Assalamualaikum.
Hai. Tiba-tiba aku menjadi awkward pulak nak menulis dalam blog aku sendiri. Maklumlah, dah berapa lama aku menaip kat sini.
So, well... I'm fine. But just a little bit busy. Dengan tak cukup tangan nak handle pelbagai kerja. Ditambah pulak dengan staff yang berhenti kerja mendadak. Oh my goshhh... and now I've got 1 more problem, sistem untuk aku buat kerja pulak skrg tgh down. Tak tahulah pasai apa. Jadi banyak gila kerja aku yang tengah pending. Dah call technician but still cannot fix it. Sama ada orang tu yang tak tahu buat atau he just ignore my request. Hmm...Serabut. Kepala aku tengah serabut.
Macam-macam hal jadi dalam hidup aku sepanjang aku tak update dalam blog ni. Bukan aku taknak share kat sini, tapi kekangan waktu tu melumpuhkan hasrat aku. Then, bila aku nak mula menaip, ada saja yang mengganggu. Last-last semua idea lesap. Hilang sesat tak jumpa jalan pulang. Jadi, sementera my technician tengah betulkan komputer kerja aku, sambil-sambil ni lah aku curi la masa sikit untuk update apa-apa. Atleast adalah jgk kan new update. Lalala...
Entahlah...aku tak tahu nak mula dari mana. Banyak, terlalu banyak yang aku nak kongsikan dengan korang. But I don't know how to start. Adakah aku perlu share dengan korang? I don't think so. Tapi fikiran aku akan terus terbeban dengan segala hal yang tersimpan di dalam fikiran ni.
Oh ya, apa-apa pun aku nak ucap tahniah untuk my ex crush. Bhahahahaha (sambil lap air mata). Tahniah sebab baru bertunang untuk kali kedua dengan orang yang berbeza. Well, semoga pertunangan kali ni hingga ke jinjang pelamin. Korang masih ingat dengan Iz? Haa...dia tulah orang yang aku maksudkan. Aku nak tanya, kalau korang ada kat tempat aku, apa perasaan korang bila tahu orang yang korang pernah suka bakal mendirikan rumah tangga? Kalau aku, aku rasa sedikit hampa tapi dalam masa yang sama, aku tetap doakan kebahagiaan dia. Benda baik, takkan nak doa yang bukan-bukan pulak kan. Rezeki, jodoh, takdir semuanya di tangan tuhan. Siapa kita untuk menidakkan? Semoga kau bahagia Iz... (kesat air mata)
Dan lagi satu berita gembira aku nak share, hari tu entah kenapa tiba-tiba my ex bf. Muahahahaha. Dia wasap aku. Katanya nak berdamai. Hmm. Dia minta aku lupakan persengketaan antara kami berdua dulu. Aku okay je. Asalkan dia betul-betul dapat terima takdir sekarang (kami tiada jodoh). Lagipun sekarang dia pun dah jumpa pengganti aku. Dan aku dengar-dengar dia pun nak kahwin hujung tahun / tahun depan. Alhamdulillah.
Cuma...aku. Aku belum menemui pintu kebahagiaan aku. Tapi aku malas nak fikir sangat pasal tu. Banyak benda lagi yang aku perlu fikirkan daripada asyik murung kerana kebahagiaan yang aku pilih. I need to set my future. Tak kisahlah dengan pasangan mahupun sendirian. I should be. Kalau tidak, sampai bila-bila pun aku tetap terpuruk dalam kehidupan sedih ni.
Aku tahu bukan aku sorang yang ada masalah. Ramai. Semua orang ada masalah. Bezanya masalah tu dalam bentuk lain-lain. Apapun, aku harap aku dan korang2 semua dapat selesaikan masalah itu dengan baik dan bukan dengan cara buruk. Semoga Allah selalu memberi petunjuk untuk kita semua. Amin.
Sebelum aku tutup update aku hari ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha mohon maaf zahir dan batin untuk korang semua. Salam 0-0.
Wasalam.
21 Aug 2018 - 16:19pm