About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

6 February 2015

Spend time with my girls!

05/02/2015 - 11:07pm
Khamis - Mendung

Hai !

Assalamualaikum.

Lazy sickness is cominggggg! Lamanya tak update blog. Padahal banyak benda kot aku nak cerita kat sini. Bila nak update je, time tu pulak nak kena layan kerjalah, inilah, itulah. Hmmm...

Btw, hari tu kalau tak silap 29 January, I have met my girls! Dan semua tu tak dirancang pun. Aku dengan tiba-tiba wasap diorang ajak keluar. Hahaha last minute memang style aku! Kebetulan Alfie dan si Isha memang cuti, aku sorang je mengadap kerja. *cry* So, aku rasa kalau aku lepak dengan diorang, hilang sikit rasa stress aku.

Memula aku pick up Alfie kat rumah dia then sementara menunggu si Isha bersiap kat rumah, Alfie pun ajak aku pergi sebuah tempat. Jengjengjeng! Korang agak kitorang pergi mane? Hahaha rahsia.

Wefie or Alfie? Haha LOL.
Around pukul 8, disebabkan aku dan Alfie terlalu lama pergi ke tempat rahsia tersebut, Isha yang memang dah siap dari pukul 7 tadi mula merengek kelaparan. Hahaha kesian member aku ni. Setelah bertepuk tampar discuss nak makan kat mana, last-last KFC jadi pilihan si Isha. Memula aku ingat nak belanja tapi tuptup si Alfie pulak keluar duit. Alahai Alfie... *touching*

Yeay KFC!

Wefie!
Dan kami pun makan dengan rakusnya. (over gile!) Kitorang pun makanlah sambil bercerita ini itu. Ni haa aku nak habaq kat korang. Perempuan kalau dah berjumpa dengan kawan perempuan, takde benda lain dah diorang nak cerita kalau bukan pasal marka (boyfriend). Kalau tak pasal boyfriend memasing, mesti ada kaitan dengan lelaki. Aku tak tipuuuu. Tapi, janganlah korang gi tanya pasal boyfriend kat member korang yang belum ada boyfriend. Tak ke naya korang kene sepak terajang nanti. Terguris hati dia tau.

Then lepas bagi perut kenyang, dah taktau nak buat apa dah. Berjalan tanpa arah tujuan. Macam gelandangan pulak dah. Last-last si Isha tetiba cakap pasal aiskrim pasu yang tengah popular kat sosial media yang orang dok post-post gambar pasu kt facebook tu ha. Best sangat ke makan pasu? Rasa tanah ke rasa aiskrim? Kau rasa? Dannnnn akhirnya kitorang pun langkah panjang sampai ke Pandan Uptown (PU) sebab kat sana jelah yang aku tau ada aiskrim pasu ni. Pusing punya pusing sampai satu PU tu kitorang tawaf sebab nak carik kat mana tempat orang jual aiskrim pasu ni. Akhirnya kitorang lost. Give up. Mungkin kedai tu tak bukak hari ni. Oklah, kitorang pun redha jelah. Tapi tidak bagi Isha, dia pun gi tanye orang yang ada kat situ kot-kot diorang tau ke...dannn haaa memang popular gila kot aiskrim pasu ni kat PU. Baru tanya orang tu terus bagitau. Yang bengangnya, gerai orang yang jual aiskrim pasu tu dekat jalan memula kitorang masuk kot! Yang membutakan mata kitorang sebab dia terlindung dengan pokok, padanlah tak perasaan pun kedai tu kat situ. So. apa motif dekat setengah jam dok tawaf satu PU tadi? Jap jap, belum habis lagi penjelajahan untuk mendapatkan aiskrim pasu ni. Sampai je kat sana, nahhh ambik kau beratur sikit punya panjang dah macam orang nak bayar parking ticket kata kauuuu!

Demi sesuap aiskrim pasu!
Tapi disebabkan kitorang dah datang jauh-jauh, nak tak nak terpaksalah beratur jugak.  Melayankan tekak member punya pasal. Dannnn ingatkan aku nak belanja diorang tapi si Isha ni pulak sukarela menawarkan diri untuk belanja kitorang aiskrim pasu ni. Bila giliran aku ni weh?

(Aiskrim pasu / Ice Cream Pots)
So, inilah yang dinamakan Aiskrim Pasu (Ice Cream Pots) yang tengah jadi trend orang-orang dok post gambar pasu bagai tu. Sebenarnya aiskrim yang digunakan tu aiskrim biasa je pun. Topping pulak dia pakai oreo yang di hancurkan, kadang almond, dengan chocolate chips. Ha tu yang korang nampak macam rupe tanah tu. Pastu dia tambah pulak entah daun pudina kot aku rasa, dia letak sebagai hiasan dengan sebatang keropok roll yang belang-belang tu. Haaaaaa siap dah aiskrim pasu! Satu pasu RM5.00. Not bad la. Patutlah jadi viral, rupenye memang unik pun. Aku akui itu.

Haaa betulkan aku cakap kalau jalan dengan diorang ni memang hilang stress aku. Alhamdulillah.

So, lepas kenyang kitorang pun baliklah kerumah memasing dan tidurrrrr. ZzZzZzZzZZzZzz...

Apapun, thanks so much Alfie, Isha sebab belanja aku makan puas-puas hari ni. Kalau hari-hari keluar dengan korang, nanti aku dengan anak gajah pun korang susah nak beza dah. Hahaha. Love you girls!

"Best friend are the people in your life that make you laugh louder, smile brighter and live better."

So, buat masa ni setakat ni dululah aku update. Anytime free, aku bebel kat sini lagi.

Selamat malam dan mimpi indah.

Okay, chawchaw!


Yang sewel,
Leenz