Aku bukan jodohnya.
“Sumpah, aku tak pernah sukakan dia pun. Selama ni aku hanya anggap dia tak lebih dari kawan biasa je. Aku tak pernah simpan apa-apa perasaan pun dengan dia.” ujar Hazieq Halil.
“Kalau kau tak suka kenapa kau bagi harapan pada dia? Kenapa kau tak terus terang dengan dia tentang perasaan kau? Tak baik tau kau buat dia macam ni.” marah Elleen Zarsha, sahabat Hazieq. Suatu ketika dahulu, Elleen juga pernah menyimpan perasaan terhadap sahabatnya itu dan hampir saja dia ingin meluahkan namun dia harus melupakan hasratnya kerana melihat Hazieq mulai rapat dengan seorang wanita lain, lagipula dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang telah lama mereka bina.
“Aku…aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia.” ujar Hazieq sambil melepaskan keluhan berat.
Elleen sayu melihat beban yang ada difikiran sahabatnya. “Kau nak aku beritahu dia tak? Sekurang-kurangnya, dia boleh berhenti berharap pada kau. Kadang-kadang, aku tak faham apa yang kau nak dalam hidup kau sebenarnya? Tak cukup baik ke si Abell di mata kau? Kurang apa dia?” rungut Elleen kepada Hazieq yang kelihatan sedih.
“Aku pernah terluka, Leen… Jadi aku tak nak perempuan lain merasai luka seperti yang aku rasa. Aku belum bersedia nak kearah hubungan yang lebih serius dengan mana-mana perempuan. Kau faham aku kan, Leen?” ujar Hazieq sambil memandang sayu kearah sahabat kecilnya itu. Elleen hanya mampu mengeluh dengan sikap Hazieq yang tak pernah membuka hatinya untuk mana-mana perempuan sejak hubungan dia dan kekasih lamanya terputus di tengah jalan.
#######################
“Haa balik pun kau. Mana kau pergi? Aku call tak dapat pun.” rungut Abell atau
nama sebenarnya Nabella Ashleyna.
Elleen hanya tersengih sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang gelap.
“Handphone aku habis bateri. Sorry.”
“Wehh, sinilah kejap.” ujar Abell sambil menarik tangan Elleen yang baru sahaja
memasuki ruang tamu rumah sewa mereka.
“Apa dia yang beria sangat ni? Tak menyempat aku nak letak beg pun.” omel
Elleen sambil melepaskan beg yang disandangnya sejak dari tadi.
“Aku rasa aku dah sedia dah.” ujar Abell sambil tersenyum sumbing.
Elleen terpinga pinga melihat perlakuan Abell.
“Aku nak luahkan perasaan aku pada Hazieq. Aku dah tak boleh nak simpan lagi
dah. Aku takut dia dikebas orang lain kalau aku lambat. Hmm memanglah nampak
macam perigi cari timba tapi kalau nak tunggu dia yang lamar aku, laaaaambat
lagilah! So, why not aku yang mulakan?” ujar Abell sambil tersenyum malu.
Elleen mulai rasa bersalah dengan keceriaan yang terpancar di wajah rakan
serumahnya itu. Baru sahaja tadi dia berjumpa dengan Hazieq dan mendengar
keluhan lelaki itu tentang Abell.
“Abell… aku rasa baik kau lupakan je hasrat kau tu.” ujar Elleen yang
membuatkan Abell mulai tertanya-tanya.
“Apa maksud kau? Kau tak sokong ke dengan apa yang aku nak buat ni? Ke kau
cemburu? Aku tahulah dulu kau pernah ada perasaan pada Hazieq. Come on Leen,
aku sikitpun tak pernah halang kau berkawan dengan Hazieq sampai sekarang tau.”
omel Abell.
Elleen terdiam. Dia buntu harus bagaimana dia berterus terang tentang perasaan
Hazieq terhadap Abell.
“Terserahlah. Aku tak nak halang apa yang kau nak buat… aku cuma tak nak kau kecewa kemudian hari.” ujar Elleen sambil mencapai beg sandangnya dan masuk ke bilik meninggalkan tanda tanya kepada Abell.
################################
“I
miss you…” – Hafeez.
Elleen mengabaikan pesanan ringkas yang dihantar oleh Hafeez, bekas kekasihnya
yang telah ditinggalkan hamper 2 tahun. “Mamat ni tak faham bahasa ke apa? Aku
dah warning kot jangan ganggu hidup aku lagi!” rungut hati kecil Elleen.
“I’ll be waiting for you.” – Hafeez.
Elleen menjadi berang dan mencampakkan telefon pintarnya ke lantai. Jatuh
berderai.
“Wehh Leen, apa yang bunyi bising tadi tu. Ya allah…kau dah gila ke ape campak
handphone kau sampai jahanam gini?” ujar Abell yang tiba-tiba menyerbu masuk ke
bilik Elleen dan matanya langsung melihat serpihan telefon pintar Elleen yang
dicampak ke bawah tadi. Elleen buat selamba.
“Kau dengar tak aku cakap ni?” tanya Abell.
“Dah memang nak jahanam, nak buat macam mana lagi? Nanti aku beli baru jelah
lepas tu aku nak tukar nombor sekali. Semaklah si Hafeez tu asyik kacau hidup
aku je!” ujar Elleen sambil menarik selimut dan pura-pura tidur. Abell sekadar
menggeleng kepala, faham benar dengan sikap baran teman serumahnya itu. Ini
merupakan kali kedua dia membaling telefon pintarnya sesuka hati hanya kerana
diganggu oleh lelaki bernama Hafeez.
“Leen, tak salah kalau beri peluang kedua pada dia. Mungkin kali ni dia
betul-betul nak tebus kesalahan lama dia.” pujuk Abell sambil menepuk-nepuk
selimut yang menutupi tubuh sahabatnya itu.
“Peluang apa lagi? Cukuplah sekali. Penat nak melayan perasaan. Masa aku beria
sayangkan dia dulu, apa balasan dia? Dia melayan perempuan lain melebihi
kekasihnya sendiri. Sakit hati aku.” marah Elleen.
“Sekurang-kurangnya dia berusaha nak halalkan hubungan korang.” pujuk Abell
lagi.
Elleen terus bangkit dari pembaringannya. “Itu lagi kelakar. Okay, aku hargai
effort dia nak halalkan hubungan kitorang, tapi lepas kahwin nak makan apa?
Batu? Pasir? Dengan tak ada pekerjaannya lagi, ada hati nak kahwin? Silap hari
bulan, aku yang tanggung dia, cari nafkah untuk dia. Dia? Duduk rumah goyang
kaki?” sambung Elleen sambil memperlekehkan Hafeez.
“Manalah tahu, bila kau dah beri peluang pada dia, dia akan berubah? Dia
berusaha majukan diri dia?” Elleen tertawa sinis mendengar kata-kata Abell.
“Mimpilah. 5 tahun aku tunggu dia berubah, tapi apapun tak ada. Dah lah main
datang rumah orang tua aku tanpa pengetahuan aku!” omel Elleen sambil
melepaskan keluhan berat.
“Serius la dia jumpa orang tua kau? Itu maknanya dia betul-betul serius nak
halalkan kau.” ujar Abell.
Elleen mencebik.
“Kalau betul kau dah tak nak dia, kau cakap baik-baik dengan dia. Bincang
depan-depan. Atleast, hubungan korang tak berakhir dengan cara macam ni. Sampai
bila nak lari dari dia? Sedangkan dia asyik kejar-kejar kau. Ataupun macam
nilah…kau kena cari pengganti dia. Bila dia tahu kau dah ada orang lain, takkan
dia nak kacau kau lagi, kan?” ujar Abell sambil memberi idea bernas pada
Elleen.
Elleen terdiam. Betul juga idea Abell!
##############################
“Kau kena tolong aku.” ujar Elleen kepada Hazieq.
“Benda lain aku boleh tolong, tapi kalau kau nak suruh aku menyamar jadi
boyfriend kau, sorry…aku tak boleh buat macam tu.” tolak Hazieq.
“Kau jelah satu-satunya kawan lelaki yang aku ada. Kau pun tahu kan, aku tak
ramai kawan. Kau dengan Abell je kawan yang aku ada sekarang ni. Takkanlah aku
nak couple dengan si Abell pulak, ishhhh buang tebiat namanya tu. Please Zieq…”
pujuk Elleen agar Hazieq membantu dia dengan berpura-pura menjadi teman
lelakinya apabila berdepan dengan Hafeez nanti.
“Risaulah aku dengan rancangan kau ni…” Hazieq menjadi serba salah untuk
menolak permintaan
Elleen.
“Janji sekali ni je?” ujar Hazieq sambil melayangkan jari kelingkingnya tanda
perjanjian. Elleen laju membalas.
“Ok
deal. Abell tak perlu tahu pun pasal ni. Sekarang jom kita practice jadi makwe
pakwe.” ujar Elleen sambil tersenyum girang.
Hazieq sedikit terkejut apabila Elleen langsung memaut lengannya persis
pasangan kekasih. Dalam tak sedar, Abell yang turut berada berdekatan melihat
kemesraan antara Elleen dan Hazieq.
‘Patutlah hari tu beria suruh aku lupakan hasrat aku untuk luahkan perasaan
pada Hazieq, rupa-rupanya kau maju setapak dari aku. Sampai hati kau khianat
aku macam ni Leen.’ gumam hati kecil Abell.
Sebaik sahaja Elleen pulang, wajahnya kelihatan sangat bahagia. Terlihat Abell
sedang menonton televisyen di ruang tamu. “Abeeeeell!” tegur Elleen dengan
riang. Abell membuang muka melihat Elleen. “Terima kasih atas cadangan kau suruh
aku cari pengganti Hafeez. Lepas ni confirm Hafeez takkan kejar-kejar aku
lagi.” ujar Elleen tanpa mempedulikan Abell yang masam mencuka.
Abell pura-pura focus pada siaran televisyen yang
sedang dia tonton. Hatinya benar-benar remuk melihat tingkah sahabatnya yang
menikam dia dari belakang.
Elleen menyedari bahawa ceritanya tidak
diendahkan Abell, lantas dia langsung masuk ke bilik. Sangkaannya Abell sedang
asyik melayan drama.
“Thanks Zieq for today!” – Elleen.
“You’re welcome. Thanks jugak sebab belanja Nike
tadi.” – Hazieq.
“Goodnight kekasih pura-pura!” – Elleen.
“Enough la.” – Hazieq.
###################################
Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Hari ini Elleen mengajak Hazieq untuk
menemani dia berjumpa dengan Hafeez untuk menyelesaikan segala masalah antara
dia dan Hafeez.
“Kau jangan tunjuk kekok sangat, kita buat macam yang kita dah practice hari
tu. Ingat tau.” ujar Elleen.
Hazieq menarik muka malas.
Dari jauh kelihatan Hafeez datang dengan penuh harapan.
“Hai,
akhirnya dapat juga saya jumpa awak.” ujar Hafeez memandang Elleen dengan penuh
kerinduan.
Sengaja Elleen memaut lengan Hazieq dengan begitu erat. Hafeez sempat
mengerling kearah pautan lengan itu.
“Saya Hafeez.” Hafeez mengenalkan diri kepada Hazieq.
“Oh, saya Hazieq, bakal tuning Elleen.” ujar Hazieq.
Riak wajah Hafeez kelihatan terkesima mendengar ungkapan Hazieq. Bakal tunang?
“Err…” Hafeez mati kata.
“Ye, kitorang akan bertunang tak lama lagi.” Elleen langsung mencelah.
“Tapi… hari tu parents awak tak ada cakap apa-apa pun pasal hal pertunangan
awak dan Ha…Hazieq?” Hafeez tidak berpuas hati dengan jawapan Elleen.
“Mungkin diorang tak nak awak sedih kot. Dah la Hafeez, saya dah pernah cakap
dengan awak, lupakan saya. Kisah kita dah lama berakhir. Dah banyak peluang
saya beri pada awak tapi awak sia-siakan macam tu je. Cukuplah, saya dah penat
tunggu awak.” ujar Elleen.
Hafeez menunduk sedih. Jelas dari riak wajah Hafeez, dia sangat kecewa.
“Percayalah, suatu hari nanti akan ada wanita yang lebih layak memilik hati
awak. Saya minta maaf, Hafeez.” ujar Elleen.
Hazieq mulai tidak selesa. Dia melepaskan pautan tangan Elleen dan memberi
peluang pada Elleen dan Hafeez untuk menyelesaikan masalah mereka berdua tanpa
diganggu.
“Saya sangat berterima kasih pada awak sebab awak sangat baik sepanjang saya
kenal awak. Awak tak pernah tinggi suara pada saya, awak banyak mengalah. Cuma
satu je yang buat saya kecewa. Awak tak pernah nak improve diri awak. Saya akui
saya happy bila awak berniat nak menghalalkan hubungan kita dulu tapi awak kena
tahu, tanggungjawab awak akan lebih berat kelak. Awak tak ada pekerjaan tetap,
macam mana awak nak beri anak orang makan lepas kahwin nanti?” ujar Elleen.
“Saya cuba Leen. Banyak kerja saya dah buat. Saya berusaha kumpul duit untuk
awak. Saya cuma minta awak sabar sikit je lagi. Tapi… semuanya dah terlambat.
Awak pun dah temui kebahagiaan yang awak mahukan. Saya sedar saya ni serba
kekurangan…” ujar Hafeez dengan suara tersekat-sekat. Dia cuba menahan sebak.
“Terima kasih untuk peluang yang awak beri selama ni. Saya tak pernah
sia-siakan. Tak apalah, saya pun tak nak jadi batu penghalang antara awak dan
bakal tunang awak. Saya doakan agar awak bahagia hingga akhir hayat.” ujar
Hafeez.
Elleen mulai rasa serba salah melihat wajah murung Hafeez.
“Saya ada hal lain ni, saya rasa saya kena pergi sekarang. Awak jangan
risaulah, saya takkan ganggu awak lagi lepas ni. Tapi satu hal awak kena tahu,
saya takkan lupakan awak. Doakan yang terbaik untuk saya.” ujar Hafeez sambil
berlalu pergi.
Elleen cuba menghalang Hafeez pergi tetapi lelaki itu langsung tidak menoleh
kebelakang semula.
Hazieq kembali kesisi Elleen. “Puas hati kau buat dia sedih?”
Elleen menjeling kearah Hazieq.
“Aku tengok dia betul-betul ikhlas dengan kau.” ujar Hazieq.
“Aku rasa dengan cara macam ni barulah dia akan improve diri dia.” ujar Elleen.
“Lepas tu? Bila dia dah berjaya, kau nak patah balik kat dia? Kau ingat dia ada
hati lagi ke dengan kau? Turunkan ego kau tu Leen. Masih belum terlambat untuk
kau kejar dia semula. Jangan nanti suatu hari kau menyesal sebab sia-siakan
perjuangan dia. Kau pegang kata-kata aku ni.” ujar Hazieq.
Kata-kata Hazieq membuatkan Elleen terdiam seribu bahasa. Dia sendiri keliru
dengan perasaannya. Entah apa yang berada di benak fikirannya sehingga sanggup
melukakakn hati lelaki yang benar-benar tulus menyayangi dirinya.
‘Maafkan aku Hafeez…’
###################################
“Abell… aku buat
keputusan yang salah ke?” ujar Elleen, kebingungan.
Abell tidak
mengendahkan pertanyaan Elleen.
“Abell, kenapa dua
tiga hari ni kau macam jauhkan diri dari aku? Aku buat salah apa dengan kau?”
tanya Elleen, keliru.
“Kau masih berani
tanya macam tu? Kau sedar tak apa yang dah buat?” giliran Abell pula memberi
pertanyaan.
“Aku buat apa?”
Elleen terpinga-pinga.
“Kau rampas dia dari
aku. Kau tikam aku dari belakang Leen. Sampai hati kau.” ujar Abell.
Elleen terkejut
mendengar tuduhan Abell.
“Jangan ingat aku tak
tahu siapa lelaki yang menggantikan posisi Hafeez dalam hidup kau.” ujar Abell
dengan penuh kebencian.
“Maksud kau?” Elleen
masih kebingungan.
“Hazieq. Kau bercinta
dengan Hazieq kan?!” tanya Abell dengan sedikit meninggi suara.
Elleen mulai faham
dan dia tertawa kecil. Abell terlihat sangat marah apabila Elleen
mentertawakannya.
“Aku rasa kau dah
salah faham ni. Aku bercinta dengan Hazieq? Hello…!” Elleen mulai
mempersendakan pertanyaan Abell.
“Aku belum gilalah
nak bercinta dengan sahabat baik aku sendiri.” ujar Elleen.
“Aku pun belum buta
nak pura-pura tak nampak kemesraan korang berdua. Siap berpaut lengan bagai,
tak bercinta konon.” tempik Abell.
Tawa Elleen semakin
galak. Abell terperangkap dengan penyamaran Hazieq sebagai kekasih Elleen
beberapa hari yang lalu.
“Abell, aku dengan
Hazieq tak bercinta pun. Mungkin aku tak sedar kehadiran kau masa tu, tapi
percayalah… Apa yang kau nampak semua tu hanya lakonan. Okay, aku jujur dengan
kau. Aku minta tolong Hazieq untuk menyamar sebagai bakal tunang aku sewaktu
aku berdepan dengan Hafeez tempoh hari. Itu je.” jelas Elleen sambil tertawa
kecil.
Abell terkedu
mendengar cerita Elleen. Dia merasa bersalah kerana selama ini menuduh Elleen
merampas Hazieq darinya.
“Patutlah 2, 3 hari
ni kau macam tak nak bercakap dengan aku. Aku pun satu, tak nak cerita dulu
dengan kau pasal ni. Dah tak pasal-pasal sahabat kesayangan aku ni muncung
sedepa.” ujar Elleen sambil menarik Abell dan menenangkan hati gadis itu.
Abell berasa lega dan
mulai tersenyum lagi.
###################################
TINGGG
“Hai.” - Unknown.
Fokus Elleen terhadap
kerja mulai terganggu apabila seseorang yang tidak dikenali masuk ke ruang
messengernya.
“Siapa?” - Elleen.
“Saya tertarik untuk
mengenali awak lebih dalam, nama saya Azrey.” - Azrey Ashriq
“Tapi saya tak
berminat. Maaf.” - Elleen.
Elleen langsung
menutup ruang messenger dan kembali fokus pada kerjanya. Namun nama Azrey
bermain-main difikirannya. ‘Siapa Azrey?’
“Leen, untuk kau.”
ujar Sahida, rakan sekerja Elleen.
Elleen terkejut
melihat sejambak bunga yang dihantar oleh Sahida.
“Ida, dari siapa?
Confirm ke untuk aku?” tanya Elleen sambil membelek bunga tersebut. Sayangnya
tiada nama pengirim.
“Elleen Zarsha, siapa
lagi kalau bukan kau?” balas Sahida.
Elleen menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Baru sahaja tadi dia mendapat messenger dari orang
tidak dikenali. Sekarang ini kiriman bunga dari seseorang yang tidak bernama.
Buntu fikirannya.
Elleen mengajak Abell
makan tengahhari bersama memandangkan jarak tempat kerja mereka berdua tidak
jauh.
“Apsal muka kau kusut
semacam je? Stress kerja?” tanya Abell sambil menyuap nasi goreng yang dia order
tadi.
“Ni bukan pasal
kerja, tapi pasal orang misteri. Hari ni je ada 2 benda buat aku bingung.
Pertama, tiba-tiba je ada mamat yang gelarkan diri dia sebagai Azrey nak
berkenalan dengan aku. Kedua, tiba-tiba je ada orang hantar sejambak bunga pada
aku tapi tak ada nama pengirim. Peliklah.”
Abell hampir tersedak
mendengar cerita Elleen. Dia langsung mencapai air minuman agar melegakan tekak
sebelum mulai berkata-kata.
“Amboiii… kawan aku
dah ada peminatlah. Habis tu, kau layan tak mamat yang nama dia apa tadi tu,
Azai? Azrul? Azizi? Ahh apa-apalah. Inilah masanya untuk kau buka buku baru.
Sampai bila nak hidup solo?” ujar Abell.
Elleen menjeling.
“Elehhh, kau cakap je
pandai… Kau tu, dah luahkan ke perasaan kau pada Hazieq? Belum kan. Sedar diri
sikit ye, kau tu pun single jugak. Sama je dengan aku.” balas Elleen.
Abell mencebik
apabila diperli Elleen.
“Dah lah, cepat
makan. Aku nak balik office awal sikit ni, banyak kerja nak kena siapkan.”
###################################
Abell mengajak Hazieq
menemaninya membeli barang keperluan memandangkan Elleen sibuk dengan kerjanya.
“Thanks tau sudi
keluar dengan saya. Saya tak kacau awak ke ni?” ujar Abell, kekok.
“Tak adalah. Lagipun
hari ni saya tak ada kelas, free je.” balas Hazieq, janggal.
“Ikutkan ini semester
terakhir awak kan?” tanya Abell, cuba memulakan perbualan agar hilang rasa
janggal antara mereka berdua.
“Ahaa, betul.
Alhamdulillah, tak lama lagi saya pun akan mula bekerja. Malu jugak dengan
korang berdua sebenarnya, yelah saya ni dah tua-tua sibuk nak sambung belajar
lagi. Orang lain dah kerja, saya masih belajar. Bila masanya untuk saya kumpul
duit pulak kan. Teringin jugak nak pegang duit sendiri.” ujar Hazieq yang mulai
selesa berbual dengan Abell.
“Insyaallah, nanti
adalah tu rezeki awak.” ujar Abell sambil membelek beberapa jenis barangan
dapur.
“Ermmm Bell…” ujar
Hazieq.
Abell sempat
mengerling kearah Hazieq kemudian fokuskan kembali pada barangan yang ingin dia
beli.
“Elleen ada cakap
apa-apa pada awak tak?” tanya Hazieq.
Abell tidak terlalu
menumpukan perhatian pada Hazieq.
“Alang-alang awak dah
ada kat sini, rasanya ini masanya untuk saya beritahu awak tentang perasaan
saya yang sebenar.” ujar Hazieq. Abell
terdiam. ‘Dia nak luahkan perasaan dia pada aku ke?’ gumam hati kecil Abell.
“Saya tahu awak
sukakan saya tapi… jujur saya cakap yang saya anggap awak tak lebih dari
seorang kawan. Saya... belum sedia nak terima mana-mana perempuan dalam hidup
saya. Jadi tolong jangan letak harapan tinggi pada saya.” ujar Hazieq,
tergagap-gagap kerana risau hati Abell akan terluka.
Abell pura-pura tidak
mendengar walhal hatinya hancur remuk.
“Bell, awak dengar
tak apa saya cakap tadi?” tanya Hazieq apabila dia tidak mendapat respon dari
Abell.
“Eh apa dia? Awak
cakap apa tadi? Maaf, saya fokus sangat cari barang.” ujar Abell.
“Err… tak ada
apa-apalah. Abaikan.” Hazieq mulai salah tingkah namun dia sedikit lega selepas
meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Sekurang-kurangnya separuh beban yang
tersimpan lama.
“Saya rasa macam tak
sedap badan la, macam nak demam je. Jomlah kita balik.” ujar Abell yang
tiba-tiba berubah mood.
Hazieq sekadar akur
dengan permintaan Abell.
Abell termenung jauh
mengingatkan kembali kata-kata Hazieq sewaktu di pusat membeli belah tadi. Hatinya bagai
dihiris-hiris. Benar apa yang pernah dikatakan oleh Elleen mengenai Hazieq.
“Kalaulah aku tahu semua ni dari awal, pasti takkan sesakit ini.”
Abell menepuk-nepuk dadanya yang sesak kerana sakit hati. Dia
menangis semahunya. Bukan kerana dia berharap lebih pada lelaki itu tetapi dia tahu
selepas ini dia takkan dapat berjumpa dengan Hazieq seperti biasanya.
“Huh…penatnya badan.” ujar Elleen yang baru sahaja pulang
dan langsung merehatkan badan di sofa yang berada di ruang tamu dimana Abell
juga sedang melayan perasaan disitu.
“Eh Bell, kau okay tak ni?” Elleen menyedari butir-butir
bening yang perlahan-lahan mengalir dari kelopak mata Abell.
“Hazieq tolak cinta aku mentah-mentah, Leen.” Abell
langsung meraung sambil memeluk Elleen selepas ditegur sahabatnya itu.
Elleen cuba memahami duduk perkara sebenar. Apabila nama
Hazieq dipetik, dia tahu benar apa yang membuatkan sahabatnya itu sedih.
“Kumbang bukan seekor Bell…” pujuk Elleen.
##########################################
“Hi, awak ni Nabella
kan?” tegur salah seorang pekerja di tempat Abell bekerja.
“Ye, saya. Ada apa ye?” jawab Abell.
“Saya Que. Pekerja baru disini.” lelaki bernama Qayyum
atau lebih senang dipanggil Que itu mengenalkan diri.
“Eh kejap, awak ni yang interview kerja dengan Puan
Sakinah semalam, kan?” tanya Abell.
“Ye, sayalah tu. Katanya ada kerja kosong, jadi saya pun
cuba nasib. Alhamdulillah, saya diterima bekerja di sini. Kata Puan Sakinah,
saya akan bekerja dengan awak dalam satu tempat.” ujar Que.
“Oh yeke, kalau macam tu kita satu teamwork,lah.” ujar
Abell sambil tersenyum.
“Jadi saya nak minta tunjuk ajar dari Cik Nabella
memandangkan saya belum arif bab-bab kerja office ni. Sebelum ni saya cuma
pekerja kilang biasa je.” ujar Que dengan penuh sopan.
“Tak payah bercik-cik dengan saya la. Panggil je saya
Abell.” ujar Abell sambil membawa beberapa fail untuk ditunjuk pada Que tentang
skop kerja disitu.
Kelihatan Abell begitu semangat mengajari Que dan mereka
mudah rapat memandang umur masing-masing tidak jauh beza.
TINGGG
“Lunch together?” - Azrey.
“I’m not interested.” - Elleen.
“Hishhh, rimas betul la dengan stranger ni. Kenal tidak,
apa tidak, tetiba ajak lunch. Entah-entah ada niat tak baik. Ish risau akulah.”
rungut Elleen sambil menyusun kertas kerja.
“Leen, ada orang nak jumpa dengan kau kat luar.” ujar
Sahida.
Elleen tergamam. Selama dia bekerja, belum ada
siapa-siapa mencarinya di tempat kerja melainkan Abell yang kadang kala
mengajak dia keluar lunch, itupun setelah Abell menghubunginya terlebih dahulu.
“Siapa? Ishh… cakap je aku tak ada.” ujar Elleen yang
mulai gelabah.
“Tapi…aku dah tercakap kau ada. Kau pergi jelah jumpa
dengan dia. Mana tahu dia client kita ke. Cepatlah, tak baik buat orang
menunggu.” ujar Sahida.
Elleen mengigit bibir. ‘Jangan-jangan mamat psiko tu
datang nak jumpa aku? Tapi macam mana dia boleh tahu tempat kerja aku?’
Elleen memberanikan diri berdepan dengan lelaki yang
dimaksudkan oleh Sahida tadi.
“Encik ke yang nak jumpa saya tadi?” tegur Elleen kepada
seorang lelaki yang membelakanginya.
“Finally. Hi, saya Azrey.” ujar lelaki bernama Azrey yang
sering menghantar pesanan di messenger Elleen.
“Jadi awaklah lelaki psiko tu. Saya tak fahamlah, apa
niat awak sebenarnya? Saya langsung tak kenal awak.” marah Elleen.
“Itulah niat saya. Saya nak mengenali awak.” ujar Azrey
dengan selamba.
“Masalahnya sekarang, saya tak berminat.” tempik Elleen
sambil berlalu pergi.
“Tunggu. I can explain.” ujar Azrey.
Elleen terdiam dan menunggu lelaki itu menjelaskan segala
kekeliruan.
“Pertama kali saya nampak awak di laman sosial kawan
saya, saya rasa awaklah wanita yang saya cari. Saya tertarik untuk mengenali
awak. Saya berusaha mencari segala details mengenai awak, and finally I found
you.” jelas Azrey.
Elleen menarik muka, tidak berminat mendengar.
“Lissa, kawan awak kan?” tanya Azrey.
Elleen terdiam mendengar nama itu. Memang benar suatu
ketika dulu, dia pernah ada sahabat bernama Lissa. Namun selepas Lissa memilih
jalan untuk menjadi instafamous terkenal, dia mulai lupa diri berkawan dengan
orang-orang yang terkenal sahaja.
“Saya ternampak gambar awak bersama Lissa dalam akaun
lama dia. Sejak dari tu, saya cuba cari tahu keberadaan awak dari Lissa.” ujar
Azrey.
Elleen sedikit terpana apabila Lissa yang dia sangkakan
sudah melupakannya ternyata masih menyimpan kenangan sewaktu mereka pernah
bersama dahulu.
“Awak tadi ajak saya lunch, kan? I’m hungry, and it’s my
lunch time.” ujar Elleen.
Azrey tersenyum lebar apabila Elleen memberi respon baik
terhadapnya.
Abell semakin rapat dengan Que. Dan mereka sering
terlihat keluar bersama setiap malam dan melepak bersama kawan-kawan Que yang
lain. Namun yang membuatkan Abell cepat bosan apabila Que berjumpa dengan
kawan-kawannya, mereka akan sering bermain game di telefon bimbit
masing-masing.
“Que, saya nak baliklah.” ujar Abell.
“Tunggulah sekejap. Sikit lagi nak menang ni.” balas Que
tanpa menoleh kearah Abell.
“Lebih baik awak tak payah ajak saya keluar kalau setakat
nak tengok awak layan game dengan kawan-kawan awak.” rungut Abell.
Que tidak merespon rungutan Abell. Abell langsung bangun
dan pergi meninggalkan Que yang leka dengan dunianya.
“Tunggu kejap.” tahan salah seorang kawan kepada Que
iaitu Alakiff.
“Apa?” tempik Abell.
“Awak nak balik naik apa? Tadi awak datang dengan Que
kan?” tanya Alakiff.
“I’m not kids anymore. Teksi ada, grab ada, apa susah?”
omel Abell.
“Dah lewat malam ni, belum tentu ada teksi atau grab nak
ambil awak. Biar saya hantarkan awak?” tawar Alakiff.
“Tak payahlah buat baik dengan saya. Awak pun sama je
dengan diorang semua tu. Pergilah sambung game awak tu.” ujar Abell.
“Tak, saya tak terlalu obses dengan benda-benda macam tu.
Saya tak bolehlah biarkan gadis macam awak balik sorang-sorang. Bahaya.” pujuk
Alakiff.
Abell hanya akur dengan tawaran Alakiff.
“Thanks sudi hantar saya balik. Maaf menyusahkan awak.”
ujar Abell sebaik sahaja Alakiff menghantar sampai hadapan rumah sewa Abell.
Elleen yang mendengar bunyi deruman enjin kereta di
hadapan rumah, lantas membuka pintu buat Abell.
“Lewat balik? Aku rasa ini bukan pertama kali kau balik
lewat macam ni, sejak kau kenal dengan budak baru kat tempat kerja kau tu, kau
asyik keluar malam dan balik lewat je.” omel Elleen yang melihat banyak
perubahan dalam hidup teman serumahnya itu.
“Aku tahu. Lagipun aku bukan nak sangat lepak dengan
diorang tu. Boring. Tapi si Que tu lah asyik memaksa.” omel Abell sambil
menghempaskan diri ke sofa.
“Kau pun turut sangat kehendak si Que tu dah kenapa? Kau
suka dia eh…” ujar Elleen.
Abell menjeling tajam.
“Jeling-jeling, cocok biji mata tu karang. Dah, bangun.
Pergi mandi, masuk bilik lepas tu tidur!” omel Elleen ibarat ibu-ibu yang
sedang mengomel anaknya.
Dengan malas, Abell melangkah menuju ke bilik. Tubuhnya
terasa sangat letih sejak kebelakangan ini.
“Saya nak bawa awak
berjumpa dengan orang tua saya.” ujar Azrey.
Elleen terkesima mendengar kata-kata Azrey.
“Tapi, kita kan baru je kenal. Awak buang tebiat ke.”
marah Elleen.
“Apa salahnya kita saling kenal dengan keluarga
masing-masing?” ujar Azrey dengan penuh maksud.
“Itulah masalahnya. Kita baru je berkawan. Bercinta pun
tidak lagi.” ujar Elleen.
“Bercinta selepas kahwin akan lebih indah.” ujar Azrey.
“Up to you.” Elleen malas ingin berdebat.
“Ok deal. Hujung minggu ni saya bawa awak jumpa orang tua
saya.” ujar Azrey sambil tersenyum riang.
“I still can’t move on.” - Hafeez.
Elleen mendengus keras apabila mendapat pesanan ringkas
dari Hafeez. Sangkaannya Hafeez tidak akan mengganggunya lagi selepas dia
mengenalkan Hazieq sebagai bakal tunangnya. Ternyata Hafeez masih belum dapat
melepaskan bayangan Elleen dalam hidupnya..
DBUKKK!!
“I’m so sorry! Saya tak sengaja. Maaf, maaf, maaf.” ujar
seorang wanita yang jalan melulu sehingga terlanggar Hazieq yang tidak
menghalang jalan pun.
Kelihatan buku-buku milik wanita itu jatuh bersepah ke
lantai, lantas Hazieq membantu mengutip buku-buku tersebut.
“Jalan punya luas, saya yang kat tepi ni juga awak nak
langgar” perli Hazieq.
“Saya minta maaf.” ujar wanita yang kelihatan kelam kabut
itu.
“Awak tergesa-gesa semacam ni nak kemana?” tanya Hazieq
sambil menghulurkan beberapa buah buku yang dikutip milik wanita itu.
“Saya ada hal kecemasan. Sekali lagi, saya minta maaf.”
ujar wanita itu sambil berlari-lari anak meninggalkan Hazieq selepas
berkali-kali dia meminta maaf.
Anak mata Hazieq mengekori pergerakan wanita itu sehingga
ke arah perhentian bas terdekat. Hazieq memandang arah jam tangannya.
“Waktu macam ni belum ada bas lalu sini, kemana perempuan
ni nak pergi? Cemas semacam je.” keluh Hazieq.
“Ehem, maaf. Boleh saya tahu awak nak kemana?” tanya
Hazieq sambil menegur wanita tadi.
Wanita itu kelihatan terkejut melihat Hazieq. “Saya ada
hal kecemasan di kampung. Ishh…mana bas ni.”
“Waktu macam ni bas belum masuk, biasanya waktu kemuncak
baru ada. Itupun tengahhari nanti. Sekarang baru jam 10 pagi, ada beberapa jam
lagi awak nak kena tunggu.” jelas Hazieq.
Wanita itu semakin tak keruan.
“Kalau awak betul-betul nak cepat, apakata saya hantarkan
awak? Kebetulan saya tengah free sekarang ni. Boleh?” tawar Hazieq.
Wanita itu berfikir sejenak. Sebolehnya dia tidak mahu
menerima tawaran dari lelaki yang tidak dikenali. Namun kerana dia terdesak,
akhirnya dia akur.
“Saya…”
“Saya janji saya takkan sentuh awak ataupun lakukan
hal-hal buruk pada awak. Niat saya baik, saya nak hantar awak.” Hazieq langsung
mencelah, faham benar maksud wanita itu.
Wanita itu kelihatan sedikit lega mendengar kata-kata
Hazieq. Dia akur dengan tawaran Hazieq.
“Saya Hazieq Halil, panggil saya Hazieq je.” ujar Hazieq
sambil memandu.
“Saya Aleesha.”balas wanita itu.
“Sedap nama.” usik Hazieq.
“Saya dapat panggilan dari hospital, ayah saya di kampung
jatuh bilik air dan pengsan. Saya risau jadi apa-apa yang buruk padanya. Hanya
ayah je yang saya ada. Ibu saya dah lama meninggal. Saya hanya dua beradik,
saya dan kakak. Tapi, kakak saya sekarang menetap di Sabah bersama keluarga
kecilnya, jadi hanya saya satu-satunya harapan untuk bersama ayah. Mujur ada
jiran tolong bawa ayah saya ke hospital berdekatan.” jelas Aleesha panjang
lebar.
Hazieq mendengar dengan penuh sayu.
#######################
“Cukuplah Que. Saya dah
muak dengan perangai awak.” tempik Abell yang mulai bosan dengan sikap acuh tak
acuh Que terhadapnya.
“Dulu awak janjikan kebahagiaan pada saya, tapi sekarang
apa yang saya dapat? Awak lebih pentingkan kawan-kawan awak je. Saya ni awak
cari bila awak bosan. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?” Abell melepaskan
amarahnya apabila lelaki yang dia harapkan untuk memberi kebahagiaan padanya
ternyata memberi harapan palsu.
“Ini hobi saya, apa hak awak nak tentukan jalan hidup
saya?” jawab Que yang mulai hilang sabar apabila Abell mula meninggi suara.
“Mulai hari ini, kita buat haluan masing-masing.” ujar
Abell, beri kata putus.
Que sikitpun tidak terkesan dengan ugutan Abell malah dia
lebih asyik melayani kawan-kawannya. Abell mulai bengang dan langsung
meninggalkan Que tanpa pamit.
“Sabarlah, dia memang macam tu.” tegur Alakiff yang
tiba-tiba sahaja muncul berdekatan dengan Abell.
“Abang lama kenal dengan dia. Sebelum dia inginkan seorang
perempuan tu, dia akan beria, tunjuk effort sana sini. Tapi bila dia dah dapat,
dia mula mengabaikan.” ujar Alakiff.
“Saya menyesal kenal dengan dia. Kalaulah saya tahu
perangai dia macam tu, saya takkan tergesa-gesa terima lamaran dia.” keluh
Abell.
“Buat apa nak sesalkan benda yang dah jadi.
Sekurang-kurangnya jadikan ia sebagai kenangan dan pengajaran.” nasihat
Alakiff.
“Abang dah kahwin?” tanya Abell.
Alakiff tersenyum sumbing.
“Dengan umur begini, awak rasa abang ni tak laku ke?”
usik Alakiff.
“Who knows?” balas Abell.
“I’m married and I’m divorced. I have 3 daughters and 1
son.” ujar Alakiff tanpa berselindung.
“Why divorced?” tanya Abell, ingin tahu.
“Itu jalan yang kami pilih demi kebaikan masing-masing.”
ujar Alakiff.
Abell penuh rasa ingin tahu.
“I want to know more about you, abang Alakiff.” ujar
Abell tanpa segan silu.
“Will you marry me?” tanya Azrey sambil memandang tepat
ke dalam anak mata Elleen.
Elleen terkesima mendengar lamaran Azrey. Baru sahaja
minggu lepas dia bertemu dengan orang tuanya, kini Azrey mulai berani melamar
pula.
“Its okay, awak tak perlu jawab sekarang. Awak ambillah
berapa lama mana pun masa untuk awak berfikir. Saya akan tetap tunggu jawapan
dari awak.” ujar Azrey.
“Thanks for your understanding.” ujar Elleen.
TRITTTT TRITTTTTT….
Telefon pintar Elleen berdering. MAMA terpapar diskrin telefon
pintarnya.
“Hello ma.” jawab Elleen.
“Mama nak tanya, sejauh mana hubungan kamu dengan Hafeez?” tanya mama
dihujung talian.
Berderau darah Elleen apabila mama tiba-tiba bertanya mengenai Hafeez.
“Kenapa Mama tiba-tiba tanya pasal dia?” tanya Elleen, ingin tahu.
“Tadi Hafeez ada datang jumpa kami. Dia bawa hasrat ingin merisik kamu.
Sebab itu Mama tanya pasal hubungan kamu dengan dia. Sekurang-kurangnya kami
perlukan jawapan dari kamu sama ada kamu terima atau tidak.” ujar Mama, lembut.
Elleen mendengus kasar. Dia tidak menyangka Hafeez senekad ini.
“Ma, Hafeez hanya masa lalu Leen. I already move on. And I have someone
new in my life.” ujar Elleen.
“Why not kamu bawa dia jumpa dengan kami?” ujar Mama.
“Really Ma? Okay, promise I will bring him to home as soon as possible!”
ujar Elleen dengan riang.
Azrey yang sejak tadi berada di sebelah Elleen hanya tersenyum melihat
tingkah Elleen yang sekejap muram, sekejap marah dan gembira.
Selepas mematikan panggilan, Elleen tersenyum lebar
memandang Azrey.
“Hujung minggu ni, ikut saya balik kampung, nak?” ajak
Elleen.
“Sure.” jawab Azrey.
####################
“Terima kasih awak sebab awak dah banyak tolong saya
selama ini.” ujar Aleesha.
“Tak ada masalah. Hargailah orang tua awak selagi mereka masih
ada.” ujar Hazieq.
“Saya sesal kerana biarkan ayah saya seorang diri di
kampung. Tapi saya juga ingin buat dia bangga dengan apa yang akan capai.” ujar
Aleesha.
“Saya lebih sesal sebab biarkan orang tua saya hidup
terkontang kanting di kampung sedangkan saya bersenang lenang di sini.
Sehinggalah saya kehilangan kedua-dua mereka, masa tu barulah saya sedar saya
seorang anak yang sangat tak berguna.” keluh Hazieq.
“Saya sangat bersimpati.” ujar Aleesha dengan tutur kata
yang lembut.
“Terima kasih.”
Abell mulai mengukir senyuman lagi. Tapi bukan dengan
orang yang sama.
“Lama aku tak nampak Que. Dah tak keluar lepak dengan dia
ke?” tanya Elleen.
“Tak. We’re break up. Dia membosankan. Biarlah dia hidup
dalam dunia dia.” ujar Abell sambil tersenyum-senyum memandang skrin telefon
pintarnya.
“Aikk…dah break up masih mampu tersenyum? Selalunya kalau
orang break up ni muka sedih je.” perli Elleen.
“I’ve got someone else.” laju Abell menjawab.
Terbeliak mata Elleen mendengar penyataan Abell.
“As long as you happy, I’m happy for you.” malas nak
mengganggu kebahagiaan sahabatnya, dia hanya mampu doa yang terbaik buat Abell.
“Thank you Leen. Ehem…aku dengar orang tu dah nak kahwin
dah.” ujar Abell.
Elleen tersipu malu. “Benda baik kenalah buat cepat.”
“Congratulation for you Leen.” ujar Abell sambil memeluk
Elleen.
“Tapi…” riak wajah Elleen berubah muram.
“Kenapa? What happen?” Abell cemas.
“I forced to accept it. You know what… Hafeez diam-diam
jumpa family aku untuk merisik. Itupun selepas mama aku call beritahu pasal hal
tu.” ujar Elleen.
Ternganga Abell mendengarnya.
“Aku tahu niat dia ikhlas tapi tak adil kalau aku terima
dia sedangkan hati aku tidak lagi pada dia. Lagipun Azrey dah lamar aku.
Biarlah aku hidup dengan orang yang baru daripada tersepit dengan kenangan
lama.” ujar Elleen.
“Semoga keputusan yang kau buat ni terbaik untuk hidup
kau. Aku akan sokong segala keputusan kau Leen, as long as you happy.” ujar
Abell.
“Tahniah.” - Hafeez.
Elleen serba salah untuk membalas pesanan ringkas dari
Hafeez.
“Thanks, and I’m so sorry.” - Elleen.
“Till jannah.” - Hafeez.
Tanpa sedar, air mata Elleen mengalir kerana dia telah
melukakan hati seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi dirinya.
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi majlis pernikahan
Elleen dan Azrey akan berlangsung. Entah kenapa dia turut menjemput Hafeez ke
majlisnya. Bukan niatnya untuk menyakiti hati lelaki itu.
“Elleen! Tahniah!” jerit Abell dari muka pintu biliknya.
“Abell, datang pun kau. Aku ingat kau lupa hari ni hari
pernikahan aku.” omel Elleen
“Ishh takkanlah aku lupa. Sorry aku lewat sikit tadi,
abang Alakiff tu haa tiba-tiba anak dia nak meragam la apa la, jadi tunggu dia
urus anak-anak dia tu la, barulah dia hantar aku.” jelas Abell, sungguh-sungguh.
“Ye aku faham. Eh, abang Alakiff tu kan duda, jadi kau
tak teringin ke nak jadi ibu baru kepada anak-anak dia tu?” tanya Elleen.
“Kalau ada jodoh dengan dia, why not kan?” balas Abell.
“Ehh kejap. Aku nak tanya kau ni, kau jemput Hafeez ke?”
Elleen terdiam dengan pertanyaan Abell.
“Macam mana kau tahu?” Elleen hairan.
“Patutlah masa aku sampai tadi, aku ternampak dia tengah
borak dengan abang-abang Dj tu.” ujar Abell.
Elleen semakin cemas, dia mulai rasa bersalah kerana
menjemput Hafeez ke majlis pernikahannya.
“Aku ingat dia takkan datang.” Elleen menangkup muka,
kesal.
Abell cuba menenangkan hati Elleen yang sedang gundah
gelana.
Majlis berjalan dengan lancar. Sesi karaoke pun bermula,
dan DJ memutarkan lagu permintaan dari seseorang yang amat Elleen kenali.
“Lagu seterusnya adalah permintaan dari seorang jejaka
yang yang tidak mahu disebut namanya. Dia meminta untuk mempersembahkan lagu
Aku Bukan Jodohnya yang dinyanyikan oleh Band Tri Suaka, khas untuk mempelai
kita hari ini. Sesuatu sangat lagu yang dituju ni.” sindir Dj tersebut. Tahu
benar gerangan yang membuat permintaan lagu ini, pasti Hafeez.
“Ini salahku, terlalu memikirkan egoku,
Tak mampu buatmu bersanding nyaman denganku
Hingga kau pergi tinggalkan aku.
Terlambat sudah, kini kau t’lah menemukan dia
Seseorang yang mampu membuatmu bahagia
Ku ikhlas kau bersanding dengannya.
Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku ‘tuknya
Bahagiakan dia, kau sayangi dia
Seperti ku menyayanginya
‘Kan ku ikhlaskan dia,
tak pantas ku bersanding dengannya
‘Kan kuterima dengan lapang dada
Aku bukan jodohnya…”
Elleen terlihat sayu mendengar lagu yang disampaikan.
Sebelum Hafeez beransur pulang, Elleen dan Azrey sempat
menemuinya.
“Jagalah dia sebaik-baiknya, jangan pernah lukakan
hatinya.” ujar Hafeez.
“I will bro. Thanks for you advice.” balas Azrey.
“Saya doakan semoga awak jumpa jodoh awak dalam waktu
terdekat. We pray the best for you.” ujar Elleen.
#####################
Beberapa bulan berlalu,
Hafeez semakin menunjukkan prestasi dirinya. Rezekinya pun semakin bertambah.
Dia juga berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di salah sebuah pejabat kerajaan
dan kini mempunyai pendapatan yang tetap malah dia juga mampu membeli sebuah
kereta untuk kegunaan sehari-harinya.
“Alhamdulillah.” Hafeez mengucap kesyukuran diatas apa
yang telah dia perolehi selama ini.
“Berkat usaha dan kesabaran awak nilah buat saya bangga
dengan awak.” ujar Aimy, wanita yang Hafeez kenali melalui applikasi mencari
kawan dan wanita ini jugalah yang selalu ada disisi Hafeez ketika lelaki itu
jatuh bangun.
“Saya berterima kasih pada awak sebab mengajar saya erti
usaha tanpa putus asa. Thanks sayang.” ujar Hafeez yang kini terlihat sangat
bahagia bersama Aimy.
Abell mengunjungi Elleen yang kini tidak lagi menjadi
teman serumahnya. “Amboiii bahagia sungguh pengantin baru ni. Aku jeles.” usik
Abell.
“Elehhh, kau tu pun apa kurangnya sejak ada abang duda
ni.” balas Elleen.
Abell mencebik.
“Weh, kau ada dengar khabar dari Hafeez tak?” tanya
Abell.
“Kenapa?” tanya Elleen penuh rasa ingin tahu.
“Aku dengar sekarang ni dia dah dapat kerja tetap, kerja
kerajaan pulak tu. Murah rezeki dia. Bila dia dah stabilkan ekonomi dia, dia
terus beli kereta, mudah untuk dia pergi kerja dan balik kerja.” jelas Abell.
Elleen tumpang gembira melihat perubahan diri Hafeez. Tercuit rasa kesal
dihati kecilnya kerana pernah merendahkan lelaki itu suatu ketika dahulu.
“Kalau aku tak tinggal dia dulu, mesti dia takkan berjaya sampai tahap
ni. Ada hikmah atas semua yang terjadi.” ujar Elleen dengan rasa gembira.
TINGGGG
“Walimatul Urus Hafeez & Aimy” - Hafeez
Elleen terkejut apabila menerima pesanan ringkas melalui
aplikasi whatsapp dari Hafeez.
“Hafeez whatsapp aku kad jemputan kahwin dialah!” jerit Elleen.
Abell terkejut mendengar khabar gembira yang disampaikan oleh Elleen.
“Bertuah wanita yang jadi pasangan dia tu kan.” usik
Abell.
“Kita doa yang baik-baiklah untuk dia. Sekurang-kurangnya
aku dah boleh tarik nafas lega sebab dia dah sepenuhnya move on dari aku.
“Till Jannah!” -
Elleen membalas whatsapp Hafeez.
TRITT TRITTTTT
Abell mendapat panggilan video dari Hazieq. Hatinya
tercuit dengan kenangan lalu.
“Ada apa mamat ni tiba-tiba video call aku?” tanya hati
kecil Abell.
“Hazieq video call? Jawablah.” ujar Elleen sambil
langsung menekan tombol hijau tanpa terima.
Abell tak sempat menghalang.
“Hey girls!” ujar Hazieq dihujung talian.
“I have a good news!” sambung Hazieq.
Abell tersenyum tawar melihat wajah yang pernah dia
rindui suatu ketika dulu.
“Berseri-seri muka kawan kita ni, Bell. Ada apa-apa kau
nak cerita dengan kitorang ke?” celah Elleen.
“Leen, selamat pengantin baru! Sorry hari tu tak dapat
hadir majlis kau. Aku busy dengan exam semester akhir.” ujar Hazieq.
“No problem, aku faham. Apa good news yang kau nak
sampaikan tadi?” tanya Elleen.
“Aku dah mula kerja sekarang and the best things is… aku
akan bertunang dengan gadis pilihan hati aku.” ujar Hazieq sambil tersengih.
Elleen ternganga besar, Abell pula terbeliak mata
mendengar khabar gembira yang disampaikan oleh Hazieq.
“Aku ingatkan kau gay sebab lama sangat tutup pintu hati
untuk mana-mana perempuan. Akhirnya kau buktikan
juga pada kitorang yang kau bernafsu pada perempuan.” ujar Elleen dengan niat
berseloroh.
“Kalau kau depan aku sekarang ni, aku dah pijak-pijak kau
Leen. Cakap tak pernah berlapik!” marah Hazieq sambil tertawa kecil.
“Siapa gadis bertuah tu Zieq?” Abell langsung mengambil
alih posisi Elleen yang sedang asyik mengusik Hazieq dihujung talian.
“Nama dia Aleesha. Kalau kau orang nak tengok dia, kita
jumpa di majlis pertunangan aku nanti.” ujar Hazieq.
“Ok set!” balas Elleen dan Abell serentak.
“Semuanya dah jumpa
kebahagiaan masing-masing, tinggal aku jela yang belum ada happy ending.” keluh
Abell.
“Siapa cakap tak ada happy ending? Kau patut bersyukur
tau dapat abang Alakiff yang tak pernah buat kau rasa bosan dan sunyi. Ditambah
lagi dengan adanya anak-anak dia. Kau tak rasa macam ada dekat tadika ke? Ceria
sepanjang masa.” ujar Elleen sambil sempat mengusik Abell.
“Kurang asam!” marah Abell sambil mencubit lengan Elleen.
“Auchhhh!”
Happy ending!