About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

13 March 2018

Lesen mati

Assalamualaikum.

Entah kenapa tiba-tiba je jari ni rajin pulak nak menaip kat sini. Dah alang-alang datang kerajinan ni, aku nak kongsi satu cerita dengan korang.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku dok bergelak sakan (mengejek) kakak aku sebab lesen dia dah lama mati dr tahun lepas. Tapi aku tak tahu sama ada dia sengaja taknak renew awal-awal ataupun dia memang tak menyempat (busy) atau dia tak ada duit. Wallahualam. Lagipun kalau nak ingat tarikh hidupkan lesen sekarang dah senang sebab pakai tarikh lahir je. Jadi tarikh lahir kakak aku jatuh pada bulan 12 (tahun lepas), sekarang dah masuk bulan 3 dah pun. Bayangkanlah berapa bulan dia memandu kereta dengan lesen memandu telah expired tu. Macam mana kalau tiba-tiba kena tahan dek abam polis / pakcik jpj? Nak jawab apa nanti? Paling tidak pun, dapat surat 'cinta' jelah nanti. Disebabkan itulah, apabila dia nak kemana-mana, dia akan ajak aku. Dengan harapan, aku boleh ganti dia pandu kereta apabila adanya roadblock dimana-mana. Hmm aku dipergunakan.

Tapi sampai bila kan nak hidup dalam ketakutan gitu? Then, bila dia dah bosan kena omel pasal lesen, dia pun terus ke pejabat pos terdekat untuk hidupkan. Jadi sekarang dia dah rasa lapang dan tak takut dah untuk kemana-mana sebab lesen dah diperbaharui. Yahoo!

Ok jap, belum habis lagi cerita aku. Pagi tadi aku ke kastam ptp atas urusan kerja, then sebelum masuk kastam, pelawat dikehendaki meninggalkan lesen memandu di kaunter yang berkenaan. Sampai turn aku, tiba-tiba hakak polis tu cakap, dik lesen baru tak ada ke? Aku macam blur. Aku yang salah bagi lesen ke atau hakak polis tu salah tengok? Aku pun ambil semula lesen memandu aku dan check semula. And know what... Aku tengok tarik expired; 25 Oct 2017! Gosok-gosok mata, memang betul expired tahun 2017! Itu bermakna lesen aku dah nak masuk 6 bulan tak renew, kau ghaseeeee???

Tetiba aku jadi flashback. Maknanya selama ni aku dok ulang alik memandu pontian-gelang patah-johor bagai tanpa lesen sah... Padahal rajin jugak aku asyik terserempak dengan abam-abam polis. Jangankan terserempak, siap boleh lepas roadblock dengan confident level yang tinggi kot! Aku expect lesen aku tu aku renew untuk 2 tahun. Kononnya tahun 2018 baru expired tapi aku terlupa yang aku renew untuk 1 tahun sahaja. Hampeh.

Aku call kakak aku, then cerita pasal lesen aku mati. Dia boleh bantai gelak! Yelah, apa tidaknya, masa dia takde lesen tu, aku punya sedap dok mengomel suruh renew cepat la ape la bla bla bla, last-last lesen aku yang tak renew. Malu siot...

Itulah padahnya dok mengejek orang, last-last kena batang hidung sendiri, Btw, terima kasihlah pada hakak polis yang beritahu pasal lesen aku dah expired tu. Seriously, selama ni aku tak pernah pun tergerak hati nak check tarikh luput lesen sebab aku yakin lesen aku lambat lagi mati. Hmm...

Sudahlah lesen mati, kereta pulak dah tiba masa nak kena service, tayar pun dah mintak kena ganti. Duit oh duit... semua benda pakai duit. Lama-lama kepala pun bole botak fikir pasal duit. Hadoi...

P/s: Sejak tahu lesen dah lama mati ni, tetibe aku pulak jadi takut-takut nak memandu tanpa lesen. Hilang sudah confident level yang tinggi tadi.

Wassalam.
- Leenz