About us

My photo
"Aku bukan blogger tapi aku hanya seorang pendosa yang mencari jalan perubahan menuju redha Allah S.W.T."

10 August 2012

Iftar at Starhill

10/8/2012 - 4:39 p.m
Jumaat - Cerah

Salam all. Semalam aku berbuka puasa dengan budak2 office aku. Di support oleh 2nd big bos kitorang. Awalnya, kitorang dah booking kat New York Hotel tapi tetiba kena cancel sebab 2nd big bos dah booking kat Starhill Kempas. So, we all accept jelah memandangkan big bos yang nak support semua. Kitorang datang tinggal makan je apa yang dah di hidangkan. 



Hurm...sebut pasal Starhill. Buat aku teringat akan seseorang... Ye, Khairi pernah kerja kat sini. Tapi dia kata dia dah berhenti kerja sana. Whatever la... Siapa Khairi ??? Khairi merupakan ex-bf aku. Aku dengan dia tak lama mane pun. Dia yang buat perangai dulu. Ape tidaknye, dalam diam ada perempuan lain. Perempuan tu orang yang aku kenal pulak tu. Kalau dah ada gf, tak perlulah nak sorokkan dari aku. Tu yang aku terus pergi dari hidup dia. Then, one day aku dapat tau dia dah break dengan perempuan tu. Lepas tu baru dia nak carik aku semula. Huh ! Kau dah khianat aku, kau datang kat aku balik ? Eh, pergilah... ! Okay dah stop cerita pasal dia.

Lepas sampai kat Starhill tu, rasa teruja jugaklah. Besar pun besar. Tapi...lepas je aku melantak semua makanan kat situ... Aku hanya boleh kasi 50% jelah. Makanan dia memang lawa la. Tapi rasa tu... macam kureng sikit. Bak kata orang, don't judge book by its cover. Sesuai betullah pepatah tu dengan makanan yang aku makan semalam. Okeh, masa aku tengah dok pilih2 makanan tu, tetiba aku terserempak dengan seseorang. Jeng jeng jeng...! Siapa lagi kalau bukan si Khairi tu. Aku terkejut jugaklah nampak dia. Dia pun terkejut tengok aku. Masa tu aku sempat jugaklah senyum kat dia. Tapi... dia buat tak kenal aku. Hmmm...

Sepanjang aku dengan budak2 office aku berbuka kat situ, aku buat tak nampak dia. Kak Zue ada cakap yang si Khairi asyik jeling2 kat aku. Tapi aku memang saja tak nak pandang dia. Siapa dia untuk aku pandang ? Tak perlu dah... Orang tak menghargai memang macam tu. 

Okaylah, tamat sudah cerita iftar aku ni. Eh...macam tak logik pulak penamat macam ni. Lagipun aku dah takde idea dah nak taip ape. Sementara tunggu invoice dari customer tak sampai-sampai lagi ni, tu yang saje gatal tangan update blog. 

Alhamdulillah, bonus raya dah masuk. Dapatlah aku beli persiapan untuk raya nanti. Syukur alhamdulillah.

So, let go to shopping raya !!!

Bye.

Salam.

-Leenz-

10/8/2012 - 5:03 p.m

5 August 2012

tinggal berapa hari je lagi..

sedar tak sedar hari ni genap kita berpuasa selama 16 hari..insyallah tak lama lagi akan tiba syawal..
sepanjang bulan yang baik aku ingat kan tak nak lah marah marah..tapi akhirnya aku tetap naik angin jugak..minggu lepas time aku kerja dekat 1 branch ni , ada 1 pakistan ni asyik datang tanya harga lesen je..dia ni peniaga dekat situ..kerani yang jaga dekat situ pun dah naik menyampah dengan pakistan ni..

   mulanya dia tanya harga lesen semua..lepas tu tibe tibe pulak nak persoalkan kenapa harga orang malaysia dengan orang luar tak sama..dah le dia ni tak pandai nak cakap bahasa melayu...tak pasal pasal aku nak kena speaking...dah tu dia tak puas hati terus dia tukar topik sal sistem banking dekat malaysia..dia cakap yang sistem banking dekat sini tak bagos..

   dia ingat aku ni bodoh lah sal sistem banking ni...bila aku jawap balik,dia terus diam..dah tu dia boleh tanya macam mana aku tau..solan dia memang bodoh betul..bila aku cakap yang aku memang belajar benda ni semua terus dia diam..

  bila aku tanya balik kenapa dia meniaga dekat sini..dia cakap malaysia senang cari duit...dah tau sini senang cari duit tak payah lah nak mengutuk bagai.....




    esok aku kena pergi check up dekat hospital...harap lah ada perubahan yang positif..dah naik jenuh asyik ulang alik je..dari tingkatan 2 dulu..tapi still tak tau apa keputusan nya...makin lama makin malas rasanya nak gi....

1 August 2012

Semangat yang hilang...

1/8/2012 - 4:30p.m
Rabu - Redup


Salam all. Hai all. Hurmm...aku rasa sangat2 tak bersemangat. Tak tahulah nape. Maybe terlalu fikirkan pasal kerja kot. Hurm... working always make me crazy ! Dan pastinya semua orang pernah merasakan sedemikian ? Untung sangat kalau ada kerja yang tak pernah tension. Kadang, kita tension sebab kena marah orang yang berpangkat lebih tinggi dari kita. Dan kadang, kita terlalu fokus sangat pada kerja hingga lupa makan minum. Bila perut lapar, mulalah rasa nak marah. Bila dah marah pula, orang lain jadi mangsa. Kan kan kan...


Okaylah, sebenarnye takde ape aku nak borakkan. Just nak update blog je kot. Aku tengok sunyi jek blog ni. Manalah Alfie hilang... Aku harap dia okay jek. Dan aku harap dia tak terlalu tension sampai kena migrain. 


Kejap lagi dah pukul 5, aku nak balik. Aku pun tak berapa nak sihat hari ni. Adik aku demam, automatik jangkit pada aku. Maklumlah, duduk sebilik dengan dia. Tu yang berjangkit tu...


Okaylah, aku nak kemas apa yang patut sebelum aku balik ni.


Apepun, selamat berbuka bila tiba waktunya. Bye !


Salam.


-Leenz-


1/8/2012 - 4:47 p.m