"Kenapa ni Fiera?" tanya Hashima apabila dia melihat Afiera mundar-mandir di hadapan mejanya."Sebenarnya..." Afiera ragu-ragu ingin meminta tolong dari Hashima. "Sebenarnya apa Fiera?" Afiera menggigit bibirnya. "Akak kenal tak siapa suami Huuda?" Hashima sedikit terlopong apabila mendengar Afiera bertanya mengenai Adzwin, suami kepada Huuda. "Kenal gitu je itupun kenal masa waktu Huuda kahwin. Kenapa Fiera tiba-tiba tanya pasal suami perempuan tu? Jangan cakap dengan akak yang Fiera nak ngorat laki dia pulak." ujar Hashima sambil berseloroh. Laju sahaja Afiera yang duduk di sebelah Hashima menepuk manja peha wanita itu. "Ingat taste Fiera ni macam Huuda ke suka rampas laki orang? Pleaselah..." ujar Afiera sambil memusingkan matanya. Hashima tertawa kecil melihat gelagat Afiera. "Fiera nak suami Huuda tahu apa yang isteri dia buat di belakang dia selama ni. Fiera dah penat dengar diorang asyik perli dan mengata Fiera ini itu walhal sikitpun Fiera tak kacau hidup diorang. Kali ni, Fiera nekad. Fiera nak tengok hidup dia hancur, jatuh terduduk." ujar Afiera sambil menahan amarah. Hashima sedikit terkejut mendengar azam Afiera.
Selepas mendapat nombor telefon Adzwin yang berada di dalam simpanan Hashima, Afiera langsung menghubungi lelaki itu tanpa ragu-ragu. Afiera menceritakan segala perihal Huuda kepada Adzwin. Pada mulanya Adzwin terpinga-pinga dengan apa yang diceritakan oleh Afiera tadi. "Tak mungkin isteri saya berkelakuan sedemikian. Awak jangan nak memandai-mandai buat cerita." tegas Adzwin. Afiera melepaskan keluhan. "Encik Adzwin, saya ni bukanlah jahat sangat sampai nak meruntuhkan rumah tangga orang lain tapi apa yang diorang buat tu dah keterlaluan. Begini sajalah, apakata nanti Encik Adzwin ikut saya kerumah yang Huuda duduki selama ni. Saya akan buktikan kata-kata saya tadi adalah benar." ujar Afiera yang cuba meyakini Adzwin, suami kepada Huuda. Adzwin terdiam seketika. Resah juga hatinya memikirkan perihal isterinya.
* * *
"Hai awak!" sapa Ayreen sambil tersenyum lebar memandang jejaka pilihan hatinya itu. Izran mengeluh kecil. Dia memandang wajah Ayreen dengan penuh simpati. Fikirannya bercelaru. Entah bagaimana harus dia katakan pada gadis itu mengenai pertunangannya dengan wanita pilihan keluarganya. "Awak okay tak ni? Dari tadi saya tengok awak asyik termenung panjang je. Ada apa-apa yang awak sembunyikan dari saya ke?" tanya Ayreen. "Reen, saya nak minta maaf dengan awak." ujar Izran sambil menundukkan wajahnya. Tidak berani dia ingin melihat wajah kecewa Ayreen jika gadis itu tahu tentang hal sebenar. "Minta maaf? Pasal apa?" Ayreen terpinga-pinga. "Saya rasa adalah lebih baik awak terima saja lelaki pilihan hati family awak tu. Mungkin itu yang terbaik untuk awak." Izran mengalihkan pandangan. "Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni...?" Ayreen mulai sendu. "Izran, saya sukakan awak. Saya kan dah pernah cakap yang saya nak kahwin dengan awak bukan dengan pilihan family saya. Awak dah lupa ke?" ujar Ayreen. "Tapi...tapi saya tak boleh. Kita tak boleh bersama. Sebab saya..." Izran terdiam seketika. Air jernih mula mengalir di pipi Ayreen. "Maafkan saya. Bukan niat saya nak buat awak kecewa. Saya sayangkan awak. Saya juga sayangkan hubungan kita tapi kita tak boleh hidup bersama. Parents awak dah tentukan jodoh awak begitu juga dengan saya." Ayreen bingung dengan kata-kata Izran. Apa yang lelaki ini cuba sampaikan? "Reen, saya dah jadi tunangan orang dan saya akan berkahwin tak lama lagi. Maafkan saya sebab sembunyikan semua ni dari awak. Tapi satu hal yang awak perlu tahu, semua ni berlaku bukan atas kehendak saya tapi keluarga saya. Saya tak mampu menolak sebab saya taknak kecewakan keluarga saya. Maafkan saya." ujar Izran. Ayreen terduduk lemah selepas mendengar pengakuan Izran. Salah diakah kerana terlambat merebut hati lelaki itu? Salah diakah kerana memendam perasaan terhadap lelaki itu? Ayreen tak mampu berkata apa-apa lagi selain menangisi nasib yang menimpa dirinya. "Reen..." Izran cuba memujuk agar sahabatnya itu tidak berterusan menangis. "Don't touch me!" tempik Ayreen apabila Izran cuba mendekatinya. "Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni. Awak tahu tak, kerana awak, saya rela menyakiti hati family saya. Dan kerana awak, saya sanggup tolak lamaran lelaki-lelaki lain semata-mata untuk tunggu awak. Tapi...ini yang awak beri pada saya?" ujar Ayreen sambil mengesat air mata. Baginya tiada guna lagi untuk dia menangisi lelaki yang tidak menghargai pengorbanannya. "Tak apalah. Mungkin dah tertulis yang awak bukan jodoh saya. Saya redha. Kalau semudah ni awak boleh lukakan hati saya, why not saya pun buat benda yang sama." ujar Ayreen. Izran terdiam. Dia tidak dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh Ayreen. Kelihatan gadis itu mengeluarkan sekeping gambar yang berada di dalam simpanannya "Awak kenal gambar ni? Gambar kita berdua." Izran menggangguk faham. Ayreen langsung mengoyakkan gambar tersebut menjadi sebuah cebisan kecil. "Kenapa awak koyakkan?" tanya Izran. "Kalau awak nak tahu, beginilah rasanya hati saya bila disiat-siat. Buat apa lagi saya nak simpan gambar kita? Kita dah tak ada apa-apa. Mulai sekarang, awak lupakanlah saya. Anggaplah yang kita tak pernah kenal." ujar Ayreen. "Semudah tu?" tanya Izran. "Yes, semudah awak buang saya dan hancurkan hati saya. Terima kasih Izran!" tempik Ayreen sambil berlalu pergi tanpa menoleh kearah lelaki itu.
Afiera nekad untuk menangkap basah Huuda dan Amrizal di rumah sewa lelaki itu. Selepas dia yakin bahawa Huuda berada di dalam rumah tersebut, Afiera langsung bekerjasama dengan orang-orang dari pejabat agama. Tepat jam 10 malam, mereka langsung menyerbu rumah sewa milik Amrizal. Sebaik sahaja Amrizal membuka pintu, dia tercengang melihat sekumpulan lelaki berkopiah berada dihadapan pintu rumahnya. Amrizal mulai gelabah apabila sekumpulan lelaki berkopiah itu ingin menggeledah masuk. Belum sempat mereka menjejakan kaki masuk ke dalam rumah itu, Huuda langsung menunjukkan dirinya. "Siapa yang datang malam-malam buta ni Am?" tanya Huuda sambil menggosok matanya yang kelat. Amrizal menunduk pasrah apabila dia ditangkap berdua-duaan dengan Huuda di dalam rumah sewanya tanpa ikatan yang sah.
Mereka berdua langsung dibawa ke pejabat agama. Pihak pejabat agama memutuskan agar mereka harus segera berkahwin. Huuda terlihat begitu teruja apabila mendengar bahawa Amrizal akan mengahwininya. Amrizal bermati-matian mempertahankan kesalahannya. "Saya tak boleh." ujar Amrizal. Huuda tidak puas hati dengan penolakan Amrizal. "Maaf encik, saya memang betul-betul tak boleh mengahwini dia." jelas Amrizal. "Boleh awak beritahu saya apa sebabnya?" ujar salah seorang lelaki berkopiah yang menangkap khalwat mereka berdua. "Sebab..."
"Sebab dia masih isteri saya." celah Adzwin yang tiba-tiba muncul di pejabat agama tersebut. Huuda terlopong apabila melihat kehadiran suaminya disitu. Amrizal juga terkejut melihat lelaki yang mengaku suami kepada Huuda. Kesemua yang berada disitu mulai bingung dengan permasalahannya. "Apa kau dah buat dengan isteri aku ni, hah?!" marah Adzwin kepada Amrizal. Amrizal hanya terdiam membisu sambil menunduk malu. "Tak malu ke bersedudukan dengan bini orang?" sambung Adzwin. "Dan kau, Huuda. Kau lupa ke kau tu isteri orang? Kau dah lupa yang kau ada suami dan anak? Apa yang ada dalam kepala otak kau tu ha sampai kau sanggup tinggal berduaan dengan lelaki lain tanpa fikir halal haram?" tempik Adzwin. Seorang pegawai disitu membawa masuk seorang wanita bertudung litup. "Fateha?" Amrizal terkejut melihat kedatangan Fateha. Dia mati kata melihat wajah kecewa isterinya.
* * *
Setelah insiden kelmarin, Huuda akhirnya diceraikan oleh Adzwin kerana dia merasa jijik dengan kelakuan buruk isterinya selama ini. Selepas mereka bercerai, Adzwin mendapat hak penuh ke atas anak lelaki mereka dan Adzwin juga tidak membenarkan Huuda berjumpa dengan anaknya. Puas Huuda merayu agar tidak memisahkan dia dan anaknya tetapi tidak didengari. Huuda akhirnya jatuh terduduk apabila suaminya sendiri telah menceraikannya manakala Amrizal juga sudah menjauhkan diri darinya setelah kesemua harta yang Huuda dikikis habis. Selepas berita dia ditangkap khalwat tersebar, Huuda langsung dipecat dari syarikat dia bekerja kerana majikannya tidak mahu nama baik syarikat tercemar dengan sikap buruk pekerjanya yang satu itu.
Demi kebahagiaan yang Fateha inginkan selama ini, Amrizal akhirnya akur dengan permintaan cerai yang difailkan oleh Fateha. Insiden dia dan Huuda ditangkap khalwat diketahui oleh rakan-rakan sekerjanya. Amrizal menjadi malu untuk berhadapan dengan Afiera. Dia akhirnya memutuskan untuk berhenti kerja dan berpindah jauh dari orang-orang yang mengenali dirinya.
"Akak tengok Fiera dah boleh tersenyum lebar dah sekarang." ujar Hashima. "Mestilah. Hidup Fiera sekarang dah rasa lebih tenang dan puas hati. Jadi Fiera harap lepas ni tak ada lagilah anasir-anasir yang suka jaga tepi kain orang tu." ujar Afiera sambil menjeling ke arah Hanna dan Najwa yang suka mengganggu dan menjaga tepi kain orang lain. Hashima tersenyum apabila mendengar sindiran Afiera. Tahu benar dia kata-kata itu dituju buat mereka berdua.
"Jadi, begitulah kisah si perempuan hati batu yang kau sibuk tanya-tanya tu. Ha, macam mana? Masih belum putus asa lagi ke nak curi hati perempuan tu?" usik Naza. "Dari cerita kau selama ni, aku rasa macam susah juga nak tawan hati dia. Tapi tak apa, aku kan suka cabaran. Walau macam mana cara sekalipun, aku akan usaha untuk tarik perhatian dia dan curi hati dia sedikit demi sedikit." ujar Nashrin dengan penuh keyakinan. "Kau dengar sini, kalau kau rasa kau dah bersedia nak jaga anak orang, apakata kau tawan hati family dia dulu. Dari situ dia akan nampak kesungguhan kau. Ha...masa tu barulah kau boleh tawan hati dia pulak. Slow-slow brader, jangan gelojoh. Perempuan tu mungkin fobia dengan cinta, sebab tu dia susah nak buka hati dia untuk mana-mana lelaki. Apapun, aku doakan semoga kau berjaya." ujar Naza sambil memberi semangat kepada Nashrin. "Ha...kau tunggu apa lagi?" tanya Naza. "Tunggu apa?" Nashrin terpinga-pinga. "Lembablah kau ni. Kau tak nampak tu lelaki dalam kereta hitam yang kau tanya hari tu." ujar Naza sambil menunjuk kearah sebuah kereta hitam yang selalu dinaiki oleh Afiera. "Kenapa dengan dia?" Nashrin masih blur. "Aku dah agak kau mesti tak faham. Kalau kau nak tahu, lelaki tu sebenarnya bapak si perempuan tu. Dialah yang kau nampak selalu hantar Afiera pergi kerja. Tunggu apa lagi? Pergilah tawan hati bapak dia dulu. Itupun aku nak kena ajar ke..." omel Naza. "Ishhh....kau gila ke? Takkanlah aku tiba-tiba nak sapa bapak dia. Karang dia kata aku ni buang tebiat pulak. Rileklah. Aku tahu apa aku nak buat. Kau doakan aku je dah cukup." ujar Nashrin. "Yelah-yelah. All the best for you brader. Aku nak gerak balik dah ni. Assalamualaikum." ujar Naza sambil berlalu pergi menaiki motosikal kesayangannya. "Waalaikumussalam." Nashrin tersenyum sendiri. Benar kata Naza, aku kena pikat hati family dia dulu. Wish me luck!
- Tamat -
Hasil nukilan: Leenz Armani
P/S: Alhamdulillah, tamat sudah cerbung yang sekian lama ditunda-tunda sambungannya. Apapun, aku nak minta maaf sebab sambungan kali ni tak berapa nak panjang. Yelah, kalau panjang2 karang hilang idea, hilang jugaklah penulisnya, last-last ending pun tergantung gitu, nak? Yang pasti, aku akan cuba perbaiki setiap kelemahan dalam penulisan aku. Maklum la, aku ni bukanlah penulis profesional macam novelis2 yang terkenal tu. Aku harap kau enjoy dengan cerita ni. Tobat wehhhh taknak buat cerita sambung2 lagi dah. Penat otak memikirkan sambungannya. Hahahahahahahahaha! Oh btw, siapa Nashrin dalam cerita ni? Jengjengjeng....
Wasalam.
- Leenz