About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

9 April 2019

Warkah untuk Isha

Assalamualaikum

Dear my best friend ever, Isha.

Hey, tak lama lagi kau akan berpindah ke utara ikut suami kau, kan? Kau kata bulan ni kau last ada kat selatan tanah air ni. Nanti kau mesti rindu dengan kitorang kan? Aku pun sama. Alfie pun sama. Yelah, since kita bertiga ni dah bawak haluan (kerjaya) masing-masing ni, nak meet up pun tak menyempat. Kadang, bila aku and Alfie free, kau pulak tak free. Kadang tu, bila kau dah free, aku pulak takde masa. Susah, kan? Kalaulah kita bekerja di bawah satu bumbung, aku rasa kau pun akan naik boring tengok muka kitorang. Haha. Tapi nak buat macam mana kan, dah ini pilihan jalan hidup kita.

2 tahun kau tinggal berjauhan dengan suami kau. Sorang di utara, sorang di selatan. Jadi nak tak nak, salah seorang kenalah mengalah, kan. Dan kau buat keputusan yang betul untuk berpindah dan tinggal dengan suami kau kat sana sebab ini soal masa depan kau dan suami kau. Takkan korang nak selamanya tinggal berjauhan, ye dak? Cuma itulah…lepas ni kita dah tak boleh nak lepak bertiga macam dulu lagi. Dan tak mungkin jugak kitorang ke sana sebab… kau pun tahu aku tak pernah drive jauh-jauh sendirian sebab aku ni buta MAPS. Kalaupun aku nak kesana, aku mungkin akan bawak teman. Insyaallah.

Eh, jap. Aku belum habis coret lagi ni. Alang-alang aku dah mula menulis ni, apakata kita throwback sekejap. Kau ingat lagi tak peristiwa yang membuatkan kita jadi kawan baik? Takpe, biar aku ingatkan kau semula. Asalnya aku kenal kau dari kawan baik aku yang dulu merangkup jiran kau, Lyna. Lyna merupakan rakan sekelas aku kat sekolah. By the way, dulu kan aku selalu lepak rumah Lyna. Dan dialah yang kenalkan kau pada aku. Masa tu aku tak tahu pun perangai kau segila aku. Well, first time kenalkan. So, since aku dah kenal kau, kita selalu lepak bertiga kat depan rumah Lyna sampai lupa nak balik rumah sendiri. Then, sampailah satu hari tu aku dan Lyna dipisahkan sebab aku dan Lyna dah tak sekelas. Jadi, kat situ hubungan kitorang dah mula renggang. Tak lama lepas tu, aku tengok Lyna dah mula rapat dengan orang lain. Aku sedih beb. Sedih laaaa sebab kehilangan kawan yang terbaik yang aku pernah ada dulu. Tapi walau bagaimanapun, Lyna tetap anggap aku kawan dia. Aku terharuuuu. So, nak diringkaskan cerita, tuhan itu adil. Dia satukan aku dan kau dalam 1 kelas yang sama. Sejak dari tu, kau pulak jadi pengganti Lyna sebagai kawan baik aku. Dan masa tulah aku baru tau perangai gila kau. Macam mana kita boleh kenal Alfie pulak? Alfie ni kalau tak silap aku, dia rakan sekelas kau dulu, kan? Kau yang kenalkan dia pada aku. Pandangan pertama aku pada si Alfie ni pulak… 1 je ayat yang terlintas dalam hati aku. “Sombong giler minah ni.” Haha sorry Alfie. Bukan apa, masa tu Alfie ni dia punya pendiam agak menyakitkan hati. Tapi macam biasalah, don’t judge book by its cover, bila dah lama-lama dia sebenarnya open minded jugak. Takdelah sombong mana pun. Haipppp…aku tak habis lagi cerita. Lepas PMR kalau tak silap, kau sorang je masuk terlepas masuk kelas budak pandai, aku dan Alfie masuk kelas bawahan je. Tapi aku tak nak kehilangan lagi kawan baik aku. Jadi walaupun kita lain-lain kelas, waktu rehat kita tetap sama-sama. Dan sejak tu, aku pun rapat dengan Alfie memandangkan kitorang satu kelas. Alhamdulillah, dah dekat 16 tahun kita masih kekal berkawan. Aku harap sampai ketua kita masih kawan. Insyaallah.

So, bila kita dah bawak kerjaya memasing ni, kekangan untuk kita lepak sama-sama tu semakin berkurangan. Kalau ada pun kadang tak complete bertiga. Kadang tu, aku dengan Isha je, Alfie tak dapat join, Kadang pulak aku dengan Alfie je, kau pulak takde. Susah weh nak complete. Masa tu rasa sedikit awkward tau bila lepak berdua je sebab takde geng nak gelak besar sampai lupa orang sekeliling. Hey, ingat lagi tak peristiwa kat hutan bandar tu? Sampai sekarang aku masih ingat tau. Paling aku tak boleh lupa, muka abang yang serve kita tulah. Walaupun hensem tapi bila dia buat muka bengis tu, aku nak pandang pun jadi seram. Hahaha. Bilalah dapat buat kerja gila macam tu lagi, kan? Pastu2, kalau lepak kedai mamak / kedai makan, kita borak kadang macam tak ingat dunia. Pastu gelak jangan cakaplah… hantu kalau dengar pun, dia terus lari tau. Pastu lagi, kalau time birthday memasing, ada je surprise yang kita akan buat. Kadang kalau tak birthday pun, akulah dalang yang suka buat korang sakit jantung. Datang jumpa korang dengan mengejut. Haha rindu.

Tapi… semua itu tak mungkin dapat buat lagi dah. Kalau adapun, takkan sama macam dulu. Itulah kenyataan yang aku kena terima. Kita takkan dapat buat benda-benda pelik dan gila sama-sama macam dulu lagi. Kau akan pergi jauh dari kitorang. Kitorang pun tak berhak nak menghalang. Aku dan Alfie akan selalu rindukan kenangan waktu kita bersama. Takkan terganti.

Isha, aku dan Alfie akan selalu doakan kau dari jauh. Semoga kau dan suami terus sukses kat sana. Jangan pernah lupakan kitorang walau kau busy macam mana sekalipun. Tau? Aku dan Alfie akan selalu tunggu khabar dari kau. Sorry, mungkin kau rasa drama aku ni macam over sangat, macam kau nak pindah ke oversea pulak padahal dalam Malaysia lagi. Cuma kali ni aku rasa kehilangan sangat-sangat. Kita tak pernah jauh macam ni kan? Apapun, kau jaga diri kau baik-baik kat sana. Jangan leka, jangan cuai, jangan lalai macam selalu. Dan paling penting, jangan bawak perangai gila kau kat sana. Malu aku nanti. Hahaha. Terima kasih beb sebab sudi jadi kawan baik aku dan Alfie. Sudi terima kitorang dalam hidup kau. Bila balik sini nanti, jangan lupa roger. Dah, tu je aku nak tulis untuk kau. Sebenarnya banyak benda lagi aku nak bebel kat sini tapi takut kau terlelap je karang. Maklumlah, penulisan aku ni kan ibarat buku sejarah. Lebih banyak tulisan daripada gambar. Hahaha. Okey lah, aku pun ada banyak benda nak dibuat ni. Ada masa nanti, aku menulis lagi.

Take care Isha, we will miss you so much!

I love you, bestfriend.

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu

Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya...

Wasalam,
Leenz.

9 April 2019 - 10:30am

26 March 2019

Bersahabat dengan diri sendiri

Assalamualaikum.


Izinkan aku mengutip sekeping demi sekeping hatiku yg telah hancur ini. Betapa beratnya untuk aku hadap semua ini. Sedih, pedih, kecewa, terluka. Tak tergambarkan oleh kata-kata. Mengapa disaat aku cuba melangkah pergi, aku cuba melupakan semuanya, dan kini kau kembali menambah duka di hati ini? Mengapa?

Terima kasih untuk insan yang pernah bertakhta di hati ini. Tak, aku tidak pernah membenci kalian. Aku cuma terluka. Aku hanya perlu belajar untuk teruskan hidup tanpa kalian. Biarlah aku pergi bawa diri ini walau entah kemana arah tujuan... Asalkan ianya tidak lagi berpaling pada kenangan lalu. Aku takut. Aku serik.

Maaf, aku cuma mampu mendoakan kebahagiaan kalian disamping insan yang berjaya menambat hati kalian. Maaf juga kerana aku tidak mampu membuat kalian bahagia selama aku mengenali kalian. Maaf untuk segalanya. Aku hanyalah insan biasa yang ingin merasa dikasihi.

Mungkin sudah saatnya untuk aku mencintai diri sendiri. Seperti dulu. Seperti sebelum aku mengenali kalian semua. Bersahabat dengan diri sendiri adalah jalan yang terbaik agar aku tidak akan merasa tersakiti lagi. Biarlah begini walaupun selamanya.

Walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus merasakan erti kehidupan. Aku bersyukur kerana masih punya kawan-kawan yang setia mememani walaupun adakalanya aku lebih suka bersendirian. Terima kasih korang. Terima kasih untuk segalanya.


 
(Untuk Cinta by Hafiz ft Adira)

Wasalam,
Leenz.

26 March 2019 - 3:06pm

9 March 2019

Aku ingin bahagia

Assalamualaikum.

Seketika aku termenung sendirian di balkoni bilik sambil melihat pemandangan sekitar kawasan rumahku. Tenang. Aman. Damai. Itulah yang aku dapat gambarkan tapi...kenapa pemandangan itu tak sama dengan perasaan hati dan fikiran aku ini? Serabut. Kacau. Bilau. Entah apa yang aku fikirkan sejak kebelakangan ini? Terlalu banyak masalah yang terjadi dalam hidup aku selama ni. Dan aku sedar, masalah itu semua hanya mampu diselesaikan oleh aku sendiri namun apalah daya...aku lemah. Aku kalah dengan semua itu. Yang aku mampu hanya mengenang nasib diri yang tak pernah bahagia.

Mungkin orang lain melihat aku sebagai seorang wanita yang tegar, bersemangat dan ceria walhal... semua itu palsu belaka. Aku sering berpura-pura di hadapan orang supaya orang lain tak tahu apa yang aku pendamkan dalam hati ini.

Kadang, aku cemburu melihat orang lain tertawa bahagia bersama keluarga tercinta. Sedangkan aku? Walaupun aku masih punya keluarga yang sempurna tapi apalah arti semua itu? Aku diibaratkan tidak punya siapa-siapa lagi waimah orang tua sendiri. Hidup aku seakan porak peranda. Aku hidup seperti di dalam penjara. Bukan ini yang aku mahukan. Aku mahu hidup seperti orang lain. Bergurau senda dengan orang tua dan adik beradik yang lain. Aku cemburu dengan mereka. Aku ingin seperti mereka. Ingin sekali aku duduk semeja berborak, bergurau dan tertawa bahagia bersama keluarga seperti dulu. Kini, aku seakan disisihkan. Tapi tak mengapa, lebih baik begini dan aku redha dengan ketentuan takdir dan aku percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang Kau telah aturkan dalam hidup aku ini. Insyaallah.

Wasalam,
Leenz

09 Mac 2019 - 2.40pm