About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

29 August 2016

Philophobia

Assalamualaikum.


Apa itu Philophobia? Sejenis makanan kah? Sejenis penyakit kah? Sejenis perangai pelikkah? Let me explain. Philophobia ni merupakan sifat takut seseorang terhadap cinta. Everything about love. Takut pada cinta atau takut jatuh cinta dengan seseorang. Fobia pada cinta ni boleh terjadi apabila seseorang itu pernah disakiti atau terluka di masa lalunya.


Kenapa tiba-tiba aku rasa nak menulis pasal Philophobia ni? Haa ni semua gara-gara sesi meluah hati dengan si Alfie pagi tadi. Well, kebiasaan kami berdua ni kami akan saling bertukar cerita mahupun meluah masalah / melepaskan geram kerana si polan dan si polan. We are bestfriend what...

So, pagi tadi tu aku terstalk blog si Alfie (Aien Afiqah) then aku pun terbaca satu post ni, tentang masa lalunya. Hmm aku pun jadi curious lah. Aku terus wasap Alfie then tanya sama ada dia ok atau tak. Nasib baik masa tu mood dia ok. Kalau tak ok, memang kena bahan dengan akulah minah sorang tu. *ketawa jahat*

Alfie cakap yang dia naik rimas bila orang asyik bertanya "Bila nak kahwin?" Hmm soalan maut tu. Aku dah pernah hadap soalan-soalan macam tu. Kalau dulu aku tak tahu nak jawab apa sebab calon pun tak ada lagi but now aku dah lega. And sekarang turn si Alfie pulak hadap soalan-soalan panas tersebut. Wei, perempuan mana yang ada kat muka bumi ni yang tak nak berkahwin? Habaq maiiii! Semua orang teringin nak berkahwin, mendirikan rumah tangga, hidup bahagia dengan suami tercinta. Siapa yang tak nak? So, si Alfie ni bukannya taknak kenal dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan calon suami dia. Nak kata tak ada pilihan, ramai beb! Hensem ada, putih ada, oriental face pun ada. Fuhhh laku beb member gua ni. Tapi itulah...hati dia lebih keras dari batu. Huh! Katanya dia masih takut untuk buka hati pada mana-mana lelaki. Tapi itu tak bermaksud dia seorang pencinta wanita (lesbian). Aku lempang kang sesiapa yang fikir macam tu. Cuma dia takut kerana dia juga merupakan seorang Philophobia. Kita tak tahu apa yang pernah jadi pada masa lalu dia. Seberapa terlukakah dia? Seberapa pahitkah kisah lalu dia? Hanya dia dan Allah je yang tahu.

Haaa aku pun sempat jugaklah meluah perasaan pada si Alfie. Aku cakap dengan Alfie yang aku sebenarnya pun tergolong dalam kalangan si penderita Philophobia ni. Dari dulu sampai sekarang. So, aku memang faham sangatlah apa yang Alfie rasakan. Tapi aku ni pulak walaupun takut untuk jatuh cinta dengan seseorang, aku jugak seorang Thantophobia (The fear of losing someone you love) dan Pisanthrophobia (The fear of trusting people due to past experiences with relationships gone bad). Eh, banyak pulak fobia dia. Walau bagaimanapun, aku ni jenis cepat move on keluar dari tersekat di masa lalu. Kadang aku jadi cepat percaya pada seseorang walaupun mengambil masa yang agak lama untuk dapatkan kepercayaan tu.

Even sekarang aku dah ada seseorang pun, perasaan takut untuk teruskan sebuah hubungan tu tetap ada. Mudah percaya, mudah juga tertipu. Mudah jatuh cinta, mudah pula kecewa. Mudah dapat pengganti, mudah jugak ditinggalkan. Dunia ni ibarat sebuah roda. Ada baik, ada buruk.

So, back to the topic; Philophobia. Beberapa faktor yang mengundang kepada si penderita Philophobia ni:-
- Seseorang itu pernah merasakan sesuatu perlakuan yang tidak menyenangkan.
- Seseorang itu melihat sebuah pasangan yang sering terluka dan dilukai sehingga dia menjadi takut dan tak ingin hal tersebut terjadi pada dirinya/hidupnya.
- Tidak percaya pada diri sendiri mahupun orang lain.
- Pernah mengalami putus cinta / patah hati yang sangat terkesan.
- Dikhianati oleh insan yang tersayang.
- Hubungan yang diharapkan terputus di tengah jalan.
- Hidup dalam keadaan yang tidak bahagia.

Hal-hal di atas kadang-kadang boleh memberi pengaruh pada kehidupan seseorang. Even golongan ni mencuba untuk memulai cinta, ingin merasai erti kebahagiaan tetapi diorang tetap akan dibayangi oleh masa silam. Sukar melupakan apa yang mereka pernah alami. Bahaya tu. Sebab golongan ni boleh hilang rasa tertarik pada seseorang, apalagi meletak kepercayaan terhadap seseorang.

Tapi setiap penyakit pasti ada penawarnya. Penderita Philophobia haruslah keluar dari perasaan takut tersebut. Harus lebih yakin dengan apa yang diorang akan hadap di masa hadapan. Tak perlu hidup terpuruk dengan masa lalu. Bak kata orang, what past is past. Tak salah beri peluang pada insan lain. Sebab penyakit Philophobia ni datangnya dari diri sendiri jugak. Kalau diri sendiri tak nak berubah, sampai bila-bila pun korang takkan beri peluang pada hati korang untuk memulai kehidupan yang baru, yang lebih bahagia. Mencuba. Terluka, tersakiti, terkecewa, itu semua asam garam kehidupan. Yang penting, kuatkan iman.

Aku ni kalau tak kenal erti redha, aku pun belum tentu kuat nak bangkit dari masa silam. Setiap orang ada masa silam memasing. Tapi sampai bila nak hidup dengan mengingati hal-hal yang menyakitkan hati tu? Every single things that has ever happened in your life is preparing you for a something that's meant to come. Percayalah pada takdir Allah. Sehebat manapun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kehidupan kita. Kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. Insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk korang. Amin.


"The most paintful things is taking risk to fall in love again." - Alfie

I am Philophobia, and you? Check it out: Jenis-jenis fobia !

Wassalam.
- Leenz

29 Aug 2016 - 17:36 pm

11 August 2016

DIY Slime

Assalamualaikum.

(Image from Mr. Google)

Slime? Benda alah apa tu? Haa kalau korang nak tahu Slime ni sejenis cecair yang sama spesis dengan tanah liat atau lebih dekat dengan Play-Doh. Tau apa tu Play-Doh? Alaaa dia jenis tanah liat jugak tapi tanah liat versi mahal. Sebab apa aku cakap mahal? Sebab dia tak melekat dan melekit macam tanah liat murah tu. Aku tahu benda alah tu tak melekat melekit pun sebab aku pernah curi-curi main play doh anak sedara aku. Fuhhh budak-budak dulu kalau dapat Play-Doh, kira anak orang kaya beb!

(Image from Mr. Google)
So, apa kaitan Slime dengan Play-Doh ni adalah tak melekat. Apa tu orang bilang... Non-sticky? Something like that laaaa...

Sebenarnya sampai sekarang aku tak faham apa motif main benda alah lendir yang dipanggil slime ni? Apa motif dia eh? Haha. Bagi akulah, benda ni best buat main picit-picit gitu. Buat lepas geram pun boleh jugak.

Dulu-dulu ada kedai runcit berdekatan dengan rumah aku ada jual Slime ni. Tapi sekarang dah tak ada / susah nak jumpa kedai yang jual Slime. Entah kenapa datang tebiat aku rindu nak main benda alah tu. Daripada mencari kedai yang jual slime ni, lebih baik aku buat sendiri. Jimat kan? So, aku pun mulakan pencarian video cara-cara nak buat Slime / DIY Slime kat youtube. Haaaa hambik kau.... Berlambak weh! (Serius, aku baru tahu pasal ni. Erghh!)


Korang cari cara buat Slime yang paaaaaaaaaling simple! Dan aku pun akan tunjukkan cara paling senang untuk membuat Slime hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Jommmmm!

Step 1 (Bahan-bahan)


Bahan utama:-
- Gam / Glue
*Apa-apa jenis pun bole but I prefer Clear Glue
- Detergent (Liquid / Powder)
* Liquid detergent jenama DYNAMO paling cepat berfungsi.

Tambahan:-
- Mangkuk / Bekas Plastik
- Sudu / Garfu Plastik

Step 2 (Penyediaan)


- Masukkan gam cair ke dalam bekas / mangkuk.
- Masukkan pula sedikit cecair detergent ke dalam mangkuk berisi gam cair tadi.

Step 3 (Proses)


- Selepas gam cair dan detergent tadi dah di campurkan bersama, haaa apa tunggu lagi? Kasi gaul la sampai sebati dia jadi melekat dan jadi macam sebuah ketulan. (lihat gambar kedua)

Step 4 (Pengeringan / Penjemuran)


- Selepas dah jadi ketulan (lihat gambar pertama)
- Lebarkan saiz slime tersebut (lihat gambar kedua)
- Biarkan beberapa minit. (5-10 minit)

Step 5 (Percubaan)


- Kalau korang pegang dan slime tersebut masih melekat pada jari jemari halus korang tu, korang boleh letakkan sedikit air putih / air mineral / air masak ke dalam mangkuk berisi slime tu. 
- Korang jugak boleh pakai baking soda tau untuk elakkan dari melekat di jari jemari. Baking soda tu korang larutkan dalam air masak. Lepas tu rendamkan slime korang dalam air yang bercampur baking soda tu. Tak lupa jugak korang boleh letakkan sedikit Johnson Baby Oil pada slime tersebut. 

Step 6 (Finish)

- Taraaaaaaaaaaaaaa! Finally berjaya jugak tau! Untuk nak nampak lebih cantik, korang boleh tambah glitter / pewarna pada slime korang. 

Fuhhhhh.... Ha amacam? Rasa terjebak nak buat tak? 2 bahan je tau.

Hahaha. Sebenarnya before aku jumpa solution untuk buat slime sampai betul-betul menjadi ni, banyak jugaklah bahan-bahan lain aku dah cuba guna, macam sabun serbuk jenama Breeze, Top, softlan, sabun pencuci pinggan jenama Labour. Selain tu, aku ada cuba buat pakai Tapioca Starch (Tepung jagung) & baking soda. Korang boleh jugak cuba pakai air titis mata (eyes drop). Dan bahan-bahan ni semua untuk menggantikan borax powder.

So, itu jelah yang aku nak share dengan korang hari ni.

Selamat mencuba!

P/S: Tidak boleh dimakan, dirasa, ditelan. Aku takkan bertanggungjawab untuk sebarang kemungkinan buruk yang berlaku. Pandai-pandai koranglah ye. #Peace

Wassalam.
- Leenz

11 August 2016 - 16:49 pm

Mee dalam plastik

Assalamualaikum.

Hey, dah tengah hari nak masuk petang dah ni. Korang dah lunch? Lunch apa? Kenyang tak?

Aku nak beritahu yang aku baru je nak lunch. Hmm...lapar. Menu lunch aku hari ni simple dimple! Kalau semalam aku bawa bekal sendiri tapi hari ni macam malas pulak nak masak. So, aku tapau jelah. Aku beli mee dalam plastik. My favourite ever kot! Pernah dengar apa tu mee dalam plastik?

Mee dalam plastik
Haaa inilah yang aku panggil mee dalam plastik. Sebab dia dalam plastiklah. Makanan ni oldschool sangat tau! Kalau dulu-dulu bila habis je waktu sesi persekolahan, mesti ada pakcik / makcik yang jual makanan dalam plastik kat tepi sekolah. Ya allah....sangat menggamit kenangan dulu. *touching*

Macam mana cara nak makan? Dulu-dulu diorang makan dengan cara gigit bahagian bucu plastik, lepas tu sedut jelah mee dari lubang yang diorang gigit tadi. Ada jugak yang jenis makan ikut atas. Terserah pada cara memasing. Tapi itu dulu dulu dulu punya ceritalah kan. 

La ni jangan dok buat perangai oldschool tu kat zaman sekarang ni, nanti adalah yang cop korang ni selekeh, serabai, tak ada adab, tak ada tatasusila, senang cerita diorang nilai yang buruk-buruklah. Well, people nowadays...everything must be perfectlah sangat.

So, back to my storyline. Lepas aku beli mee ni, aku bawa balik opis, konon-konon nak makan sambil layan movie. Baru feel! Haha. Tengok kanan kiri, hmmm ramai pulak manusia dalam office ni. Aku pun buat keputusan, adalah lebih baik aku ambil pinggan dan garfu yang ada kat pantry. Terpaksa keluarkan mee dalam plastik tu dan letakkan dalam pinggan. Barulah terserlah kesopanan gua. Ceh.

Jemput makan semua
Okay dah, aku nak makan ni. Korang yang belum makan, jemputlah makan. Mee murah je. Heee.

Happy lunch hour!

Wassalam.
- Leenz

11 August 2016 - 14:37 pm