah
seorang rakan rapat Arryan.
“Korang
boleh diam tak? Serabutlah.” Marah Arryan.
Monash,
Darwish dan Faizul langsung menutup mulut sambil tertawa kecil.
“Zul,
aku nak minta izin kau untuk stay rumah kau beberapa hari ni, boleh?” tanya
Arryan.
“Aku
serabutlah duduk kat rumah dengan akak aku tu. Hari-hari dengar dia berperang
dengan abang ipar aku. Lepas tu dia lampiaskan kemarahan dia pada aku pulak.
Rimas aku.” sambung Arryan.
“Aku
okay je. Rumah tu pun aku duduk sorang-sorang je. Parents aku dah berbulan
jugak kat luar negara sana. Busy sangat sampai lupa nak balik sini kot.” ujar
Faizul.
“Biasalah
tu, diorang busy cari duit untuk anak bujang dia sorang ni lah. Kau kena faham
tu.” ujar Monash sambil menepuk bahu Faizul tanda bagi semangat.
“Bagi
saya Mocha Latte satu. Reen, kau nak apa?” tanya Syuhaila sewaktu memilih minuman
di kaunter pembelian.
“Aku
nak Chocolate Vanilla.” jawab Reena Ariana sambil matanya tak lepas memandang
sekumpulan lelaki yang duduk dihujung penjuru sambil berbual sakan.
Syuhaila
hairan melihat Reena yang sejak tadi tidak menumpukan perhatian padanya.
Matanya turut mengekori pandangan Reena.
“Boyfriend
kau ke?” tanya Syuhaila.
“Eh
taklah. Aku rasa aku macam kenal salah sorang antara diorang bertiga tu.” ujar
Reena.
“Kawan
kau ke? Pergilah sapa diorang kalau berani.” ujar Syuhaila sambil mencabar
Reena.
“Ishh
kau ni, kalau tak usik aku sehari memang tak sah hidup kau kan. Jangan cabar
aku.” ujar Reena sambil menampar manja lengan Syuhaila.
Selepas
minuman yang di pesan, mereka mengambil tempat yang tidak jauh dari meja
sekumpulan lelaki tadi.
“Aku
tengok dari tadi kau asyik perhatikan diorang tu je. Ada apa-apa yang perlu aku
tahu ke?” tanya Syuhaila.
“Aku
tengah pilihkan jodoh untuk kau la ni.” jawab Reena dengan selamba.
Terbeliak
mata Syuhaila mendengar cadangan Reena.
“Kau
jangan macam-macam Reen. Aku ni setia orangnya.” ugut Syuhaila.
“Setia
pada orang yang dah mati? Sampai bila kau nak macam ni? Move on, Syu.” pujuk
Reena.
Syuhaila
mengeluh kecil. Ingatannya kembali pada bekas tunang yang telah hampir 3 tahun
meninggalkannya kerana kemalangan jalanraya. Hatinya masih belum cukup terbuka
untuk menerima lelaki lain sebagai pengganti Arief, bekas tunangnya itu.
“Weh,
korang perasan something tak?” tanya Monash sambil tersenyum sinis.
Darwish
dan Faizul saling berpandangan dengan penuh tanda tanya.
“Aku
dari tadi perasan yang dua orang perempuan tu asyik pandang kearah meja kita.”
jawab Monash.
Darwish
dan Faizul langsung memandang kearah perempuan yang dimaksudkan oleh Monash.
Manakala Arryan tidak menunjukkan tanda-tanda berminat untuk ambil tahu. Dia
lebih asyik melayani telefon pintarnya.
“Kau
terfikir tak apa yang aku fikir sekarang ni?” ujar Monash sambil tersenyum
nakal.
“Mestilah.”
balas Darwish sambil mengenyitkan mata kearah Monash.
Mereka
berdua langsung bangun dari tempat duduk. Faizul sekadar memerhatikan gerak
geri dua orang kawannya itu. Dia kurang berminat dengan cadangan Monash kerana
hatinya telah dimiliki oleh seorang gadis.
“Hai
girls.” sapa Monash sebaik sahaja sampai kemeja dimana Syuhaila dan Reena
sedang berbual.
“Sorry?”
Syuhaila terkejut apabila lelaki yang Reena risik tadi datang ke meja mereka.
“Saya
Monash, ini Darwish. Kawan saya ni dari tadi perhatikan awak, dan saya rasa dia
berminat untuk mengenali awak.” ujar Monash tanpa berselindung.
Darwish
tersipu malu apabila Reena memberi respon baik.
“Really?
Okay. Kenalkan, saya Reena dan yang sebelah saya ni kawan baik saya, nama dia
Syuhaila.” ujar Reena.
“…dan
dia tunangan orang.” sambung Reena. Syuhaila sedikit terkejut mendengar
kata-kata Reena.
“Oh,
tunang orang rupanya.” ujar Monash.
“Emm…
ini number telefon saya, kalau awak tak keberatan, malam ni kita boleh
sleepcall?” ujar Darwish kepada Reena.
Reena
tersenyum lebar dan memberi persetujuan akan cadangan Darwish.
“So,
hasrat kau pun dah tercapai, kan. Jum kita balik ke meja kita.” ujar Monash
sambil menarik Darwish yang sudah mulai bermain mata dengan Reena.
Reena
terlihat sangat bahagia.
“Sengih-sengih,
dah macam kerang busuk aku tengok.” sindir Syuhaila.
“Eleh,
jeleslah tu.” ejek Reena.
“Aku
jeles? Sorry sikit. Eh, apahal tadi kau cakap aku tunangan orang? Haa…aku tahu,
kau takut si Darawis tu minat pada aku kan? Elehhh…” Syuhaila membalas.
“Well,
takkan aku nak lepaskan peluang kenal dengan lelaki muka macam Zul Ariffin tu.
Hensem gila kot!” ujar Reena dengan penuh teruja.
“Dasar
playgirl! Boyfriend kau tu nak campak mana? Memang tak cukup satulah kau ni.”
omel Syuhaila.
“Come
on, pernah ke selama aku bercinta ni, aku janjikan bulan dan bintang dengan
diorang tu? Diorang tu je yang terkejar-kejar sangat dengan aku. Aku ni
melayankan je. Bosan-bosan nanti aku tinggallah diorang. Fyi, aku rasa Darwish
tu lebih hensem dari lelaki-lelaki yang aku kenal selama ni.” ujar Reena sambil
mengibas-ngibaskan rambutnya.
Syuhaila
membuntangkan matanya mendengar kata-kata dari seorang perempuan yang tak kenal
erti setia.
*********
“Kalau
macam ni lah perangai awak, lebih baik kita bercerai!” marah Ayyana kepada
Fakhrull yang dilihat tidak akan pernah berubah.
“Okay
fine, Ayyana Hanis Binti Ariffin, aku ceraikan kau dengan talak satu!” ucap
Fakhrull dengan penuh kemarahan.
Ayyana
tertunduk sedih bercampur gembira kerana akhirnya dia terlepas dari beban yang
dia tanggung selama ini.
Fakhrull
langsung keluar dari rumah agam milik keluarga Ayyana selepas melepaskan talak
kerana mereka sudah tidak boleh tinggal sebumbung lagi.
Arryan
yang baru sahaja pulang kerumah bertembung dengan abang iparnya yang sedang
menarik luggage keluar dari rumah. Sejak dari awal perkahwinan kakaknya lagi,
Arryan dan Fakhrull tidak pernah bertegur sapa. Baginya, lelaki itu tidak baik
untuk Ayyana. Tanpa berlengah, Aryyan langsung mendapatkan kakaknya yang berada
di dalam bilik.
“Are
you satisfied?” tanya Arryan sebaik sahaja berdepan dengan Ayyana.
Ayyana tidak menjawab, sebaiknya dia langsung
memeluk adiknya itu untuk mendapatkan ketenangan.
“Ryan
tak ada hak untuk campur urusan rumah tangga akak. Tapi Ryan harap ini
keputusan terbaik yang pernah akak buat.” ujar Ryan sambil mengusap lembut
belakang Ayyana agar kakaknya merasa lega dan tenang.
“Kakak
minta maaf selama ni kakak tak pernah nak dengar pendapat Ryan. Kakak menyesal
dengan pilihan kakak. Fakhrull bukan lelaki yang baik untuk kakak.” keluh
Ayyana.
“Sudahlah.
Nasi dah jadi bubur. Nanti Ryan temankan kakak pergi ke mahkamah untuk uruskan
hal kakak kat sana nanti.” pujuk Arryan.
“You,
I nak tanya you sikit boleh?” tanya Reena kepada Darwish sewaktu mereka keluar
berdua.
“Yes,
you can.” balas Darwish.
“Yang
masa you lepak dengan kawan-kawan you hari tu, siapa dua orang lagi tu?” tanya
Reena.
“Oh,
lagi dua orang tu… Okay, yang muka dia iras-iras Syafiq Kyle tu nama dia
Arryan, dan yang sorang lagi tu pulak nama dia Faizul. Kita berempat memang
kawan baik dari zaman kolej lagi. Bila lepak sama-sama, mesti berempat. Kalau
berdua atau bertiga rasa tak lengkap, tak best.” jelas Darwish.
“Emm…you
berkenan ke dengan diorang berdua?” tanya Darwish.
“Eh,
takdelah. I kan dah ada you. I tanya bukan apalah, cuma… I ingat nak kenalkan
salah seorang dari kawan you tu dengan kawan I, Si Syuhaila tu.” ujar Reena.
“Syuhaila?
Bukannya you cakap dia tu tunangan orang ke?” Darwish kehairanan.
“Err…sebenarnya
hari tu I saja cakap macam tu supaya you tak tertarik dengan Syu. Tapi ikutkan
Syu tu memang tunang orang cumanya tunang dia meninggal dalam kemalangan jalan
raya. Sampai sekarang dia masih belum move on, jadi sebab itulah I nak try bagi
dia berkawan dengan salah sorang kawan you. Manalah tahu, dengan cara tu, dia
boleh buka hati dia semula.” jelas Reena.
Darwish
terlihat setuju dengan cadangan Reena. “Tapi, di antara kawan I tu, si Arryan
sorang tu je yang single. Faizul dah ada teman wanita, si Monash pun dah ada
girlfriend juga. Jadi yang tinggal I dengan Arryan jelah.” ujar Darwish sambil
mengusik Reena.
“What?
Hello…” Reena terkesan dengan usikan Darwish.
“Okay,
I gurau je. Sekarang kan I dah ada you, jadi Arryan sorang tu jelah yang
single. Cuma… susah sikitlah kalau nak satukan diorang.” ujar Darwish sambil
menggaru kepala.
Reena
terpinga-pinga.
“Arryan
ni dia ada seorang kakak yang sangat sangat sangat sayangkan dia. Sampaikan
segala keperluan dan kehidupan peribadinya dikawal penuh oleh kakak dia. Jadi,
susah sikitlah kalau you berniat nak satukan diorang. Bahasa kasarnya, langkah
dulu mayat kakak dia.” jelas Darwish.
“Hmm…kalau
macam tu, I kena tunggu kakak dia mati dululah?” usik Reena.
Terbeliak
mata Darwish mendengar kata-kata Reena. Reena hanya tersengih sumbing.
“I’ve
got the plan!” ujar Reena sambil mengenyitkan mata.
*********
Darwish
mendatangi Arryan secara peribadi. Atas cadangan Reena yang cuba untuk
mengenalkan Arryan dengan Syuhaila. “Kaulah satu-satunya lelaki yang aku boleh
harapkan untuk bantu kawan Reena tu.”
“Aku
dah malaslah nak fikir pasal perempuan ni. Kau macam tak kenal je dengan kakak
aku tu. Protective sangat.” ujar Arryan menolak mentah cadangan Darwish.
“Kau
cuma jawab setuju ke tidak, tu je. Hal kakak kau tu, biar aku dengan Reena
settlekan. Percaya cakap aku.” pujuk Darwish.
“Sebenarnya
aku dah malas nak bertekak dengan kakak aku pasal perempuan. Hmm…entahlah. Suka
hati kaulah Wish.” balas Arryan acuh tak acuh.
“Ok
ngam! Kira jadilah ni ye.” ujar Darwish dengan penuh teruja.
‘Mission start!’ Darwish menyampaikan
pesanan ringkas pada Reena tanda setuju dengan perancangan mereka berdua.
“Syu,
kita keluar jom. Aku belanja.” ujar Reena sambil memujuk Syuhaila dengan manja.
“Kau
ni asyik belanja aku je, bankrupt dompet kau karang.” tolak Syuhaila.
“Alah,
macam tak biasa pulak kau ni. Jangan risaulah, duit simpanan aku tak habis
makan punya.” ujar Reena.
“Ishh,
angkuh sungguh kau ni. Kau lainlah, orang tua kau usahawan berjaya, sedangkan
aku ni, datang dari keluarga yang kais pagi makan pagi…” ujar Syuhaila dengan
penuh sayu.
“Kais
petang kita minum kopi. Dah jom.” sambung Reena.
Sebaik
sahaja sampai ke tempat yang dituju, dari jauh kelihatan Darwish melambai
tangan kearah Reena.
“Haa
itupun diorang.” ujar Reena sambil membalas lambaian Darwish.
“Ehh,
kau cakap tadi nak keluar berdua dengan aku je…” Syuhaila terlihat keberatan
untuk mendekati dua orang lelaki yang sedang menunggu mereka.
“Itu
tadi. Sekarang kita berempat.” ujar Reena sambil mengambil tempat duduk di
sebelah Darwish.
Syuhaila
merasa sangat tidak selesa kerana dia jarang duduk semeja dengan lelaki lain
selain bekas tunangnya.
“Syu,
ni Arryan.” ujar Reena.
“Dan
Ryan, inilah Syuhaila yang aku cakapkan tu.”
Arryan tersenyum sumbing dengan perkenalan
itu. Kedua-dua mereka kelihatan sangat kekok apatah lagi Syuhaila yang masih
belum bersedia untuk kenal dengan mana-mana lelaki. Manakala Arryan pula sangat
jarang berbual dengan perempuan.
“Korang
nak minum apa? Aku dengan Reena nak pergi ambil order ni.” ujar Darwish.
“Mocha
Latte.” jawab Syuhaila dan Arryan serentak kemudian mereka berdua saling
berpandangan.
Darwish
dan Reena agak terkejut apabila kedua-dua pasangan kekok itu memiliki selera
yang sama.
“Is
that your favourite?” tanya Arryan selepas Darwish dan Reena berlalu pergi.
Sengaja mencari alasan untuk memulakan perbualan.
“Not
much. Sebenarnya saya tak terlalu pandai order minuman macam tu. Saya punya
level setakat gerai tepi jalan je. Cuma bila keluar dengan Reena, dia suka bawa
pergi minum dekat café macam ni, saya pula tak tahu nak order apa. Jadi, Reena
yang cadangkan pada saya Mocha Latte. So, sampai sekaranglah minuman tu je yang
saya akan order.” jelas Syuhaila.
“Saya
pula sebaliknya. Kadang-kadang tu saya naik bosan lepak dekat tempat macam ni.
Teringin juga nak lepak dekat gerai tepi jalan macam awak cakap tadi. Cuma
kawan-kawan saya macam Darwish tu tak berapa gemar dengan tempat macam tu.
Jatuh standard kononnya. Padahal diorang tak tahu ke tempat macam tulah makanan
dia lagi sedap dan murah.” ujar Arryan.
“Setuju.
Kalau awak rasa nak makan kat gerai tepi jalan, ajaklah saya. Saya boleh
suggest tempat yang paling sedap.” ujar Syuhaila yang mulai selesa berbual
dengan Arryan.
“Sure, why not? Emm…tapi jangan ajak diorang berdua tu. Risau nanti sibuk nak balik cepat.”
ujar Arryan sambil mengejek Darwish.
Syuhaila
tertawa kecil mendengar usikan Arryan. Mereka berdua sempat bertukar nombor
telefon untuk saling berhubung.
Sebaik
sahaja Darwish dan Reena sampai ke meja membawa minuman yang dipesan, Arryan
dan Syuhaila kembali senyap. Berpura-pura kekok.
*********
Sebaik
sahaja Ayyana keluar dari bank selepas mengeluarkan sejumlah wang, serta merta
beg tangannya diragut oleh seorang lelaki bertopeng.
“Tolongggg!
Tolonggggg saya!” jerit Ayyana meminta tolong.
Secara
kebetulan, Reena dan Syuhaila berada di kawasan itu segera membantu Ayyana untuk
mendapatkan kembali beg tangan yang diragut.
Tidak
lama kemudian, Reena berjaya mendapatkan kembali beg tangan Ayyana.
“Terima
kasih banyak sebab tolong saya.” ujar Ayyana.
“Tak
ada masalah kak. Cuma saya nak minta maaf sebab saya tak cam muka peragut tadi
tu, macam mana nak buat report nanti?” ujar Reena.
“Tak
apalah, janji akak dapat balik beg tangan akak ni. Banyak benda penting dalam
ni.”
“Kau
okay tak ni Reen? Ada cedera tak?” tanya Syuhaila sambil memeriksa tubuh badan
Reena.
“Aku
okay je. Jangan risaulah.” ujar Reena.
“Kak,
lepas ni akak kena lebih berhati-hati tau. Diorang memang suka target orang
yang keluar dari bank.” ujar Syuhaila kepada Ayyana.
“Terima
kasih ingatkan akak. Marilah, akak belanja awak berdua.” ujar Ayyana.
“Eh,
takpelah kak. Kitorang ikhlas tolong.” ujar Reena.
“Please.
Sebagai tanda terima kasih.” pujuk Ayyana.
Reena
dan Syuhaila tak mampu nak menolak dan akhirnya mereka akur akan permintaan
Ayyana.
‘Mission almost complete!’ Reena memberi
pesanan ringkas kepada Darwish.
Darwish
tersenyum lebar apabila rancangannya hampir berjaya.
Tanpa pengetahuan Syuhaila dan Ayyana, Reena dan Darwish yang merancang untuk meragut beg tangan milik Ayyana dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara Ayyana dengan Syuhaila agar Ayyana tertarik untuk mengenalkan Syuhaila kepada adiknya, Arryan.
“Terima
kasih kak, susah-susah je belanja kitorang makan.” ujar Syuhaila.
“Tak
ada susahnya pun. Kebetulan akak memang lapar pun. Jadi alang-alang awak berdua
dah tolong akak, apa salahnya teman akak makan sekali.” ujar Ayyana.
“Akak
kerja apa, saya tengok banyak file akak bawa ni.” tanya Reena.
“Kerja
sendiri je. Uruskan bisnes family. Kalau bukan akak yang uruskan, siapa lagi,
kan?” ujar Ayyana.
“Akak
anak tunggal dalam family ke?” tanya Reena pura-pura tidak tahu.
“Eh
tak lah. Akak ada sorang adik lelaki. Cuma dia tak berminat dalam hal bisnes
ni. Dia lebih kepada bidang entertainment. Buat masa ni, biarlah dia pilih
jalan hidup dia. Tiba masa nanti, dia juga yang akan ambil alih urusan bisnes
family ni. Akak tak mampu urus sorang-sorang.” jelas Ayyana.
“Ohh
faham. Errr…adik akak tu bujang lagi ke dah kahwin?” tanya Reena.
“Ishh
kau ni, sibuk je nak tahu. Ingat sikit diri tu dah berpunya.” bisik Syuhaila.
“Bujang
lagi. Akak ni kalau bab-bab wanita pilihan dia tu memang akak cerewet sikit. Takut
dia kawan dengan perempuan yang bukan-bukan.” ujar Ayyana.
“Haa
ngam sangatlah, kawan saya si Syuhaila ni memang tengah mencari jodoh kak.”
ujar Reena.
Syuhaila
langsung mencubit lengan Reena.
Ayyana
memandang Syuhaila sambil tersenyum penuh makna.
*********
“Ryan,
akak nak kenalkan Ryan dengan seseorang.” ujar Ayyana.
Arryan
menarik muka.
“Siapa
lagi kali ni kak? Kakak ni tak penat ke asyik nak atur hidup Ryan? Ingatkan lepas kakak dah pisah dengan abang
Fakhrull ni, kakak dah berubah, rupanya tak.” rungut Arryan.
“Kakak
yakin kali ni Ryan takkan menyesal kenal dengan dia.” pujuk Ayyana.
Arryan
mulai merancang untuk menggagalkan rancangan kakaknya dengan memalukan gadis
yang bakal dikenalinya.
“Inilah
wanita yang kakak maksudkan tadi. Kenalkan, ini Syuhaila.” ujar Ayyana sambil
memeluk Syuhaila, rapat.
Arryan
terdiam dan terkesima melihat gadis di samping Ayyana.
Syuhaila
turut terkejut apabila mengetahui bahawa Arryan merupakan adik kepada Ayyana.
“Kak….”
belum sempat Syuhaila membuka bicara, pantas Arryan memotong.
“Err…Hai,
saya Arryan.” ujar Arryan sambil memberi salam perkenalan.
Ayyana
terkebil-kebil apabila Arryan memberi respon positif kepada Syuhaila. Kemudian
dia memberi ruang kepada Syuhaila dan adiknya saling mengenali antara sama satu
lain.
“Macam
mana awak boleh kenal dengan Kak Ayyana?” tanya Arryan, kehairanan.
“Pasal
insiden Kak Ayyana kena ragut tempoh hari, kitorang jadi heroin dia. Lepas tu,
Kak Ayyana belanja kitorang makan sambil borak-borak. Then, dia ada cerita
pasal adik kesayangan dia, pasal gadis-gadis yang Kak Ayyana cuba kenalkan
dengan adik dia tapi di-reject mentah-mentah. Saya tak sangka pulak, adik
kesayangan Kak Ayyana tu ternyata awak orangnya.” ujar Syuhaila sambil tertawa
kecil.
“Macam
mana pulak tiba-tiba Kak Ayyana boleh terniat nak kenalkan awak dengan saya?”
tanya Arryan lagi.
“Ni
semua Reena punya pasal. Dialah yang cakap saya tengah mencari jodoh.
Padahal…saya dah ada awak.” ujar Syuhaila sambil memperlahankan nada suaranya
agar ayat terakhirnya tidak didengari oleh Arryan.
“Apa
dia? Saya tak berapa dengar awak cakap.” ujar Arryan.
“Err…tak
ada apa-apalah. Oh, tapi kenapa awak pura-pura tak kenal saya depan Kak Ayyana
tadi?” Syuhaila cuba mengubah topik.
“Saya
tak nak nanti Kak Ayyana fikir yang semua ni telah dirancang. Jadi biarlah dia
tak tahu yang kita memang dah kenal.” jelas Arryan.
“Syu,
Ryan, mari minum petang.” ujar Ayyana yang tiba-tiba muncul membawa sedulang
air minuman dan makanan ringan.
“Eh,
ya Allah…susah-susah je Kak Ayyana ni. Mari saya tolong hidangkan.” ujar
Syuhaila yang terus sahaja mencapai cawan dan menuangkan air minuman.
Ayyana
tertarik hati melihat ketulusan hati Syuhaila yang penuh sopan dan lembut.
“Kira
jadilah ni?” tanya Ayyana.
Arryan
dan Syuhaila saling berpandangan dan serentak bertanya. “Jadi apa?”
“Kak,
bagilah kitorang kenal dulu.” ujar Arryan sambil berbisik kearah Ayyana.
Ayyana
tersenyum gembira kerana Arryan tidak lagi menolak cadangannya mentah-mentah.
“Mana
korang semua ni, aku bosanlah. Jom lah lepak!” ujar Monash sewaktu dia
menelefon kawan-kawannya.
“Aku
on the way ke tempat kau la ni. Sabarlah sikit.” ujar Faizul.
“Guys,
aku bawa Reena sekali boleh tak?” tanya Darwish.
“Suka
hati kaulah Wish, haa mana si Ryan?” tanya Monash.
Masing-masing
terdiam.
Beberapa
jam kemudian, Monash dan Faizul telah sampai dahulu, diikuti dengan Darwish dan
Reena.
“Sejak
dah ada girlfriend ni, mana dia nak lepak dengan kita sangat, kan Faizul?”
sindir Monash.
“Haa
you all jangan nak tuduh I larang Darwish lepak dengan korang okay. Darwish
yang tak nak.” ujar Reena.
“Err… tak, sebenarnya aku takut
korang hasut aku cari girlfriend baru. Aku ni setia orangnya.” ujar Darwish
mencari alasan.
“Ehh, mana kawan kita sorang lagi
ni. Susah betul nak ajak lepaklah.” rungut Monash.
Baru
sahaja Monash ingin menghubungi Arryan, tiba-tiba Arryan muncul di hadapan
mereka berempat bersama seorang gadis.
“Tak
payahlah call. Aku dah sampai ni.” ujar Arryan.
Monash
dan Faizul terlopong melihat Arryan datang sambil memimpin tangan Syuhaila.
Darwish
dan Reena saling berpandangan sambil tersenyum kerana rancangan mereka untuk
menyatukan Arryan dan Syuhaila berjaya.
“Ye,
aku tahu korang tertanya-tanya. Biar aku kenalkan, ini Syuhaila, gadis pilihan
hati aku dan Kak Ayyana. Doakan urusan pertunangan kitorang dipermudahkan.” ujar
Arryan.
“Seriously?
Tahniah bro!” ujar Monash, Faizul, Darwish dan Syuhaila.
Arryan
dan Syuhaila saling tersenyum bahagia.
TAMAT.