About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

28 July 2015

Dear awak...

Dear awak...

Awak, sampai bila awak nak diamkan diri dari kesalahan awak?

Awak, saya selalu jaga hati saya untuk awak, tapi kenapa sampai hati awak balas
saya macam ni?

Awak, kesalahan takkan boleh ditutup sampai bila-bila.

Awak...

Sebenarnya saya dah lama tahu apa yang awak buat di belakang saya. Walaupun saya tak nampak, tapi tuhan selalu ada untuk memberitahu saya segalanya yang awak buat.

Awak, ketahuilah bahawa Allah itu tidak pernah tidur.

Awak, mungkin awak berubah sebab awak tak bahagia dengan saya. Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tau saya tak selalu ada untuk awak. Tapi awak jugak yang kata awak boleh terima segala kekurangan saya walaupun saya tahu awak cakap macam tu sebab nak sedapkan hati saya je kan? Nama pun dalam perkenalan. Perkenalan awal memang nampak semua indah pada awalnya. Tapi bila dah lama, semua hal yang indah tu akan jadi buruk. Betulkan awak?

Awak, dulu awak pernah cerita pada saya, ada seseorang menyukai awak dari dulu tapi awak tak boleh terima dia atas satu sebab. Dan sebabnya orang yang sukakan awak tu merupakan seorang yang sama jantina dengan awak. Lelaki. Jadi mungkin sebab tulah awak lebih memilih saya yang perempuan ni berbanding lelaki tu. Terima kasih awak.

Sejak dari tu saya happy dan bersyukur sangat sebab ciri-ciri lelaki idaman yang saya cari selama ni ada pada awak. Saya janjikan pada hati saya bahawa awaklah lelaki terakhir yang akan hadir dalam hidup saya sebab saya bukanlah jenis yang senang nak menerima mana-mana insan dalam hidup saya. Kerana saya merupakan salah satu wanita Philophobia (fear of love).

Bak kata pepatah, kusangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya
hujan di tengahhari.

Awak, masa birthday awak yang lepas, saya fikir saya dapatlah sambut hari lahir awak dengan cara sederhana sebab saya bukanlah jenis yang berharta sangat. Cukup dengan apa yang saya ada. Tapi awak tahu tak yang saya dapat hari tu bukanlah kebahagiaan tapi kekecewaan. Awak tahu tak sebab apa? Sakit hati saya bila teringat semula.

Awak, kenapa lelaki yang pernah suka pada awak tu muncul kembali dalam hidup awak? Dan kenapa dia harus muncul pada hari lahir awak? Hari yang sepatutnya jadi hari bahagia untuk saya dan awak. Awak, betapa sakitnya hati saya bila saya nampak dia rela tunggu awak sampai awak balik kerja. Saya kecewa, awak.

Tapi saya anggap mungkin dia pun nak sambut birthday awak dan nak jadi salah seorang yang spesel dalam hidup awak. Takpelah awak, saya tunggu birthday awak tahun depan untuk sambut sama-sama dengan awak. Untuk sekarang, biarlah saya bagi peluang pada orang lain dulu.

Layanan awak pada saya tak pernah berubah. Awak selalu ada masa untuk saya. Awak selalu buat saya tertawa. Sampai saya rasa awaklah satu-satunya lelaki yang berjaya buat saya tersenyum lebar. Awak berjaya. Berjaya tipu saya. :')

Awak, sejak awak dapat kerja shif malam, awak semakin berubah. Awak semakin jarang beri khabar pada saya. Kenapa awak? Saya ada buat salah apa pada awak? Awak selalu beri alasan, kerja malam buat awak mengantuk. Awak tidur dari jam awak balik kerja sampai awak bangun untuk pergi kerja semula. Lamanya awak tidur.Tak penat ke? Tapi takpelah awak, saya tunggu awak bagi khabar. Saya tetap tunggu awak.

Awak perasan tak makin hari awak makin tak ada khabar. Saya risau awak sakit. Saya risau terjadi apa-apa yang buruk pada awak.

Awak, perasan tak dari sebelum masuk bulan Ramadan lagi hubungan kita semakin rengang. Awak dengan hal awak, saya dengan hal saya. Kadang-kadang saya selalu marah-marah dengan awak kan?

Awak, saya marah bukan sebab saya pemarah ataupun saya suka-suka nak marah awak. Semua yang saya tegur tu bersebab. Dan semua tu pun demi kebaikan awak.

Awak, bila masuk bulan Ramadan hari tu, saya ingat nak ajak awak puasa sama-sama. Tapi saya tak tahu kenapa hubungan kita menjadi semakin rengang. Awak menjauhkan diri dari saya. Saya serba salah, awak. Saya selalu fikir apa salah saya pada awak. Awak, tolonglah beritahu apa salah saya?

Awak, awak pernah beritahu saya kalau awak selalu tak sempat nak bersahur sebab banyak kerja. Saya selalu risaukan awak bila awak tak sahur. Saya takut awak tak larat nak berpuasa sampai ke petang sebab tak sahur. Saya takut awak sakit. Sebab tu kadang saya marah awak. Marah demi kebaikan awak, itu pun salahkah?

Sampailah suatu hari saya dapat tahu bahawa dalam diam rupanya awak selalu bersahur dengan lelaki yang pernah suka pada awak tu. Kenapa dia? Awak tahu kan saya pantang bila dengar pasal dia. Tapi awak tetap rapat dengan dia jugak. Tak salah kalau awak nak berkawan dengan dia tapi atleast, awak beritahulah pada saya. Saya bukan tak suka awak berkawan dengan dia, tapi awak sedar kan dia tu lelaki dan dia ada perasaan pada awak. Awak sedar tak yang saya cemburu? Awak tahu kenapa saya cemburu? Sebab saya takut kehilangan awak. Saya takut kehilangan lelaki idaman yang saya cari selama ni. Lebih saya takut, bila awak memilih jalan yang songsang.

Bila saya tanya pasal tu, awak tak nak mengaku. Awak berlakon seolah-olah hal tu tak pernah berlaku dalam hidup awak. Malah, awak cakap saya yang tuduh awak bukan-bukan. Awak, apa salahnya awak jujur? Saya tak kan marah kalau awak mengaku hal yang betul. Tapi takpelah awak. Mungkin awak takut saya marah awak.

Sejak dari tu, awak layan saya macam nak tak nak. Sayakah yang bersalah dalam hal ni, awak?

Awak minta saya beri awak waktu untuk tenangkan hati dan fikiran awak. Saya akur. Saya mengalah. Mungkin pada awak, sayalah yang bersalah sebab menuduh awak buat benda yang awak tak buat.

Saya beri ketenangan pada awak seperti yang awak minta. Suatu hari, saya pulak dilanda pelbagai masalah. Dugaan demi dugaan tuhan turunkan pada saya. Awak tahu tak, orang pertama yang saya perlukan adalah awak. Saya ingat awak akan ambil berat pasal saya, beri semangat pada saya tapi...

Di mana awak ketika saya perlukan awak? Ketika saya dilanda pelbagai masalah dan dugaan hidup? Awak tahu tak awaklah penyemangat saya selama ni. Tapi dimana awak waktu itu?

Saya bangkit dari kegagalan. Saya belajar dari pengalaman. Dugaan berat itu saya hadapi sendirian. Saya berjaya awak. Masalah saya selesai satu persatu berkat semangat dari kawan-kawan dan keluarga saya. Saya bersyukur diorang ada disisi saya bila saya susah. Tapi jauh dari sudut hati saya, saya selalu berharap bahawa awak menjadi salah satu dari mereka. Harapan tinggal harapan. Takpelah awak...

Raya dah nak dekat. Saya fikir hubungan kita akan kembali bahagia macam dulu tapi awak tetap dengan keegoan awak. Kita memang takkan dapat kembali macam dulu kan? Macam waktu pertama kali kita kenal. Semuanya indah. Tapi tak mungkin hubungan yang dulu dapat kembali lagi. Saya rindu awak yang dulu. Saya rindu kita yang dulu, awak. :')

Awak, dulu saya pernah beritahu awak kalau saya nak pakai baju raya sedondon dengan awak. Awak pilih tema merah. Saya pun rancang nak beli baju raya warna yang sama tapi entah kenapa tiba-tiba saya rasa saya tak perlukan semua tu. Apalagi bila awak cakap awak kena kerja masa Raya pertama nanti. Kesian awak. Hmm...rupa-rupanya baju raya awak bukan warna merah tapi hijau. Nasib baik saya tak beli baju raya.

Tapi awak, bila saya dapat tahu sehari sebelum Raya awak balik kampung, saya gembira. Saya gembira sebab akhirnya awak dapat jugak sambut Raya dengan keluarga awak. Walaupun awak takde khabarkan pada saya kalau awak dapat beraya di kampung, saya tetap tumpang gembira. Syukur awak sampai ke kampung dengan selamat. Saya tunggu khabar awak. Tapi mungkin awak tengah sibuk tolong keluarga awak buat persiapan kot.

Hari Raya pun menjelang tiba. Saya tunggu ucapan Raya dari awak tapi awak langsung tak beri apa-apa khabar pada saya. Awak sihatkah? Akhirnya saya yang mengalah. Saya yang beri ucapan Selamat Hari Raya pada awak. Saya gembira awak balas. Tapi...kenapa macam tak ikhlas? Saya mengganggu awak ke? Maafkan saya.

Awak, kita pernah berbincang mengenai masalah hubungan kita yang semakin hari semakin tak berpenghujung ni. Tapi awak macam nak tak nak jawab. Saya tak paksa awak untuk mengganggap saya ada dalam hidup awak. Saya cuma mahukan jawapan yang pasti. Saya tak nak berada di dalam hubungan yang tergantung macam ni.

Awak kata awak tak nak keluar dengan saya sebab awak malu. Awak malu bila saya yang selalu datang ambil awak. Saya selalu support awak. Awak tahu tak, saya ikhlas buat semua tu. Sikitpun saya tak pernah berkira dengan awak. Yang saya nak, cukuplah dengan awak ada di sisi saya. Cuma saya hairan kenapa bila dengan lelaki yang sukakan awak tu, awak boleh je keluar dengan dia? Jalan-jalan dengan dia? Bergurau senda dengan dia? Awak ada fikirkan saya tak masa tu?

Awak tahu tak sakit hati saya bila dapat tahu hal-hal yang tak patut saya tahu?

Awak, hari ni saya dapat tahu sesuatu hal yang sangat-sangat-sangat mengecewakan hati saya. Rupa-rupanya sehari sebelum raya tu, awak balik kampung dengan lelaki yang sukakan awak tu. Patutlah awak takde beri khabar apa-apa pada malam raya hari tu. Tapi awak, kenapa harus dia...? Lebih teruk lagi, kenapa awak rahsiakan semua ni dari saya, awak? Salah ke awak beritahu saya? Siapa saya dalam hidup awak selama ni?

Awak, mungkin awak fikir saya tak tahu apa-apa pasal awak dan lelaki tu. Hakikatnya, saya pendam, saya telan semuanya. Sakit. Tapi saya redha, awak.

Saya dah cuba jadi yang terbaik buat awak tapi saya tak mampu. Saya tak mampu bahagiakan hidup orang yang saya sayangi. Saya tak mampu nak berikan apa-apa pada awak. Mungkin saya bukan lagi orang awak cintai. Takpe awak, saya dah redha. Cuma satu sahaja saya minta pada awak. Lepaskan saya dari hati awak jika saya tidak lagi layak ada disana. Saya tahu ada orang lain yang lebih layak untuk membahagiakan awak walaupun saya tahu awak takkan boleh bersama dengan dia untuk selama-lamanya.

Awak, awak pernah tanya pada saya seandainya awak ingin kembali semula pada saya, adakah masih ada peluang kedua untuk awak?

Awak, peluang kedua selalu ada untuk awak seandainya hati saya MASIH terbuka untuk awak. Saya tak boleh janji sampai bila hati saya akan terbuka. Tapi seandainya ia telah ditutup, ia tidak akan di buka untuk orang yang sama lagi... Setiap orang ada titik lelah dia kan?

Awak, terima kasih kerana pernah menyayangi diri saya seperti mana saya menyayangi awak dengan sepenuh hati saya. Terima kasih juga untuk balasan yang awak beri pada saya di atas kesetiaan saya menjaga hubungan kita selama ni.

Saya cuma terkilan bila dapat tahu awak lebih bahagia dengan lelaki yang menyukai awak selama ni. Saya lebih terkilan apabila saya tahu yang awak pun ada menyimpan perasaan pada dia. Semoga Allah menguatkan keimanan diri awak untuk pulang ke jalan-Nya.

Terima kasih awak.

Awak, pengalaman selalu mengajar saya agar saya boleh menjadi lebih dewasa. Terima kasih kerana awak menjadi salah satu dari pengalaman hidup saya.

Yang terluka,
Leenz.