About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

13 September 2012

Temuduga? Tak prepare apa-apa lagi ! Macam mane ni...

Salam all.

Seperti title di atas ni, aha...pasti ada yang buntu memikirkan soal persediaan menghadapi temuduga. Jom buat persediaan menghadapi temuduga !

Yang paling penting sekali, calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga.

Persediaan untuk temuduga
1. Selidik dan dapatkan seberapa banyak mungkin maklumat-maklumat berhubung dengan kerjaya yang menjadi pilihan.

2. Pastikan anda mempunyai kelulusan akademik serta kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan sebagai syarat bagi mengikuti kursus/bidang yang dipohon.

3. Berhati-hati ketika mengisi borang permohonan (penempatan) yang pihak Maktab edarkan. Segala butir yang hendak diisikan perlulah difikir terlebih dahulu sama ada betul atau tidak, supaya borang anda nanti akan kelihatan bersih. Kesalahan mengisi borang permohonan/penempatan seperti tidak mengisi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap, tulisan yang sukar dibaca, borang yang kotor dan lain-lain, memberi gambaran sikap, watak dan perlakuan anda. Perlu diingatkan bahawa proses temuduga bermula dari masa anda mengisi borang permohonan lagi.

4. Ambil tahu serba sedikit mengenai hal-hal di sekelililng anda (baca surat khabar, majalah dan sebagainya mengenai berita-berita penting dan pengetahuan am).

Penampilan dihari temuduga
1. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas.

2. Pakailah kasut kulit. Elakkan kasut kain, kasut sukan atau selipar.

3. Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan.

4. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kas pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).

5. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.

6. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan berasa gentar, masuk dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

Tingkahlaku semasa ditemuduga

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu, jika kiranya ia hendak berbuat demikian.
3.Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan.
5. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga.

6. Jangan duduk bersilang kaki. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya ke sana sini.

7. Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

8. Biarkan penemuduga memulakan perbualan.

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu.

10. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Jawablah setiap soalan yang ditanya dengan terang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang diberi itu hendaklah tepat dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar. Bercakaplah dengan penuh rasa yakin dan tenang.

11. Gunakan ganti nama seperti tuan/puan pada orang yang menemuduga dari semasa ke semasa, tetapi jangan selalu sangat menggunakannya pula. Apabila menyebut nama seseorang gunakan gelaran yang terdapat pada nama orang tersebut seperti Tuan/Tan Seri/Dato’/ Dato’ Seri/Tuan/Puan/Encik dan sebagainya.

12. Anda haruslah sentiasa bersopan santun biarpun ada ketikanya soalan yang dikemukakan mungkin mencabar anda. Perkara semacam ini selalunya disengajakan untuk melihat sejauhmana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

13. Tumpukan perhatian pada setiap soalan dan beri jawapan atau tindakbalas yang tepat dan sempurna.

14. Cuba kembangkan perbincangan pada tajuk/hal yang telah menarik perhatian penemuduga, tetapi bersedialah membatasi mana-mana yang dirasakan tidak menarik perhatian mereka.

15. Anda mestilah bersedia dan berwaspada pada setiap ketika. Hujahkan satu-satu ‘point’ itu dengan penuh semangat.

16. Cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.

17. Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

18. Jangan menguyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan.
19. Jangan sekali-kali cuba menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka.

20. Minta penjelasan sekiranya anda tidak begitu faham pada soalan-soalan tertentu.

21. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga, persekolahan, kegemaran dsb., selaiin dari pilihan kerjaya dan pengajian anda. Jangan bercakap berlebihan dan yang tidak sepatutnya. Jangan pula berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

22. Jangan menyeterui para penemuduga dengan sifat angkuh atau sifat tidak acuh yang anda tunjukkan.

23. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

24. Cuba jawab semua soalan dengan tenang. Jangan cuba menengking penemuduga. Mungkin soalan itu mudah dan tidak berkaitan. Umpamanya jika ditanya berapa orang calon sedang menunggu di luar, itu tidak ada kaitan dengan pilihan kerjaya anda. Tujuan soalan sedemikian dikemukakan ialah untuk melihat sama ada anda ‘observant’ atau tidak.

25. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

26. Di akhir temuduga, ucapkan terima kasih kepada panel temuduga kerana memberi peluang kepada anda menghadiri temuduga itu.

Jika diberi peluang untuk bertanya soalan, kemukakan soalan yang munasabah.


Good luck !

Info diambil dari: http://eduline.tripod.com/temuduga.html

5 September 2012

Tips berhenti kerja dengan baik

Bagaimana cara untuk berhenti kerja dengan baik?

1. Siapkan surat berhenti kerja (resign letter) yang baik.
- Surat ini akan menjaga tingkah/sikap yang baik pada syarikat lama tempat kita bekerja. Tulislah dalam surat itu ucapan terima kasih kepada tempat kerja/syarikat yang akan kamu tinggalkan karena mereka telah memberi kamu kesempatan yang bagus untuk bekerja di tempat itu. Di samping itu berikan alasan positif yang menjelaskan alasan kamu mengundurkan diri. Perlu diketahui bahawa surat berhenti kerja itu umumnya diberikan dua minggu sebelum kita berhenti bekerja.

2. Jangan ceritakan hasrat berhenti kerja kamu pada teman2 kerja sebelum kamu memberitahu hal itu pada bos kamu. 
- Ajaklah berbincang secara empat mata dengan bos kamu ketika kamu melihat bos kamu tidak sibuk dengan kerjanya. Ketika bertemu dengannya nyatakan niat berhenti kerja kamu dengan baik. Jangan pernah beritahu tentang pengunduran diri kamu kepada pekerja lain kerana itu akan menimbulkan kesan psikologi terhadap pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Hal positif daripada tidak memberitahu tentang pengunduran diri kepada teman sekerja adalah dengan mencegah gossip2 tidak sedap yang mungkin akan memburukan imej syarikat. Hal ini tidak boleh terjadi, kerana walaubagaimanapun tempat kerja lama kamu telah memberi batu loncatan untuk kerjaya kamu yang lebih baik di tempat lain. Walaubagaimanapun, yang namanya gosip2 di persekitaran kerja akan merosakkan iklim kerja yang seharusnya kondusif.

3. Tawarkanlah bantuan kepada syarikat untuk mencari pengganti kedudukan yang kamu tinggalkan.
Jika kamu fikir ada kawan-kawan yang menurut kamu mempunyai kelayakan yang sama seperti kamu, kenapa tidak kamu cadangkan kepada bos kamu. Rekomendasikan orang itu jika anda fikir ia boleh dipercayai untuk menggantikan kedudukan kamu. Cara ini sangat membantu anda menjaga imej positif anda terhadap syarikat yang akan kamu tinggalkan. Tindakan ini pastinya sangat membantu kamu merasa senang hati untuk meninggalkan syarikat tersebut.

4. Jangan pernah tinggalkan syarikat tanpa menyelesaikan terlebih dahulu apa yang telah menjadi tugas kamu, misalnya menyelesaikan projek yang sudah kamu mulai.
Hal ini akan membantu juga menjaga imej peribadi kita di mata bos dan di mata pekerja lain. Ibaratnya, kita baru boleh meninggalkan syarikat jika kita merasa telah menyelesaikan hutang kerja kita. Inilah yang disebut dengan berhenti kerja secara profesional.

5. Tetap berhubung dengan teman2 atau pengurus kamu walaupun kamu sudah berhenti kerja.
- Yakni anda memerlukan surat cadangan daripada mereka. Sekarang ini syarikat-syarikat yang ingin mengambil pekerja sudah semakin sukar. Mereka tentunya tidak akan merekrut calon pekerja yang mempunyai rekod buruk di syarikat-syarikat sebelumnya. Maka dari itu, menjaga hubungan baik ataupun tetap berkaitan dengan bos atau teman2 kerja lama akan sangat membantu anda untuk mendapatkan surat cadangan kerja atau surat sokongan. Surat inilah yang digunakan sebagai kayu ukur diterimanya seseorang bekerja di syarikat baru.

Good luck!

-Leenz-

Sumber diambil dari: http://www.memobee.com/index.php?do=c.share_my_story&idms=392

4 September 2012

minggu yang memberi tekanan

dah lama jugak aku tak menulis dekat sini...rasa rindu pulak..apa apa pun sekarang ni deman gangam stail tengah melanda seluruh dunia...aku pun pernah tengok video tu..pada aku biasa biasa sahaja..ok lah kita lupa kan tentang ganggam stail tu...
 
   minggu ni merupakan minggu tekanan untuk aku...macam macam benda yangt jadi dekat aku...mula nya hari khamis lepas manager tempat aku kerja suruh aku kerja dekat cawangan leisure mall..aku tak nak sebab tak ada orang nak ambil balik..apa lagi manager aku pun start marah kan aku...dia cakap yang aku tak boleh nak cakap tak nak kalau arahan dah keluar..jangan ingat sekali orang tak ambil kau sampai bila bila tak ada orang nak ambil kau kat situ..masalah utamanya , aku dah pernah kena...sampai dekat pukul 12 malam baru aku sampai rumah...dah tu manager aku siap cakap kalau aku tak nak pergi cawangan , hantar je surat berhenti..sabar aku pun ada had nya jugak..hari itu jugak aku start cari kerja kosong..

   aku ingat lagi assitant manager aku siap cakap kalau aku nak balik pandai pandai sendiri...lepas tu hari sabtu lepas aku kena jaga cawangan skudai parade...gara nya kerani dekat sana ada masalah..entah lah..aku dengar cerita dia nak kena buang..tapi sampai sekarang still kerja lagi.. tu yang aku tak faham sampai sekarang ni...lepas tu aku dapat tahu yang aku kena jaga dekat sana sampai dapat orang baru...mati lah aku jawap nya...mana nak fikir untuk cari orang daftar lagi..silap silap migrain aku datang balik...

  hari ahad lepas aku mintak nak kerja dekat giant untuk hari isnin...pasal nya aku dah janji dengan akak aku yang kita nak makan sama..kitaorang dah plan nak masak..tapi diaorang tak bagi..petang tu mak aku call pengurus aku mintak tolong...pengurus aku siap cakap kenapa aku tak cakap awal awal..kalau tak dia boleh bagi..lagi 1 dia cakap yang aku ni susah nak bercakap..masalh nya kalau aku cakap pun bukan nya dia nak bagi...

   lepas tu semalam time dah dekat nak pergi boleh pulak assistant manager aku tu cakap suruh aku cari orang yang nak jaga skudai..cakap dengan nada yang agak "sopan" pulak tu..makin sakit lah hati aku..bila petang baru nak call aku tanya sape jaga sana.time tu pandai pulak nak cakap elok elok..memang sabar aku dah habis sepanjang kerja dekat sini..

  habis semua paper , internet . aku explore nak cari kerja kosong..sampai kan aku tanya kawan kawan gan mak cik aku kalau ada kerja kosong tolong bagitahu dekat aku..aku memang dah nekad nak angkat kaki dari sini secepat yang mungkin...
.