About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

25 April 2020

Ramadan ya ramadan

Assalamualaikum.


Bersyukur kita kehadrat illahi kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmat di bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk melawan hawa nafsu sepanjang kita berpuasa di bulan ini. Di kesempatan ni, aku nak minta maaf banyak pada mana-mana individu yang aku lukai mahupun dilukai sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Kita 0-0 ye?

How was your day?

Well, hari khamis lepas yang bertarikh 23 April 2020 dimana kita telah melaksanakan tugas sebagai rakyat untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk hari yang yang ke-37 hari dan kita semua telah hampir melalui fasa ke-3 dengan penuh ketabahan. Dan pada hari itu juga, perdana menteri Malaysia kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020 (Fasa 4). Fyi, PKP fasa ke-4 ini ternyata lebih ketat dimana kita bukan sahaja tidak boleh keluar rumah (berjalan-jalan), malah kita juga tidak boleh makan dan minum di waktu siang kerana berpuasa (bagi umat islam). Hihihi.


Kebanyakan orang merungut kerana sudah terlalu lama berkurung di rumah dan ada juga sebahagian rakyat Malaysia yang tidak dapat bekerja seperti biasa kerana tidak mendapat surat pelepasan kerja dari pihak tertentu. Malah, lebih menyedihkan lagi, ada juga yang terpaksa dicutikan tanpa gaji mahupun diberhentikan kerja kerana syarikat tiada income untuk membayar gaji pekerja tersebut. Sungguh berat dugaanmu Ya Allah... Ya, aku bekerja. Bekerja seperti biasa dan dibayar gaji seperti biasa. Aku bukan nak sombong/riak tapi kalaulah diberi peluang untuk memilih, aku lebih rela duduk di rumah daripada terpaksa menghadap jem berjam jam kerana adanya roadblock di setiap daerah dan bekerja dengan penat lelahnya. Tapi apakan daya, pekerjaan aku termasuk di dalam golongan Essential Service (10) iaitu perkhidmatan yang diperlukan; pengangkutan (Logistik). Aku dah pernah cuba memohon cuti sehingga PKP tamat. Tapi permohonan aku ditolak. Tak apalah... demi mencari sesuap nasi. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana dapat menyibukkan diri daripada aku duduk sendirian dan berfikiran yang negatif terhadap hal-hal yang ada di sekeliling aku. Lagipun, aku sangat diperlukan untuk membantu sebahagian dari keluarga aku yang lebih susah. Walaupun tak besar tapi cukup setakat mana yang aku mampu tolong.



Buat korang yang senasib dengan yang lain, aku harap korang tabah dan sabar menjalani kehidupan kita sekarang ni. Kita kena lawan virus ni. Kita kena menang. Macam mana nak lawan? Kita kena sentiasa bersih. Persekitaran kita bersih, tubuh badan kita bersih, insyaallah, kita akan beroleh kemenangan. Jangan berhenti berdoa. Dan marilah sama-sama kita beramal, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Semoga kita memperoleh kemenangan di hari akan datang. Amin!

P/S: Puasa, puasa juga, zakat fitrah jangan lupa. Bye!


Wassalam,
Leenz

25 April 2020 - 8:16pm