Awak, sampai bila awak nak
diamkan diri dari kesalahan awak?
Awak, saya selalu jaga hati
saya untuk awak, tapi kenapa sampai hati awak balas
saya macam ni?
Awak, kesalahan takkan boleh
ditutup sampai bila-bila.
Awak...
Sebenarnya saya dah lama
tahu apa yang awak buat di belakang saya. Walaupun saya tak nampak,
tapi tuhan selalu ada untuk memberitahu saya segalanya yang awak
buat.
Awak, ketahuilah bahawa
Allah itu tidak pernah tidur.
Awak, mungkin awak berubah
sebab awak tak bahagia dengan saya. Saya tahu saya banyak kekurangan. Saya tau saya tak selalu ada untuk awak. Tapi awak jugak yang kata awak boleh terima segala kekurangan saya walaupun saya tahu
awak cakap macam tu sebab nak sedapkan hati saya je kan? Nama pun dalam perkenalan. Perkenalan awal memang nampak semua indah pada awalnya. Tapi
bila dah lama, semua hal yang indah tu akan jadi buruk. Betulkan
awak?
Awak, dulu awak pernah
cerita pada saya, ada seseorang menyukai awak dari dulu tapi
awak tak boleh terima dia atas satu sebab. Dan sebabnya orang yang sukakan awak tu merupakan seorang yang sama jantina dengan awak. Lelaki. Jadi mungkin sebab tulah
awak lebih memilih saya yang perempuan ni berbanding lelaki tu. Terima kasih awak.
Sejak dari tu saya happy dan bersyukur sangat sebab ciri-ciri lelaki idaman yang saya cari selama ni ada pada awak.
Saya janjikan pada hati saya bahawa awaklah lelaki terakhir yang akan
hadir dalam hidup saya sebab saya bukanlah jenis yang senang nak
menerima mana-mana insan dalam hidup saya. Kerana saya merupakan salah satu wanita
Philophobia (fear of love).
Bak kata pepatah, kusangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya
hujan di tengahhari.
Awak, masa birthday awak
yang lepas, saya fikir saya dapatlah sambut hari lahir awak dengan
cara sederhana sebab saya bukanlah jenis yang berharta sangat. Cukup
dengan apa yang saya ada. Tapi awak tahu tak yang saya dapat hari tu
bukanlah kebahagiaan tapi kekecewaan. Awak tahu tak sebab apa? Sakit hati saya bila teringat semula.
Awak, kenapa lelaki yang
pernah suka pada awak tu muncul kembali dalam hidup awak? Dan kenapa dia harus muncul pada hari
lahir awak? Hari yang sepatutnya jadi hari bahagia untuk saya dan awak. Awak, betapa sakitnya hati saya bila saya nampak dia rela
tunggu awak sampai awak balik kerja. Saya kecewa, awak.
Tapi saya anggap mungkin dia pun nak sambut birthday awak dan nak jadi salah seorang yang spesel dalam hidup awak. Takpelah awak, saya tunggu birthday awak tahun depan untuk sambut
sama-sama dengan awak. Untuk sekarang, biarlah saya bagi peluang pada
orang lain dulu.
Layanan awak pada saya tak
pernah berubah. Awak selalu ada masa untuk saya. Awak selalu buat
saya tertawa. Sampai saya rasa awaklah satu-satunya lelaki yang
berjaya buat saya tersenyum lebar. Awak berjaya. Berjaya
tipu saya. :')
Awak, sejak awak dapat kerja
shif malam, awak semakin berubah. Awak semakin jarang beri khabar
pada saya. Kenapa awak? Saya ada buat salah apa pada awak? Awak
selalu beri alasan, kerja malam buat awak mengantuk. Awak tidur dari
jam awak balik kerja sampai awak bangun untuk pergi kerja semula.
Lamanya awak tidur.Tak penat ke? Tapi takpelah awak, saya tunggu awak bagi khabar. Saya
tetap tunggu awak.
Awak perasan tak makin hari
awak makin tak ada khabar. Saya risau awak sakit. Saya risau terjadi
apa-apa yang buruk pada awak.
Awak, perasan tak dari sebelum masuk bulan Ramadan lagi hubungan kita semakin rengang. Awak dengan hal awak, saya dengan hal saya. Kadang-kadang saya selalu marah-marah dengan awak kan?
Awak, saya marah bukan sebab saya pemarah ataupun saya suka-suka nak marah awak. Semua yang saya tegur tu bersebab. Dan semua tu pun demi kebaikan awak.
Awak, bila masuk bulan
Ramadan hari tu, saya ingat nak ajak awak puasa sama-sama.
Tapi saya tak tahu kenapa hubungan kita menjadi semakin rengang. Awak menjauhkan diri dari saya. Saya serba salah, awak. Saya selalu fikir
apa salah saya pada awak. Awak, tolonglah beritahu apa salah saya?
Awak, awak pernah beritahu
saya kalau awak selalu tak sempat nak bersahur sebab banyak kerja.
Saya selalu risaukan awak bila awak tak sahur. Saya takut awak tak
larat nak berpuasa sampai ke petang sebab tak sahur. Saya takut awak
sakit. Sebab tu kadang saya marah awak. Marah demi kebaikan awak, itu pun salahkah?
Sampailah suatu hari saya
dapat tahu bahawa dalam diam rupanya awak selalu bersahur dengan lelaki yang pernah
suka pada awak tu. Kenapa dia? Awak tahu kan saya pantang bila dengar pasal dia.
Tapi awak tetap rapat dengan dia jugak. Tak salah kalau awak nak
berkawan dengan dia tapi atleast, awak beritahulah pada saya. Saya
bukan tak suka awak berkawan dengan dia, tapi awak sedar kan dia tu lelaki dan dia ada
perasaan pada awak. Awak sedar tak yang saya cemburu? Awak tahu
kenapa saya cemburu? Sebab saya takut kehilangan awak. Saya takut
kehilangan lelaki idaman yang saya cari selama ni. Lebih saya takut, bila awak memilih jalan yang songsang.
Bila saya tanya pasal tu,
awak tak nak mengaku. Awak berlakon seolah-olah hal tu tak pernah
berlaku dalam hidup awak. Malah, awak cakap saya yang tuduh awak
bukan-bukan. Awak, apa salahnya awak jujur? Saya tak kan marah kalau
awak mengaku hal yang betul. Tapi takpelah awak. Mungkin awak takut
saya marah awak.
Sejak dari tu, awak layan
saya macam nak tak nak. Sayakah yang bersalah dalam hal ni, awak?
Awak minta saya beri awak
waktu untuk tenangkan hati dan fikiran awak. Saya akur. Saya
mengalah. Mungkin pada awak, sayalah yang bersalah sebab menuduh awak
buat benda yang awak tak buat.
Saya beri ketenangan pada awak seperti yang awak minta. Suatu hari, saya pulak dilanda
pelbagai masalah. Dugaan demi dugaan tuhan turunkan pada saya. Awak
tahu tak, orang pertama yang saya perlukan adalah awak. Saya ingat
awak akan ambil berat pasal saya, beri semangat pada saya tapi...
Di mana awak ketika saya
perlukan awak? Ketika saya dilanda pelbagai masalah dan dugaan hidup?
Awak tahu tak awaklah penyemangat saya selama ni. Tapi dimana awak
waktu itu?
Saya bangkit dari kegagalan.
Saya belajar dari pengalaman. Dugaan berat itu saya hadapi sendirian.
Saya berjaya awak. Masalah saya selesai satu persatu berkat semangat
dari kawan-kawan dan keluarga saya. Saya bersyukur diorang ada disisi saya bila saya susah. Tapi jauh dari sudut hati saya, saya selalu berharap bahawa
awak menjadi salah satu dari mereka. Harapan tinggal harapan.
Takpelah awak...
Raya dah nak dekat. Saya
fikir hubungan kita akan kembali bahagia macam dulu tapi awak tetap
dengan keegoan awak. Kita memang takkan dapat kembali macam dulu
kan? Macam waktu pertama kali kita kenal. Semuanya indah. Tapi tak mungkin hubungan
yang dulu dapat kembali lagi. Saya rindu awak yang dulu. Saya rindu
kita yang dulu, awak. :')
Awak, dulu saya pernah beritahu awak kalau saya nak pakai baju raya
sedondon dengan awak. Awak pilih tema merah. Saya pun rancang nak
beli baju raya warna yang sama tapi entah kenapa tiba-tiba saya rasa
saya tak perlukan semua tu. Apalagi bila awak cakap awak kena kerja
masa Raya pertama nanti. Kesian awak. Hmm...rupa-rupanya baju raya
awak bukan warna merah tapi hijau. Nasib baik saya tak beli baju
raya.
Tapi awak, bila saya dapat
tahu sehari sebelum Raya awak balik kampung, saya gembira. Saya
gembira sebab akhirnya awak dapat jugak sambut Raya dengan keluarga
awak. Walaupun awak takde khabarkan pada saya kalau awak dapat beraya
di kampung, saya tetap tumpang gembira. Syukur awak sampai ke kampung dengan selamat. Saya tunggu khabar awak. Tapi mungkin awak tengah sibuk tolong
keluarga awak buat persiapan kot.
Hari Raya pun menjelang
tiba. Saya tunggu ucapan Raya dari awak tapi awak langsung tak beri
apa-apa khabar pada saya. Awak sihatkah? Akhirnya saya yang mengalah.
Saya yang beri ucapan Selamat Hari Raya pada awak. Saya gembira awak
balas. Tapi...kenapa macam tak ikhlas? Saya mengganggu awak ke?
Maafkan saya.
Awak, kita pernah berbincang
mengenai masalah hubungan kita yang semakin hari semakin tak
berpenghujung ni. Tapi awak macam nak tak nak jawab. Saya tak paksa
awak untuk mengganggap saya ada dalam hidup awak. Saya cuma mahukan
jawapan yang pasti. Saya tak nak berada di dalam hubungan yang
tergantung macam ni.
Awak kata awak tak nak
keluar dengan saya sebab awak malu. Awak malu bila saya yang selalu
datang ambil awak. Saya selalu support awak. Awak tahu tak, saya
ikhlas buat semua tu. Sikitpun saya tak pernah berkira dengan awak.
Yang saya nak, cukuplah dengan awak ada di sisi saya. Cuma saya hairan
kenapa bila dengan lelaki yang sukakan awak tu, awak boleh je keluar
dengan dia? Jalan-jalan dengan dia? Bergurau senda dengan dia? Awak
ada fikirkan saya tak masa tu?
Awak tahu tak sakit hati
saya bila dapat tahu hal-hal yang tak patut saya tahu?
Awak, hari ni saya dapat
tahu sesuatu hal yang sangat-sangat-sangat mengecewakan hati saya.
Rupa-rupanya sehari sebelum raya tu, awak balik kampung dengan lelaki yang sukakan awak tu.
Patutlah awak takde beri khabar apa-apa pada malam raya hari tu. Tapi
awak, kenapa harus dia...? Lebih teruk lagi, kenapa awak rahsiakan
semua ni dari saya, awak? Salah ke awak beritahu saya? Siapa saya
dalam hidup awak selama ni?
Awak, mungkin awak fikir
saya tak tahu apa-apa pasal awak dan lelaki tu. Hakikatnya, saya pendam, saya telan semuanya. Sakit.
Tapi saya redha, awak.
Saya dah cuba jadi yang
terbaik buat awak tapi saya tak mampu. Saya tak mampu bahagiakan
hidup orang yang saya sayangi. Saya tak mampu nak berikan apa-apa
pada awak. Mungkin saya bukan lagi orang awak cintai. Takpe awak,
saya dah redha. Cuma satu sahaja saya minta pada awak. Lepaskan saya
dari hati awak jika saya tidak lagi layak ada disana. Saya tahu ada orang lain yang lebih layak untuk membahagiakan awak walaupun saya tahu awak takkan boleh
bersama dengan dia untuk selama-lamanya.
Awak, awak pernah tanya pada
saya seandainya awak ingin kembali semula pada saya, adakah masih ada
peluang kedua untuk awak?
Awak, peluang kedua selalu
ada untuk awak seandainya hati saya MASIH terbuka untuk awak. Saya
tak boleh janji sampai bila hati saya akan terbuka. Tapi seandainya
ia telah ditutup, ia tidak akan di buka untuk orang yang sama lagi...
Setiap orang ada titik lelah dia kan?
Awak, terima kasih kerana
pernah menyayangi diri saya seperti mana saya menyayangi awak dengan
sepenuh hati saya. Terima kasih juga untuk balasan yang awak beri
pada saya di atas kesetiaan saya menjaga hubungan kita selama ni.
Saya cuma terkilan bila
dapat tahu awak lebih bahagia dengan lelaki yang menyukai awak selama
ni. Saya lebih terkilan apabila saya tahu yang awak pun ada menyimpan perasaan pada dia. Semoga Allah menguatkan keimanan diri awak untuk pulang ke jalan-Nya.
Terima kasih awak.
Awak, pengalaman selalu
mengajar saya agar saya boleh menjadi lebih dewasa. Terima kasih
kerana awak menjadi salah satu dari pengalaman hidup saya.
Kisah
Romantis. (Sambungan dari cerpen Aku pergi )
“Ahhh…finally
sampai jugak ke tanah air. I miss you, Malaysia.” ujar Armani
sebaik sahaja sampai di airport. Sambil menarik luggagenya, dia
tercari-cari bayangan kawan-kawannya yang berjanji ingin menjemputnya
di sana sebaik sahaja sampai. “Hmm…mungkin diorang terlupa kot.
Takpelah. Aku balik naik cab jelah.” Armani pasrah apabila tiada
satupun kawan-kawannya datang menjemput dia di airport. “Miss, may
I send you to your home?” tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki
yang menawarkan diri untuk menghantar Armani pulang kerumah. “No,
thanks.” balas Armani tanpa menoleh. Dengan tiba-tiba luggage
Armani dirampas. “Hey, what are you doing!” marah Armani yang
terkejut apabila luggagenya di ambil. “I nak hantar you baliklah.”
Armani terdiam apabila melihat Ielaki yang mengambil luggagenya itu
adalah Iezwan. “You ni main-mainkan I dari tadi ye!” Armani
menggumam geram. “Eh, mana ada. I cuma nak usik you je.” gurauan
Iezwan mendapat cubitan dari Armani. “Aduhh…I guraulah. Kan dah
lama I tak sakat you. By the way….I miss you.” ujar Iezwan sambil
menghulurkan 3 kuntum bunga mawar merah kepada Armani. Armani tersipu
malu.
Sepanjang
perjalanan pulang kerumah, Armani merasa sedikit janggal berada
disamping Iezwan. Tempoh 3 tahun hidup berjauhan, hanya application
skype mahupun whatsapp yang mereka gunakan untuk saling berhubung.
Segala masalah yang berlaku diantara kawan-kawannya yang lain sering
diceritakan oleh Iezwan apabila mereka sama-sama online. “How UK?”
tanya Iezwan, memecahkan kesunyian. “Okay, not bad. Rasa macam tak
nak balik.” jawab Armani, ringkas. “Tak rindu kat I lah tu.”
Armani tercengang. “Er…nothing.” Iezwan segera membetulkan
keadaan. Takut dia dianggap bertepuk sebelah tangan, Iezwan langsung
menukar topik perbualan.
“Macam
mana dengan Fadzley?” tanya Armani. “Dia okay je. Sekarang dia
dah kerja dengan Iyrwan. Kebetulan papa I kena uruskan bisnes dia
yang ada di Indonesia, jadi papa minta Iyrwan tolong uruskan syarikat
papa yang ada kat sini. So, that why Fadzley diajak kerja dengan
Iyrwan.” jelas Iezwan walaupun dia sedikit terkejut apabila Armani
bertanyaan khabar Fadzley, bekas teman lelakinya itu. “You tak join
sekali?” tanya Armani. “Bidang I bukan pada bisnes. I lebih minat
jadi freelancer buat masa sekarang.” jelas Iezwan. “Kalau macam
tu, you kerja dengan I jelah.” Iezwan sedikit terkejut apabila
diajak bekerja dengan Armani. “Kerja dengan you? Kerja apa? You ada
buat bisnes ke?” Iezwan hairan. “Kerja jaga hati I. Hahahaha.”
Armani berseloroh. Iezwan menggumam geram tapi kemudian dia tersenyum
senang.
“Postpone
lagi?” tanya Armani mencari kepastian dari Aliesya yang tiba-tiba
mengundurkan tarikh perkahwinan dia dan Iyrwan kerana masalah
dalaman. “I have no choice. Iyrwan sekarang tengah sibuk uruskan
bisnes papa dia. Lagipun dia masih belajar cara-cara nak menguruskan
bisnes dengan baik. Jadi aku tak nak ganggu fikiran dia dengan hal
perkahwinan.” jelas Aliesya walaupun hatinya sedang rapuh dengan
keputusan pengunduran itu. Aliesya pandai menyembunyikan masalah
hubungannya dengan Iyrwan. Sejak Iyrwan menguruskan pekerjaan
papanya, lelaki itu semakin mengabaikan Aliesya. Apabila diajak
berbincang soal hal perkahwinan, Iyrwan langsung kehilangan mood.
Aliesya hanya mampu berdiam diri dengan masalah yang dia sedang
hadapi.
“Iyrwan,
aku tengok sekarang kau dah jarang ada masa untuk tunang kau, Aliesya
tu. Kau tak kesian ke dengan dia?” tanya Fadzley sewaktu keluar
makan tengah hari dengan Iyrwan. “Maksud kau? Kau pun nampak kan
aku punya sibuk macam mana. Kadang sampai tak ada masa nak keluar
dating dengan dia. Buat masa ni, aku nak fokus pada kerja dulu.”
jelas Iyrwan. “Masuk ni dah kali ketiga kau undurkan tarikh
perkahwinan korang. Aku suggest pada kau, lebih baik kau dahulukan
hal yang wajib. Kalau kau asyik melayan kerja je, memang tak akan
habislah.” Iyrwan mulai rimas apabila Fadzley mula bercakap soal
hal peribadinya. “Aku tahu uruskan hal peribadi aku sendiri. Kau
tak payah sibuklah.” jawab Iyrwan sambil pergi meninggalkan Fadzley
sendirian.
“Hai
bro! Monyok je muka apehal?” tegur Iezwan sebaik sahaja lihat
sahabatnya itu sedang bermuram durja. “Nothing to share.” jawab
Fadzley dengan ringkas. “Sombongnya.” ejek Iezwan. Jarang sekali
dia melihat Fadzley diam seribu bahasa. Lelaki itu tidak pernah
lekang dari sebarang perbualan. “Bro, kau ada masalah dengan Iyrwan
ke?” Fadzley memandang Iezwan yang seakan-akan dapat meneka apa
yang sedang bermain difikirannya. “Aku tak faham dengan Iyrwan tu.
Aku nasihatkan dia benda yang baik, tapi dia macam tak nak terima.
Aku kesian dengan hubungan dia dan Aliesya. Dia asyik sibuk dengan
kerja dia. Aku suruh dia buat yang wajib dulu, kau tau dia cakap apa?
Dia suruh aku jangan sibuk hal dia.” jelas Fadzley yang pada
mulanya berat hati ingin berkongsi dengan Iezwan, adik kepada Iyrwan.
“Aku pun dah pernah cuba nasihatkan Iyrwan tapi...biarlah. Dia dah
besar, dia mesti boleh fikir mana baik mana buruk. Dahlah, kau jangan
ambil hati dengan apa yang Iyrwan cakapkan tu.”
“Client
Encik Iyrwan sedang menunggu di lobi.” pesan Shana, selaku
penyambut tetamu. Iyrwan segera ke lobi untuk berjumpa dengan
clientnya. “Hai, saya Irdina.” ujar wanita yang berbaju kemeja
rapi dan memakai skirt paras lutut itu langsung memperkenalkan
dirinya sebaik sahaja berjumpa dengan Iyrwan. Iyrwan memandang Irdina
dengan penuh minat. “You dah makan? Kalau belum, jom kita pergi
makan sambil kita discuss pasal bisnes kita.” Irdina akur dan hanya
mengikut Iyrwan.
Telefon
bimbit Iyrwan berdering berkali-kali tapi tidak dijawab oleh Iyrwan.
“Kenapa you tak jawab?” tanya Irdina apabila melihat Iyrwan
menamatkan panggilan tersebut. “I tak suka diganggu bila I tengah
ada discussion.” Irdina menggangguk faham. Mata Iyrwan tidak lepas
pandang wajah Irdina. Entah kenapa hatinya menjadi berdebar-debar
apabila berada dekat dengan wanita itu. "You single ke?"
suapan Irdina terhenti apabila mendengar pertanyaan Iyrwan. "Sorry?"
Iyrwan menyedari kelancangannya langsung menukar topik. "Maksud
I, you anak tunggal ke?" Irdina tersenyum apabila Iyrwan segera
membetulkan kesalahannya. "Yes, I anak tunggal. That's why daddy
I suruh I tolong dia uruskan bisnes keluarga. Mulanya I tak minat
pun, tapi kesian pula I tengok daddy I kerja keras untuk bagi
keluarga dia makan minum. So, tak salah kot untuk I cuba belajar
bidang bisnes. If you don't mind, boleh tak ajar I?" Iyrwan
tersenyum lebar mendengar tawaran dari clientnya itu.
"Encik
Iyrwan, Cik Aliesya sedang menunggu Encik di pejabat." Iyrwan
terkejut apabila mengetahui Aliesya berada di pejabatnya. "Apa
awak buat kat pejabat saya?" tanya Iyrwan, bernada tinggi. "Hai
sayang. Saya call awak tapi awak tak jawab, jadi saya terus datang
sini. Saya tau awak sibuk. By the way, saya ada bawakkan makanan
tengah hari untuk awak. Mesti awak laparkan." ujar Aliesya
sambil mengeluarkan bekas tupperware yang berisi lauk pauk. "Saya
dah makan tadi." balas Iyrwan tanpa mempedulikan Aliesya yang
bersungguh-sungguh menyediakan makanan tengahhari untuk tunangnya
itu. "Tapi..." belum sempat Aliesya memujuk, Iyrwan pantas
memotong kata-katanya. "Saya kata saya dah makan, awak dengar
tak? Awak bawaklah balik makanan tu semua. Saya dah kenyang."
jawab Iyrwan. "Saya masakkan semua ni untuk awak." Iyrwan
mulai baran. "Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi? Awak tak
nampak saya tengah sibuk sekarang? Saya kata balik, baliklah!"
tengking Iyrwan. Aliesya terkejut melihat sikap Iyrwan. Selama dia
kenal dengan tunangnya itu, tidak pernah sekali pun lelaki itu
menengkingnya.
"So,
kau dengan Fadzley bila nak terikat? Aku pernah cakap kalau aku balik
sini, aku nak korang dah ada ikatan kalau tak aku akan rampas balik.
Kau nak ke tak Fadzley tu?" tanya Armani dengan niat bergurau.
Arissa terdiam mendengar ugutan kawannya. "Aku..." Arissa
menunduk sedih. "Ish...aku gurau jelah. Takkan lah aku nak ambik
balik apa yang bukan milik aku lagi. Lagipun, aku dah ada Iezwan kan.
Sorry ye, aku bergurau je tadi." Armani menjadi serba salah
melihat Arissa tiba-tiba muram. "Sebenarnya, aku tak layak
dampingi lelaki seperti Fadzley mahupun Iezwan." Armani
tercengang mendengar kata-kata Arissa. "Kenapa tiba-tiba kau
cakap macam tu?" Arissa terdiam. Armani mulai bingung. "Aku
bukan dari golongan berada macam korang. Aku hanya gadis yang datang
dari kampung. Hidup aku tak setaraf dengan korang. Aku tak layak."
Armani mendekati Arissa. "Apa kau cakapkan ni. Tak baik merendah
diri macam tu. Lagipun Fadzley jenis yang tak kisah pun dengan siapa
dia berhubungan." Arissa menunduk sedih. Dia teringat kembali
pertemuan antara dia dengan seorang gadis yang mengaku bakal tunang
Fadzley beberapa minggu yang lepas...
"So,
you are?" tanya gadis berwajah kacukan belanda itu. "Saya
Arissa." gadis itu memandang hina penampilan Arissa. "By
the way, thanks for coming. Tak sia-sia I godeh hp Fadz dan jumpa
number you." Arissa diajak kesebuah cafe yang berdekatan.
"Sorry, I lupa kenalkan diri I. I Diana, bakal tunang Fadzley."
hati Arissa bagai dipanah petir apabila mendengar ayat terakhir dari
gadis yang bernama Diana itu. "Terkejut ke? Let me straight to
the point. Actually, perempuan kampung macam you ni tak layak
dampingi lelaki seperti Fadzley. And for your infomation, keluarga
Fadzley tak suka Fadzley bergaul dengan mana-mana perempuan yang
berasal dari keluarga miskin macam you. So, kalau you taknak I ngadu
dengan mama Fadzley, lebih baik you jauhkan diri dari Fadzley mulai
sekarang." Air mata Arissa mulai bergenang. Hatinya bagai
dicarik-carik.
"Bila
lagi kita nak buat double date macam dulu?" tanya Armani kepada
Iezwan. "Tunggu Fadzley free nanti lah. Maklumlah, orang busy."
Armani mencubit hidung Iezwan kerana kenakalannya. "I'm joking."
ujar Iezwan sambil mengusap hidungnya. "I rindu nak berkumpul
dengan diorang macam dulu-dulu. Kalaulah I tak pergi UK, mesti
sekarang kita dah berkumpul macam selalu." ujar Armani sambil
memuncungkan bibirnya. "Kalaulah you tak pergi UK, mesti
sekarang kita dah digelar couple of the year." ujar Iezwan
sambil tertawa besar. Armani termangu. "I gurau je. Sorry, I
buat you tak selesa dengan ucapan I tadi." Iezwan segera
memperbetulkan kesalahannya.
Tiba-tiba
telefon pintar Armani berdering dan terpapar nama Fadzley diskrin
telefonnya. Armani berfikir panjang untuk menjawab. Semenjak hubungan
dia dan Fadzley bukan lagi pasangan kekasih, baru sekali ini Fadzley
menghubunginya. Iezwan pura-pura memandang ke arah lain. "Ye
Fadz, ada apa-apa masalah ke?" tanya Armani sebaik sahaja
mendengar suara Fadzley yang kedengaran cemas di hujung talian.
"Sorry Fadz, I takde dekat rumah. I keluar dengan Iez. Maybe
telefon Arissa habis bateri kot." jawab Armani. Sebaik sahaja
panggilan ditutup, Armani cuba menghubungi Arissa tapi gagal. "Pelik.
Tak pernah pulak Arissa off handphone." Iezwan memerhatikan
Armani yang sedang bingung memikirkan kawan serumahnya, Arissa. "You
okay? Fadzley call tadi?" Iezwan pura-pura bertanya. "Aah,
Fadzley call tadi. Dia cari Arissa sebab dia call handphone Arissa
tapi tak dapat." Iezwan menggangguk faham. Jauh dari sudut
hatinya, dia risau seandainya Fadzley ingin menawan hati Armani
semula.
Sebaik
sahaja sampai di rumah, Armani hairan melihat rumahnya gelap gelita.
"Arissa keluar dengan Fadzley ke?" Apabila dia membuka
lampu, tiba-tiba dia melihat sekeping nota berada di atas meja yang
terletak diruang tamu.
'Armani,
aku balik kampung. Ada banyak hal yang perlu aku selesaikan di sini.
Terima
kasih kerana sudi tumpangkan aku untuk tinggal di rumah kau
selama ni. Halalkan makan minum aku. Maafkan aku kalau selama kita
kenal, aku banyak menyakitkan hati kau. Kau jaga diri baik-baik. Aku
akan selalu doakan kebahagiaan kau. Terima kasih atas segalanya.
Mungkin aku takkan balik lagi. Aku akan tinggal di kampung sampai
bila-bila. Maafkan aku. Wasalam.'
Armani
terduduk apabila mengetahui bahawa kawan baiknya itu telah pun pulang
ke kampung tanpa pengetahuannya. Dia berusaha menghubungi telefon
bimbit Arissa tetapi masih gagal. Nombor Fadzley didail. Kepada
Fadzley, Armani mengadu segalanya. "I rasa lebih baik kita cari
dia esok je. Sekarang dah malam, better you rehat secukupnya."
pesan Armani sebelum menamatkan panggilan.
"You
ada masalah ke? I tengok dari tadi you termenung je." tanya
Iezwan yang sejak tadi memerhatikan Armani. "I risaulah tengok
kawan-kawan I. Aliesya dengan Iyrwan asyik bergaduh je sejak
kebelakangan ni. Arissa pun entah kemana dia menghilang. Kalau ye pun
nak balik kampung, on jelah handphone tu. Takdelah Fadzley mencari
macam orang gila. I kesian tau tengok diorang." Iezwan mencapai
tangan Armani. "You jangan fikirkan sangat pasal diorang. Nanti
diorang okaylah tu. Selagi I ada dengan you, I akan cuba tolong
kurangkan beban di fikiran you tu." Armani tersenyum mendengar
sokongan dari Iezwan.
"Itu
Iyrwan kan?" tanya Armani apabila terlihat kelibat Iyrwan
bersama seorang wanita disisinya. "Aah, itu memang Iyrwan
tapi...siapa perempuan tu? Jom sergah diorang." ujar Iezwan
sambil menarik tangan Armani.
"Apa
abang buat kat sini? Bukannya sekarang waktu kerja ke?" bulat
mata Iyrwan melihat Iezwan dan Armani turut berada di situ. "Siapa
perempuan ni?" tanya Iezwan. Iyrwan mulai rimas apabila Iezwan
bertalu-talu memberi pertanyaan. "Jangan sibuklah. I'm working
right now." ujar Iyrwan segera pergi dari situ. Iezwan dan
Armani saling berpandangan.
"Apa
masalah awak ni? Saya hanya keluar dengan client saya je. Takkan
itupun awak nak fikir saya curang?" tempik Iyrwan apabila
Aliesya mulai mencurigainya. "Saya tak cakap awak curang. Tapi
bukan sekali ni kawan-kawan saya nampak awak keluar dengan perempuan
lain. Kalaupun awak keluar dengan client, takkan sampai berpegang
tangan? Apa maksudnya semua tu?" marah Aliesya yang sudah tidak
tahan mendengar khabar angin yang mengatakan Iyrwan bermesra dengan
perempuan lain. "Awak ada bukti nak tuduh saya buat semua tu?"
Aliesya terdiam. Akhirnya Aliesya mengalah dan keluar dari pejabat
Iyrwan dengan penuh kemarahan. Iyrwan tersenyum puas.
Sewaktu
Aliesya ingin melintas ke perhentian bas untuk menunggu teksi, tanpa
dia sedari sebuah kereta yang sedang laju menghala kearahnya. Aliesya
tidak sempat mengelak dan akhirnya kereta tersebut melanggarnya.
Orang ramai mulai berkerumun dan salah seorang yang berada disitu
telah menelefon ambulan untuk dibawa ke hospital.
Sebaik
sahaja mendapat panggilan dari pihak hospital, Armani segera kesana
bersama Iezwan. Armani langsung menangis melihat sahabatnya terlantar
bersama wayar-wayar yang berselirat dan kepala yang berbalut sedang
terbaring lemah di wad. Apabila dia mengetahui bahawa Aliesya
kemalangan berdekatan dengan tempat kerja Iyrwan, dia tahu punca
sahabatnya leka ketika sedang melintas.
Iyrwan
sampai setengah jam kemudian selepas dihubungi oleh Iezwan. Sebaik
sahaja Armani melihat kelibat Iyrwan, dia terus menampar lelaki itu.
"Aku tau semua ni sebab kau. Kau yang buat dia macam ni. Kalau
kau tak timbulkan semua masalah ni, Aliesya takkan ada kat sini!"
herdik Armani. Untung sahaja Iezwan segera mencegah Armani dari terus
memukul Iyrwan, kalau tidak pasti keadaan akan menjadi semakin buruk.
"It's not my fault. Dia yang leka." Kemarahan Armani
semakin memuncak apabila mendengar kata-kata Iyrwan. Iezwan segera
membawa Armani jauh dari Iyrwan. "Kita ke cafe."
"You
okay?" tanya Iezwan. Armani menggangguk lemah. "Thanks."
Iezwan tersenyum. "Kalau you takde, I tak tau apa akan jadi
dengan I nanti. I tak sanggup tengok keadaan Aliesya macam tu. I tak
sangka Iyrwan sekejam ni." Iezwan mendengar tanpa mencelah.
Tidak mahu melihat air mata gadis di hadapannya itu jatuh, Iezwan
langsung mengelap air mata Armani. "I akan selalu ada untuk you.
Jangan nangis lagi ye. Tak manis." Armani termangu melihat
Iezwan.
*************************************************
"What?
You kata mama you nak tunangkan you dengan gadis pilihan dia? How
about Arissa?" Fadzley terdiam. Dua hari yang lepas, kepulangan
orang tua Fadzley ke Malaysia membawa hajat untuk satu-satunya anak
tunggal dalam keluarga Tengku Farid dan Syarifah Sofea, orang tua
Fadzley. Syarifah Sofea mengenalkan Diana kepada Fadzley sebagai
bakal tunangnya. Fadzley membantah keras pertunangan dia dan Diana.
Dia mahu Arissa menjadi tunangnya tapi tidak dipersetujui oleh kedua
orang tua Fadzley. "Gadis kampung macam dia tak layak jadi
sebahagian dari keluarga kita. Mama tak nak Fadzley ada hubungan
apa-apa lagi dengan perempuan tu. Diana tersenyum puas dengan
rancangan dia untuk menjauhkan Fadzley dengan Arissa.
"I
tak nak bertunang dengan Diana. I dah faham kenapa Arissa selalu
mengelak dari I. Dan sekarang I dah tau kenapa Arissa buat keputusan
untuk pulang ke kampung. Ini semua kerana Diana. I dapat tau dia
berjumpa dengan Arissa dan mengugut Arissa kalau Arissa tak
tinggalkan I." Armani menggeleng kepala mendengar cerita
Fadzley. "Mama I hanya restui hubungan I dengan perempuan yang
setaraf dengan keluarga I." Fadzley mengeluh. "You boleh
tolong I?" tanya Fadzley yang tiba-tiba mendapat sebuah idea.
Armani terpinga-pinga.
"Apa?
You nak jadi tunang Fadzley?" tanya Iezwan sebaik sahaja Armani
memberitahu rancangan Fadzley yang ingin membatalkan pertunangan dia
dan Diana. "You serious?" tanya Iezwan berkali-kali. "Ini
semua hanya pura-pura je. I cuma nak tolong Fadzley supaya dia tak
bertunang dengan Diana." jelas Armani. Iezwan mengeluh berat.
"Macam mana kalau Fadzley jatuh cinta semula dengan you?"
Armani terdiam. Baginya, Fadzley pernah menjadi orang yang dia
sayang. Tak mustahil dia akan jatuh cinta kembali dengan lelaki itu.
Pertunangan
antara Fadzley dan Armani berjalan lancar. Diana menggumam geram
kerana tidak berjaya mengambil hati orang tua Fadzley. Akhirnya gadis
itu pulang ke pangkuan keluarganya yang berada di Belanda. Syarifah
Sofea, ibu kepada Fadzley mulai suka pada Armani. "Mama rasa
pertunangan kamu berdua tak perlu lama-lama, jadi mama dah fikir
masak-masak. Dua bulan lagi kamu berdua akan bernikah.” ujar Puan
Syarifah. "What?" jerit Armani dan Fadzley serentak.
"I
tak nak kita nikah." ujar Fadzley. "Bukan I yang patut jadi
isteri you tapi Arissa. Please Fadz, do something." ujar Armani
yang kusut memikirkan cara untuk mengelak dari bernikah dengan
Fadzley. "Kita fikirkan sama-sama. Tapi sebelum tu, lebih baik
you pergi melawat Aliesya. I dengar dia dah sedar." ujar
Fadzley. Armani langsung bergerak menuju ke hospital di mana Aliesya
ditempatkan disana.
"Sorry
I lambat. You dah lama sampai?" Iezwan hanya menggeleng. "Macam
mana keadaan Aliesya? Fadz kata Aliesya dah sedar." tanya Armani
sambil menjengah di pintu bilik Aliesya berada. "Tadi dia dah
sedar. Tapi dia dah tidur balik." Armani menggangguk lega.
"Macam mana dengan hubungan you dan Fadzley?" Armani
terpinga-pinga. "Macam I cakap, pertunangan I dengan Fadzley
hanya pura-pura. Tapi...mama Fadzley nak kami bernikah dua bulan
lagi." bulat mata Iezwan mendengar. "I nak kena cari Arissa
supaya dia boleh gantikan tempat I sebagai tunang Fadzley."
Iezwan mulai hilang semangat apabila mengetahui bahawa dua bulan lagi
Armani akan menjadi isteri Fadzley sekiranya Arissa tidak kembali.
Sebulan
berlalu. Aliesya mulai sembuh dan kini dia sudah mampu tersenyum dan
berbual seperti biasa. "Kau kenapa? Kau ada masalah ke?"
Aliesya mulai merasakan ada yang tak kena dengan sahabatnya. "Eh,
aku okay jelah. Kau tu cepat sikit sembuh. Nanti bolehlah kau teman
aku shopping macam biasa. Lepas kau sembuh ni, janji dengan aku yang
kita akan shopping sampai shopping mall tu tutup. Boleh?"
Aliesya tergelak besar mendengar ocehan Armani.
Sebaik
sahaja pulang dari hospital, ibu Fadzley mengajak Armani dan Fadzley
untuk pergi fitting baju pengantin. Hatinya langsung tidak berada di
situ. Sebolehnya dia mahu berterus terang soal pertunangan pura-pura
antara dia dan Fadzley itu. Puan Syarifah bersungguh-sungguh
menyiapkan segala kelengkapan untuk hari perkahwinan anak tunggalnya
bersama Armani sebulan lagi. Berkali-kali Armani cuba menghubungi
Iezwan tetapi telefon bimbit Iezwan tidak aktif. "Fadz, I tak
boleh teruskan semua ni." bisik Armani. "Sabarlah. I tengah
fikirkan cara lain supaya kita tak bernikah." jawab Fadzley.
"Please
Fadz, I dah tak mampu nak sorok lagi. I tak nak lukakan hati
siapa-siapa. Ibu you beriya-iya siapkan semua ni untuk kita. Macam
mana kalau dia tau yang I takkan kahwin dengan you nanti? I tak
sanggup tengok ibu you sedih." ujar Armani yang sudah buntu
mencari jalan. "Kalau macam tu, kita jadikan perkahwinan ni
perkahwinan yang sebenar." Armani tercengang. "Fadz, ini
bukan masa untuk main-main." Armani mengeluh. "I tak
main-main. I pun dah buntu. I tak tau kat mana Arissa sekarang. Dia
pun mungkin dah lupakan I." ujar Fadzley. "Kita pernah jadi
kekasih. Dan tak salah kalau sekarang kita akan jadi suami isteri.
Mungkin you memang ditakdirkan hidup dengan I." Armani terdiam.
"Kau
serius ke ni?" tanya Aliesya sewaktu berada di dalam bilik
persalinan baju. "Aku tak tau apa yang aku buat ni betul atau
tak. Aku dah tak boleh buat apa-apa lagi. Fadzley tiba-tiba berubah
fikiran. Aku tak tau kenapa dengan dia. Tiba-tiba je setuju kalau aku
jadi isteri dia. Aku tau semua ni salah aku sebab setuju dengan
rancangan Fadzley. Aku tak berharap banyak. Aku cuma berharap Arissa
pulang kesisi Fadzley." ujar Armani sambil menangis
teresak-esak.
"Pengantin
dah siap?" Armani hanya menunduk muram. Dia redha walau apapun
yang jadi. Hatinya tidak henti-henti memikirkan Iezwan yang dulu
selalu ada untuk dia apabila dia dilanda masalah. Kemanakah lelaki
itu...? Sejak Armani menjadi tunang Fadzley, Iezwan mulai menjauhkan
diri dari Armani.
Akad
nikah akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Armani selalu berharap
majlis ini akan terbatal dengan tiba-tiba. Tapi semua itu mustahil
terjadi. Dia tidak mahu berharap banyak. Dia cuma inginkan Iezwan
berada disisinya saat itu. "Iezwan..." air mata Armani
mulai menitik. Mak Andam yang berada disisi Armani mulai panik
melihat Armani menangis. "Eh, kenapa ni. Akad nikah belum mula
pun lagi. Dah, jangan nangis. Rosak make up nanti." bebel Mak
Andam.
"Perkahwinan
ini tidak boleh diteruskan." semua yang berada di situ terdiam.
"Saya tak akan izinkan Armani berkahwin dengan Fadzley."
Armani langsung menoleh kebelakang apabila mendengar namanya disebut.
"Iezwan." Armani langsung menyeka air matanya apabila
melihat kelibat Iezwan di situ. "Armani tak akan berkahwin
dengan Fadzley. She's mine." Fadzley langsung bangun dari tempat
duduknya. "Come on lah bro, Armani dah jadi tunang aku dan dia
akan berkahwin dengan aku. Kau takde hak nak halang." ujar
Fadzley. "Kau dah lupa pada Arissa ke?" Fadzley terdiam
apabila Iezwan membawa keluar Arissa. "Arissa..." Fadzley
tergamam melihat kehadiran Arissa di situ. "Arissa mana you
pergi selama ni." Fadzley langsung mendapatkan Arissa. "Mama,
papa, maafkan Fadzley. Memang betul apa yang Iezwan cakapkan.
Perkahwinan ini tak boleh diteruskan. Fadzley tak sepatutnya
berkahwin dengan Armani tapi Arissa. Fadz mencintai Arissa. Please
ma, pa, restuilah hubungan kami." rayu Fadzley sambil
menggenggam tangan Arissa. Tengku Farid dan Syarifah Sofea mulanya
tidak bersetuju tapi kerana malu dengan saudara-mara yang hadir
akhirnya mereka pasrah dengan keputusan anak lelaki tunggal mereka
itu. Akhirnya mereka merestui hubungan Fadzley dan Arissa.
"Thanks
sebab kau sudi pulangkan Armani pada aku." Fadzley tersenyum.
"Kan aku dah kata aku pinjam je bukan nak jadikan milik aku
selamanya pun. So, kau pulak bila nak propose Armani? Takkan kau nak
tunggu dia lamar kau pulak. Be gentleman lah bro." perli
Fadzley. Iezwan hanya tersenyum dengan cadangan kawannya itu.
Sebuah
kotak yang berisi barangan peribadi seseorang telah dicampak di atas
meja Iyrwan. "Apa benda semua ni?" tanya Iyrwan dengan
berang. "Kalaupun kau stress dengan kerja, tak bermaksud kau
boleh lampiaskan kemarahan kau pada Aliesya. Kau ingat dia patung
yang tak ada perasaan ke? Ni semua barang-barang yang kau pernah kasi
pada Aliesya. Kau dah lupa ke? Kalau kau lupa, kau belek balik
barang-barang ni semua. Biar kau ingat balik apa yang kau pernah
lalui dengan Aliesya dulu. Jangan menyesal kalau Aliesya tinggalkan
kau suatu hari nanti!" marah Armani. Iyrwan mengambil satu
persatu barang-barang yang berada di dalam kotak itu sambil
mengingati semula waktu pertama kali dia mengenali Aliesya.
"Iyrwan,
tengok tu. Kau tak nak cuba ngorat ke?" Iyrwan sekadar tersenyum
dengan cadangan Iezwan. "Perempuan tu nampak je lembut,
entah-entah sebenarnya dia garang." ujar Iyrwan cuba mengelak.
"Belum cuba belum tau bro." cabar Fadzley yang sedia tahu
bahawa Iyrwan seorang yang pantang dicabar. Iyrwan langsung bangun
dari tempat duduknya dan mendekati meja di mana ada beberapa orang
gadis sedang berbual. "Hi, you look sweety. May I have your
phone number?" Iyrwan mulai bengang apabila tidak dilayan.
"Sorry, my name is Iyrwan. And you?" sekali lagi Iyrwan
tidak mendapat layanan. "Nama dia Aliesya. Dia memang pemalu."
ujar kawannya. "Oh nice name. By the way, sebab awak dah
perkenalkan kawan awak ni pada saya, sebagai hadiah, ini nombor kawan
saya yang sedang duduk di sana tu. Nama dia Fadzley. Dan ini pula
nombor phone saya. Nanti tolong bagi pada kawan awak yang bernama
Aliesya. Terima kasih." Aliesya hanya diam membisu sambil
membaca novel yang dibawa.
"Perghhh
so gentleman!" ujar Fadzley sambil menepuk tangan melihat Iyrwan
yang betul-betul menyahut cabarannya tadi. "Sebagai bonus, aku
dah bagi nombor phone kau pada kawan dia yang duduk di sebelah dia
tu." Fadzley ternganga mendengar kata-kata Iyrwan. "Aku tak
suruh pun kau bagi number aku pada kawan dia." Iyrwan pura-pura
tidak mendengar rungutan Fadzley. Iezwan yang sejak tadi memerhatikan
mereka berdua hanya mampu tertawa besar.
Seminggu
selepas itu, akhirnya Aliesya menghubungi Iyrwan dan mengajak Iyrwan
berjumpa. Aliesya yang dia kenali benar-benar seorang gadis yang
lembut dan sopan. Semakin hari hubungan mereka semakin rapat sehingga
suatu hari Iyrwan mengusulkan untuk mengikat tali pertunangan dengan
Aliesya. Sepanjang perhubungan mereka, Aliesya selalu banyak bersabar
dengan sikap baran Iyrwan, Setiap kali terjadi perbalahan, pasti
Aliesya yang mengalah walaupun pada hakikatnya Iyrwan yang bersalah.
Ketika Iyrwan sakit, Aliesya menjaga lelaki itu dengan penuh kasih
sayang. Tidak pernah sedikit pun Aliesya menyakiti hati Iyrwan
walaupun Iyrwan sering terlihat keluar dengan kawan-kawan
perempuannya yang lain.
"Aliesya..."
Iyrwan mulai sedar kehadiran Aliesya dalam hidupnya sangat bermakna.
Dia langsung menghubungi Aliesya untuk berjumpa dengan tunangnya itu.
"Aliesya!"
sapa Iyrwan yang kelihatan termengah-mengah. "Kenapa ni?"
tanya Aliesya yang kelihatan terpinga-pinga. "Maafkan saya.
Selama ni saya selalu sia-siakan awak." Aliesya semakin bingung
melihat sikap Iyrwan. "Iyrwan, jangan buat macam ni. Orang
tengok malulah." ujar Aliesya serba salah dengan keadaan
sekeliling. "Saya minta maaf. Saya tahu saya bodoh sebab saya
abaikan awak selama ni. Saya sayangkan awak." merah muka Aliesya
mendengar ucapan Iyrwan. "Will you marry me?" Aliesya
tergamam mendengar lamaran Iyrwan di hadapan orang ramai. Dia melihat
sekeliling. Semua orang meminta dia untuk mengatakan 'ya' pada
lamaran itu. "Asalkan awak janji takkan kecewakan saya lagi."
ujar Aliesya. "Saya janji." balas Iyrwan. Akhirnya Aliesya
menerima lamaran dari Iyrwan.
"Sorry
bro kitorang lambat." ujar Fadzley sambil menarik kerusi untuk
Arissa duduk. "Baguslah korang lambat. Takdelah korang tengok
drama swasta tadi. Kalau tak, mesti korang gelakkan aku."
Fadzley dan Iezwan terpinga-pinga. "Drama apa?" tanya
Armani. Iyrwan melarang Aliesya agar tidak memberitahu siapa-siapa.
Aliesya sekadar tersenyum. "Kedekut." ujar Armani sambil
memuncungkan bibirnya.
"Korang
orderlah makanan dulu. Aku ada hal sikit." ujar Iezwan sambil
pergi meninggalkan kawan-kawannya. Fadzley tersenyum-senyum. Dia
sudah menduga bahawa Iezwan telah membuat sebuah rancangan. "Dia
nak pergi mana tu?" tanya Iyrwan. Fadzley mengangkat bahu
pura-pura tidak tahu menahu. Armani terpinga-pinga sendiri.
"Hello
everybody. Tonight I want dedicated this song for someone that I love
so much. Kisah Romantis by Glenn Fredly."
Mengejar
dirimu
Takkan
ada habisnya
Membuat
diriku menggila
Bila
hati ini
Menjatuhkan
pilihan
Apapun
akan kulewati
Hari
ini sayang
Sangat
penting bagiku
Kau
jawaban yang aku cari
Kisah
hari ini kan kubagi denganmu
Dengarlah
sayang kali ini
Permintaanku
padamu
Dan
dengarlah sayangku
Aku
mohon kau menikah denganku
Ya
hiduplah dengan ku
Berbagi
kisah hidup berdua
(Habiskan
sisa hidup)
(Menikahlah
denganku)
Cincin
ini sayang
Terukirkan
namamu
Begitu
juga di hatiku..
Hujan
warna-warni
Kata
orang tak mungkin
Namun
itu mungkin bagiku
Sebuah
tanda cintaku..
-
Kisah Romantis by Glenn Fredly -
Semua
yang berada disitu bertepuk tangan sebaik sahaja lagu habis
dinyanyikan. "To Armani Sophilea, will you be my love, my girl,
my fiancee & my wife forever?" tanya Iezwan di hadapan semua
orang. Armani tergamam apabila semua orang memandang ke arahnya.
Aliesya menyuruh Armani pergi ke hadapan dan memberi jawapan kepada
lamaran Iezwan. Armani teragak-agak tetapi akhirnya dia akur.
"Truthfully,
I could talk about you all day and all night and I'd still have a
million more things to say. But too many words become meaningless, so
I'll just leave it at you're the most wonderful person I've ever met,
and I can't imagine not having you in my life. You know what, loving
you was one of the best decision of my life. So, I said yes."
ujar Armani. Iezwan langsung mendapatkan Armani yang tidak jauh
darinya dan langsung memeluk gadis itu.
"Siapa
kata Iezwan tak gentle?" ujar Fadzley sambil menjeling ke arah
Iyrwan. "Tak sangka hari ni je dah dua lamaran terjadi kat cafe
ni. Lepas ni cafe ni dah boleh tukar nama jadi Cafe Cinta."
kedengaran suara dari meja sebelah. Fadzley menjeling ke arah Iyrwan
yang pura-pura khusyuk mendengar lagu. "Abang adik sama je
perangai." perli Fadzley. "Nama pun saudara kembar."
celah Arissa. Akhirnya mereka tergelak bersama.
END
OF PART 2. ^,^
Hasil nukilan oleh: Leenz Armani
P/S: Yeay! Akhirnya siap juga Part 2. Aku rela bersengkang mata sebab nak siapkan cerita untuk part yang kedua ni tau. Bayangkan betapa lembabnya otak aku mencari idea! Btw, aku lega sebab berjaya habiskan cerita ni walaupun cerita ni tak seberapa. Aku menulis pun hanya sekadar suka-suka. Okay, abaikan. Apapun semoga korang enjoy jelah ye. Don't forget to leave your comment okay. But wait, korang pernah dengar lagu Kisah Romantis? Kalau belum, jom dengar 2 versi. Satu dari Glenn Fredly sendiri dan satu lagi dinyanyikan semula oleh sebuah boyband terkenal di Indonesia iaitu SMASH. Dua-dua pun best. Jom dengar! Have a nice day guys!
Aku Pergi. “Hai guys, sorry lambat.” sapa Armani sambil tercungap-cungap mencari nafas. Fadzley segera mengambilkan kerusi untuk kekasih hatinya itu. “You kan tak pernah tak lambat.” perli Iezwan yang berada disebelah Fadzley. Fadzley sempat menyiku sahabatnya kerana memerli teman wanitanya. Armani tersengih. Memang salahnya kerana membuat orang lain menunggu. “Sorrylah. Sebenarnya tadi I pergi jemput kawan I kat airport. Dia datang dari Johor. Then, I hantar dia balik rumah I dulu. Tu sebab I lambat sampai sini.” jelas Armani sambil memohon maaf.”Oh ya, by the way… mana Aliesya dengan Iyrwan? Diorang tak join kita ke?” tanya Armani sambil tercari-cari kelibat pasangan kekasih itu. “Sebab you lambat sampailah diorang dah masuk panggung dulu. Sudahlah, movie dah nak start ni. Jom masuk.” ujar Iezwan selaku pemegang tiket wayang.
“Macam mana movie tadi? Best tak?” tanya Fadzley sambil memegang erat tangan Armani. “Not bad lah. Tapi I puas! Thanks Iez sebab sudi join kitorang tengok wayang.” Iezwan sekadar tersenyum. Entah kemana moodnya saat itu apabila melihat kemesraan Fadzley dan Armani. Cemburukah dia? “Sayang, I rasa I kena balik sekaranglah. Serba salah I tinggalkan kawan I sorang-sorang kat rumah. Dah lah dia datang jauh-jauh dari Johor, Kesian dia.” ujar Armani sambil merayu manja agar dapat pelepasan dari kekasihnya. “Hmm…dengan kawan you, you kesian. Dengan I, you tak kesian pun.” ujar Fadzley sekadar mengusik. Armani semakin serba salah. “Okaylah, everything for you, honey. Drive carefully, take care.” pesan Fadzley sambil mencium dahi kekasih hatinya. Iezwan sekadar memerhati. Berstatus single membuatkan dia sedikit cemburu melihat kemesraan antara Fadzley dan Armani. Bukannya dia tidak mahu mempunyai pasangan, tetapi pemergian seseorang yang pernah dia cintai suatu ketika dulu membuatkan dia sukar untuk dia menyerahkan hatinya pada mana-mana perempuan. “You’re not alone anymore bro.” sapa Fadzley yang sejak tadi melihat Iezwan termenung panjang.
“Awak tak kesian ke kat Iezwan? Dah berapa tahun dia single. Awak tak nak ke carikan calon-calon masa depan untuk dia?” tanya Aliesya kepada tunangnya, Iyrwan iaitu abang kepada Iezwan. “Saya dah carikan tapi dia yang buat tak tahu je. Sampai kawan saya marah saya tau. Diorang kata Iezwan sombong.. Entah kriteria macam mana si Iezwan ni suka, saya pun tak tahulah. Yang penting, saya dah jumpa wanita idaman saya.” Aliesya malu-malu kucing apabila ditenung lama oleh tunangnya.
‘Sayang, adjustkan kawan you untuk Iezwan boleh tak?’
‘I cuba dulu okay. ;)’
“Amboi, tersengih-sengih tengok handphone. Layan kekasih hatilah tu.” tegur Arissa yang sejak tadi memerhatikan gelagat Armani yang asyik dengan telefon bimbitnya. “Of courselah. Eh, aku nak tanya sesuatu boleh tak?” tanya Armani, serius. Arissa sekadar menggangguk. “Kau dah ada boyfriend?” Arissa terdiam seketika. Armani menjadi serba salah apabila melihat Arissa mulai menunduk sedih. “Dulu, aku ada teman lelaki. Kami hampir bertunang. Tapi jodoh kami tak panjang. Dia meninggal akibat kemalangan jalan raya.” Armani semakin merasa bersalah kerana bertanya soalan yang tidak sepatutnya. “Sorry Arissa, aku tak patut tanya soalan macam tu kat kau.” Arissa cuba mengukir senyuman. “Tak apa. Aku dah lama redha. Now, aku datang kesini sebab nak mulakan hidup baru.” Arissa tersenyum. “Esok kita jalan jom!” ajak Armani.
“Best tak tinggal kat sini?” Arissa menggangguk setuju. Matanya tidak lepas pandang dari bangunan-bangunan yang tersergam indah di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Bagi Arissa, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. “Sebelum kita balik, boleh tak aku nak singgah satu tempat ni. Aku nak jumpa seseorang. Temankan aku ye.” Arissa hanya akur. Armani segera menuju ke sebuah café yang terletak di hujung pusat membeli belah itu.
“Hai sayang. Sorry lama tunggu.” sapa Armani sebaik sahaja sampai di café di mana Fadzley dan Iezwan berada. “Hai. Mana ada lama mana pun. I dengan Iez ni pun baru je sampai.” Fadzley sempat menjeling Arissa yang berada disamping Armani. “By the way, I nak kenalkan kat you all gadis di sebelah I ni nama dia Arissa, kawan I yang datang dari Johor tu.” Arissa tersenyum. Fadzley membalas senyuman Arissa sambil memperkenalkan dirinya. Berbeza dengan Iezwan yang lebih berminat bermain dengan telefon pintarnya. “Arissa, kalau kau nak tau, Fadzley nilah lelaki yang aku ceritakan kat kau. He so special for me and I love him so much.” celah Armani apabila hatinya menjadi tidak senang melihat perubahan diri Fadzley sebaik sahaja dia memperkenalkan Arissa.
“Kau dengan Fadzley dah lama ke?” tanya Arissa. “Lama jugaklah. Hubungan kitorang hampir cecah 2 tahun.” jelas Armani. “Untunglah kau. Kau cantik, dia handsome. Sama padan.” Armani tersenyum sipu. “Eh, kau tak berkenan ke dengan lelaki yang duduk depan ko tadi?” Armani cuba menukar topik. “Lelaki pendiam tu? Siapa nama dia? Ierwan?” Arissa cuba mengingati kembali wajah Iezwan yang duduk bertentangan dengannya. “Nama dia Iezwan la. Iyrwan tu abang dia. Diorang kembar tak seiras.” Arissa tersengih. “Kalau kau nak tau, diorang bertiga tu memang akrab dari sekolah. Fadzley ni kira sepupu dioranglah. Aku kenal Fadzley dari kawan aku jugak, Aliesya. Aliesya ni tunang kepada Iyrwan.” Arissa menggangguk faham. “Sebenarnya Iezwan tu orangnya tak pendiam. Kalau bercakap, bukan main pedas. Tapi, dia romantik dan penyayang macam abang dia.” cerita Armani dengan hasrat Arissa terbuka hati untuk mengenali Iezwan dengan lebih rapat.
“Yeay triple date!” sorak Armani yang kelihatan gembira dengan plan untuk memasangkan Arissa dengan Iezwan. “Er…Iezwan, Arissa, memandangkan korang single-single…apakata korang jalan berdua?” Iezwan memandang kosong dengan cadangan Armani. Arissa malu-malu kucing apabila mendengar cadangan kawannya itu. Fadzley tersenyum memandang Arissa. Arissa menyedari pandangan Fadzley segera memandang kearah lain. Armani sempat melihat adegan tatap-tatapan mata antara Arissa dan Fadzley. Namun dia mencuba untuk berfikir yang positif.
Sepanjang temujanji yang diadakan oleh Armani itu, Arissa dan Iezwan hanya mendiamkan diri tanpa sedikit suara pun. Kemana Armani dan Fadzley pergi, mereka berdua hanya mengikut dari belakang. Armani mati kutu melihat gelagat pasangan Arissa dan Iezwan. “Sayang, apakata kita lari dari diorang nak? Biar diorang tinggal berdua.” Fadzley terdiam. Sebolehnya dia tidak mahu meninggalkan Arissa berdua dengan Iezwan. “Kesianlah kat diorang nanti. You tau jelah perangai Iezwan kalau dia dah bosan nanti. You tau kan dia dah banyak kali tinggalkan perempuan macam tu je.” Armani mulai risau. Ada benarnya juga kata-kata Fadzley tentang sikap Iezwan. Beberapa gadis yang dikenalkan oleh Fadzley mahupun Iyrwan, sering ditinggalkan mentah-mentah oleh Iezwan yang sering menunjukkan sikap dinginnya.
Sejak kehilangan Amaira, Iezwan mulai berubah sikap. Dia mulai menjadi seorang yang pendiam dan bercakap bila perlu. Pemergian Amaira benar-benar memberi tamparan besar dalam hidupnya. Puas dinasihati oleh Iyrwan agar melupakan Amaira, gadis yang pernah dia cintai 3 tahun yang lepas, namun tidak diendahkan. Kini giliran Fadzley yang ingin mencuba nasib merubah hati Iezwan dengan memperkenalkan kawan Armani iaitu Arissa kepada Iezwan.
"Iez, kau tak suka dengan si Arissa tu ke?” Iezwan menjeling. “Aku tengok dia okay je, baik, sopan, lemah lembut, Aku tengok dia ada ciri-ciri perempuan melayu terakhir tau. Rugi kalau kau reject dia.” Iezwan hanya mengeluh “Kalau kau nak, kau ambiklah.” balas Iezwan, selamba. “Eh, aku mana boleh. Aku dah ada Armani. Kalau aku ambik kawan dia, matilah aku. Sebab tu aku kenalkan kat kau.” Iezwan tersenyum sinis. Dia faham benar dengan sikap mata keranjang sahabatnya itu. “Jangan main dengan api. Nanti menyesal kalau tercair.” ujar Iezwan sebelum berlalu meninggalkan Fadzley sendirian.
“Macam mana hubungan kau dengan Iezwan?” Arissa mengeluh kecil. “Macam tu jelah. Tak ada yang special pun. Dia jadi bisu, aku jadi pekak jelah. Bosan lah Iezwan tu. Baik lagi si Fadzley. Happening. Untung kau dapat boyfriend macam Fadzley tu. Tak membosankan.” Armani tersenyum bangga. “Iezwan tu boleh je jadi macam si Fadzley cuma dia tutup je perangai sebenar dia. Kau kenal-kenal dulu dengan dia, nanti dah lama kenal, barulah kau tau dia gila tak gila.” Arissa berfikir sejenak. Ada benarnya juga kata Armani. “Okay, aku cuba.”
Iezwan mulai tersenyum sendiri apabila melihat telefon pintarnya. Fadzley mulai curiga melihat perubahan sahabatnya. “Oi, kau okay tak ni?” Iezwan hanya tersengih apabila ditanya sedemikian. “Kau senyum-senyum dengan siapa?” tanya Fadzley, ingin tahu. “Arissa.” Fadzley hampir tersembur minuman yang baru diteguknya apabila mendengar nama Arissa disebut. “Kau tu okay ke tak?” tanya Iezwan kembali. Fadzley segera menggangguk sambil tangannya member tanda okay dan sebelah tangannya lagi mencapai tisu yang berdekatan. “Aku ajak Arissa datang sini. Dia ada dengan Armani sekali.” ujar Iezwan, ceria.
"Korang duduklah dulu. Biar aku order minuman.” ujar Iezwan yang sukarela ingin membeli minuman untuk Arissa dan Armani. “Sayang, I nak pergi toilet kejap ye.” ujar Armani yang berlari-lari anak ke tandas yang berdekatan. Sebaik sahaja Armani berlalu, Fadzley langsung merenung Arissa. “You dengan Iez dah declare ke?” Arissa termangu mendengar soalan Fadzley. “Belum lagilah. Kitorang just berkawan je dulu.” jawab Arissa, ringkas. “You suka Iez ke?” Arissa menjadi semakin bingung. “Kan dah cakap, kitorang kawan jelah.” Fadzley kelihatan tidak puas hati dengan jawapan Arissa. “I tengok Iez dah banyak berubah. Dia dah boleh bergurau, ketawa, dan itu semua sebab you ke?” Arissa tidak tahu sama ada dia harus menjawab pertanyaan Fadzley atau tidak. Akhirnya pertanyaan Fadzley dibiarkan sepi dan Iezwan pun kembali ke meja dengan membawa minuman yang dibeli.
Arissa terus terdiam apabila mengetahui Fadzley mulai mencarinya. Sebolehnya dia tidak mahu mengganggu teman lelaki sahabatnya itu. Takut digelar perampas. Tapi hatinya melonjak gembira melihat nama Fadzley disitu. Entah kenapa dia harus gembira. Sama ada lelaki itu lebih baik dari Iezwan atau dia sememangnya ada hubungan rapat dengan Fadzley…
“You, kita tengok wayang nak hari ni?” Armani mengajak Fadzley keluar menonton wayang namun lelaki itu menolak dengan alasan ada urusan yang perlu diselesaikan dengan segera. Masuk ini, sudah kali ketiga Fadzley menolak untuk keluar dengan kekasihnya itu. Arissa pula sering terlihat keluar disiang hari tanpa memberitahu kemana dia mahu pergi. Armani mulai bosan tinggal sendirian di rumah. Dia menghubungi Aliesya untuk menemaninya ke pusat membeli belah. Nasibnya menyebelahi. Kebetulan Aliesya juga sedang bosan dan dia langsung setuju untuk menemani sahabatnya itu.
Sedang asyik Armani mengemas buku-buku yang berada diruang tamu, tiba-tiba sekeping gambar terkeluar dari salah satu buku yang berada ditangannya. Hatinya bagai dipanah petir apabila melihat Fadzley dan Arissa bergambar bersama tanpa pengetahuannya. Kecurigaan dia terhadap Fadzley dan Arissa semakin menebal. Selama ini dia mencuba untuk berfikir yang positif tapi akhirnya kecurigaannya memberi jawapan. “Arissa, apa semua ni?” Sebaik sahaja Arissa pulang, dia langsung ditanya mengenai gambar tersebut. “Armani, kau dah salah faham. Ini gambar aku dengan teman lelaki aku yang aku pernah cerita pada kau dulu tu.” jelas Arissa. “Tapi kau tak pernah bagitau rupa dia sama macam Fadzley.” Air mata Armani mulai bergenang. “Sebab masa tu aku belum kenal dengan Fadzley.” Armani terdiam. Dia cuba menerima alasan Arissa dan akhirnya dia mengalah.
Hubungan Armani dan Fadzley semakin hari semakin rapuh, Ada sahaja hal yang ingin didebatkan. Semua bagaikan tidak kena di mata Fadzley. Fadzley yang sering memberi alasan sibuk dengan urusannya, membuatkan Armani menjadi semakin curiga dan setiap kali berjumpa pasti akan berakhir dengan pergaduhan. Akhirnya Iezwan yang menjadi mangsa untuk menemani Armani yang menangis sendirian di halaman rumah. “You pergilah masuk berehat. Pasal Fadz tu, biar I yang uruskan.” ujar Iezwan sambil memimpin Armani ke muka pintu. Setelah itu, dia segera mendapatkan Fadzley di keretanya.
"It’s enough. We break up.” Armani mati kata apabila mendengar ayat yang paling dia takuti keluar dari mulut orang yang dicintai. “I dah penat tiap hari kita asyik gaduh hal yang sama. I dah cuba bincang baik-baik dengan you, tapi you tetap keras kepala. Cukuplah. I dan penat layan karenah you. I thought you are my best girl but I’m wrong. You’re not. Sorry to say, I’m not love you anymore. We break up.” ujar Fadzley. “You buat semua ni sebab you sukakan Arissa, kan?” pertanyaan Armani membuatkan Fadzley terdiam. “How dare you.” Armani pergi tanpa menoleh kearah Fadzley lagi. Tidak ada gunanya dia memandang wajah lelaki yang bukan miliknya lagi. Hatinya benar-benar terluka.
Rumah yang dihuni oleh dua gadis iaitu Arissa dan Armani itu kini menjadi sunyi sepi apabila kedua-dua mereka tidak lagi seakrab dulu. Arissa beruntung kerana Armani tidak menghalaunya keluar dari rumah itu sebaliknya Armani yang membawa diri dan tinggal sementara di rumah Aliesya. Aliesya terlebih dahulu mengetahui masalah antara Armani dan Fadzley daripada bakal adik iparnya, Iezwan yang menjadi saksi pergaduhan antara mereka berdua selama ini. “Tak sangka Fadzley berubah sampai macam tu sekali.” ujar Aliesya.
“Kenapa kau buat Armani macam tu? Dia sayangkan kau tapi kau balas kat dia macam ni, Fadz? Lebih teruk lagi, kau sukakan kawan baik dia sendiri. Kau ingat tak, dulu kau yang beriya suruh aku rapat dengan Arissa. Tapi sekarang apa?” tanya Iezwan apabila mengetahui hubungan Fadzley dan Armani sudah pun berakhir. “Kau sendiri yang cakap ‘kalau aku nak, ambiklah’. Kau lupa ke ayat kau tu?” Iezwan menggeleng kepala melihat sikap kawannya yang tiba-tiba berubah menjadi seseorang yang tidak berhati perut.
Arissa membuat keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan Fadzley. Awalnya dia hanya mengganggap Fadzley tidak lebih dari seorang kawan tetapi dia tidak menyangka bahawa lelaki itu mempunyai perasaan padanya. Sebolehnya dia tidak mahu mengkhianati sahabatnya sendiri tetapi Fadzley sering memujuknya. Walaupun Arissa sering memandang Fadzley bukan bermaksud dia mempunyai perasaan pada lelaki itu tetapi kerana wajah Fadzley mirip dengan wajah teman lelakinya yang meninggal dalam kemalangan jalan raya itu.
Armani akhirnya pulang kerumahnya. Dia melihat Arissa sedang mengusung luggage ke muka pintu. “Kau nak pergi mana?” tanya Armani. “Aku tak patut ada kat sini. Aku…aku bukan kawan yang baik. Aku tak layak tinggal kat sini. Aku memang patut pergi.” ujar Arissa. Armani segera menghalang dan merampas luggage kepunyaan Arissa. “Kau tak boleh pergi. Dendam aku pada kau belum terbalas.” tegas Armani. “Aku tau aku memang salah. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku janji aku akan perbaiki hubungan kau dengan Fadzley. Aku janji.” rayu Arissa dengan air matanya menitik jatuh. Armani tersenyum.”Aku gurau jelah. Aku tak pernah simpan dendam apa-apa pun pada kau. Benda dah lepas, buat apa dikenang. Aku dah tak kisah pun pasal tu.” Arissa tercengang. “Please, stay with me.” ujar Armani sambil mendepakan tangan. Arissa yang masih bingung akhirnya memeluk tubuh sahabatnya itu. Dia tidak menyangka sahabatnya sebaik itu. “Thank you so much, Armani.” Dan kedua-duanya pun menangis bersama.
"Kau serius ke nak sambung belajar kat UK?” tanya Aliesya. “Girls, Armani pergi cuma 3 tahun. Bukannya lama mana pun. Tak payah la drama sangat.” ujar Iyrwan. “Awak apa tau. Kita perempuan mestilah drama queen. Kan Arissa,” ujar Aliesya membalas ejekan tunangnya. “By the way, sebab you all semua dah ada kat sini, dan esok I berangkat pergi, malam ni I akan nyanyi 1 lagu untuk you all semua.” ujar Armani sambil melangkah ke hadapan pentas dan mencapai microphone. “This song I want dedicated to all my friends, Aliesya, Arissa, Iyrwan, Iezwan and...Fadzley. Terimalah, ‘Aku Pergi’” ujar Armani sambil matanya tepat memandang bekas teman lelakinya itu.
Aku pergi bukan berarti tak setia
Aku pergi demi untuk cita-cita
Maaf bila mungkin kita harus terpisah
Relakanlah mungkin ini sudah takdirnya
Ku tak ingin ada benci, ku tak ingin ada caci
Yang ku ingin kita selalu baik-baik saja
Kenangan kita takkan ku lupa
Ketika kita masih bersama
Kita pernah menangis, kita pernah tertawa
Pernah bahagia bersama
Semua akan selalu ku ingat
Semua akan selalu membekas
Kita pernah bersatu dalam satu cinta
Dan kini kita harus terpisah, aku pergi
Aku pergi, aku pergi oooh
Ku tak ingin ada benci, ku tak ingin ada caci
Yang ku ingin kita selalu baik-baik saja
Kenangan kita takkan ku lupa
Ketika kita masih bersama
Kita pernah menangis, kita pernah tertawa
Pernah bahagia bersamma
Semua akan selalu ku ingat
Semua akan selalu membekas
Kita pernah bersatu dalam satu cinta
Dan kini kita harus terpisah, aku pergi
-Aku Pergi by Alika Islamadina-
Sebaik sahaja Armani menghabiskan lagunya, kesemua orang yang berada disitu memberikan tepukan gemuruh buatnya. “Your voice so amazing!” puji Iyrwan. “Thanks Iyrwan.” Armani tersenyum bahagia. “Aku tak sangka kawan aku sorang ni pandai menyanyi rupanya. Lepas ni dah boleh join Akedemi Fantasia.” usik Aliesya.”You’re good.” puji Fadzley. Armani hanya mampu tersenyum. Janggal untuk dia kembali mesra seperti dulu dengan Fadzley. “Esok flight jam berapa?” tanya Iezwan. “Around 5pm. Why? You nak tolong tolakkan luggage I ke nanti? Hahaha.” Armani berseloroh. “Takde hal. Okay je.” balas Iezwan. “Arissa, aku ada satu permintaan.” Arissa terdiam. “Aku nak kau jaga Fadzley baik-baik. Fyi, Fadzley ni sebenarnya seorang lelaki yang manja, mengada-ngada, suka merengek, suka cari perhatian orang, kalau orang tak layan dia, dia automatik akan jadi macam budak kecik yang kurang kasih sayang. So, tabahkanlah hati.” Iezwan, Iyrwan dan Aliesya tergelak besar mendengar ejekan Armani terhadap Fadzley. Arissa juga ikut tertawa. “Sampai hati you burukkan nama I.” Fadzley pura-pura merajuk. “See? I tak bohong kan. Dia memang macam budak kecik.” Iezwan, Iyrwan, Aliesya dan Arissa tertawa tanpa henti. Fadzley menggumam geram kerana ditertawakan. “Okaylah, I gurau jelah.” Fadzley pura-pura cool walaupun hati sedang panas apalagi melihat Arissa turut mentertawakannya.
“Aku sayang korang semua. Aliesya dan Iyrwan, korang kalau nak kawin, tunggu aku balik 3 tahun kemudian baru korang boleh kahwin, okay?” tanya Armani. “Banyak cantik! Kitorang kahwin tahun depan, dan aku nak kau hadir undangan kitorang. Wajib!” tegas Aliesya. “Iyelah, aku gurau je. Arissa dan Fadzley, aku tahu bila aku dah balik sini 3 tahun kemudian, aku nak tengok korang mesti dah ada ikatan. Kalau tak, aku akan rampas kebahagiaan korang. Deal?” Bulat mata Arissa mendengar ugutan Armani. “Haha macam biasa, aku gurau tapi serius. And the last, Iezwan. Tolong jadi mata-mata I bila I takde kat sini nanti. Report kat I segala yang berlaku. Walaupun hal kecik sekalipun. Dan…” belum sempat Armani menghabiskan ayatnya, pengumuman untuk penerbangan Armani telah pun sampai waktunya. “Okay guys, I gotta go now. I will missing you guys so much! Take care guys.” ujar Armani sambil mencapai baju kot berserta shawlnya. “Wait. Dan apa?” tanya Iezwan. Armani pura-pura tidak mendengar dan sekaligus mengejar waktu. Dia melambai kawan-kawannya buat kali terakhir. Iezwan sedikit kecewa kerana Armani tidak menghabiskan kata-katanya sebelum pergi.
‘Dan I nak you jadi pendamping hidup I bila I pulang nanti. See u soon! <3.’
Iezwan menjerit gembira sebaik sahaja membaca mesej yang diberikan oleh Armani sebelum kapal terbangnya berlepas. Mereka kehairanan melihat Iezwan tiba-tiba menjerit dan kadang tersenyum sendirian. “Adik awak kena sampuk apa ni?” Aliesya mulai takut melihat Iezwan yang jarang mengukir senyuman tiba-tiba senyuman tidak lekang dari wajahnya. “She propose him.” jawab Iyrwan yang sedia tahu hubungan rapat antara Iezwan dan Armani dalam diam. Bulat mata Aliesya mendengar jawapan tunangnya. “She’s really crazy. And I’m salute with her courage.” Akhiri Aliesya.
END OF PART 1 ^,^
Hasil nukilan oleh: Leenz Armani
P/S: Hai! Lama aku tak update cerpen kat blog ni kan? Maaflah busy semenjak2 ni. So, inilah penulisan terbaru dari aku. Hope enjoy dengan cerpen aku kali ni. Doakan yang terbaik selalu untuk aku, okey! Oh ya, sebelum aku berhenti membebel, apakata korang layan lagu Aku Pergi yang merupakan lagu dari penyanyi Indonesia, Alika Islamadina kat bawah ni. Have a nice day guys!)