About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

2 March 2022

Aturan Cinta (Cerpen)

Aturan Cinta.

 

“Arryan tak setuju!” tempik Arryan Harish apabila mengetahui bahawa kakak sulungnya cuba mengatur soal jodoh hidupnya.

                “Hari tu, Doktor Amirah, Ryan tolak mentah-mentah, doktor kot! Kelmarin, Fasehah, pensyarah university tinggi pun Ryan tolak tanpa alasan. Kakak pun tak tahu dah perempuan macam mana lagi yang Ryan suka.” balas Ayyana Hanis, kakak sulung Arryan yang bertanggungjawab menjaganya semenjak ibu dan ayah mereka berpisah.

                “Kakak tak payah sibuk-sibuk atur hidup Ryan. Ryan dah besar, dah boleh atur hidup sendiri.” Jawab Arryan.

                “Sebelum mama dan papa tinggalkan kita, kakak pegang amanah mama untuk jaga Ryan. Kakak tak nak hidup Ryan hancur kerana perempuan.” ujar Ayyana, sayu.

                “Apa bezanya dengan kakak sendiri? Kakak bahagia ke hidup dengan abang Fakhrull tu? Dia yang kakak pilih,kan? Tapi kenapa hari-hari Ryan dengar kakak selalu bergaduh dengan dia? Itu yang kakak nak dalam hidup kakak selama ni?” soal Arryan sekaligus membuatkan Ayyana terdiam.

                “Cukuplah. Kakak uruslah dulu rumah tangga kakak tu. Jangan sibuk dengan hal peribadi Ryan.” sambung Arryan sambil mencapai kunci kereta dan keluar meninggalkan Ayyana yang terkaku disitu.

                Suatu ketika dahulu, Ayyana yang mabuk cinta dengan Fakhrull akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki itu tanpa dia selidiki latar belakang Fakhrull terlebih dahulu. Ternyata suaminya itu seorang kaki judi dan pemabuk. Tiap hari hidup Ayyana berendam air mata mengenangkan nasib dirinya, namun dia juga tidak mahu adiknya mengetahui hal tersebut. Arryan yang tinggal bersama kakaknya di rumah agam milik ibu dan ayah mereka sering mendengar perbalahan yang terjadi antara Ayyana dan Fakhrull, akan tetapi dia tidak mahu terlalu mencampuri urusan mereka berdua.

 

                “Apahal monyok je kawan kita ni geng?” usik Darwish apabila melihat muncung sedepa Arryan sejak dia sampai ke markas tempat mereka selalu melepak.

                “Aku pun perasan jugak dari tadi. Weh, apa kes bro? Gaduh dengan girlfriend ke?” celah Monash, rakan Arryan yang berbangsa india.

                “Aduh Nash, sejak bila dia ni ada girlfriend? Lagipun berani ke dia nak ada kawan perempuan kalau segala keperluan hidup dia diuruskan oleh kakak kesayangan dia si Ayyana tu?” balas Darwish.

                Monash menepuk dahi sambil gelak besar. Diikut dengan Darwish dan Faizul, salah seorang rakan rapat Arryan.

                “Korang boleh diam tak? Serabutlah.” Marah Arryan.

                Monash, Darwish dan Faizul langsung menutup mulut sambil tertawa kecil.

                “Zul, aku nak minta izin kau untuk stay rumah kau beberapa hari ni, boleh?” tanya Arryan.

                “Aku serabutlah duduk kat rumah dengan akak aku tu. Hari-hari dengar dia berperang dengan abang ipar aku. Lepas tu dia lampiaskan kemarahan dia pada aku pulak. Rimas aku.” sambung Arryan.

                “Aku okay je. Rumah tu pun aku duduk sorang-sorang je. Parents aku dah berbulan jugak kat luar negara sana. Busy sangat sampai lupa nak balik sini kot.” ujar Faizul.

                “Biasalah tu, diorang busy cari duit untuk anak bujang dia sorang ni lah. Kau kena faham tu.” ujar Monash sambil menepuk bahu Faizul tanda bagi semangat.

 

                “Bagi saya Mocha Latte satu. Reen, kau nak apa?” tanya Syuhaila sewaktu memilih minuman di kaunter pembelian.

                “Aku nak Chocolate Vanilla.” jawab Reena Ariana sambil matanya tak lepas memandang sekumpulan lelaki yang duduk dihujung penjuru sambil berbual sakan.

                Syuhaila hairan melihat Reena yang sejak tadi tidak menumpukan perhatian padanya. Matanya turut mengekori pandangan Reena.

                “Boyfriend kau ke?” tanya Syuhaila.

                “Eh taklah. Aku rasa aku macam kenal salah sorang antara diorang bertiga tu.” ujar Reena.

                “Kawan kau ke? Pergilah sapa diorang kalau berani.” ujar Syuhaila sambil mencabar Reena.

                “Ishh kau ni, kalau tak usik aku sehari memang tak sah hidup kau kan. Jangan cabar aku.” ujar Reena sambil menampar manja lengan Syuhaila.

                Selepas minuman yang di pesan, mereka mengambil tempat yang tidak jauh dari meja sekumpulan lelaki tadi.

                “Aku tengok dari tadi kau asyik perhatikan diorang tu je. Ada apa-apa yang perlu aku tahu ke?” tanya Syuhaila.

                “Aku tengah pilihkan jodoh untuk kau la ni.” jawab Reena dengan selamba.

                Terbeliak mata Syuhaila mendengar cadangan Reena.

                “Kau jangan macam-macam Reen. Aku ni setia orangnya.” ugut Syuhaila.

                “Setia pada orang yang dah mati? Sampai bila kau nak macam ni? Move on, Syu.” pujuk Reena.

                Syuhaila mengeluh kecil. Ingatannya kembali pada bekas tunang yang telah hampir 3 tahun meninggalkannya kerana kemalangan jalanraya. Hatinya masih belum cukup terbuka untuk menerima lelaki lain sebagai pengganti Arief, bekas tunangnya itu.

 

                “Weh, korang perasan something tak?” tanya Monash sambil tersenyum sinis.

                Darwish dan Faizul saling berpandangan dengan penuh tanda tanya.

                “Aku dari tadi perasan yang dua orang perempuan tu asyik pandang kearah meja kita.” jawab Monash.

                Darwish dan Faizul langsung memandang kearah perempuan yang dimaksudkan oleh Monash. Manakala Arryan tidak menunjukkan tanda-tanda berminat untuk ambil tahu. Dia lebih asyik melayani telefon pintarnya.

                “Kau terfikir tak apa yang aku fikir sekarang ni?” ujar Monash sambil tersenyum nakal.

                “Mestilah.” balas Darwish sambil mengenyitkan mata kearah Monash.

                Mereka berdua langsung bangun dari tempat duduk. Faizul sekadar memerhatikan gerak geri dua orang kawannya itu. Dia kurang berminat dengan cadangan Monash kerana hatinya telah dimiliki oleh seorang gadis.

               

                “Hai girls.” sapa Monash sebaik sahaja sampai kemeja dimana Syuhaila dan Reena sedang berbual.

                “Sorry?” Syuhaila terkejut apabila lelaki yang Reena risik tadi datang ke meja mereka.

                “Saya Monash, ini Darwish. Kawan saya ni dari tadi perhatikan awak, dan saya rasa dia berminat untuk mengenali awak.” ujar Monash tanpa berselindung.

                Darwish tersipu malu apabila Reena memberi respon baik.

                “Really? Okay. Kenalkan, saya Reena dan yang sebelah saya ni kawan baik saya, nama dia Syuhaila.” ujar Reena.

                “…dan dia tunangan orang.” sambung Reena. Syuhaila sedikit terkejut mendengar kata-kata Reena.

                “Oh, tunang orang rupanya.” ujar Monash.

                “Emm… ini number telefon saya, kalau awak tak keberatan, malam ni kita boleh sleepcall?” ujar Darwish kepada Reena.

                Reena tersenyum lebar dan memberi persetujuan akan cadangan Darwish.

                “So, hasrat kau pun dah tercapai, kan. Jum kita balik ke meja kita.” ujar Monash sambil menarik Darwish yang sudah mulai bermain mata dengan Reena.

                Reena terlihat sangat bahagia.

                “Sengih-sengih, dah macam kerang busuk aku tengok.” sindir Syuhaila.

                “Eleh, jeleslah tu.” ejek Reena.

                “Aku jeles? Sorry sikit. Eh, apahal tadi kau cakap aku tunangan orang? Haa…aku tahu, kau takut si Darawis tu minat pada aku kan? Elehhh…” Syuhaila membalas.

                “Well, takkan aku nak lepaskan peluang kenal dengan lelaki muka macam Zul Ariffin tu. Hensem gila kot!” ujar Reena dengan penuh teruja.

                “Dasar playgirl! Boyfriend kau tu nak campak mana? Memang tak cukup satulah kau ni.” omel Syuhaila.

                “Come on, pernah ke selama aku bercinta ni, aku janjikan bulan dan bintang dengan diorang tu? Diorang tu je yang terkejar-kejar sangat dengan aku. Aku ni melayankan je. Bosan-bosan nanti aku tinggallah diorang. Fyi, aku rasa Darwish tu lebih hensem dari lelaki-lelaki yang aku kenal selama ni.” ujar Reena sambil mengibas-ngibaskan rambutnya.

                Syuhaila membuntangkan matanya mendengar kata-kata dari seorang perempuan yang tak kenal erti setia.

 

 

*********

 

                 

                “Kalau macam ni lah perangai awak, lebih baik kita bercerai!” marah Ayyana kepada Fakhrull yang dilihat tidak akan pernah berubah.

                “Okay fine, Ayyana Hanis Binti Ariffin, aku ceraikan kau dengan talak satu!” ucap Fakhrull dengan penuh kemarahan.

                Ayyana tertunduk sedih bercampur gembira kerana akhirnya dia terlepas dari beban yang dia tanggung selama ini.

                Fakhrull langsung keluar dari rumah agam milik keluarga Ayyana selepas melepaskan talak kerana mereka sudah tidak boleh tinggal sebumbung lagi.

                Arryan yang baru sahaja pulang kerumah bertembung dengan abang iparnya yang sedang menarik luggage keluar dari rumah. Sejak dari awal perkahwinan kakaknya lagi, Arryan dan Fakhrull tidak pernah bertegur sapa. Baginya, lelaki itu tidak baik untuk Ayyana. Tanpa berlengah, Aryyan langsung mendapatkan kakaknya yang berada di dalam bilik.

                “Are you satisfied?” tanya Arryan sebaik sahaja berdepan dengan Ayyana.

                 Ayyana tidak menjawab, sebaiknya dia langsung memeluk adiknya itu untuk mendapatkan ketenangan.

                “Ryan tak ada hak untuk campur urusan rumah tangga akak. Tapi Ryan harap ini keputusan terbaik yang pernah akak buat.” ujar Ryan sambil mengusap lembut belakang Ayyana agar kakaknya merasa lega dan tenang.

                “Kakak minta maaf selama ni kakak tak pernah nak dengar pendapat Ryan. Kakak menyesal dengan pilihan kakak. Fakhrull bukan lelaki yang baik untuk kakak.” keluh Ayyana.

                “Sudahlah. Nasi dah jadi bubur. Nanti Ryan temankan kakak pergi ke mahkamah untuk uruskan hal kakak kat sana nanti.” pujuk Arryan.

 

                “You, I nak tanya you sikit boleh?” tanya Reena kepada Darwish sewaktu mereka keluar berdua.

                “Yes, you can.” balas Darwish.

                “Yang masa you lepak dengan kawan-kawan you hari tu, siapa dua orang lagi tu?” tanya Reena.

                “Oh, lagi dua orang tu… Okay, yang muka dia iras-iras Syafiq Kyle tu nama dia Arryan, dan yang sorang lagi tu pulak nama dia Faizul. Kita berempat memang kawan baik dari zaman kolej lagi. Bila lepak sama-sama, mesti berempat. Kalau berdua atau bertiga rasa tak lengkap, tak best.” jelas Darwish.

                “Emm…you berkenan ke dengan diorang berdua?” tanya Darwish.

                “Eh, takdelah. I kan dah ada you. I tanya bukan apalah, cuma… I ingat nak kenalkan salah seorang dari kawan you tu dengan kawan I, Si Syuhaila tu.” ujar Reena.

                “Syuhaila? Bukannya you cakap dia tu tunangan orang ke?” Darwish kehairanan.

                “Err…sebenarnya hari tu I saja cakap macam tu supaya you tak tertarik dengan Syu. Tapi ikutkan Syu tu memang tunang orang cumanya tunang dia meninggal dalam kemalangan jalan raya. Sampai sekarang dia masih belum move on, jadi sebab itulah I nak try bagi dia berkawan dengan salah sorang kawan you. Manalah tahu, dengan cara tu, dia boleh buka hati dia semula.” jelas Reena.

                Darwish terlihat setuju dengan cadangan Reena. “Tapi, di antara kawan I tu, si Arryan sorang tu je yang single. Faizul dah ada teman wanita, si Monash pun dah ada girlfriend juga. Jadi yang tinggal I dengan Arryan jelah.” ujar Darwish sambil mengusik Reena.

                “What? Hello…” Reena terkesan dengan usikan Darwish.

                “Okay, I gurau je. Sekarang kan I dah ada you, jadi Arryan sorang tu jelah yang single. Cuma… susah sikitlah kalau nak satukan diorang.” ujar Darwish sambil menggaru kepala.

                Reena terpinga-pinga.

                “Arryan ni dia ada seorang kakak yang sangat sangat sangat sayangkan dia. Sampaikan segala keperluan dan kehidupan peribadinya dikawal penuh oleh kakak dia. Jadi, susah sikitlah kalau you berniat nak satukan diorang. Bahasa kasarnya, langkah dulu mayat kakak dia.” jelas Darwish.

                “Hmm…kalau macam tu, I kena tunggu kakak dia mati dululah?” usik Reena.

                Terbeliak mata Darwish mendengar kata-kata Reena. Reena hanya tersengih sumbing.

                “I’ve got the plan!” ujar Reena sambil mengenyitkan mata.

 

*********

 

                Darwish mendatangi Arryan secara peribadi. Atas cadangan Reena yang cuba untuk mengenalkan Arryan dengan Syuhaila. “Kaulah satu-satunya lelaki yang aku boleh harapkan untuk bantu kawan Reena tu.”

                “Aku dah malaslah nak fikir pasal perempuan ni. Kau macam tak kenal je dengan kakak aku tu. Protective sangat.” ujar Arryan menolak mentah cadangan Darwish.

                “Kau cuma jawab setuju ke tidak, tu je. Hal kakak kau tu, biar aku dengan Reena settlekan. Percaya cakap aku.” pujuk Darwish.

                “Sebenarnya aku dah malas nak bertekak dengan kakak aku pasal perempuan. Hmm…entahlah. Suka hati kaulah Wish.” balas Arryan acuh tak acuh.

                “Ok ngam! Kira jadilah ni ye.” ujar Darwish dengan penuh teruja.

 

                ‘Mission start!’ Darwish menyampaikan pesanan ringkas pada Reena tanda setuju dengan perancangan mereka berdua.

 

                “Syu, kita keluar jom. Aku belanja.” ujar Reena sambil memujuk Syuhaila dengan manja.

                “Kau ni asyik belanja aku je, bankrupt dompet kau karang.” tolak Syuhaila.

                “Alah, macam tak biasa pulak kau ni. Jangan risaulah, duit simpanan aku tak habis makan punya.” ujar Reena.

                “Ishh, angkuh sungguh kau ni. Kau lainlah, orang tua kau usahawan berjaya, sedangkan aku ni, datang dari keluarga yang kais pagi makan pagi…” ujar Syuhaila dengan penuh sayu.

                “Kais petang kita minum kopi. Dah jom.” sambung Reena.

 

                Sebaik sahaja sampai ke tempat yang dituju, dari jauh kelihatan Darwish melambai tangan kearah Reena.

                “Haa itupun diorang.” ujar Reena sambil membalas lambaian Darwish.

                “Ehh, kau cakap tadi nak keluar berdua dengan aku je…” Syuhaila terlihat keberatan untuk mendekati dua orang lelaki yang sedang menunggu mereka.

                “Itu tadi. Sekarang kita berempat.” ujar Reena sambil mengambil tempat duduk di sebelah Darwish.

                Syuhaila merasa sangat tidak selesa kerana dia jarang duduk semeja dengan lelaki lain selain bekas tunangnya.

                “Syu, ni Arryan.” ujar Reena.

                “Dan Ryan, inilah Syuhaila yang aku cakapkan tu.”
                 Arryan tersenyum sumbing dengan perkenalan itu. Kedua-dua mereka kelihatan sangat kekok apatah lagi Syuhaila yang masih belum bersedia untuk kenal dengan mana-mana lelaki. Manakala Arryan pula sangat jarang berbual dengan perempuan.

                “Korang nak minum apa? Aku dengan Reena nak pergi ambil order ni.” ujar Darwish.

                “Mocha Latte.” jawab Syuhaila dan Arryan serentak kemudian mereka berdua saling berpandangan.

                Darwish dan Reena agak terkejut apabila kedua-dua pasangan kekok itu memiliki selera yang sama.

                “Is that your favourite?” tanya Arryan selepas Darwish dan Reena berlalu pergi. Sengaja mencari alasan untuk memulakan perbualan.

                “Not much. Sebenarnya saya tak terlalu pandai order minuman macam tu. Saya punya level setakat gerai tepi jalan je. Cuma bila keluar dengan Reena, dia suka bawa pergi minum dekat café macam ni, saya pula tak tahu nak order apa. Jadi, Reena yang cadangkan pada saya Mocha Latte. So, sampai sekaranglah minuman tu je yang saya akan order.” jelas Syuhaila.

                “Saya pula sebaliknya. Kadang-kadang tu saya naik bosan lepak dekat tempat macam ni. Teringin juga nak lepak dekat gerai tepi jalan macam awak cakap tadi. Cuma kawan-kawan saya macam Darwish tu tak berapa gemar dengan tempat macam tu. Jatuh standard kononnya. Padahal diorang tak tahu ke tempat macam tulah makanan dia lagi sedap dan murah.” ujar Arryan.

                “Setuju. Kalau awak rasa nak makan kat gerai tepi jalan, ajaklah saya. Saya boleh suggest tempat yang paling sedap.” ujar Syuhaila yang mulai selesa berbual dengan Arryan.

                “Sure, why not? Emm…tapi jangan ajak diorang berdua tu. Risau nanti sibuk nak balik cepat.” ujar Arryan sambil mengejek Darwish.

                Syuhaila tertawa kecil mendengar usikan Arryan. Mereka berdua sempat bertukar nombor telefon untuk saling berhubung.

                Sebaik sahaja Darwish dan Reena sampai ke meja membawa minuman yang dipesan, Arryan dan Syuhaila kembali senyap. Berpura-pura kekok.

 

 

*********

 

                Sebaik sahaja Ayyana keluar dari bank selepas mengeluarkan sejumlah wang, serta merta beg tangannya diragut oleh seorang lelaki bertopeng.

                “Tolongggg! Tolonggggg saya!” jerit Ayyana meminta tolong.

                Secara kebetulan, Reena dan Syuhaila berada di kawasan itu segera membantu Ayyana untuk mendapatkan kembali beg tangan yang diragut.

                Tidak lama kemudian, Reena berjaya mendapatkan kembali beg tangan Ayyana.

                “Terima kasih banyak sebab tolong saya.” ujar Ayyana.

                “Tak ada masalah kak. Cuma saya nak minta maaf sebab saya tak cam muka peragut tadi tu, macam mana nak buat report nanti?” ujar Reena.

                “Tak apalah, janji akak dapat balik beg tangan akak ni. Banyak benda penting dalam ni.”

                “Kau okay tak ni Reen? Ada cedera tak?” tanya Syuhaila sambil memeriksa tubuh badan Reena.

                “Aku okay je. Jangan risaulah.” ujar Reena.

                “Kak, lepas ni akak kena lebih berhati-hati tau. Diorang memang suka target orang yang keluar dari bank.” ujar Syuhaila kepada Ayyana.

                “Terima kasih ingatkan akak. Marilah, akak belanja awak berdua.” ujar Ayyana.

                “Eh, takpelah kak. Kitorang ikhlas tolong.” ujar Reena.

                “Please. Sebagai tanda terima kasih.” pujuk Ayyana.

                Reena dan Syuhaila tak mampu nak menolak dan akhirnya mereka akur akan permintaan Ayyana.

               

                ‘Mission almost complete!’ Reena memberi pesanan ringkas kepada Darwish.

                Darwish tersenyum lebar apabila rancangannya hampir berjaya.

                Tanpa pengetahuan Syuhaila dan Ayyana, Reena dan Darwish yang merancang untuk meragut beg tangan milik Ayyana dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara Ayyana dengan Syuhaila agar Ayyana tertarik untuk mengenalkan Syuhaila kepada adiknya, Arryan.

                “Terima kasih kak, susah-susah je belanja kitorang makan.” ujar Syuhaila.

                “Tak ada susahnya pun. Kebetulan akak memang lapar pun. Jadi alang-alang awak berdua dah tolong akak, apa salahnya teman akak makan sekali.” ujar Ayyana.

                “Akak kerja apa, saya tengok banyak file akak bawa ni.” tanya Reena.

                “Kerja sendiri je. Uruskan bisnes family. Kalau bukan akak yang uruskan, siapa lagi, kan?” ujar Ayyana.

                “Akak anak tunggal dalam family ke?” tanya Reena pura-pura tidak tahu.

                “Eh tak lah. Akak ada sorang adik lelaki. Cuma dia tak berminat dalam hal bisnes ni. Dia lebih kepada bidang entertainment. Buat masa ni, biarlah dia pilih jalan hidup dia. Tiba masa nanti, dia juga yang akan ambil alih urusan bisnes family ni. Akak tak mampu urus sorang-sorang.” jelas Ayyana.

                “Ohh faham. Errr…adik akak tu bujang lagi ke dah kahwin?” tanya Reena.

                “Ishh kau ni, sibuk je nak tahu. Ingat sikit diri tu dah berpunya.” bisik Syuhaila.

                “Bujang lagi. Akak ni kalau bab-bab wanita pilihan dia tu memang akak cerewet sikit. Takut dia kawan dengan perempuan yang bukan-bukan.” ujar Ayyana.

                “Haa ngam sangatlah, kawan saya si Syuhaila ni memang tengah mencari jodoh kak.” ujar Reena.

                Syuhaila langsung mencubit lengan Reena.

                Ayyana memandang Syuhaila sambil tersenyum penuh makna.

 

*********

 

                “Ryan, akak nak kenalkan Ryan dengan seseorang.” ujar Ayyana.

                Arryan menarik muka.

                “Siapa lagi kali ni kak? Kakak ni tak penat ke asyik nak atur hidup Ryan? Ingatkan lepas kakak dah pisah dengan abang Fakhrull ni, kakak dah berubah, rupanya tak.” rungut Arryan.

                “Kakak yakin kali ni Ryan takkan menyesal kenal dengan dia.” pujuk Ayyana.

                Arryan mulai merancang untuk menggagalkan rancangan kakaknya dengan memalukan gadis yang bakal dikenalinya.

                “Inilah wanita yang kakak maksudkan tadi. Kenalkan, ini Syuhaila.” ujar Ayyana sambil memeluk Syuhaila, rapat.

                Arryan terdiam dan terkesima melihat gadis di samping Ayyana.

                Syuhaila turut terkejut apabila mengetahui bahawa Arryan merupakan adik kepada Ayyana.

                “Kak….” belum sempat Syuhaila membuka bicara, pantas Arryan memotong.

                “Err…Hai, saya Arryan.” ujar Arryan sambil memberi salam perkenalan.

                Ayyana terkebil-kebil apabila Arryan memberi respon positif kepada Syuhaila. Kemudian dia memberi ruang kepada Syuhaila dan adiknya saling mengenali antara sama satu lain.

 

                “Macam mana awak boleh kenal dengan Kak Ayyana?” tanya Arryan, kehairanan.

                “Pasal insiden Kak Ayyana kena ragut tempoh hari, kitorang jadi heroin dia. Lepas tu, Kak Ayyana belanja kitorang makan sambil borak-borak. Then, dia ada cerita pasal adik kesayangan dia, pasal gadis-gadis yang Kak Ayyana cuba kenalkan dengan adik dia tapi di-reject mentah-mentah. Saya tak sangka pulak, adik kesayangan Kak Ayyana tu ternyata awak orangnya.” ujar Syuhaila sambil tertawa kecil.

                “Macam mana pulak tiba-tiba Kak Ayyana boleh terniat nak kenalkan awak dengan saya?” tanya Arryan lagi.

                “Ni semua Reena punya pasal. Dialah yang cakap saya tengah mencari jodoh. Padahal…saya dah ada awak.” ujar Syuhaila sambil memperlahankan nada suaranya agar ayat terakhirnya tidak didengari oleh Arryan.

                “Apa dia? Saya tak berapa dengar awak cakap.” ujar Arryan.

                “Err…tak ada apa-apalah. Oh, tapi kenapa awak pura-pura tak kenal saya depan Kak Ayyana tadi?” Syuhaila cuba mengubah topik.

                “Saya tak nak nanti Kak Ayyana fikir yang semua ni telah dirancang. Jadi biarlah dia tak tahu yang kita memang dah kenal.” jelas Arryan.

 

                “Syu, Ryan, mari minum petang.” ujar Ayyana yang tiba-tiba muncul membawa sedulang air minuman dan makanan ringan.

                “Eh, ya Allah…susah-susah je Kak Ayyana ni. Mari saya tolong hidangkan.” ujar Syuhaila yang terus sahaja mencapai cawan dan menuangkan air minuman.

                Ayyana tertarik hati melihat ketulusan hati Syuhaila yang penuh sopan dan lembut.

                “Kira jadilah ni?” tanya Ayyana.

                Arryan dan Syuhaila saling berpandangan dan serentak bertanya. “Jadi apa?”

                “Kak, bagilah kitorang kenal dulu.” ujar Arryan sambil berbisik kearah Ayyana.

                Ayyana tersenyum gembira kerana Arryan tidak lagi menolak cadangannya mentah-mentah.

 

                “Mana korang semua ni, aku bosanlah. Jom lah lepak!” ujar Monash sewaktu dia menelefon kawan-kawannya.

                “Aku on the way ke tempat kau la ni. Sabarlah sikit.” ujar Faizul.

                “Guys, aku bawa Reena sekali boleh tak?” tanya Darwish.

                “Suka hati kaulah Wish, haa mana si Ryan?” tanya Monash.

                Masing-masing terdiam.

 

                Beberapa jam kemudian, Monash dan Faizul telah sampai dahulu, diikuti dengan Darwish dan Reena.   

                “Sejak dah ada girlfriend ni, mana dia nak lepak dengan kita sangat, kan Faizul?” sindir Monash.

                “Haa you all jangan nak tuduh I larang Darwish lepak dengan korang okay. Darwish yang tak nak.” ujar Reena.

            “Err… tak, sebenarnya aku takut korang hasut aku cari girlfriend baru. Aku ni setia orangnya.” ujar Darwish mencari alasan.

            “Ehh, mana kawan kita sorang lagi ni. Susah betul nak ajak lepaklah.” rungut Monash.

                Baru sahaja Monash ingin menghubungi Arryan, tiba-tiba Arryan muncul di hadapan mereka berempat bersama seorang gadis.

                “Tak payahlah call. Aku dah sampai ni.” ujar Arryan.

                Monash dan Faizul terlopong melihat Arryan datang sambil memimpin tangan Syuhaila.

                Darwish dan Reena saling berpandangan sambil tersenyum kerana rancangan mereka untuk menyatukan Arryan dan Syuhaila berjaya.

                “Ye, aku tahu korang tertanya-tanya. Biar aku kenalkan, ini Syuhaila, gadis pilihan hati aku dan Kak Ayyana. Doakan urusan pertunangan kitorang dipermudahkan.” ujar Arryan.

                “Seriously? Tahniah bro!” ujar Monash, Faizul, Darwish dan Syuhaila.

                Arryan dan Syuhaila saling tersenyum bahagia.

 

TAMAT.

17 December 2021

Aku Bukan Jodohnya (Cerpen)

 Aku bukan jodohnya.


            “Sumpah, aku tak pernah sukakan dia pun. Selama ni aku hanya anggap dia tak lebih dari kawan biasa je. Aku tak pernah simpan apa-apa perasaan pun dengan dia.” ujar Hazieq Halil. 

            “Kalau kau tak suka kenapa kau bagi harapan pada dia? Kenapa kau tak terus terang dengan dia tentang perasaan kau? Tak baik tau kau buat dia macam ni.” marah Elleen Zarsha, sahabat Hazieq. Suatu ketika dahulu, Elleen juga pernah menyimpan perasaan terhadap sahabatnya itu dan hampir saja dia ingin meluahkan namun dia harus melupakan hasratnya kerana melihat Hazieq mulai rapat dengan seorang wanita lain, lagipula dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang telah lama mereka bina.

            “Aku…aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia.” ujar Hazieq sambil melepaskan keluhan berat.      

            Elleen sayu melihat beban yang ada difikiran sahabatnya. “Kau nak aku beritahu dia tak? Sekurang-kurangnya, dia boleh berhenti berharap pada kau. Kadang-kadang, aku tak faham apa yang kau nak dalam hidup kau sebenarnya? Tak cukup baik ke si Abell di mata kau? Kurang apa dia?” rungut Elleen kepada Hazieq yang kelihatan sedih.

            “Aku pernah terluka, Leen… Jadi aku tak nak perempuan lain merasai luka seperti yang aku rasa. Aku belum bersedia nak kearah hubungan yang lebih serius dengan mana-mana perempuan. Kau faham aku kan, Leen?” ujar Hazieq sambil memandang sayu kearah sahabat kecilnya itu. Elleen hanya mampu mengeluh dengan sikap Hazieq yang tak pernah membuka hatinya untuk mana-mana perempuan sejak hubungan dia dan kekasih lamanya terputus di tengah jalan.

#######################


            “Haa balik pun kau. Mana kau pergi? Aku call tak dapat pun.” rungut Abell atau nama sebenarnya Nabella Ashleyna.

            Elleen hanya tersengih sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang gelap. “Handphone aku habis bateri. Sorry.”

            “Wehh, sinilah kejap.” ujar Abell sambil menarik tangan Elleen yang baru sahaja memasuki ruang tamu rumah sewa mereka.

            “Apa dia yang beria sangat ni? Tak menyempat aku nak letak beg pun.” omel Elleen sambil melepaskan beg yang disandangnya sejak dari tadi.

            “Aku rasa aku dah sedia dah.” ujar Abell sambil tersenyum sumbing.

            Elleen terpinga pinga melihat perlakuan Abell.

            “Aku nak luahkan perasaan aku pada Hazieq. Aku dah tak boleh nak simpan lagi dah. Aku takut dia dikebas orang lain kalau aku lambat. Hmm memanglah nampak macam perigi cari timba tapi kalau nak tunggu dia yang lamar aku, laaaaambat lagilah! So, why not aku yang mulakan?” ujar Abell sambil tersenyum malu.

            Elleen mulai rasa bersalah dengan keceriaan yang terpancar di wajah rakan serumahnya itu. Baru sahaja tadi dia berjumpa dengan Hazieq dan mendengar keluhan lelaki itu tentang Abell.

            “Abell… aku rasa baik kau lupakan je hasrat kau tu.” ujar Elleen yang membuatkan Abell mulai tertanya-tanya.

            “Apa maksud kau? Kau tak sokong ke dengan apa yang aku nak buat ni? Ke kau cemburu? Aku tahulah dulu kau pernah ada perasaan pada Hazieq. Come on Leen, aku sikitpun tak pernah halang kau berkawan dengan Hazieq sampai sekarang tau.” omel Abell.

            Elleen terdiam. Dia buntu harus bagaimana dia berterus terang tentang perasaan Hazieq terhadap Abell.

            “Terserahlah. Aku tak nak halang apa yang kau nak buat… aku cuma tak nak kau kecewa kemudian hari.” ujar Elleen sambil mencapai beg sandangnya dan masuk ke bilik meninggalkan tanda tanya kepada Abell.


################################

            “I miss you…” – Hafeez.

            Elleen mengabaikan pesanan ringkas yang dihantar oleh Hafeez, bekas kekasihnya yang telah ditinggalkan hamper 2 tahun. “Mamat ni tak faham bahasa ke apa? Aku dah warning kot jangan ganggu hidup aku lagi!” rungut hati kecil Elleen.

            “I’ll be waiting for you.” – Hafeez.

            Elleen menjadi berang dan mencampakkan telefon pintarnya ke lantai. Jatuh berderai.

            “Wehh Leen, apa yang bunyi bising tadi tu. Ya allah…kau dah gila ke ape campak handphone kau sampai jahanam gini?” ujar Abell yang tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik Elleen dan matanya langsung melihat serpihan telefon pintar Elleen yang dicampak ke bawah tadi. Elleen buat selamba.

            “Kau dengar tak aku cakap ni?” tanya Abell.

            “Dah memang nak jahanam, nak buat macam mana lagi? Nanti aku beli baru jelah lepas tu aku nak tukar nombor sekali. Semaklah si Hafeez tu asyik kacau hidup aku je!” ujar Elleen sambil menarik selimut dan pura-pura tidur. Abell sekadar menggeleng kepala, faham benar dengan sikap baran teman serumahnya itu. Ini merupakan kali kedua dia membaling telefon pintarnya sesuka hati hanya kerana diganggu oleh lelaki bernama Hafeez.

            “Leen, tak salah kalau beri peluang kedua pada dia. Mungkin kali ni dia betul-betul nak tebus kesalahan lama dia.” pujuk Abell sambil menepuk-nepuk selimut yang menutupi tubuh sahabatnya itu.

            “Peluang apa lagi? Cukuplah sekali. Penat nak melayan perasaan. Masa aku beria sayangkan dia dulu, apa balasan dia? Dia melayan perempuan lain melebihi kekasihnya sendiri. Sakit hati aku.” marah Elleen.

            “Sekurang-kurangnya dia berusaha nak halalkan hubungan korang.” pujuk Abell lagi.

            Elleen terus bangkit dari pembaringannya. “Itu lagi kelakar. Okay, aku hargai effort dia nak halalkan hubungan kitorang, tapi lepas kahwin nak makan apa? Batu? Pasir? Dengan tak ada pekerjaannya lagi, ada hati nak kahwin? Silap hari bulan, aku yang tanggung dia, cari nafkah untuk dia. Dia? Duduk rumah goyang kaki?” sambung Elleen sambil memperlekehkan Hafeez.

            “Manalah tahu, bila kau dah beri peluang pada dia, dia akan berubah? Dia berusaha majukan diri dia?” Elleen tertawa sinis mendengar kata-kata Abell.

            “Mimpilah. 5 tahun aku tunggu dia berubah, tapi apapun tak ada. Dah lah main datang rumah orang tua aku tanpa pengetahuan aku!” omel Elleen sambil melepaskan keluhan berat.

            “Serius la dia jumpa orang tua kau? Itu maknanya dia betul-betul serius nak halalkan kau.” ujar Abell.

            Elleen mencebik.

            “Kalau betul kau dah tak nak dia, kau cakap baik-baik dengan dia. Bincang depan-depan. Atleast, hubungan korang tak berakhir dengan cara macam ni. Sampai bila nak lari dari dia? Sedangkan dia asyik kejar-kejar kau. Ataupun macam nilah…kau kena cari pengganti dia. Bila dia tahu kau dah ada orang lain, takkan dia nak kacau kau lagi, kan?” ujar Abell sambil memberi idea bernas pada Elleen.

            Elleen terdiam. Betul juga idea Abell!

 ##############################

            “Kau kena tolong aku.” ujar Elleen kepada Hazieq.

            “Benda lain aku boleh tolong, tapi kalau kau nak suruh aku menyamar jadi boyfriend kau, sorry…aku tak boleh buat macam tu.” tolak Hazieq.

            “Kau jelah satu-satunya kawan lelaki yang aku ada. Kau pun tahu kan, aku tak ramai kawan. Kau dengan Abell je kawan yang aku ada sekarang ni. Takkanlah aku nak couple dengan si Abell pulak, ishhhh buang tebiat namanya tu. Please Zieq…” pujuk Elleen agar Hazieq membantu dia dengan berpura-pura menjadi teman lelakinya apabila berdepan dengan Hafeez nanti.

            “Risaulah aku dengan rancangan kau ni…” Hazieq menjadi serba salah untuk menolak permintaan Elleen.           

            “Janji sekali ni je?” ujar Hazieq sambil melayangkan jari kelingkingnya tanda perjanjian. Elleen laju membalas.

            “Ok deal. Abell tak perlu tahu pun pasal ni. Sekarang jom kita practice jadi makwe pakwe.” ujar Elleen sambil tersenyum girang.

            Hazieq sedikit terkejut apabila Elleen langsung memaut lengannya persis pasangan kekasih. Dalam tak sedar, Abell yang turut berada berdekatan melihat kemesraan antara Elleen dan Hazieq.

            ‘Patutlah hari tu beria suruh aku lupakan hasrat aku untuk luahkan perasaan pada Hazieq, rupa-rupanya kau maju setapak dari aku. Sampai hati kau khianat aku macam ni Leen.’ gumam hati kecil Abell.

 

            Sebaik sahaja Elleen pulang, wajahnya kelihatan sangat bahagia. Terlihat Abell sedang menonton televisyen di ruang tamu. “Abeeeeell!” tegur Elleen dengan riang. Abell membuang muka melihat Elleen. “Terima kasih atas cadangan kau suruh aku cari pengganti Hafeez. Lepas ni confirm Hafeez takkan kejar-kejar aku lagi.” ujar Elleen tanpa mempedulikan Abell yang masam mencuka.

Abell pura-pura focus pada siaran televisyen yang sedang dia tonton. Hatinya benar-benar remuk melihat tingkah sahabatnya yang menikam dia dari belakang.

Elleen menyedari bahawa ceritanya tidak diendahkan Abell, lantas dia langsung masuk ke bilik. Sangkaannya Abell sedang asyik melayan drama.

“Thanks Zieq for today!” – Elleen.

“You’re welcome. Thanks jugak sebab belanja Nike tadi.” – Hazieq.

“Goodnight kekasih pura-pura!” – Elleen.

“Enough la.” – Hazieq.

 ###################################

            Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Hari ini Elleen mengajak Hazieq untuk menemani dia berjumpa dengan Hafeez untuk menyelesaikan segala masalah antara dia dan Hafeez.

            “Kau jangan tunjuk kekok sangat, kita buat macam yang kita dah practice hari tu. Ingat tau.” ujar Elleen.

            Hazieq menarik muka malas.

            Dari jauh kelihatan Hafeez datang dengan penuh harapan.

            “Hai, akhirnya dapat juga saya jumpa awak.” ujar Hafeez memandang Elleen dengan penuh kerinduan.

            Sengaja Elleen memaut lengan Hazieq dengan begitu erat. Hafeez sempat mengerling kearah pautan lengan itu.

            “Saya Hafeez.” Hafeez mengenalkan diri kepada Hazieq.

            “Oh, saya Hazieq, bakal tuning Elleen.” ujar Hazieq.

            Riak wajah Hafeez kelihatan terkesima mendengar ungkapan Hazieq. Bakal tunang?

            “Err…” Hafeez mati kata.

            “Ye, kitorang akan bertunang tak lama lagi.” Elleen langsung mencelah.

            “Tapi… hari tu parents awak tak ada cakap apa-apa pun pasal hal pertunangan awak dan Ha…Hazieq?” Hafeez tidak berpuas hati dengan jawapan Elleen.

            “Mungkin diorang tak nak awak sedih kot. Dah la Hafeez, saya dah pernah cakap dengan awak, lupakan saya. Kisah kita dah lama berakhir. Dah banyak peluang saya beri pada awak tapi awak sia-siakan macam tu je. Cukuplah, saya dah penat tunggu awak.” ujar Elleen.

            Hafeez menunduk sedih. Jelas dari riak wajah Hafeez, dia sangat kecewa.

            “Percayalah, suatu hari nanti akan ada wanita yang lebih layak memilik hati awak. Saya minta maaf, Hafeez.” ujar Elleen.

            Hazieq mulai tidak selesa. Dia melepaskan pautan tangan Elleen dan memberi peluang pada Elleen dan Hafeez untuk menyelesaikan masalah mereka berdua tanpa diganggu.

 

            “Saya sangat berterima kasih pada awak sebab awak sangat baik sepanjang saya kenal awak. Awak tak pernah tinggi suara pada saya, awak banyak mengalah. Cuma satu je yang buat saya kecewa. Awak tak pernah nak improve diri awak. Saya akui saya happy bila awak berniat nak menghalalkan hubungan kita dulu tapi awak kena tahu, tanggungjawab awak akan lebih berat kelak. Awak tak ada pekerjaan tetap, macam mana awak nak beri anak orang makan lepas kahwin nanti?” ujar Elleen.

            “Saya cuba Leen. Banyak kerja saya dah buat. Saya berusaha kumpul duit untuk awak. Saya cuma minta awak sabar sikit je lagi. Tapi… semuanya dah terlambat. Awak pun dah temui kebahagiaan yang awak mahukan. Saya sedar saya ni serba kekurangan…” ujar Hafeez dengan suara tersekat-sekat. Dia cuba menahan sebak.

            “Terima kasih untuk peluang yang awak beri selama ni. Saya tak pernah sia-siakan. Tak apalah, saya pun tak nak jadi batu penghalang antara awak dan bakal tunang awak. Saya doakan agar awak bahagia hingga akhir hayat.” ujar Hafeez.

            Elleen mulai rasa serba salah melihat wajah murung Hafeez.

            “Saya ada hal lain ni, saya rasa saya kena pergi sekarang. Awak jangan risaulah, saya takkan ganggu awak lagi lepas ni. Tapi satu hal awak kena tahu, saya takkan lupakan awak. Doakan yang terbaik untuk saya.” ujar Hafeez sambil berlalu pergi.

            Elleen cuba menghalang Hafeez pergi tetapi lelaki itu langsung tidak menoleh kebelakang semula.

            Hazieq kembali kesisi Elleen. “Puas hati kau buat dia sedih?”

            Elleen menjeling kearah Hazieq.

            “Aku tengok dia betul-betul ikhlas dengan kau.” ujar Hazieq.

            “Aku rasa dengan cara macam ni barulah dia akan improve diri dia.” ujar Elleen.

            “Lepas tu? Bila dia dah berjaya, kau nak patah balik kat dia? Kau ingat dia ada hati lagi ke dengan kau? Turunkan ego kau tu Leen. Masih belum terlambat untuk kau kejar dia semula. Jangan nanti suatu hari kau menyesal sebab sia-siakan perjuangan dia. Kau pegang kata-kata aku ni.” ujar Hazieq.

            Kata-kata Hazieq membuatkan Elleen terdiam seribu bahasa. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Entah apa yang berada di benak fikirannya sehingga sanggup melukakakn hati lelaki yang benar-benar tulus menyayangi dirinya.

            ‘Maafkan aku Hafeez…’

###################################

            “Abell… aku buat keputusan yang salah ke?” ujar Elleen, kebingungan.

            Abell tidak mengendahkan pertanyaan Elleen.

            “Abell, kenapa dua tiga hari ni kau macam jauhkan diri dari aku? Aku buat salah apa dengan kau?” tanya Elleen, keliru.

            “Kau masih berani tanya macam tu? Kau sedar tak apa yang dah buat?” giliran Abell pula memberi pertanyaan.

            “Aku buat apa?” Elleen terpinga-pinga.

            “Kau rampas dia dari aku. Kau tikam aku dari belakang Leen. Sampai hati kau.” ujar Abell.

            Elleen terkejut mendengar tuduhan Abell.

            “Jangan ingat aku tak tahu siapa lelaki yang menggantikan posisi Hafeez dalam hidup kau.” ujar Abell dengan penuh kebencian.

            “Maksud kau?” Elleen masih kebingungan.

            “Hazieq. Kau bercinta dengan Hazieq kan?!” tanya Abell dengan sedikit meninggi suara.

            Elleen mulai faham dan dia tertawa kecil. Abell terlihat sangat marah apabila Elleen mentertawakannya.

            “Aku rasa kau dah salah faham ni. Aku bercinta dengan Hazieq? Hello…!” Elleen mulai mempersendakan pertanyaan Abell.

            “Aku belum gilalah nak bercinta dengan sahabat baik aku sendiri.” ujar Elleen.

            “Aku pun belum buta nak pura-pura tak nampak kemesraan korang berdua. Siap berpaut lengan bagai, tak bercinta konon.” tempik Abell.

            Tawa Elleen semakin galak. Abell terperangkap dengan penyamaran Hazieq sebagai kekasih Elleen beberapa hari yang lalu.

            “Abell, aku dengan Hazieq tak bercinta pun. Mungkin aku tak sedar kehadiran kau masa tu, tapi percayalah… Apa yang kau nampak semua tu hanya lakonan. Okay, aku jujur dengan kau. Aku minta tolong Hazieq untuk menyamar sebagai bakal tunang aku sewaktu aku berdepan dengan Hafeez tempoh hari. Itu je.” jelas Elleen sambil tertawa kecil.

            Abell terkedu mendengar cerita Elleen. Dia merasa bersalah kerana selama ini menuduh Elleen merampas Hazieq darinya.

            “Patutlah 2, 3 hari ni kau macam tak nak bercakap dengan aku. Aku pun satu, tak nak cerita dulu dengan kau pasal ni. Dah tak pasal-pasal sahabat kesayangan aku ni muncung sedepa.” ujar Elleen sambil menarik Abell dan menenangkan hati gadis itu.

            Abell berasa lega dan mulai tersenyum lagi.

###################################

TINGGG

            “Hai.” - Unknown.

            Fokus Elleen terhadap kerja mulai terganggu apabila seseorang yang tidak dikenali masuk ke ruang messengernya.

            “Siapa?” -  Elleen.

            “Saya tertarik untuk mengenali awak lebih dalam, nama saya Azrey.” - Azrey Ashriq

            “Tapi saya tak berminat. Maaf.” - Elleen.

            Elleen langsung menutup ruang messenger dan kembali fokus pada kerjanya. Namun nama Azrey bermain-main difikirannya. ‘Siapa Azrey?’

 

            “Leen, untuk kau.” ujar Sahida, rakan sekerja Elleen.

            Elleen terkejut melihat sejambak bunga yang dihantar oleh Sahida.

            “Ida, dari siapa? Confirm ke untuk aku?” tanya Elleen sambil membelek bunga tersebut. Sayangnya tiada nama pengirim.

            “Elleen Zarsha, siapa lagi kalau bukan kau?” balas Sahida.

            Elleen menggaru kepalanya yang tidak gatal. Baru sahaja tadi dia mendapat messenger dari orang tidak dikenali. Sekarang ini kiriman bunga dari seseorang yang tidak bernama. Buntu fikirannya.

 

            Elleen mengajak Abell makan tengahhari bersama memandangkan jarak tempat kerja mereka berdua tidak jauh.

            “Apsal muka kau kusut semacam je? Stress kerja?” tanya Abell sambil menyuap nasi goreng yang dia order tadi.

            “Ni bukan pasal kerja, tapi pasal orang misteri. Hari ni je ada 2 benda buat aku bingung. Pertama, tiba-tiba je ada mamat yang gelarkan diri dia sebagai Azrey nak berkenalan dengan aku. Kedua, tiba-tiba je ada orang hantar sejambak bunga pada aku tapi tak ada nama pengirim. Peliklah.”

            Abell hampir tersedak mendengar cerita Elleen. Dia langsung mencapai air minuman agar melegakan tekak sebelum mulai berkata-kata.

            “Amboiii… kawan aku dah ada peminatlah. Habis tu, kau layan tak mamat yang nama dia apa tadi tu, Azai? Azrul? Azizi? Ahh apa-apalah. Inilah masanya untuk kau buka buku baru. Sampai bila nak hidup solo?” ujar Abell.

            Elleen menjeling.

            “Elehhh, kau cakap je pandai… Kau tu, dah luahkan ke perasaan kau pada Hazieq? Belum kan. Sedar diri sikit ye, kau tu pun single jugak. Sama je dengan aku.” balas Elleen.

            Abell mencebik apabila diperli Elleen.

            “Dah lah, cepat makan. Aku nak balik office awal sikit ni, banyak kerja nak kena siapkan.”

 

###################################

            Abell mengajak Hazieq menemaninya membeli barang keperluan memandangkan Elleen sibuk dengan kerjanya.

            “Thanks tau sudi keluar dengan saya. Saya tak kacau awak ke ni?” ujar Abell, kekok.

            “Tak adalah. Lagipun hari ni saya tak ada kelas, free je.” balas Hazieq, janggal.

            “Ikutkan ini semester terakhir awak kan?” tanya Abell, cuba memulakan perbualan agar hilang rasa janggal antara mereka berdua.

            “Ahaa, betul. Alhamdulillah, tak lama lagi saya pun akan mula bekerja. Malu jugak dengan korang berdua sebenarnya, yelah saya ni dah tua-tua sibuk nak sambung belajar lagi. Orang lain dah kerja, saya masih belajar. Bila masanya untuk saya kumpul duit pulak kan. Teringin jugak nak pegang duit sendiri.” ujar Hazieq yang mulai selesa berbual dengan Abell.

            “Insyaallah, nanti adalah tu rezeki awak.” ujar Abell sambil membelek beberapa jenis barangan dapur.

            “Ermmm Bell…” ujar Hazieq.

            Abell sempat mengerling kearah Hazieq kemudian fokuskan kembali pada barangan yang ingin dia beli.

            “Elleen ada cakap apa-apa pada awak tak?” tanya Hazieq.

            Abell tidak terlalu menumpukan perhatian pada Hazieq.

            “Alang-alang awak dah ada kat sini, rasanya ini masanya untuk saya beritahu awak tentang perasaan saya yang sebenar.” ujar Hazieq.   Abell terdiam. ‘Dia nak luahkan perasaan dia pada aku ke?’ gumam hati kecil Abell.

            “Saya tahu awak sukakan saya tapi… jujur saya cakap yang saya anggap awak tak lebih dari seorang kawan. Saya... belum sedia nak terima mana-mana perempuan dalam hidup saya. Jadi tolong jangan letak harapan tinggi pada saya.” ujar Hazieq, tergagap-gagap kerana risau hati Abell akan terluka.

            Abell pura-pura tidak mendengar walhal hatinya hancur remuk.

            “Bell, awak dengar tak apa saya cakap tadi?” tanya Hazieq apabila dia tidak mendapat respon dari Abell.

            “Eh apa dia? Awak cakap apa tadi? Maaf, saya fokus sangat cari barang.” ujar Abell.

            “Err… tak ada apa-apalah. Abaikan.” Hazieq mulai salah tingkah namun dia sedikit lega selepas meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Sekurang-kurangnya separuh beban yang tersimpan lama.

            “Saya rasa macam tak sedap badan la, macam nak demam je. Jomlah kita balik.” ujar Abell yang tiba-tiba berubah mood.

            Hazieq sekadar akur dengan permintaan Abell.

 

            Abell termenung jauh mengingatkan kembali kata-kata Hazieq sewaktu di pusat membeli belah tadi. Hatinya bagai dihiris-hiris. Benar apa yang pernah dikatakan oleh Elleen mengenai Hazieq.

            “Kalaulah aku tahu semua ni dari awal, pasti takkan sesakit ini.” 

Abell menepuk-nepuk dadanya yang sesak kerana sakit hati. Dia menangis semahunya. Bukan kerana dia berharap lebih pada lelaki itu tetapi dia tahu selepas ini dia takkan dapat berjumpa dengan Hazieq seperti biasanya.

            “Huh…penatnya badan.” ujar Elleen yang baru sahaja pulang dan langsung merehatkan badan di sofa yang berada di ruang tamu dimana Abell juga sedang melayan perasaan disitu.

            “Eh Bell, kau okay tak ni?” Elleen menyedari butir-butir bening yang perlahan-lahan mengalir dari kelopak mata Abell.

            “Hazieq tolak cinta aku mentah-mentah, Leen.” Abell langsung meraung sambil memeluk Elleen selepas ditegur sahabatnya itu.

            Elleen cuba memahami duduk perkara sebenar. Apabila nama Hazieq dipetik, dia tahu benar apa yang membuatkan sahabatnya itu sedih. “Kumbang bukan seekor Bell…” pujuk Elleen.

 ##########################################


            “Hi, awak ni Nabella kan?” tegur salah seorang pekerja di tempat Abell bekerja.

            “Ye, saya. Ada apa ye?” jawab Abell.

            “Saya Que. Pekerja baru disini.” lelaki bernama Qayyum atau lebih senang dipanggil Que itu mengenalkan diri.

            “Eh kejap, awak ni yang interview kerja dengan Puan Sakinah semalam, kan?” tanya Abell.

            “Ye, sayalah tu. Katanya ada kerja kosong, jadi saya pun cuba nasib. Alhamdulillah, saya diterima bekerja di sini. Kata Puan Sakinah, saya akan bekerja dengan awak dalam satu tempat.” ujar Que.

            “Oh yeke, kalau macam tu kita satu teamwork,lah.” ujar Abell sambil tersenyum.

            “Jadi saya nak minta tunjuk ajar dari Cik Nabella memandangkan saya belum arif bab-bab kerja office ni. Sebelum ni saya cuma pekerja kilang biasa je.” ujar Que dengan penuh sopan.

            “Tak payah bercik-cik dengan saya la. Panggil je saya Abell.” ujar Abell sambil membawa beberapa fail untuk ditunjuk pada Que tentang skop kerja disitu.

            Kelihatan Abell begitu semangat mengajari Que dan mereka mudah rapat memandang umur masing-masing tidak jauh beza.

 

            TINGGG

            “Lunch together?” - Azrey.

            “I’m not interested.” - Elleen.

            “Hishhh, rimas betul la dengan stranger ni. Kenal tidak, apa tidak, tetiba ajak lunch. Entah-entah ada niat tak baik. Ish risau akulah.” rungut Elleen sambil menyusun kertas kerja.

            “Leen, ada orang nak jumpa dengan kau kat luar.” ujar Sahida.

            Elleen tergamam. Selama dia bekerja, belum ada siapa-siapa mencarinya di tempat kerja melainkan Abell yang kadang kala mengajak dia keluar lunch, itupun setelah Abell menghubunginya terlebih dahulu.

            “Siapa? Ishh… cakap je aku tak ada.” ujar Elleen yang mulai gelabah.

            “Tapi…aku dah tercakap kau ada. Kau pergi jelah jumpa dengan dia. Mana tahu dia client kita ke. Cepatlah, tak baik buat orang menunggu.” ujar Sahida.

            Elleen mengigit bibir. ‘Jangan-jangan mamat psiko tu datang nak jumpa aku? Tapi macam mana dia boleh tahu tempat kerja aku?’

 

            Elleen memberanikan diri berdepan dengan lelaki yang dimaksudkan oleh Sahida tadi.

            “Encik ke yang nak jumpa saya tadi?” tegur Elleen kepada seorang lelaki yang membelakanginya.

            “Finally. Hi, saya Azrey.” ujar lelaki bernama Azrey yang sering menghantar pesanan di messenger Elleen.

            “Jadi awaklah lelaki psiko tu. Saya tak fahamlah, apa niat awak sebenarnya? Saya langsung tak kenal awak.” marah Elleen.

            “Itulah niat saya. Saya nak mengenali awak.” ujar Azrey dengan selamba.

            “Masalahnya sekarang, saya tak berminat.” tempik Elleen sambil berlalu pergi.

            “Tunggu. I can explain.” ujar Azrey.

            Elleen terdiam dan menunggu lelaki itu menjelaskan segala kekeliruan.

            “Pertama kali saya nampak awak di laman sosial kawan saya, saya rasa awaklah wanita yang saya cari. Saya tertarik untuk mengenali awak. Saya berusaha mencari segala details mengenai awak, and finally I found you.” jelas Azrey.

            Elleen menarik muka, tidak berminat mendengar.

            “Lissa, kawan awak kan?” tanya Azrey.

            Elleen terdiam mendengar nama itu. Memang benar suatu ketika dulu, dia pernah ada sahabat bernama Lissa. Namun selepas Lissa memilih jalan untuk menjadi instafamous terkenal, dia mulai lupa diri berkawan dengan orang-orang yang terkenal sahaja.

            “Saya ternampak gambar awak bersama Lissa dalam akaun lama dia. Sejak dari tu, saya cuba cari tahu keberadaan awak dari Lissa.” ujar Azrey.

            Elleen sedikit terpana apabila Lissa yang dia sangkakan sudah melupakannya ternyata masih menyimpan kenangan sewaktu mereka pernah bersama dahulu.

            “Awak tadi ajak saya lunch, kan? I’m hungry, and it’s my lunch time.” ujar Elleen.

            Azrey tersenyum lebar apabila Elleen memberi respon baik terhadapnya.

###################### 

 

            Abell semakin rapat dengan Que. Dan mereka sering terlihat keluar bersama setiap malam dan melepak bersama kawan-kawan Que yang lain. Namun yang membuatkan Abell cepat bosan apabila Que berjumpa dengan kawan-kawannya, mereka akan sering bermain game di telefon bimbit masing-masing.

            “Que, saya nak baliklah.” ujar Abell.

            “Tunggulah sekejap. Sikit lagi nak menang ni.” balas Que tanpa menoleh kearah Abell.

            “Lebih baik awak tak payah ajak saya keluar kalau setakat nak tengok awak layan game dengan kawan-kawan awak.” rungut Abell.

            Que tidak merespon rungutan Abell. Abell langsung bangun dan pergi meninggalkan Que yang leka dengan dunianya.

            “Tunggu kejap.” tahan salah seorang kawan kepada Que iaitu Alakiff.

            “Apa?” tempik Abell.

            “Awak nak balik naik apa? Tadi awak datang dengan Que kan?” tanya Alakiff.

            “I’m not kids anymore. Teksi ada, grab ada, apa susah?” omel Abell.

            “Dah lewat malam ni, belum tentu ada teksi atau grab nak ambil awak. Biar saya hantarkan awak?” tawar Alakiff.

            “Tak payahlah buat baik dengan saya. Awak pun sama je dengan diorang semua tu. Pergilah sambung game awak tu.” ujar Abell.

            “Tak, saya tak terlalu obses dengan benda-benda macam tu. Saya tak bolehlah biarkan gadis macam awak balik sorang-sorang. Bahaya.” pujuk Alakiff.

            Abell hanya akur dengan tawaran Alakiff.

           

            “Thanks sudi hantar saya balik. Maaf menyusahkan awak.” ujar Abell sebaik sahaja Alakiff menghantar sampai hadapan rumah sewa Abell.

            Elleen yang mendengar bunyi deruman enjin kereta di hadapan rumah, lantas membuka pintu buat Abell.

            “Lewat balik? Aku rasa ini bukan pertama kali kau balik lewat macam ni, sejak kau kenal dengan budak baru kat tempat kerja kau tu, kau asyik keluar malam dan balik lewat je.” omel Elleen yang melihat banyak perubahan dalam hidup teman serumahnya itu.

            “Aku tahu. Lagipun aku bukan nak sangat lepak dengan diorang tu. Boring. Tapi si Que tu lah asyik memaksa.” omel Abell sambil menghempaskan diri ke sofa.

            “Kau pun turut sangat kehendak si Que tu dah kenapa? Kau suka dia eh…” ujar Elleen.

            Abell menjeling tajam.

            “Jeling-jeling, cocok biji mata tu karang. Dah, bangun. Pergi mandi, masuk bilik lepas tu tidur!” omel Elleen ibarat ibu-ibu yang sedang mengomel anaknya.

            Dengan malas, Abell melangkah menuju ke bilik. Tubuhnya terasa sangat letih sejak kebelakangan ini.

 ######################

            “Saya nak bawa awak berjumpa dengan orang tua saya.” ujar Azrey.

            Elleen terkesima mendengar kata-kata Azrey.

            “Tapi, kita kan baru je kenal. Awak buang tebiat ke.” marah Elleen.

            “Apa salahnya kita saling kenal dengan keluarga masing-masing?” ujar Azrey dengan penuh maksud.

            “Itulah masalahnya. Kita baru je berkawan. Bercinta pun tidak lagi.” ujar Elleen.

            “Bercinta selepas kahwin akan lebih indah.” ujar Azrey.

            “Up to you.” Elleen malas ingin berdebat.

            “Ok deal. Hujung minggu ni saya bawa awak jumpa orang tua saya.” ujar Azrey sambil tersenyum riang.

 

            “I still can’t move on.” - Hafeez.

            Elleen mendengus keras apabila mendapat pesanan ringkas dari Hafeez. Sangkaannya Hafeez tidak akan mengganggunya lagi selepas dia mengenalkan Hazieq sebagai bakal tunangnya. Ternyata Hafeez masih belum dapat melepaskan bayangan Elleen dalam hidupnya..

 

            DBUKKK!!

            “I’m so sorry! Saya tak sengaja. Maaf, maaf, maaf.” ujar seorang wanita yang jalan melulu sehingga terlanggar Hazieq yang tidak menghalang jalan pun.

            Kelihatan buku-buku milik wanita itu jatuh bersepah ke lantai, lantas Hazieq membantu mengutip buku-buku tersebut.

            “Jalan punya luas, saya yang kat tepi ni juga awak nak langgar” perli Hazieq.

            “Saya minta maaf.” ujar wanita yang kelihatan kelam kabut itu.

            “Awak tergesa-gesa semacam ni nak kemana?” tanya Hazieq sambil menghulurkan beberapa buah buku yang dikutip milik wanita itu.

            “Saya ada hal kecemasan. Sekali lagi, saya minta maaf.” ujar wanita itu sambil berlari-lari anak meninggalkan Hazieq selepas berkali-kali dia meminta maaf.

            Anak mata Hazieq mengekori pergerakan wanita itu sehingga ke arah perhentian bas terdekat. Hazieq memandang arah jam tangannya.

            “Waktu macam ni belum ada bas lalu sini, kemana perempuan ni nak pergi? Cemas semacam je.” keluh Hazieq.

            “Ehem, maaf. Boleh saya tahu awak nak kemana?” tanya Hazieq sambil menegur wanita tadi.

            Wanita itu kelihatan terkejut melihat Hazieq. “Saya ada hal kecemasan di kampung. Ishh…mana bas ni.”

            “Waktu macam ni bas belum masuk, biasanya waktu kemuncak baru ada. Itupun tengahhari nanti. Sekarang baru jam 10 pagi, ada beberapa jam lagi awak nak kena tunggu.” jelas Hazieq.

            Wanita itu semakin tak keruan.

            “Kalau awak betul-betul nak cepat, apakata saya hantarkan awak? Kebetulan saya tengah free sekarang ni. Boleh?” tawar Hazieq.

            Wanita itu berfikir sejenak. Sebolehnya dia tidak mahu menerima tawaran dari lelaki yang tidak dikenali. Namun kerana dia terdesak, akhirnya dia akur.

            “Saya…”

            “Saya janji saya takkan sentuh awak ataupun lakukan hal-hal buruk pada awak. Niat saya baik, saya nak hantar awak.” Hazieq langsung mencelah, faham benar maksud wanita itu.

            Wanita itu kelihatan sedikit lega mendengar kata-kata Hazieq. Dia akur dengan tawaran Hazieq.

            “Saya Hazieq Halil, panggil saya Hazieq je.” ujar Hazieq sambil memandu.

            “Saya Aleesha.”balas wanita itu.

            “Sedap nama.” usik Hazieq.

            “Saya dapat panggilan dari hospital, ayah saya di kampung jatuh bilik air dan pengsan. Saya risau jadi apa-apa yang buruk padanya. Hanya ayah je yang saya ada. Ibu saya dah lama meninggal. Saya hanya dua beradik, saya dan kakak. Tapi, kakak saya sekarang menetap di Sabah bersama keluarga kecilnya, jadi hanya saya satu-satunya harapan untuk bersama ayah. Mujur ada jiran tolong bawa ayah saya ke hospital berdekatan.” jelas Aleesha panjang lebar.

            Hazieq mendengar dengan penuh sayu.

#######################

“Cukuplah Que. Saya dah muak dengan perangai awak.” tempik Abell yang mulai bosan dengan sikap acuh tak acuh Que terhadapnya.

            “Dulu awak janjikan kebahagiaan pada saya, tapi sekarang apa yang saya dapat? Awak lebih pentingkan kawan-kawan awak je. Saya ni awak cari bila awak bosan. Awak ingat saya tak ada perasaan ke?” Abell melepaskan amarahnya apabila lelaki yang dia harapkan untuk memberi kebahagiaan padanya ternyata memberi harapan palsu.

            “Ini hobi saya, apa hak awak nak tentukan jalan hidup saya?” jawab Que yang mulai hilang sabar apabila Abell mula meninggi suara.

            “Mulai hari ini, kita buat haluan masing-masing.” ujar Abell, beri kata putus.

            Que sikitpun tidak terkesan dengan ugutan Abell malah dia lebih asyik melayani kawan-kawannya. Abell mulai bengang dan langsung meninggalkan Que tanpa pamit.

           

            “Sabarlah, dia memang macam tu.” tegur Alakiff yang tiba-tiba sahaja muncul berdekatan dengan Abell.

           “Abang lama kenal dengan dia. Sebelum dia inginkan seorang perempuan tu, dia akan beria, tunjuk effort sana sini. Tapi bila dia dah dapat, dia mula mengabaikan.” ujar Alakiff.

            “Saya menyesal kenal dengan dia. Kalaulah saya tahu perangai dia macam tu, saya takkan tergesa-gesa terima lamaran dia.” keluh Abell.

            “Buat apa nak sesalkan benda yang dah jadi. Sekurang-kurangnya jadikan ia sebagai kenangan dan pengajaran.” nasihat Alakiff.

            “Abang dah kahwin?” tanya Abell.

            Alakiff tersenyum sumbing.       

            “Dengan umur begini, awak rasa abang ni tak laku ke?” usik Alakiff.

            “Who knows?” balas Abell.

            “I’m married and I’m divorced. I have 3 daughters and 1 son.” ujar Alakiff tanpa berselindung.

            “Why divorced?” tanya Abell, ingin tahu.

            “Itu jalan yang kami pilih demi kebaikan masing-masing.” ujar Alakiff.

            Abell penuh rasa ingin tahu.

            “I want to know more about you, abang Alakiff.” ujar Abell tanpa segan silu.

           

 

            “Will you marry me?” tanya Azrey sambil memandang tepat ke dalam anak mata Elleen.

            Elleen terkesima mendengar lamaran Azrey. Baru sahaja minggu lepas dia bertemu dengan orang tuanya, kini Azrey mulai berani melamar pula.

            “Its okay, awak tak perlu jawab sekarang. Awak ambillah berapa lama mana pun masa untuk awak berfikir. Saya akan tetap tunggu jawapan dari awak.” ujar Azrey.

            “Thanks for your understanding.” ujar Elleen.

 

TRITTTT TRITTTTTT….

Telefon pintar Elleen berdering. MAMA terpapar diskrin telefon pintarnya.

“Hello ma.” jawab Elleen.

“Mama nak tanya, sejauh mana hubungan kamu dengan Hafeez?” tanya mama dihujung talian.

Berderau darah Elleen apabila mama tiba-tiba bertanya mengenai Hafeez.

“Kenapa Mama tiba-tiba tanya pasal dia?” tanya Elleen, ingin tahu.

“Tadi Hafeez ada datang jumpa kami. Dia bawa hasrat ingin merisik kamu. Sebab itu Mama tanya pasal hubungan kamu dengan dia. Sekurang-kurangnya kami perlukan jawapan dari kamu sama ada kamu terima atau tidak.” ujar Mama, lembut.

Elleen mendengus kasar. Dia tidak menyangka Hafeez senekad ini.

“Ma, Hafeez hanya masa lalu Leen. I already move on. And I have someone new in my life.” ujar Elleen.

“Why not kamu bawa dia jumpa dengan kami?” ujar Mama.

“Really Ma? Okay, promise I will bring him to home as soon as possible!” ujar Elleen dengan riang.

Azrey yang sejak tadi berada di sebelah Elleen hanya tersenyum melihat tingkah Elleen yang sekejap muram, sekejap marah dan gembira.

            Selepas mematikan panggilan, Elleen tersenyum lebar memandang Azrey.

            “Hujung minggu ni, ikut saya balik kampung, nak?” ajak Elleen.

            “Sure.” jawab Azrey.

 ####################

            “Terima kasih awak sebab awak dah banyak tolong saya selama ini.” ujar Aleesha.

            “Tak ada masalah. Hargailah orang tua awak selagi mereka masih ada.” ujar Hazieq.

            “Saya sesal kerana biarkan ayah saya seorang diri di kampung. Tapi saya juga ingin buat dia bangga dengan apa yang akan capai.” ujar Aleesha.

            “Saya lebih sesal sebab biarkan orang tua saya hidup terkontang kanting di kampung sedangkan saya bersenang lenang di sini. Sehinggalah saya kehilangan kedua-dua mereka, masa tu barulah saya sedar saya seorang anak yang sangat tak berguna.” keluh Hazieq.

            “Saya sangat bersimpati.” ujar Aleesha dengan tutur kata yang lembut.

            “Terima kasih.”

 

            Abell mulai mengukir senyuman lagi. Tapi bukan dengan orang yang sama.

            “Lama aku tak nampak Que. Dah tak keluar lepak dengan dia ke?” tanya Elleen.

            “Tak. We’re break up. Dia membosankan. Biarlah dia hidup dalam dunia dia.” ujar Abell sambil tersenyum-senyum memandang skrin telefon pintarnya.

            “Aikk…dah break up masih mampu tersenyum? Selalunya kalau orang break up ni muka sedih je.” perli Elleen.

            “I’ve got someone else.” laju Abell menjawab.

            Terbeliak mata Elleen mendengar penyataan Abell.

            “As long as you happy, I’m happy for you.” malas nak mengganggu kebahagiaan sahabatnya, dia hanya mampu doa yang terbaik buat Abell.

            “Thank you Leen. Ehem…aku dengar orang tu dah nak kahwin dah.” ujar Abell.

            Elleen tersipu malu. “Benda baik kenalah buat cepat.”

            “Congratulation for you Leen.” ujar Abell sambil memeluk Elleen.

            “Tapi…” riak wajah Elleen berubah muram.

            “Kenapa? What happen?” Abell cemas.

            “I forced to accept it. You know what… Hafeez diam-diam jumpa family aku untuk merisik. Itupun selepas mama aku call beritahu pasal hal tu.” ujar Elleen.

            Ternganga Abell mendengarnya.

            “Aku tahu niat dia ikhlas tapi tak adil kalau aku terima dia sedangkan hati aku tidak lagi pada dia. Lagipun Azrey dah lamar aku. Biarlah aku hidup dengan orang yang baru daripada tersepit dengan kenangan lama.” ujar Elleen.

            “Semoga keputusan yang kau buat ni terbaik untuk hidup kau. Aku akan sokong segala keputusan kau Leen, as long as you happy.” ujar Abell.

 ###########################

            “Tahniah.” - Hafeez.

            Elleen serba salah untuk membalas pesanan ringkas dari Hafeez.

            “Thanks, and I’m so sorry.” - Elleen.

            “Till jannah.” - Hafeez.

            Tanpa sedar, air mata Elleen mengalir kerana dia telah melukakan hati seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menyayangi dirinya.

           

            Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi majlis pernikahan Elleen dan Azrey akan berlangsung. Entah kenapa dia turut menjemput Hafeez ke majlisnya. Bukan niatnya untuk menyakiti hati lelaki itu.

            “Elleen! Tahniah!” jerit Abell dari muka pintu biliknya.

            “Abell, datang pun kau. Aku ingat kau lupa hari ni hari pernikahan aku.” omel Elleen

            “Ishh takkanlah aku lupa. Sorry aku lewat sikit tadi, abang Alakiff tu haa tiba-tiba anak dia nak meragam la apa la, jadi tunggu dia urus anak-anak dia tu la, barulah dia hantar aku.” jelas Abell, sungguh-sungguh.

            “Ye aku faham. Eh, abang Alakiff tu kan duda, jadi kau tak teringin ke nak jadi ibu baru kepada anak-anak dia tu?” tanya Elleen.

            “Kalau ada jodoh dengan dia, why not kan?” balas Abell.

            “Ehh kejap. Aku nak tanya kau ni, kau jemput Hafeez ke?” Elleen terdiam dengan pertanyaan Abell.

            “Macam mana kau tahu?” Elleen hairan.

            “Patutlah masa aku sampai tadi, aku ternampak dia tengah borak dengan abang-abang Dj tu.” ujar Abell.

            Elleen semakin cemas, dia mulai rasa bersalah kerana menjemput Hafeez ke majlis pernikahannya.

            “Aku ingat dia takkan datang.” Elleen menangkup muka, kesal.

            Abell cuba menenangkan hati Elleen yang sedang gundah gelana.

 

            Majlis berjalan dengan lancar. Sesi karaoke pun bermula, dan DJ memutarkan lagu permintaan dari seseorang yang amat Elleen kenali.

            “Lagu seterusnya adalah permintaan dari seorang jejaka yang yang tidak mahu disebut namanya. Dia meminta untuk mempersembahkan lagu Aku Bukan Jodohnya yang dinyanyikan oleh Band Tri Suaka, khas untuk mempelai kita hari ini. Sesuatu sangat lagu yang dituju ni.” sindir Dj tersebut. Tahu benar gerangan yang membuat permintaan lagu ini, pasti Hafeez.

 

“Ini salahku, terlalu memikirkan egoku,

Tak mampu buatmu bersanding nyaman denganku

Hingga kau pergi tinggalkan aku.

 

Terlambat sudah, kini kau t’lah menemukan dia

Seseorang yang mampu membuatmu bahagia

Ku ikhlas kau bersanding dengannya.

Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku ‘tuknya

Bahagiakan dia, kau sayangi dia

Seperti ku menyayanginya

 

‘Kan ku ikhlaskan dia,

tak pantas ku bersanding dengannya

‘Kan kuterima dengan lapang dada

Aku bukan jodohnya…”

 

            Elleen terlihat sayu mendengar lagu yang disampaikan.

 

            Sebelum Hafeez beransur pulang, Elleen dan Azrey sempat menemuinya.

            “Jagalah dia sebaik-baiknya, jangan pernah lukakan hatinya.” ujar Hafeez.

            “I will bro. Thanks for you advice.” balas Azrey.

            “Saya doakan semoga awak jumpa jodoh awak dalam waktu terdekat. We pray the best for you.” ujar Elleen.

 #####################

            Beberapa bulan berlalu, Hafeez semakin menunjukkan prestasi dirinya. Rezekinya pun semakin bertambah. Dia juga berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di salah sebuah pejabat kerajaan dan kini mempunyai pendapatan yang tetap malah dia juga mampu membeli sebuah kereta untuk kegunaan sehari-harinya.

           “Alhamdulillah.” Hafeez mengucap kesyukuran diatas apa yang telah dia perolehi selama ini.

            “Berkat usaha dan kesabaran awak nilah buat saya bangga dengan awak.” ujar Aimy, wanita yang Hafeez kenali melalui applikasi mencari kawan dan wanita ini jugalah yang selalu ada disisi Hafeez ketika lelaki itu jatuh bangun.

            “Saya berterima kasih pada awak sebab mengajar saya erti usaha tanpa putus asa. Thanks sayang.” ujar Hafeez yang kini terlihat sangat bahagia bersama Aimy.

 

            Abell mengunjungi Elleen yang kini tidak lagi menjadi teman serumahnya. “Amboiii bahagia sungguh pengantin baru ni. Aku jeles.” usik Abell.

            “Elehhh, kau tu pun apa kurangnya sejak ada abang duda ni.” balas Elleen.

            Abell mencebik.

            “Weh, kau ada dengar khabar dari Hafeez tak?” tanya Abell.

            “Kenapa?” tanya Elleen penuh rasa ingin tahu.

            “Aku dengar sekarang ni dia dah dapat kerja tetap, kerja kerajaan pulak tu. Murah rezeki dia. Bila dia dah stabilkan ekonomi dia, dia terus beli kereta, mudah untuk dia pergi kerja dan balik kerja.” jelas Abell.

Elleen tumpang gembira melihat perubahan diri Hafeez. Tercuit rasa kesal dihati kecilnya kerana pernah merendahkan lelaki itu suatu ketika dahulu.

“Kalau aku tak tinggal dia dulu, mesti dia takkan berjaya sampai tahap ni. Ada hikmah atas semua yang terjadi.” ujar Elleen dengan rasa gembira.

 

            TINGGGG

            “Walimatul Urus Hafeez & Aimy” -  Hafeez

            Elleen terkejut apabila menerima pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp dari Hafeez.

“Hafeez whatsapp aku kad jemputan kahwin dialah!” jerit Elleen.

Abell terkejut mendengar khabar gembira yang disampaikan oleh Elleen.

            “Bertuah wanita yang jadi pasangan dia tu kan.” usik Abell.

            “Kita doa yang baik-baiklah untuk dia. Sekurang-kurangnya aku dah boleh tarik nafas lega sebab dia dah sepenuhnya move on dari aku.

            “Till Jannah!” -  Elleen membalas whatsapp Hafeez.

           

            TRITT TRITTTTT

            Abell mendapat panggilan video dari Hazieq. Hatinya tercuit dengan kenangan lalu.

            “Ada apa mamat ni tiba-tiba video call aku?” tanya hati kecil Abell.

            “Hazieq video call? Jawablah.” ujar Elleen sambil langsung menekan tombol hijau tanpa terima.

            Abell tak sempat menghalang.

            “Hey girls!” ujar Hazieq dihujung talian.

            “I have a good news!” sambung Hazieq.

            Abell tersenyum tawar melihat wajah yang pernah dia rindui suatu ketika dulu.

            “Berseri-seri muka kawan kita ni, Bell. Ada apa-apa kau nak cerita dengan kitorang ke?” celah Elleen.

            “Leen, selamat pengantin baru! Sorry hari tu tak dapat hadir majlis kau. Aku busy dengan exam semester akhir.” ujar Hazieq.

            “No problem, aku faham. Apa good news yang kau nak sampaikan tadi?” tanya Elleen.

            “Aku dah mula kerja sekarang and the best things is… aku akan bertunang dengan gadis pilihan hati aku.” ujar Hazieq sambil tersengih.

            Elleen ternganga besar, Abell pula terbeliak mata mendengar khabar gembira yang disampaikan oleh Hazieq.

            “Aku ingatkan kau gay sebab lama sangat tutup pintu hati untuk mana-mana perempuan.  Akhirnya kau buktikan juga pada kitorang yang kau bernafsu pada perempuan.” ujar Elleen dengan niat berseloroh.

          “Kalau kau depan aku sekarang ni, aku dah pijak-pijak kau Leen. Cakap tak pernah berlapik!” marah Hazieq sambil tertawa kecil.

            “Siapa gadis bertuah tu Zieq?” Abell langsung mengambil alih posisi Elleen yang sedang asyik mengusik Hazieq dihujung talian.

            “Nama dia Aleesha. Kalau kau orang nak tengok dia, kita jumpa di majlis pertunangan aku nanti.” ujar Hazieq.

            “Ok set!” balas Elleen dan Abell serentak.

               “Semuanya dah jumpa kebahagiaan masing-masing, tinggal aku jela yang belum ada happy ending.” keluh Abell.

            “Siapa cakap tak ada happy ending? Kau patut bersyukur tau dapat abang Alakiff yang tak pernah buat kau rasa bosan dan sunyi. Ditambah lagi dengan adanya anak-anak dia. Kau tak rasa macam ada dekat tadika ke? Ceria sepanjang masa.” ujar Elleen sambil sempat mengusik Abell.

            “Kurang asam!” marah Abell sambil mencubit lengan Elleen.

            “Auchhhh!”


Happy ending!